1. Berikutan perjumpaan tergempar MB Guthrie hari ini dengan semua YB PR di Selangor, maka khabar angin CONFIRM 7 ADUN PR akan keluar di Selangor.Akhbar menyebut 4, namun penulis dimaklumkan sekurang-kurangnya 8.
2. Kesukaran menghubungi beberapa YB PR di Selangor menimbulkan kegusaran kepada kem DAP & PAS.
3. Di Kedah, jika 4 ADUN mempunyai tanda-tanda sukar dikesan, MB Azizan dikatakan akan meminta supaya DUN dibubarkan.
4. Karpal menyalahkan Anwar atas misi 916nya kerana menggalakkan budaya Lompat hanya semata-mata hendak menjadi PM, akhirnya YB mereka pula yang terlompat.
5. Pada hemat penulis, Acara Melompat ini adalah Strategi Anwar untuk memboloskan dirinya menyertai BN.Teorinya, apabila kesemua YB PKR lompat, maka Anwar tidak ada jalan lain kecuali Melompat juga. Ketika itu Anwar akan berkata, ini adalah kehendak akar umbi dan takdir Allah SWT.
6. Ketika itu, DAP & PAS terpaksa membawa haluan masing-masing. Untuk survival politik, Anwar tidak akan kisah meninggalkan DAP & PAS. Bertanyalah kepada Ezam semasa Ezam mengusahakan mengeluarkan Anwar dari penjara, janjinya akan menyerati semula BN!.DAP & PAS sedang ditipu Anwar.Anwar tidak akan menyertai PAS kerana jiwanya bukan Islamik . Anwar tahu dia tidak akan jadi PM melalui PAS.Penulis percaya, Acara Melompat secara beramai-ramai ini adalah Pelan Anwar untuk berbaik-baik dengan BN.Anda harus ingat Anwar sangat takut kepada Tun M. Bakal PM DS Najib pasti akan disokongkuat oleh Tun M, dan akhirnya merisaukan Anwar. Untuk berhadapan dengan DS Najib & Tun M, Anwar menggunakan Pelan Lompat.Anda tidak percaya, sila berkunjung ke Parlimen dan saksikan Anwar bersembang sambil minum kopi dengan YB-YB BN sambil ketawa !
sumber :jentayu
11 ulasan:
ketara betul lah ko nie Kusai Tandek termakan taik BN - Barisan Najis umpama perpatah kuman di seberang laut nampak tapi gajah di depan mata kau tidak nampak!, kalau pendapat saya mau menyokong KEBENARAN saja tidak peduli siapa itu orang, saya tau bah Kusai Tandek ko ada ura2 mau calon di kawasan N.5 Tandek dan P.168 Marudu tapi kalau macam itulah sikap ko palis2 lah kalau ko boleh menang!
sabar bah srixon...bukan pasal mau calon. tapi ini soal prinsip perjuangan kita. kita masing2 ada hak untuk memilih mana PARTI yang dipilih. ko yang sokong pembangkang pun ndak juga sy bantai ko. sebab saya tau apa itu demokrasi dan kebebasan media. ko ni macam lain pula. tapi tq la. harap2 ko berjaya dalam hidup. sy ikhlas ikut BN. sebab sy fikir PR pun sama saja.
jangan marah bah saudara kita joke saja tukar2 pendapat pada saya tidak menyebelahi mana2 pihak walaupun pada hakikatnya saya makan gaji dengan kerajaan dan tidak semestinya kerajaan itu BN bukan mcm tu kah saudara, saya hanya berpihak kepada yang BENAR sahaja, tapi harap2kan saudara PRU13 P.168 Marudu dan N.5 Tandek akan jatuh kepada parti lain bukan PBS lagi
Orang Asli Sabah(OAS) mcm berpendapat sedikit dgn Srixon. Sy suka BN tapi UMNO sia tdk mau. Cara pemerintahan BN oleh UMNO byk sy tdk setujuh apabila Perkara 20 telah dicabul oleh BN terhadap Sabah ini. Sy sdh berfikir-fikir bagaimanakah keadaan Orang Peribumi Sabah pada masa akan datang kerana Pilak semakin cepat membiak berbanding dgn Sabahan sendiri di tanah air yg sdh tercemar ini. Orang Malaya pun sinang2 dapat tanah di Sabah skrg. OAS risau Sabah seperti Fiji yg mana akhirnya Orang India yg "ngap" tu negara setelah bilangan mereka melebihi org peribumi Fiji. Org tempatan merancang keluarga dgn ingin memiliki 2-4 org anak saja skrg, tetapi Pilak berdozen-dozen pula beranak & tidak terkawal. Usaha Najib beri peruntukan berjuta ringgit tempoh hari utk mengnyahkan/hantar pulang tu Pilak dari Sabah tdk berhasil sbb mau setengah juta tu Pilak memiliki Mykad menurut akhbar tempatan tahun lalu. Anak ada Mykad tapi Bapa dia tiada Mykad. Ini sy tau masa pendaftaran pelajar di Sekolah. Sampai ada bapa budak yg marah2. Kalau usaha utk hantar pulang ini diteruskan, alamatnya ramailah bapa berpisah dgn anak mereka sbb anak ada Mykad sementara bapa hanya memiliki IMM13. Kerajaan tdk sampai hati pisahkan anak dgn orang tuanya. Lagi pun UMNO_BN sayang dgn PATI sbb diuranglah kasi menang ini BN sini Sabah. Sebagai ganjaran itu PILAK yg tinggal di setinggan Teluk Likas dulu telah diberikan dgn mudahnya kunci utk tinggal perumahan sana Telipok. Orang Sabah susah betul mau apply rumah, tapi Pilak sinang-sinang saja dapat kunci tanpa apply apa2. Ini hadiah besar kerajaan kerana kasi menang dlm PRU12 dulu. Di Sabah sy penyokong kuat PBS & UPKO. Tetapi selagi UMNO masih dalang kpd BN maka PBS & UPKO tdk boleh bertindak apa2.
hye OAS,
tq dengan pendapat saudara..
ini merupakan pendapat yang bernas..tapi bagi saya PKR pun sama saja sebab pemimpin PKR yag ada sekarang merupakan orang serpihan UMNO yang kecewa dan masi meneruskan agenda politik tersendiri. dia mesti menggunakan cara yang sama. kalu di semenanjung rusuhan sini sana berlaku yang didalangi oleh pihak tertentu disebabkan kepentingan politik orang2 tertentu, tidak mustahil hal ini berlaku disabah jika PKR memerintah demi menjaga kuasa politik.
bagi sy (cuma pendapat peribadi), siapapun parti yang memerintah keadaan kita di Sabah tetap sama. banyak faktor yang kita harus lihat. salah satunya, di Malaysia kita adalah hanya 2% penduduk Malaysia (golongan Minoriti). bagi sy, keadaan yang berlaku kepada masyrakat Sabah sekarang bukan salah UMNO/BN. tapi inilah kesilapan pemimpin2 kita pada masa lalu yang langsung tidak terfikir keadaan rakyat Sabah 50 tahun yang terkehadapan. mereka fikirkan hanya kepentingan dan menyelamatkan politik mereka daripada terkubur (tp realitinya, inilah permainan politik-tiada seorang ahli politik yang lurus bendul). kita sanjung Tun Fuad, Peter Monjuntin, Tun Mustapha, Hariss Salleh (inilah pejuang sebelum era 80-an) tapi hakikatnya banyak tindak tanduknya mereka demi menyelamatkan kerjaya politik mereka. akhirnya apa yang berlaku. Perkara 20 masih dipatuhi sampai sekarang..tapi gara2 pemimpin kita yang tidak bersatu untuk mempertahankan maka inilah yang berlaku....bersambung
hye srixon..
bkn sy marah bh..cuma mempertahankan tuduhan saudara.
tq...sebenarnya sy suka dengan pendapat ko, tapi bila ko tuduh sy yg bkn2 siapa yang senang hati. apapun sy ok juga. sy menghormati hak penulisan dan pendapat saudara. sy tidak marah juga
nah terima kasih togumu saudara Kusai Tandek, mcm tu lah bah kalau mau jadi pemimpin jgn yang manis itu terus telan dan pahit terus buang, keep it up penulisan saudara itu sya always masuk and kacau2 saudara juga -:)
saya memohon maaf sbb nama sdh sya tukar kepada Najis Rojak, harap yang berkenaan memahami kenapa saya tukar nama saya sedemikian -:)
ok srixon
sy tau ko sdh tukar nama.
teruskan beri komen.. sy tiada masalah. tq bogia
Ya memanglah PKR pun sama saja dgn UMNO. Itu sbb kedua-dua ini saya tdk sokong. PKR dgn UMNO 2x5 saja tu. Pasal pemimpin kita sendiri yg rosakkan sabah sendiri memang saya sangat setuju. Saya baru kira-kira mo katakan seperti itu tapi rupanya kau lebih duluan memberi kenyataan. Ini lah kesilapan pemimpin kita sendiri disebabkan menyelamatkan politik sendiri. Yang saya mampu lakukan sekarang ialah menangis melihat keadaan Sabah yg seakan-akan susah dipulihkan kecuali kita mampu mengubah pemikiran rakyat khususnya orang2 kampung yg mudah terpedaya. Inilah gaya org kampung kita. Baru kena beri 2 keping zink, sdh pilih calon tersebut. Belum termasuk lagi pemimpin sendiri yg tamak haloba sehingga sanggup menyimpan tu PATI kerana wang semata-mata. Bikin 'gorigitan'butul ini orang kita. Mungkin Kusai Tandek tdk beberapa terasa kehadiran Org Malaya sama hak dgn bumiputera Sabah. Tapi klu tempat saya memang ada sdh Org Malaya yg sdh bermastautin & memiliki tanah besar.
Hye OAS..
mungkin ini lah harus kit sedarkan kepada pemimpin kita...ada 3 perkara yang menentukan hala tuju politik sabah
1. penjualan pulau labuan.
2. kemasukan parti UMNO di Sabah
3. Campurtangan Anwar. Apalagi sekarang Anwar kita perhubungan PKR Sabah. Langsung mengambarkan Anwar tamak kuasa. mau digenggam sabah bulat2.
Catat Ulasan