hye kwn2...ada beberapa artikel yang saya baca yang menyatakan bahawa mereka menyalahkan Pemimpin2 dan kerajaan mengenai kejadian Banjir yang berlaku baru2 ini di Kota Marudu dan Pitas...pendapat saya, masalah Alam ini jangan la dipolitikkan...bencana alam seperti banjir, tanah runtuh, tsunami, letupan gunung berapi dan sebagai adalah ketentuan Tuhan. Ianya boleh berlaku dimana-mana saja tidak kira kawasan itu banyak penyokong pembangkang atau penyokong kerajaan, tidak kira negara kita diperintah oleh BN atau PKR, tidak kira negara maju atau negara miskin, tidak kira org melayu, dusun, bajau, iban dan sbg semua kena, tidak kira muslim, kristian, buddha, hindu dan kafir semuanya mesti dapat. ini jelas mengambarkan bahawa kejadian bencana alam itu Tuhan yang tentukan.
Jadi jangan lah kita menuding jari menyalahkan pemimpin BN atau pemimpin di peringkat daerah mengenai kejadian banjir yng berlaku baru2 ini di Daerah Kota Marudu/Pitas (Merujuk kepada beberapa artikel yang menyalahkan pemimpin2 BN dan pemimpin peringkat daerah Kota Marudu mengenai kejadian Banjir). Apa yang saya tahu, Pejabat Daerah Kota Marudu, banyak kerja keras untuk mempastikan proses pemindahan penduduk bagi mereka yang terlibat banjir. saya pun mengikut perkembangan lanjut mengenai proses pemindahan ini. malah ketua menteri Sabah Datuk Musa Aman pun ada datang di Kota Marudu dan Pitas untuk melihat masalah banjir ini.
ya la, ada juga sesetengah tempat pemindahan mengalami masalah sedikit. tapi kita harus tahu bahawa kita juga manusia biasa yang tidak terlepas dari kesilapan. kita tidak sesempurna sepeti TUHAN....sedangkan TUHAN yang sudah sempurna masih banyak orang yang menghina dan mencaci. oleh itu, masalah banjir yang berlaku di Kota Marudu saya berharap jangan la dipolitikkan. apa yang lebih penting, kita saling bekerjasama di dlm membantu mangsa banjir tidak kira kita pemimpin BN, Pemimpin Pembangkang, NGO, Jabatan2 kerajaan Negeri dan persekutuan, persatuan agama mahu orang perseorangan dalam memastikan semua mangsa banjir merasa puashati. biar lah ini sikap yang baik. kalu asyik menyalahkan saja, sedangkan kita pun mempunyai peranan penting itu tiada guna......
PH catat sejarah dividen ASB paling buruk
6 tahun yang lalu