Jumaat, Januari 30, 2009

KATAK LOMPAT HARUS DIKEKANG???

KUSAI TANDEK berpendapat sudah sampai masa Perlembagaan Persekutuan dipinda untuk memberi laluan kepada pelaksanaan undang-undang antilompat parti (katak lompat). Kita telah banyak menyaksikan dari semasa ke semasa perbuatan wakil rakyat melompat parti. Ia boleh menimbulkan ketidakstabilan politik. Kalau kita ingat, perbuatan katak lompat ini sangat popular di Sabah pada tahun 1994 bila Parti PBS (Parti Pembangkang ketika itu) menang dengan majoriti tipis iaitu 25 (P.B.S) dan 23 (BN). Di situ lah, bapa katak lompat (Anwar Ibrahim) ketika itu Timbalan Perdana Menteri Malaysia menjadi "Master Mind" di dalam membeli ADUN-ADUN P.B.S untuk masuk dalam BN. Apa dah jadi kerajaan P.B.S hancur sekelip mata dengan percaturan Anwar Ibrahim dengan membeli Adun PBS dengan wang ringgit. Penghujung tahun 2008 dan awal tahun 2009, sekali lagi seluruh rakyat Malaysia digemparkan sekali lagi isu KATAK LOMPAT kerana dijanjikan sesuatu yang sekali lagi Anwar Ibrahim menjadi WATAK UTAMA dalam mencapai angan-angan mat jenin mau jadi Perdana Menteri. ngam lah Anwar digelar "Bapa Katak Lompat"

Penulis sangat setuju jika undang katak lompat diperkenalkan. Jika ada undang-undang antilompat parti, Penulis yakin gejala ketidakstabilan dalam landskap politik negara dapat dikurangkan. Justeru, undang-undang antilompat parti diharap dapat mengekang perbuatan sedemikian yang sebenarnya tidak menggambarkan kehendak para pengundi yang memilih seseorang wakil rakyat itu.

Sewajarnya, mana-mana wakil rakyat yang mahu melompat parti perlu melepaskan jawatan anggota Dewan Undangan Negeri dan/atau anggota Parlimen yang disandangnya. Ini kerana tindakan wakil rakyat melompat ke parti lain bermakna beliau mengkhianati kepercayaan pengundi.

Justeru amat wajar wakil rakyat yang berhijrah ke parti lain mengembalikan semula mandat kepada rakyat supaya mereka dapat membuat pilihan semula siapa dan parti mana yang mereka mahu.

Lagipun tempoh penggal perkhidmatan wakil rakyat tidaklah begitu lama. Tumpuan sepatutnya diberikan kepada menyempurnakan tanggungjawab. Ia bukan masa untuk beralih arah demi kepentingan peribadi dan keluarga sahaja.

14 ulasan:

Orang Asli Sabah berkata...

Hai, Dan Salam dari OAS.
OAS tartarik bah dengan komen Kusai Tandek bahawa DSAI marupakan "Master Mind" dalam lompat malompat dulu di Sabah. Batul kah gia si DSAI yg Master Mind dia tobpinai?? Buka si Mahathir yang kasi Master Mind sama DSAIkah time tu?? Pounsikou

Srixon berkata...

yang master mind beli YB2 masa tu ia lah Datuk Kadir Sheikh Fadzir yang hitam legam tu, bukan saya cakap tau tapi kawan ckp masa perjumpaan dengan ahli UMNO di KM datu Bidin ada bertanya kenapa datuk tersebut masuk parti UMNO dan bukan parti MIC, semua hadirin ketawa dan datuk tersebutpun menjawab dia bukan india tapi melayu -:)tanya sama datu bidin kalau apa sya ckkp nie bohong, saya heran juga kenapa kalau YB2 dari BN melompat tidak boleh tapi disebaliknya kalau YB2 dari PR boleh?!

Junid Bin Gunsalam berkata...

Hai..OAS,
sama2 la diorang tu..tapi di Sabah yang mengatur strategi membeli ADUN dari PBS ialah Anwar Ibrahim yang atur bogia..hehehe

Junid Bin Gunsalam berkata...

Hye Srixon...datuk kadir waktu itu cuma perunding dalaman. yang mengatur di Sabah ialah anwar ibrahim.

tapi anwar juga raja rasuah di sabah. politik wang disabah mula berlaku pada tahun 1993 bila mana anwar bertanding timbalan presiden umno melawan Tun Ghaffar Baba. ko tau, waktu itu, anwar kumpul orang2 di marudu ini dan bagi RM300 setiap orang. apa lagi anwar menang tanpa tanding. jadi , sejak dari itu politik wang dan rasuah wang berleluasa berlaku gara bapa rasuah moden anwar..

Umar al-Longobi berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Umar al-Longobi berkata...

sdr. junid,

personally, sy tidak berapa bersetuju dengan penggubalan Anti-Hopping Law. bagi sy, hak melompat perlu diberikan kpd mereka. kalau sesebuah parti itu sudah menjadi umpama kandang lembu yg najisnya berhamburan di sana-sini, apa gunanya dia terus terperap dalam kandang itu. sbg pemimpin berwibawa, dia mesti keluar mencari tempat yg lebih bersih. itupun jika kandang itu sudah sampai ke tahap tidak mampu dibersihkannya.

undang2 yg perlu digubal adalah, undang2 yg menyatakan bhw mana2 wakil rakyat yg lompat parti maka terlucutlah semua jawatannya termasuk keistimewaannya sbg wakil rakyat. kerusi yg disandangnya kosong dgn sendirinya dan PRK perlu dijalankan utk memilih wakil rakyat yg baru. lompat... boleh lompat, tapi lepaskan semua jawatan dulu. kalau mahu jawatan YB itu balik, bertandinglah dlm PRK.

sy ingin berkongsi seperkara lagi, dlm isu lompat melompat ini sy fikir kita sbg kktgn krjan pun boleh dikaitkan. kita juga `wakil rakyat kecil`. gaji kita sebahagian besarnya dibayar dgn menggunakan duit rakyat. rakyat membayar gaji kita supaya kita berkhidmat dgn kerajaan sepenuhnya. bukan berkhidmat dgn mana2 parti. tidak kiralah itu parti kerajaan kah atau pembangkang. justeru, kita mesti neutral. tidak manis rasanya kita menzahirkan pendirian kita menyokong mana-mana parti politik dgn berlatarbelakangkan jwtan kta sbg kktgn kerajaan. kalau perkara ini dilakukan, sy berpendapat org seperti ini juga telah `melompat parti` dan khianat dgn amanah rakyat. sehubungan itu, mereka ini juga wajar meletakkan jawatannya sbg kktgn kerajaan dan terus berkhidmat dgn parti yg dianggotainya. secara akademik, apa pandangan sdr?

Junid Bin Gunsalam berkata...

hai..saudara Umar

tq dengan pandangan saudara yang sungguh bernas. sy akui saudara adalah antara yang boleh mengeluarkan idea2 yang baik.

mengenai isu anti lompat..ya saya memang bersetuju dengan pandangan saudara. memang itu lah yang dikehendaki oleh penulis dan beberapa pemimipin tertentu yang menyatakan agar anti lompak dikaji semula. kita mesti tau skop keseluruhan yang di maksudkan mengubal undang2 anti lompat. ia bermaksud agar satu undang2 perlu digubal yang tidak melayakkan seseorangn YB membawa kerusi DUN yang disandang pada parti baru yang disertainya secara automatik. ini bermaksud suatu PRK perlu diadakan semula untuk mendapat mandat baru dari rakyat. inilah antara skop tuntutan undang2 anti lompat. tidak semestinya tidak boleh melompat. kan itu menghalang sudah demokrasi...hehehe

mengenai pegawai awam/kerajaan yang terlibat menyokong parti politik harus berhenti kerja dan menumpukna dalam politik sepenuhnya tidak kira pembangkang atau parti kerajaan itu sy tidak setuju langsung. sebagai kakitangan kerajaan, kita harus menyokong kerajaan. kalu awal2 lagi terniat melawan kerajaan buat apa kita menandatangani surat aku janji ketika lapor diri bekerja yang menyatakan kesetiaan kepada kerajaan dan tidak membocorkan rahsia kerajaan yang boleh memudaratkan kerajaan. aku janji ini bukan Malaysia saja yang buat, tetapi semua negara diseluruh dunia. lagipun kalu isu saudara yang menyatakan bahawa, gaji kakitangan awan dibayar daripada wanga rakyat. dan seharusnya kita bersikap neutral pun saya tidak setuju. sebab, kalu itulah persoalan saudara, samaada kakitangan awam atau swasta gaji mereka juga berpunca daripada wang rakyat (pada pandangan saudara). jadi tak kan semua bersikap neutral. duit petani pun berasal dari wang rakyat. jadi siapa lagi yang mengundi? so, saya rasa tidak tepat pandangan penulis.

Mari kita belajar sedikit ekonomi. sebenarnya, kalu dikaji sedalam-dalamnya, wang/ matawang yang berlegar-legar dipasaran tidak boleh diistilahkan wang rakyat. Wang adalah dicetak oleh Bank Pusat iaitu kalu di Malaysia ialah Bank Negara Malaysia yang dikawal oleh kerajaan. jumlah wang dicetak ini dikawal oleh Bank Dunia (IMF). selepas itu, wang yang dicetak oleh kerajaan setelah mendapat kelulusan daripada IMF, barulah wang itu berlegar-legar dipasaran pada pelbagai ruang lingkup. so, saya tidak fikir adanya istilah wang rakyat. istilah wang rakyat ini sebenarnya merupakan istilah politik semata-mata demi mengaburi pihak2 tertentu. kalau secara akademik, tiada istilah wang rakyat. itu pandangan saya saudara. terima kasih kerana masuk dalam bolg saya. saya harap selepas ini kita terus saling memberikan komen dan pendapat dlm blog. heheheheheh

salam perjuangan

Umar al-Longobi berkata...

trma kasih sdr. junid atas pandangan balas yg cukup bernas dan sy kira boleh didebatkan lagi, hehehe. harap2 begitulah yg jadi pd anti-hopping law itu nanti.

ttg istilah wang rakyat, sy tertarik dgn pandangan sdr. sy juga ada belajar ttg proses percetakan duit itu. yg itu sy setuju. tapi, apb bercakap ttg ekonomi negara kita tidak boleh lari drp menyentuh ttg sumber pendapatan negara.

wang tidak boleh dicetak sewenang2nya tanpa mengambil kira sumber pendapatan negara termasuk hasil mahsul yg ada spt petroleum, kelapa sawit, getah, padi, galian dll. kalau dicetak juga, musnah negara!

persoalan sy adalah, siapa pemilik semua hasil mahsul itu? ya, sy pasti sdr bersetuju dgn sy bhw semua itu bukan milik kerajaan, bukan milik pembangkang dan seumpamanya. jadi milik siapa? jwpannya adl milik semua rakyat m`sia. kerajaan dll hanya mengurus dan memajukan sumber2 itu. sebab itulah, timbul istilah wang rakyat. dan, itulah yg dikatakan wang rakyat yg pd sy pentakrifan itu betul dan bukanlah sstu yg dipolitikkan.

ttg pengelibatan pgwai/kktg kjan dlm politik scara langsung tu, sy rasa sdr kena baca balik pekeliling, hehe. sy harap sdr dapat bezakan di antara krjaan & parti yg memerintah. sbg keynya, seorg PM cthnya tidak boleh menggunakan kddukannya, apa2 harta milik krjaan, dll yg berkaitan utk kepentingan parti. kalau tujuan parti, mesti pakai duit parti. krjaan ini neutral. rakyat mpunyai hak yg sama thdp kerajaan walau apa background politiknya. tq, pandangan sdr?

Junid Bin Gunsalam berkata...

jumpa lagi saudara umar..
tq dengan pandangan saudara yang baik dan bernas. tiada masalah juga seorang kakitangan awam terlibat dlm politik asalkan mendapat kebenaran bertulis daripada ketua majikan. apa lagi kalau jawatan saya iaitu JASA dan penerangan (under kementerian penerangnan) yang memang pun berfungsi menjelaskan dasar2 dan polisi kerajaan dan seterusnya memperjelaskan isu semasa yang diputarbelitkan pihak tertentu sehingga memudaratkan kerajaan. so, tidak salah juga bah kan sy terlibat politik.

istilah wang rakyat? itu sy tidak setuju. istilah wang deng sumber2 alam (termasuk hasil mahsul yg ada spt petroleum, kelapa sawit, getah, padi, galian dll) adalah sangat berbeza sekali. kadang2 wang sama erti dengan sumber alam. kadang2 juga tidak sama maksud. contohnya, satu ketika dulu daun pisang pernah disebut wang. tetapi skarang tidak lagi. pada masa sekarang wang hanyalah sekeping wang kertas dan syiling. boleh jadi juga masa akan datang wang dalam bentuk kad atau cek. suka sy katakan disini bahawa, wang bermaksud mana2 benda yang diterima umum dan penawaran terhad maka disebut wang. dan wang sentiasa berlegar-legar ditangan masyarakat. pokok pangkalnya, wang mestilah penawaran terhad demi menjaga kestabilan nilai. siapakah yang menjaga kestabilan nilai dan penawaran wang. tidak lain tidak bukan bank pusat iaitu bank negara malaysia yang dikawal oleh kerajaan. oleh itu istilah wang rakyat wujud dlm ruang lingkup politik sahaja. tetapi dari segi akademik memang salah. tq

syok pula kita saling bertukar pendapat. hehehe

Umar al-Longobi berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Umar al-Longobi berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Umar al-Longobi berkata...

tq sdr junid. utk lebih jelas ttg wang rakyat, sy sebut mcm ini. berkenaan dgn kaedah percetakan wang. kadar/jumlah/nilai cetakan itu bergantung pada anggaran kasar sumber pendapatan/hasil mahsul bumi di sesebuah negara. kalau byk, byk juga cetakan wang yg akan dibuat. gunalah istilah apapun, tapi hakikatnya wang itu tetap `wang rakyat` dan sesiapa shj yg menggunakan `wang rakyat` berkewajiban menjaga amanah rakyat. itu kira kesimpulan sylah.

emm.. jadi, kalau kerajaan bertukar ke PR, misalnyalah. sdr akan menyokong kerajaan PR kah? sptmana yg sdr buat pd BN skrg? hehe.. bah, tq atas pandangan bernas sdr. sy hormati prinsip yg sdr pegang. gd luck! berkhidmat utk negara... hehe, jumpa lagi.

Nota: memang dlm akademik, tiada istilah wang rakyat. hehe, sorry mungkin sy tersalah letak perkataan `akademik` dlm komen sy yg pertama. yg sy maksudkan dgn `akademik` adalah, bertukar2 pendapat secara ilmiah. tq boss.

salam perjuangan!

Junid Bin Gunsalam berkata...

hye umar..ok bah gia. kita pun masing2 ada pendapat. itu namanya sekadar pendapat. kita tidak boleh mengubahnya. yang penting kita boleh belajar sesuatu daripada pendapat orang lain.

bah kita terus lah saling memberi pendapat. tiada masalah juga. sedangkan anak dan bapa pun kadang berbeza pendapat apatah lagi kita ini kan. huhuhuu.

kalu PR yang memerintah nanti, sama ada sy ikut atau tidak itu kena difikirkan secara masak2. sebab ikut politik ini kita mesti ada identiti dan kita masing2 pun ada prinsip perjuangan. kita ikut parti pun mesti ada asas juga. tq

kimaragang tulin berkata...

kalau BN lompat pigi Pakatan rakyat dipanggil katak. jadi, yang orang pembangkang kana beli oleh BN dan melompat bukan katak??? kaula katak junid, macam dalam tempurung.kakaka!