Memaparkan catatan dengan label sembang-sembang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sembang-sembang. Papar semua catatan

Jumaat, Julai 17, 2009

"Macam-macam town". Perlukah dalam konteks 1malaysia

DI Kuala Lumpur ada kawasan yang dikenali sebagai China Town seperti di Jalan Petaling. Ada juga Little India sebagaimana di Jalan Brickfields yang akan dinaik taraf sebagai kawasan pelancongan baru serta diperluaskan meliputi beberapa batang jalan lagi. Di Melaka, terdapat konsep menyerupai China Town iaitu di Jonker Walk dan Little India di persimpangan Jalan Bendahara dan Jalan Temenggong. Di Kelang, Jalan Tengku Kelana diisytiharkan sebagai Little India. Banyak lagi kawasan di negara ini yang sudah dilabel dan bakal dimajukan sebagai China Town dan Little India. Apakah ada Malay Town? Selain Pekan Rabu di Alor Setar, Pahang turut memperkenalkan satu lokasi dinamakan Malay Town di Kuantan. Apa yang menjadi persoalan wajarkah diwujudkan China Town, Little India dan Malay Town? Apatah lagi pihak-pihak berkenaan makin ghairah memajukan konsep bandar kecil atau pekan bercirikan identiti kaum. Di satu negeri misalnya, sampai ada dua atau tiga lokasi berkenaan.

Pasti ada yang berpendapat, apa salahnya diwujud dan dikembangkan China Town dan Little India kerana di Amerika Syarikat (AS) dan beberapa negara lain, ia bukan pemandangan yang asing. Tetapi Awang tidak nampak kewajaran sebegitu banyak China Town, Little India mahupun Malay Town di negara ini. Untuk menjadikan AS sebagai perbandingan adalah silap. Ini kerana Malaysia sememangnya telah dikenali dan diisytiharkan sebagai negara pelbagai kaum. Jika sudah mencapai status negara pelbagai kaum, untuk apa perlunya China Town, Little India mahupun Malay Town? Masyarakat Cina dan India di negara ini bukan golongan imigran, mereka adalah warga negara. Lainlah kalau Afrika Town, Arab Town, Bangla Town, Nepal Town dan Vietnam Town diwujudkan oleh komuniti pendatang yang merantau mencari rezeki di negara ini kerana mereka bukannya warga negara. Awang boleh faham dan terima jika terdapat satu dua China Town atau Little India di negara ini bagi tujuan pelancongan atau untuk menampakkan kepada pelancong dari negara China dan India bahawa budaya dan ciri-ciri kedua-dua kaum itu masih ketara di negara ini. Tetapi jika jumlahnya berkembang pesat bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan, maka ia bukan sesuatu yang boleh dibanggakan. Jika itu dibenarkan, ke mana arah kita sebagai bangsa Malaysia melainkan jika kita mahu membatalkan semula rujukan Malaysia sebagai negara pelbagai kaum. kalu macam itu bila lagi wujud DUSUN TOWN???? sama2 kita fikirkan

Sabtu, Februari 21, 2009

AKU NAK JADI PEMIMPIN DAN YB UNTUK MAJUKAN KAWASAN SAYA : SATU REALITI ATAU KEPALSUAN?

Kusai Tandek tergerak melontarkan hujah mengatakan bahawa "Aku Mahu Jadi YB untuk Majukan Kawasan Saya". Adakah ini satu realiti atau kepalsuan. Bukan apa hasil pembacaan buku-buku politik lama, sentiasa ada komen-komen dari pembangkang yang mengatakan bahwa YB itu tidak membawa pembangunan dan kemajuan kawasan yang diwakili. 1. YB itu perlu ditukar sebab dia bukan penduduk sejati kawasan itu 2. YB itu hanya penting diri sendiri. 3.YB itu hanya membantu kroninya sahaja dan kawasan yang diwakilinya terus mundur/miskin 4. YB itu ndak pandai buat kerja. semua kenyatan ini juga tidak terkecuali berkumandang dikawasan saya.
Tetapi yang menghairankan ialah empat ungkapan diatas seringkali diperkatakan puluhan tahun yang lalu. Ia diucapkan banyak kali terutamanya menjelang pilihanraya. ini bererti kata-kata pemimpin baru itupun ada memakan diri sendiri. Adakah empat ungkapan diatas sekadar dijadikan batu loncatan untuk mempromosikan diri dan seterusnya dipilih YB yang baru dikawasan tersebut? Atau adakah empat ungkapan ini masih lagi berbisa untuk dijadikan umpan melenyapkan pengaruh YB lama? Mungkinkah ini lah cara terakhir untuk menonjolkan diri pemimpin baru walhal pemimpin lama masih lagi yang terbaik? sejauh mana ungkapan ini menjadi igauan YB lama? Inilah persoalan-persoalan yang ingin dibongkarkan oleh Kusai Tandek.

Jumaat, Februari 13, 2009

Teori RAHMAN - Anwar tidak boleh tidur


Bapa Kemerdekaan Malaysia Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pernah mengetengahkan teori RAHMAN. Menurut Almarhun, Perdana Menteri Malaysia nombor satu hingga enam boleh diramalkan dengan menggunakan huruf pangkal nama mereka. Walaupun begitu ianya sebenarnya hanyalah kebetulan..betul ataum tidak bukan persoalannya..
Dikatakan:

R ialah Rahman Putra, iaitu Tunku sendiri (Y.T.M Tungku Abdul Rahman Putra Al-haj), Perdana Menteri Malaysia yang pertama dan dikenali sebagai Bapa Kemerdekaan (Feb. 1955- 20 September 1970)
A ialah Abdul Razak Hussain, iaitu Tun Razak, yang menjadi Perdana Menteri kedua (21 Sep 1970 - 14 Januari 1976). Tun Razak dikenali Bapa Pembangunan

H ialah Hussein Onn, iaitu Perdana Menteri ketiga (15 Januari 1976 - 17 Julai 1981). Tun Hussein Onn dikenali sebagai Bapa Perpaduan

M ialah Mahathir Mohamad bin Mohamed Iskandar Kutty, iaitu Perdana Menteri keempat (17 Julai 1981 - 2003). Tun Mahathir dikenali sebagai Bapa Pemodenan.

Pada tahun 1999, teori ini menjadi cukup popular apabila pada masa itu ianya menjadi rebutan ramai ahli politik pangkal "A". Kebetulan pada ketika itu berlaku pergolakan politik dimana Anwar disingkir dari UMNO dan berlaku reformasi jalanan yang didalangi oleh parti baru anwar iaitu PKR. Ketika itu juga banyak persoalan timbul siapa pemimpin politik yang pangkal 'A' yang bakal menjadi Perdana Menteri seperti dalam teori RAHMAN. Antara yang disebut-sebut ketika itu ialah Abdullah Badawi, Azizah Ismail (Presiden PKR dan Isteri Anwar), Anwar Ibrahim. Ramai penyokong Reformasi yang berdoa semoga orang itu ialah ANWAR IBRAHIM. Anwar memang digambarkan sebagai bakal Perdana Menteri semenjak pemimpin berjiwa cekal ini menjadi pejuang pelajar di Universiti Malaya tahun 70an dahulu. Namun begitu hajat yang berJIWA cekal ini tidak kesampaian dan amat kempunan sekali apabila Abdullah Ahmad Badawi di pilih sebagai Perdana Menteri yang Ke 5. SEDIHNYEEEE...Anwar

A ialah Abdullah Ahmad Badawi iaitu Perdana Menteri yang Kelima ( 31/10/2003 hingga kini) dan dikenali sebagai Bapa Pembangunan Modal Insan.

Persoalannya, Perdana Menteri Kelima iaitu yang mempunyai huruf pangkal "N" sudah pun diketahui iaitu Najib Tun Razak. Namun anwar yang memiliki kekayaannya hasil dari PROJEK KATAK MELOMPAT yang cukup besar di negara ini, masih lagi mengharap yang dia lah PM yang Ke-6 tu....apa tidaknya selepas saja PIRU ke-12 si Anwar ini melancarkan projek 16 September dengan mahu membeli 30 ahli parlimen BN untuk melompat masuk PKR. Anwar hantar lagi Tian Chua kejar MP BN di Taiwan. Teruk betul dia ini gila kuasa dan pangkat. kerana adanya teori RAHMAN bermain-main diotak Anwar, maka konon-kononnya Anwar ada nama baru supaya sepadan dengan hurf N. Kerana Nama dia pun ada "N"... emm susah juga kalau orang yang gila kuasa ni.. emm tak pe la NUAR Ibrahim pun jadilah. hehehehe. Dengan nama baru adalah chance Nuar Ibrahim jadi PM ke-6 dengan gelaran sebagai Bapa Katak Lompat .

Namun begitu sejak kebelakangan ini seorang lagi Pemimpin Pakatan Rakyat telah mula menampak belang Anwar ini dan menyatakan bahawa Anwar memang dilahirkan untuk menjadi "AHLI POLITIK YANG KECEWA" kerana harapannya untuk menjadi PM ke 6 pun memang tak lah!!!habis anwar ditelanjangi oleh karpal singh rakan sepasukan dalam PR....kecian Anwar..makan tak kenyang, tido tak lena...Renungkan. jadi masih mengharap lagi Anwar jadi PM. sedangkan Teori Rahman hampir digenapi. ataupun Anwar kena tunggu ada Teori Baru. tapi kalu tunggu teori baru umur Anwar sudah menghampir 80 tahun kot. mana lagi layak jadi PM. kurang tenaga sudah..so, apa lagi......masih mengharap Anwar jadi PM? Lupakan...lupakan...lupakan...bagaikan langit dan bumi. renungkan..

Kelicikan Anwar : Satu Perjudian atau perjuangan bangsa

Tahun Lembu (kalender cina) telah tiba.selama 11 bulan selepas PIRU ke-12,setelah dikaji, diselidik, diperhatikan dan diamati, maka kita dapat rasakan politik tanah air kita semakin hari semakin menarik dan makin berbisa.Hari demi hari pelbagai situasi politik kita lalui kalut, seksi, panas,cemas,gusar,gundah gulana,geram,sedih,gembira dan terharu..itu lah gambaran politik tanah air kita yang berlaku sekarang. ini ka yang dinamakan politik sebenar atau gimik politik.Tapi hakikat politik dan prinsip politik memang macam tu.Siapa bijak dia di atas dan siapa pula kurang bijak maka dia dibawa.Tiada seorang politik yang lurus bendul. Masing-masing ada percaturan/taktik tersendiri. Percaturan yang pintar akan membawa kejayaan. Hari ini Kusai Tandek ingin mendedahkan pembaca apa pula percaturan pihak pembangkang dalam merealisasi matlamat menduduki kerusi PM di Putrajaya..siapa sebenarnya yang menjadi buah catur dlm politik game PR yang ditunjangi oleh Anwar Ibrahim. Cuba lihat dibawah berdasarkan analisis parti siapa catur dan siapa dicaturkan:
PAS: Rasanya di parti ini rata2 semua pembaca tahu siapa dicaturkan dlm parti ini. kita tahu wujud dua puak dlm parti ini satu golongan ulama dan satu lagi golongan yg dikenali sebagai erdogan (golongan berpendidikan-pro Anwar). Jelas dan terang2 mereka adalah buah catur kepada anwar adalah husam musa. dan terbaru bekas MB perak nizar yang pak turut kepada anwar. puak ini terang2 menentang prinsip asal perjuangan PAS. maka tdk keterlaluan saya katakan kalau PAS sudah terlalu jauh menyimpang dari landasan perjuangan asal mereka. kenapa ada org sanggup dehaka kepada sultan (didalangi anwar), kenapa ada pegunaan hand brek bila undang2 hudud ingin d laksanakan bila DAP membantah (husam mengatakan hukum hudud tetap dilaksana bla PR merintah ketika husam disoal oleh KJ. apabila DAP membantah hand break pula ditarik). malahan kalau blh masuk gear undur balik. kenapa pula ada fatwa yg pelik tetang lompat masuk PR tindakan bijak tp bila keluar dari PR d kritik pula. itu belum lagi fatwa undi ini maka masuk islam. tapi bila undi BN masuk neraka pula? dan undi PR masuk syurga? anwar bijak mencaturkan pihak kawan sendiri, yg pelik kenapa tidak presiden PAS saja yg dicaturkan dan kenapa pula husam yg dipilih? satu persoalan yg sering bermain diminda kita kenapa dan mengapa husam yg menjadi buah catur dlm hal ini? adakah tuan guru hadi awang dan nik aziz tidak mudah dijinakan dlm hal ini? atau presiden ini sukar bagi anwar untuk pergunakan dia? tapi kalau direnung dari sudut politik pula saya rasa ada percaturan d sebalik perkara ini..adakah husam muktamar akan datang dan tuan guru hadi akan tumbang dan digantikan oleh husam siapa tahu ini kan politik...dari percaturan ini juga kita tahu tuan guru hadi dah terikat dengan PR dia takkan akan berani keluar dari PR sebab dia tahu pasti akan berlaku perpecahan dalam parti PAS. pandai betul anwar. INI adalah sinopsis rentetan jalan cerita pendek d dalam PARTI PAS.
DAP:Satu parti yg boleh dikatakan parti keramat dan parti yg cukup lantang dan tegas dlm memperjuangkan prinsip partinya.Tapi sayang seribu kali sayang sekeras keras batu akhirnya cair juga oleh air dan lidah yg tak bertulang. Anwar bijak mempergunakan parti ini sebab dia tahu parti ini mempunyai 2 pengaruh besar dalam kaum cina dan india sebab parti ini rata2 mewakili 2 kaum ini.Tapi pokok pangkalnya siapa pula buah catur dlm parti ini? Satu malaysia sudah tahu dari mulut presiden DAP yg berkata dia telah disisihkan oleh ahli partinya sendiri. maka kita tahu secara terang2 buah catur dlm DAP adalah lim guan eng dan lim kit siang. kita pun sudah tahu d kalangan kaum cina sudah tersebar yg wujudnya kaw team cina dlm parti ini.apa yg mereka gelar (erdogan fatherson). dlm hal ini wujud lagi satu persoalan kenapa anwar pilih mereka (guan eng dan kit siang) kenapa tidak karpal sendiri saja dipilih jadi buah catur dlm perkara ini? sedang kan karpal seorang peguam yang terkemuka dan mempunyai pengikut ynag ramai. adakah karpal juga seperti hadi awang yg sukar untuk ditundukan dan dijadikan buah catur dlm politik game anwar?tapi karpal adalah d antara pengerusi parti yg cepat menghidu perkara ini. tapi dia terlambat sikit dlm hal ini kerana anai2 catur ini dah mula masuk dlm DAP. maka tidak hairan kenapa karpal melenting dan mula bertindak bagi membendung kumpulan fatherson ini. karpal juga cuba mengekang erdogan fatherson ini dari meyimpang dari perjuangan parti. tapi anuar kenapa pilih 2 org ini iaitu guan eng dan kit siang berbanding dlm PAS husam seorang saja. adakah lim kit siang terlalu tua untuk bakal mengantikan kedudukan karpal ini kelak, maka pelapis dipertaruhkan dlm hal ini..adakah era fatherson akan mejelma dlm DAP dan bakal meneggelamkan bahtera karpal dan anaknya? mungkinkah anwar menggunakan pengaruh lim kit siang dalam masyarakat cina? atau terpakasa memilih kedua-dua sekali sebab kit siang adalah penasihat utama kepada anaknya guan eng?. atau adakah guan eng akan mengambil ahli jawatan pengerusi DAP kebangsaan dari karpal? adakah juga kita akan melihat pertarungan 4 anak beranak dlm DAP? KARPAL dan gobind leo OR LIM and guan eng...kita tunggu diperhimpunan parti DAP akan dtg?
PKR: SIAPA buah catur dlm pkr? tak perlu garu kepala dlm hal ini buah catur dlm parti ini adalah kaum CINA dan KAUM india....dua kaum ini diperalat 100% oleh anwar. lihat saja yang berlaku kerajaan PR diselangor. PKR terbahagi dua kumpulan iaitu PKR cina dan PKR India. YB PKR dari India meletak jawatan dalam PKR sebab tidak puashati. ini lah kunci utama anwar dlm perjuangan partinya..Kenapa saya ckp mcm tu,lihat saja org islam tidur d jalan raya derhaka buat bantahan terhadap sultan tetang kes d perak.mana dua kaum ini?mereka tepuk tangan saja d belakang tabir? setelah TUN mengeluarkan kritikan malam esoknya baru lah konon pelakon2 dlm PR konon2 nyalakan lilin d jalanan sebagai bantahan..tapi sayang anwar ini kurang bijak dlm mengatur langkah caturnya.dia cuba mengatur langkah semula supaya elakan dari cekmet or sekurangnya dia cuba untuk stillmet.pkr skg dilanda krisi masalah disiplin ahlinya. satu demi satu anggota partinya ditelanjangkan salahlaku dan perangai mereka. ini lah akibat main tangkap masuk sahaja ahli..
SAPP:Walaupun parti ini tdk dlm pakatan pembangkang tapi dia tetap dikira pembangkang dlm luar pakatan ini.sapp yg dulu merupakan parti kompenen telah memberontak dlm BN.tapi sayang setelah seminggu habis pilihan raya dato yong tek lee telah pergi berjumpa dengan c lidah bercabang ini iaitu anwar dihongkong. malangnya dia telah temakan pujuk rayu anwar,dia telah meghancurkan partinya sendiri yg dia bina dulu. sebenarnya yun tock lee keluar BN sebab dia marah ndak terpilih calon di Parlimen Kota Kinabalu. jawatan pun tiada. siapa lagi mau kasi calon dia yang sudah dikenakan tatatertib rasuah wang dlm pilihanraya likas. di sini lah anwar ambil kesempatan walaupun yong teck lee tiada apa. tapi harus diingat sapp ada 2 kerusi parlimen dn 4 DUN yang dimenangi atas tiket BN. jadi cuba ambil kesempatan dalam hal ini. lihat saja setelah anwar gagal memujuk raymond tan dia terus mencari dato yong utk membuat buah catur terbaru. tapi hajat anuar tak kesampaian dlm hal ini. tapi dato yong blh dikatakan antara org yg terbijak dlm pembangkang ini sebab dia telah meletakkan syarat kepada anwar sebelum meyertai PR DATO Yong meminta anwar buktikan dulu yg dia mampu kuasai malaysia atau kerajaan sebelum partinya masuk dalam pakatan pembangkang. tapi hakikat sapp dah berpecah dua kerja anwar dlm cuba membuat percaturan politik. Diatas cuma baru parti2 pembangkang. blm lagi buah2 catur yg ingin dipergunakan dlm BN sendiri..tak dapat d sangkal lg kenapa anwar ada membuat pertemuan dengan org2 seperti DATO Chua So lek,DATO Zahid,ketua pemuda gerakan,ketua pemuda MCA dan beberpa org lg ahli dlm parti BN yg lain..apa motif anwar mencari buah catur dlm parti kompenan ini. adakah ingin menhancurkan parti2 lain..kita renungkan sebijak-bijaknya analsis ini. ini sebenarnya anwar yang hanya ingin merealisasikan impian mat jenin jadi PM..........

Khamis, Februari 12, 2009

Politik Kotor Anwar

1. Berikutan perjumpaan tergempar MB Guthrie hari ini dengan semua YB PR di Selangor, maka khabar angin CONFIRM 7 ADUN PR akan keluar di Selangor.Akhbar menyebut 4, namun penulis dimaklumkan sekurang-kurangnya 8.
2. Kesukaran menghubungi beberapa YB PR di Selangor menimbulkan kegusaran kepada kem DAP & PAS.
3. Di Kedah, jika 4 ADUN mempunyai tanda-tanda sukar dikesan, MB Azizan dikatakan akan meminta supaya DUN dibubarkan.
4. Karpal menyalahkan Anwar atas misi 916nya kerana menggalakkan budaya Lompat hanya semata-mata hendak menjadi PM, akhirnya YB mereka pula yang terlompat.
5. Pada hemat penulis, Acara Melompat ini adalah Strategi Anwar untuk memboloskan dirinya menyertai BN.Teorinya, apabila kesemua YB PKR lompat, maka Anwar tidak ada jalan lain kecuali Melompat juga. Ketika itu Anwar akan berkata, ini adalah kehendak akar umbi dan takdir Allah SWT.
6. Ketika itu, DAP & PAS terpaksa membawa haluan masing-masing. Untuk survival politik, Anwar tidak akan kisah meninggalkan DAP & PAS. Bertanyalah kepada Ezam semasa Ezam mengusahakan mengeluarkan Anwar dari penjara, janjinya akan menyerati semula BN!.DAP & PAS sedang ditipu Anwar.Anwar tidak akan menyertai PAS kerana jiwanya bukan Islamik . Anwar tahu dia tidak akan jadi PM melalui PAS.Penulis percaya, Acara Melompat secara beramai-ramai ini adalah Pelan Anwar untuk berbaik-baik dengan BN.Anda harus ingat Anwar sangat takut kepada Tun M. Bakal PM DS Najib pasti akan disokongkuat oleh Tun M, dan akhirnya merisaukan Anwar. Untuk berhadapan dengan DS Najib & Tun M, Anwar menggunakan Pelan Lompat.Anda tidak percaya, sila berkunjung ke Parlimen dan saksikan Anwar bersembang sambil minum kopi dengan YB-YB BN sambil ketawa !
sumber :jentayu

Aku Mahu Jadi PM- Kata Anwar

1. Dari ABIM, Anwar tak berminat menjadi ahli PAS (sehingga kini pun Anwar tak jadi ahli PAS), sebaliknya menerima pelawaan Tun Mahathir menyertai UMNO.Masuk PAS, anwar tahu dia tidak boleh pergi jauh melainkan menjadi pembangkang dan bersaing dengan ayam sabung PAS seperti Mat Sabu atau Makhfuz. Jauh sekali dapat menyentuh jawatan dalam Kabinet dan menjadi TPM.
2. Anwar mengingkir Tun Ghafar Baba dalam perebutan Timbalan Presiden UMNO. Dia 'main belakang' dengan membawa geng-geng untuk mengalahkan Tun Ghafar.
3. Anwar memasang banyak strategi dalam UMNO. Melantik kronis dan mengamalkan nepotisma untuk mengukuhkan kedudukan dan memberi sokongan bila diperlukan terutamanya semasa pemilihan UMNO atau Ketua Cawangan.
4. Anwar mengukuhkan kedudukan dengan Tokey-tokey Cina dengan memberi kelulusan untuk pusat perjudian, minuman keras, disko dan rumah pelacuran.Bahkan semasa dia menjadi TPM, Anwar mempertahankan tindakannya membenarkan snooker sebagai sukan walaupun ia dicampur dengan permainan judi dan unsur maksiat sebagaimana ditentang oleh PAS.
5. Anwar juga mendesak supaya TUN Mahathir memberikannya beberapa jawatan seperti TPM dan Menteri Kewangan untuk menambahkan kekayaannya melalui projek dan tender-tender terbuka. Anwar juga memujuk TUN supaya melantik kenalannya sebagai menteri kabinet.
6. Anwar mempergunakan TV3 dan The Star untuk memperbaiki imej dan reputasinya dalam UMNO serta menyerang musuh melalui tikam belakang- dalam UMNO atau luar UMNO.
7. Namun Anwar lupa, segala-galanya ditentukan oleh Allah dan dia tidak mampu menjadi PM melalui BN. Dia melakukan banyak kesilapan dan tindakan yang tidak bermoral. Akibatnya dia disingkir dari UMNO.Siapa percaya Anwar liwat?Siapa percaya Anwar main betina walaupun mereka bersumpah berada dengan Anwar di disco.Siapa percaya Anwar bersih dari rasuah?Siapa percaya Anwar tidak amal kroni dan nepotisma?Siapa percaya Anwar belajar Sastera pun hanya memperolehi ijazah am dikatakan pintar dan bijaksana?Siapa percaya Anwar ketika menjadi ketua pelajar menyuruh Petronas dijadikan syarikat bebas dan kerajaan tidak boleh campurtangan?
8. Kemudian, Anwar tewas dalam permainan catur dengan BOSS nya, TUN.Anwar pasang perangkap-tubuh PKR bukannya menyertai PAS atau DAP untuk menjatuhkan kerajaan pada tahun 1998.Anwar tidak mempunyai pengaruh dalam PAS dan tidak pasang team dalam DAP, jadi dia perlu partinya sendiri untuk membolehkan dia mengekalkan kuasa, bukan membantu rakyat.
9. Anwar meminta bantuan luar seperti USA, Jepun, Australia, Britain dan Indonesia untuk mendesak supaya dirinya dibebaskan dari tahanan ISA dan memansuhkan semua hukuman rasuah dan liwat di mahkamah.
10. Rancangan Anwar berjaya disekat apabila TUN menyerahkan kuasa pada Pak Lah dan BN menang besar pada 2004.Pak Lah tidur. Rasuah dilakukan oleh pihak kerajaan dan pihak berkuasa -polis, JPS, Imegresyen, Kastam dan Jabatan Kerajaan lain berleluasa.Harga minyak naik mendadak memaksa rakyat hidup susah; dan gagal mengawal kemaraan HINDRAF.Pendatang Asing berleluasa. Tol naik. Bonus kakitangan kerajaan tak ada.Pak Lah tak tahu pasal politik dan percaya dengan janji Anwar Ibrahim-apabila dibebaskan, dia tidak akan mengganggu BN dan Kerajaan Malaysia.
11. Pada Pilihanraya 2008, percantuman politik Pak Lah silap. Anwar menjadi harimau lapar membaham semua musuhnya dalam UMNO dan BN.Anwar berjaya menjadikan agenda rakyat sebagai tunjang perjuangan dan kelembikan Pak Lah menyebabkan BN berkelahi sesama sendiri selepas pilihanraya.Anwar melihat peristiwa ini sebagai batu locatan untuknya menjatuhkan BN.
12. Anwar memasang cita-cita untuk menjadi PM dengan cara lompat parti walaupun dia sedar yang PKR bukan parti dominan dalam Parlimen sebaliknya 30-30-30 dengan PAS dan DAP.Anwar berjanji akan menjadikan 16 September untuk membentuk Kerajaan Baru sehingga politik negara menjadi tidak menentu.Anwar dian sejenak bila Majlis raja-raja bertitah supaya wakil rakyat bekerja untuk rakyat bukannya berpolitik sepanjang masa.
13. Anwar cuba mengejar cita-cita di Sabah; dan kini ke Sarawak untuk mendesak supaya ahli parlimen menyertai Pakatan melalui lompat.PAS diam, tapi halal. DAP bantah, tapi sokong sehinggalah berlaku Tsunami Pakatan di Perak apabila air ludah Anwar terkena pada muka sendiri dan sahabat dalam Pakatan.Anwar masih mempertahankan Nizar sebagai MB supaya agendanya tidak menjadi gajah putih dan dihina oleh penyokong dan sahabat politik.Karpal Singh melihat Anwar punca masalah ini dan jangan mempermainkan amanah rakyat berikan.
14. Jadi, apakah angan-angan Anwar Ibrahim untuk menjadi PM nanti?Najib semakin dekat dengan kuasa PM walaupun Anwar berjaya mengaitkan namanya dengan pembunuhan Altantuya!!!Menjadi 'fobia' kepada Anwar ialah Saiful Bukhari, namun dia masih boleh menutup bau bangkai gajah dengan 'mengadakan huru-hara' supaya rakyat terlupa menganai moralitinya.Semua perancangan Anwar hampir JAYA, namun semua ketentuan ditangan Allah walaupun Amerika, ulama PAS, DAP, Gus Durr dan perusuh jalanan memberi sokongan tidak berbelah bahagi.Menyedari niat jahat Anwar, Ezam orang pertama melangkah pergi dari perjuangan Anwar yang dikatakan terpesong-melainkan untuk kepentingan dirinya sendiri.
Agaknya apa yang Anwar Ibrahim akan lakukan lagi untuk memastikan dia tetap jadi PM?
Yang menjadi mangsa ialah rakyat. Gajah berkelahi, pelanduk terserpik mati di tengah-tengah.
Adakah Anwar Ibrahim akan lakukan sesuatu yang lebih dasyat bagi memastikan cita-citanya menjadi PM tercapai selain melalui pilihanraya pada masa akan datang?CUBA KITA FIKIR!!!
sumber : pkrpasdap

Rabu, Februari 11, 2009

SULTAN PERAK BERTINDAK MENGIKUT LUNAS PERLEMBAGAAN DAN UNDANG2 TUBUH NEGERI PERAK.

Undang-Undang Tubuh Negeri Perak memberi kuasa mutlak Sultan sebagai penentu kuasa pemerintahan mutakhir kerajaan negeri. Perak ditadbir di bawah sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen. Mengikut Perlembagaan Negeri Perak, Sultan mempunyai kuasa memerintah tertakluk di bawah peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak. Mengikut Perkara 7 undang-undang tersebut, Sultan memerintah mengikut undang-undang dan dikehendaki berlaku adil terhadap semua rakyat. Perkara 10 pula menyatakan, baginda mempunyai kuasa eksekutif tertakluk kepada peruntukan undang-undang tersebut dan juga Perlembagaan Persekutuan. Perkara 11 pula menyebut, semua tindakan eksekutif yang diambil oleh kerajaan negeri Perak hendaklah disebut di atas nama Sultan. Dalam melaksanakan pemerintahan, Sultan hendaklah melantik seorang Menteri Besar seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 12. Baginda mempunyai kuasa mutlak menentukan siapa yang akan menerajui pucuk kepimpinan pemerintahan negerinya. Ia bermaksud, pelantikan Menteri Besar Perak akan ditentukan oleh Sultan. Ketetapan itu diperuntukkan dalam Perkara 16 (2) (a) dan perkara 18 (2) (a). Dalam melaksanakan kuasa pelantikan di bawah Perkara 16 (2), Sultan hendaklah melantik seorang Menteri Besar daripada kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang pada pendapatnya akan mendapat kepercayaan sebilangan besar ADUN lain. Beliau sudah pasti telah mendapat kepercayaan rakyat kerana menang pada pilihan raya menerusi proses demokrasi. Majoriti ADUN juga perlu menyokong dan memberi kepercayaan. Sultan juga melantiknya kerana yakin beliau akan mendapat kepercayaan tersebut. Dalam keadaan di Perak pada 4 Februari lalu, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin telah tidak mendapat kepercayaan sebilangan besar ADUN apabila dua ADUN-nya diminta mengosongkan kerusi. Dengan sendirinya kepercayaan terhadap beliau terhakis kerana Nizar menjadi Menteri Besar pada Mac 2008 berdasarkan kepercayaan 31 ADUN. Jumlah itu tinggal 29 dan kemudiannya merosot kepada 28. Apabila keadaan itu berlaku, beliau mengumumkan pembubaran DUN dan kemudian memohon menghadap Sultan untuk mendapatkan persetujuan bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak itu. Mengikut Perkara 18 (2) (b), Sultan boleh bertindak menurut budi bicaranya untuk tidak mempersetujui permintaan bagi membubarkan DUN tersebut. Seperti yang termaktub dalam Perkara 7, Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Sultan akan bertindak adil terhadap rakyatnya berdasarkan undang-undang. Sultan perlu mempertimbangkan sedalam-dalamnya dan mengambil kira permohonan itu sebagai permintaan adil bukan sahaja kepada DUN tetapi juga rakyat. Seorang Menteri Besar hanya akan memohon pembubaran DUN apabila tidak lagi mendapat kepercayaan sebilangan besar ADUN. Apabila seseorang Menteri Besar tidak lagi mendapat kepercayaan, maka ia bermakna beliau tidak lagi boleh menjadi Menteri Besar. Secara automatik kerajaan dan jemaah exconya tidak lagi berfungsi melainkan diberi mandat baru oleh rakyat pada pilihan raya baru.
Baginda Sultan mempunyai kuasa untuk tidak mempersetujui pembubaran DUN. Apabila baginda tidak memperkenankan pembubaran itu, maka secara automatik, jawatan Menteri Besar dan jemaah exco akan digugurkan. Peraturan ini bertepatan dengan Perkara 16 (6).
Mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, jelas Sultan mempunyai kuasa bertindak untuk melantik Menteri Besar baru dan sekali gus penubuhan kerajaan negeri yang baru. Jelas juga bahawa kuasa Menteri Besar dan Exco lama akan gugur dengan sendirinya. Setelah Menteri Besar tidak lagi boleh berfungsi maka Sultan boleh melantik Menteri Besar baru. Dalam situasi di Perak, jumlah ADUN BN ialah 28 dan tiga lagi ADUN mengisytiharkan keluar dari barisan pembangkang berdiri atas tiket Bebas serta menyokong BN. Apabila Sultan mendapati seorang ADUN BN boleh mendapat kepercayaan sebilangan besar ADUN lain maka baginda membuat pelantikan baru. Pelantikan Menteri Besar baru adalah sah di sisi undang-undang Perlembagaan dan juga aspek prosedur. Maka tidak timbul persoalan Perlembagaan dan undang-undang tidak dipatuhi. Apa yang berlaku pada Mac 2008 ialah Nizar menghadap dan memberitahu Sultan bahawa beliau mendapat kepercayaan 31 ADUN. Sultan telah melantik beliau sebagai Menteri Besar dan jawatan itu dipegangnya sehingga beliau hilang kepercayaan tersebut. Apabila BN pula mendapat kepercayaan 31 ADUN, maka Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir telah dilantik sebagai Menteri Besar mengikut kaedah dan peraturan yang sama bagi memenuhi peruntukan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak. Malah Sultan telah berjumpa dan menemu bual semua ADUN Bebas yang secara peribadi memberi pengakuan menyokong BN untuk menerajui kerajaan Perak. Tambahan pula Sultan telah mengambil kira keadaan politik semasa yang mana pilihan raya umum baru diadakan dan telah yakin tentang perlunya penubuhan segera kerajaan baru. Ia bertujuan untuk tidak menangguh dan melewatkan jentera kerajaan berjalan demi kestabilan dan kesejahteraan rakyat. Ini kerana Sultan berkuasa dan bertanggungjawab memastikan negeri Perak dalam aman dan sejahtera. Dalam keadaan itu, Sultan tidak perlu membubarkan DUN walaupun Nizar mengemukakan permintaan itu. Sultan boleh menolak mengikut undang-undang Perak. Ia adalah hak dan kuasa mutlak Sultan. Tidak perlu undi tidak percaya di DUN sebelum pelantikan Menteri Besar baru kerana Nizar sendiri telah menghadap Sultan menyatakan sudah tidak ada kepercayaan untuk dirinya terus menjadi Menteri Besar apabila beliau sendiri memohon membubarkan DUN. Nizar tidak perlu meletak jawatan kerana perbuatan memohon pembubaran DUN itu sendiri dianggap satu peletakan jawatan kerana beliau dengan sendirinya sudah tidak ada mandat untuk berfungsi sekali gus turut menggugurkan jawatan kesemua exconya. Namun Nizar berdegil menyatakan beliau masih Menteri Besar Perak. Sebenarnya daripada sudut undang-undang beliau tidak lagi menjadi Menteri Besar. Zambry kini sah menjadi Menteri Besar Perak. Perintah mahkamah boleh diambil terhadap Nizar kerana melanggar perintah Sultan. Adalah malang apabila kuasa Sultan dicabar. Mengikut undang-undang Perak, Sultan mempunyai enam prerogative dalam Perkara 10 Bahagian ll yang jelas menunjukkan kuasa Sultan dalam isu penghormatan, keadilan, keampunan, agama, adat Melayu dan tanah. Kuasa Sultan jelas dan nyata serta sedia tertulis.
Satu perlembagaan bertulis adalah undang-undang yang sangat jelas dan mudah dilaksanakan berbanding perlembagaan di England yang tidak bertulis dan perlu mengikut konvensyen. Justeru, kita amat mudah untuk melaksanakan semua tindakan dan perintah Sultan.
Sebagai anak negeri Perak saya amat kesal dengan tindak-tanduk Nizar dan segelintir orang Melayu yang tidak menghormati Sultan. Ia dijelaskan dengan insiden di depan Istana Iskandariah, Jumaat lalu. Oleh itu saya rasakan kita perlu mewujudkan satu sekretariat untuk memastikan institusi kesultanan Melayu terus dipelihara dan dipertahankan agar tidak digugat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Sekretariat ini juga akan memastikan kedaulatan serta martabat kesultanan Melayu tidak tercemar dan dipersenda. Selain itu kewibawaan institusi tersebut sebagai pemutus kata dalam hal penubuhan kerajaan serta pelantikan ketua kerajaan berasaskan demokrasi berperlembagaan terus kekal, tidak boleh disangkal dan dipersoalkan.
Penubuhan sekretariat itu juga penting untuk mempertahankan institusi kesultanan Melayu sebagai pelindung hak orang Melayu dan kepentingan semua kaum, menegakkan kesultanan Melayu sebagai penaung dan pelindung agama Islam sebagai agama rasmi negeri dan Persekutuan yang kini dipertikai serta diragui. Ia juga akan berfungsi untuk mengembalikan kepercayaan kepada institusi Sultan sebagai institusi tertinggi negara. Apa yang nyata rakyat Perak perlu faham tentang kedudukan Sultan yang tinggi dan perintah Sultan perlu dipatuhi tanpa dipersoal atau diragui. Kita tidak boleh membawa isu institusi kesultanan ke jalanan.

Sumber : Kamalia Ibrahim

Jumaat, Januari 30, 2009

KATAK LOMPAT HARUS DIKEKANG???

KUSAI TANDEK berpendapat sudah sampai masa Perlembagaan Persekutuan dipinda untuk memberi laluan kepada pelaksanaan undang-undang antilompat parti (katak lompat). Kita telah banyak menyaksikan dari semasa ke semasa perbuatan wakil rakyat melompat parti. Ia boleh menimbulkan ketidakstabilan politik. Kalau kita ingat, perbuatan katak lompat ini sangat popular di Sabah pada tahun 1994 bila Parti PBS (Parti Pembangkang ketika itu) menang dengan majoriti tipis iaitu 25 (P.B.S) dan 23 (BN). Di situ lah, bapa katak lompat (Anwar Ibrahim) ketika itu Timbalan Perdana Menteri Malaysia menjadi "Master Mind" di dalam membeli ADUN-ADUN P.B.S untuk masuk dalam BN. Apa dah jadi kerajaan P.B.S hancur sekelip mata dengan percaturan Anwar Ibrahim dengan membeli Adun PBS dengan wang ringgit. Penghujung tahun 2008 dan awal tahun 2009, sekali lagi seluruh rakyat Malaysia digemparkan sekali lagi isu KATAK LOMPAT kerana dijanjikan sesuatu yang sekali lagi Anwar Ibrahim menjadi WATAK UTAMA dalam mencapai angan-angan mat jenin mau jadi Perdana Menteri. ngam lah Anwar digelar "Bapa Katak Lompat"

Penulis sangat setuju jika undang katak lompat diperkenalkan. Jika ada undang-undang antilompat parti, Penulis yakin gejala ketidakstabilan dalam landskap politik negara dapat dikurangkan. Justeru, undang-undang antilompat parti diharap dapat mengekang perbuatan sedemikian yang sebenarnya tidak menggambarkan kehendak para pengundi yang memilih seseorang wakil rakyat itu.

Sewajarnya, mana-mana wakil rakyat yang mahu melompat parti perlu melepaskan jawatan anggota Dewan Undangan Negeri dan/atau anggota Parlimen yang disandangnya. Ini kerana tindakan wakil rakyat melompat ke parti lain bermakna beliau mengkhianati kepercayaan pengundi.

Justeru amat wajar wakil rakyat yang berhijrah ke parti lain mengembalikan semula mandat kepada rakyat supaya mereka dapat membuat pilihan semula siapa dan parti mana yang mereka mahu.

Lagipun tempoh penggal perkhidmatan wakil rakyat tidaklah begitu lama. Tumpuan sepatutnya diberikan kepada menyempurnakan tanggungjawab. Ia bukan masa untuk beralih arah demi kepentingan peribadi dan keluarga sahaja.

Rabu, Januari 28, 2009

selamat bertemu kembali wahai bloggers budiman

siou gaman,
lama ndak post mesej dalam blog. cuti Gong Xi Fa Chai bah...hehehe
bah..kita sambung balik kita punya pendapat2 yang bernas dalam blog ar..