Jumaat, Februari 06, 2009

BN kerajaan baru Perak vs Anwar mendapat bala dari rakyat Perak

Kusai Tandek secara umum tidak bersetuju cara pembentukan kerajaan baru Perak melalui cara yang mudah tanpa melalui pilihanraya. Walau bagaimanapun, setelah dikaji secara mendalam, Kusai Tandek pun setuju juga akhirnya. Memang bercelaru lah fikiran Anwar gara-gara politik Perak yang dramatik+kalut+dasyhat= Kerajaan baru BN Perak.
Kalau di imbas perkembangan politik selepas PIRU ke-12, isu ADUN2 dan MP melompat sangat mengemparkan politik negara. Apa tidaknya, isu melompat parti ini segala-galanya dimulakan oleh Anwar Ibrahim (Pengasas Lompat Parti) apabila berusaha dan mengumumkan bahawa ada 30 MP BN akan berpindah ke PR untuk memboleh si Anwar menjadi Perdana Menteri dan menguasai Putrajaya (Angan2 Mat Jenin). Tetapi akhir tidak menjadi kenyataan, kerana mana ada MP BN yang melompat masuk ke PR. Itu semua permainan politik Anwar yang tamak kuasa. Kalau kita ingat apa yang berlaku di Sabah pada tahun 1994, di mana PBS memdapat 25 kerusi DUN dan BN 23 kerusi DUN. Anwar dengan bangganya menjadi Master Mind membeli ADUN2 PBS dan akhirnya PBS yang menjadi Kerajaan waktu itu tersungkur bumi.
Imbas kembali di Perak. semua ini berlaku disebabkan juga permainan Anwar yang masi menyimpan hasrat menjadi PM yang tertangguh 11 tahun dulu. Mula2 menawarkan dan membeli beberapa ADUN BN perak masuk dalam PKR. tetapi hanya ADUN Bota yang termakan janji kosong Anwar (ADUN Bota kembali menyertai UMNO kemudian). Akibat politik Anwar yang tidak menentu, tetiba dua ADUN PKR keluar dari PKR dan menjadi ADUN Bebas. Akhirnya kerajaan PR di Perak tidak sampai setahun jagung dan kerajaan BN memerintah semula Perak.
Memang benar Anwar mendapat bala dan pembalasan sipitung akibat tindak tanduk politiknya selama ini yang asyik mewar-warkan membeli 30 MP BN untuk merealisasikan impain yang tidak mungkin tercapai untuk menjadi PM pada 16 Septemner 2008. Dari pihak BN, kalau Anwar buat macam itu, tak kan BN diam-diam saja. Dalam permainan politik, kita mesti memiliki dua keadaan iaitu defensive dan attacking. baru lah kita boleh bertahan. Kusai Tandek betul2 kecian Anwar. Tengok muka Anwar di kaca TV yang duduk bersebelahan Nizar macam pucat saja. hehehehehe

6 ulasan:

Little Mike (LM) berkata...

BN tubuh kerajaan atau PR tumbang bukan melalui kuasa rakyat. Tindakan 3 adun PR dan kecelaruan arah politik adun Bota menjadi turning point kepada tubuh kerajaan dan tumbang kerajaan.

kekalutan skarang tidak melalui proses undi rakyat. Cuma ada, ulangan sejarah lompat-melompat.

BN tubuh kerajaan bukan kerana rakyat, kejatuhan PR juga bukan kerana rakyat... BN dan PR tahu memainkan permainan politik sebegini cuma siapa lebih 'handal' pantas dan tangkas... rakyat juga yang diperkotak-katikkan...

Junid Bin Gunsalam berkata...

hye litle mike..
sya pun setuju pendapat ko. BN dan PR sama2 memainkan kelicikan politik dalam kemelut politik perak. BN pun ada strategi tertentu. tidak kurang hebatnya juga PR yang juga ada strategi tertentu yang diketuai oleh Anwar Ibrahim. kedua-duanya memang pakar stategi. persoalannya sekarang siapa yang lebioh HANDAL< PANTAS DAN TANGKAS sahaja. hehehehe

Raja Mogudan berkata...

jangan taksub pada BN (Barisan Najis) kalau berani bubar adun Perak dan bagi mandat sama rakyat untuk menentukan siapa yang layak memerintah, mana DEMOKRASI yang selalu dilaung2kan oleh pemimpian BN?

Orang Asli Sabah berkata...

Berhubung kecelaruan isu ‘letak jawatan’ atau ‘lucut jawatan’ Nizar sebagai Menteri Besar, suka dijelaskan kepada seluruh rakyat negeri Perak bahawa Perkara 16(6) Undang-Undang Perlembagaan Negeri dengan terang2 menyatakan bahawa ‘lucut jawatan’ MB hanya boleh berlaku melalui 3 kaedah iaitu :

Pertama – pembubaran Dewan Undangan Negeri.

Kedua – undi tidak percaya dalam sidang khas Dewan Undangan Negeri.

Ketiga – MB meletak jawatan secara sukarela.

Tatapi apa yg tarjadi sikarang, tiada mana-mana satu pun di antara 3 kaedah itu barlaku. Nizar tidak malatak jawatan. Pembubaran DUN tidak barlaku. Bulum lagi barlangsung sidang khas atau apa-apa sidang membinsangkan usul undi tidak pircaya tarhadap MB. Maka bagaimana bulih dikatakan Nizar bukan lagi Menteri Besar Perak?

Apabila Nizar masih lagi Menteri Besar Perak yang sah mangikut undang-undang, maka adalah ganjil apabila dilantik seorang Menteri Besar yang baru. Bukan saja ganjil, tapi salah. Perlantikan Menteri Besar hanya bulih atau parlu dibuat apabila barlaku kakosongan jawatan itu. Sahingga saat ini Nizar masih MB mangikut parlembagaan. Bulum barlaku kakosongan. Nizar adalah MB yang sah manakala Dato’ Dr. Zambry adalah MB tidak sah atau MB haram.

Junid Bin Gunsalam berkata...

hye, srixon
Anwar pun apa kurangnya. kalau PR yang memerintah, anwar lagi teruk..

Junid Bin Gunsalam berkata...

hye, orng asli sabah

pembentukan tubuh negeri perak terletak ditangan kuasa sultan iaitu ketau negeri.