Sabtu, Februari 21, 2009

AKU NAK JADI PEMIMPIN DAN YB UNTUK MAJUKAN KAWASAN SAYA : SATU REALITI ATAU KEPALSUAN?

Kusai Tandek tergerak melontarkan hujah mengatakan bahawa "Aku Mahu Jadi YB untuk Majukan Kawasan Saya". Adakah ini satu realiti atau kepalsuan. Bukan apa hasil pembacaan buku-buku politik lama, sentiasa ada komen-komen dari pembangkang yang mengatakan bahwa YB itu tidak membawa pembangunan dan kemajuan kawasan yang diwakili. 1. YB itu perlu ditukar sebab dia bukan penduduk sejati kawasan itu 2. YB itu hanya penting diri sendiri. 3.YB itu hanya membantu kroninya sahaja dan kawasan yang diwakilinya terus mundur/miskin 4. YB itu ndak pandai buat kerja. semua kenyatan ini juga tidak terkecuali berkumandang dikawasan saya.
Tetapi yang menghairankan ialah empat ungkapan diatas seringkali diperkatakan puluhan tahun yang lalu. Ia diucapkan banyak kali terutamanya menjelang pilihanraya. ini bererti kata-kata pemimpin baru itupun ada memakan diri sendiri. Adakah empat ungkapan diatas sekadar dijadikan batu loncatan untuk mempromosikan diri dan seterusnya dipilih YB yang baru dikawasan tersebut? Atau adakah empat ungkapan ini masih lagi berbisa untuk dijadikan umpan melenyapkan pengaruh YB lama? Mungkinkah ini lah cara terakhir untuk menonjolkan diri pemimpin baru walhal pemimpin lama masih lagi yang terbaik? sejauh mana ungkapan ini menjadi igauan YB lama? Inilah persoalan-persoalan yang ingin dibongkarkan oleh Kusai Tandek.

22 ulasan:

kamal... berkata...

salam junid,nampanya saya dah ketingalan 2 sesi blog awak..tp jng risau kawan2 yg lain sentiasa ada copy and pase kirim kan kepada dan sebarkan melalui email tetang blog anda..kalau tak sempat buka blog anda d email pasti akan d baca sebab kawan2 yg lain ada sebarkan..ini lah cara kami bertukar2 pandangan dan maklumat..hehheeh oh ya tandek c justin dan kawan2 lain tu memang geng2 kita tu cuma kawan2 ni tak ada nama blog nanti ada masa dia org akan buka juga tu nanti..

NONG berkata...

Salam Junid..
Rasanya bukan tiada anak jati Tandek yang berani memikul tanggungjawab itu sejak dari dulu tetapi persoalannya, kenapa YB kita yang juga merupakan individu yang menjadi penentu kepada siapa yang harus jadi calon tidak berbuat demikian?
Sepatutnya, jangan tunggu masa untuk 'digulingkan' baru memberi peluang kepada orang lain..

KiLaU PoDoS berkata...

kamu tidak kenalkah sepa tu yb. datuk dr. maximus j. ongkili ? senang2 saja dia kasih susun org2 Dusun Kimaragang tabur RM saja sdh lupa diri mcm tu Dusun Sonsogon juga bikin malu saja -:)

Tanpa Nama berkata...

tolong yerrr jng d nilai sembarang bangsa org dng RM,apa kau ingat dusun ni sakai duit kah..atuuk koiii komen tu biar pikir2 sikit..org mcm kilau podos ni ntah berapa byk temakan gula2 pembangkang..saya tahu org mcm kau ni memang target meracun otk org saja, apa ingat dusun ni ndak ada duit mehhhh..

Junid Bin Gunsalam berkata...

hey kamal...ndak apa bah..
yang penting ada juga ko masuk dan beri komen...komen tn amat diperlukan...heheheh

Junid Bin Gunsalam berkata...

hey..nong..
sy sangat beretuju pendapat ko, tapi saya berpegang kepada satu prinsip iaitu "segala sesuatu ada waktunya juga". untuk menjadi pemimpin kita harus sabar dan tabah. lagi satu seorang pemimpin yang baik, harus terlebih dahulu menjadi pengikut yang baik. segala pemimpin yang ada boleh bekerja, apa salahnya kita kerja saja. kalau ada rezeki ada juga tu. tiada lari gunung dikejar juga. yang penting kita tunjukkan komitmen yang tinggi. hehehehe

Junid Bin Gunsalam berkata...

hye kilau podos,

ko tidak boleh tuduh sebarang tuduh. Dr. Maximus tidak seburuk seperti yang saudara sangkakan. sy tau lah ko tidak suka dia. tapi ko harus ingat satu ketika dulu ko juga penyokong kuat datuk Max. akibat tiada pendirian politik ko, ko ndak suka dia. sy fikir datuk max tidak lah seteruk apa yang ko tuduh. ko bukan org dusun. macam mana ko tau. sy org dusun tiada pula terasa terancam. memang dlm politik, ada saja kita tidak puashati....bila tidak puashati demi kepentingan peribadi, mula lah tuduh yang bukan2..tq

Junid Bin Gunsalam berkata...

hye tanpa nama,

sy sangat setuju pendapat ko...heheheh..teruskan bagi komen.
ko ni orang mana?

NONG berkata...

Hai Junid...
Ya..saya setuju dengan ulasan ko tu.Segala sesuatu itu pasti ada waktunya juga namun sampai bila kalau kita berusaha untuk mendapatkanya.Peluang tidak akan datang berkali-kali.Justeru selagi ada peluang ambillah dengan sebaiknya.
Untuk menunggu sebenarnya kita boleh.Kalau tidak sabar, dari dulu lagi memang orang2 kita sudah 'merampas kuasa'. Jangan sampai kepercayaan rakyat terhadap parti merundun jatuh baru bertindak sesuai dengan waktu.

Junid..'Tidak lari gunung dikejar'..hehehe
itu gunung memang tidak lari kecuali ditarah untuk pembangunan. Jadi gunung tak perlu kita kejar.Buang karan..Yang penting kita ajukan sesuatu yang bernas bukan untuk diri sendiri sebenarnya tetapi untuk pemimpin kita juga kalau mereka ambil positif dari setiap apa yang kita luahkan.
Mereka yang meluahkan rasa hati sebenarnya bukan membenci pemimpin sebaliknya sayang jika pemimpin kita seperti 'terLUPA' untuk sejenak..

SURINIT berkata...

segala sesuatu itu pasti ada waktunya... mengajuk pula saya ni... hehehe... memanglah... tapi kalau begitulah selalunya... sasambatan bilang " matai e ko kosusuli".

susah jg mo mengulas lebih lanjut ni sb saya kurang mengikuti isu politik. Tapi soal pembangunan d km saya tinguk terlalu sedikit yg berubah sejak lebih 10 tahun dulu. D kg saya, kunun d naik taraf jalannya dan letak tar segala, tapi dalam 5 tahun perancangan, tidak sampai 5 kilo meter yg menjadi tarnya...

D mana silapnya??? ah.. mungkin sb byk karabau tampat kami kali tu turus sayang mo turap jalan dgn tar.... pembangunan lain d kg saya pun bulum saya nampak dgn ketara.

Junid Bin Gunsalam berkata...

hye..nong
tq kerana bagi pendapat yang bernas dlm blog sy..memang sy setuju dengan hujah ko..tapi untuk mengetengahkan pemimpin tulen kmarudu dan mempunyai kuasa dan dan boleh merubah kmarudu harus mengikuti saluran yang betul dan mempunyai hubungan baik dengan pemimpin atasan di peringkat nasional. menjadi pemimpin dengan cara merampas kuasa adalah bukan cara yang betul. kalau setakat menjadi YB sahaja, itu tidak mungkin dapat merubah keadaan Kmarudu. apa yang paling penting kmarudu dapat melahirkan pemimpin bersifak persekutuan iaitu dapat jawatan penting dlm negeri dan persekutuan. kalau setakat YB biasa saja Kmarudu tetap yang lama. YB itu asyik menambahkan kantung sendiri sahaja. tau la kan politik datang dan pergi. jadi kalu ada kesempatan apa. lagi..so, kita harus melahirkan pemimpin berjiwa kebangsaan...

Little Mike berkata...

4 ungkapan berulang itu tandanya ada sesuatu yang tidak kena dengan kawasan pilihanraya.. Pemimpin lama pergi dan pemimpin baru datang.. ungkapan sama berulang... kenapa ya? pasti ada sesuatu yang tidak selesai di dalam perjuangan politik pemimpin tersebut.

tidak hairan kenapa ungkapan itu timbul. Bezanya ialah bagaimana ungkapan itu direalisasikan melalui tata kerja yg betul..

saya ingin bertanya "Adakah ungkapan ini juga Dr. Max ulang semasa mula2 menjinakkan diri dengan politik kawasan Tandek?"

Terima kasih saudara kerana terus mengingatkan kita akan ungkapan ini... bila lagi ungkapan ini 'dperbaharui dan diperkemaskan dan disudahkan dengan tata kerja yag beretika?"

bagi saya jadi YB biasa pun buli memakbulkan harapan orang kampung melihat kemajuan berlangsung secara sistematik.. Satu persatu... kalau rancang sekaligus, pening kepala. hehe

RumbiaMasolog berkata...

Salam tuan..
apabila diperhatikan dan disiasat latarbelakang...mmg tidak heran tuan sangat menyanjungi Datuk Max.. kerana besar sekali jasa yg Datuk telah hulurkan kepada tuan. (maaf klu sya silap..) Dan bukan tuan sahaja tetapi ramai lagi termasuk keluarga saya juga. Tetapi saya mempunyai pendapat peribadi yg sedikit berlainan...

Tuan mengatakan pemimpin harus mempunyai hubungan yg baik dengan kerajaan persekutuan, mempunyai jawatan di peringkat persekutuan supaya senang mendapat peruntukan dan sebagainya.. Betul kah?.. kalau betul tunjukkan pada kami rakyat kota marudu bukitnya? Paling mudah lihat Pekan KM... ada apa2 yg boleh dibanggakan? Apa yg saya nampak... 20 tahun lepas tidak jauh bezanya dgn skrg. Parit yg dipenuhi rumput, longkang yg tersumbat dan berbau busuk, jalan yg sempit berlubang-lubang, lanscap yg tidak pernah terurus, bangunan usang, kawasan pasar tani yg kotor dan banyak lagi. Itu baru pekan KM, belum pekan Tandek dan seluruh kg lagi.

Kalau diberi pilihan pemimpin (YB) yg mempunyai hubung baik dgn pemimpin pusat dan berstatus Menteri dengan pemimpin yg mempunyai hubung baik dgn rakyat dan berstatus memperjuangkan nasib rakyat... apa pilihan kita? Saya yg kedua....

Junid Bin Gunsalam berkata...

hye surinit, little mike n rumbia masolog..

sy sangat bersetuju dengan pendapat kamu bertiga. dan terima kasih juga kerana memberi pandangan dan idea yang bernas didalam blog sy. tapi...tetapi isu2yang kita bincangkan sangat abstrak. sebabnya untuk membuktikan kebenaran isu yang dibincangkan ini sukar untuk mencari fakta. sebabnya, ini merupakan isu kepolitikan negara kita. apa tidaknya isu-isu pembangunan adalah satu isu yang dominan dan sering kali menjadi bahan kempen politik sama ada pembangkang atau kerajaan. dan isu pembangunan ini sebenarnya merupakn isu berulang dan sentiasa berulang lagi dari tahun ke tahun. YB saling berganti puluhan tahun yang lalu tetapi nampaknya isu pembangunan dan kemiskinan tetap menjadi ramuan kempen yang masi berlegar-legar. sy bependapat bahawa, siapapun YB atau kita diwakili Perdana Menteri sekalipun, tetapi isu2 pembangunan tetap merupakan satu senjata sulit mempengaruhi pengundi. dimana silapnya? apakah isu pembangunan ini terlalu senang diucapkan? renungkan....

Little Mike berkata...

isu pembangunan saya lihat bukan semata-mata dari sudut pertanyaan seolah-olah isu pembangunan terlalu 'senang diucapkan'. Saya melihat ada ekspresi yang mudah 'tumpah' atas sebab-sebab tertentu akibat kehilangan pencarian jati diri KM. politik itu mudah. Manusia menjadikannya politik itu abstrak seolah-olah kalau menjadi 'ejen' pengantara, mesejnya ialah Bukan MUDAH.

Cuma apa yang pasti orang politik lebih nampak dn 'dipermudahkan' oleh material yang menyenangkan dirinya pula. Saya tidak khususkan Dr. Max tetapi kepada golongan ahli politik rakus. Apakah ini membawa mesej politik itu perlukan kesabaran kerana ia SUKAR atau satu cara 'pengabaian' tanggungjawab supaya lebih banyak masa untuk urusan-urusan MUDAH yang tidak berkaitan dengan kepentingasn rakyat?

Tidak hairan la kalau Datuk Paninsi boleh berkata kalau anda bukan YB tidak mengapa la. Saya tidak berurusan dengan BILIS. (Sila lihat komen beliau di www.taipingmali.blogspot.com di bawah entry - INGATAN KEPADA TAIPINGMALI)...

maknanya kalau setakat orang biasa aka orang kampung, mereka ini seperti BILIS sahaja... suara mereka tidak perlu didengarpun... Atau Datuk Paninsi ada sebab lain untuk berkata demikian? (Usahlah mendeskripsikan orang dengan konotasi begitu)

Little Mike berkata...

bukan di bawah tajuk INGATAN UNTUK TAIPING MALI pula tu... di bawah entry UNTUK DATUK PENINSI...

Junid Bin Gunsalam berkata...

tq mike...

sy setuju pandangan ko...teruskan memberi pandangan yang brnas untuk memberi kesedaran anak bangsa kita

ison berkata...

Realiti atau palsu, pemimpin itu sendirilah yang tentukan. Rakyat cuma mahu tahu sudah ada pembangunankah tiada?

TULUN KIMARAGANG berkata...

Sebenarnya YB Dr.Max bukan tidak boleh bekerja.Saya kenal beliau sejak belum menjadi YB N.6 Langkon.Apabila Bugie Galadam tidak tersenarai menjadi calon untuk N.6 Langkon...ramai individu2 yang melobi untuk jadi calon tetapi pihak atasan PBS memilih Dr.Max dan ini dipersetujui oleh AMT2 kerana mereka tahu Dr.Max boleh bekerja.

Tetapi masalah besar ialah ramai "KAKI-KAKI PENGAMPU" yang mengelilingi YB Dr.Max dan kaki2 pengampu inilah yang sering memberi info yg tidak benar kepada Dr.Max.Saya rasa inilah masalah besar dan malapetaka akan melanda besar Dr.Max sekiranya beliau terus percaya dengan kaki2 pengampu ini.

Sekadar info..sya berkawan dgn press secretary Huguan Siou iaitu Francis Au..jadi sia dapat lah info sikit2 mengenai berita PBS yg org lain mungkin tidak mengetahuinya.

NONG berkata...

Saya setuju benar dengan ulasan ko ni TK..
Inilah sebenarnya yang menyebabkan kepada kejatuhan seseorang pemimpin tidak kira di peringkat mana pun...
YB harus mengambil berat tentang masalah ini.Jangan benarkan apa yang pernah berlaku pada Mendiang YB Datuk Saibul Supu anak watan Tandek dulu berulang.Yang rugi bukan orang lain tapi kita ni Warga Tandek!!!!...

Little Mike berkata...

Saya juga sering berkesempatan berbicara dengan setiausaha akhbar kepada Dtauk Pairin. lagi pun dia tu bukan siapa2.. tokow e tokow... Ada juga info yg dia bagitau setiap kali kami ada berjumpa di KL contohnya kaamatan peringkat KL... dia melihat PBS sekarang juga struggle jika tidak kembali kepada perjuangan masa mula2 dulu... itu yg rakyat mau..

BERSUARA demi kebaikan...

liposuh berkata...

Salam Perkenalan..

Satu Isu yang menarik perhatian saya!

Pada hemat saya, isu yang dibincangkan ini tidaklah sesukar untuk mencari fakta. Sebabnya, ini bukanlah isu politik negara kita sebaliknya tanggungjawab pemerintah.

Apa tidaknya isu-isu pembangunan adalah satu isu yang dominan dan sering kali menjadi bahan kempen politik khususnya kerajaan dan isu pembangunan ini sebenarnya merupakan isu berulang dan sentiasa berulang lagi dari tahun ke tahun.

Yang peliknya kerajaan tidak pernah berubah untuk membawa perubahan pembangunan walaupun menifestonya asyik pembangunan saja... Apa yang dibangun sebenarnya? Tentu sdr. Junid mengetahuinya kan..?

Pada persepsi saya, yang silapnya bukannya pada sesiapa tetapi pada kerajaan itu sendiri sebab sudah 50 tahun memerintah tetapi perubahan apa yang di bawa khususnya di KM? Alasan saja pembangunan tapi sebaliknya yang berlaku...

Kalau susah benar bangunkan negara apatah lagi KM, bagus hilangkan saya parti yang tak bertanggungjawab ini!