Jumaat, Julai 17, 2009

"Macam-macam town". Perlukah dalam konteks 1malaysia

DI Kuala Lumpur ada kawasan yang dikenali sebagai China Town seperti di Jalan Petaling. Ada juga Little India sebagaimana di Jalan Brickfields yang akan dinaik taraf sebagai kawasan pelancongan baru serta diperluaskan meliputi beberapa batang jalan lagi. Di Melaka, terdapat konsep menyerupai China Town iaitu di Jonker Walk dan Little India di persimpangan Jalan Bendahara dan Jalan Temenggong. Di Kelang, Jalan Tengku Kelana diisytiharkan sebagai Little India. Banyak lagi kawasan di negara ini yang sudah dilabel dan bakal dimajukan sebagai China Town dan Little India. Apakah ada Malay Town? Selain Pekan Rabu di Alor Setar, Pahang turut memperkenalkan satu lokasi dinamakan Malay Town di Kuantan. Apa yang menjadi persoalan wajarkah diwujudkan China Town, Little India dan Malay Town? Apatah lagi pihak-pihak berkenaan makin ghairah memajukan konsep bandar kecil atau pekan bercirikan identiti kaum. Di satu negeri misalnya, sampai ada dua atau tiga lokasi berkenaan.

Pasti ada yang berpendapat, apa salahnya diwujud dan dikembangkan China Town dan Little India kerana di Amerika Syarikat (AS) dan beberapa negara lain, ia bukan pemandangan yang asing. Tetapi Awang tidak nampak kewajaran sebegitu banyak China Town, Little India mahupun Malay Town di negara ini. Untuk menjadikan AS sebagai perbandingan adalah silap. Ini kerana Malaysia sememangnya telah dikenali dan diisytiharkan sebagai negara pelbagai kaum. Jika sudah mencapai status negara pelbagai kaum, untuk apa perlunya China Town, Little India mahupun Malay Town? Masyarakat Cina dan India di negara ini bukan golongan imigran, mereka adalah warga negara. Lainlah kalau Afrika Town, Arab Town, Bangla Town, Nepal Town dan Vietnam Town diwujudkan oleh komuniti pendatang yang merantau mencari rezeki di negara ini kerana mereka bukannya warga negara. Awang boleh faham dan terima jika terdapat satu dua China Town atau Little India di negara ini bagi tujuan pelancongan atau untuk menampakkan kepada pelancong dari negara China dan India bahawa budaya dan ciri-ciri kedua-dua kaum itu masih ketara di negara ini. Tetapi jika jumlahnya berkembang pesat bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan, maka ia bukan sesuatu yang boleh dibanggakan. Jika itu dibenarkan, ke mana arah kita sebagai bangsa Malaysia melainkan jika kita mahu membatalkan semula rujukan Malaysia sebagai negara pelbagai kaum. kalu macam itu bila lagi wujud DUSUN TOWN???? sama2 kita fikirkan

3 ulasan:

ison berkata...

Saya rasa lucu pula baca artikel kau pasal macam2 town ni bos. Tidak terfikir pula ia boleh jadi satu isu yang menidakkan konsep 1 Malaysia.

Kalau begitu, bolehlah diusulkan kepada pak Najib supaya tukar semua China Town, Little India, dan Malay Town kepada 1 Malaysia Town saja.

Nota: Saya masih berfikir tentang kesatuan di dalam kepelbagaian dalam konteks macam2 town ni...

kimaragang tulin berkata...

PTI town pun masuk satu malaysia juga. kakaka! padan muka najib!

kimaragang tulin berkata...

PTI town pun masuk satu malaysia juga. kakaka! padan muka Najib!