Memaparkan catatan dengan label ruang pendapat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ruang pendapat. Papar semua catatan

Jumaat, September 04, 2009

13 Mei boleh berulangkah?

SEJAK kebelakangan ini, hampir setiap hari kita disajikan dengan pelbagai peristiwa yang berlaku dalam negara yang mula menggugat perpaduan dan keharmonian kaum yang dibanggakan selama ini. Senarainya semakin hari semakin panjang yang sekali gus mengundang seribu satu persoalan apakah peristiwa 13 Mei 1969 bakal berulang. Walaupun tahun ini genap 40 tahun tragedi malang itu menimpa negara kita, namun saya pasti masih ramai di kalangan kita yang boleh terbayang-bayang apa yang berlaku pada tarikh keramat tersebut yang sekali gus menjadi titik hitam yang sukar untuk dipadamkan daripada lipatan sejarah negara ini dan ia tidak mustahil berulang jika tidak diambil langkah yang sewajarnya.

Satu demi satu peristiwa yang menyentap perpaduan kaum mula diperagakan untuk tatapan umum oleh pihak-pihak yang jelas mempunyai agenda dan kepentingan peribadi masing-masing. Dalang-dalang ini begitu licik memainkan peranan tanpa kita sedari akan rupa bentuknya dan natijah yang bakal dibawanya bersama. Mahu tidak mahu kita perlu akui bahawa antara punca utama soal perpaduan kaum menjadi bahan perbualan dan perdebatan adalah akibat daripada keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU 12) pada Mac 2008 yang jelas menukar landskap politik tanah air kita. Kesannya cukup mendalam dan meninggalkan implikasi yang sangat besar kepada kita semua.

Akibatnya juga sudah ada pihak yang begitu berani menyuarakan hak dan pelbagai tuntutan yang jelas tidak berasas dan boleh menimbulkan rasa tidak puas hati pihak yang lain. Mereka yang sebelum ini tidak langsung dikenali oleh masyarakat sudah mula menjadi hero dan pejuang golongan tertentu. Mereka muncul umpama cendawan yang tumbuh selepas hujan iaitu selepas PRU 12. Mempersoalkan apa yang sudah termaktub dalam Perlembagaan, mengadakan demonstrasi haram, mencabar pihak berkuasa dengan sengaja, menyebar pelbagai fitnah dan khabar angin yang boleh merobek perpaduan kaum serta meniup api kemarahan terhadap pihak kerajaan telah menjadi intipati dan agenda tetap perjuangan golongan ini.

Satu persoalan yang sukar untuk dirungkai adalah apakah tujuan sebenar golongan ini yang cuba melaga-lagakan rakyat kita yang hidup aman dan damai.
Tidak cukupkah dengan apa yang berlaku pada 13 Mei 1969. Kenapa mereka perlu bermain dengan api. Wajarkah keamanan yang kita nikmati selama ini dikorbankan demi untuk memuaskan hawa nafsu golongan yang mengejar kedudukan, kuasa dan pengaruh semata-mata. Peristiwa bantahan penduduk terhadap pembinaan kuil di Selangor baru-baru ini yang melibatkan perarakan dengan kepala lembu merupakan antara insiden yang sepatutnya tidak berlaku. Ia jelas mengguris hati dan perasaan rakan-rakan kita dari kalangan penganut agama Hindu. Kita percaya penduduk yang membuat bantahan ini tidak sedikitpun berniat untuk menghina agama rakan mereka namun ia jelas telah dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan seterusnya mengambil kesempatan untuk bertindak sedemikian rupa. Akhirnya para penduduk itu secara khususnya dan umat Islam secara amnya dipandang serong kerana dikatakan telah menghina agama lain. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Insiden sedemikian rupa tidak boleh dipandang ringan dan diambil mudah. Ia tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Andai kita leka maka dikhuatiri ia akan menular dengan cepat seperti wabak selesema babi Influenza A (H1N1) yang semakin sukar untuk dibendung kelak. Sudah semestinya kita tidak rela dan sanggup melihat peristiwa 13 Mei berulang kembali.

Justeru, besarlah harapan semua agar pihak berkuasa dapat membawa pihak yang bertanggungjawab ini ke muka pengadilan sekali gus menjernihkan kembali hubungan antara kedua-dua pihak yang terlibat dan seterusnya membersihkan juga nama baik umat Islam secara keseluruhannya. Adalah menjadi tanggungjawab setiap rakyat Malaysia untuk terus memerangi golongan yang sebegini yang cuba mengganggu-gugat keamanan dan kestabilan negara kita. Janganlah esok kita menyesal. Bak kata pepatah, menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya. Malaysia adalah rumah kita. Sebagai penghuni rumah ini kita wajib menjaga dan memelihara keselamatannya dan melindunginya sepanjang masa. Usahlah kita membenarkan anasir-anasir liar ini bermaharajalela dan mengambil kesempatan kerana akhirnya mereka akan merobohkan rumah kita suatu hari nanti. Jelas itulah tujuan dan matlamat utama mereka selama ini.

Rakyat Malaysia seharusnya menghayati konsep 1Malaysia dengan sepenuh jiwa dan raga jika mahu melihat perpaduan dan keharmonian kaum terus subur di bumi bertuah ini. Gagasan ini merupakan ramuan yang cukup lengkap dan sempurna untuk kita jadikan sebagai panduan dan pedoman bagi membina negara dan bangsa yang dicita-citakan. Ingatlah bahawasanya kita wajib mempertahankan kontrak sosial yang telah diwariskan kepada kita oleh generasi terdahulu agar kita dapat membekalkannya dalam keadaan yang sedia ada kepada generasi yang akan datang. Itu adalah tanggungjawab kita bersama.

Jumaat, Ogos 28, 2009

Selepas kuasai ekonomi...

ANDAIAN sebelum ini bahawa kaum Cina hanya berminat untuk menguasai ekonomi sementara kuasa politik akan terus dipegang oleh orang Melayu, nampaknya tidak lagi begitu. Pasca Pilihan Raya Umum Ke-12 membuktikan bahawa banyak pihak kaum Cina sedang mengasak habis-habisan untuk turut sama menguasai politik negara ini. Makin banyak petunjuk ke arah itu termasuk menerusi laporan media tertentu khususnya berbahasa Cina yang mempromosi sentimen sedemikian. Mesej yang boleh dibaca ialah banyak kalangan kaum Cina sudah tidak berpuas hati dengan sekadar menguasai ekonomi?

Persoalannya apakah yang akan berlaku jika kaum Cina juga menguasai politik dan di mana kedudukan Bumiputera nanti? KT lontarkan persoalan ini untuk renungan kita semua lebih-lebih lagi kedudukan Melayu/bumiputera sabah dan sarawak kini makin kritikal. Apa sahaja yang tinggal pada Melayu mahu dirungkai termasuk yang termaktub dalam perlembagaan negara. Realitinya walaupun Melayu menguasai politik tetapi yang lebih berkuasa di negara ini adalah kaum Cina disebabkan penguasaan dalam ekonomi yang amat ketara. Di sebalik banyak rungutan terhadap dasar kerajaan, sebenarnya kaum Cina paling banyak mendapat nikmat. Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilaksanakan sebelum ini hanya memberikan kouta 30 peratus kepada bumiputera tetapi penguasaan 70 peratus terus dinikmati oleh masyarakat usahawan Cina yang sudah membentuk kartel mega, selain berlaku gejala ali baba dan ketirisan dalam 30 peratus kouta bumiputera.

Jika Melayu dibantu dalam bidang perniagaan ia dianggap tongkat tetapi jika syarikat-syarikat Cina diselamatkan oleh kerajaan, ia didiamkan sahaja. Jika banyak usahawan bukan Melayu mendapat bisnes monopoli seperti gula, stesen televisyen satelit, stesen janakuasa bebas dan sebagainya sehingga menjadi kaya raya dan mengalihkan berbilion ringgit ke luar negara, ia juga tidak mengapa. Jika ada usahawan Melayu cuba menceburi bidang penguasaan usahawan Cina seperti membekalkan limau, ia akan diboikot sampai gagal. Namun jika ada usahawan bukan Melayu menguasai bisnes seperti pengedaran produk daging dan ayam halal, yang melibatkan pasaran orang Islam, itu dianggap biasa. Penguasaan Cina dalam syarikat-syarikat swasta dan persendirian selain mengutamakan pekerja kaum itu juga bukan isu. Pada masa yang sama majoriti Melayu di sektor awam makin hebat dipersoalkan malah terus diperlekehkan.

KT bukanlah mahu bersikap rasis. Apa yang disuarakan ini sekadar menyanggah gelombang fitnah, tohmahan dan persepsi liar banyak pihak terhadap usaha meningkatkan pencapaian bumiputera, yang masih jauh ketinggalan berbanding kaum Cina. Begitulah kebijaksanaan banyak pihak kaum Cina berpercaturan. Dalam mereka mengeluh dan merintih, mereka terus kaya dan berkuasa. Kouta untuk bumiputera mahu dihapuskan tetapi 'kouta khas' bukan bumiputera seperti bisnes berkaitan pusat hiburan, arak, judi dan maksiat yang mereka kuasai selama ini, tidak boleh disentuh sama sekali. Pada hari ini, kaum Cina yang merupakan 24 peratus penduduk negara ini menguasai ekonomi. Tradisi dan budaya niaga yang lama terpahat selain dasar kerajaan yang terbuka, membolehkan kaum Cina terus melonjak. Masyarakat Cina mempunyai simpanan wang yang banyak berbanding kaum lain dan itulah antara asas kekuatan ekonomi kaum itu. Sedangkan Melayu yang merupakan kaum majoriti terus keciciran. Bayangkan seketika jika Melayu lenyap kuasa politik?

Rabu, Julai 22, 2009

Arus Politik Malaysia selepas PIRU ke-12

Saya melihat bahawa selepas pilihan raya (PIRU) umum lalu, wujud satu aliran politik yang cuba membawa negara ini ke arah kancah perpecahan berasaskan kepada ideologi yang pelbagai. Ideologi yang pelbagai ini membangkitkan semangat perkauman yang berbahaya. Realiti terpapar di depan kita ialah Pakatan Rakyat tidak langsung dapat menunjukkan kemampuan untuk mewujudkan gabungan parti politik berasaskan satu ideologi bersama seperti dilakukan BN. Pakatan yang bersifat 'tidur sebantal, mimpi lain-lain' tidak berupaya membawa satu agenda nasional yang dapat mempertahankan perpaduan, kemakmuran, keselamatan dan kestabilan politik negara. Pakatan Rakyat hanyalah satu pakatan rapuh yang tidak memiliki asas ideologi dan agenda sama. Kita bimbang jika rakyat tidak sedar akan hal ini lalu memberikan kepercayaan kepada Pakatan Rakyat sehingga mereka mampu membentuk Kerajaan Pusat, maka bencana akan menimpa negara. Asas kebimbangan saya ialah apabila politik berlainan ideologi mengambil tempat mengikut kelompok dan kaum tertentu, maka ia pasti berakhir dengan pertelingkahan dan konflik ideologi kerana apabila sudah berkuasa, masing-masing akan cuba menegak dan menonjolkan ideologi perjuangan mereka.

Senario ini akan mengheret negeri dalam persekutuan berasaskan ideologi kepartian – mengikut parti yang memerintah. Kerajaan Pusat juga akan menjadi lemah kerana faktor sama. Ketika itu segala bentuk kontrak sosial yang dibina dan diasaskan oleh tokoh pejuang kemerdekaan tanah air akan musnah dan negara akan berada dalam kancah pertelingkahan dan kemelut politik yang mampu mengheret negara kepada anarkisme serta mengundang campur tangan asing. Justeru, sekiranya Pakatan Rakyat tidak memiliki satu ideologi yang jelas mengenai agenda dan aspirasi nasional yang dapat diterima dan dikongsi bersama, maka bagaimana ia mampu membawa dan membina negara ke arah perpaduan, kemakmuran, kesejahteraan dan keselamatan yang terjamin. Ideologi adalah satu konsep yang sukar difahami dan apabila ideologi politik yang berlainan berkonflik, maka ia sangat sukar untuk diharmonikan. Inilah halangan besar yang membelenggu Pakatan Rakyat. DAP masih kekal dengan ideologi sosialisnya. Sosialisme sering berhasrat membawa negara ke arah satu parti yang mengongkong hak-hak asasi.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula dengan ideologi liberalnya. Liberalisme bertujuan memberikan kebebasan tidak terbatas dan ini sangat berbahaya kepada masyarakat majmuk kerana isu sensitif akan sentiasa mengambil tempat. Pas pula dengan ideologi agama memang tidak serasi dengan kedua-dua ideologi politik itu.Jadi di mana titik pertemuan mereka? Mungkinkah titik pertemuan mereka semata-mata berasaskan kebencian terhadap Umno-BN. Pas tidak sepatutnya berada dalam Pakatan Rakyat, tetapi malangnya parti yang dianggap kental dengan ideologi perjuangan Islam itu boleh cair dengan politik licik PKR dan DAP. Yang nyata, ketiga-tiga komponen parti dalam Pakatan Rakyat gagal mengharmonikan ideologi masing-masing. Sebaliknya, BN yang terdiri daripada 14 parti komponen, sudah lama berbuat demikian dengan mengutamakan agenda dan aspirasi nasional.BN berjaya menegakkan politik kebangsaan berasaskan nasionalisme rakyat yang dicetuskan dalam perjuangan kemerdekaan tanah air. Politik kebangsaan mengutamakan kesetiaan kepada negara dengan mengetepikan kepentingan dan ideologi kelompok tertentu, sebaliknya ikatan yang erat terhadap tanah air menjadi kepentingan dan agenda utama

Khamis, Februari 19, 2009

ISU PANAS : BERSALAHKAH KERAJAAN?

Dalam kesempatan ini, hasil pembacaan pelbagai sumber media, rata-rata Kusai Tandek mendapati Parti Pembangkang menuduh kerajaan BN tentang isu PANAS yang berlegar-legar dalam landskap politik negara. Kusai Tandek merasakan Pakatan Pembangkang seakan-akan "membaling batu sembunyi tangan". Tidak berani mendedahkan apa yang berlaku sebenarnya. SEPANJANG Februari ini 2009, kontroversi tiga isu moral melibatkan wakil-wakil rakyat pakatan pembangkang PR hangat diperkatakan disana sini. Katak Lompat, menderhaka kepada raja dan skandal seks di kalangan wakil rakyat pembangkang menyebabkan tumpuan terarah kepada pakatan itu sepanjang bulan ini. Bagi sesetengah pihak, kegawatan dalam pakatan itu adalah "hiburan politik" semata-mata dan dibaca sebagai lumrah. Tetapi pihak yang lain menganggap ia memualkan. Kenapa isu-isu tersebut menjadi kontroversi bukan lagi sesuatu yang menarik dibincangkan. Sebaliknya, apa yang dipersoalkan ialah cara pimpinan pakatan itu mendepani isu-isu moral. Bila isu moral dibongkar satu persatu, para pemimpin pakatan rakyat terus menuding kepada kerajaan BN yang kononnya BN telah mencaturkan semua ini. Senag saja Pembangkang tuduh-tuduh sebarang bukti. memanglah apa-apa senang saja diluahkan melalui mulut. apapun kita boleh cakap. tapi kalau berani buktikan tuduhan tersebut. ini menunjukkan lagak dan sikap mereka bagai terlalu sukar menerima hakikat. Strategi mereka terang-terang defensif keterlaluan, tidak rasional dan kadang-kadang di luar batasan semata-mata mahu mengalih tumpuan atau mencuri simpati rakyat agar rakyat menyokong perjuangan mereka. konon-kononnya merekalah yang terbaik. Yang peliknya, Barisan Nasional (BN) terus-terusan dijadikan sasaran. Pemimpin BN dituduh merancang konspirasi jahat menjatuhkan wakil-wakil rakyat pembangkang menerusi pendedahan skandal demi skandal.
Yang terbaru, kes gambar bogel Exco kerajaan negeri Selangor, Elizabeth Wong dari Parti Keadilan Rakyat (PKR). Sepantas kilat BN dituduh dalang menjatuhkannya. Begitu juga ketika peletakan jawatan wakil rakyat Bukit Selambau dari PKR, V. Arumugam, yang dikaitkan dengan skandal seks. BN turut dituduh terlibat menjatuhkannya. Dalam kes Elizabeth, penasihat PKR, Anwar Ibrahim membuat kesimpulan, BN yang merangka pelan konspirasi jahat terhadap Elizabeth dan pakatan pembangkang. "Ada satu corak serangan melanda wakil rakyat pembangkang di Perak, Kedah dan Selangor. Cara ini kerja keji dan jahat," kata Anwar. Pemimpin pembangkang terus menutup salah mereka. Inikah cermin sebenarnya pakatan rakyat yang menyembunyikan dosa orang. Dimana suara parti PAS dalam memperjuangkan sebuah negara islam. Adakah PAS sudah hilang perjuangan parti dan sanggup berkompromi dengan DAP dan Anwar. Kalau pun gambar bogel Elizabeth didakwa diambil oleh kekasihnya ketika tidur tanpa kebenarannya betul. Adakah PAS dan Anwar (seorang Islam) menghalalkan perkara ini. Bukankah satu kesalahan jika sepasang lelaki dan perempuan bersama-sama dalam bilik apatah lagi tanpa pakaian. Apakah ini dibolehkan dalam Pakatan Pembangkang? Setahu penulis semua agama iaitu Islam, Kristian, Buddha, Hindu, Sikh dan sebagainya melarang umatnya bersama-sama dalam keadaan bogel di bilik tanpa adanya ikatanyang sah. Apatah lagi diwar-warkan bahwa teman lelaki Cik Elizabeth adalah seorang muslim dan juga merupakan ahli PKR (diakui sendiri oleh Azmin Ali-Naib Presiden PKR). Aakah semua ini Pakatan Pembangkang menghalalkan perbuatan keji Cik Eli. Terang-terang saudara Anwar membela Cik Eli agar tidak meletak jawatan dan bercuti sahaja. ini membukti Anwar berkompromi perkara ini.
Kalau wakil rakyat BN berdepan kes-kes moral, mereka tidak kata itu konspirasi sebaliknya mendesak pemimpin itu meletak jawatan. Dalam kes video adegan seks bekas Menteri Kesihatan, Chua Soi Lek misalnya, pemimpin DAP, Lim Kit Siang dan Ketua Penerangan Pas, Mahfuz Omar senada menganggap ia memalukan dan meminta polis melakukan siasatan secara menyeluruh. Tetapi dalam kes Elizabeth, ia tidak dilihat daripada unsur moral wakil rakyat itu tetapi niat jahat kerajaan. Jelaslah PAS sudah hilang identiti parti kerana dikaburi oleh kuasa, pangkat dan wang. Istilah konspirasi menjadi popular apabila Anwar menggunakan strategi mengalih tumpuan umum - iaitu menuduh wujud konspirasi jahat BN - bermula pada 1997 ketika beliau berdepan tuduhan liwat. Sehingga ini, sebarang kes moral melibatkan pemimpin atau wakil rakyat pembangkang disebut sebagai konspirasi BN.
Harus diingat, sebelum beliau didakwa atas tuduhan liwat, BN sudah diserang habis-habisan oleh pembangkang (DAP dan PAS- belum wujud PKR). Ketika itu mereka minta kerajaan siasat seorang pemimpin kanannya yang terlibat kes seks luar tabii. Tetapi apabila Anwar dipecat daripada kerajaan, pembangkang ikut rentak Anwar mengatakan tuduhan dihadapinya suatu konspirasi BN. Tuduhan bahawa BN merancang konspirasi menjatuhkan Anwar sekali lagi dicanang apabila beliau berdepan kes liwat terbaru, tahun lalu. Baru-baru ini, apabila BN membentuk kerajaan negeri di Perak, pembangkang menuduh BN tidak bermoral kerana menarik wakil-wakil rakyat pakatan itu untuk lompat parti. Sedangkan, sejak pilihan raya umum lalu, Anwar yang memulakan 'kempen lompat parti' dengan membeli 30 ahli parlimen BN dan menjaja ke mana-mana kononnya beliau akan berjaya menarik wakil-wakil rakyat BN untuk pembentukan Kerajaan Pusat baru pada 16 September 2008. Sanggup menghantar Tian Chua - ketua penerangan PKR ke Taiwan untuk berunding dengan ahli parlimen BN.
Apabila Sultan Azlan Shah membenarkan pembentukan kerajaan BN dan melantik Menteri Besar Perak baru, mereka saman Sultan dan sanggup jadi penderhaka. Sedangkan dalam perlembagaan Sultan adalah kuasa budibicara membubarkan DUN atau Tidak mengikut kesesuaian. Inilah potret lama politik pakatan pembangkang di bawah dominasi Anwar, mereka tidak berubah. Semua salah laku dan kejengkelan jika berlaku kepada pemimpin BN akan dianggap sebagai "haram serta kotor" tetapi ia menjadi "halal" jika membabitkan pembangkang. Dimana silapnya.........renungkan

Jumaat, Februari 06, 2009

BN kerajaan baru Perak vs Anwar mendapat bala dari rakyat Perak

Kusai Tandek secara umum tidak bersetuju cara pembentukan kerajaan baru Perak melalui cara yang mudah tanpa melalui pilihanraya. Walau bagaimanapun, setelah dikaji secara mendalam, Kusai Tandek pun setuju juga akhirnya. Memang bercelaru lah fikiran Anwar gara-gara politik Perak yang dramatik+kalut+dasyhat= Kerajaan baru BN Perak.
Kalau di imbas perkembangan politik selepas PIRU ke-12, isu ADUN2 dan MP melompat sangat mengemparkan politik negara. Apa tidaknya, isu melompat parti ini segala-galanya dimulakan oleh Anwar Ibrahim (Pengasas Lompat Parti) apabila berusaha dan mengumumkan bahawa ada 30 MP BN akan berpindah ke PR untuk memboleh si Anwar menjadi Perdana Menteri dan menguasai Putrajaya (Angan2 Mat Jenin). Tetapi akhir tidak menjadi kenyataan, kerana mana ada MP BN yang melompat masuk ke PR. Itu semua permainan politik Anwar yang tamak kuasa. Kalau kita ingat apa yang berlaku di Sabah pada tahun 1994, di mana PBS memdapat 25 kerusi DUN dan BN 23 kerusi DUN. Anwar dengan bangganya menjadi Master Mind membeli ADUN2 PBS dan akhirnya PBS yang menjadi Kerajaan waktu itu tersungkur bumi.
Imbas kembali di Perak. semua ini berlaku disebabkan juga permainan Anwar yang masi menyimpan hasrat menjadi PM yang tertangguh 11 tahun dulu. Mula2 menawarkan dan membeli beberapa ADUN BN perak masuk dalam PKR. tetapi hanya ADUN Bota yang termakan janji kosong Anwar (ADUN Bota kembali menyertai UMNO kemudian). Akibat politik Anwar yang tidak menentu, tetiba dua ADUN PKR keluar dari PKR dan menjadi ADUN Bebas. Akhirnya kerajaan PR di Perak tidak sampai setahun jagung dan kerajaan BN memerintah semula Perak.
Memang benar Anwar mendapat bala dan pembalasan sipitung akibat tindak tanduk politiknya selama ini yang asyik mewar-warkan membeli 30 MP BN untuk merealisasikan impain yang tidak mungkin tercapai untuk menjadi PM pada 16 Septemner 2008. Dari pihak BN, kalau Anwar buat macam itu, tak kan BN diam-diam saja. Dalam permainan politik, kita mesti memiliki dua keadaan iaitu defensive dan attacking. baru lah kita boleh bertahan. Kusai Tandek betul2 kecian Anwar. Tengok muka Anwar di kaca TV yang duduk bersebelahan Nizar macam pucat saja. hehehehehe

Rabu, Februari 04, 2009

Selepas Negeri Perak Siapa??????

Kekalutan dan kemelut politik di Perak sudah mencapai tahap tenat. Selepas SPR mengumumkan pilihanraya kecil tidak perlu diadakan, dua ADUN Changkat Jering dan Behrang kedua-duanya ADUN PKR mengumunkan keluar PKR dan mahu menjadi ADUN bebas. Namun demikian, keputusan mesyuarat exco Perak yang dipengerusikan Menteri Besar Nizar (PAS) mengumunkan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Perak tidak mengiktirafkan kewujudan dua ADUN Bebas. Ini bererti kedua-dua ADUN ini tidak perlu lagi menghadiri mesyuarat Exco perak pada masa akan datang. Keadaan ini menjadikan kerajaan PR menunggu menyembah bumi (gulung tikar secara terhormat). Apa tidaknya kerusi DUN PR hanya tinggal 30, BN kerusi DUN 27, dan BEBAS kerusi DUN 2. Apa akan berlaku jika ADUN bebas ini menyertai BN. sudah tentu jurang perbezaan kerusi DUN hanya 1. Bila keadaan ini berlaku, macam-macam berlaku. Adakah ramalan penulis bahawa Perak mendapat Menteri Besar baru dalam masa terdekat ini menjadi kenyataan?
Ketika ini, muncul pula persoalan kedua iaitu selepas Negeri Perak yang penuh dengan kekalutan politik, negeri mana lagi yang menyusul? adakah Selangor? tunggu dan lihat....

salam perjuangan

Selasa, Februari 03, 2009

Budaya Lompat Parti-tidak menghairankan tetapi sudah dijangkakan. Angkara siapa??????

Baru-baru ini kita dikejutkan ADUN Bota keluar BN dan masuk PKR (PR). Dan yang terbaru dua ADUN PKR menghilangkan diri dan diwar-warkan akan menyertai BN. bagi Kusai Tandek, perkara ini bukan sesuatu yang menghairankan dan mengemparkan semua pihak. Jika ada pihak menuduh UMNO yang memulakan pasal hal melompat parti pada tahun 1993. siapakah dalangnya ketika itu? Tidak bukan dan tidak lain siapa lagi kalu bukan Anwar Ibrahim. Hari ini perkara yang sama berlaku sama seperti yang berlaku politik pahit di Sabah pada tahun 1994. Siapakah dalangnya sekali lagi? sah lah, Anwar punya rancangan demi memenuhi impiam mat jenin menjadi PM yang tertunda 11 tahun yang lalu.
Oleh itu, marilah kita bersatu mengembalikan maruah politik Malaysia yang dicemari oleh pemimpin yang membelakangi aspirasi rakyat dan kepentingan peribadi mendahului segala-segalanya. istilah pembela rakyat sekadar dijadikan batu loncatan...renungkan!!!!

Selasa, Januari 20, 2009

MAMPUKAH PAKATAN RAKYAT (PR) YANG DITUNJANGI PKR, PAS DAN DAP BERTAHAN LAMA?

Wahai kwn2 yang budiman,
sila komen persoalan ini iaitu mampukah PR boleh bertahan? setelah melalui tsunami politik pada 08 Mac 2008, diwar-warkan bahwa PR mampu menggugat parti kerajaan iaitu BN. pandangan penulis setelah melihat dan meneliti pelbagai isu nasional yang berlaku di 4 negeri yang ditadbir oleh PR iaitu Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Perak pelbagai isu dan krisis kepimpinan yang serius berlaku dalam PR. contohnya di Perak, Menteri Besar Saudara Nizar didatang daripada PAS, tetapi 80% exco negeri daripada DAP. Nizar hanya boneka DAP kerana keputusan kerajaan negeri Perak hanya dicaturkan oleh exco2 DAP. Ini terbukti dengan isu pemberian tanah kekal di Kg. Baru bagi masyarakat Cina dan isu perlantikan Ketua Kampung dan PJKKK. Begitu juga di Selangor dimana pemimpin PKR India dan Pemimpin PKR Melayu terus bergaduh sehingga menyebabkan seorang YB PKR India meletak jawatan dalam kepimpinan PKR negeri. itu hanya segelintir isu besar yang berlaku di dalam kepimpinan PR di Selangor. Di Pulau Pinang pula, tiba2 Guan Eng mengumumkan kerajaan negeri tidak memberikan peruntukan kepada NGO untuk mengadakan perayaan kaum/agama masing2 dengan alasan ia membazirkan wang negeri. ini mendapat reaksi negatif pelbagai rakyat di Penang. Bercanggga pula dengan peringai Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid dengan bangganya mau membeli kereta Toyota Camry kenderaan rasmi negeri yang menelan belanja RM2.3 juta. ini satu tindakan membantu rakyat atau pembaziran yang melampau-lampau...Berdasarkan ruang lingkup isu-isu dan cara pentadbiran PR yang penuh dengan keraguan dan kesangsian, maka penulis meramalkan kerajaan PR tidak boleh pergi jauh. hanya masa dan waktu menunggu perpecahan parti2 yang menganggotai PR. Bagai mana pula komen dan pandangan saudara2 yang dikasihi