Khamis, Februari 19, 2009

ISU PANAS : BERSALAHKAH KERAJAAN?

Dalam kesempatan ini, hasil pembacaan pelbagai sumber media, rata-rata Kusai Tandek mendapati Parti Pembangkang menuduh kerajaan BN tentang isu PANAS yang berlegar-legar dalam landskap politik negara. Kusai Tandek merasakan Pakatan Pembangkang seakan-akan "membaling batu sembunyi tangan". Tidak berani mendedahkan apa yang berlaku sebenarnya. SEPANJANG Februari ini 2009, kontroversi tiga isu moral melibatkan wakil-wakil rakyat pakatan pembangkang PR hangat diperkatakan disana sini. Katak Lompat, menderhaka kepada raja dan skandal seks di kalangan wakil rakyat pembangkang menyebabkan tumpuan terarah kepada pakatan itu sepanjang bulan ini. Bagi sesetengah pihak, kegawatan dalam pakatan itu adalah "hiburan politik" semata-mata dan dibaca sebagai lumrah. Tetapi pihak yang lain menganggap ia memualkan. Kenapa isu-isu tersebut menjadi kontroversi bukan lagi sesuatu yang menarik dibincangkan. Sebaliknya, apa yang dipersoalkan ialah cara pimpinan pakatan itu mendepani isu-isu moral. Bila isu moral dibongkar satu persatu, para pemimpin pakatan rakyat terus menuding kepada kerajaan BN yang kononnya BN telah mencaturkan semua ini. Senag saja Pembangkang tuduh-tuduh sebarang bukti. memanglah apa-apa senang saja diluahkan melalui mulut. apapun kita boleh cakap. tapi kalau berani buktikan tuduhan tersebut. ini menunjukkan lagak dan sikap mereka bagai terlalu sukar menerima hakikat. Strategi mereka terang-terang defensif keterlaluan, tidak rasional dan kadang-kadang di luar batasan semata-mata mahu mengalih tumpuan atau mencuri simpati rakyat agar rakyat menyokong perjuangan mereka. konon-kononnya merekalah yang terbaik. Yang peliknya, Barisan Nasional (BN) terus-terusan dijadikan sasaran. Pemimpin BN dituduh merancang konspirasi jahat menjatuhkan wakil-wakil rakyat pembangkang menerusi pendedahan skandal demi skandal.
Yang terbaru, kes gambar bogel Exco kerajaan negeri Selangor, Elizabeth Wong dari Parti Keadilan Rakyat (PKR). Sepantas kilat BN dituduh dalang menjatuhkannya. Begitu juga ketika peletakan jawatan wakil rakyat Bukit Selambau dari PKR, V. Arumugam, yang dikaitkan dengan skandal seks. BN turut dituduh terlibat menjatuhkannya. Dalam kes Elizabeth, penasihat PKR, Anwar Ibrahim membuat kesimpulan, BN yang merangka pelan konspirasi jahat terhadap Elizabeth dan pakatan pembangkang. "Ada satu corak serangan melanda wakil rakyat pembangkang di Perak, Kedah dan Selangor. Cara ini kerja keji dan jahat," kata Anwar. Pemimpin pembangkang terus menutup salah mereka. Inikah cermin sebenarnya pakatan rakyat yang menyembunyikan dosa orang. Dimana suara parti PAS dalam memperjuangkan sebuah negara islam. Adakah PAS sudah hilang perjuangan parti dan sanggup berkompromi dengan DAP dan Anwar. Kalau pun gambar bogel Elizabeth didakwa diambil oleh kekasihnya ketika tidur tanpa kebenarannya betul. Adakah PAS dan Anwar (seorang Islam) menghalalkan perkara ini. Bukankah satu kesalahan jika sepasang lelaki dan perempuan bersama-sama dalam bilik apatah lagi tanpa pakaian. Apakah ini dibolehkan dalam Pakatan Pembangkang? Setahu penulis semua agama iaitu Islam, Kristian, Buddha, Hindu, Sikh dan sebagainya melarang umatnya bersama-sama dalam keadaan bogel di bilik tanpa adanya ikatanyang sah. Apatah lagi diwar-warkan bahwa teman lelaki Cik Elizabeth adalah seorang muslim dan juga merupakan ahli PKR (diakui sendiri oleh Azmin Ali-Naib Presiden PKR). Aakah semua ini Pakatan Pembangkang menghalalkan perbuatan keji Cik Eli. Terang-terang saudara Anwar membela Cik Eli agar tidak meletak jawatan dan bercuti sahaja. ini membukti Anwar berkompromi perkara ini.
Kalau wakil rakyat BN berdepan kes-kes moral, mereka tidak kata itu konspirasi sebaliknya mendesak pemimpin itu meletak jawatan. Dalam kes video adegan seks bekas Menteri Kesihatan, Chua Soi Lek misalnya, pemimpin DAP, Lim Kit Siang dan Ketua Penerangan Pas, Mahfuz Omar senada menganggap ia memalukan dan meminta polis melakukan siasatan secara menyeluruh. Tetapi dalam kes Elizabeth, ia tidak dilihat daripada unsur moral wakil rakyat itu tetapi niat jahat kerajaan. Jelaslah PAS sudah hilang identiti parti kerana dikaburi oleh kuasa, pangkat dan wang. Istilah konspirasi menjadi popular apabila Anwar menggunakan strategi mengalih tumpuan umum - iaitu menuduh wujud konspirasi jahat BN - bermula pada 1997 ketika beliau berdepan tuduhan liwat. Sehingga ini, sebarang kes moral melibatkan pemimpin atau wakil rakyat pembangkang disebut sebagai konspirasi BN.
Harus diingat, sebelum beliau didakwa atas tuduhan liwat, BN sudah diserang habis-habisan oleh pembangkang (DAP dan PAS- belum wujud PKR). Ketika itu mereka minta kerajaan siasat seorang pemimpin kanannya yang terlibat kes seks luar tabii. Tetapi apabila Anwar dipecat daripada kerajaan, pembangkang ikut rentak Anwar mengatakan tuduhan dihadapinya suatu konspirasi BN. Tuduhan bahawa BN merancang konspirasi menjatuhkan Anwar sekali lagi dicanang apabila beliau berdepan kes liwat terbaru, tahun lalu. Baru-baru ini, apabila BN membentuk kerajaan negeri di Perak, pembangkang menuduh BN tidak bermoral kerana menarik wakil-wakil rakyat pakatan itu untuk lompat parti. Sedangkan, sejak pilihan raya umum lalu, Anwar yang memulakan 'kempen lompat parti' dengan membeli 30 ahli parlimen BN dan menjaja ke mana-mana kononnya beliau akan berjaya menarik wakil-wakil rakyat BN untuk pembentukan Kerajaan Pusat baru pada 16 September 2008. Sanggup menghantar Tian Chua - ketua penerangan PKR ke Taiwan untuk berunding dengan ahli parlimen BN.
Apabila Sultan Azlan Shah membenarkan pembentukan kerajaan BN dan melantik Menteri Besar Perak baru, mereka saman Sultan dan sanggup jadi penderhaka. Sedangkan dalam perlembagaan Sultan adalah kuasa budibicara membubarkan DUN atau Tidak mengikut kesesuaian. Inilah potret lama politik pakatan pembangkang di bawah dominasi Anwar, mereka tidak berubah. Semua salah laku dan kejengkelan jika berlaku kepada pemimpin BN akan dianggap sebagai "haram serta kotor" tetapi ia menjadi "halal" jika membabitkan pembangkang. Dimana silapnya.........renungkan

22 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

org inanam menulis lagi:

tu lah namanya anuar keling,keturunan keling bah tu tandek semua blh yg negetif blh jadi positif bah kalau becakap..habis semua d salahkan.itu lah ini lah semua salah bg dia..nah kau meyumpah org2 BN sama dia kebalikan bah sudah dia ini..kalau dia siar gambar2 yg negetif blh pula kan..tapi asal ada tekena dia pula aduhhhh dia hantam balik pula sama org...paluiiiiii betul.

Tanpa Nama berkata...

wakawkkakkwkaka

anuar mulau....

KiLaU PoDoS berkata...

Anwar keling? darimana juga ko tau nie saudara? oppppppppssssssss nah now sya tau sdh may be kawan ko berGAY bah tu kan nah ilang sdh perawan jubur ko tu -:)

Tanpa Nama berkata...

pang5kimanis>>>

tandek ini anuar byk putar alam bah kawan..harus d ingat kan bahawa dia byk sudah buat salah sama parti2 d malaysia tdk kira parti kawan dia sendiri kah atau parti lawan dia kah mana dia peduli dia ni mcm org lemas bah tandek ,kau tau kah tandek org lemas ni mcm mana bila dia dlm air ndak blh benafas dia akan tekan org yg datang selamatkan dia tdk kira sapa yg datang atau dekat dia maka org tu akan d tekan balik supaya dia selamat dan dapat bernafas kembali..(tekan org supaya dia dapat naik bernafas) nah begitu lah c anuar..

Tanpa Nama berkata...

kiulu guy::::


aik duluan kamu org masuk ahhhh dari saya..hihiiihi lambat sia komen ni..ya saya setuju sama org yg ckp tu dia org lemas bah ni..kalau org sini ckp NOLONDOT..

saya bukan tdk suka sama anuar bah tapi dia sudah bayak kali kasi rosak parti org..tapuk2 pg jumpa ahli parti lah lepas tu pujuk bhgian pemuda yg darah panas ni lepas tu kasi api2 org itu yg tdk sia suka sama ini org..kerja dia kasi rosak parti saja..tengok lah suatu hari nanti pas blh hancur punah berbelah dan berpecah pasal ini org oooo...tarang-tarang sudah dia skg sudah kena cium oleh c karpal setiap pergerakan dia dia tu mau kasi pecah DAP..kenapa lah dia p guna c lim kit siang sama anaknya cari pengaruh? kenapa dia tdk guna saja c karpal dan anak dia ? heran kan..nasib c karpal awal2 sudah cium ini pergerakan..nah kena warning lah c lim dan anak dia..itu hari sisip sisip kunun dia mau masuk sabah cari pengaruh..last kena tendang c kawan yg dia dapat kasi hancur SAPP saja..tp ok juga lah c yong ni blh tahan dia juga tdk temakan ckp c nuar bulat2..cukup sekali dia sudah kena oleh anuar dulu...eeeeee palis2 lah kena sama komponen lain...

d hantar dari stabak tepi sungai kiulu lg<<<<<<<

justin berkata...

adeiiiiiii ini kah blog org sabah tu ahhhhh..

ala ging c anuar tu mana pernah betul ndak abis2 bah ni org kasi salah terus kerajaan..mana ada dia nampak kebaikan org..yg dia nampak d mata dia keburukan saja bah..sikit2 tunjuk kerajaan salah sikit2 tunjuk kerajaan BN salah..kerajaan dia saja betul tu..nah kau mana sudah org pas itu mau guna hukum hudud skg kau pg lah sula boyfriends c elizibet wong tu..kan dia islam ko sula lah dia...beranikah tdk..?

bukit cocol menaip kadi....

Orang Asli Sabah berkata...

Jika kita melungsuri (bukan langsuyor tawww) blog milik rakan cina kita. Banyak post dibuka khusus utk kisah YB Eli Wong. Dan jika anda membaca komen komen diberi dalam post tu , boleh dikatakan kebanyakan rakan cina kita especially young generation , mempunyai tanggapan buruk terhadap BN. Bahkan beberapa komen diberi juga menyentuh Bladerrr Toyol kita. Entah laaaa , tampak tragedi YB Eli Wong ni bakal memberi impact buruk kepada BN , UMNO dan Toyol sundiri , tak kira apa yang berlaku sebenar.


Yup kita tak pasti apa yang berlaku , tapi yang nyata berdasarkan gambar tu , gambar tu tak sewajar dikategori sebagai gambar bogel. Adalah malang jika saudara kita jika perempuan disnapshot sewaktu tidur tanpa keizinan beliau dari sudut yang sama spt yang terjadi kepada Yb Eli Wong , dan mahukah kita gembira gambar tu digembar gembur sebagai gambar bogel saudara pompuan kita tu? Sedangkan gambar tersebut diambil tanpa kerelaan atau disedari.

P/s - Kenapa laaaa dalam media perdana , tak henti henti perkataan "gambar bogel" atau "separuh bogel" diguna. Tukarlaaaah term tu kepada gambar curi kaaa , gambar candid kaaa. Bukan apa jika media perdana terus begini , yang bakal susah ialah BN , bukan PR

Tanpa Nama berkata...

brooo..ini kes dia punya parti brooo abis semua dia kasi palit-palit brooo..itu lah salah ini lah salah..kalau semua salah maka dia saja lah betul kan..mangkali dia ni malaikat kunun ndak penah silap dlm dunia? ada kah c pairin kasi salah c anuar masa apa nama tu yg ahli pbs tamparuli tu yg mendesak pairin turun dari jadi presiden PBS.lupa aku nama c tukang celupar tu..ndak pemes tapi pura2 mau jadi pemes...mcm c tai2 saja.mana pernah kan..masa chua solek kedapatan ehemm ehem ada kah c badawi kunun ckp c anuar punya kerja? talingung bah c anuar ni bah kan.....tombirang saja lebih..mana lah kunun yg 28 yb mau pindah sama dia? kalau dia dekat2 sini petagas kah atau putatan kah sudah sia teriak tuuuu...ndak malu salah parti sendiri mau lagi tunjuk2 sama org lain...

Tanpa Nama berkata...

kepada bloger nick org asli d atas, saya hormati pandangan anda!! ada betul ada juga yg kureng tepat..tapi hakikatnya wahai kawan ku, c eli ni dah mengaku gambar dia d ambil oleh kekasihnya sendiri..maka secara lojiknya mana2 agama tak memberi restu sesorang tu bersekedudukan sekiranya tak ada ikatan langsung..saya ulangi yaaaa (eli sendiri telah berkata gambar dia telah d ambil oleh bf dia) apa makna c kawan berdua-duan dlm bilik tu..harus juga d ingat d khabarkan bf dia juga merupakan org muslim wahai kawan..dan c eli sebenarnya tak perlu malu atau undur diri dan dia sepatutnya melawan sekiranya betul dia telah d ceroboh dan d ambil curi2 gambarnya..betul kah tdk?dan kes ini terjadi dari tahun lalu lagi masa yg cukup lama sudah bg dia...kenapa dia tak laporkan saja pada polis dari tahun lalu lagi yg dia d ceroboh..sepatutnya dia dah buat laporan sebelum gambar ini d sebarkan...betul kah tdk? yg jadi muskil yb eli tahu perkara ini dan gambar ini telah d ambil tahun lalu lagi maka dia tahu siapa yg ambil gambar itu..kenapa tdk saman saja c tukang ambil gambar itu? saya ulangi sekali lagi KENAPA TDK SAMAN SAJA c tukang gambar biadap itu. sebagai yb perilaku mcm ni harus d tegah terutama dlm mewakili sesuatu parti lagi...saya akui turut simpati kepada yb eli teramat simpati dng dia..andai kata saya utamakan simpati saya ini pada dia,malahan melebihi soal maruah..maka senang2 saja yb lain buat kerja mencemar imej lepas tu buat muka kesian untuk dapatkan simpati org maka hilang lah sudah kesalahan itu dek simpati kita...saya tahu org2 cina atau org dari kaum lain pun akan ckp ini kerja salah menggangu peribadi org lain...malahan saya sendiri pun tdk setuju ambil ambil gambar org ni kacau hak org tu namanya..dlm bab privet mcm ni pula saya amat setuju dng org asli sabah mana blh kacau2 hal peribadi org kan..cuma yg silapnya cuma kes ini dah tersebar mcm mana pandangan org juga kan...yg patut kita salahkan c tukang ambik gambar ni cilakaaaa betulll..

maka bagi saya yb eli juga patut bertanggung jawab dlm hal ini,sepatutnya dia tahu makan maka dia tahu juga simpan dan ingat pokok tak akan goyang kalau tak ada angin..saya tak sokong maksiat cuma dari sudut positif itu lah hakikatnya..dan kepada ketua pembangkang jng terus2 ambik jalan sotcut terus tuduh BN..pastikan dulu sebelum ckp jng ludah org muka sendiri tekena..BN juga kena matang dlm hal ini jng terlalu obses dlm penilaian ini,kan ini hal dalaman PKR.biar mereka selesaikan...apa yg perlu BN lakukan pertahan saja diri sekiranya mereka menuduh anda..jng melebih besarkan hal ini pula cukup dan memadai itu saja yg anda lakukan..yg perlu BN buat tengok dan lihat jng tokok tambah cerita pula..itu salah namnaya (saya ulangi ya kepada BN jng campur hal org ok paham!!!!)mcm mana tandek u setuju tak? atau u ada pandangan sendiri..

sepitang menaip...

Tanpa Nama berkata...

salam bloger kusai tandek..
bagi saya pula berpandangan bahawa anuar memang bijak dlm mencipta persepsi negetif dlm corak politiknya...

mesti selepas ini maka satu malaysia akan d canangkan atau d laungkan yg barisan nasional ni teruk dan kurang ajar atau macam2 lah..saya cukup teliti dng cara politik anuar ni tandek..selepas ini juga maka kebencian org dan kaum2 lain makin menebal terhadap BN terutama umnno..anuar juga bijak dlm mencaturkan halatuju politiknya,saya tak dapat nafikan yg kaum lain akan makin hari makin membenci dan terus membeci kepada BN dlm politik game anuar ini..malahan simpati dan rasa kasian rakyat juga mampu d manipulasikan untuk meraih sokongan mereka..adakah yb eli merupakan kambing hitam PKR? TIADA siapa yg tahu perkara ini..bayangkan perkara negetif mcm kes YB eli ini blh d pulasikan menjadi perkara baik...cuba tandek ambik tinjaun rambang kepada kaum2 lain atau cina lah terutamanya pasti mereka akan ckp kesian yb eli ini? tak kurang juga akan berckp dia ni mangsa politk jerrr..tapi cuba tandek ambik tinjauan pula kes yb chua solek pasti akan lain pandagan mereka,sebab yb chua solek dari parti BN..
BN kena pintar atasi isu sdemikin rupa..adakah lepas ini BN juga akan bermain isu kesian dengan rakyat? oh tdk sama sekali org yg bijak akan mampu menilai perkara sedemikian rupa..apa yg pasti skg adalah kes yb eli merupakan dan jelas2 sekali isu dlm PKR sendiri..cuma cara pendekatan PKR memainkan sentimen simpati berjaya dng cemerlang dlm menawan hati rakyat..

>>>>>pwettt<<<<<

Tanpa Nama berkata...

bravooo aik lain sudah page blog ko tandek...hhehehe ko dapat idea masa d labuan kah...oh ya ala c tukang karut ni semua salah bg dia tu mana pernah betul c anuar ni...

Junid Bin Gunsalam berkata...

hye nick tanpa nama ( org inanam,kimanis,kiulu,sipitang, petagas dan putatan) tq sebab masuk dlm blog sy...

iya..dlm kes cik eli, anwar tidak sepatutnya tidak meyalahkan BN...kalau ia pun buktkan. jangan main hentam cakap saja. tuduh sebarang tuduh...hehehehe..

hye semua tanpa nama...kita sudah jadi rakan bloggers...blh saudara memperkenalkan diri..

hye tanpa nama,
iya sy sudah tukar page blog sy. dapat idea waktu naik ferry p di labuan. hahahah

Junid Bin Gunsalam berkata...

hye justin..
tq kerana masuk dlm blog kusai tandek...bukit cocol mana ko? bah apapun tq kerana masuk dlm blog sy...sama2 lah kita membongkar politik palsu anwar...hehehe

Junid Bin Gunsalam berkata...

hye orang asli sabah..

ia itu gambar separuh bogel. tapi yang peliknya..cik eli mengaku dia diambil oleh kekasihnya yang berbangsa melayu dan beragama islam. kekasihnya itu lebih muda daripada cik eli (cik eli 37 tahun dan kekasihnya 32 tahun. boleh mereka berdua-dua dlm bilik dalam keadaan separuh bogel..inikah namanya pemimpin? hehehehe

Tanpa Nama berkata...

Daripada kita gaduh-gaduh pasal gambar Elizabeth Wong, bagus kita bincang pasal kenapa daerah kita iaitu Kota Marudu menjadi antara daerah termiskin di Sabah. Kenapa agaknya? Siapa wakil rakyatnya? Apa yang sudah dia buat? Kenapa masalah tanah yang diambil oleh sebuah syarikat tiada jalan penyelesaiannya? Kenapa penduduk di kawasan ni masih ramai yang belum menikmati kemudahan yang paling asas? Jalan rayapun kalau di kawasan kampung memang daif...

justin berkata...

hai tandek ,saya dari bukit cocol sebelah menggtal dekat dekat bah kelinik pekan..bersempadan kawasan inanam jugalah kirannya mcm tu lah.ermm d bawa adun PBS juga...hehhehhe kalau ko pemuda PBS pasti kau tahu siapa adun kawan sini meggatal hehheh kalau parlimen ko tahu siapa kan sapp..ini pun kawan bah yg send blog ko ni..sory tandek sia mana ada blog,mana ada lah masa mau tulis2 blog ni..kopaham lah sibuk baca blh lah..nanti sia suruh c kamal dan kawan2 sia yg email tu buka blog nama saja..atau suruh dia org rajin2 buka blog ko ahhh..

Junid Bin Gunsalam berkata...

hye..justin
thanks kerana sudi lagi melawat blog sy...terima kasih juga pandangan saudara. hehehe
walaupun saudara tiada blog, namun komen dan pandagan saudara amat diperlukan. hehehe

Junid Bin Gunsalam berkata...

helo saudara tanpa nama.

pertanyaan saudara terlalu abstrak. seakan-akan pemimpin atau YB2 sekarang langsung tidak buat apa2. sy fikir jika dibanding keadaan kita di kmarudu sebelum dan sekarang sudah berlaku penambahbaikan daripada segi kemudahan. jika dulu, kita tiada jalanraya aspal menghubungkan pitas, kita ada dewan canggih, tanaman getah LIGS ada disana sini, banyak jalan telah diupgrade (aspal) cthnya jalan tandek-longob, jalan marak-parak ke ranau, jalan radu, jalan taiwan dan banyak lagi yang sedang dlm perancangan, pkn pun ada perubahan iaitu KFC pun ada, sekejap masa lagi kawasan pekan ada kemudahan internet tanpa wayar, banyak sekolh menengah dibina dan sebangai..bukan kah ini satu bentuk pembangunan. dahulu kita belum menikmati semuanya ini.

rumandawi berkata...

ni Pakatan Rakyat ni mo kuasa...dah dapat kuasa tapi x nampak apa matlamat selain mo kasi buruk2 Kerajaan BN ja. dah dapat kuasa tu..buatlah kerja..knp mo bercakaran lagi..menyusahkan rakyat ja. Sudahlah perlembagaan negara dicabul..negarapun seolah-olah mo kacau bilau. Konon mo perubahan...tapi apa jadi? Cakap pasal keburukan orang lain memang PR NOMBOR SATU. Seburuk-buruk BN pun...sudah 50 tahun berjasa sama Malaysia. Tapi biarlah...kalau tidak, rakyat x tau la belang dorang ni...
bah, logot logoton dikoyu kio...

kopitumbuk berkata...

bagus tulisan anda ni.. harap2 lebih ramai orang buka mata. Pada pendapat saya rakyat sekarang ni terlampau manja, semua pun mahu harapkan orang lain buat. Jadi bila kehendak tidak tertunai mula la tabiat menyalahkan orang dan beralih kepada yang baru untuk bergantung harap lagi. Sikap yang tidak matang. Sepatutnya jangan terlalu bergantung harap tetapi usahakan sesuatu. Zaman dulu saya sekolah di Tandek, ada ramai pelajar dari tempat yang jauh sanggup turun naik bukit pergi sekolah tidak pernah harap duit pemerintah. Malahan orang kampung kumpul dana untuk buat kantin makan tengahari percuma kepada pelajar sekolah rendah. Mana perginya semangat jati diri dan bantu-membantu sesama sendiri ini sudah hilang? Orang2 di kawasan Kota Marudu bangunlah, bersatu untuk mengubah nasib sendiri. Bawa balik AI bukan boleh membawa pembangunan pun. Masa saya sekolah rendah si Anwar sudah pernah datang Tandek dengan janji manisnya (masa dia masih dalam BN) tapi dia cakap kosong saja pun. Dia cakap mau tampal jalan berlubang, mau taru asphalt, macam-macam lagi. Orang ramai bersorak dengar cakap dia. Lepas tu senyaaaaaaaaaaaap saja. Sampai saya tamat sekolah menengah keadaan tidak ada berubah pun. Orang Tandek tetap juga miskin. Sekarang dia sudah keluar BN, masih juga dengan janji kosong tapi tidak juga pernah dia tunai. Orang macam inilah yang orang KM mahu? Carilah orang yang betul-betul sayangkan negeri ini kalau ia pun. Walaupun tidak banyak sekurang-kurangnya sudah ada sedikit pembangunan di KM. Tapi janganlah bergantung harap kepada Dr. Max saja. Ubahlah sikap dan majukan diri sendiri. Mari saya ceritakan kisah sekumpulan penduduk kampung di pendalaman di Pahang. Mereka ni pun jauh dari pembangunan. Tiada bekalan elektrik, tiada bekalan air. Tapi mereka sepakat membuat bekalan air paip sendiri. Kenapa orang di KM tidak mencontohi. Jangan asyik komplen saja jadi anjing menyalak bukit. Pikirkanlah sendiri.

Junid Bin Gunsalam berkata...

hye kopitumbuk..

tq kerana masuk dlm blog sy..sy sangat2 setuju komen dan pendapat ko. kita orang harus pandai juga berdikari..hehee

kimaragang tulin berkata...

Yb Eli telah melakukan kesalahan moral bersama kekasihnya.

tapi saya nak tanya pula;

a) chua soi lek dalam BN punya cerita apa macam? beamput sama pelacur.

b) Datuk Nasrun YB di Lahad Datu. pi mengamput bini orang.

c) musa aman mengamput pilipin?

d)Najib amput altantuya?

e) Najib ambil bini urang? si rosmah bakas bini Farid Ismit.

wakaka