Konsep Bumiputera di Malaysia.
Bumiputera atau peribumi ialah penduduk asal sesuatu tempat, contohnya seperti di Tanah Melayu. Golongan yang dikira sebagai bumiputera menurut undang-undang adalah semua suku kaum Orang Asli, Melayu, peribumi Sabah, dan peribumi Sarawak.
Dasar Pro-bumiputera
Dasar pro-bumiputra tertentu wujud sebagai suatu alat membantu golongan bumiputera yang rata-ratanya sebagai petani dan dikategorikan miskin. Untuk membantu golongan bumiputera meningkatkan taraf ekonomi maka dasar pro-Bumiputera diwujudkan. Dasar sebegini termasuk kuota untuk yang berikut: kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Am (IPTA), kelayakan untuk biasiswa Kerajaan, jawatan dalam kerajaan dan pemilikan perniagaan. Kebanyakan dasar ini dibentuk dalam Dasar Ekonomi Baru Malaysia (NEP). Banyaknya memberi tumpuan pada menerbitkan pemilikan saham bumiputera dalam korporat sekurang-kurangya 30 peratus. Matlamat ini asalnya dicadangkan oleh Ismail Abdul Rahman, setelah kerajaan tidak dapat mencapai persetujuan atas satu matlamat dasar yang sesuai.
Contoh-contoh dasar pro-bumiputera:
1.Syarikat disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur mesti mencari Bumiputera untuk memenuhi sekurang-kurangnya 30% saham sebagai salah satu syarat untuk disenaraikan.
2.Peratusan tertentu kawasan perumahan hendaklah dijual kepada Bumiputera. Pembangun rumah perlu memberikan sekurang-kurangnya 7% potongan kepada pembeli Bumiputera supaya dapat memiliki rumah.
3.Dana (modal) bersama (mutual fund) Kerajaan tertentu hanya terhad pembeliannya kepada Bumiputera sahaja.
4.Banyak projek perlu tender kerajaan memerlukan syarikat yang menghantar tender dimiliki Bumiputera. Syarat ini mengakibatkan syarikat bukan Bumiputera bekerjasama dengan syarikat Bumiputera yang mendapat projek dengan amalan yang dikenali "Ali Baba", di mana Ali (Bumiputera) wujud semata-mata untuk memenuhi syarat ini dan Baba (bukan Bumiputera) memberi Ali jumlah tertentu sebagai pertukaran. Projek-projek terhad kepada Melayu bagi mereka menimba pengalaman di berbagai-bagai bidang. Namun projek-projek tersebut selalunya dijual kepada bukan Melayu kerana pentendernya tidak berminat (atau malas) bekerja, dan hanya berminat untuk memenangi kontrak sahaja (untuk duit cepat).
5.AP kereta diberi khasnya kepada Bumiputera untuk mengimport kereta. Syarikat pengedar kereta yang berhajat membawa masuk kereta perlu mendapat AP (permit). AP asalnya diwujudkan untuk membenarkan Bumiputera mengambil bahagian dalam industri kereta.
Apa itu konsep Apartheid di Afrika Selatan.
Sejarah Purba
Manusia modern tinggal di Afrika Selatan selama 100.000 tahun, manakala keturunan mereka berada disini selama 3.3 juta tahun. Satu lokasi yang kaya dengan peninggalan fosil adalah di Gua Sterkfontein berhampiran Johannesburg dan Pretoria kini dikenali sebagai buaian manusia atau Cradle of Humankind. Bukti-bukti terbaru manusia primitif adalah lukisan-lukisan gua yang dihasilkan oleh sekumpulan orang dari Zaman Batu, yaitu kaum kerabat suku Khoekhoen dan San.
Kedatangan orang Eropah
Penempatan Eropah yang pertama di Afrika Selatan ialah di Table Bay (kini Cape Town) oleh Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) pada tahun 1652. Pada asalnya ia didirikan sebagai pusat transit untuk kapal-kapal yang melaluinya. Namun demikian, koloni ini kian berkembang ketika petani-petani Belanda membuka ladang-ladang mereka di penempatan ini. Selepas itu, budak-budak diimport dari Afrika Timur, Madagascar dan India Timur, untuk bekerja di ladang mereka.
Pada tahun 1679, Syarikat VOC mengambil keputusan untuk meningkatkan pengeluaran pertanian di penempatan ini dengan menggalakkan lebih banyak penduduk Eropah pindah ke penempatan ini. Para pendatang berbangsa Jerman dan Belanda ditawarkan ladang percuma apabila mereka datang ke Cape. Pada tahun 1688 beberapa ratus orang berbangsa Huguenots yang lari dari penindasan kerajaan Perancis berpindah ke Cape dan diberi tanah di penempatan ini. Pendatang-pendatang tersebut kemudiannya menerima budaya serta bahasa Belanda dengan hati yang terbuka. Sebagai peladang mereka menanam gandum yang banyak dan bijirin yang lain untuk dijual ke VOC. Disamping itu, mereka menanam pokok anggur untuk dijadikan anggur dan brandi - produk yang mempunyai permintaan yang tinggi oleh pelayar-pelayar Belanda dan juga dapat dieksport ke Eropah. Namun demikian, ekonomi yang penting untuk para pendatang adalah peternakan, yang memerlukan kawasan padang rumput yang luas sebab tanah di Cape kurang subur. Pada akhir abad itu, ladang rumput yang gersang menjadi suatu masalah besar bagi pendatang-pendatang di penempatan ini.
Akibatnya, pada tahun 1700 petani-petani ini menerobos masuk ke wilayah kerajaan Bantu, 700 kilometer ke timur Cape Town. Ini menimbulkan konflik antara pihak pendatang dengan suku Bantu dan Xhosa dan memulai peperangan selama satu abad, dimana pihak Belanda berjaya menaklukan kerajaan Xhosa. Pada masa yang sama, tempat-tempat di luar jangkauan Belanda melancarkan kerajaan yang baru yaitu kerajaan Zulu.
Pada 1820-an, pemimpin Zulu yang terkenal yaitu Shaka mendirikan kerajaan yang besar di tenggara Afrika iaitu Lesotho dan kerajaan Sotho-Tshwane yang lain. Sementara itu bermula pada 1830 an, kaum kerabat pendatang Belanda yang pertama, yang dikenali sebagai Boer Voortrekkers memulakan migrasi ke bahagian utara Afrika Selatan.
Pihak Inggris menduduki Tanjung Harapan (Cape of Good Hope) pada 1806 dan kemudian daerah Natal. Sepanjang abad 1800, pengaruh Eropah mula berkembang kearah timur. Pada pertengahan 1800, kumpulan Voortrekkers (Bahasa Afrikaan yang bermaksud perintis) mendirikan dua republik kaum kulit putih, Zuid-Afrikaansche Republiek (ZAR) atau Republik Afrika Selatan di Transvaal dan Orange Free State.
Revolusi Tambang
Penemuan berlian di utara Cape pada 1860 an menarik berpuluh ribu orang ke bandar Kimberley. Pada 1871, pihak Inggeris merampas semua Tambang berlian di negara ini. Mereka juga menakluki daerah-daerah kulit hitam yang berakhir dengan perang Anglo-Zulu pada 1879, di mana kerajaan Zulu jatuh ketangan penjajah Inggris.
Pembukaan Tambang emas Witwatersrdan pada tahun 1886 merupakan titik perubahan bagi sejarah Afrika Selatan. Permintaan bagi hak franchise untuk pendatang penutur bahasa Inggeris yang bekerja diTambang emas baru yang kaya ini merupakan alasan yang digunakan oleh Inggris bagi memulakan peperangan dengan Transvaal dan Orange Free State pada tahun 1899. Pihak Boers pada mulanya menyebabkan kekalahan teruk kepada Inggris tetapi akhirnya kekuatan empayar Inggris melemahkan pasukan gurila (yang dikenali sebagai komando) dan peperangan berakhir pada tahun 1902. Kebijakan membumi hanguskan Inggris termasuk membakar ladang dan penahanan anak dan isteri Boer dan penduduk kulit hitam yang berada dalam laluan mereka. Beribu-ribu mati dalam khemah tahanan. Pihak Boers sedar bahawa penentangan berterusan akan menyebabkan mereka lenyap dari bumi Afrika Selatan. Oleh itu, pada 31 Mei, 1902 pihak Boers dan Inggris menandatangani Perjanjian Vereeniging di Pretoria. Perjanjian ini memberikan kuasa penuh kepada pihak Inggris untuk memerintah Afrika Selatan. Manakala, pihak Inggris bersetuju untuk membayar hutang perang kerajaan Boer sebanyak £3,000,000. Disamping itu, penduduk Belanda diberi hak kerakyatan istimewa di Afrika Selatan.
Penyatuan Afrika Selatan
Pada tahun 1910, Kesatuan Afrika Selatan didirikan dari empat daerah yaitu Cape, Natal, Transvaal dan Free State. Kesatuan ini adalah lebih kepada kesatuan kaum kulit putih dari segi hak dan kuasa politik. Manakala, penduduk kulit hitam dikesampingkan. Akibatnya, kaum kulit hitam menentang kesatuan ini. Walaupun terdapat penentangan yang hebat terhadap kerajaan berbentuk perkauman, Akta Tanah Pribumi (Natives Land Act) digubal pada tahun 1913. Akta ini menetapkan kawasan-kawasan penempatan yang dipanggil "homeland" yang dapat diduduki oleh kaum kulit hitam. Penempatan ini hanya merangkumi 13% kawasan di seluruh Afrika Selatan. Selain itu, lebih banyak akta diskriminasi digubal, seperti pemberian kerja yang memihak kepada kaum kulit putih. Pada 1930-an, diskriminasi perkauman menjadi semakin teruk akibat kebangkitan semangat nasionalisme di kalangan bangsa Afrikaner.
Parti politik pertama di Afrika Selatan adalah Partai Afrika Selatan yang didirikan oleh Louis Botha dan Jan Smuts pada 1910. Dua tahun kemudian, Kongres Kebangsaan Afrika atau African National Congress (ANC) pula didirikan untuk membangkang diskriminasi penduduk kulit hitam dari pelibatan politik. Beberapa tahun selepas itu, Partai Kebangsaan atau National Party (NP) dibawah pimpinan Barry Hertzog menggantikan Partai Afrika Selatan. Pada 1934, kedua-dua partai bergabung dan dikenali sebagai partai Afrika Selatan Bersatu (United Party South Africa). Gabungan ini berjaya menyatukan suku Afrikaner dan Inggris. Namun, perkongsian kuasa ini berakhir pada 1939 sewaktu Perang Dunia II meletus. Perpecahan ini berlaku kerana kesatuan tersebut menyokong pihak Inggris, manakala suku berhaluan kanan Partai Kebangsaan, bersimpati pula dengan regim Nazi di Jerman.
Kebangkitan Apartheid
Pada tahun 1948, selepas berakhirnya Perang Dunia II, Partai Kebangsaan (NP) yang pro-Afrikaner , mengambil alih kuasa dan membawa bersama mereka ideologi apartheid, suatu pendekatan kuku besi dalam melaksanakan isu perkauman, yang lebih zalim dari kebijakan-kebijakan perkauman kerajaan sebelumnya.
Sementara itu, pihak pembangkang berkulit hitam pula melalui perubahan yang besar. Pada 1943, satu kumpulan belia yang lebih agresif dan komited melancarkan sayap baru yang dipanggil "ANC Youth League", yang talah melahirkan banyak tokoh-tokoh politik hebat seperti Nelson Mandela, Oliver Tambo dan Walter Sisulu.
Pada 1961, kerajaan NP dibawah pimpinan Perdana Menteri HF Verwoerd mengisytiharkan Afrika Selatan sebagai sebuah republik selepas memenangi pungutan suara rakyat kulit putih. Selepas itu kerajaan melancarkan segregasi secara besar-besaran dengan mengharamkan perkhawinan berlainan bangsa dan menghendaki setiap rakyatnya mendaftar diri berdasarkan bangsa atau warna kulit.
Segregasi perumahan kemudiannya dikuatkuasakan dimana komunitas berkulit hitam dipaksa berpindah kepada kawasan yang ditetapkan untuk kaum kulit hitam. Kerajaan Afrika Selatan juga merangka kebijakan untuk pembangunan berasingan, dan membahagi-bahagikan penduduk Afrika kepada "negeri-negeri" tiruan dengan "homeland"nya yang tersendiri dengan janji setiap negeri akan diberikan "kemerdekaan". Hampir 3.5 juta penduduk kulit hitam menjadi mangsa pemindahan ini dan ia menyebabkan meningkatnya kawasan setinggan di Arika Selatan. Rakyat kulit hitam dijadikan rakyat kelas dua dengan adanya "pass laws" dan kawalan influx yang dilaksanakan dengan ketat. Ini membangkitkan kemarahan dari pihak ANC dan pada 1949 mereka melancarkan Program Tindakan yang menolak dominasi kaum kulit putih dan menggalakkan tindakan protes, mogok dan demonstrasi.
DAP-menyamakan Konsep Bumiputera di Malaysia dan Dasar Apartheid di Afrika Selatan satu kenyataan melampau
Dakwaan oleh Dr Boo Cheng Hau (Ketua Pembangkan DAP Johor) yang mengatakan kerajaan BN mengamalkan dasar diskriminasi yang memecahbelahkan rakyat kepada Bumiputera dan bukan Bumiputera. Walhal, tindakan yang dibuat oleh kerajaan adalah yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan semenjak Malaysia mencapai kemerdekaan. Sepatutnya Dr Boo yang merupakan ADUN di JohorS menghormati keluhuran perlembagaan yang menjadi salah satu asas Rukun Negara dan menerima hakikat pemaktuban hak-hak Bumiputera di samping pemeliharaan hak-hak asasi untuk semua rakyat Malaysia dalam Perlembagaan Persekutuan. Dalam keadaan sekarang kita harus bersyukur kita masih hidup dalam keadaan yang aman dan harmoni
Kita sedia maklum bahawa hak-hak kaum Bumiputera adalah sesuatu yang menjadi asas kepada kontrak sosial dan ianya menjadi tunjang dalam memastikan perpaduan negara. "Kerajaan percaya pemeliharaan hak-hak Bumiputera tidak seharusnya bercanggah dengan penjagaan hak-hak asasi semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum mahupun agama. Apa yang penting ialah kita berlaku adil terhadap semua rakyat Malaysia dengan turut mengambil kira latar belakang dan keadaan, termasuk sejarah rantau dan kumpulan masing-masing
16 ulasan:
Salam Perkenalan...
Lagi tajuk yang menarik untuk diperbincangkan..
Pada hemat saya, bukan soal menyamakan Konsep Bumiputera di Malaysia dan Dasar Apartheid di Afrika Selatan atau kontrak sosial bah..
Tetapi yang penting macam mana kita nak meningkatkan taraf ekonomi BUMIPUTERA khususnya BUMIPUTERA dari SABAH DAN SARAWAK seperti saya dan anda! sebab secara keseluruhannya kaum bumiputera, termasuk kumpulan penduduk peribumi (Sabah dan Sarawak) memiliki pendapatan dan pertumbuhan pendapatan yang paling rendah berbanding kaum Cina dan India.
Menurut penemuan oleh Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNDP) bagi Malaysia, Singapura dan Brunei dalam buku yang dihasilkan bersama EPU-UNDP yang bertajuk “Malaysia: Measuring and Monitoring Poverty and Inequality” menunjukkan “Kemiskinan paling serius di Malaysia bukan di kalangan kaum India (seperti yang didakwa oleh Hindraf ba), tapi komuniti peribumi di Sabah dan Sarawak.." kata wakil UNDP, Dr Richard Leete.
Menurut buku itu, garis kemiskinan bagi Semenanjung Malaysia pada tahun 2004 ialah RM543, RM704 (Sabah) dan RM608 (Sarawak). Isi rumah dengan pendapatan bawah garis kemiskinan dikategorikan sebagai miskin.
Soalnya, dimana TANGGUNGJAWAB dan AMANAH RAKYAT yang diberikan kepada BN sepanjang 50 Tahun yang lepas? Bukan menuding kepada BN saja tetapi semua pihak... Tetapi BN sebagai pemain utama harus berperanan penting untuk bukan hanya mencorakkan dasar tetapi juga perlaksanaannya!
Bukan menyentuh lebih khusus sebab bersifat sensitif tetapi dalam hal bumiputera, sejauh mana penyertaan khususnya peribumi (mereka panggil) Sabah dan Sarawak dalam agenda ekonomi negara kita? Saya tak lihat pun simpanlah 3% penyertaan peribumi dalam agenda @ dasar ekonomi negara. Dimana silapnya?
Memang kita tahu bahawa pelbagai pendekatan diguna pakai dalam mengukur kekayaan sesuatu kaum. Ekuiti seperti yang dikemukakan Institut Kajian Strategi dan Kepimpinan Asia (Asli) hanya sebahagian daripada petunjuk tetapi tidak memberi gambaran sebenar kekayaan kaum yang diperoleh daripada upah buruh, sewaan dan keuntungan daripada perniagaan.
Kita juga perlu melihat pendapatan perkapita setiap kaum, purata perbelanjaan setiap isi rumah.
Secara kasar kekayaan diukur dari segi nilai harta sebenar yang dimiliki setiap individu selepas ditolak segala perbelanjaan asas seperti makan minum, rumah, pakaian, pengangkutan dan persekolahan.
Berbanding kaum lain, Bumiputera masih pada peringkat paling bawah, sekadar memenuhi keperluan asas berbanding Cina dalam klasifikasi sosial di mana mereka mampu berkereta mewah, tinggal di banglo dan kondominium di kawasan elit selain mampu menghantar anak ke sekolah swasta dan antarabangsa.
Mereka juga mampu mendapatkan rawatan di Hospital Glenagles, Ampang Puteri atau Subang Jaya Medical Centre berbanding Bumiputera yang terpaksa berhimpit di hospital kerajaan, tanpa insurans perubatan.
Kaum Cina juga mampu berbelanja d Starhill, Lot 10, One Utama atau di Oxford Street berbanding Bumiputera yang menjadi pelanggan setia Pasaraya Mydin.
Setiap petang mereka berehat di DOME, Starbucks atau Coffee Beans, berbanding orang Melayu yang lepak di kedai mamak 24 jam.
Kalaulah bandar di negeri Melayu seperti Kota Bharu, Kuala Terengganu, Alor Star atau Kangar dijadikan ukuran kekayaan Bumiputera berbanding kaum Cina dari segi rumah kedai, bangunan pejabat, premis perniagaan serta aktiviti perniagaan, samalah membandingkan Pekan Rabu dengan Mid Valley.
Ini belum mengambil kira bandar seperti Georgetown, Ipoh, Taiping, Kuala Lumpur, Klang, Seremban, Melaka, Batu Pahat atau Johor Bahru yang mana milik Bumiputera tidak sampai 11 peratus.
Kajian Yayasan Strategik Sosial (April 2004) menyatakan 48 peratus daripada 15.35 juta Bumiputera atau seramai 7.4 juta orang berada pada kedudukan terbawah klasifikasi sosial berbanding 21 peratus Cina dan 39.6 peratus India.
Hanya sekitar 13 peratus atau 1.99 juta berada di kelompok teratas berbanding 34 peratus Cina dan 20 peratus India.
Berdasar kepada purata kebangsaan sekitar 18.9 peratus Bumiputera berada 10 peratus di bawah kaum Cina atau 5.9 peratus di bawah kaum India bagi kumpulan teratas.
Bagi kumpulan pertengahan seramai 5.98 juta orang atau 39 peratus adalah Bumiputra berbanding 45 peratus Cina dan 50 peratus India.
Purata kebangsaan sekitar 41.4 peratus meminjam istilah Prof Dr Shamsul dari UKM, hampir 50 peratus Bumiputera dikategorikan ‘miskin’, 39 peratus dikira ‘sederhana’ dan hanya 13 peratus dikira ‘senang’ dan sebahagian kecil ‘kaya’ berbanding 34 peratus Cina di dalam kategori ‘senang’ dan ‘kaya’.
Antara 1970 dan 1983, ekuiti Bumiputera meningkat sebanyak 15.5 peratus daripada 2.5 peratus pada 1970 kepada 18 peratus pada 1983.
Selain daripada penubuhan pelbagai agensi seperti Mara, SEDC dan beberapa agensi lain termasuk Pernas dan PNB.
Pada 1980 hingga 1983, ekuiti Bumiputera naik kepada 18 peratus tetapi ekuiti kaum Cina naik ke 47 peratus melepasi sasaran 40 peratus yang sepatutnya dicapai pada 1990, membuktikan DEB sedikit pun tidak menjejaskan kaum lain.
Salah satu penyumbang kemerosotan ini ialah akibat daripada kemelesetan ekonomi dunia, bertambahnya sekatan perdagangan, meningkatnya inflasi, kadar pengangguran yang tinggi serta dasar kerajaan dalam mengurangkan perbelanjaan dan hutang luar negara.
Akibatnya, kemiskinan luar bandar meningkat daripada 37.4 peratus pada 1980 kepada 41.6 peratus pada 1983.
Oleh kerana 70 peratus penduduk luar bandar adalah Bumiputera, merekalah yang menerima akibat paling teruk. Antara 1983 dan 1990, ekuiti Bumiputera meningkat sebanyak 2.3 peratus iaitu daripada 18 peratus pada 1983 kepada 20.3 peratus pada 1990.
Yang menyedihkan lagi, antara 1988 ke 1990 kenaikan hanya 0.9 peratus iaitu dari 19.4 peratus kepada 20.3 peratus. Pada masa yang sama modal Cina meningkat 12.3 peratus daripada 32 peratus pada 1988 kepada 44.9 peratus pada 1990.
Faktor lain yang menyebabkan kegagalan mencapai sasaran DEB adalah kurangnya kerjasama daripada sesetengah peniaga Cina terutama dalam bidang PKS yang menganggap sesetengah akta yang dilulus menghalang perkembangan perniagaan mereka.
Contohnya Industrial Coordination Act (ICA) yang dilulus pada tahun 1975 mensyaratkan syarikat bukan Bumiputera dengan modal berbayar RM100,000 dengan sekurang-kurangnya 25 pekerja penuh masa perlu memperuntukkan sekurang-kurangnya 30 peratus ekuiti kepada Bumiputra tetapi atas desakan Dewan Perniagaan Cina dinaikkan kepada RM250,000.
Tetapi ramai daripada pengusaha PKS ini mengekalkan modal mereka di bawah RM250,000 bagi mengelak daripada Akta.
Seterusnya dinaikkan hingga RM2.5 juta pun tidak dapat dilaksanakan, di mana jurang yang begitu besar dapat dilihat hingga ke hari ini.
Antara 1989 dan 1996, ekonomi negara berkembang pada kadar 9.5 peratus. Malangnya ekuiti Bumiputera hanya meningkat sebanyak 1.4 peratus daripada 19.2 peratus pada akhir 1990 kepada 20.6 peratus pada akhir 1995.
Ekuiti kaum Cina turun daripada 45.5 peratus kepada 40.9 peratus. Walaupun Malaysia dianggap sebagai Harimau Baru Asia (East Asia Tiger Economies) tumpuan keterlaluan kepada projek mega menyebabkan ‘overheating’.
Kerancakan pasaran saham di BSKL menjadikan seolah-olah tempat perjudian.
Ramai antara ahli perniagaan Cina yang mendapat faedah Dasar Pembangunan Nasional (DPN) yang dikhuatiri kaum Cina boleh menjejaskan pemilikan ekuiti kaum mereka.
YTL misalnya mendapat kemudahan RM1.5 bilion dari EPF bagi membina IPP yang mana kuasa elektrik yang dijana dijual kepada TNB bagi jangka masa agak lama.
Tan Sri Ting Pek Khiing mendapat RM6 bilion membina projek Bakun di samping berbagai projek lain. Tong Kooi Ong diberi lessen stockbroking di samping Phileo Allied Bank.
Malah, apa saja dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk kaum Bumiputera, kaum Cina yang mendapat faedah terbesar.
Memang benar majoriti kontrak diberi kepada syarikat Bumiputera seperti sektor pembinaan, pengangkutan, teksi, AP serta kontrak pembekalan, syarikat Bumiputera sekadar menerima sekitar 2-10 peratus ‘gross profit’, sedangkan selebihnya kembali ke tangan peniaga Cina.
Contohnya kontrak membina bangunan bernilai RM100 juta, ditolak kerja asas, bekalan simen, besi serta bahan binaan lain, lazimnya syarikat Bumiputera hanya menerima sekadar 2-3 peratus dari nilai kontrak.
Malah, ada juga kontraktor Cina yang memegang hingga 20 lesen kelas F.
Selepas sektor pengangkutan dibuka seluas-luasnya, kalau dulu hanya lima atau enam syarikat kontena yang beroperasi, tetapi sekarang selepas lebih 60 lesen baru dikeluarkan sektor itu kembali dimonopoli kaum Cina.
Ia disebabkan modal yang tinggi untuk memulakan perniagaan. Akhirnya syarikat seperti Century, Bintang, Tiong Nam atau Integrated lebih terkehadapan berbanding syarikat milik Bumiputera termasuk Kontena Nasional, Konsortium Perkapalan atau MISC Haulage.
Jadi kalau kaum Cina yang mendapat keuntungan lebih besar berbanding kaum Bumiputera, perlukah mereka mempertikaikan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
Malah, agensi seperti Felda, Tabung Haji juga kaum Cina yang mendapat faedah di dalam mendirikan kilang, membekal peralatan kilang dan aktiviti berkaitan.
Dalam beberapa projek mega seperti Menara Berkembar Petronas, Syarikat Cina yang mendapat kontrak besar seperti Ireka, YTL, Muhibbah, Ekovest, Artlan berbanding kontraktor Bumiputera seperti Mat Top yang hanya layak mendapat kontral membersih jalan masuk ke tempat kerja.
Begitu juga pembinaan Putrajaya selain AZRB yang mendapat kontrak berbanding syarikat Cina?
Diukur daripada hak milik modal saham (pada nilai par) syarikat berhad pada 2004, Bumiputera jauh ketinggalan di beberapa sektor terutama pembuatan, perdagangan barang dan runcit, perkhidmatan dan pertanian berbanding kaum Cina.
Pada sektor pembuatan, pemilikan modal saham Bumiputera sekitar 8.1 peratus berbanding 25.3 peratus bagi kaum Cina.
Sektor perdagangan borong dan runcit, modal Bumiputera hanya sekitar 20.4 peratus berbanding 53.3 peratus kaum Cina.
Contohnya di 700,000 syarikat berdaftar dengan ROC, lebih 90 peratus adalah PKS yang menyumbang 27 peratus daripada keluaran sektor pembuatan.
Daripada jumlah itu, 75 peratus adalah syarikat milik kaum Cina di mana pada 2005 mencecah RM152.7 bilion.
Pada 2005, sektor perdagangan pengedaran mencatat jumlah jualan sebanyak RM206 bilion di mana pembabitan Bumiputera hanya sekitar RM40 bilion.
Malah, dari sejumlah 550 kompleks beli-belah, 297,000 unit kedai, 81 hypermarket, Bumiputera hanya memiliki sekitar 11 peratus.
Antara 2001-2005 daripada sejumlah 884,043 buah rumah yang dibina sektor swasta membina sebanyak 655,374 unit dan 188,669 oleh sektor awam.
Daripada jumlah ini, rumah kos rendah sebanyak 200,513 unit berbanding 83,910 kos sederhana rendah, 252,121 kos sederhana dan 297,484 kos tinggi.
Dari jumlah ini hanya 22,510 dibina oleh sektor awam khususnya di Putrajaya bagi kegunaan kakitangan awam berbanding 274,973 yang dibina oleh sektor swasta dan 80 peratus dimiliki bukan Bumiputra.
Daripada 30 syarikat pemaju hartanah terkemuka hanya tiga pemaju Bumiputera – MK Land, Glomac dan Naim Cendera dan lima lagi milik institusi Bumiputera.
Agak menghairankan bagaimana Asli dan NGO kaum Cina masih mempersoalkan peratus kemasukan kaum Cina ke IPTA sedangkan selepas dasar meritokrasi dilaksanakan sepenuhnya, peratus pemohon Cina yang berjaya ke IPTA jauh lebih tinggi dari kaum Bumiputera.
Contohnya, bagi kemasukan 2004/5 hanya 46.94 peratus pemohon Bumiputera berjaya ke IPTA berbanding 78.92 peratus calon kaum Cina.
Kemasukan 2005/6 peratus kaum Cina yang diterima ialah 73.98 peratus berbanding Bumiputera 57.81 peratus dan India 50.45 peratus.
Tahun kemasukan 2006/7 hanya 59.46 peratus calon Bumiputera yang diterima ke IPTA berbanding 75.99 peratus kaum Cina dan 53.29 peratus India.
Mungkin dari segi bilangan menunjukkan Bumiputera lebih daripada kaum lain berdasarkan kepada jumlah pemohon Bumiputra hampir tiga kali ganda berbanding pemohon kaum Cina.
Contohnya lebih 60,000 (Bumiputera) berbanding 16,000 (Cina) dan 6000 (India) bagi keamsukan 2004/5. Begitu juga bagi kemasukkan 2006/2007, 50,000 pemohon Bumiputra berbanding 19,000 pemohon Cina. Kenapa sudah jelas lagi bersuluh.
Kenapa tidak dipersoalkan bilangan pelajar di institusi swasta yang lebih daripada 340,000 pelajar di mana hanya sekitar 20 peratus pelajar Bumiputera.
Kenapa tidak dipersoal bilangan pelajar perubatan dan farmasi di tujuh buah kolej swasta yang mengeluarkan bilangan doktor dan ahli farmasi jauh lebh ramai dari yang dikeluarkan oleh IPTA tempatan.
Malah, bilangan pelajar Malaysia di luar negara kembali kepada keadaan sebelum tahun 1970 nisbah pelajar Bumiputera dan bukan Bumiputera hanya sekitar 10,000 berbanding 60,000 bukan Melayu.
Malah, di Amerika Syarikat hanya sekitar 600 atau 700 berbanding lebih 6000 pelajar bukan Bumiputera – di Britain sekitar 5,000 berbanding lebih 10,000 pelajar kaum Cina.
Sehingga akhir 2005 terdapat 11 universiti swasta, 11 kolej universiti swasta, lima kampus cawangan dan 532 kolej swasta yang mengendalikan pelbagai kursus di peringkat sijil hingga ke peringkat PhD.
Malah kelulusan Universiti Wawasan untuk Parti Gerakan dan dengan pembesaran kampus UTAR serta kebebasan yang diberi kepada kolej swasta seperti Han Chiang College, Southern College, New Era College, kaum Cina bebas mendapat pendidikan dalam Bahasa Mandarin pada peringkat pra-sekolah hingga ke peringkat PhD melalui program berkembar dengan universiti di Taiwan dan China, tanpa melalu Sistem Pendidikan Kebangsaan sekadar cukup dengan sijil sekolah Cina.
Tidak dapat dinafikan selepas 36 tahun DEB dan DPN dilaksanakan, kadar kemiskinan dapat diturunkan. Pembabitan Bumiputera dalam pelbagai bidang terutama pendidikan meningkat dengan baik berbanding sebelum DEB.
Bagaimanapun, memandangkan lebih 65 peratus penduduk luar bandar terutama di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis rata-rata kaum Bumiputera adalah sukar untuk kumpulan ini bersaing dengan penduduk bandar yang lengkap dengan segala kemudahan.
Jika diambil pendapatan isi rumah bulanan purata dan kadar kemiskinan mengikut negeri ternyata Kelantan, Pahang, Terengganu termasuk Kedah dan Perlis berada di bawah purata Nasional (RM3,249) berbanding Kelantan (RM1,829), Terengganu (RM1,984), Pahang (RM2,410), Kedah (RM2,126) dan Perlis (RM2046).
Malah, kadar kemiskinan di Kelantan (10.6 peratus, Terengganu (15.6 peratus) dan Perlis (6.3 peratus lebih tinggi dariipada purata kebangsaan sekitar 5.7 peratus.
Situasi ini akan mewujudkan suasana tidak seimbang di mana sebahagian rakyat Malaysia yang tinggal di bandar, terutama kaum Cina yang sudah lama menikmati kemudahan dalam segala bidang sejak dari zaman British lagi berada di dalam ‘comfort zone’ sedangkan majoriti rakyat khususnya kaum Bumiputera luar bandar terutama di pedalaman Sabah, Sarawak, Terengganu, Kelantan, Pahang, Perlis dan Kedah masih jauh ketinggalan.
Jika kita berbalik kepada kerajaan kan... Apa sebenarnya dasar yang dirangka sebelum ini? Bagaimana bah kerajaan memantau dan melakasanakan dasar ini?
FIKIR-FIKIR LA...
Ada pro dan kontra dengan isu berkaitan bumiputera ini. kepada liposu, syabas dan tabik dgn komen yang sgt beraura...
Dalam isu ini sebenarnya Bumiputralah yang paling terpinggir. contoh paling mudah..LIHAT SAJA BORANG2 YANG DIKELUARKAN OLEH JABATAN2 KERAJAAN..LIHAT BAHAGIAN BANGSA..SELALUNYA BUMIPUTRA SABAH SARAWAK AKAN TANDA..PETAK LAIN-LAIN.
hye..liposuh..
sy amay bangga dengan saudara sebab memberikan satu pandangan yang sungguh bernas dan berkualiti. macam tesis sudah ko buat oh. terlalu detail dan kompleks.. apapun, ini lah yang diperjuangkan oleh BN melalui DEB iaitu mahu meningkatkan taraf ekonomi bumiputera. lebih khusus lagi merapatkan jurang kekayaan di antara orang cina dan golongan bumiputera. walau macam mana pun, usaha ini bukan semudah yang diharapkan. terlalu banyak halangan. contohnya kita bumiputera dapat projek..tetapi akhirnya kita suruh orang cina juga buat. sebab bumiputera tiada modal. akhir orang cina juga dapat untung..
namun demikian, walau pun orang cina masih untung..mereka juga masih belum puashati terutamanya dalam parti DAP. mereka mahu keistimewaan bumiputera dihapuskan. mahu DEB dihapuskan. meyemaratakankan status bumupitera dan bukan bumiputera. apa kan jadi kalau ini yang berlaku. makin kaya diorang bah...so, mereka lah kita bersama-sama membantu memertabatkan bangsa kita..tq
YB DAP itu sepatutnya bersyukur kerana hidup di bumi Malaysia. Kalau kita lihat orang Cina dan India lebih kaya jika dibandingkan bumiputera di Sabah. Bumiputera di Sabah contohnya sebahagian besar (mungkin 50%, 60% atau lebih lagi) masih hidup di bawah paras kemiskinan.
Dasar DEB tidak salah, tetapi si pelaksana dan pelaksanaannya yang telah gagal dan bahkan pada masa ini dasar tersebut telah menyebabkan ketegangan di antara kaum.
Apa kurangnya bumiputera berbanding bangsa lain. Saya ingat dulu waktu saya sekolah di SMK KM, pelajar2 cina pun minta ajar saya matematik. Bahkan saya menjadi pelajar terbaik sains di sekolah tersebut pada waktu itu.
Ini bukan sekadar isu bumiputera dan bukan bumiputera. Di kalangan bumiputera sendiri pun wujud kasta, bahkan lebih teruk. Cuba kamu bayangkan bumiputera di Malaysia; Bumiputera kelas pertama ialah orang2 melayu, bumiputera kelas kedua ialah peribumi Sabah dan Sarawak, bumiputera kelas ketiga ialah Orang2 Asli di Semenanjung. Kasta2 ini tidak siapapun yang cakap atau dokumenkan, tetapi ia satu realiti yang tidak dapat disangkal. Siapa yang menyebabkan timbul keadaan seperti itu, adakah DAP atau siapa?
Oleh itu saya menyimpulkan DEB tidak releven untuk memajukan bumiputera. Tabiat bumiputera sering menyalahkan bangsa lain; cina, india umpamanya, tetapi mereka sendiri tidak berusaha untuk maju. Hanya mengharapkan bantuan dan sokongan kerajaan dengan nama DEB. Haikatnya DEB telah melemahkan daya saing bumiputera. Bahkan mereka semakin manja, angkuh dengan status bumiputera, dan lalai.
Dasar yang kerajaan perlu fikirkan sekarang ni ialah bagaimana untuk menyedarkan masyarakat bumiputera supaya mereka mempunyai daya saing yang tinggi untuk menyaingi bangsa lain. Kerajaan juga perlu jawab persoalan saya kenapa wujud kasta di kalangan bumiputera sendiri?
Saya bukanlah penyokong fanatik DAP atau sebarang parti pembangkang, tetapi kadang2 saya berfikir ada betulnya juga beberapa perkara yang mereka perkatakan. Kerajaan perlu selidiki dan membuat tindakan yang lebih baik selain daripada hanya menyalahkan DAP apabila mempersoalkan beberapa dasar kerajaan yang memang ternyata telah gagal.
hye..ison
tq kerana memberi pendapat yang berbeza..cuma sy ingin menambah sedikit. sy tidak fikir dasar DEB telah gagal menaikkan golongan bumiputera satu standard yang lebih baik.
Dasar Ekonomi Baru merupakan satu bentuk perancangan yang dilancarkan oleh kerajaan dalam tahun 1970 melalui Rancangan Malaysia Kedua. Matlamat utamanya ialah perpaduan negara selain itu juga bertujuan untuk menyusun semula ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud di negara ini. Menyedari hakikat bahawa pengagihan ekonomi yang seimbang penting demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu, serta mengambil kira kemiskinan serta ketidakupayaan sesetengah kaum untuk bersaing dengan kaum yang lain maka DEB telah dirancang untuk memperbaiki keadaan ini.
Ketegangan antara golongan yang berharta dan yang tidak berharta adalah berpunca daripada isu kemiskinan. Didapati bahawa orang Melayu lebih banyak menghadapi kemiskinan berbanding kaum-kaum yang lain. Didapati juga orang Melayu masih jauh ketinggalan dan kurang mampu bersaing dengan kaum-kaum lain walaupun Malaysia mengalami pertumbuhan ekonomi yang baik. DEB dirancang sebagai satu program jangka panjang yang akan berjalan selama 20 tahun, bermula dari tahun 1970 hingga tahun 1990. Rancangan-rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru dijalankan menerusi strategi serampang dua mata:-
penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum;
Bagi memastikan matlamat untuk menghapuskan kemiskinan tercapai, strategi ditumpukan untuk menghapuskan kemiskinan di kawasan luar bandar dan kawasan bandar. Berdasarkan banci penduduk 1970, didapati bahawa kira-kira 49.3% daripada semua keluarga miskin di Malaysia berpendapatan di bawah garis kemiskinan (pendapatan garis kemiskinan tahun 1970 ialah RM200) dan kira-kira 86% daripada jumlah itu berada di kawasan luar bandar. Bagi mencapai matlamat, kerajaan telah melaksanakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan awam melalui kemudahan pendidikan, kesihatan, bekalan air dan elektrik. Di samping itu, keutamaan juga diberikan kepada golongan miskin untuk mendapatkan bantuan seperti program bantuan subsidi baja, biasiswa pelajaran dan buku teks, makanan tambahan kepada kanak-kanak serta program rumah murah. Menjelang tarikh akhir pelaksanaan DEB, matlamat untuk membasmi kemiskinan telah tercapai. Laporan Rancangan Malaysia Keenam telah menunjukkan bahawa kadar kemiskinan negara pada tahun 1990 ialah 17.1% berbanding 49.3% pada tahun 1970.
Bagi memastikan matlamat yang kedua dalam DEB turut tercapai, kerajaan telah cuba memperbaiki keadaan ekonomi dan pada masa yang sama, menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. Berasaskan pada ketidakseimbangan antara kaum, kerajaan telah melancarkan beberapa program seperti perindustrian dan perdagangan, pertanian, perlombongan, pembinaan, pengangkutan dan pertanian. Bagi menjayakan matlamat yang kedua dalam DEB ini juga, beberapa strategi telah dirancang, antaranya:
Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga supaya penyertaan pelbagai kaum dalam sektor utama akan mencerminkan kedudukan tenaga buruh mengikut komposisi kaum menjelang tahun 1990;
Mempastikan pembentukan sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan orang Melayu dan kaum Bumiputera supaya mereka dapat menguruskan dan memiliki sekurang-kurangnya 30% daripada semua jenis peringkat kegiatan ekonomi.
Menambah dengan cepat bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan sektor produktif. Perhatian khusus akan ditumpukan kepada kaum Bumiputera yang agak ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain;
Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin di luar bandar.
Setelah tempoh Dasar Ekonomi Baru tamat, kerajaan telah menubuhkan Dasar Pembangunan Nasional yang merupakan usaha atau kesinambungan kepada perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru.
cuba kita fikir jika dasar DEB tidak diperkenalkan? apa jadi dengan golongan bumiputera. saya rasa kita semakin terhimpit.
kitalah produk DEB yang dilahirkan melalui kouta dalam kemasukan IPTA awam. melalui DEB juga maka lahir lah golongan koprat bumiputera yang tidak perlu didedahkan walau pun kita akui ada kelemahan dasar ini, tapi ini tidak bererti kita menolak mentah-mentah DEB. apa yang lebih penting kita perhalusi dengan bijak melalui pelbagai perbincangan. kita menambahbaik dasar ini dalam pelbagai aspek demi kepentingan bersama.
Salam Perkenalan...
Sdra Pembaca yang arif lagi bijaksana, seperti yang saya nyatakan sebelum ini bahawa bukan soal menyamakan Konsep Bumiputera di Malaysia dan Dasar Apartheid di Afrika Selatan atau kontrak sosial atau DAP atau sesiapa bah..
Tetapi persoalan asasnya ialah seperti yang dikatakan oleh Sdra Ison iaitu PERLAKSANAAN nya! Siapa yang merangka dan melaksanakan dasar ini? Jawabnya bukan DAP atau Pembangkang kan?
Yang lebih penting lagi adalah jika kita perhalusi dengan lebih relatif lagi bahawa yang dikayakan dalam dasar DEB adalah orang-orang tertentu (Tanpa bukti tapi rasional la brothers) yang memiliki kekayaan sendiri atau memegang jawatan tinggi.. Bukannya semua...
Satu lagi adalah sifat melindungi dan memelihara hak dan ketuanan yang memakan diri sendiri mengakibatkan pada hemat saya GAGALnya DEB itu.
Yang tidak kurang pentingnya dan thaniah kepada Sdra. Ison kerana berani membangkitkannya walaupun saya cuma katakan sebelum ini iaitu "Bukan menyentuh lebih khusus sebab bersifat sensitif tetapi dalam hal bumiputera, sejauh mana penyertaan khususnya peribumi (mereka panggil) Sabah dan Sarawak dalam agenda ekonomi negara kita?" Maksudnya adalah sama dengan Sdra. Ison lah iaitu kewujudan 3 peringkat kasta ini.
Disimpulkan cerita, kasta 2 & 3 ini seperti yang dikategorikan oleh Sdra. Ison memang pada hemat saya TIDAK TERLIBAT DALAM AGENDA EKONOMI! Setiap kali dasar dibentangkan, rangsangan dibentangkan dan sebagainya, golongan kasta 2&3 ini yang terbelakang sekali dengan peruntukkan, program dan peluang yang terhad! Adapun wakil2 atau individu dalam golongan yang kira mendapat jawatan @ kekayaan negara itu kira satu bonus sahaja buat melenyapkan rasa tidak puas hati dan menutup mata BUMIPUTERA SABAH dan SARAWAK terhadap dasar sedia ada kerana pada pandangan mereka dengan kewujudan golongan minoriti ini sudah cukup untuk menutup mulut!
Ini menunjukkan ketidakadilan dari segi pengagihan dan perlaksanaan ekonomi itu sendiri dan dasar khususnya!
Oleh itu, apa lagi yang "diperjuangkan oleh BN melalui DEB iaitu mahu meningkatkan taraf ekonomi bumiputera. lebih khusus lagi merapatkan jurang kekayaan di antara orang cina dan golongan bumiputera." BN sudah merangka dan melaksanankan dasar ini beberapa puluh tahun tetapi hasilnya GAGAL! Ini menunjukkan kepada kita bahawa kurangnya wibawa dalam perancangan, perlaksanan dan pemantauan! Haruskah kita menunggu 50 tahun lagi? Hal apa lagi yang akan berlaku pada waktu itu?
"walau macam mana pun, usaha ini bukan semudah yang diharapkan. terlalu banyak halangan." Kalaulah BN merasa terlalu berat dan tidak mampu memacu ekonomi negara, kenapa hendak beriya-iya lagi untuk memimpin negara? Sedangkan sudah terbukti yang dasar sudah mengalami kegagalan?
"namun demikian, walau pun orang cina masih untung..mereka juga masih belum puashati terutamanya dalam parti DAP. mereka mahu keistimewaan bumiputera dihapuskan. mahu DEB dihapuskan. meyemaratakankan status bumupitera dan bukan bumiputera."
Komen saya: Apakah Sdra Junid pasti yang orang Cina terutamanya dalam parti DAP sahaja yang tidak pasti? Bagaimana yang lain seperti MCA? Mungkin ada juga ba itu dalam MCA tetapi tidak timbul kerana sudah diajar awal-awal tunduk dan taat kepada ketua iaitu BN! Silap ketua silap juga ekornya!
Saya masih ingat dulu pemuda MCA ada mengutarakan masalah pengagihan ini tetapi banyak pihak dalam rumah BN sendiri yang mempersoalkan!
Mereka mahu DEB dihapuskan kerana terbukti DEB ini mengalami kegagalan buat kedua-dua pihak Cina dan India dan Bumiputera ba..
Apa pun bukan soal sesiapa sekarang ini! Soalnya mahukah kita bersatu untuk memperjuangkan hak dan status kita dalam agenda ekonomi akan datang? Apapun perinsip dan idologi peribadi, bangsa dan politik, kita harus bersatu bersuara agar ditempatkan satu dasar khusus untuk memajukan BUMIPUTERS SABAH & SARAWAK yang mana perlaksanan dan pemantau dasar ini adalah terdiri dari BUMIPUTERA SABAH & SARAWAK!
hye liposuh..
sebenarnya untuk membincang pencapaian, masalah dan perlaksanaan DEB amat senang melalui penulisan. tapi bila mana diterjemahkan dalam keadaan sebenar amat payah dan sukar.
sy dapat simpulkan disini, selagi demokrasi wujud. memang ada pihak yang membangkang dan menyokong sesuatu dasar. itu lah lumrah alam seperti dalam teori YING dan YANG dalam masyarakat cina. sentiasa ada pro dan kontra. selagi bergelar manusia kita tidak boleh memuaskan semua pihak. walau macam manapun kita buat yang terbaik akan tetapi tentangan tetap wujud. pelbagai hujah dan isu ditimbulkan. itu lah sikap semulajadi manusia. tidak pernah puas hati apa yang ada. pernahkah kita terfikir seorang ayah dapat memuaskan semua hati 3 orang anaknya. sudah tentu tidak. ada anaknya yang merasa tidak puashati juga. itulah realiti manusia. banyak faktor yang mempengaruhi keadaan kita. sedang kan TUHAN maha sempurna pun, ada juga yang sanggup menghina. apa lagi parti kerajaan sekarang yang menjaga hampir 25 juta orang. kalau pun Pakatan Rakyat memerintah, saya rasa PR tidak mampu memuaskan hati semua orang.
oleh itu, sy tidaklah memperdebatkan isu ini lebih lanjut. ini sekadar infomasi kita. ini kerana sama ada kita sokong atau tidak banyak dipengaruhi oleh keadaan. apa yang lebih penting kita hidup aman damai tanpa ada pertumpahan darah. saya rasa itu yang lebih penting.
hye bangkawot..
tq kerana masuk dalam blog sy. sokongan moral, pendapat dan komen dari bangkawot amat diperlukan. tq
Mari kita bercakap dengan simple. Tujuan DEB konnonnya ialah untuk menyeimbangkan status ekonomi bumiputera dan bukan bumiputera, betulkan? Tetapi setelah 50 tahun merdeka, hakikatnya bumiputera masih jauh lebih miskin berbanding golongan bukan bumiputera. Bagaimana kita boleh katakan DEB telah berjaya?
Pencapaian yang bumiputera capai pada hari ini tidak semestinya disebabkan oleh adanya DEB. Jika tidak ada DEB diperkenalkan dari dulu pun bumiputera boleh mencapai juga apa yang mereka telah capai pada hari ini, malah mungkin lebih baik lagi.
Kesimpulannya: DEB memang telah gagal. Kalau tidak mahu katakan gagal, ayat yang mungkin lebih sedap kedengaran, belum berjaya mencapai tujuannya.
Nota: Sampai bilakah kita mahu menunggu DEB untuk berjaya? Saya tidak mempersoal penulis. Ini hanya sekadar renungan kita bersama. Saya pun bukan ahli politik. Sekadar gatal tangan untuk menaip pendapat. :)
tq ison...hehehe
tiada masalah bah bagi pendapat. ini yang paling bagus kita bertukar-tikar pendapat. untuk melihat DEB berjaya atau tidak byk faktor yang harus dipertimbangkan. kalau tiada DEB pun memang ada lagi dasar lain yang wujud. walau mcm mana pun DEB tidak juga gagal sepenuhnya kerana peristiwa 13 Mei 1969 banyak mendorong DEB ditubuhkan...lagipun buat apa kita bercerita sangat dengan DEB..memang ada yang setuju dan adajuga yang setuju. DEB tiada salah. apa yang paling penting kita kumpul semua pihak dari pelbagai lapisan untuk memperhalusi perlaksanaannya agar menepati sasaran. kalau tiada DEB pun, mesti dasar lain ada juga...itu pun belum tentu dapat memuaskan hati semua orang.
untuk pengetahuan..tiada kaitan 50 tahun merdeka dan DEB. DEB ditubuhkan pada tahun 1970 selepas rusuhan kaum 13 Mei 1969. DEB belum lagi mencapai umur 50 tahun. hhehehe. sekadar info..
Umno menggunakan seluas-luasnya peluang yang ada ini untuk menghentam pembangkang dari Pakatan Rakyat dengan bantahan dari pelbagai pihak.
Rejim apartheid adalah golongan manusia tidak berhati perut. Pribumi Afrika Selatan dijadikan hamba abdi. Hidup mereka ditindas. Tenaga mereka diperah ke peringkat maksimum. Kekayaan negara mereka, terutama sekali berlian, habis dikaut oleh golongan imigran kulit putih. Di bawah dasar apartheid, yang kaya bertambah kaya, yang miskin papa kedana.
Dasar apartheid di Afrika Selatan bermula sejak tahun 1948 dan dasar itu berjaya dihapuskan pada tahun 1994. Kenyataan Dr Boo yang menyamakan dasar bumiputra dinegara ini dengan isu aparteid adalah sesuatu yang tidak boleh diterima oleh banyak pihak kerana dasar aparteid ini lebih tidak bertamadun.
Sebenarnya mesej yang hendak disampaikan oleh Dr Boo ialah perasaan kurang senangnya dengan perkataan hak istimewa bumiputera dan beranggapan semua kaum di negara ini mempunyai hak yang sama dan tidak perlu dibezakan.
Umno selama ini telah menyalahgunakan hak keistimewaan melayu dengan dasar sokongan untuk bumiputra yang lebih banyak mengkayakan kroni dan suku sakat mereka sahaja. Tidak dinafikan ada baiknya dasar bumiputra itu tetapi telah disalah aplikasikan oleh Umno yang kini menunjukkan orang-orang melayu masih jauh tertinggal dengan kaum-kaum lain khususnya kaum cina yang lebih banyak berdikari memajukan bangsa dan ekonomi mereka sendiri.
Dasar aparteid jelas lebih zalim dan tinggi sangat tetapi Umno apa kurangnya telah khianat, bukan sahaja dengan kaum lain malah melayu sendiri telah dikhianati.
Ucapan penangguhan Mesyuarat ke-5, Penggal Persidangan Pertama DUN Johor ke-12, Khamis lepas telah digunakan oleh Umno untuk menghentam DAP kerana mereka telah terlebih dahulu mendapat maklumat notis bertulis sebelum sidang dun ini berlangsung.
Tidak cukup dengan itu semalam Parlimen juga menyaksikan perdebatan isu aparteid dan bumiputra antara Ahli Parlimen DAP-Batu Kawan & BN-Rompin.
Tuan Guru Nik Abd Aziz pula berpandangan biarlah hak istimewa yang dimiliki oleh kaum bumiputera sekarang diberikan kepada golongan miskin tanpa mengira bangsa dan agama, tambahnya dengan cara ini barulah semua rakyat di negara ini dapat dibela.
Apa yang berlaku sekarang ini kononnya telah mengguris perasaan orang Melayu khususnya kerana hak mereka telah dicabar oleh bukan Melayu kerana teguran ini datangnya dari bukan melayu dari DAP pula tu. Kalaulah melayu yang menegur dan ianya datang dari PKR atau PAS apa yang Umno nak bidas lagi....
Umno jangan tipu, jangan khianat...
hye..OAS..
DEB tiada yang salah. cuma kita harus memperbetulkan cara pelaksanaan dan golongan sasar. lagi pun DEB bukan satu dasar selama-lamanya. cuma mengambil masa 30 tahun sejak 1970. oleh itu, peranan pelbagai pihak terutama Think Tank dalam pelbagai pihak harus mengambil peranan untuk memperhalusi peranan DEB. Bukannya sy menegak benang yang basah, cumanya kalau setakat tuduh menuduh antara satu sama lain satu cara yang tidak baik. kenapa pla di saat-saat akhir dasar DEB byk org yang mempertikaikan?
Aikk?? Saya tdk cakap pasal DEB. Mungkin orang lain punya posts ko baca.
Saya ingin bertanya apakah kerajaan telah berjaya melaksanakan dasar DEB ini pada daerah kita Kota Marudu?
hye...illie..
tq kerana beri komen lagi..hehehe
sama ada DEB berjaya di Kota marudu atau tidak kita harus selidiki beberapa aspek yang secara langsung kita tidak sedar spt yang sy nyatakan dibawah :
1). Pemberian Lesen Kontraktor hanya kepada bumiputera. Di kmarudu byk orang kita dusun terlibat dlm hal ini. ini sedikit demi sedikit meningkatkan taraf hidup.
2). Kouto kemasukan bumiputera du IPTA. saya pun tidak terkecuali mendapat manfaat ini. jika tiada kouta, mungkin kita bumiputera sukar bersaing dengan golongan pelajar genius cina. ini secara langsung melahirkan byk graduan di kota marudu
3). pemberian pinjaman dan biasa di IPTA. banyak juga pelajar dr KM yang terlibat.
hanya itu saja lah sy bagi pendapat. sebenarnya byk lagi. berjaya atau tidak DEB di Kmarudu, kita jangan semata-mata melihat secara mata kasar tetapi yang secara tidak langsung pun harus dipertimbangkan..tq..ini sekadar pendapat saja...hehehe
Catat Ulasan