Memaparkan catatan dengan label Politik Nasional. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Politik Nasional. Papar semua catatan

Rabu, Februari 24, 2010

Khianat dan cita-cita politik di Malaysia?

Sejarah menjelaskan khianat ada kaitan tersungkurnya tamadun yang hebat. Salah satu kisah yang menarik ialah kejatuhan empayar Bani Abassiyah ketika di bawah pemerintahan Khalifah al-Mustashim Billah (640-656H). Empayar tersebut yang ketika itu berpusat di Baghdad dan digeruni musuh, akhirnya tumbang. Tentera Monggol pimpinan Hulagu Khan iaitu cucu kepada Genghiz Khan berjaya menawan Baghdad. Apa puncanya? Tercatat dalam banyak dokumen sejarah, ia adalah angkara pengkhianatan seorang pembesar bernama Umayiyudin Muhammad al-Aqami, yang bercita-cita mahu menjadi khalifah atau pemerintah agung.

Secara penuh muslihat, beliau bersubahat dengan Hulagu Khan. Tanpa disedari, Umayiyudin menjadi musuh dalam selimut kepada khalifah dan rakyat. Kemuncaknya, percaturan Umayiyudin membawa kejayaan. Baghdad akhirnya ditawan dan kota tersebut bermandi darah dengan ratusan ribu penduduk dibunuh manakala wanita dirogol. Beribu-ribu kitab meliputi pelbagai disiplin ilmu terutama sains yang mengangkat kegemilangan tamadun Islam, telah dibakar dan sebahagiannya dijual kepada pedagang Eropah ketika itu. Masjid dan surau turut dimusnahkan. Imam dan bilal dibunuh. Tiada lagi suara azan berkumandang. Umaiyuddin akhirnya menyesal dan sedih kerana tidak menyangka tujuan beliau bersubahat yang sekadar untuk mendapat kuasa telah membawa musibah besar kepada Baghdad dan rakyatnya. Umaiyiyuddin akhirnya mati kerana tertekan tetapi semuanya sudah terlambat.

Peradaban yang dibina 500 tahun oleh empayar Bani Abasiyah dimusnahkan oleh pencerobohan Monggol. Dalam mana-mana sejarah tamadun, pengkhianatan adalah ancaman besar. Melaka yang suatu ketika mempunyai empayar yang disegani, tumbang angkara pengkhianatan si kitul. Empayar Melayu Kedah juga jatuh kepada Siam disebabkan pengkhianatan pemimpin Melayu. Sesungguhnya agenda pengkhianatan tidak pernah padam termasuk dalam era moden. Pada dekad ini, pengkhianatan berlaku dalam bentuk yang lebih kompleks sifatnya. Kuasa asing sentiasa mendambakan ada tokoh dalam negara yang boleh dipergunakan untuk agenda mereka. Betapa licik kuasa besar memanipulasi termasuk menerusi buku Confessions of an Economic Hitman oleh John Perkins. Itu belum menyentuh penyusupan agenda agama atas nama liberalisme, gerakan seks sejenis dan sebagainya.

Di Malaysia, bibit-bibit pengkhianatan semakin jelas sejak sedekad lalu. Daripada usaha menggugat asas kenegaraan sehinggalah mengundang campur tangan asing dalam hal ehwal Malaysia. Siapa pengkhianat itu, tidak penting. Persoalan lebih penting apakah kita mahu membenarkan berlaku satu lagi kisah pengkhianatan?

Isnin, Oktober 12, 2009

BN Menang

Keputusan Pilihanraya

N 31Tan Sri Mohd Isa Samad BN 8013

Zulkifli Mohd Omar PAS 2578

Majoriti 5435

Jumlah Mengundi 11170

Peratus 82%

Undi Rosak 223

Rabu, Julai 15, 2009

Bukti rakyat kembali yakin kepada BN

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau berpuas hati dengan perubahan yang berlaku pada pilihan raya kecil Manik Urai kerana ia menunjukkan usaha-usaha yang dilakukan sepanjang 103 hari beliau menjadi Perdana Menteri mulai diterima rakyat, terutama pengundi Melayu. Katanya walaupun Barisan Nasional (BN) tewas dengan majoriti 65 undi, keputusan itu amat memberangsangkan lebih-lebih lagi ia berlaku di kawasan majoriti Melayu. “Mudah-mudahan sokongan dan kepercayaan rakyat yang kian bertambah ini akan berterusan,” kata Najib yang juga Pengerusi BN kepada wartawan Malaysia di bandar peranginan Mesir di Laut Merah ini untuk menghadiri sidang kemuncak ke-15 Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM).

Pas mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri Manik Urai setelah calonnya Mohd Fauzi Abdullah mengalahkan calon BN Tuan Aziz Tuan Mat dengan majoriti 65 undi setelah memperoleh 5,348 undi berbanding BN, 5,283 undi. “(Keputusan) ini bererti keyakinan rakyat terhadap BN sudah dapat kita pulihkan dan sekiranya kita meneruskan usaha-usaha yang telah dimulakan, saya percaya kedudukan Barisan Nasional akan menjadi lebih mantap lagi

Selasa, Mac 17, 2009

Teori RAHMAN hampir digenapi selepas pemilihan agung UMNO Mac 2009

Bukankah politik itu adalah seni mendapatkan kuasa. Berbagai-bagai cara digunakan untuk mendapat kuasa sehingga kadangkala digunakan kaedah ‘matlamat menghalalkan cara’. Apabila sudah mendapat kuasa, mereka akan berebut harta pula. Tidak lengkap jika ada kuasa tanpa harta. Orang yang berkuasa biasanya akan berharta. Jika sudah berkuasa, banyak harta mestilah diseri-serikan dengan wanita. Maka lengkaplah kuasa, harta dan wanita. Sekadar gurauan tapi benar..hehehehehe

Sememangnya dalam politik tidak ada yang mustahil, semuanya segalanya mungkin.Kita sepatutnya menerima sesuatu perkara sebagai takdir dan sudah menjadi satu ketentuan. Di dalam sejarah politik tertinggi negara terutama melibatkan jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sangat menarik untuk diimbas semula.

Allahyarham Dato’Onn bin Jaafar adalah Pengasas dan Presiden UMNO pertama yang berpengaruh tetapi Allahyarham bukanlah Perdana Menteri Malaysia pertama walaupun beliau sangat berjasa kepada orang Melayu. Malah Dato’Onn meninggal dunia di luar parti UMNO. Allahyarham Tun Dr.Ismail bin Abd.Rahman tidak sempat menjadi Perdana Menteri apabila beliau meninggal dunia pada 2 Ogos 1973, jam 10 malam di rumah beliau di Kuala Lumpur semasa beliau berusia 58 tahun. Ketika itu Tun adalah Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Tengku Razaleigh Hamzah adalah nama besar dalam politik Malaysia. Majalah Time meramalkan beliau akan menjadi pemimpin utama di Malaysia berdasarkan hubungan baik dan kepercayaan Tun Abd.Razak kepadanya. Namun apabila Tun Hussein Onn melantik Tun Mahathir Mohamad sebagai Timbalan Perdana Menteri, ianya menjadi titik pusing kerjaya politiknya. Pada masa itu Tengku Razalegh adalah Naib Presiden UMNO dengan undi tertinggi. Sehingga sekarang Tengku Razaleigh belum lagi ditakdirkan menjadi PM Malaysia.

Tun Musa Hitam adalah Timbalan Perdana Menteri kelima di Malaysia dari 1981-1986 di bawah Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Tun Musa juga tidak menjadi PM Malaysia. Tun Musa meletakkan jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1986, disebabkan percanggahan pendapat dengan Perdana Menteri Dr. Mahathir terhadap dasar-dasar negara. Tun Ghafar b Baba juga tidak kurang besarnya jasa kepada negara dan orang Melayu. Tun juga tidak menjadi Perdana Menteri kerana dalam tahun 1993, Tun Ghafar menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO. Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Presiden UMNO dan kemudian dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Datuk Seri Anwar juga mengalami nasib yang sama apabila Tun Dr Mahathir Mohamad menyingkir DS Anwar Ibrahim dari jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 1998 dan kemudian dari Timbalan Presiden UMNO serta keahlian dalam UMNO.

Berdasarkan coretan di atas tidak mustahil DS Najib Tun Razak juga mengalami nasib yang sama. Disebabkan peristiwa ini belum berlaku, kemungkinan DS Najib menjadi Perdana Menteri tetap ada. Apa cerita, apa peristiwa, apa yang tersirat, betul atau salah semuanya itu akan menjadi satu catatan sejarah. Realitinya Malaysia sudah mempunyai 5 Perdana Menteri dan 9 orang yang pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Kesimpulannya 2009 akan menjanjikan persaingan sengit politik Malaysia yang kadang kala boleh menakutkan. Sama ada DS Najib berjaya menjadi PM pada Mac 2009 atau DS Anwar sampai juga ke Putrajaya. Apa disimpulkan oleh penulis Teori Rahman hampir digenapi. sama-sama kita tunggu selepas pemilihan UMNO bulan Mac nanti.....sila baca mengenai Teori Rahman dalam post saya sebelumnya....Menurut Teori Rahman DS Najib akan menjadi PM seterusnya

Selasa, Februari 10, 2009

16 September dicita, 6 Februari dicipta…


Kita mentadbir, Allah jua yang mentakdir…itulah hakikat yang kita perlu dan wajib terima Kita hanya boleh berusaha, tetapi kejayaan atau kegagalannya di luar kemampuan kita. Lain yang dicita-cita, lain pula yang terjadi. Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengidamkan untuk mengambilalih tampuk pemerintahan negara, atau lebih ringkasnya menjadi Perdana Menteri sejak 8 Mac 2008 lagi. Pada tarikh itu, pihak pembangkang mendapat banyak kerusi Parlimen melalui pilihanraya ke-12. Malah, pihak pembangkang juga dapat menumbangkan kerajaan bertahan, Barisan Nasional (BN) di empat buah negeri iaitu Selangor, Perak, Pulau Pinang dan juga Kedah. Anwar telah mewar-warkan 16 September 2008 sebagai tarikh untuk beliau mengambilalih kuasa dengan membuat propaganda akan membeli 31 Ahli Parlimen BN masuk dalam PKR. Tarikh 16 September dipilih kerana tarikh yang sama adalah hari pembentukan negara Malaysia pada tahun 1963. Demikianlah hasrat Anwar - pelbagai janji, isu dan gelagat dipamerkan dan diawar-warkan - semuanya menuju ke puncak kejayaan di Putera Jaya. Tarikh 16 September 2008 telah berlalu dengan sunyi - tiada perarakan untuk meraikan Perdana Menteri yang baru dan tiada apa-apa yang berlaku di pusat pentadbiran negara itu. Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi masih berada di sana menjalankan tugasnya. Begitu juga dengan menteri-menteri yang lain, juga masih macam biasa. Tiba-tiba meletup isu besar di negeri Perak - negeri yang diketuai wakil PAS tetapi dikuasi DAP bergelora. Geloranya membuak hingga ke peringkat pusat! Manakan tidak, seorang Ahli Dewan Undangan Negerinya, Datuk Nasaruddin Hashim (Bota) mengisytiharkan keluar dari UMNO dan menyertai Parti Keadilan Rakyat. Lebar sungguh senyuman Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Nizar Jamaluddin kerana melihat kes lompat parti itu sangat menguntungkan pakatan parti pembangkang di negeri itu. Entah macam mana, sehari kemudiannya, Speaker Dewan Undangan Negeri, V. Sivakumar pula mengumumkan dua orang wakil rakyat PKR iaitu Jamaluddin Mohd. Radzi (Behrang) dan Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering) telah meletakkan jawatan. Tiga jam kemudiannya, kedua-dua orang tokoh kontroversi itu menafikan mereka telah meletakkan jawatan seperti mana dinyatakan oleh Sivakumar yang kononnya beliau menerima surat perletakan jawatan itu pada pukul 5.45 petang 1 Februari lalu. Lagilah terkejut semua orang. Seorang menyertai PKR tetapi dua orang meletak jawatan.sebagai wakil rakyat. Mereka kemudiannya menafikan meletak jawatan, sebaliknya mengumumkan keluar dari PKR. Sehari kemudiannya, timbul pula cerita wakil rakyat DAP iaitu Hee Yit Foong (Jelapang) yang 'hilang'. Malah, pada majlis sambutan Jubli Perak pemerintahan Paduka Seri Sultanpun, beliau tidak kelihatan. Semakin kalut jadinya. Ir. Nizar dan Pengerusi Badan Perhubungan Bn Perak, Datuk Seri Najib Tun Razak kemudiannya silih berganti menghadap Sultan Perak. Nizar menghadap mohon perkenaan Tuanku selepas mengiisytiharkan Dewan Undangan Negeri sedangkan beliau harus mendapat perkenan dahulu sebelum melakukannya. Najib pula menghadap kerana BN sudah mendapat jumlah kerusi yang cukup untuk menubuhkan kerajaan baru setelah ADUN Bota kembali ke pangkuan UMNO manakala Jamaluddin, Mohd. Osman dan Yit Foong mengakui kepada baginda akan menyokong BN. Demikianlah senario sehingga 4 Februari. Nizar yang mengumumkan pembubaran Dewan, bagaimanapun menegaskan beliau masih lagi menjadi Menteri Besar dan akan meneruskan tugas-tugas rasminya termasuk berkaitan dengan sambutan Jubli Perak. Esoknya Najib mengumumkan ADUN Pangkor, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir ssebagai Menteri Besar yang baru dan hari ini, 6 Februari 2009, terciptalah satu lagi sejarah di Perak. Dr. Zambry, 47, mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Perak yang ke-11 Dalam masa kurang daripada seminggu, tanpa war-war, tanpa heboh-heboh dan tanpa pertumbahan darah, malah tercalarpun tiada, Dr. Zambry mengambilalih kepimpinan negeri. UMNO dan BN sudah kembali berkuasa setelah menumbangkan kerajaan BN yang diterajui Datuk Seri Tajol Rosli sebagai Menteri Besar kira-kira 10 bulan lalu. Namun, sehingga semalam, Nizar masih mengisytiharkan dirinya sebagai MB walaupun telah dititahkan Tuanku Sultan bagi beliau dan seluruh pimpinan parti pembangkang meletakkan jawatan masing-masing. Hari ini, Dr. Zambary mengangkat sumpah, tetapi para pembangkang menjadi sampah berdemontrasi di depan istana. Tidak perlu ditanya siapa di sebalik perhimpunan haram ini. Adalah lebih baik kita mengkaji dan meneliti apakah jenis masyarakat yang kita punyai masa ini. Titah perintah Tuanku disanggah, perundangan tidak diendah, peraturan dipandang rendah dan kesan biadap serta derhaka dianggap mudah. Nizar sendiri memohon untuk derhaka kepada Tuanku, apatah lagi para pengikut di jalanan! Lupakah Nizar dan rakan-rakan lain bahawa Sultan Perak pernah menjadi Ketua Hakim Negara? Sebagai Ketua Hakim Negara, pelbagai undang-undang dan peraturan sentiasa berlegar di kepala Tuanku. Tuanku Sultan yang amat mahir mengenai Perlembagaan Negara, tentulah mengetahui dan lebih memahami daripada seorang jurutera yang memohon untuk menderhaka itu. Jikapun Tuanku dilihat sudah lama meninggalkan badan perundangan, sebagai Sultan, Baginda boleh meminta bantuan dan pandangan daripada pakar-pakar yang ada di seluruh negara yang kebanyakannya adalah kenalan dan sahabat-sahabat Baginda sendiri. Tidak boleh dan tidak wajar sesiapapun menolak titah perintah dan keputusan Sultan, waima seseorang itu merasakan berjawatan atau pendidikan yang tinggi. Nizar dan mentornya, dalam kes ini tentulah termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim wajar kembali merujuk kepada Perlembagaan dan perundangan negara kerana apa yang dilakukan oleh Baginda Sultan Perak adalah yang berasaskan dan berpaksikan kepada kedua-dua aspek berkenaan. Pembangkang sebaliknya, lebih gemar merujuk dan mengulangi demonstrasi jalanan. Apabila demonstrasi berlaku, pihak polis pasti mengambil tindakan dan apabila polis bertindak, mereka akan dituduh sebagai alat kerajaan dan BN. Lebih teruk daripada itu, mereka sedang berusaha keras untuk menyemai dan menyematkan rasa benci terhadap poliss dan institusi mereka, PDRM.. Nampaknya, tidak banyak orang, termasuk yang berketurunan Melayu yang tidak menghayati kisah Sikitol dan Mendeliar di negeri Melaka kira-kira 600 tahun nan lalu. Melaka tidak mungkin ditawan jika tidak kerana petualang tempatan sendiri yang membocorkan strategi keselamatan Melaka dan membuka pintu tatkala musuh datang menyerang. Demikianlah kini, bukan orang lain yang merusuh menentang titah perintah dan keputusan Tuanku Sultan. Bukan orang lain juga yang mahu derhaka kepada Tuanku atas sifatnya sebagai raja Melayu. Bukan orang luar atau pendatang yang turut cuba membenci intitusi polis dan kerajaan Melayu yang ada, Kita masih mencari dan menunggu jawapan Anwar Ibrahim, kenapa PutraJaya yang dikejar, Perak pula yang keciciran? Bagi BN Darul Ridzuan, negeri itu tentulah sudah naik tarafnya menjadi Emas dan sebagai sesuatu yang sangat berharga, pasti akan mengawasi dan membelainya bagaiakan menatang minyak yang penuh!
Tarikhh 16 September dicari, tanggal 6 Februari yang menjadi.

Kes Perak mencerminkan wajah sebenar Anwar Ibrahim

Semua orang tahu Ir Nizar hanya sekadar boneka. Bukan sekadar dibonekakan oleh exco-exco Cina DAP, tetapi dibonekakan oleh Anwar Ibrahim.Dari awal lagi Anwar menjadi pegawal kerajaan Perak. Bermula dari kerajaan Perak menjemput Anwar menjadi penceramah utama anjuran kerajaan negeri pada 3 November tahun lepas, di Ipoh Perak hinggalah kepada saat-saat kejatuhan Nizar sebagai Menteri Besar. Lagaknya ketika berucap dalam majlis itu seolah-olah dialah Perdana Menteri yang sedang berucap kepada pegawai-pegawai kanan kerajaan Perak. Itulah sifat Anwar, dari berjawatan TPM, masuk penjara, berhijrah ke Amerika masih berlagak sebagai Perdana Menteri! Bayangkan ketika Anwar menyampaikan ucaptama di Majlis Bersama Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan Negeri Perak di di Dewan Bankuet Bangunan Perak Darul Ridzuan tahun lepas, Anwar gagal merumuskan resipi-resipi terbaik memajukan Perak, selain dari retorik-retorik angkat bakul sendiri, sebut tokoh-tokoh ahli falsafah barat serta mengulang ulang cerita lama,..ketika saya Menteri Kewangan bla bla bla..saya tidak terlibat dengan IMF..Kerap kali Anwar menafikan dirinya terlibat dengan IMF, dari Parlimen hingga ke Majlis Pegawai Kanan Kerajaan Negeri Perak, kerana Anwar tahu imej itu masih melekat di minda rakyat bahawa Anwar adalah ejen produk IMF dan Bank Dunia.Anwar kata pada tahun 1993, dia tulis surat kepada IMF menolak permintaan IMF hendak meminjam kepada Malaysia. Itu yang Anwar kata. Yang Anwar sengaja sorokkan fakta pada tahun 1998, ketika Malaysia menghadapi krisis ekonomi di bawah pimpinannya sebagai Menteri Kewangan, dia menasihatkan kerajaan agar menerima bantuan IMF kerana dia dilantik menjadi Pengerusi Pembangunan IMF. Dia juga sorok fakta, kuatnya sokongannya kepada IMF, hingga pengarah urusan IMF, Michel Camdessus sanggup berkunjung ke Malaysia. Berpeluk cium lagi mereka menggambarkan keakraban!Anwar juga ulang cerita lama. Kata Tun Dr Mahathir menyelamatkan kroni ketika krisis 1998. Tetapi Anwar tidak menceritakan ketika dia menjadi Menteri Kewangan, dialah manusia yang paling banyak memberi rasuah kepada kroni-kroninya termasuk bapanya sendiri, adik beradik, sahabat handai, termasuk Kamaruddin Jaafar, Azmin Ali yang tiada asas peniagaan pun boleh jadi jutawan segera. Semua itu rasuah mengkayakan kroni sahabat handai terdekat.Satu lagi sifat Anwar, selain daripada angkat bakul sendiri, suka menuding kesalahan kepada orang lain. Dirinya yang betul, orang lain semua salah. Tidak menjawab soalan, tetapi mengalih soalan kepada memerangi pihak lain. Dengan menyalahkan orang lain maka tertutuplah kesalahan diri sendiriFakta yang tidak dapat ditangkis, Anwar menjadi ofis boy kepada Yahudi di IMF dan Bank Dunia, dari zaman James Wolfeshon hingga ke zaman Paul WolfowitzBermakna Anwar sudah dipuppetkan oleh Yahudi di Bank Dunia, kini Anwar bertugas mewujudkan klon-klon puppetnya di Malaysia, termasuk mempuppetkan Ir Nizar, MB yang gagal mendapat kuasa sepenuhnya.Teori Anwar di Perak pun masih terikat dengan kaedah neocon (Yahudi). Anwar menyerang semua musuh termasuk Sultan. Kembali kepada Rakyat (bahasa popular Anwar ketuanan rakyat). Teknik kedua menghasut rakyat Perak bangun memberontak. Itupun taktik neocon, menghasut dan melaga-lagakan pihak lain.Dan hasilnya perhimpunan di rumah MB pada malam sebelum kejatuhannya, majoritinya adalah Cina. Itulah ketuanan rakyat, Perak yang majoriti Melayu dimiliki oleh Cina dengan membonekakan Nizar.Anwar kawal Nizar. Semua tindak tanduk Nizar ditunjuk oleh Anwar. Bayangkan ketika Nizar mengadakan sidang media, Anwar turut mencelah percakapan Nizar, seolah-olah penjelasan Nizar tidak diyakini sepenuhnya. Kalau Anwar bukan penasihat Nizar, kenapa dia berani mencelah, sedangkan Haji Hadi yang turut hadir mendiamkan diri, walhal dia yang sepatutnya menjadi mentor kepada Nizar. Kalau Haji Hadi sebagai Presiden PAS pun boleh dibonekakan, apatah lagi Nizar yang bertaraf anak kecil Erdogan.Masih ingat lagi, bagaimana Presiden PAS beri warning kepada Anwar dalam wawancara Harakah, ingat, dia (Anwar) bukan ketua Pakatan..dalam pakatan tiada siapa ketua..hanya Anwar sahaja yang angkat dirinya sebagai ketua. Masih ingat lagi ketika Presiden PAS menemplak projek 16 September tajaan Anwar..saya tidak mahu jadi PM Mat Jenin..belum dapat buah kelapa sudah berangan-angan jadi raja..Sebab itu boleh difahami dalam kemelut Perak, Presiden PAS sengaja tidak menonjolkan diri, kerana dia tahu episod terakhir drama itu.Bayangkan ketika kemelut meruncing, saat-saat kejatuhan Nizar, Anwar masih lagi meromote dari pejabatnya di Petaling Jaya. Anwar bersama Karpal Sigh mensyorkan agar Nizar menderhaka kepada Sultan Perak. Bayangkan sampai ke tahap itu nasihat Anwar kepada Nizar.Nizar yang kelam kabut dan bercelaru minda dengan tekanan politik yang terlalu mengejut terpaksa akur dengan nasihat-nasihat salah Anwar.Bermula dari Anwar mencuri calon BN yang pada mula sangat dibanggakan oleh Nizar, hingga terpaksa menanggung risiko menggadaikan jawatan Mbnya. Ibarat Menang Sorak Kampung Tergadai, itulah bentuk nasihat Anwar kepada Nizar.Anwar dari dulu dikenali sebagai ikon penghasut dan demokrasi, imej ini juga diaplikasikan semasa menghadapi saat-saat kejatuhan kerajaan Perak. Nizar turut terjebak.Anwar dari dulu terkenal sebagai ikon kes mahkamah, imej itu juga dipraktikkan semasa berhadapan situasi Perak. Sultan Perak yang pakar undang-undang dicabarnya melalui undang-undang. Sekali lagi Nizar diheret bersama menjadi penderhaka dan terdedah kes mahkamah.Anwar dari dulu lagi terkenal menderhaka kepada Raja-raja Melayu, sekarang semakin terserlah mencabar keputusan Sultan Perak memilih MB kesukaan baginda. Anwar cabar Sultan Perak. Sekali lagi Nizar turut diseret sama.Nizar sudah berjaya dipuppetkan Anwar, dari menjadi penasihat sehingga ke saat-saat kejatuhannya, selepas ini giliran siapa pula ?Betul kata DR M. Jika ikut formula Anwar atasi krisis ekonomi 1997, sudah lama Malaysia tergadai kepada negara asing, kerana semua formula Anwar berakhir dengan kegagalan seperti kes Perak dan Projek 16 September

Isnin, Februari 02, 2009

Menghitung Hari : Perak dapat Menteri Besar Baru

Rentetan perkembangan senario politik Perak:

SEBELUM KEMASUKAN ADUN BOTA DARI BN ke PKR Datuk Nasaruddin Hashim

Pakatan Rakyat (PR) : 31 Kerusi DUN (18 DAP, 7 PKR, 6 PAS)
Barisan Nasional(BN) : 28 Kerusi DUN

Senario 1: Mohd Nizar ADUN PAS dilantik sebagai Menteri Besar
Senario 2:ADUN DAP menguasai Exco negeri 80% (kalau di Sabah disebut Menteri Kabinet)
Senario 3:Keputusan Kabinet Perak ditentukan oleh ADUN2 DAP
Senario 4:Mohd Nizar menjadi Orang suruhan (Boneka) DAP sehinggakan memberi status
pemberian tanah kekal kepada perkampungan orang cina 999 tahun. sedang itu
orang melayu cuma diberikan 99 tahun hak milik sebelum ini

SELEPAS KEMASUKAN ADUN BOTA

Pakatan Rakyat (PR) : 32 kerusi DUN (18 DAP, 9 PKR, 6 PAS)
Barisan Nasional (BN): 27 Kerusi DUN

Senario 1 : Mohd Osman Jailu ADUN di Changkat Jering dan Jamaluddin Radzi ADUN Behrang
(Kedua-duanya ADUN PKR) akan menyertai BN
Senario 2 : Timbalan Speaker Hee Yit Foong ADUN PKR di Jelapang akan menyertai MCA
(Parti Komponen BN)
Senario 3 : Speaker Perak Sivakumar mengumumkan bahawa kedua ADUN Changkat dan
Behrang sudah meletak jawatan. Tapi dinafikan sekeras oleh kedua-dua ADUN ini
kerana itu hanya mereka surat Aku Janji yang ditandatangai pada MAC 2008 secara
paksa bersama dengan 6 lagi adun PKR yang lain

Jika ini berlaku dan menjadi kenyataan (analisis 02 Feb 2009)

PR : 29 Kerusi DUN
BN : 30 Kerusi DUN

Akhirnya, Kerajaan BN Perak akan memerintah negeri ini dan negeri Perak mendapat seorang Menteri Besar Perak...Ini lah politik.

Khamis, Januari 29, 2009

ADUN Bota- Datuk Nasaruddin Hisham masuk PKR bukan menunjukkan BN Perak lemah!!!!

Kemasukan Adun Bota (Dun Negeri Perak) Datuk Nasaruddin Hisham dalam PKR bukan menunjukkan BN negeri Perak lemah. Adun Bota ini masuk PKR demi untuk kepentingan diri sendiri dan gila kuasa. Hasil analisis poliitik semasa, berikut sebab Nasaruddin masuk PKR
1). Dahulunya saudara Nasaruddin merupakan ahli parlimen Parit dan ketua bahagian UMNO Parit. tetapi dalam pemilihan bahagian UMNO Parit baru2 ini, saudara Nasaruddin telah tewas. di mana mau simpan muka oh. Nasaruddin ndak lagi diterima sebagai pemimpin parti. demi menyelamatkan politiknya yang semakin tempang, sanggup berkompromi dengan PKR
2). Dahulunya, Saudara Nasaruddin sebagai Pengerusi FELCRA negeri Perak. Tetapi jawatan ini tidak disambung
3). Dengar kedai kopi saudara Nasaruddin ini ditawarkan jawatan Menteri Besar Perak jika masuk dalam PKR bagi mengantikan MB Nizaruddin yang boneka bagi PAS....renungkan..
kesimpulan penulis, kemasukan Nasaruddin dalam PKR bukan menunjukkan BN Perak lemah. dan bukan juga menunjukkan pembangkang di Perak kuat tetapi kepentingan peribadi mendahului dari rakyat...kalu begini lah pemimpin kita, nahas la rakyat jelata..hehehehe

Khamis, Januari 22, 2009

Kenali Anwar Dulu Sebelum Sokong Pakatan Rakyat (PKR) - PR Tidak Bertahan lama

Membela Rakyat Perkara Kedua, Jawatan PM Keutamaan Anwar

In 2008 already over RM125 billion has been withdrawn from the country by investors weary of a government that has failed to implement a single reform to ensure judicial independence and that continues to use draconian laws such as the ISA to detain its citizens without due process of law." -
Anwar Ibrahim ISA telah wujud sejak berpuluh tahun. Namun mengapa baru hari ini pelabur bimbang dengan kerajaan. Apakah ia kerana ISA atau kerana Anwar Ibrahim? Anwar sudah diketahui mempunyai hubungan rapat dengan US dan Barat. Ini menimbulkan tanda tanya di mana Anwar mendapat jumlah tersebut jika ia tidak terbabit dengan perancangan ini?Kita juga tertanya-tanya apakah pengeluaran pelabur asing ini tidak ada kena mengena dengan membantu usaha Anwar menukar kerajaan?Dalam sejarah politik, hanya ketika rakyat "lapar" sahaja maka pemerintahan akan berubah secara drastik dan luar biasa.Tidak mustahil inilah yang sedang direncanakan oleh Anwar dan para sahabatnya dari Barat.Ini bukan kali pertama Anwar Ibrahim sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan beliau akan berjaya menjadi Perdana Menteri. Sejarah politik Anwar membuktikan beliau sanggup menipu, berbohong dan membiar rakyat terseksa jika itu dapat membantunya menjadi Perdana Menteri.1970-anPada tahun 1970-an beliau mengaturkan satu tunjuk perasaan di Baling sehingga mencetuskan rusuhan. Rusuhan terscetus kerana Anwar mendakwa petani di Baling terlalu miskin sehingga ada yang mati kelaparan. Maka berbondong-bondonglah mahasiswa mengadakan tunjuk perasaan di Universiti Malaya dan mogok lapar di Baling.Huru-hara negara dan kerajaan dibuatnya. Namun sehingga kini tiada seorang saksi atau satu bukti pun menunjukkan ada orang di Baling ketika itu mati kelaparan.1997Pada 1997 sekali lagi Anwar mengambil kesempatan atas masalah ekonomi bagi mencetuskan kemarahan rakyat terhadap kerajaan terutamanya Perdana Menteri, tun Dr. Mahathir.Ketika dilanda krisis matawang, Anwar menyerang polisi kerajaan dari dalam dengan menuduh Dr. Mahathir antara punca masalah ekonomi negara ketika itu. Anwar sedar rakyat yang susah dan marah akan bangkit dijalanan bagi menjatuhkan Perdana Menteri.Jadi sebagai Menteri Kewangan beliau memulakan langkah-langkah menjerut rakyat. Kadar pinjaman Asas (BLR) dan kadar faedah dinaikkan berkali ganda. Beliau juga mengguna pakai pelbagai saranan IMF yang menyusahkan rakyat kerana ia telah berkesan ketika itu menjatuhkan Perdana Menteri Thailand dan Presiden Indonesia.Anwar menghalang usaha membantu syarikat-syarikat bermasalah ketika itu akibat kejatuhan matawang negara. Beliau menggunakan mantera-mantera barat seperti kronisme, nepotisme dan bail-out boleh meruntuhkan ekonomi negara bagi menghalang sebarang usaha pemulihan syarikat-syarikat besar ini.Tujuan Anwar ketika itu ialah mahu melihat syarikat-syarikat ini jatuh dan menyebabkan puluhan ribu rakyat hilang mata pencarian. Jika ini berlaku sudah tentu lagi ramai yang marah kepada kerajaan dan ini akan mempercepatkan proses perubahan kuasa dari Dr. Mahathir kepada beliau.Demikian bagi Anwar, rakyat yang menderita ialah satu kebaikan kepadanya, kerana ini akan mempercepatkan kejatuhan musuh politiknya.Anwar sanggup meletakkan negara ini di bawah telunjuk IMF asalkan beliau berjaya menjadi Perdana Menteri. Nasib baik Dr. Mahathir ketika itu cepat sedar permainan licik Anwar.Justeru jika hari ini pelaburan asing makin berkurangan dan ramai yang keluar, adalah tidak mustahil ini merupakan rancangan kali kedua US untuk menjadikan Anwar sebagai PM setelah gagal pada 1997.Siapakah Anwar yang begitu istimewa kepada US dan Barat akan terus menjadi tanda tanya. Cuma yang kita pasti, Anwar akan melakukan apa sahaja untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia hatta jika perlu "mengorbankan" sebahagian rakyat pun. contohnya, ANwar juga sanggup bergabung dengan DAP yang terang-terangan menentang perlaksanaan sebuah negara Islam di Malaysia..Di mana Anwar yang merupakan seorang Muslim dan juga bekas Pengerusi ABIM malaysia...ternyata Anwar sanggup buat apa saja demi merealisasikan angan-angan mat jenin jadi PM..
wahai sahabat2 ku..renungkan lah demi masa depan bangsa dan negara. ya, memang kerajaan BN ada juga kepincangan dan kelemahannya, akan tetapi jangan jadikan ini penghalang kita untuk menyokong BN. Apa yang penting kita terus memberi teguran dan nasihat bersama secara jujur, ikhlas dan bijak ke arah memperkasakan BN yang sudah memerintah negara lebih 50-an sudah. PR yang baru2 muncul sekarang semata-mata hanya untuk menjayakan agenda politik yang bersifat peribadi dan bukannya bersifat kebangsaan..hidup BN

Isnin, Januari 19, 2009

PAS menang di KT tapi siapa yang untung?????

tahniah kepada PAS sebab menang pada PRK P036 KT...tapi ada ceta pula disebaliknya...ya lah PAS menang, tapi rugi la nanti org2 KT. jan pla selepas menang ndak pandai buat kerja. asyik2 fikir macam mana mau jadi kaya. Selepas ini, kerja mesti dilaksanakan, tunaikan manifesto untuk membasmi kemiskinan dan pembaziran yang dilaung-laungkan dalam kempen di Kuala Terengganu. Semasa PAS perintah Terengganu, berapa ramai orang miskin yang mendapat faedah dan keluar dari belenggu kemiskinan? yang kita takut ini sekarang abdul wahid akan berguru dengan Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim. Kalu Khalid Ibrahim yang lebih mementingkan kereta Camry RM2.35 juta berbanding RM50 kepada setiap kanak-kanak untuk masuk ke Tadika. Bahagikan RM2.35 juta dengan RM50, berapa orang-orang kanak-kanak boleh mendapat faedahnya? 47,000 orang kanak-kanak dinafikan haknya kerana Khalid Ibrahim lebih sukakan Camry.Usah lagi mengambil sikap tidak dapat kerajaan pusat, maka semua kerja tidak boleh dibuat. Gaji sebagai pembangkang pun, kiri dan kanan masuk. Ada kapasiti dan ada autoriti, laksanakan amanah pada rakyat. Jika tidak, kemenangan PAS hanya akan memuaskan hati DAP dan sekutunya yang gembira parti Melayu yang paling kuat menerajui kerajaan sekarang semakin terhakis kuasanya. Mereka suka jika BN diterajui oleh orang-orang bukan Islam, sebagaimana DAP merajai Pakatan Rakyat. lagi kita takut bila mana apa yang berlaku dlm kerajaan PAS di Perak (Nizar Jamaluddin). nama saya menteri besar, tapi keputusan exco negeri dibuat oleh exco2 dari DAP...kecian Saudara Nizar..sudah umum tiada pemilihan jawatan Ketua Kampung dan JKKK, tapi DAP mau juga. Puas hati beri PAS menang di Kuala Terengganu? Sedangkan Karpal masih lagi berdegil dan enggan terima negara Islam. Tunggulah, lambat laun bila sudah jadi macam Pulau Pinang dan Perak, barulah orang Terengganu pula hendak menyesal. last2, rakyat Kuala Terengganu yang rugi. renung2 kan....

Khamis, Januari 15, 2009

DAP keluar Pakatan kata Karpal Singh jika....

Karpal Singh selalu mengatakan yang DAP akan keluar Pakatan pembangkang jika hukum hudud dilaksanakan oleh PAS. heehehe, kalau berani keluar lah cepat dari pakatan. buat apa lagi bermain-main dalam surat khabar.......kalau la DAP punyai prinsip tidak berkompromi hukum hudud kenapa ndak keluar terus. ini pla hari2 ckp tak serupa bikin. mau tembirang saja dalam news.

Untuk pengtahuan Karpal, salah satu perjuangan PAS sejak dari penubuhannya sampai sekarang ialah melaksanakan hukum hudud. mana boleh PAS sembarangan hapuskan hudud. kalau dihapuskan, apa kata penyokong Fanatik PAS terutamanya di Kelantan. pasti PAS hilang taring dan tiada lagi penyokong dan akhirnya mungkin dibubarkan....

jadi, wahai DAP dan Karpal...cepatlah keluar dari Pakatan. geranti cita2 ko menghalang hukum hudud dilaksanakan oleh PAS gagal. lagipun setiap parti ada prinsip perjuangan. buat apa diganggu gugat oleh parti lain. kalau berani Karpal harus masuk PAS dan cadangkan dalam mesyuarat agung PAS di Peringkat Nasional untuk tidak melaksanakan hukum hudud. buat apa cakap2 dalam suratkhabar saja

tunggu apa lagi.....buat keputusan tepat dan jangan terlambat...keluar lah dari Pakatan...