Kusai Tandek tergerak melontarkan idea dan hujah ini ekoran daripada tuduhan tak tentu pasal kepada YB. Datuk Dr. Maximus J. Ongkili kononnya ahli parlimen P168 Kota Marudu ini membawa satu malapetaka rakyat Kota Marudu. Kusai Tandek merasakan bahawa orang ini tidak langsung berfikiran waras dan rasional. Malahan orang ini juga boleh dikatakan buta fakta dan sejarah yang mana secara realitinya rakyat Kota Marudu sungguh bertuah dapat diwakili seorang Yang Berhormat berstatus Menteri Persekutuan. Ini merupakan sejarah bagi P168 Kota Marudu kita diwakili seorang Menteri Persekutuan. Sebelum ini kita hanya YB kita hanya berstatus Pembantu Menteri Kerajaan Negeri Sabah Sahaja.
Sebagai Menteri Persekutuan, YB Datuk Dr. Max boleh memperolehi peruntukan yang lebih daripada ADUN biasa. Dikatakan bahawa, sebagai Menteri Persekutuan, YB Dtk Dr Max memperolehi peruntukkan 2 juta setahun ( 1 juta ahli parlimen + 1 juta menteri persekutan). Manakala pula, setakat YB ADUN biasa saja cuma memperolehi RM500,000 setahun. Cuba kita telitikan perbezaannya, peruntukan tahunan YB. Dtk Dr. Max sama seperti 4 tahun peruntukan tahunan seorang ADUN biasa. Oleh itu, Parlimen Kota Marudu sangat-sangat berbangga dapat seorang YB Datuk Dr. Maximus J. Ongkili. Dengan peruntukkan yang besar, sedikit demi sedikit Kota Marudu setanding dengan Pekan-pekan yang maju di Negeri Sabah. Selain itu, ini juga boleh melepaskan Daerah Kota Marudu daripada kopompong daerah miskin. Memang tuduhan sana sini kedengaran yang kononnya YB Dtk Dr Max makan wang rakyat. Tetapi kalu diselidiki, bukan terlalu mudah untuk mengambil peruntukkan duit ini. Ia sangat dikawal rapi dari segi penggunan peruntukkan ini untuk projek pembangunan daerah.
Ketika ini, Sebagai bergelar Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia, Daerah Kota Marudu telah berkembang sedikit demi sedikit dan sudah merasakan limpahan faedah kepada rakyat yang dirancang khusus oleh YB Datuk Dr. Maximus J. Ongkili. Antaranya ialah :
i). Pusat Pembangunan dan Pembuatan Makanan Ikan Kelah (Pelian) di Kg Togudon, Kota Marudu. Ini dapat membantu menaiktaraf kualiti hidup masyarakat luar bandar melalui pengetahuan sains, teknologi dan inovasi. Seterusnya membantu Komuniti Penduduk Kg. Togudon memperolehi sumber ekonomi baru melalui pembuatan makanan ikan berasaskan sumber tempatan seperti buah ara dan jagung
ii). Pusat Pembenihan dan Pembiakan Ikan Kelah (Pelian) di Kg Tangkol, Kota Marudu. Projek ini secara langsung mampu meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar di Kg. Tangkol lanjutan dari potensi pengkomersilannya yang tinggi. Projek ini mendapat suntikan teknologi dan kepakaran Technology Park Malaysia.
iii). Bengkel Pemprosesan Kupang di Kg. Tanjung Batu Laut. Projek ini bertujuan untuk memajukan industri ternakan kupang khususnya di Kota Marudu. Pada ketika ini, terdapat sebanyak 130 sangkar penternakan di Kg Tanjung Batu. Projek ini meliputi mereka bentuk, fabrikasi dan pemasangan peralatan pemprosesan berkapasiti 150 kg/hari berskala industri
iv). Penghasilan Benih Vannila Kultur Tisu Berkos Rendah dan Sistem Kawalan Sekitaran pada Peringkat Pertumbuhan Awal di Kg Toporoi Kota Marudu. Vanilla adalah sejenis bahan wangian dan perasa yang digunakan untuk produk -produk pewangi dan makanan dengan meluas di seluruh dunia. Agensi Nuklear Malaysia (Agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi) telah secara proaktif melaksanakan penyelidikan awal dalam beberapa aspek seperti penghasilan enih kultur tisu dan kajian kesesuaian media pertumbuhan. projek ini mampu meningkatkan taraf sosio-ekonomi masyarakat luar bandar.
v). Program Inovasi Pembangunan Usahawan Desa-Usahawan Minyak Kelapa Dara di Kg. Guoman Matunggong, Kudat. Projek ini memperkenalkan aplikasi bioteknologi dalam pembuatan minyak kelapa dara. Ini seterusnya meningkatkan keupayaan sebagai usahawan (satu desa satu industri).
vi). Projek penyelidikan dan pembangunan usahawan Tongkat Ali di kg. Mengaris, Kota Marudu. Ini secara langsung membantu meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar
vii). Projek InfoSTI@MOSTI di Pekan Kota Marudu. Dengan terlancar projek ini, pekan kota marudu (bangunan KFC, SMK Kota Marudu, Kawasan berdekatan pejabat parlimen, Majlis Daerah, Pejabat Daerah, Padang Majlis Kota Marudu, Dewan Serbaguna) diliputi dan dibekalkan wireless Wi-fi yang dikenali Max-Wifi. Ini membolehkan orang ramai yang berada di kawasan lingkungan Max-Wifi boleh mengakses internet secara percuma. ini selanjutnya melahirkan golongan belia dan masyarakat desa yang celik IT. Projek ini hanya terdapat 5 tempat di seluruh negara iaitu (1 di Kota Marudu, Sabah), (1 di Kg Semariang Batu, Sarawak) dan (3 di Semenanjug).
viii). Projek e-GeoFarmer@FAMA, di Pasar Tani Kota Marudu. Projek ini membolehkan paparan secara online maklumat berkaitan peniaga pasar tani mengikut kawasan. projek ini berfungsi mewujudkan peluang pemasaran secara maya ataupun "Virtual Marketing" bagi para peniaga pasar tani dan komoditi masing-masing. Landasan ini membolehkan pemadanan dilakukan antara pembeli dan penjual.
Daripada Faedah dan Manfaat ini, masyarakat Kota Marudu sangat bersyukur dan beruntung dapat diwakili seorang Yang Berhormat berstatus Menteri Persekutuan. Kalau sebagai ADUN biasa saja tidak mungkin projek-projek yang membantu masyarakat luar bandar boleh dilakukan dan dilaksanakan. Renungkan