Rabu, Februari 11, 2009

SULTAN PERAK BERTINDAK MENGIKUT LUNAS PERLEMBAGAAN DAN UNDANG2 TUBUH NEGERI PERAK.

Undang-Undang Tubuh Negeri Perak memberi kuasa mutlak Sultan sebagai penentu kuasa pemerintahan mutakhir kerajaan negeri. Perak ditadbir di bawah sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen. Mengikut Perlembagaan Negeri Perak, Sultan mempunyai kuasa memerintah tertakluk di bawah peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak. Mengikut Perkara 7 undang-undang tersebut, Sultan memerintah mengikut undang-undang dan dikehendaki berlaku adil terhadap semua rakyat. Perkara 10 pula menyatakan, baginda mempunyai kuasa eksekutif tertakluk kepada peruntukan undang-undang tersebut dan juga Perlembagaan Persekutuan. Perkara 11 pula menyebut, semua tindakan eksekutif yang diambil oleh kerajaan negeri Perak hendaklah disebut di atas nama Sultan. Dalam melaksanakan pemerintahan, Sultan hendaklah melantik seorang Menteri Besar seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 12. Baginda mempunyai kuasa mutlak menentukan siapa yang akan menerajui pucuk kepimpinan pemerintahan negerinya. Ia bermaksud, pelantikan Menteri Besar Perak akan ditentukan oleh Sultan. Ketetapan itu diperuntukkan dalam Perkara 16 (2) (a) dan perkara 18 (2) (a). Dalam melaksanakan kuasa pelantikan di bawah Perkara 16 (2), Sultan hendaklah melantik seorang Menteri Besar daripada kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang pada pendapatnya akan mendapat kepercayaan sebilangan besar ADUN lain. Beliau sudah pasti telah mendapat kepercayaan rakyat kerana menang pada pilihan raya menerusi proses demokrasi. Majoriti ADUN juga perlu menyokong dan memberi kepercayaan. Sultan juga melantiknya kerana yakin beliau akan mendapat kepercayaan tersebut. Dalam keadaan di Perak pada 4 Februari lalu, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin telah tidak mendapat kepercayaan sebilangan besar ADUN apabila dua ADUN-nya diminta mengosongkan kerusi. Dengan sendirinya kepercayaan terhadap beliau terhakis kerana Nizar menjadi Menteri Besar pada Mac 2008 berdasarkan kepercayaan 31 ADUN. Jumlah itu tinggal 29 dan kemudiannya merosot kepada 28. Apabila keadaan itu berlaku, beliau mengumumkan pembubaran DUN dan kemudian memohon menghadap Sultan untuk mendapatkan persetujuan bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak itu. Mengikut Perkara 18 (2) (b), Sultan boleh bertindak menurut budi bicaranya untuk tidak mempersetujui permintaan bagi membubarkan DUN tersebut. Seperti yang termaktub dalam Perkara 7, Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Sultan akan bertindak adil terhadap rakyatnya berdasarkan undang-undang. Sultan perlu mempertimbangkan sedalam-dalamnya dan mengambil kira permohonan itu sebagai permintaan adil bukan sahaja kepada DUN tetapi juga rakyat. Seorang Menteri Besar hanya akan memohon pembubaran DUN apabila tidak lagi mendapat kepercayaan sebilangan besar ADUN. Apabila seseorang Menteri Besar tidak lagi mendapat kepercayaan, maka ia bermakna beliau tidak lagi boleh menjadi Menteri Besar. Secara automatik kerajaan dan jemaah exconya tidak lagi berfungsi melainkan diberi mandat baru oleh rakyat pada pilihan raya baru.
Baginda Sultan mempunyai kuasa untuk tidak mempersetujui pembubaran DUN. Apabila baginda tidak memperkenankan pembubaran itu, maka secara automatik, jawatan Menteri Besar dan jemaah exco akan digugurkan. Peraturan ini bertepatan dengan Perkara 16 (6).
Mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, jelas Sultan mempunyai kuasa bertindak untuk melantik Menteri Besar baru dan sekali gus penubuhan kerajaan negeri yang baru. Jelas juga bahawa kuasa Menteri Besar dan Exco lama akan gugur dengan sendirinya. Setelah Menteri Besar tidak lagi boleh berfungsi maka Sultan boleh melantik Menteri Besar baru. Dalam situasi di Perak, jumlah ADUN BN ialah 28 dan tiga lagi ADUN mengisytiharkan keluar dari barisan pembangkang berdiri atas tiket Bebas serta menyokong BN. Apabila Sultan mendapati seorang ADUN BN boleh mendapat kepercayaan sebilangan besar ADUN lain maka baginda membuat pelantikan baru. Pelantikan Menteri Besar baru adalah sah di sisi undang-undang Perlembagaan dan juga aspek prosedur. Maka tidak timbul persoalan Perlembagaan dan undang-undang tidak dipatuhi. Apa yang berlaku pada Mac 2008 ialah Nizar menghadap dan memberitahu Sultan bahawa beliau mendapat kepercayaan 31 ADUN. Sultan telah melantik beliau sebagai Menteri Besar dan jawatan itu dipegangnya sehingga beliau hilang kepercayaan tersebut. Apabila BN pula mendapat kepercayaan 31 ADUN, maka Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir telah dilantik sebagai Menteri Besar mengikut kaedah dan peraturan yang sama bagi memenuhi peruntukan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak. Malah Sultan telah berjumpa dan menemu bual semua ADUN Bebas yang secara peribadi memberi pengakuan menyokong BN untuk menerajui kerajaan Perak. Tambahan pula Sultan telah mengambil kira keadaan politik semasa yang mana pilihan raya umum baru diadakan dan telah yakin tentang perlunya penubuhan segera kerajaan baru. Ia bertujuan untuk tidak menangguh dan melewatkan jentera kerajaan berjalan demi kestabilan dan kesejahteraan rakyat. Ini kerana Sultan berkuasa dan bertanggungjawab memastikan negeri Perak dalam aman dan sejahtera. Dalam keadaan itu, Sultan tidak perlu membubarkan DUN walaupun Nizar mengemukakan permintaan itu. Sultan boleh menolak mengikut undang-undang Perak. Ia adalah hak dan kuasa mutlak Sultan. Tidak perlu undi tidak percaya di DUN sebelum pelantikan Menteri Besar baru kerana Nizar sendiri telah menghadap Sultan menyatakan sudah tidak ada kepercayaan untuk dirinya terus menjadi Menteri Besar apabila beliau sendiri memohon membubarkan DUN. Nizar tidak perlu meletak jawatan kerana perbuatan memohon pembubaran DUN itu sendiri dianggap satu peletakan jawatan kerana beliau dengan sendirinya sudah tidak ada mandat untuk berfungsi sekali gus turut menggugurkan jawatan kesemua exconya. Namun Nizar berdegil menyatakan beliau masih Menteri Besar Perak. Sebenarnya daripada sudut undang-undang beliau tidak lagi menjadi Menteri Besar. Zambry kini sah menjadi Menteri Besar Perak. Perintah mahkamah boleh diambil terhadap Nizar kerana melanggar perintah Sultan. Adalah malang apabila kuasa Sultan dicabar. Mengikut undang-undang Perak, Sultan mempunyai enam prerogative dalam Perkara 10 Bahagian ll yang jelas menunjukkan kuasa Sultan dalam isu penghormatan, keadilan, keampunan, agama, adat Melayu dan tanah. Kuasa Sultan jelas dan nyata serta sedia tertulis.
Satu perlembagaan bertulis adalah undang-undang yang sangat jelas dan mudah dilaksanakan berbanding perlembagaan di England yang tidak bertulis dan perlu mengikut konvensyen. Justeru, kita amat mudah untuk melaksanakan semua tindakan dan perintah Sultan.
Sebagai anak negeri Perak saya amat kesal dengan tindak-tanduk Nizar dan segelintir orang Melayu yang tidak menghormati Sultan. Ia dijelaskan dengan insiden di depan Istana Iskandariah, Jumaat lalu. Oleh itu saya rasakan kita perlu mewujudkan satu sekretariat untuk memastikan institusi kesultanan Melayu terus dipelihara dan dipertahankan agar tidak digugat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Sekretariat ini juga akan memastikan kedaulatan serta martabat kesultanan Melayu tidak tercemar dan dipersenda. Selain itu kewibawaan institusi tersebut sebagai pemutus kata dalam hal penubuhan kerajaan serta pelantikan ketua kerajaan berasaskan demokrasi berperlembagaan terus kekal, tidak boleh disangkal dan dipersoalkan.
Penubuhan sekretariat itu juga penting untuk mempertahankan institusi kesultanan Melayu sebagai pelindung hak orang Melayu dan kepentingan semua kaum, menegakkan kesultanan Melayu sebagai penaung dan pelindung agama Islam sebagai agama rasmi negeri dan Persekutuan yang kini dipertikai serta diragui. Ia juga akan berfungsi untuk mengembalikan kepercayaan kepada institusi Sultan sebagai institusi tertinggi negara. Apa yang nyata rakyat Perak perlu faham tentang kedudukan Sultan yang tinggi dan perintah Sultan perlu dipatuhi tanpa dipersoal atau diragui. Kita tidak boleh membawa isu institusi kesultanan ke jalanan.

Sumber : Kamalia Ibrahim

13 ulasan:

Srixon berkata...

betulkah begitu saudara sultan perak bertindak mengikut lunas perlembagaan dan undang2 tubuh negeri perak?, i dont think so saya lagi percaya kepada yb karpal singh pakar peguam yang terbilang di malaysia!

Orang Asli Sabah berkata...

Saya pun bersetuju dgn pendapat Srixon. Belum lagi dimabil kira Najib beli tu Sultan. mana tau kan..

Junid Bin Gunsalam berkata...

hye srixon dan OAS,
jangan tuduh sebarang tuduh.Anwar tu apa kurangnya. asyik berangan-angan nak jadi PM saja. bah korang p ikut karpal la si tua nyanyuk. rakan2 seperjuangan parti pun dilanyak dan di bantai demi mempopularkan diri sendiri. apa lagi musuh politiknya. lagi dibantai. karpal tu hanya peguam biasa saja. yg dimau lawan sultan bekas hakim terbilang dulu. so, sebelum buat kenyataan fikir2 dulu gaman

Tanpa Nama berkata...

Ini bukan soal Anwar. Ini soal Sultan Perak yang bersikap tak ambil kira perasaan orang lain. Kenapa Sultan tiba2 saja memecat Nizar sebagai MB...Saya setuju dengan tindakan Karpal. karpal orang yang pintar dan berpendirian teguh. saya kagum dengan beliau menuntut keadilan. Dia bukan tua nyanyuk tetapi mempunyai jiwa yang gagah yang jarang dimiliki orang lain. Tindakan Karpal adalah berasas dan dibawah pindaan undang2.

Junid Bin Gunsalam berkata...

hye tanpa nama, utk kes diPerak kita harus tau sejarah dan perlembagaan negeri Perak. tidak boleh main bantai saja. memang la kalu main cakap senang saja. tapi bila dalam pertarungan siapa menang sama si raja tembirang atau orang yang berpengetahuan..lihat soalan saya dibawah

Soalan : Mengapa Sultan Perak tidak bersetuju untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri setelah dinasihatkan oleh MB Nizar Jamaluddin?

Jawapan : Seksyen 18 (2) (b) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, memperuntukkan Sultan Perak mempunyai kuasa-kuasa tertentu seperti berikut: Sultan boleh bertindak menurut budi bicaranya untuk tidak mempersetujui permintaan bagi membubarkan DUN.

faham sudah kawan..

Srixon berkata...

hai saudara Kusai Tandek, yab datuk ir. nazir tersebut ko ingat tidak berpendidikan kah? kalau tidak silap dia seorang jurutera, disebabkan dia tahu undang2 lah dia tidak mahu melepaskan jawatannya yang di rampas oleh Najis Rojak bukan mcm yb. datuk pairin yang penakut! alasan pairin mau tgk keadaan rakyat di sabah masa itu aman dan damai atau berbillion RM sdh masuk di poket dia, so kalau betul lah yab datuk ir. nizar tahu yang dia akan kalah juga kalau perkara tersbut di bawa ke mahkamah di mana dia mau letakkan muka dia? saya rasa yab. datuk ir. nazir berani kerana benar, untuk ringkasnya kita tunggulah nanti apa keputusan hakim itu pun kalau tidak di beli oleh pemimpin BN - Barisan Najis!

Junid Bin Gunsalam berkata...

hhhehee srixon,
nizar tu raja pak turut. nama je MB, tp tiada kuasa. DAP ckp itu ini nizar ikut je. Anwar ckp lawan sultan ikut je. memang nizar itu raja pak turut. Presiden PAS ckp cukup la nizar. tp mau berkeras juga. siapa dalang? anwar la suruh...DAP pun ikut ckp. kununnya tolong Nizar tapi ada kepentingan peribadi yang dikejar iaitu menjaga kepentingan cina.

Srixon berkata...

bah ada sdh sejarah bah saudara itulah sebabnya yab. datuk ir. nizar tidak mau letak jawatan, dulu bekas menteri besar bapa tajol rosli pernah juga di minta oleh sultan letak jawatan tapi dia tidak mau, untuk keterangan lanjut ko bacalah di artikel bloggers yang tidak memihak mana2 parti politik, dan sila baca artikel anak sulan perak yang bongsu perempuan terkaya di malaysia mempunyai eset RM1 billion dan salah satu syarikat dia ialah Gamuda yang mendapat projek membina jalanraya sebelah tawau yang mana datuk kong hong ming telah melaporkan kepada BPR tapi sehingga ke hari ini tiada tindakan, salah satu sebabnya pihak istana tidak menyebelahi pihak Pakatan Rakyat disebabkan perkara tersebut di atas.

Junid Bin Gunsalam berkata...

hye..srixon
buktikan tuduhan saudara..jangan percaya sangat lah dengan bloggers ni. baik ko p di perak dlu bogia

Najis Rojak berkata...

ini bukan tipu bah saudara, datuk kong hong ming suka2 kah buat laporan kepada BPR kalau tiada bukti yang kukuh, saudara jgn terlampau PRO sama org KL tu bah we are Sabah For Sabahan,

Junid Bin Gunsalam berkata...

hye srixon
ko cakap we sabah for sabahan. jadi ko sokong betul anwar buat apa? ko fikir anwar itu org dusun ka? lain kali tulis, biar berpijak dibumi yang nyata

Najis Rojak berkata...

jgn terus menerus taling sya bah saudara mcm tu kah kalau tompinai? -:)

Junid Bin Gunsalam berkata...

hye srixon..
bukan taling bah tu..sisik tapuk saja. hehehuhuhu

saja bagi pendapat bogia. bila srixon belanja minum2 ni?