Isnin, Februari 23, 2009

BERTUAH KOTA MARUDU DAPAT YB DATUK DR MAXIMUS

Kusai Tandek tergerak melontarkan idea dan hujah ini ekoran daripada tuduhan tak tentu pasal kepada YB. Datuk Dr. Maximus J. Ongkili kononnya ahli parlimen P168 Kota Marudu ini membawa satu malapetaka rakyat Kota Marudu. Kusai Tandek merasakan bahawa orang ini tidak langsung berfikiran waras dan rasional. Malahan orang ini juga boleh dikatakan buta fakta dan sejarah yang mana secara realitinya rakyat Kota Marudu sungguh bertuah dapat diwakili seorang Yang Berhormat berstatus Menteri Persekutuan. Ini merupakan sejarah bagi P168 Kota Marudu kita diwakili seorang Menteri Persekutuan. Sebelum ini kita hanya YB kita hanya berstatus Pembantu Menteri Kerajaan Negeri Sabah Sahaja.
Sebagai Menteri Persekutuan, YB Datuk Dr. Max boleh memperolehi peruntukan yang lebih daripada ADUN biasa. Dikatakan bahawa, sebagai Menteri Persekutuan, YB Dtk Dr Max memperolehi peruntukkan 2 juta setahun ( 1 juta ahli parlimen + 1 juta menteri persekutan). Manakala pula, setakat YB ADUN biasa saja cuma memperolehi RM500,000 setahun. Cuba kita telitikan perbezaannya, peruntukan tahunan YB. Dtk Dr. Max sama seperti 4 tahun peruntukan tahunan seorang ADUN biasa. Oleh itu, Parlimen Kota Marudu sangat-sangat berbangga dapat seorang YB Datuk Dr. Maximus J. Ongkili. Dengan peruntukkan yang besar, sedikit demi sedikit Kota Marudu setanding dengan Pekan-pekan yang maju di Negeri Sabah. Selain itu, ini juga boleh melepaskan Daerah Kota Marudu daripada kopompong daerah miskin. Memang tuduhan sana sini kedengaran yang kononnya YB Dtk Dr Max makan wang rakyat. Tetapi kalu diselidiki, bukan terlalu mudah untuk mengambil peruntukkan duit ini. Ia sangat dikawal rapi dari segi penggunan peruntukkan ini untuk projek pembangunan daerah.
Ketika ini, Sebagai bergelar Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia, Daerah Kota Marudu telah berkembang sedikit demi sedikit dan sudah merasakan limpahan faedah kepada rakyat yang dirancang khusus oleh YB Datuk Dr. Maximus J. Ongkili. Antaranya ialah :
i). Pusat Pembangunan dan Pembuatan Makanan Ikan Kelah (Pelian) di Kg Togudon, Kota Marudu. Ini dapat membantu menaiktaraf kualiti hidup masyarakat luar bandar melalui pengetahuan sains, teknologi dan inovasi. Seterusnya membantu Komuniti Penduduk Kg. Togudon memperolehi sumber ekonomi baru melalui pembuatan makanan ikan berasaskan sumber tempatan seperti buah ara dan jagung
ii). Pusat Pembenihan dan Pembiakan Ikan Kelah (Pelian) di Kg Tangkol, Kota Marudu. Projek ini secara langsung mampu meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar di Kg. Tangkol lanjutan dari potensi pengkomersilannya yang tinggi. Projek ini mendapat suntikan teknologi dan kepakaran Technology Park Malaysia.
iii). Bengkel Pemprosesan Kupang di Kg. Tanjung Batu Laut. Projek ini bertujuan untuk memajukan industri ternakan kupang khususnya di Kota Marudu. Pada ketika ini, terdapat sebanyak 130 sangkar penternakan di Kg Tanjung Batu. Projek ini meliputi mereka bentuk, fabrikasi dan pemasangan peralatan pemprosesan berkapasiti 150 kg/hari berskala industri
iv). Penghasilan Benih Vannila Kultur Tisu Berkos Rendah dan Sistem Kawalan Sekitaran pada Peringkat Pertumbuhan Awal di Kg Toporoi Kota Marudu. Vanilla adalah sejenis bahan wangian dan perasa yang digunakan untuk produk -produk pewangi dan makanan dengan meluas di seluruh dunia. Agensi Nuklear Malaysia (Agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi) telah secara proaktif melaksanakan penyelidikan awal dalam beberapa aspek seperti penghasilan enih kultur tisu dan kajian kesesuaian media pertumbuhan. projek ini mampu meningkatkan taraf sosio-ekonomi masyarakat luar bandar.
v). Program Inovasi Pembangunan Usahawan Desa-Usahawan Minyak Kelapa Dara di Kg. Guoman Matunggong, Kudat. Projek ini memperkenalkan aplikasi bioteknologi dalam pembuatan minyak kelapa dara. Ini seterusnya meningkatkan keupayaan sebagai usahawan (satu desa satu industri).
vi). Projek penyelidikan dan pembangunan usahawan Tongkat Ali di kg. Mengaris, Kota Marudu. Ini secara langsung membantu meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar
vii). Projek InfoSTI@MOSTI di Pekan Kota Marudu. Dengan terlancar projek ini, pekan kota marudu (bangunan KFC, SMK Kota Marudu, Kawasan berdekatan pejabat parlimen, Majlis Daerah, Pejabat Daerah, Padang Majlis Kota Marudu, Dewan Serbaguna) diliputi dan dibekalkan wireless Wi-fi yang dikenali Max-Wifi. Ini membolehkan orang ramai yang berada di kawasan lingkungan Max-Wifi boleh mengakses internet secara percuma. ini selanjutnya melahirkan golongan belia dan masyarakat desa yang celik IT. Projek ini hanya terdapat 5 tempat di seluruh negara iaitu (1 di Kota Marudu, Sabah), (1 di Kg Semariang Batu, Sarawak) dan (3 di Semenanjug).
viii). Projek e-GeoFarmer@FAMA, di Pasar Tani Kota Marudu. Projek ini membolehkan paparan secara online maklumat berkaitan peniaga pasar tani mengikut kawasan. projek ini berfungsi mewujudkan peluang pemasaran secara maya ataupun "Virtual Marketing" bagi para peniaga pasar tani dan komoditi masing-masing. Landasan ini membolehkan pemadanan dilakukan antara pembeli dan penjual.
Daripada Faedah dan Manfaat ini, masyarakat Kota Marudu sangat bersyukur dan beruntung dapat diwakili seorang Yang Berhormat berstatus Menteri Persekutuan. Kalau sebagai ADUN biasa saja tidak mungkin projek-projek yang membantu masyarakat luar bandar boleh dilakukan dan dilaksanakan. Renungkan

34 ulasan:

aranam berkata...

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Menelusuri Ilham.
Sekadar kunjungan balas.

SURINIT berkata...

terima kasih melawat ke blog saya. Mr.junid, nama bapa kamu saya agak familiar. d korumoko & sekitar kg tanjung batu adalah kampung kelahiran saudara mara sebelah bonda saya. d sana ada ramai sepupu saya sebelah bonda cuma kami tidak begitu kenal rapat.

Kenal dgn Runsanang unggus?
jeliun unggus?
ponong?? gidang??? runsain??? semua adik beradik tu... semua sepupu bonda saya. kalau ko kenal ni urang, kirim salam banyak2.

salam kenal jg dari saya...
entry ko akan saya baca nanti.
terima kasih

Junjung berkata...

wow banyak tu bos 2juta 1 tahun, 1juta dato punya, lagi 1 juta kamu bagi2 dan ada bahagian dato sekali lagi... jgn la ba membela dato tu.. lagi bagus kau ingat apa dato buat dgn keluarga2 kau..

NONG berkata...

Salam sahabatku Junid...
Secara peribadi saya melahirkan penghormatan dan rasa kagum yang CUKUP tinggi pada YB Datuk Dr.Maximus walaupun beliau tidak mengenali saya seperti mana dia mengenali ko dan ahli2nya.
Saya tabik dengan apa yang dia wujudkan seperti yang ko paparkan dalam entry ko tu.Cuma satu persoalan saya, kenapa tidak dari dulu dia buat begini?Kenapa bila kepimpinan beliau mula diragui seperti sekarang ini baru beliau bertindak begini? Ya..saya faham juga kalau mungkin susah mau dapat peruntukan.Kalau soal ini, hanya beliau yang mampu menjawabnya.
Lagi satu,saya persoalkan tentng Pekan Tandek sejak berpenggal2 beliau menjadi YB.Kenapa itu wajah Pekan Tandek tidak berubah sejak kita masih menuntut di SMK.Tandek lagi? Hospital adalah.Prasarana lain?
Dan secara peribadi juga saya ingin nyatakan di sini, kalau saya diberi pilihan untuk memilih antara Internet dan Komplek Sukan macam di Kudat, saya akan pilih Kompleks Sukan.

Saya juga mahu menyentuh sedikit tentang perhubungan parti2 komponen dalam P.168 Kota Marudu ini. Saya tidak tahu macam mana tapi apa yang saya perhatikan, beliau seperti 'mengabaikan' silaturrahim sesama parti komponen.
Sama2 kita fikirkan..
Lagi satu..kalau boleh, saya mahu lihat beliau mengemudi P.168 Kota Marudu ini sebagai 'sahabat' Yang Berkhidmat kepada rakyat.Bukan sebagai Yang Berhormat.
Ini pandangan peribadi saya ah junid.
Sayang ba Datuk Max kalau tersilap membuat percaturan di ambang senja. Kalau boleh biarlah nama beliau terpahat dengan cara yang Terhormat walaupun manusia ni tiada yang sempurna.
Inilah masanya beliau melakukan yang terbaik untuk Kota Marudu yang tidak perah jemu dan tidak pernah berputus asa memberi sokongan sehingga meletakkan beliau pada tahap sekarang ini.
DAN..jangan terlalu meletakkan tanggungjawab pada orang bawahan kerana adakalanya 'mereka2' inilah yang akan menjatuhkan kita. Tidak percaya, susah ba mau cakap... jadi sendiri mau tau maaa....hehee

tAtA berkata...

Aloo...seniorku... apakabar?
terima kasih krna msk blog sa... & trima kasih atas pelawaan ko... wah, nampaknya hbat sdh ko berkarya & menyampaikan maklumat d cni ni...congrates!.
bila bercakap mngenai politik ni.. sa rasa, sya ni ma'c kurg "Ummph" utk meng"hidang"kan sesuatu..
tp, utk post ko mengenai Datuk Max ni, sa btul2 tertarik... & sa jga mngucapkan tahniah atas apa yg Datuk Max sdh wujudkan utk rakyat P168.....
yg terbaru tu...projek MOSTI tu.. mmg bagus & sa sndri sdhpn mnyebarkn berita ni kpd smua remaja2 d kg...yg bru tamat persekolahan & yg ma'c blum ada komitmen... yg bestnya tu, PERCUMA... klu adalg org yg xda tahu mnghargai pluang ini....sa xda taulh apa mo cakap.. cma, bg yg berada jauh dr KM tu lah yg masalah skit... pendek kata, kena ada usahalh... pepatah mngatakan...
"nak seribu daya...tak nak seribu dalih"...
tp, ada jga kata2 kak NONG tu yg sa stuju...sa sndripn perasan jga... sejak sa berpindah dr kudat tahun 1994(lbh kurg 15 tahun lalu)ke SMK TANDEK smpilh skg....pekan utama N.5 TANDEK tu...pekan Kebanggaan sluruh warga N.5 TANDEK tu..smpi skgpn msh mcm sma dgn yg dlu wktu zaman2 skolh menengah(perkembangan ma'c teramat krg dlm tmpoh 15 tahun ni)..syukur sja ada aktiviti tradisi smua suku d N.5 Tandek ni ygmana ma'c menjadikn Tandek wujud d mata kita....iaitu "TAMU"..& yg terbaru tamu anjuran FAMA(klu sa xda silaplh)stp Isnin... & sejak sa bermain bola dlu wktu skolh menengah..teringin sa mo main bola d pdg pekan tandek tu...tp, smpi skg...sa ma'c kempunan...hahahaha..

tp, brthr apa yg sa ckp2 cni ni.... hanyalh tempias dr suara org yg xda kedengaran bertujuan utk perkongsian sja... hahhaaa.
sa xdalh mo ckp lebih2....takut silap cakap pla...sa ma'c blum smpi tahap spt kmu smua....sa bangga...abg2&ka2k senior sa dlu yg sa pernah kenal...& mmg berkaliber sejak skolh menengah dlu... mmg berpotensi besar smuanya... nmpaknya... dlm masa kurg dr 10 tahun akn dtg.. org luar xda blh sdh "play-play" dgn org2 N.5 Tandek ni.... byk sdh pelapis...byk sdh bakal2 pemimpin2 yg akan mengubah nasib kota marudu khususnya N.5 Tandek..... teruskn brothr Junid..sokongan akan berterusan.....
kta jmpa lg nanti....

Little Mike berkata...

Seperti biasa saudara bertindak dengan naluri tepat kerana mempertahankan 'Bos'. Ini adalah satu tanggungjawab apalagi kalau ketika ini saudara menyandang jawatan sebagai naib ketua pemuda PBS N5 Tandek. Jika saya berada di tempat saudara, saya juga akan mengambil keputusan yang sama... Atas kapasiti ini saya memang percaya saudara ada keperluan mempertahan Dr. Max sebagaimana seorang pengikut mempertahankan ketuanya.

Sebagai rakyat biasa, kami mempunyai kelebihan untuk menyuarakan apa yang kami rasa. Pertama sekali saya ingin menegaskan bahawa memang kami BERBANGGA memiliki pemimpin yang diiktiraf persekutuan apabila dilantik ke jawatan menteri penuh. Tapi untuk merasa SUNGGUH BERTUAH memiliki Dr. Max masih jauh untuk saya miliki aura perasaan seperti itu.

Berbangga YA tapi sungguh bertuah TIDAK..

Mengapa saya masih merasakan BERBANGGA tapi merasa TIDAK BERTUAH dengan Dr. Max?

1. BErapa tahun Dr. Max pegang Menteri parlimen dan sebagai ADUN N5 Tandek? Dari segi matematik peruntukan kira campur setahun selama 5 penggal bertapak di Tandek/ Kota mArudu dan sasaran peruntukan, saudara lihat la hasilnya. Apakah kami masih tidak wajar? tidak rasional? buta fakta? buta sejarah? Tandek begitu juga. Peniaga tempatan begitu juga. Mujur la ketidak wajaran kami tidak sampai memberikan undi kepada pembangkang. Setakat ini tidak wajar kami, tidak rasional kami, buta sejarah kami, buta fakta kami semata-mata mau supaya pemimpin kita meningkatkan keprihatinannya kepada pembangunan kawasan pilihanraya. Bagaimana kalau ketidakwajaran itu memindahkan 'kuasa politik' kepada orang lain? usah ketepikan suara orang kampung.Kami masih berBANGGA memiliki pemimpin seperti Dr. Max tapi masih belum rasa BERTUAH

2. Jalan tandek-tingkalanon-batition-nolotan-salimandut-talantang-masolog-damai yang telah melahirkan ramai golongan profesional daripada ahli akademik, penjawat awam, ahli politik, pasukan keselamatan sehingga la kepada para petani, nelayan, pekebun, peniaga kecil - mereka ini sudah lama memberikan undi setia mereka. Saban hari mereka tetap lalui jalan desa berbatu dengan sabar. Nasib bagus la masih boleh dianggap itu jalan yang boleh dilalui. peruntukan demi peruntukan datang, kami masih lalu jalan yang sama. Baru2 ini ada usaha menaiktaraf jalan itu pn terhenti beberapa kilometer. Kami masih berBANGGA memiliki pemimpin seperti Dr. Max tapi masih belum rasa BERTUAH

3. 8 projek yang berpaksikan objektif menambahkan pendapatan dan peluang pekerjaan penduduk desa. Pusat pembiakan ikan, pembuatan makanan ikan, pemprosesan kupang, penghasilan benih, inovasi pembangunan usahawan, penyelidikan tongkat ali,dan kawasan WI-FI, semua ini adalah kategori komersil yang hanya menguntungkan beberapa pihak sahaja. Skop sasaran 'keselesaan hak sebagai rakyat' masih pada skala kecil. Usaha ini baik. Tapi saya memilih bukan setakat usaha yang baik tapi juga yang boleh dimanafaat keuntungannya oleh SELURUH penduduk desa kawasan Kota Marudu. Infrastruktur ASAS-jalan raya, kemudahan saluran air, kemudahan talian perhubungan telefon/multimedia.. orang kampung tidak akan 'melepak' di Pasar Tani, KFC untuk mengakses internet. Lagipun, di kampung masih tidak biasa dengan budaya 'kumpul dan berinternet' di tempat awam, sebagaimana persepsi orang 'bandar/kota'. Ini akan 'memisahkan' keluarga. Ibu bapa ke sawah bendang, anak mungkin lepak dengan laptop. WI-FI bukan keperluan kritikal. Celik teknologi/IT boleh bermula dari rumah. Sekolah juga pemangkin. Asalkan saluran kemudahan ada. Kami masih berBANGGA memiliki pemimpin seperti Dr. Max tapi belum rasa sungguh BERTUAH...

akhir sekali, jikalau adun kita hanya berstatus YB biasa, dengan peruntukan 500k setahun- adakah itu alasan kita melihat kemajuan tidak dapat dicapai kerana status peruntukan kategori KECIL? Dua tahun sebagai adun biasa sudah boleh mengumpul peruntukan RM1 juta. Apakah pada tahun ketiga jika fokus kepada jalan raya, peruntukan itu tidak mampu membiayai kerja-kerja penurapan jalan? Kemajuan tidak perlu berjalan serentak. Satu persatu. Lepas jalan raya, Talian elektrik, kemudian kemudahan air, kemudahan talian telefon... setiap 2 tahun boleh mengumpul RM1 juta peruntukan (UTK ADUN BIASA. APA LAGI BERSTATUS MENTERI PARLIMEN-RM 1 juta SETAHUN)... satu projek kemajudan sudah boleh diselesaikanh. Kalau sudah 5 penggal? Bila semua kemudahan asas ada, sumbat la apa pun projek komersil.... waktu itu semua sudah selesa walaupun tidak semunya senang..

Kami masih berBANGGA memiliki pemimpin seperti Dr. Max tapi masih belum rasa BERTUAH.

Dalam keadaan tidak bertuah ini pun saya masih memilih bersyukur kerana ada pemimpin yang boleh kami banggakan di peringkat persekutuan. Tapi tolong buatkan kami benar-benar rasa bertuah untuk kawasan N5 Tandek dan seterusnya Kota MArudu.

KaniL berkata...

Salam Nid....

Wah....baru la kali ini saya secara peribadi melihat tulisan saudara beralih angin sedikit dari kebiasaan...hehehe..

Topik yang sangat ’baik’ aka pisang panas dan pastinya ditunggu-tunggu oleh kebanyakan warga kota marudu khususnya.

Saya setuju dengan bro Little Mick...saya juga berbangga dengan YB Datuk Max kita cuma kalau puas hati tu susah lagi mau cakap la. Secara peribadi, saya faham dengan kesibukan seorang yang berjawatan tinggi dan apa lagi kalau memegang jawatan menteri persekutuan. Sibuk dan memang sibuk...memang bukan senang....setuju juga dengan Si ’Nong’, menegur bukannya bermakna membenci sebaliknya itulah tanda sayang. Semoga segala luahan kawan-kawan semua di sini, sekurang-kurangnya menjadi jalan penyelesaian kepada kepincangan yang berlaku di kawasaan marudu dan khususnya kawasaan tandek.

Saya enjoy membaca entri ini dan juga komen kawan2 yang ada.......

p/s Nak komen lagi tapi bagus lagi saya luahkan di blog saya nanti...adiosssss.

Umar al-Longobi berkata...

sdr. junid,

kada adadarakan mongojek kai gaman, he he he! amu banar asadap mari rinapa ong ogumu no banar wisin antawa tasin. pasasadangon sompori...

Nota: cadang dgn bos sdr supaya bentang bajet setiap suku tahun utk KM. jemput semua org bermula petani sehingga golongan profesional. rakyat berhak utk tahu berapa peruntukan, ke mana dibelanjakan, apa inisiatif yg telah dijalankan dll.

RumbiaMasolog berkata...

Bertemu kembali...

Menarik sekali entry tuan kali ini..sehingga begitu ramai yg tertarik dgnnya..tahniah..

Saya setujuh dgn Little Mike ..Berbangga IYA..Bertuah TIDAK.. Ini kerana sya ada melihat daerah2 lain di semananjung yg YB nya tidak berjawatan apa2 tetapi dapat menjaga dan memperjuangkan nasib dan keperluan rakyat. Ini yg rakyat MAHU. Kami tidak kesah sama ada YB kami berjawatan Menteri atau tidak, yang kami mau adalah YB yg berjiwa rakyat yang sering mendengar rintihan dan tangisan rakyat.

Tuan bekerja di Jabatan Penerangan bukan, jadi tentu tuan mempunyai maklumat yang benar dan tepat tentang perjalanan kemajuan Kota Marudu. Apa juga pembangunan yg dirancang di kawasan KM tentu tuan tahu... Jadi saya rasa tidak salah kalau kami sebagai rakyat KM diberitahu tentang serba sedikit rancangan pembangunan yg akan atau telah dijalankan. Kami mau tahu bagai mana duit rakyat (peruntukan RM2 Juta) itu dibelanjakan.

Seperti Umar Al-Longobi katakan... Bentangkan bajet setiap suku tahun kepada rakyat KM. Dan sya pula ingin menambah, kenapa tidak bentangkan juga belanjawan tahunan kerana kami ingin tahu sejauh mana bajet dan belanjawan itu bertepatan antara satu dgn yg lain (compliment each other).

p/s: HERAN dulu kakitangan kerajaan tidak boleh bertanding dan memegang jawatan dlm parti terutama golongan profosional(ada dlm akta tu). Malah dulu siap kena reject lg calon2 yg mau bertanding. Masa pemilihan calon lg tu baru di umum. Tapi sekarang lain cerita sudah pula ahh..... Mana sudah tu PENDIRIAN...YB...

Junid Bin Gunsalam berkata...

hye surinit..
sapa nama ko betul2...hehehe
mungkin kita bersaudara ni..

Junid Bin Gunsalam berkata...

hye nong..
tq dengan pendapat dan pandangn ko.
oh ya, kompleks sukan? ndak lama lagi kita ada gelanggang futsal di pekan kota marudu. tunggu kena buat saja..

pekan tandek? sy rasa masalah itu sama juga dengan pekan matunggong. semua pun mau lihat pembangunan tetapi kita perlukan masa. sebenarnya datuk max banyak juga cadangan utk memajukan pekan tandek dan matunggong, tetapi untuk memajukan dua kawasan ini perlukan agensi-agensi lain. jadi disitulah ada masalah dan kelambatan sikit. kerana beberapa faktor yang mempengaruhi...kekadang permohonan sudah dihantar tetapi tidak dilayan....lain la kalau semua pembuatan keputusan terletak ditangan YB datuk max...tetapi lain-lain agensi dan kementerian dipegang oleh orang lain...renungkan...

Junid Bin Gunsalam berkata...

hye tata..
tq kerana memberi komen yang bernas...sebenarnya sy pun rindu pekan kita ditandek maju...marilah kita sama2 mengeluarkan idea macam mana memajukan pekan kita

Junid Bin Gunsalam berkata...

hye little mike..
tq kerana saudara dengan panjang lebar mengutarakan idea yang sungguh bernas dan bertenaga untuk dibaca...sy tidak lah berniat untuk mengupas lanjut isu ini. cuma sy suka untuk mengkongsikan bersama perkembangan di kota marudu. sesuai dengan kapasiti YB dtk max sebagai menteri sains, teknologi dan inovasi maka semua projek besar berkaitan dengan ICT dan Sains berkembang di kota marudu untuk kebaikan anak-anak kita. harap2 penggal akan datang YB dtk Max dilantik menteri kerja raya supaya jalan2 kita diperbaiki dengan drastik. pada masa sekarang YB dtk max mau juga menaiktaraf semua jalan kita tetapi oleh kerana YB dtk Max bukan pembuat keputusan dlm menteri kerja raya, maka sekadar tunggu sahaja. wala macam manapun, beberapa jalan kita sudah dan sedang dinaiktaraf seperti jalan radu, jalan taiwan, jalan tandek, jalan marak parak-ranau, jalan simpangan, jalan popok.

Junid Bin Gunsalam berkata...

hye..kanil

tq kerana bagi juga komen sikit2. bah komen byk2 bah..sama2 kita bertukar pendapat di dlm blog kita...hehehehe..ini cuma perkongsian kita di alam maya...

Junid Bin Gunsalam berkata...

hye rumbia masolog..
sy tertarik dengan pertanyaan ko kenapa kakitangan kerajaan boleh memegang jawatan dlm parti..ia dlm akta tidak boleh. tetapi ada kelonggaran jika penjawat awam itu ada kebenaran secara rasmi daripada ketua majikan dan diandaikan ia tidak menganggu kerja-kerja pejabat..tq

Little Mike berkata...

siou kiowo tuan.. INI BUKAN SUARA PEMBANGKANG.. hehe Sekadar perlu bersuara sahaja sebagai tanda sayang... Saling cuba faham memahami dan bantu-membantu seadanya...

Junid Bin Gunsalam berkata...

hye little mike..
ia bah tuan. tiada apa2 juga. ini kebaikan juga kepada kita untuk saling bertukar-tukar idea dan pendapat...

ison berkata...

Nakalabus kuno silod blog di mike it mangan ku boroso aman. hehe... wowosion. ;)

Tanpa Nama berkata...

Pada kita orang Dr Mx bukanlah dorimon yang mampu mengadakan macam - macam .... apa pun Dr Mx tidak mewakili rakyat sabah .... secara umumnya ... dia hanya mewakili PBS secara khususnya ... buat sesutu dipelusuk negeri.... jangan hanya kawasan kawasan PBS .... Beaufort , Sipitang ... Papar ... Kimanis .... apa itu jawatan menteri PBS ynag punya ... No .. No ... itu rakyat sabah yang punya ... kalau dia berani hantar seorang rakyat sabah ke angkasa ... tanam ubu kayu disana .. baru ngam ... di akan menteri angkasa ...

Junid Bin Gunsalam berkata...

HYE ISON...

Tq bogia. ada juga sy baca komen n pandangan ko tu. sungguh ideal
sekali. hehehehe. bah teruskan memberi komen dan pendapat ar gaman.

Tanpa Nama berkata...

Kau orang PBS Ha........ ini parti langsung tidak pandai kenang budi lagi satu ini parti penjahat...dulu tikam UMNO dari belakang .... kemudian tak tahu malu mesuk balik... Kami bawa masuk lu punya parti kau tahu kah kami orang-orang UMNO terpaksa korbankan ramai wakil-wakil rakyat kami untuk bagi laluan orang-orang PBS jadi menteri , tim.menteri setiausaha2 politim negeri dan persekutun.... U cakap banyak dalam politik konon mahu jadi pelapis parti PBS kah... lu jangan haraplah next election kami bagi kamu enam kawasan adun saja dan satu kerusi parlimen baru padan muka kamu.....

Tanpa Nama berkata...

Jangan gitu bah ... Takut ..takut ... Kami mau itu kursi .... juga ... kita orang dalam PBS akan sehidup semati mempertahankan negeri ini darai ancama seperti kamu ... yang perlu kamu ingat kami kawan baik sama UMNO tau ...


Sandakan

Junid Bin Gunsalam berkata...

hye tanpa nama (sandakan)
ia bah..kita mesti ada semangat kekitaan dlm parti komponen BN..hehehe

Orang Asli Sabah berkata...

Sebelum itu saya memohon maaf kpd Dr.Max & bagi pihak Kusai Tandik sebab walaupun kami sama-sama sebagai Jemaat SIB Likas tapi adakalanya suara hati ini perlu dilepaskan apabila ada perbincangan positif seumpama ini. Saya sependapat dengan Little Mike & Nong. Sia mcm tia nampak KM ini ada kemajuan. Sia nampak post c Kusai Tandik pasal usaha c Dr. Max mcm balik-balik pasal perusahaan perikanan saja. Saya sangat kecewa apa bila saya pergi ke Kudat di mana satu2nya jalan yang paling saya tidak suka ialah jalan Kg. Manggaris. Siapa punya kawasan sana tu? Sampai bila mau kasi bagus tu jalan raya? Tuhan datang baru bikinkah? Apa saja si Dr.Max dapat bikin dengan KM? Apa faedah dia dapat jawatan di Persekutuan? Walaupun memperolehi peruntukan yang lebih daripada ADUN biasa. Dimana YB Dtk Dr Max memperolehi peruntukkan 2 juta setahun ( 1 juta ahli parlimen + 1 juta menteri persekutan). Manakala pula, setakat YB ADUN biasa saja cuma memperolehi RM500,000 setahun.Tapi mcm tiada apa2 dia bikin. Bagus juga kalau si Little Mike kena pilih oleh si Dr. Max jadi angkasawan negara akan datang. Sekurang-kurangnya ada juga sembangan sebagai Menteri Persekutuan dengan jwtn Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia. Kalau Dr. Max tidak mau ambil Orang KM, saya boleh juga offer kan diri saya wpun saya di kawasan Parlimen Kinabalu.

Junid Bin Gunsalam berkata...

hye OAS,
bah nanti sy cadangkan nama ko angkasawan ke-3 lah..hehehe.
tq dengan padangan dan komen saudara..nanti kita sambung perbincangan lagi. sy mau main badminton dulu.hehe

RumbiaMasolog berkata...

Ulasan untuk Tanpa Nama yg mengatakan PBS penjahat sebab tikam UMNO dari belakang:

1. Saudara kalau apa yang kita minta untuk kemajuan negeri Sabah tidak diendah dan dipedulikan, dianggap sebagai anak tiri dan seperti Parti kelas ke-2, apa reaksi saudara?

2. Baca sejarah saudara; Malaysia dibentuk oleh gabungan Malaya, Sabah, Sarawak dan Singapura. Ingat ini adalah gabungan bersama dan dipersetujui bersama. Bukannya Sabah masuk Malaysia seperti yang diceritakan oleh banyak orang termasuk dikalangan pemimpin. Oleh itu dari mula lagi sejak penubuhan Malaysia sepatutnya sudah ada dikhususkan Menteri-menteri dari Sabah dan Sarawak. Dan ingat Sabah dan Sarawak adalah lebih besar kawasannya dari seluruh semenanjung dan hasil bumi Sabah dan Sarawak lah yg banyak membantu negeri2 di semanajung.

P/s 1: Adakah mungkin suatu masa nanti PM kita berasal dari Sabah atau Sarawak?..

p/s 2: Kalau lah negeri Sabah mengikuti jejak Singapura yang keluar dari malaysia, mungkinkan kita juga semaju Singapura pada ketika ini?...

Junid Bin Gunsalam berkata...

hye rumbia masolog,

tq dengan komen dan pandangan ko yang bernas dan baik.harap2 si tanpa nama itu sedar dan insaf diri....

liposuh berkata...

Salam Perkenalan...

Saya sangat tertarik berkenaan isu ini.

Pada hemat saya, bukan soal jawatan persekutuan kah atau PBS ka.. Tetapi tanggungjawab dan amanah yang rakyat berikan kepada MP dan ADUN!

Jawatan itu satu bonus agar wakil yang dipilih dapat berperanan lebih baik lagi. Tetapi jawatan sudah ada, peruntukan pun sudah ada tapi kesannya pada KM belum nampak lagi..

Dari sejak saya mengerti perfikir sampai sekarang, sama saja kemajuan dan pembangunan di KM..

Lebih penting lagi, ini bukan disebabkan oleh Dr. Max atau Kerajaan semasa tetapi lebih kepada tanggungjawab dan Amanah..

Oleh itu, kami penduduk KM tak kisah bagaimana dan dimana Dr. Max berusaha dan mendapatkannya... yang penting bagi kami adalah result atau hasilnya buat KM...

Sebab ini sebenarnya tanggungjawab Dr. Max untuk KM. Tak perlu bertuah atau bangga kepada Dr. Max dan kerajaan sebab apa yang dilakukan oleh Dr. Max dan kerajaan adalah kerana tanggungjawab mereka kepada RAKYAT!

Bayangkan kalau mereka tidak menjalankan tanggungjawab yang sepatutnya, apakah mereka ada sekarang? Jawabnya TIDAK ADA BA.. Jadi, itu adalah tanggungjawab mereka sebenarnya untuk memajukan KM..

Sepatutnya bukan RAKYAT KM yang berbangga dan bertuah dengan Dr. Max atau kerajaan tetapi sebaliknya Dr. Max dan kerajaan lah yang PATUT BERTUAH DAN BERBANGGA mempunyai rakyat seperti di KM!

Tetapi bertuah dan berbangga sahaja tidak cukup! Sebaliknya memberi fokus dan perhatian sepenuhnya dalam membangunkan KM!

Jika dikatakan susah benar membangunkan KM! Baik awal-awal lagi jangan jadi hero... semata-mata untuk duit poket sendiri!

Diringkaskan cerita, segalanya itu didasarkan satu faktor bah iaitu kepentingan Diri Sendiri mendahului kepentingan RAKYAT! Kepentingan RAKYAT hanya lampu suluh untuk menerangi tujuan peribadi!

Tanpa Nama berkata...

BERTUAHNYA DR MAX DI KOTA MARUDU.....Kenapa pula, sebab tidak ada satu pun pemimpin di daerah ini yang berani bersuara untuk kemajuan daerah....jika adapun,yang telah tersingkir awal dari komponen BN.Peruntukan 1 juta belaiu sebagai ahli parlimen dan 1 juta sebagai Menteri penuh persekutuan,satu peruntukan yang besar,tetapi masih memadai untuk pembangunan keseluruhan daerah.Semua orang mengatakan tentang Pekan Tandek,sebab ia merupakan pekan kebanggaan masyarakat dahulunya,yang kemudiannya mati dengan perpindahan tapak pekan.Orang-orang YB sering mengagungkan YB Max,dengan kebolehan beliau lari dari tanggungjawab di kota marudu,maklumlah,beliau berasal dari daerah tambunan....seperti kata beliau dalam satu ucapan di perjumpaan keluarga di tambunan satu ketika dulu..." kota marudu dalam poket saya,tambunan di hati saya".Masyarakat Tanjung Batu Darat masih ingat lagi dengan janji beliau sewaktu dalam satu perayaan pesta kaamatan,di mana dalam majlis tersebut,beliau telah meluluskan peruntukan sebuah dewan serbaguna di kampung tersebut,malangnya,apabila beberapa pemimpin dari kampung tersebut datang ke pejabat beliau,beliau dengan bangganya menafikan pengumuman beliau.
Bengkel pemprosesan kupang di kampung tanjung batu laut,rasanya ada yang tidak kena dengan bengkel tersebut.Ini kerana,bengkel tersebut dibuat oleh individu dari ajk bahagian PBS yang semua tahu akan perangai beliau.Sangkar yang dibekalkan oleh Jabatan Perikanan adalah satu projek murni,malangnya,individu tersebutlah yang sering bertindak menarik sangkar tersebut dari penama sewenang-wenangnya jika tidak sehaluan dengan beliau.Masyarakat Setempat tahu bahawa suatu hari kelak,individu tersebut akan menjadikan bengkel tersebut sebagai hak milik beliau.
INFOSTI@MOSTI pula bukan merupakan satu keperluan,memandangkan ianya hanya boleh dibuat di kawasan pekan sahaja,dengan pemaparan max-wifi,satu promosi murahan bagi saya.Bukankah ini akan menggalakkan budaya lepak di kalangan remaja di kawasan sekitar KFC,Pekan,di kawasan sekitarnya.Saya percaya,peruntukan tersebut memakan peruntukan yang besar tetapi perkhidmatan yang diberikan adalah amat terhad di kawasan sekitar pekan dan tidak memadai.Adalah lebih sesuai sekiranya,Dr Max mengambil hati rakyat dengan pembinaan sebuah stadium di kota marudu,sesuatu yang telah lama ditunggu-tunggu oleh masyarakat kota marudu.
Maaflah kepada semua koloni Dr.Max,tetapi sebagai orang miskin,kami belum mendapat maanfaat yang lebih uummp lagi seperti mana Dr.max mengaut keuntungan di daerah ini.

MS@BS berkata...

Saya kagum dgn Dr Max... duuuluu..!
Saya banyak mengikuti perkembangan di... ketika itu...
Sebagaimana, saya amat mengagumi PBS satu ketika duuuluu...
Saya turut serta jadi taksub (fanatik) dengan parti ini... ketika itu...

Saya tidak salahkan PBS apabila parti ini keluar dari BN.. duuluu...
Kerana, itu memang lumrah dunia POLITIK. Tidak juga saya anggap parti ini menikam BN dari belakang... sebab tidak pernah ada kontrak sosial mahupun kontrak politik yang jelas tentang konsep "kesetiaan sampai mati". Dalam perlembagaan pun tidak pernah disentuh tentang ini... kerana jika dibuat, maka ianya akan melanggar kebebasan asasi rakyat Malahysia yang diperakukan dalam perlembagaan. Malah, tiada menteri atau mana-mana parti yang berani (secara jelas) cuba mencadangkan hukuman ke atas tindakan "keluar" pakatan ini. Sebab? Mereka sedar, bahawa mereka juga boleh berbuat demikian apabila terpaksa.

Soalnya di sini, sampai bila rakyat bumiputera di Sabah terus diminta bersabar dengan alasan...
1. Ambil masa...
2. Sudah dicadang tapi...
3. Bukan senang kerja menteri...
4. Kurang peruntukan...
5. Nanti, dalam pilihanraya akan datang...
6. Tunggu bajet Malaysia yang seterusnya...

Dan macam-macam alasan lagi yang pada akhirnya terbukti sekadar satu cara mengelak dari terus ditanya dan diminta semata-mata?
SEDANGKAN, SABAN TAHUN KAUM-KAUM LAIN TERUS MENDAPAT KEBANYAKAN DARIPADA PERKARA YANG DIHARAPKAN? (TERMASUK GOLONGAN "PATI" YANG TELAH DIBERI STATUS "PADI" ITU...

Saya cadangkan secara ikhlas, agar semua pemimpin parti PBS dan parti-parti berteraskan peribumi Sabah yang lain bersatu, berganding bahu... MACAM DULU ! Singkirkan ketamakan dan haloba kuasa dan kebendaan sejena... jika mereka ini benar-benar memperjuangkan nasib rakyat untuk jangka panjang. Jika semua mereka memberi alasan mahu berjuang untuk rakyat sabah secara keseluruhan... kenapa perlu ada 2 hingga 3 parti yang berlainan???

ALANGKAH BAIKNYA JIKA MEREKA INI DAPAT BELAJAR DARIPADA PERUMPAMAAN... "BEBERAPA UTAS BENANG YANG DIPINTAL ADALAH LEBIH TEGUH DAN KUAT" berbanding seutas benang.

"lu jangan haraplah next election kami bagi kamu enam kawasan adun saja dan satu kerusi parlimen baru padan muka kamu....." - Saya petik ulasan dari "Tanpa nama"

Yang di atas adalah satu ulasan yang bagi saya amat serius dan penuh dengan kebencian terhadap rakan seperjuangan dalam BN sendiri. Tidakkah parti PBS sedar akan ancaman yang sedang dan bakal menghambat perti ini daripada BN kelak? YB Huguan Siou (Pairin) sendiri sudah tidak dipandang lagi... jawatan dilucutkan... belum jelas lagi kah?

Saya merasa sedih dan kecewa sebenarnya dengan perkembangan demi perkembangan terkini yang melanda rakyat sabah sebenarnya... khasnya rakyat peribumi Kadazandusun dan murut. Walaupun kita ada dua orang menteri tertinggi di peringkat persekutuan, namun yang jelasnya rakyat yang mereka wakili semakin lama semakin terpinggir. ITULAH KENYATAANNYA !

sekali lagi, saya katakan... saya lebih mengharapkan akan wujud perpaduan di kalangan pemimpin parti-parti serpihan masyarakat Kadazandusun-Murut, berbanding melihat parti-parti ini terus DIPIJAK, DIPERLEKEH DAN DIPERALATKAN OLEH PARTI YANG LEBIH DOMINAN DI DALAM BN.

JIKA TIDAK, PERLUKAH DITUBUHKAN SATU LAGI PARTI DI SABAH... YANG LEBIH BERWIBAWA????

Yoyoku beti... berkata...

Rancangan tinggal rancangan...pelaksanaan,seperti melepas batuk di tangga.waktu pilihan raya,sujud sembah..dah....usir saja si Tambunan tu..bukan anak jati kota marudu pun...

Yoyoku beti... berkata...

Dari zaman mendiang yb dato saibul supu bekas adun kawsan N5 Tandek,sudah kemukakan cadangan untuk membina sebuah komplex sukan dan pelbagai lagi..namun c Tambunan tak menyampaikan hasrat itu kepada pusat.yg c Tambunan tahu,beli tanah orang kampung secara borong macam beli sayur di kaki lima kedai c kim soon..

Yoyoku beti... berkata...

Rancangan tinggal rancangan...pelaksanaan,seperti melepas batuk di tangga.waktu pilihan raya,sujud sembah..dah....usir saja si Tambunan tu..bukan anak jati kota marudu pun...

Yoyoku beti... berkata...

Bukan apa c kusai tandek ni...di nak melobi c tambunan siapa tahu pru akan datang c kusai tandek boleh jadi calon kawasan N5 Tandek..hihihi...papun,terusakan samapai jadi wakil parlimen pula..agaknya c tambunan tupun dah lama sangat dan perlukan suara orang mudah seperti c kusai tandek ni...sokong....