Memaparkan catatan dengan label Politik semasa sabah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Politik semasa sabah. Papar semua catatan

Khamis, Januari 22, 2009

Kecian Dr. Jeffry Kitingan!!!!!!

Saya betul2 kecian Dr. Jeffry Kitingan. sudah lah disingkir dan dilucutkan jawatan Ketua Perhubungan PKR Sabah dan Sarawak Baru2 ini. Malah ada lagi suku2 sakatnya mahu menghalau Jeffry keluar terus dari PKR. Daily Express 22hb Jan 2008 ( Perlantikan Anwar Wajar - Bosi) menyatakan bahawa Dr. Edwin Bosi (Orang Dusun juga) menyokong penuh perlantikan Anwar sebagai Ketua Perhubungan PKR Sabah. Dr Bosi juga menambah bahawa, Dr. Jeffry Kitingan telah gagal melaksanakan tugas sebagai Naib Presiden PKR dan Pemandu PKR Sabah dan Sarawak. Penulis fikir Dr. Jeffry boleh la dianggap ikon penarik dan wira KadazanDusun dalam PR. tetapi suku sakatnya pun menghentam Jefrry. (Mungkin Dr. Edwin pun menyimpan niat menjadi wira kadazan dusun dalam PR)

Jadi betul2 kecian Jeffry. Percubaan kali ke-3 mau jadi ketua parti sekali lagi gagal. Jawatan sebagai Naib Presiden pun sebagai nama dan boneka Anwar saja...Macam lah orang Sabah tiada yang layak pegang jawatan Ketua Perhubungan PKR Sabah. Ini menunjukkan bila Anwar jadi PM nanti (kalu jadi la) gerenti banyak orang Semenanjung mengetuai Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan. Guru-guru dari semenanjung pun berlambat bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Habis la kita orang Sabah. Laungan Borneosasi hancur berkecai...hehehehe.

Jom kita keluar PKR ramai2. apa tunggu lagi. sudah tau ada masalah besar mau ikut lagi.

Jumaat, Januari 09, 2009

Dr.Jeffry hilang maruah di tangan Anwar

hehehehe...pelucutan jawatan jeffry kitingan sebagai pemandu PKR sabah sarawak adalah satu kehilangan maruah jeffry ditangan anwar. apa tidaknya, tindakan anwar mengambil alih jawatan itu memperjelaskan sifat rakus anwar untuk menelan orang sabah. sudah lah satu ketika dahulu merupakan Master mind dalam kejatuhan Era Kerajaan PBS, berangan-angan mat jenin mau jd PM selepas 16 september 2008 (temberang saja) mau lagi ambil jawatan itu. macam la org sabah dan sarawak tiada pemimpin boleh pegang jawatan itu...ini lah politik, kan jeffry tidak ngam dengan anwar. anwar pula lebih suka ansari abdullah. tambahan pula cakap2 kedai kopi yg kononnya jeffry mau rebut jawatan pengerusi perhubungan PKR sabah dari ansari supaya boleh buat kputusan di sabah. tapi malangnya, anwar sudah tercium permainan politik jeffry yang terbukti bahawa setiap parti yang disertai jeffry pasti pecah dua kumpulan gara2 nafsu besar jeffry mau jadi nombor 1. contohnya, dalam parti AKAR dahulu, hampir AKAR tercabut gara2 jeffry. pas tu masuk PBRS..PBRS pun hampir lenyap dan sekarang PKR Sabah ndak lama lagi macam AKAR dan PBRS yang kucar kacir selagi jeffry masi menjadi ahli....yahhooooooo....hehehehehe

Khamis, Ogos 07, 2008

Kenyatan SINDIN ketua bahagian Kiulu PBS keterlaluan

sebagai ketua bahagian dan pemimim generasi baru, beliau tidak sepatutnya bertindak keterlaluan. beliau menjadi ketua bahagian pun atas disebabkan oleh parti PBS dibawah teraju YB. Huguan Siou datuk pairin.....kita sambung lagi ceta kwn.....