Rabu, Februari 24, 2010

Khianat dan cita-cita politik di Malaysia?

Sejarah menjelaskan khianat ada kaitan tersungkurnya tamadun yang hebat. Salah satu kisah yang menarik ialah kejatuhan empayar Bani Abassiyah ketika di bawah pemerintahan Khalifah al-Mustashim Billah (640-656H). Empayar tersebut yang ketika itu berpusat di Baghdad dan digeruni musuh, akhirnya tumbang. Tentera Monggol pimpinan Hulagu Khan iaitu cucu kepada Genghiz Khan berjaya menawan Baghdad. Apa puncanya? Tercatat dalam banyak dokumen sejarah, ia adalah angkara pengkhianatan seorang pembesar bernama Umayiyudin Muhammad al-Aqami, yang bercita-cita mahu menjadi khalifah atau pemerintah agung.

Secara penuh muslihat, beliau bersubahat dengan Hulagu Khan. Tanpa disedari, Umayiyudin menjadi musuh dalam selimut kepada khalifah dan rakyat. Kemuncaknya, percaturan Umayiyudin membawa kejayaan. Baghdad akhirnya ditawan dan kota tersebut bermandi darah dengan ratusan ribu penduduk dibunuh manakala wanita dirogol. Beribu-ribu kitab meliputi pelbagai disiplin ilmu terutama sains yang mengangkat kegemilangan tamadun Islam, telah dibakar dan sebahagiannya dijual kepada pedagang Eropah ketika itu. Masjid dan surau turut dimusnahkan. Imam dan bilal dibunuh. Tiada lagi suara azan berkumandang. Umaiyuddin akhirnya menyesal dan sedih kerana tidak menyangka tujuan beliau bersubahat yang sekadar untuk mendapat kuasa telah membawa musibah besar kepada Baghdad dan rakyatnya. Umaiyiyuddin akhirnya mati kerana tertekan tetapi semuanya sudah terlambat.

Peradaban yang dibina 500 tahun oleh empayar Bani Abasiyah dimusnahkan oleh pencerobohan Monggol. Dalam mana-mana sejarah tamadun, pengkhianatan adalah ancaman besar. Melaka yang suatu ketika mempunyai empayar yang disegani, tumbang angkara pengkhianatan si kitul. Empayar Melayu Kedah juga jatuh kepada Siam disebabkan pengkhianatan pemimpin Melayu. Sesungguhnya agenda pengkhianatan tidak pernah padam termasuk dalam era moden. Pada dekad ini, pengkhianatan berlaku dalam bentuk yang lebih kompleks sifatnya. Kuasa asing sentiasa mendambakan ada tokoh dalam negara yang boleh dipergunakan untuk agenda mereka. Betapa licik kuasa besar memanipulasi termasuk menerusi buku Confessions of an Economic Hitman oleh John Perkins. Itu belum menyentuh penyusupan agenda agama atas nama liberalisme, gerakan seks sejenis dan sebagainya.

Di Malaysia, bibit-bibit pengkhianatan semakin jelas sejak sedekad lalu. Daripada usaha menggugat asas kenegaraan sehinggalah mengundang campur tangan asing dalam hal ehwal Malaysia. Siapa pengkhianat itu, tidak penting. Persoalan lebih penting apakah kita mahu membenarkan berlaku satu lagi kisah pengkhianatan?

Selasa, Disember 15, 2009

Bangsa Kimaragang

Tahniah kerana baru-baru ini terlancarnya Pertubuhan Kimaragang Malaysia (PKM) pada 13hb Dis 2009 di Dewan Kg. Masolog. Ini menjadikan Suku Kaum Dusun Kimaragang yang majoriti menetap di Daerah Kota Marudu telah mempunyai dua (2) persatuan iaitu Persatuan Kimaragang Sabah Bersatu (PKSB) dan PKM dan satu (1) berstatus Alumni Kimarangang yang masing-masing mempunyai kepala/ketua tersendiri.
tahniah kepada ketiga-tiga pemimpin persatuan ini kerana mempunyai misi untuk menaiktaraf suku Kimaragang. Akan Tetapi secara peribadi, saya lebih suka melihat ketiga-tiga pemimpin persatuan ini boleh duduk satu bumbung persatuan dan bersama-sama menjana idea dan fikiran ke arah membangunkan Bangsa Kimaragang. Di bawah satu bumbung persatuan ini yang ikhlas memperjuangkan Bangsa Kimarangang, orang-orang kuat ini bersama-sama memeras otak dalam menterjemahkan miss dan visi serta hala tuju Bangsa Kimarangang.
Tidak dinafikan dengan kewujudan tiga persatuan ini, wujud satu perkembangan yang tidak sihat ke arah memajukan suku bangsa kita. saya takut-takut nanti ini akan disabotaj oleh pihak2 tertentu. Dan akhirnya matlamat untuk memajukan bangsa kimarangang tersasar jauh dari landasan. siapa yang rugi, pastinya kita bangsa kimarangang juga. Jangan sampai kita menggunakan nama suku kaum kimaragang untuk dijadikan batu loncatan atau demi kepentingan peribadi......

Rabu, November 11, 2009

Exco Pemuda Pusat sesi 2009-2012

Baru-baru ini Parti Bersatu Sabah telah mengadakan Kongres Agung Tahunan pada 7hb-9hb November 2009 yang dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Razak di Magellen Sutera. Kongres kali ini merupakan tahun pemilihan semua jawatan majlis tertinggi pusat, sayap pemuda dan sayap wanita. Majlis Tertinggi masih diterajui YB. Datuk Seri Joseph Pairin Datuk Kitingan, Sayap Pemuda diketuai oleh YB Datuk Jahid Jahim dan Sayap Wanita diketuai oleh Datuk Jamilah Sulaiman.

Saya bersyukur kerana berjaya menyelitkan diri dalam jawatan Exco Pemuda Pusat dimana dalam perebutan jawatan ini terdapat 16 calon yang menawarkan diri diseluruh pelosok negeri Sabah. Setelah pengumuman undi dijalankan, saya mendapat undi ketiga terbanyak iaitu 107 undi. Apa yang membuatkan saya bersyukur, inilah kali pertama saya menawarkan diri untuk bertanding di peringkat pusat dan memenanginya. walaupun ia kelihatan permulaan bagus, saya merasakan perjuangan saya dalam pemuda PBS belum berakhir lagi. saya akan cuba melakukan yang terbaik demi masa depan pemuda.

Berikut Keputusan 5 terbaik calon exco pemuda pusat :

1. Romeo sindih (Ketua Pemuda Tamparuli) = 131 undi
2. Ambrose James (Ketua Pemuda Labuan) = 112 undi
3. Junid@Jonid Bin Gunsalam (Naib Ketua Pemuda Tandek) = 107 undi
4. Melon Yaming (S/u pemuda kedamaian) = 92 undi
5. Marcelus Jeffry (Ketua Pemuda Labuk) = 83 undi

salam perjuangan

Isnin, Oktober 19, 2009

Cuti umum sempena 16 September sebagai Hari Malaysia

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan 16 September sebagai cuti umum Hari Malaysia di seluruh negara mulai tahun depan.Mengumumkannya pada sidang Dewan Rakyat pagi ini, Perdana Menteri berkata pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat adalah satu titik sejarah yang amat penting."Dengan demikian rakyat Malaysia akan merayakan dua hari kebangsaan secara berkembar. Hari Merdeka pada 31 Ogos mengingatkan kita akan perjuangan mencapai kemerdekaan dari penjajahan, yang akan dirayakan dengan pelbagai acara rasmi seperti perarakan dan sebagainya untuk mengingati detik sejarah itu.
"Hari Malaysia pula akan dirayakan dengan acara bersifat mengeratkan perpaduan, persefahaman antara kaum, kejayaan dan pencapaian masyarakat menerusi bidang sukan, sosio-budaya, kesenian dan lain-lain yang akan menyemarakkan semangat 1Malaysia," katanya.Hari Malaysia diraikan setiap tahun untuk memperingati pembentukan Persekutuan Malaysia membaitkan penyertaan Sabah dan Sarawak 16 September 1963.salam perjuangan

Selasa, Oktober 13, 2009

Fahami kontrak sosial, elak ketegangan kaum

Dalam bukunya Du Contract Social (1762), Rousseau menyatakan ?manusia dilahirkan bebas tetapi di mana-mana saja, mereka dibelenggu pelbagai peraturan sosial?. Rousseau lebih menekankan kepada ?hasrat umum?, iaitu penyatuan keseluruhan hasrat individu yang wujud di dalam sesuatu masyarakat. Beliau membezakan antara hasrat umum dan hasrat semua orang. Hasrat umum meneliti kepentingan dan faedah bersama, sedangkan hasrat semua lebih bertumpu kepada kehendak dan faedah peribadi (The Social Contract, terjemahan M Craston, 1968). Baginya institusi seperti Raja, perwakilan rakyat dan birokrasi tidak dapat mengatasi hasrat umum. Piagam Madinah (Sahifah Madinah) yang diasaskan Nabi Muhammad SAW ketika pembentukan negara Islam Madinah adalah dianggap sebagai kontrak sosial dan perlembagaan bertulis yang pertama di dunia. Dalam tamadun Melayu, kontrak sosial dikesan di dalam Sejarah Melayu (Salalatus Salatin) tulisan Tun Seri Lanang (1612) yang menyebut perjanjian antara Sang Sapurba (Raja) dan Demang Lebar Daun (rakyat).

Yang dipersetujui bersama ialah perlunya rakyat patuh kepada Raja selagi Raja berlaku adil. Ungkapan yang dipegang oleh rakyat ialah ?Raja adil Raja disembah, Raja zalim Raja disanggah.? Dalam masyarakat moden hari ini ?semangat? kontrak sosial dimaktubkan di dalam kebanyakan Perlembagaan di dunia. Pernah berlaku dalam sejarah Amerika Syarikat (AS) isu mengenai kedudukan orang kulit hitam di dalam Perlembagaannya. Ketika Perlembagaannya dirunding, orang kulit hitam dianggap sebagai harta yang menjadi milik orang kulit putih. Justeru, dalam kes perhambaan di Amerika Syarikat (kes Dred Scott, 1857) Mahkamah Agung Amerika Syarikat tidak mengiktiraf orang kulit hitam sebagai pihak yang berkontrak ketika Perlembagaan itu dirundingkan. Keputusan berkenaan mencetuskan perang saudara yang akhirnya membawa kepada pindaan Perlembagaan Amerika Syarikat (Abdul Aziz Bari, 2008).

Ketika negara mencapai kemerdekaan, sebuah suruhanjaya bebas dibentuk oleh British pada 8 Mac 1956 bertujuan mengkaji bentuk Perlembagaan untuk Tanah Melayu yang merdeka. Ia dipengerusikan Lord Reid dan dianggotai Ivor Jennings, Sir William McKell, B Malik dan Hakim Abdul Hamid. Suruhanjaya ini bertanggungjawab menggubal Perlembagaan untuk Tanah Melayu berdasarkan demokrasi berparlimen. Umno yang sudah pun wujud ketika itu mengambil berat mengenai proses pembentukan Perlembagaan. MCA dan MIC juga tidak berkecuali. Pada 9 April 1956, Tun Abdul Razak Hussein dilantik oleh Majlis Kerja Tertinggi Umno mempengerusikan Jawatankuasa Siasah. Jawatankuasa ini mengumpul semua memorandum daripada Jawatankuasa Umno Perhubungan Negeri. Di antara isu panas yang diberi perhatian ialah kerakyatan berasaskan prinsip ?jus soli? dan kedudukan bahasa rasmi. Tun Razak turut mempengerusikan Majlis Kebangsaan Perikatan, bertujuan menimbang memorandum daripada Umno, MCA dan MIC. Di antara perkara yang diputus dan dipersetujui majlis berkenaan ialah mengiktiraf orang Melayu sebagai Bumiputera dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan rasmi negara.

Mengenai soal kerakyatan, jawatankuasa berkenaan menolak prinsip ?jus soli? seperti dicadangkan MCA dan MIC. Mereka bersetuju dengan cadangan bahawa mereka yang dilahirkan di Tanah Melayu dan kemudian daripada pengisytiharan kemerdekaan menjadi warga negara Tanah Melayu dengan syarat tertentu. Apa yang diterima bersama oleh pemimpin pelbagai kaum mengenai kontrak sosial itu ialah menghapuskan semangat perkauman yang ekstrem ketika Perlembagaan awal ingin dibentuk, iaitu Perlembagaan Malayan Union 1946 dan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1947. Ketika itu isu perkauman melatari usaha untuk mewujudkan Perlembagaan terbabit. Perkara ini dapat difahami dalam memorandum dan surat yang dihantar kepada Jawatankuasa Perundingan Cheeseman yang bertujuan meneliti Perlembagaan untuk Persekutuan Tanah Melayu 1948.

Jelaslah bahawa perkara mengenai kontrak sosial menjadi keutamaan dalam penggubalan Perlembagaan Persekutuan 1957. Perkara seperti kedudukan Raja-Raja Melayu, agama Islam, bahasa Melayu dan hak istimewa Bumiputera adalah terma yang disebut dan dipersetujui bersama. Perkara ini disentuh di dalam memorandum parti Perikatan kepada Suruhanjaya Reid. Dokumen Political Testament of the Alliance ini akhirnya menjadi sebahagian pertimbangan kepada pembentukan Perlembagaan Persekutuan 1957. Bagaimanapun, apa yang dianggap kontrak sosial di dalam Perlembagaan negara adalah quid pro quo (beri-memberi) yang masih berasaskan kepada kepentingan kaum yang dipersetujui bersama. Elemen kepentingan kaum ini diakui oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj ketika berucap membentangkan cadangan Perlembagaan pada Majlis Perundangan Kebangsaan 10 Julai 1957. Perkara ini jelas dalam pemberian kerakyatan kepada orang bukan Melayu, sementara Perkara 153 adalah berkaitan hak istimewa Melayu, termasuk Bumiputera Sabah dan Sarawak.

Menurut Profesor Khoo Kay Kim, Perkara 153 perlu difahami sebagai kontrak sosial yang mendukung konsep dominasi Melayu atau ?ketuanan Melayu? yang dipersetujui bersama di kalangan pemimpin pelbagai kaum. Begitu pun, seperti juga kebanyakan kontrak atau perjanjian yang wujud, ia boleh dipinda mengikut keadaan dan kesesuaian. Oleh itu, jika benar kontrak sosial yang ada dalam Perlembagaan, khususnya yang berkaitan dengan orang Melayu dianggap tidak relevan, maka adalah baik ia dikaji dan diteliti semula. Namun, segala perubahan itu mestilah dipersetujui bersama dan tidak melenyapkan sejarah, tradisi dan warisan Melayu yang menjadi sebahagian ciri Perlembagaan negara. Selain itu, cadangan beberapa pihak supaya sejarah kontrak sosial diajarkan di sekolah dan institusi pengajian tinggi perlu diberi perhatian sewajarnya.

Isnin, Oktober 12, 2009

BN Menang

Keputusan Pilihanraya

N 31Tan Sri Mohd Isa Samad BN 8013

Zulkifli Mohd Omar PAS 2578

Majoriti 5435

Jumlah Mengundi 11170

Peratus 82%

Undi Rosak 223

Khamis, September 24, 2009

Lim akui Najib ‘ bukan mudah’ untuk diketepikan sebagai PM

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengakui bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak adalah lebih sukar untuk diketepikan sebagai perdana menteri kerana dia telah membuktikan dirinya sebagai pemimpin politik yang lebih berkesan berbanding Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini. Dalam temu bual dengan akhbar Financial Times of London yang diterbitkan Selasa, Lim, yang sudah mula memikirkan pilihan raya umum akan datang, berkata: "Ada peluang (pembangkang memenangi majoriti kerusi Parlimen) tetapi ia tidak akan mudah. Mungkin ia lebih sukar di bawah Najib berbanding Abdullah. Saya berpendapat Najib dapat melakukan sesuatu dengan lebih baik berbanding Abdullah."
Menurut Bernama laporan, yang ditulis oleh koresponden Singapura, Kevin Brown, berkata komen Lim, yang juga setiausaha agung DAP, adalah berbeza dengan gaya retorik yang agresif Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar telah mencadangkan kerajaan pusat yang diterajui oleh Barisan Nasional (BN) mungkin dipaksa keluar sebelum pilihan raya umum akan datang dengan tindakan 'melompat parti' di kalangan ahli Parlimen. Pakatan Pakyat menguasai 83 daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat dan hanya perlu memang 29 lagi kerusi Parlimen untuk mengambil alih tampuk pemerintahan. Laporan itu menyebut Najib, sejak mengambil alih sebagai perdana menteri April lepas, telah mendekati pengundi dengan merangka dasar untuk semua kumpulan etnik, menentang rasuah, membebaskan banduan politik dan menumpukan sumber ke atas kerusi yang berpotensi untuk dikuasai semula.
Bagi menekankan keseriusan, laporan itu menyebut Najib baru-baru ini mengumumkan inkuiri terhadap skandal projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ). Baru-baru ini, CLSA Asia-Pacific Markets, sebuah firma broker saham dan pelaburan yang bebas berpangkalan di Hong Kong, berkata Najib telah mendapatkan semula 'pegangan' dengan sebilangan dasar dan tindakannya yang menarik dan positif sejak mengambil alih kepimpinan kerajaan. Ia termasuk meliberalisasikan Dasar Ekonomi Baru, memastikan lebih banyak ketelusan, mempercepatkan pemberian projek infrastruktur dan meningkatkan hubungan dengan Singapura bagi menarik pelaburan langsung ke koridor pembangunan selatan di Iskandar Malaysia.
Melabelkan pembaharuan positif dalam bidang ekonomi dan sosial yang dibawa Najib sebagai "Najibnomics", CLSA berkata ia bertujuan merangsangkan ekonomi domestik, menarik pelabur dan kepakaran asing, mengurangkan karenah birokrasi, membanteras jenayah dan rasuah, menekankan peningkatan akauntabiliti dan menggalakkan perpaduan negara menerusi konsep 1Malaysia. Berlandaskan latar belakang dalam bidang ekonomi perindustrian dari Universiti Nottingham, CLSA berkata Najib pantas melaksanakan pelbagai pembaharuan fiskal dan struktur negara.