Kusai Tandek berpendapat bahawa perjuangan PBS dalam BN masih relevan. Ada 2 hujah Kusai Tandek mahu difikirkan secara bersama dan rasional iaitu pertama,adakah parti PBS sudah hilang taring dan tidak lantang lagi menyuarakan hak-hak negeri Sabah. Kedua, ada juga berpendapat bahawa adalah satu malapetaka besar bagi PBS jika masih lagi dalam BN.
Ulasan persoalan pertama : Kusai Tandek berpendapat bahawa perjuangan PBS masih relevan di dalam membela dan menyuarakan hak-hak negeri Sabah. Kita di dalam PBS masih mendukung sejarah perjuangan awal parti. cuma kita menggunakan pendekatan yang berbeza bergantung kepada keadaan dan situasi semasa. kita tidak boleh lagi menggunakan kepada cara lama seperti menggunakan media massa dan media elektronik untuk memberitahu kepada rakyat wadah perjuangan kita. Diawal penubuhan PBS 1986 (Parti Pembangkang di Sabah melawan Parti kerajaaan BERJAYA) dan ketika zaman pembangkang tahun 90-an, wadah perjuangan kita banyak dipaparkan di surat khabar tempatan. Dan ketika itu juga PBS banyak membantah polisi kerajaan. waktu itu umum menganggap PBS pejuang rakyat. Lantang bersuara berbanding sekarang. Adakah ini ciri-ciri Parti yang kita mahukan? walhal, kalau dikaji betul-betul perjuangan seperti itu sememangnya berlaku sebagai sebuah parti pembangkang. Namanya saja parti pembangkang, tugasnya adalah membangkang apa yang disusun atur oleh Kerajaan (Parti Pemerintah). Kenyatannya, semua itu adalah naluri pembangkang. Cuba tanya Anwar Ibrahim bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kewangan, Dr. Jeffrry Kitingan bekas Pengarah Yayasan Sabah dan ADUN PBS dulu, Awang Tengah Awang Amin bekas Pengarah Perhutanan dan bekas Pengerusi PKR Sabah, Datuk Yong Teck Lee bekas Ketua Menteri Sabah dan banyak lagi. Satu ketika dahulu kesemua mereka diatas adalah penyokong kerajaan dan mempunyai jawatan yang baik dalam kerajaan. Waktu itu, mereka tetap berpegang kepada prinsip setia kawan dalam BN. Mereka diam saja dan terus bekerja bersama BN. Bila mana mereka hilang segala-galanya dalam kerajaan, mereka memilih parti pembangkang dan berpura-puralah menjadi pejuang rakyat nombor satu. Hari-hari konon mengeluarkan kenyataan dalam surat khabar membela itu ini demi rakyat. Padahal membela diri sendiri. Tapi waktu mereka bersama-sama dalam kerajaan dulu mereka tidak seperti ini. Ini jelas membuktikan bahawa mereka ini bukanlah pejuang rakyat tetapi pejuang untuk diri sendiri. Dalam pemerhatian saya, ini realiti dan kenyatan yang harus berlaku dalam landskap politik mana-mana negara di dunia. Jadi kita tidak boleh mengukur perjuangan parti itu semata-mata melihat secara langsung dalam media cetak seperti surat khabar dan media elektronik. Parti PBS sekarang, perjuangannya masih relevan. sebagai Parti komponen BN, kita mesti ada semangat setia kawan dalam BN. PBS berjuang membantu rakyat Sabah dengan cara dan kaedah yang baru. Bukannya cakap tembirang dalam suratkhabar, tetapi dengan kuasa dan jawatan yang ada PBS boleh membantu rakyat negeri sabah. Contohnya beberapa Pemimpin PBS mempunyai jawatan yang baik dalam Kabinet Persekutuan dan Kabinet Negeri dan seterusnya ini secara langsung boleh membantu membangun rakyat sabah melalui kementerian yang ada. Lagi satu perjuangan melalui perbincangan dalam meja bulat itu yang amat penting. sebenarnya itulah yang dilakukan oleh PBS ketika ini.
Keduanya, perjuangan PBS dalam BN amat wajar. PBS pernah berjuang bersama Parti Semangat 46 yang dipimpin Tengku Razaliegh Hamzah (S46 dianggap parti popular ketika itu) tetapi akhirnya tidak mencapai apa-apa. Dalam keadaan semasa politik negara sekarang, adakah PBS-Pakatan Rakyat satu keputusan yang baik. Keputusan ini satu malapetaka besar dalam parti PBS boleh berlaku. Umum mengetahui bahawa siapa itu Anwar Ibrahim sebenarnya. Anwar lah yang merancang menjatuhkan kerajaan PBS tahun 1994. Itu adalah sejarah pahit antara PBS-Anwar. Jadi tidak mungkin boleh bersatu. PBS mahu berdikari sendiri? Hal ini perlu diperhalusi dari pelbagai sudut. Sebenarnya sejarah perjuangan PBS banyak dipengaruhi oleh kesilapan pemimpin-pemimpin Sabah satu ketika dulu. Kusai Tandek boleh katakan bahawa apa yang berlaku didalam PBS sekarang disebabkan kesilapan pemimpin besar kita satu ketika dulu. Dulunya kita adalah parti besar di Sabah. Oleh itu kita bebas bersuara apa saja. Banyak orang takut kita. sekarang kita adalah parti kecil saja. Gara-gara kesilapan pemimpin masa lalu kita...dulu parti sabahan boleh hidup sendiri di SABAH. tapi sekarang lain sudah..itulah yang mengubah keadaan. kita tidak boleh tuduh pairin sudah lupa perjuangan asal partinya. dalam keadaan sekarang perjuangan tetap perjuangan. Itu harus diteruskan. Tapi kita menggunakan kaedah lain untuk meneruskan perjuangan. PBS bersama dalam BN adalah satu keputusan yang baik untuk rakyat dan meneruskan agenda pembangunan untuk rakyat. Apa guna hari-hari keluar suara-suara sumbang dalam surat khabar, tetapi itu umpama bunyi tong kosong saja. Bila tong kosong dipukul kedengaran satu kampung. Tapi hakikatnya kosong dan tidak membawa faedah kepada rakyat. Cuma bikin sakit telinga saja. kalau ada yang tinggi darah dan lemah lanjung memang KO. semua itu hanya semata-mata mencari populariti diri sendiri sahaja. Apa yang paling baik ialah macam bunyi tong yang berisi. Dipukul bunyi tidak kedengaran jauh. Tetapi membawa makna yang besar. PBS dalam BN akan bersuara dalam mesyuarat kabinet dan merencanakan aspirasi dan harapan rakyat melalui pembangunan dalam kementerian yang ada. Fikirkan..