Khamis, Februari 12, 2009

Aku Mahu Jadi PM- Kata Anwar

1. Dari ABIM, Anwar tak berminat menjadi ahli PAS (sehingga kini pun Anwar tak jadi ahli PAS), sebaliknya menerima pelawaan Tun Mahathir menyertai UMNO.Masuk PAS, anwar tahu dia tidak boleh pergi jauh melainkan menjadi pembangkang dan bersaing dengan ayam sabung PAS seperti Mat Sabu atau Makhfuz. Jauh sekali dapat menyentuh jawatan dalam Kabinet dan menjadi TPM.
2. Anwar mengingkir Tun Ghafar Baba dalam perebutan Timbalan Presiden UMNO. Dia 'main belakang' dengan membawa geng-geng untuk mengalahkan Tun Ghafar.
3. Anwar memasang banyak strategi dalam UMNO. Melantik kronis dan mengamalkan nepotisma untuk mengukuhkan kedudukan dan memberi sokongan bila diperlukan terutamanya semasa pemilihan UMNO atau Ketua Cawangan.
4. Anwar mengukuhkan kedudukan dengan Tokey-tokey Cina dengan memberi kelulusan untuk pusat perjudian, minuman keras, disko dan rumah pelacuran.Bahkan semasa dia menjadi TPM, Anwar mempertahankan tindakannya membenarkan snooker sebagai sukan walaupun ia dicampur dengan permainan judi dan unsur maksiat sebagaimana ditentang oleh PAS.
5. Anwar juga mendesak supaya TUN Mahathir memberikannya beberapa jawatan seperti TPM dan Menteri Kewangan untuk menambahkan kekayaannya melalui projek dan tender-tender terbuka. Anwar juga memujuk TUN supaya melantik kenalannya sebagai menteri kabinet.
6. Anwar mempergunakan TV3 dan The Star untuk memperbaiki imej dan reputasinya dalam UMNO serta menyerang musuh melalui tikam belakang- dalam UMNO atau luar UMNO.
7. Namun Anwar lupa, segala-galanya ditentukan oleh Allah dan dia tidak mampu menjadi PM melalui BN. Dia melakukan banyak kesilapan dan tindakan yang tidak bermoral. Akibatnya dia disingkir dari UMNO.Siapa percaya Anwar liwat?Siapa percaya Anwar main betina walaupun mereka bersumpah berada dengan Anwar di disco.Siapa percaya Anwar bersih dari rasuah?Siapa percaya Anwar tidak amal kroni dan nepotisma?Siapa percaya Anwar belajar Sastera pun hanya memperolehi ijazah am dikatakan pintar dan bijaksana?Siapa percaya Anwar ketika menjadi ketua pelajar menyuruh Petronas dijadikan syarikat bebas dan kerajaan tidak boleh campurtangan?
8. Kemudian, Anwar tewas dalam permainan catur dengan BOSS nya, TUN.Anwar pasang perangkap-tubuh PKR bukannya menyertai PAS atau DAP untuk menjatuhkan kerajaan pada tahun 1998.Anwar tidak mempunyai pengaruh dalam PAS dan tidak pasang team dalam DAP, jadi dia perlu partinya sendiri untuk membolehkan dia mengekalkan kuasa, bukan membantu rakyat.
9. Anwar meminta bantuan luar seperti USA, Jepun, Australia, Britain dan Indonesia untuk mendesak supaya dirinya dibebaskan dari tahanan ISA dan memansuhkan semua hukuman rasuah dan liwat di mahkamah.
10. Rancangan Anwar berjaya disekat apabila TUN menyerahkan kuasa pada Pak Lah dan BN menang besar pada 2004.Pak Lah tidur. Rasuah dilakukan oleh pihak kerajaan dan pihak berkuasa -polis, JPS, Imegresyen, Kastam dan Jabatan Kerajaan lain berleluasa.Harga minyak naik mendadak memaksa rakyat hidup susah; dan gagal mengawal kemaraan HINDRAF.Pendatang Asing berleluasa. Tol naik. Bonus kakitangan kerajaan tak ada.Pak Lah tak tahu pasal politik dan percaya dengan janji Anwar Ibrahim-apabila dibebaskan, dia tidak akan mengganggu BN dan Kerajaan Malaysia.
11. Pada Pilihanraya 2008, percantuman politik Pak Lah silap. Anwar menjadi harimau lapar membaham semua musuhnya dalam UMNO dan BN.Anwar berjaya menjadikan agenda rakyat sebagai tunjang perjuangan dan kelembikan Pak Lah menyebabkan BN berkelahi sesama sendiri selepas pilihanraya.Anwar melihat peristiwa ini sebagai batu locatan untuknya menjatuhkan BN.
12. Anwar memasang cita-cita untuk menjadi PM dengan cara lompat parti walaupun dia sedar yang PKR bukan parti dominan dalam Parlimen sebaliknya 30-30-30 dengan PAS dan DAP.Anwar berjanji akan menjadikan 16 September untuk membentuk Kerajaan Baru sehingga politik negara menjadi tidak menentu.Anwar dian sejenak bila Majlis raja-raja bertitah supaya wakil rakyat bekerja untuk rakyat bukannya berpolitik sepanjang masa.
13. Anwar cuba mengejar cita-cita di Sabah; dan kini ke Sarawak untuk mendesak supaya ahli parlimen menyertai Pakatan melalui lompat.PAS diam, tapi halal. DAP bantah, tapi sokong sehinggalah berlaku Tsunami Pakatan di Perak apabila air ludah Anwar terkena pada muka sendiri dan sahabat dalam Pakatan.Anwar masih mempertahankan Nizar sebagai MB supaya agendanya tidak menjadi gajah putih dan dihina oleh penyokong dan sahabat politik.Karpal Singh melihat Anwar punca masalah ini dan jangan mempermainkan amanah rakyat berikan.
14. Jadi, apakah angan-angan Anwar Ibrahim untuk menjadi PM nanti?Najib semakin dekat dengan kuasa PM walaupun Anwar berjaya mengaitkan namanya dengan pembunuhan Altantuya!!!Menjadi 'fobia' kepada Anwar ialah Saiful Bukhari, namun dia masih boleh menutup bau bangkai gajah dengan 'mengadakan huru-hara' supaya rakyat terlupa menganai moralitinya.Semua perancangan Anwar hampir JAYA, namun semua ketentuan ditangan Allah walaupun Amerika, ulama PAS, DAP, Gus Durr dan perusuh jalanan memberi sokongan tidak berbelah bahagi.Menyedari niat jahat Anwar, Ezam orang pertama melangkah pergi dari perjuangan Anwar yang dikatakan terpesong-melainkan untuk kepentingan dirinya sendiri.
Agaknya apa yang Anwar Ibrahim akan lakukan lagi untuk memastikan dia tetap jadi PM?
Yang menjadi mangsa ialah rakyat. Gajah berkelahi, pelanduk terserpik mati di tengah-tengah.
Adakah Anwar Ibrahim akan lakukan sesuatu yang lebih dasyat bagi memastikan cita-citanya menjadi PM tercapai selain melalui pilihanraya pada masa akan datang?CUBA KITA FIKIR!!!
sumber : pkrpasdap

4 ulasan:

Srixon berkata...

ko nie proksi siapa juga nie Kusai Tandek!? Najis Rojak kah? kalau anwar saman ko RM50 juta percuma ko terkencing dan terberak berdiri bukan lagi duduk, jangan ckp2 saja bah mcm org hilang ingatan, mana buktinya anwar mcm itu!?

Junid Bin Gunsalam berkata...

sabar bogia..
ko ingat anwar tu bersih, dan jujur sangat ka? paling2 pun ko jumpa anwar pun ndak. apa lagi ko tau latarbelakang dia.
sabar itu separuh dari iman....

Najis Rojak berkata...

kalau saya marah nie saudara saya paksa yb. anita atau yb. maximus letak jawatan dan adakan pilihanraya kecil saya cadangkan saudara yang jadi calon pa mcm seranan saya ko sokongkah saudara? Hidup Pakatan Rakyat! -:)

Junid Bin Gunsalam berkata...

hye srixon..
terima kasih cadangan saudara. buat masa sekarang...sy hanya ikhlas menyokong parti yang sy sokong. tiada niat apa2. hehehe