Selasa, Mac 17, 2009

Teori RAHMAN hampir digenapi selepas pemilihan agung UMNO Mac 2009

Bukankah politik itu adalah seni mendapatkan kuasa. Berbagai-bagai cara digunakan untuk mendapat kuasa sehingga kadangkala digunakan kaedah ‘matlamat menghalalkan cara’. Apabila sudah mendapat kuasa, mereka akan berebut harta pula. Tidak lengkap jika ada kuasa tanpa harta. Orang yang berkuasa biasanya akan berharta. Jika sudah berkuasa, banyak harta mestilah diseri-serikan dengan wanita. Maka lengkaplah kuasa, harta dan wanita. Sekadar gurauan tapi benar..hehehehehe

Sememangnya dalam politik tidak ada yang mustahil, semuanya segalanya mungkin.Kita sepatutnya menerima sesuatu perkara sebagai takdir dan sudah menjadi satu ketentuan. Di dalam sejarah politik tertinggi negara terutama melibatkan jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sangat menarik untuk diimbas semula.

Allahyarham Dato’Onn bin Jaafar adalah Pengasas dan Presiden UMNO pertama yang berpengaruh tetapi Allahyarham bukanlah Perdana Menteri Malaysia pertama walaupun beliau sangat berjasa kepada orang Melayu. Malah Dato’Onn meninggal dunia di luar parti UMNO. Allahyarham Tun Dr.Ismail bin Abd.Rahman tidak sempat menjadi Perdana Menteri apabila beliau meninggal dunia pada 2 Ogos 1973, jam 10 malam di rumah beliau di Kuala Lumpur semasa beliau berusia 58 tahun. Ketika itu Tun adalah Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Tengku Razaleigh Hamzah adalah nama besar dalam politik Malaysia. Majalah Time meramalkan beliau akan menjadi pemimpin utama di Malaysia berdasarkan hubungan baik dan kepercayaan Tun Abd.Razak kepadanya. Namun apabila Tun Hussein Onn melantik Tun Mahathir Mohamad sebagai Timbalan Perdana Menteri, ianya menjadi titik pusing kerjaya politiknya. Pada masa itu Tengku Razalegh adalah Naib Presiden UMNO dengan undi tertinggi. Sehingga sekarang Tengku Razaleigh belum lagi ditakdirkan menjadi PM Malaysia.

Tun Musa Hitam adalah Timbalan Perdana Menteri kelima di Malaysia dari 1981-1986 di bawah Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Tun Musa juga tidak menjadi PM Malaysia. Tun Musa meletakkan jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1986, disebabkan percanggahan pendapat dengan Perdana Menteri Dr. Mahathir terhadap dasar-dasar negara. Tun Ghafar b Baba juga tidak kurang besarnya jasa kepada negara dan orang Melayu. Tun juga tidak menjadi Perdana Menteri kerana dalam tahun 1993, Tun Ghafar menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO. Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Presiden UMNO dan kemudian dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Datuk Seri Anwar juga mengalami nasib yang sama apabila Tun Dr Mahathir Mohamad menyingkir DS Anwar Ibrahim dari jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 1998 dan kemudian dari Timbalan Presiden UMNO serta keahlian dalam UMNO.

Berdasarkan coretan di atas tidak mustahil DS Najib Tun Razak juga mengalami nasib yang sama. Disebabkan peristiwa ini belum berlaku, kemungkinan DS Najib menjadi Perdana Menteri tetap ada. Apa cerita, apa peristiwa, apa yang tersirat, betul atau salah semuanya itu akan menjadi satu catatan sejarah. Realitinya Malaysia sudah mempunyai 5 Perdana Menteri dan 9 orang yang pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Kesimpulannya 2009 akan menjanjikan persaingan sengit politik Malaysia yang kadang kala boleh menakutkan. Sama ada DS Najib berjaya menjadi PM pada Mac 2009 atau DS Anwar sampai juga ke Putrajaya. Apa disimpulkan oleh penulis Teori Rahman hampir digenapi. sama-sama kita tunggu selepas pemilihan UMNO bulan Mac nanti.....sila baca mengenai Teori Rahman dalam post saya sebelumnya....Menurut Teori Rahman DS Najib akan menjadi PM seterusnya

10 ulasan:

Orang Kampung berkata...

Siapa pun yang akan menduduki kerusi PM penghujung Mac ini diharapkan dapat membawa perubahan...apalagi ketika negara kita menghadapi masalah ekonomi. Selain itu, semoga bakal PM ni dapat menjernihkan kekalutan politik di negara kita.

Junid Bin Gunsalam berkata...

iya orang kampung..

sy sangat setuju dengan pendapat kita. sama ada pemimpin dari pihak kerajaan atau pembangkang harus memberi kerjasama kepada PM baru kita untuk memulihkan masalah dalaman politik dan masalah global ekonomi. diharapkan pemimpin ini mengurangkan hal2 politik tetapi menumpukan kepada memulihkan ekonomi negara.

Orang Asli Sabah berkata...

Sia tdk mau PM yg bermula dgn huruf N sbb penuh dgn politik wang & disyaki terbabit dlm pembunuhan. Sia huruf M

Junid Bin Gunsalam berkata...

Hye OAS..

pasal politik wang...ini berlaku semua ahli politik sama ada pembangkang atau kerajaan. Anwar lah raja politik wang pada tahun 1994. napa Najib di higlight sangat sebab dia bakal2 jadi PM. jadi cara untuk kondem beliau ialah dengan mensensasikan isu ini termasuklah isu altantuya. sebenarnya ini cuma tuduhan. belum dibuktikan...kalau benar kenapa Gobingh Deo singh tidak memgemukakan bukti kukuh. ini main cakap saja.

siapa pula M yang dimaksudkan oleh OAS ini yg jadi PM

dardie berkata...

Saudara2 blogger sekalian,

Saya tidak bersetuju kalau kita mahu menyokong bahawa politik wang itu berlaku di mana-mana parti politik, pembangkan atau kerajaan...seolah-olah kita mahu mengiyakan keadaan itu..

Saya mahu melihat kepada teguran dan hasrat PM (Pak Lah) yang mahukan semua MP dan ADUN serta pemimpin lain bebas daripada politik wang..

Jangan kita apabila mendengar dan melihat bahawa politik wang ini berlaku secara lumrah, maka kita mahu membenarkan pemikiran kita menerima senario tersebut..kita dan mereka perlu berubah daripada itu..kalau tidak, sampai bila pun politik negara kita hanya berpaksi kepada agenda peribadi sahaja..

Orang Asli Sabah berkata...

Maksud saya M ialah Muhyiddin Yassin bah. Ko kata Najib tia terlibat? Ada ko baca akhbar dari seorang wartawan asing dpd Francis si Arnaud Dubus. Cuba baca terjemahan melayu dia di bawah ini. Satu lagi kenapa c Najib keluar dewan dan membisu saja ketika kena panggil " Kau pembunuh" di dewan rakyat ari tu? kalau bernai kerana benar dia mesti bersuara.

http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=3194

http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=3266

Junid Bin Gunsalam berkata...

Hye OAS..
M pasti akan jadi PM juga tu. tapi kena tunggu turn lah...atau tetiba mukriz pula. hehehe..

pasal tuduhan najib tu, sy tidak percaya sangat. kalau benar pun, kenapa tidak dibawa dimuka pengadilan. boleh dibawah dimahkamah antarbangsa bah...mana boleh tuduh sebarang tuduh saja...hehehe memang lah pemimpin utama diserang dan difitnah macam tu.

dardie berkata...

Mengenai isu najib tu..memang banyak desas desus yang mengaitkan beliau..tapi yalah, undang-undang tidak dapat mengeluarkan sebarang reaksi apabila suatu isu itu tidak dapt dibuktikan dengan jelas untuk memulakan siasatan..
Walau bagaimanapun, hal ini cuma individu itu saja yang tahu keadaan sebenar..lambat-laun apa yang benar pasti akan diketahui juga..kalau bukan di dunia fana ini, ada juga tempat lain..

Junid Bin Gunsalam berkata...

tq dardie..segala sesuatu ada waktunya juga. hukum karma pasti berlaku..buat jahat di balas jahat juga dan sebaliknya..hehehe

Tanpa Nama berkata...

junid,
kau ni menemberang saja ba.

bila kau mau bayar hutang kau tmpt saya?

bila pula pembalasan untuk orang yg membolot tanah sana kg kau sampai tiada sudah untuk orang lain? dia saja kah yg mau hidup?

kita tunggu n lihat la apa pembalasan yg setimpal untuk dia.