Rabu, Mac 11, 2009

Dr Max jadi mangsa fitnah blog Malaysia Today

Kusai Tandek amat kecewa apabila blog pembangkang 'Malaysia Today' yang dikelolakan oleh Raja Petra Kamaruddin sekali lagi membuat fitnah besar dalam artikelnya keluaran 9hb-10hb Mac 2009 yang menuduh sembarangan Datuk Dr. Maximus J. Ongkili Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia terbabit dalam skandal perempuan yang bernama Betsy Steven Elfa Emoi dan juga menuduh Datuk Dr. Max memakan jutaan ringgit duit kementerian Jika benar tuduhan ini, mengapa tidak dibuktikan di muka pengadilan. Ini menggunakan blog yang tidak benar kesahihannya. Ini lah budaya pembangkang masa kini yang menggunakan blog untuk menuduh pemimpin. Memang tak masuk akal. Ini merupakan strategi pembangkang menyerang Menteri-menteri pusat dengan pelbagai tohmahan dan tuduhan palsu untuk merealisasikan cita-cita anwar menjadi PM.
Sebenarnya, Betsy adalah anak buah kepada Datin Margaret Ongkili daripada Tamparuli. Datuk Dr. Maximus J. Ongkili mengenali keluarga ini sejak dari dulu lagi kerana ibu Betsy iaitu Pn. Biah Voon ialah mantan Ketua Wanita PBS Tamparuli. Kalau benar tuduhan Malaysian Today, sila buktikan. Ini asyik menggunakan skandal perempuan untuk menjatuhkan ahli-ahli politik kita.
Difahamkan pada hari ini (11hb Mac 2009) Peguam-peguam Datuk Max akan membuat laporan polis tentang tuduhan palsu blog pembangkang ini. Seterusnya peguam datuk max saman defamation terhadap malaysia today.

71 ulasan:

Little Mike (LM) berkata...

Ada dua perkara:

1. Malaysia Today kena jawab mengikut prosedur undang2 sedia ada.

2. Sementara Dr. Max juga ada hak perundangan dalam mempertahankan diri, Dr. Max kena buat press release untuk redakan cepat2 tomahan yang dilemparkan kepadanya..

3. Gambar Dr. Max kelihatan mewah untuk paparan media... Privasi tetap privasi... jika media dapat tangkap max di mana-mana tempat dengan hidangan begitu, banyak juga masa dia santai2? Orang kampung yg miskin ni kadang2 tidak ada masa 'mengadjustkan' akal... kurang-kurangkan la masa santai... siapa yg dapat sangkal orang miskin berkata 'begini ka dia?'

IsOn berkata...

Kukuoyon pong ino no boros tongo tulun. Ka di paanambarasan om 'amu gumuyu ot kayu ong okon ko waro mongoguyu' ka. Adi, pandai2 nobo dialo Dr. Max manangkis ong amu baabanar.

Nga asee mangan ku yoku dino booboroson do tulun dino. Iti no Tandek om KM ot eranan oku tu oleeleed no nga aso taatantu ot tongo pembangunan.

Kukuoyon manangkis iti owo? Tongo tetee karabau/sapi, pinasa sampah om tongo monsimong nogi ot sumimbar silod pakan Tandek.

Tanpa Nama berkata...

saudara, perlu diingatkan bhwa malaysiaToday tidaklah berpaksi semata2 kpd pembangkang.ttp sejak media arus perdana dikuasai oleh pemerintah, internet or blog adalah cara utk mpsoalkan apa yg tidak masuk akal bg rakyat. jk benar wanita tersebut bukan mistress dr max,knapa ia kerapkali dilihat bsama dgn dr max? adakah krn dia anak kpd org yg bjasa kpd pbs maka hrus bsama2 dgn dr max?
saudara jgn menolak peranan blog pada masa kini. kerna masyrakat bukanlah bodoh spt dhulu yg hnya bsetuju dgn apa2 ideologi pemerintah.

Junid Bin Gunsalam berkata...

hye mike..

tq dengan pendapat ko. iya, hari ini setiausaha politik datuk max sudah membuat press release di daily express. hari ini juga datuk max buat saman fitnah itu bolg malaysia today. tq

Junid Bin Gunsalam berkata...

hye..ison..

sy setuju dengan pendapat ko untuk membangunkan tandek. satu idea sya, dimana peranan itu persatuan kimaragang? sepatutnya persatuan kita ini mesti kreatif sikit dan bekerjasama dengan pihak berwajib dalam mengindahkan pekan tandek...tapi yang sy tgk, persatuan kita kurang berperanan..semata-mata untuk mencari populariti saja..dimana silapnya?

Junid Bin Gunsalam berkata...

hye tanpa nama,

tidak dinafikan blog malaysia today condong kepada pembangkang...itu tidak boleh disangkal lagi. apapun, kalau benar tuduhan itu, buktikan melalui perundangan. negara kita ada undang-undang juga..cara menngaibkan orang melalui media adalah cara yang tidak betul.tq

Tanpa Nama berkata...

masakan kayu bergoyang kalau tiada anginnya.
tambahan, perkara ini bukan diberitahukan oleh MToday sahaja tapi dari komponen dan orang dalam BN.
ini bukan omongan kosong. menurut sumber-sumber dari tamparuli, hubungan mereka memang sudah lama diketahui umum.
menghairankan kenapa betsy perlu dibawa dimana2 setiap kali ada lawatan luar negara kalau bukan ada 'speciality' dia. padahal dia bukan pegawai MOSTI apatah lagi orang yg bekepentingan dalam kerajaan.

Junid Bin Gunsalam berkata...

hye tanpa nama,

sila buktikan??? ckp memang senang saja. sy pun boleh tuduh sebarang tuduh...kalau benar tolong buktikan. kita ada undang2.

Tanpa Nama berkata...

(tiada nama 2) betul la tu, bukti hanya memihak pada org berkuasa/duit.. jangan la pula kau menegakkan benang yg basah kami tau la kau tu anjing dato, kentut dato pun kau pasti cakap wangi, macam la kami ni tida tau hari tu stacy konset di D'junction dato kasi tinggal kota marudu ba.. kau tanya la driver dia kalu kau nak tahu lebih lanjut.. kami ni bodoh tapi tida buta (buta hati macam kau).. orang kampung bole la kamu tipu..!! tapi kami jgn harap..!! bikin malu saja kenyataan kau ni..!!

Orang Asli Sabah berkata...

Mungkin betul dan mungkin tidak. Mana kita tahu keadaan sekarangkan. Mungkin juga betul kenyataan pemblog tersebut. Kenapa dia begitu berani buat kenyataan kalau tiada kebenaran? Apa pun kita tunggu dan lihat saja

PENYIRAM BENJIN berkata...

Hai sdr.Junid,salam perkenalan.
Saya terpanggil untuk membuat sedikit komen pada blog sdr.tetapi komen ini bukan lah pasal Dr.Max.

Apabila sdr.Ison bertanya kenapa pembangunan Tandek/KM masih terabai,sdr.Junid menuding jari kepada persatuan Kimaragang.Seolah-olah persatuan kimaragang ini pula yang bertanggungjawap terhadap pekan Tandek.Sdr.Junid dengan tanpa berfikir menyalahkan persatuan kimaragang.Mahu kreatif yang macam mana sedangkan persatuan ini saya nampak tidak berfungsi apa-apa lagipun tidak lah sebegitu aktif.Jadi saya tidak nampak masalah kedaifan pekan Tandek bukan kerana persatuan kimaragang.

Saya mahu terangkan pada sdr.Junid,pembangunan pekan Tandek adalah tanggungjawap pemimpin kawasan N.5 Tandek dan juga pemimpin KM yang sdr.Junid agung2 kan.Mereka2 inilah yang harus mencari idea kreatif untuk memajukan dan mengindahkan kembali pekan Tandek.Pemimpin2 atasan,pemimpin2 pelapis seperti sdr.Junid inilah yang harus berusaha untuk mencari idea,memberi penerangan kepada masyarakat Tandek supaya sama-sama memeriahkan pekan dan tamu.

Sdr.Junid sebagai salah seorang yang rapat dengan YB N.5/MP P.168 dan punya kedudukan sebagai naib ketua pemuda PBS harus mempunyai kelebihan untuk bersuara dan merayu pada mereka agar diberi peruntukan sedikit untuk mengindahkan pekan dan tamu Tandek.Kalau tidak cukup peruntukan sekalipun merayulah pada YB2 ini supaya memberi arahan kepada MDKM untuk membersihkan sampah-sampah /beri arahan kepada JKR untuk membersihkan rumput2 panjang di kawasan pekan.Kalau sayalah rapat dengan YB-YB ini,sudah lama saya bersuara tapi apakan daya saya cuma insan biasa yang suara tidak pernah dilayan oleh sesiapa.

Sekali lagi saya amat2 tidak bersetuju sdr.Junid menyalahkan persatuan Kimaragang dalam masalah di pekan Tandek kerana sdr.Junid sudah tentu apa peranan dan tanggungjawap persatuan ini.

Lain kali lihat dulu keadaan sekeliling barulah buat komen,jangan hentam koromo kerana yang lambat laun diri sendiri juga yang akan menerima padah.Sdr.Junid boleh mengampu puas2 dengan YB2 ini tapi jangan sampai menjatuhkan maruah bangsa sendiri.

Sdr.Junid adalah orang yang terpelajar jadi tidak perlulah saya bagi nasihat panjang2.Sekali lagi mainkan peranan sdr.Junid sebagai pemimpin pelapis buka mulut sikit,bersuara,dan cuba bertanya pada YB2 kita,apakah mereka tidak ada rasa kasihan melihat keadaan pekan Tandek? dan cuba bertanya pada PKR apakah beliau tidak berhasrat untuk memindahkan pusat perkhidmatan di Tandek?

Mengenai masalah Dr.Max..saya tidak perlu memberi komen apa2 kerana saya tidak tahu.Saya harap semua ini adalah tuduhan dan fitnah semata-mata.

Tanpa Nama berkata...

(orang Hutan) lawatan sambil belajar bahtu.. dato mau kasi belajar c Betsy Steven Elfa Emoi(di Australia) & Stacy, Pemimpin Yang Berjiwa Rakyat, Prihatin dan Berwibawa la katakan ada Jambatan yg kena banjir hari tu belum bikin dia tida prihatin, tidapa la Junid saya jawap utk kau.. fitnah..!! jumpah Stacy fitnah..! pigi main Golf di Karambunai Time marudu Banjir hari tu fitnah..!! tapi sebelum di panggil peguam pastikan buku kehadiran dato di karambunai padam dulu ya...!!

Rozan Zulkifle berkata...

hi tn Junid (bosku) banyak betul peluru sesat di blog kau ni.. tapi saya macam kawan kita yg lain2 kita tunggu dan lihat.. apa pun Dato juga manusia biasa macam kita juga punya naluri dan perasaan, tapi maklum la kalu suda jadi YB Dato ni apa pun yg di buat akan jadi tumpuan terutamanya trend zaman2 sekarang. Telanjur suda kawan2 komen menganai pembangunan Tandek saya pun mau juga la.. pemimpin2 kita diminta la melihat dan membawa bersama kemahuan anak2 muda sekarang (umpama org mabuk berkasih time dulu2 teman lelaki kentut depan dia pun tak kesah, tapi kalu time sekarang jangan kau cakap istilah tu suda tida bole pakai) apapun saya rasa suda tiba masanya Dato melihat perubahan zaman sekarang bukan kerana Cerita2 panas ini tetapi kemahuan dan kebangikatan orag2 kita.. mungkin Dato perlukan plan tindakan kearah kemajuan org2 kita.. saya rasa Dato suda nampak ba baru2 ni time pemilihan ketua pemuda dan AJK bagaimana orang2 kita mahukan sesuatu (saya pun tiba2 muncul berdiri dibelakang orang2 saya walaupun saya tida masuk ke pendalaman).. jangan pula kita sendiri salahkan orang2 kita keran persatuan dan kita rosakkan orang2 kita kerana cita2 orang lain.. sepatutnya kita salahkan pemimpin yg tidak tahu menilai kemahuan rakyatnya..!! dan kita harus ingatkan Dato kalu2 beliau terlupa apa yg sama2 kita perjuangkan dan beliau janjikan untuk kita..!!

IsOn berkata...

Woi kangku. Oniinibak dogon boroson nga eelo i biyobo tongo kinoruangan panaru dot tuturan. Mimot-iimot tokow kabarasan dot wulan om amu opurimaanan dot mulok ulok bala dot tetee iri. Ades, aawi oku diti owo.

Tanpa Nama berkata...

ya..sy stuju dgn pdpt kmu bhw 'cara mengaibkan org mlalui media adalah cara tidak betul'.tp mgapa kes elizabeth wong yg di aibkn oleh media, kmu x katakn sbgni rupa?sahlah kmu hnya tau memihak kpd bos kmu sj..nk dikatakan malaysia today itu alat pmbangkang...tpulang dgn kmu..tp apa yg mbuatkn internet or blog2 seolah-olah bpihak kpd pbangkang?ini krn..semua media arus perdana dikuasai oleh pmerintah.bgaimana rakyat mahu myuarakan suara jk media disekat?sikit2 ulas psl ahli politik..dah saman sana sini..so.jgn heran la..pd masa akn dtg, semua blog hnya bpihak pd pmbangkang..dan kbiasannya bg golongn pmerintah..bla kdapatan mlakukn sst or kwibawaan mrka tcabar,pura2 knon bt press release.brusaha perkotak-katikkan rakyat yg dia d pihak benar.bla rakyat mc jg mberontak maka kkasaran akan dibuat la..cthnya saman-menyaman,akta hasutan dan mcm2 lg..tu la trend pmerintah2 skrg...sy x la mau sgt Dr MAx tlibat dgn hal2 mcm tu..sbb dia insan yg sy kagumi 1 ktka dhulu.tp skrg byk kpincangan yg sy rasai..

Little Mike (LM) berkata...

Setuju dengan kawan2... suara bersetuju ini bukan sentimen melulu... minta maaf kerana kita perlu bersuara sudah... sudah lama keperluan bersuara sebenarnya berkumandang tapi nampaknya pemimpin kita anggap seolah2 masyarakat kita yg sengaja senyap ini dianggap'orait nopo'. Orang2 di sekeliling dia pn hantar maklumat rakyat teda masalah. jadi semakin cantik la lagu 'orait nopo' di telinga MAX. jadi pilihan yg ada, BERSUARA.

Tiada ada apa yang persatuan kimaragang boleh buat. Channel untuk menganggkat pemimpin melalui undi sudah digunakan dengan sepenuh hak dalam pilihanraya. itu la peranan seluruh rakyat KM/Tandek. Sesudah diangkat jadi pemimpin kenapa pula mengharapkan orang lain atau meminta orang lain berfikir untuk kawasan mereka sendiri? Dr. Max berperanan sebagai apa? Karisma dan idea salurkan la kepada pihak berwajib untuk menyelesaikan masalah tandek/KM. Dr. Max dn Puan Anita yang telah diharapkan, tempat bergantung simpati, tempat menaruh harapan.. sedangkan semasa dicalonkan mula-mula dulu, kempennya pun berpaksikan kepada memajukan rakyat...

Tn Junid lebih peka semua ini. kami rakyat biasa. Kedudukan Tn Junid juga berada di kelompok yang sesuai untuk menyampaikan pesan orang kampung. Salurkan Dr. Max maklumat yang benar. Kalau rakyat menangis, hantar air mata di meja Datuk Max. Kalau rakyat gembira, hantar senyuman di muka puntu pejabat dia. Kalau rakyat bertanya, hantar laporan di nota harian dia.

Kalau salahkan orang kimaragang, tempiasnya akan kena Tuan juga... terus terang, saya tidak mahu bercakap soal pembangkang kerana dalam diri saya tidak ada sentimen seperti ini. Saya mau bersuara untuk pemimpin yg ada sekarang.

RumbiaMasolog berkata...

Saya tidak suka untuk memperkatakan sesuatu yg tidak pasti kebenarannya. Kerana memperkatakan sesuatu yg tidak benar itu adalah memfitnah dan memfitnah itu adalah suatu DOSA. So sya tidak la mo tambah lagi dosa dengan memperkatakan apa yg tidak pasti itu.

Tapi apa yg benar dan pasti adalah seperti yg dikatakan oleh Dr.Ison dan beberapa kawan yg lain tentang pembangunan dia kawasan N5. Tandek Khususnya dan Kota Marudu Amnya. Wahai saudara yang mengelar Kusai Tandek. Kalau dari segi gelaran ini selolah2 saudara ini adalah seorang lelaki yg sejati dalam memeprjuangkan nasib bangsa dan Tandek. Tapi sebaliknya yang kami nampak adalah tuan memeperjuangkan nasib BOS tuan dan periuk nasi tuan sahaja. Malah tuan mempersalahkan Persatuan Kimaragan pula kerana apa yg berlaku di pekan Tandek. Sesuatu yg sgt kurang bijak bagi pandangan sya.

Satu soalan saya dan diharap Kusai Tandek dapat menjawab... Apa pendapat saudara tentang Pembangunan Pekan Tandek dan Pekan Kota Marudu sekarang di bawah pimpinan Dr.Max. Adakah Tuan berpuas hati sudah?

Tanpa Nama berkata...

Junid,
sia tingu mcm panas ja blog ko ni..mcm2 isu yg ditimbulkan gara2 posting di MT. Sia rasa kita perlu rasional ttg perkara ini. Kita perlu fahami kedaadn berikut;
1- Jika ada pun seorang perempuan bernama Betsy ada bersama-sama dgn Dr Max di Australia, adakah ini "bermakna" mereka ada "affair" kerana yang pigi sana tu pun ramai org? Bukankah satu perkara biasa siapa-siapa bisnesmen, b/women akan cuba cari YB2 ke mana-mana untuk dapatkan bisnes?

2-Apabila ada tohmahan diblog, apakah itu kita buli anggap sbg "Bible Truth", yang tidak ada cacat-cela lagi? Sia dingar yang buat tuduhan tu merupakan 1 org keling, yang memang biasa putar-belit.

3-Apakah untungnya jika rakyat Tandek/KM berjaya menjatuhkan Dr Max? Untungkah mereka nanti? Bulikah si Jurin, A Mandiau turus buli jadi YB atau Mantri dan turus buli bawa peruntukan pembangunan ke KM?

Inilah, tepuk dada tanya selera. Jan kerana kerakusan menerima tohmahan sensasi, kita 'matikan' kerjaya org harapan kita...

IsOn berkata...

Ogumu ti 'tanpa nama' diti kiobo. Tad osoosorow ku i karakter kumik 'Pendekar Tanpa Nama' sid 'Pedang Setiawan'. Misuusuwai nogi ti tongo bongut dikoo. A elaan isai om isai. Intalang kow kabo. Elalaan no daton mituututuran tawawaasi.

Aso mangan ku boroso yoku kangku pasal dinot tongo affair dialo dino. Masalah peribadi dialo ino dino. Ilo i Tandek dogon dot booboroson diti. Ngaran nga Kusai Tandek ka dogima.

Engin kow gam obo mulok-ulok dot tetee, sambil mangakan do sup silod restoran suria?

Nunu boborooson dot Persatuan Kimaragang owo. Mimang ko aso tataraati ka di TK obo. Okon ko Persatuan Kimaragang po nundi dot tongo tulun tiya di pilihan raya konioi?

Little Mike (LM) berkata...

Saudara tanpa nama.. saya tertarik dengan kenyataan "Jan kerana kerakusan menerima tohmahan sensasi, kita 'matikan' kerjaya org harapan kita..."

fokus suara kawan2 ialah memberikan reaksi apabila Persatuan Kimaragang dipersalahkan. Merka dan saya tidak bersuara untuk 'mematikan' kerjaya ORANG HARAPAN kita. Mereka bersuara setelah beberapa penggal Dr. Max menjadi pemimpin. Bukan baru 4-5 tahun perkhidmatan dia di'ganyang' dengan suara-suara begini. Panjang juga masa dia berkuasa baru ada suara-suara begini. inipn baru tahun lepas 'meledak'. Suara mereka suara yang MEMBANGUN.

Menyebut tentang konteks orang harapan kita, bukan baru 2-3 tahun kita menyangkutkan harapan kita di bahu Dr. Max. Sudah lama dia dipandang sebagai ORANG HARAPAN pun. Jika bertahun-tahun kita sudah mengharapkan Dr. Max, tidak juga kunjung tiba, kita tidak terus kepada reaksi 'mematikan' kerjaya beliau. Cuma kita guna hak bersuara. Jika panas kata bicara, itu bersuara, bukan menoktahkan kerjaya beliau.

Kita bukan bercakap soal untung tidak untung... Kimaragang tidak kekurangan daya sifat memimpin. Seolah-olah kalau Max jatuh, kimaragang di Tandek tidak berkelayakan. Sdr Junid juga boleh kalau dia berinisiatif lebih daripada Dr. Max. Kita memiliki ramai intelek. Izinkan saya menyebut nama-nama ini. Cikgu Androd, Dr. Nellson, Dr, Navies, Dr. Jedol, Adik beradik dalam keluarga Gunsalam juga boleh diketengahkan. Anak kpd Sdr. jailip, anak kepada Sdr.Gansau juga intelek kimaragang. Pengetua SMK tandek apa kurangnya kalau berminat kepada politik. Semua ini kalau ada azam politik, kita boleh sandarkan azam dan harapan baru. Yang penting ialah jangan ulang kesilapan lalu, buat kerja, urus peruntukan secara total untuk kawasan pilihanraya, ada keazaman politik tinggi memajukan orang kita.

Bila Tandek dipimpin oleh orang Tandek sendiri, sudah tercapai objektif memerdekakan Tandek.. kita jangan kehilangan upaya untuk mempercayai kemampuan anak-anak Kimaragang Tandek...

izinkan suara-suara kami supaya beroleh pengiktirafan sebagai suara membangun. Ini gunanya kami yang dipimpin. Adakah kita perlu tunggu anak-anak muda kita menjadikan pembangkang sebagai alternatif menghukum pemimpin harapan kita? masa itu kita tidak lagi dapat bercakap untung tidak masa depan kita kerana 'emosi' orang muda semata-mata telah memindahkan kuasa ke tangan pembangkang.

Kalau pembangkang ok, bagus la. Jadikan mereka harapan baru pula. kalau ini yang kita mahu, buat apa lagi.. BERHENTI BERSUARA dan tunggu pilihanraya.

Sekali lagi ini SUARA MEMBANGUN... kalau ada rakan cop, rakan muda.. suara kami rakan politik....

BUNG ADI berkata...

MUKADIMAH: HMM, RAMAI SANGAT MENGAKU HERO, SANG BERANI, SANG LELAKI SEJATI, SANG PEJUANG BANGSA, DLL. BAGUSSSS...
Adeh, tersebut pula nama saya sbg antara "pengarapan". Hmm, tk.Pendek cerita, tanya Dtk. Maximus siapa "anti kerajaan" (sepatutnya dipanggil anti Max) No.1 yang dikomplen "ke atasan". Bermaksud, inilah orang paling lantang, paling ditakutinya. Kemudian, tanya juga datuk, siapa pejuang kimaragang/tandek/KM paling ikhlas dalam bersuara. Ini hamba Allah mengelar dirinya sebagai "musuh yang adil" kepada Dtk. Max. Kemudian, tanya editor Sabah Times (1997) siapaakah orang Tandek pertama menulis konsep "Tandek sebagai sebuah negeri". Orang inilah yang seharusnya dianggap antara pelopor kesedaran Tandekian/Maruduian. Kemudian, tunjukkan pada saya siapakah lelaki tandek yang dalam masa 2 minggu dapat sokongan beribu-ribu rakyat (pengundi) dusun, bajau, cina, dll (PBS, UMNO,PKR, PBRS, PDS, MCA, SAPP, dll)dalam proses "lobby" (PRU-12)sehingga PM, KM, dan DS Pairin pun tertarik. Hmm, lelaki seumpama inilah yang boleh mengaku LELAKI...
Tentang skandal: NO KOMEN. SAYA BUKAN JENIS SUKA MENCANTAS DAN MENDEDAHKAN AIB ORANG. TK.

BUNG ADI berkata...

Berjuanglah walaupun terpaksa secara solo jika kita memang sang pejuang. Tanpa persatuan pun sdr. Charles dan Kee Roslee (& Mr.X) dapat menyelidik salasilah keturunan bani kimaragang. Tanpa persatuan dan dana pun, Mr. X dapat menyelidik dan mengangkat martabat GPS Tandek sebagai institusi pembuka minda orang Tandek, tanpa persatuan, dana khusus dan naungan politik, anak-anak Marudu dapat bersatu secara maya dalam SAM (suara anak marudu) untuk mendidik, menegur, mengusul, menghibur, dll. Kuasa Politik, Persatuan dan dana memang penting tapi bukan SYARAT untuk pejuang sejati membuat bakti. Fikirkan wahai para pejuang sekalian. Tegakkan kepalamu (jangan tunduk malu2), pandang ke depan, penuhkan dadamu dengan jatidiri dan keyakinan, singkir rasa rendah diri. ANDA BOLEH! Jangan lemahkan semangat rakan-rakan pejuang bangsamu dengan mencipta berbagai hambatan...

BUNG ADI berkata...

Umpama adik beradik, walaupun lain-lain rumah (analogi kpd persatuan/parti), tapi usahlah bermusuh-musuhan. Walaupun lain pekerjaan (analogi kepada perjuangan/jawatan/dll), tapi kalau ada "keramaian keluarga" berukut-rukutlah. Kalau mak-bapa sakit (analogi kepada bangsa)bergabunglah mengubati. Dan andaikata ada jin jembalang luar (analogi kepada ???) mengacau rumah mak-bapak bergotong royonglah "membaca"/berdoa apa yang patut2 (analogi kepada perjuangan kemerdekaan).

- SAYA FIKIR INILAH FORMULA SEDERHANA YANG BOLEH MENYATUKAN KITA. TK. MAAF, KALAU SAYA SEPERTI BERLEBIH-LEBIHAN.

Tanpa Nama berkata...

BUANG YANG KERUH AMBIL YANG JERNIH..
FOKUSKAN ADA TANDEK YANG SEMAKIN TENGGELAM OLEH SEMAK SAMUN..NANTI 'LEMAS' ITU PEKAN TANDEK..

Tanpa Nama berkata...

Salam..
Kita bercakap seolah-olah Dtk Max lah (satu-satunya)individu yang bertanggungjawab terhadap kemajuan Tandek.. Apa cerita gang!? Pasal parit busuk, pasal keindahan tandek dan pasal semak semun yang meninggi pun salah Datuk Max jua ka??.. Datuk tak bolehlah turun bersihkan parit! datuk tak bolehlah sentiasa sekadar untuk mengindahkan pekan Tandek! be rasional Gang!.. Itu tugas kita..tugas kita sebagai rakyat Tandek.. datuk tak mungkin tiap masa ingatkan kita untuk bersihkan tandek..sebab memang dasar kita kepala batu! Seribu kali disuruh pun mentaliti tetap sama..Masih terlalu mengharap 'belas kasihan YB'.

Adakah jaminan yang menyatakan bahawa Tandek akan lebih maju sekiranya Tandek diperintah oleh anak jati Tandek??.. belum tentu lagi..Kita sekadar boleh mencadangkan nama tapi..saya yakin bahawa pemimpin itu pasti "akan dicincang" jua oleh org Tandek.. Lihat saja! Selepas 50 tahun "tandek merdeka"..siapa pejuang/ pemimpin yang sudah dikenali??

Saya bukan mengampuh Datuk..Tidak mungkin! Apatah lagi cuba menangguk ikan di air keruh. Cuma, sekadar mengingatkan TANPA NAMA. bercakap memang senang..melaksanakan belum tentu. menyusun kata-kata memnaglah mudah tapi bekerja bukan semudah itu. Ketika datuk sedang memerah otak untuk rakyat, sdr yang tak bernama dan konco-konco sedang memerah keringat mencari kesalahan Datuk.. Apakah pejuang seperti itu diperlukan di Tandek. tak mungkin!..kalu ya, tentu yang ttak bernama sudah popular di Tandek ini..

Kenapalah Datuk keluar dengan Stacy? Adakah ia telah menjejaskan komitmen Datuk terhadap masalah rakyat di Tandek.. Berikan statistik kemerosotan prestasi Datuk yang didokong oleh isu yang telah ditimbulkan.. Itu adalah isu yang ditimbulkan..biasanya org yang hampir kehilangan idea!.. Ada benda lain, itu jualah yang dipilih.. Kenapa?.. mengapa kami harus bertanya kepada driver.. Bukankah saudara lebih sesuai untuk menjadi saksinya??.. masalahnya, sdr sendiri gagal mencari kebenaran terhadap isu tersebut..

Saudara katakan rakyat tak bodoh seperti dulu? tapi rakyat macam sdr adakh telah menjadi bijak berbanding dahulu..? kalu dahulu org berperang secara bersemuka, kenapa saudara kekal dengan perjuangan tanpa nama?.. Maksudnya, saudara makin mengundur ke belakang..bukankah begitu?

Tanpa Nama berkata...

Hanya perubahan kerajaan sahaja boleh memastikan KM/Tandek berubah!

Tanpa Nama berkata...

Apa jaminannya???.. Adakah calon pembangkang sekarang ini telah DISAHKAN sebagai pemimpin yang CNFIRM membawa kemajuan!?.. Apa asasnya?..

Sdr sendiri ada mengatakan, rakyat sekarang ini sudah bijak.. Bukankah ini membawa maksud, kerajaan sekarang dipilih oleh RAKYAT YANG BIJAK?..

Junid Bin Gunsalam berkata...

hey..tq tuan2 dan puan2 kerana masuk dlm blog sy dan memberikan komen2 yang sedap dibaca dan ada juga yang tidak sedap dibaca...tapi sebagai penulis bebas blog, sy harus be 2 profesional tanpa mengikut emosi.

Mempersalahkan kan persatuan kimarangan dalam merencanakan pembangunan tandek??? untuk pengetahuan tuan2 dan puan2, sy bukannya menyalahkan persatuan kimaragang. tapi apa sebenarnya intipati sy ialah untuk memajukan tandek, persatuan kimaragang harus sentiasa duduk bersama-sama dengan wakil rakyat untuk memberikan idea baru dalam memajukan pekan tandek. mereka bukan setakat berbincang malahan menghantar proposal cara-cara membangunkan tandek. bagi sy, untuk memajukan pekan tandek, bukan terletak semata-mata ditangan wakil rakyat. tetapi harus ada kerjasama semua lapisan masyarakat samaada NGO2, Persatuan2, mahupun pihak individu. tapi apa yang sy nampak beberapa tahun kebelaknagn ini, seakan-akan persatuan kimaragang tidak sehaluan dengan kepimpinan kawasan. oleh itu sy mencadangkan agar persatuan kita ini lebih kreatif dan menganjurkan banyak program unutk menarik minat org kampung datang di pekan tandek.

lagi satu, perubahan sikpa masyarakat kita juga amat diperlukan. sy rasa di pihak kerrajaan sudah cukup baik menyediakan tarikan/kemudahan dipekan tandek (walaupun masih kurang cukup) contohnya bangunan hospital, jalanraya aspal dan bangunan kedai yang bagus. tapi nampaknya macam popular dan jadi tumpuan lagi tamu tandek di pekan lama dulu yang serba daif berbanding sekarang. kenapa ini harus terjadi? ini kerana sikap masyaakat kita yang terlalu suka datang di pekan Kmarudu berbanding tandek. mungkinkah disebabkan sistem perhubungan jalanraya yang lebih baik dan memudahkan sampai di pekan kmarudu kira2 15 minit dari pekan tandek? dulunya untuk sampai dipekan kmarudu 40 minit (jalanraya tanah), pekan tandek menjadi tumpuan. jadi sikap masyarakat kita harus diubah agar tidak mudah lupa itu pekan tandek...dan banyak lagi faktor untuk membangunkan tandek...

oleh itu, sebagai persatuan yang mwakili kaum kimarangan tandek, sy sarankan agar persatuan kimarangan to be leadar dalam mengetengahkan dan membentangkan pelan pembangunan dan cara-cara mencarri tarikan orng dtg di pkn tandek. menyalahkan semata-mata dibahu YB2 sy rasa tidak adil juga. semua pihak harus bekerjasama.

kesimpulan.....sy bukan meyalahkankan persatuan kimarangang, tetapi kita harus berganding bersama-sama dalam memajukan tandek. tuduh- menuduh antara kita bukan jalan penyelesaian. pelbagai pihak harus duduk sebumbung membincangkan perkara ini. tq...

Tanpa Nama berkata...

Jika Tandek/KM/p168 itu dikatakan untuk msayarakat Kimaragang saja, saya x faham. Dr Max adalah ahli parlimen sana, wakil untuk semua. Dia juga Tib Presiden PBS untuk parti seluruh Sabah. Dia juga menteri Kerajaan Malaysia, bukan untuk Kimaragang saja.

Realiti politik masa ini ialah dialah satu-satunya menteri Kadazandusun di Persekutuan yang memegang jawatan yang tertinggi. Dialah harapan rakyat Sabah. Tetapi kalu org-org Kimaragang hanya asyik "claim" jawatan YB tu, saya tidak pasti adakah permintaan seperti ini berpijak di bumi nyata.

Patut masyarakat Kimaragang bersyukur kerana YBnya sekarang ini memegang 1 jawatan penting dlm kerajaan. Dan banyak suda sumbangan yag dia beri. Sokonglah buat masa ini. Nati pilihanraya kan dtg, cubalah ketengahkan siapa2 untuk tanding Dr Max. Kalu menang, menanglah..

Macam main "lap-lap", siapa tinggi daun, menanglah. Tapi kalu sekadar "pia 2 2", bulum tentu menang.

Maaf, saya bukan dtg dari KM. Saya bukan Kimarang. Saya juga x perlu beri nama. Saya x penting. Yg penting ialah kamu ini masyarakat sana KM asyik bercakaran saja. Mcm tidak pandai menilai "mana satu intan, mana satu kaca". Dulu ada YB Kimaragang pun, lompat juga. YB nya x berkekalan. Dia jual dirinya kepada org lain.

Jadi buat masa ini, Dr Max berada di kedudukan Menteri. Tolonglah dia. Mintalah dari dia apa2 projek yang boleh membantu masyarakat Tandek/KM.

Bah tompinai..relax2 bah!

BUNG ADI berkata...

Hmm, tuan rumah. Banyak boleh saya perkatakan, tapi ada perkara lebih sesuai diperkatakan. cuba kunun kita main2 sms. hubungi sya : 0195339378. Pemuda hebat mcm tuan ini perlu digilap dan diketengahkan. Itu sebahagian tugas sanguru, tak semestinya sya boleh kasi jadi calon. sebab sya bukan presiden/tim.presiden parti. hehe (gurau tapi serius). atau klu ngam2 di pekan, jom kasi kawan saya makan sup di sedia menanti.

Raja Mogudan berkata...

siok lah nie pasti N.5 Tandek dan P.168 Kota Marudu famous seluruh dunia, masuk TV dan news, kita tunggu dan lihatlah siapa dipihak yang benar LoL

BUNG ADI berkata...

Di lain masa, saya kongsikan "prsenngketaan" dan "persahabatan" saya dengan Datuk Maximus. Dan kenapa saya dianggap "musuh yang adil". Setakat ni saya kasi klu nya saja. 2004 - saya ni dicop anti-kerjaan No.1. Memang layak saya dicop begitu. Memang saya amat BAHAYA. Lebih/ sangat bahaya berbanding Dr. Jurin dan A. Mandiau, tapi pernahkah sdr/i baca tulisan/kartun saya mengutuk Dtk. Max? Maksud saya, usahlah mengutuk2. Apapun perjuangan, halus itu yang memikat rakyat. Kehalusan itulah gambaran intelektual sejati. Itulah yang saya buat pada cubaan kedua "memerdekakan" tandek/KM (2008). Hasilnya sangat bagus cuma tak terpilih. Kejayaan saya ialah memberi inspirasi kepada rakyat dan bakal pejuang. Dan kebagusannya, apa saja "aduan/kritikan" saya pada dtk max, akan segera diambil tindakan. hehehe. tq.
Its ok. Saya tak marah dan saya tak membantu pembangkang...Dan Datuk Max tak komplen apa2.
Saya tidak marah PBS tidak beri peluang anak watan Tandek/Kota Marudu. Itu hak presiden/tim. presiden. PSB ibarat rumah mereka. Kita hanya bisa mengetuk, dan 2 x aku mencintaimu, opsss...2 x aku mengetuk pintu rumahmu (b/p rakyat Tandek/KM). Its ok. Logiknya, kalau mau duduk dalam rumah, bikinlah rumah sendiri. right?
Tentang perjuangan untuk rakyat, kita jadilah pejuang sejati seperti nukilan saya sebelum ini. Berkerjasamalah dengan agensi kerajaan/ngo, kalau x dapat bantuan/kerjasama, its ok...bikinlah setakat termampu. Bukan kejayaan yang rakyat nilai tapi kerja dan keikhlasan kita. Dan di pihak kita pula, kegembiraan dapat berbakti itulah yang utama.
Hmm....saya percaya kita semua yang menulis di ruangan komen ini ingin membuat perubahan. x perlulah kita gaduh2 (saya memang tiada niat mengaduh tau!), marilah berlumba-lumba jadi pejuang sejati itu...
sekian dulu buat kali ini. Maaf jika melukakan hati, aku hanya berkata yang sesungguhnya.
KPD. DATUK MAX, KIRANYA MEMBACA, SAYA TETAP "MUSUH YANG ADIL", INGAT APA SMS SAYA? - "MUSUH YANG ADIL LEBIH BAIK DARI KAWAN MUNAFIK!"...Piaralah bukit-bukit (ini kata Datuk), kerana bukit-bukitlah kunci kemenangan PBS/BN...dan memang mereka amat tinggi harapan. gbu.

ILLIE berkata...

Saya sebenarnya tidak berminat memberi komen pada entri ini tetapi hati saya TERGERAK bila membaca komen sdr.Tanpa Nama dan antara komen2 beliau ialah "Maaf, saya bukan dtg dari KM. Saya bukan Kimarang. Saya juga x perlu beri nama. Saya x penting. Yg penting ialah kamu ini masyarakat sana KM asyik bercakaran saja. Mcm tidak pandai menilai "mana satu intan, mana satu kaca". Dulu ada YB Kimaragang pun, lompat juga. YB nya x berkekalan. Dia jual dirinya kepada org lain."

Saya ingin bertanya apakah sdr.Tanpa Nama terlalu yakin dengan kenyataan ini?apakah sdr benar-benar tahu yang YB N.5 Tandek dulu telah melompat parti dan menjual diri kepada orang lain? Saya nasihatkan kalau sdr hanya berpandukan kepada kenyataan pemimpin2 PBS tanpa mengetahui cerita disebalik tabir kisah 1994,lebih baik jangan menyentuh perkara ini.

Sdr.Tanpa Nama pernah dengar RESOLUSI GAYA 1994? ok biar saya ceritakan serba ringkas apa yang ada pada resolusi gaya.Biarpun saya tidak terlibat tetapi saya berada dikediaman rasmi ketua menteri Sabah ketika itu (Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan) di Seri Gaya.

Resolusi Seri Gaya merupakan satu ketetapan untuk menubuhkan Parti Demokratik Sabah (PDS) yang ditandatangani oleh hampir kesemua YB PBS pada malam 14 mac di Seri Gaya (kediaman rasmi ketua menteri)

Ketetapan itu telah dibuat selepas pucuk pimpinan BN mengatakan bahawa mereka tidak lagi akan menerima PBS sebagai parti komponen Barisan Nasional tanpa mengira sama ada Datuk Joseph Pairin masih memimpin parti itu atau tidak. Penolakan ini diakibatkan oleh peninggalan PBS secara tiba-tiba daripada BN lima hari sebelum pembuangan undi semasa pilihanraya umum 1990.Oleh itu, YB-YB PBS telah membuat ketetapan untuk menubuhkan sebuah wadah kesinambungan untuk perjuangan politik kaum KDM.

Antara mereka yang menandatangani resolusi tersebut ialah:(lihat betul2 senerai dibawah)

1.Datuk Joseph Pairin Kitingan
2.Datuk Bernard Giluk Dompok
3.Datuk Wilfred Bumburing
4.Datuk Wences Angang
5.Datuk Tan Yong Gee
6.Datuk Steven Kutai
7.Datuk Adib Sigoh
8.Datuk Baggai Basirun
9.Datuk Kadoh Agundong
10.Datuk Lawrence Gimbang
11.Datuk Maichel Asang
12.Datuk Ewon Ebin
13.Datuk Mongoh Orow
14.Gisin Lombut
15.George Sangkin
16.Jahid Jahim
17.Joseph Sitin Saang
18.Markus Majihi
19.Dr. Othman Minudin
20.Raden Maleh
21.Saibul Supu
22.Siringan Gubat
23.Dr.Maximus Ongkili

Jawatankuasa penaja:

Dalam mesyuarat pada malam 14 Mac itu yang berlarutan sehingga 15 mac,sebuah jawatankuasa penaja PDS telah ditubuhkan yang terdiri daripada:

Presiden : Datuk Bernard Dompok
Timbalan Presiden: Datuk Wilfred Bumburing
Setiausaha Agung: Dr. Maximus Ongkili
Bendahari Agung: Datuk Monggoh Orow
Ketua Pemuda: Jahid Jahim
Ahli-ahil Majlis Tertinggi: Kesemua Wakil-wakil Rakyat yang menandatangani Resolusi Seri Gaya 14 Mac.

Berikutan kelulusan ketetapan itu, dokumen pendaftaran PDS telah dibuat pada sepanjang hari 15 Mac 1994, diketuai oleh Dr. Maximus Ongkili dan Datuk Bernard Dompok. Pada masa yang sama, satu lagi perbincangan telah diadakan di tempat kediaman peribadi Datuk Joseph Pairin yang memutuskan penarikan balik hasrat mereka untuk menubuhkan PDS.

Walau bagaimanpun, sebahagian besar daripada Wakil-wakil Rakyat sudah pun berada di Kuala Lumpur pada 15 Mac seperti yang telah dipersetujui dalam Resolusi Seri Gaya 14 Mac.
Pada pagi 16 mac proses dokumentasi pendaftaran PDS diteruskan. Dr. Maximus kemudian tidak bersetuju dengan tindakan itu dan beliau dikatakan menyimpan Resolusi Seri Gaya 14 yang telah ditandatangani.Difahamkan Dr.Max dan Datuk Pairin marah dengan Datuk Bernard Dompok kerana meneruskan hasrat penubuhan PDS dan berlakulah perselisihan faham antara pemimpin2 PBS yang akhirnya mengakibatkan ramai yang meninggalkan PBS dan bersama-sama dalam PDS untuk memastikan KDM terbela dalam kerajaan baru BN pimpinan UMNO.PDS telah diterima menjadi kerabat BN.

Sentimen KATAK amat kuat ketika itu dan akibatnya pada pilihanraya 1999,semua calon daripada PDS kalah teruk termasuk President nya sendiri di kawasan Moyong .Persoalaannya mengapa rakyat moyong sanggup menolak YB mereka yang memegang jawatan sebagai Ketua Menteri SABAH ? Pada pilihanraya itu , Dr Mahathir Mohamed sendiri turun ke moyong untuk membantu tan sri dompok dalam pilihanraya tersebut di mana dia berhadapan dengan Datuk Clarence Bongkos Malakun .Pada ketika itu hanya 2 calon dari PDS yang menang dalam pilihanraya umum tersebut , mereka ialah Datuk Wences Angang Kuala Penyu dan Datuk Siringan Gubat Ranau.Kemudian mereka masing masing dilantik sebagai timbalan Ketua menteri , dan seorang lagi pembantu menteri .

Sentimen Katak yang dimainkan oleh pihak lawan terhadap para pemimpin PDS memakan pemimpin PDS tersebut. Sentimen Koguli tokou wagu oleh PBS juga menjadi faktor kekalahan calon2 PDS.Rakyat marah kepada pemimpin PDS kerana mereka telah terpesong dan termakan kata kata pembangkang bahawa para pemimpin PDS adalah Katak.Apabila dijelaskan cerita dan keadaan sebenar,Datuk Pairin dan Dr.Max berdalih dan mengaku tidak pernah merestui penubuhan PDS..jadi siapa yang berada di Seri Gaya pada malam 14 Mac 1994 dan sama-sama menandatangani resolusi itu? bukan Datuk Pairin atau Dr.Max? atau rogon monsimong yang pigi tanda tangan...di kawasan N.5 Tandek,kekalahan calun PDS(BN) bukan kerana faktor PBS tetapi calun PDS telah dikalahkan oleh kaum kerabat dan orang-orang kanan beliau sendiri.

Draf penubuhan dan persetujuan resolusi gaya masih dipegang oleh Dr.Max.Perkara yang lalu biarlah berlalu dan tidak perlu lagi kita mengungkit-ungkit lagi.Tetapi saya tidak bersetuju dengan komen sdr yang mengatakan YB Kimaragang telah melompat..kerana PBS yang telah menimbulkan sentimen ini dan menyebarkan kepada penyokong2...dan apabila penyokong2 yang terlalu taksub seperti sdr.memanglah terlalu mudah mempercayainya.

Minta maaf sdr.Junid sebap komen saya lain dari yang lain dan agak panjang sikit.

PENYIRAM BENJIN berkata...

Ba ka. Maangatuk oku nopo yoku diti siti. Simbaro kelo boros di illie dilo oi 'tanpa nama' ong waro po nakaatag atag opod duwo nopod siin sinod pakit nu. Ino bo nga ong oorotiyan nu iti boros ku diti tu okon ko tulun KM okupo yoku kanu. Kimaragang tantu oku yoku diti. Maalan oku no diri mamalayu siti. Aku po tiakan kembagu.

Tanpa Nama berkata...

kalau betul lah YB Dr.Max itu PERMAA Tandek/KM, pergilah di Pekan Tandek sekarang. Lihat apa pembangunan yang YB Max bawa setelah berpenggal2 memegang dua kawasan iaitu YB ADUN & YB PARLIMEN..
Kalau tidak mampu jalankan 2 tugasan dalam satu masa, berilah pada orang lain..bila kemarahan penduduk Tandek sudah sampai tahap Dewa baru konon bagi peluang sama orang lain itu pun mantan PKRnya dulu YB.Anita yang juga bukan orang Tandek. Cubalah ba pilih calon yang memang orang Tandek yang boleh menyelami hati rang2 Tandek...
Sayang ba kepimpinan YB Max yang suatu ketika dulu begitu disegani dan dihormati.

Tanpa Nama berkata...

My question is: Why bring along Betsy to the overseas trip? He is a heavily scrutinised public figure. Any entourage that follows him on any overseas trip are observed by the prying public eye. Bear in mind that once you hold a high public position (a mandate given by the people), you virtually throw away your private life out the window. Thus, he should know from the beginning, that by bringing a young lady along (she's barely 30), will invite remarks, such as those thrown by Deep Throat.
By being a public figure, one should always be prepared for such sensationalised newsbit. (Heck! bring an all-male entourage and pretty soon you'll be labelled a fag).

So if you're gonna be having frequent overseas trip with such a lass, then BEAR THE CONSEQUENCES. AND TAKE A CHILL PILL AND RELAX. If the news is proven false, then Deep throat will eat his word. (I'll provide the ketchup) But if proven otherwise...well we shall wait and see. But at the mean time..COULD HE PLEASE GET OFF HIS BUTT AND DO SO FREAKIN DEVELOPMENT IN HIS CONSTITUENCY...I AM ASHAMED TO ADMIT I'M FROM KOTA MARUDU COZ THE PLACE IS ALWAYS ON THE NEWS AS BEING THE POOREST IN THE LAND!!

Tanpa Nama berkata...

It is the time where everybody should come together to support our very own prodigal son, Jurin. Give him the chance to lead KM/Tandek. With his right attitude and intellectual, i believe he would be able to bring changes to KM. Don't go for any of so call Dr. Max's lineup in the future. Why? as long as Dr. Max there, he is still in control just like what happen to Anita. Think about it!

BUNG ADI berkata...

Hmmm...posikno! (http://posikpo.blogspot.com).

dardie berkata...

wow!!!!! panas!!!!....tahniah blogger2 sekalian..saya bersetuju bahawa ini adalah satu simple platform untuk mendidik bangsa bumi Sabah untuk mula BERSUARA, BERFIKIR, BERHUJAH, dan MENILAI tentang sejauh mana kita prihatin terhadap politik bumi Sabah kita..kalau dulu, kita mengeluh kita hanya melepaskan keluhan dengan mengenggam hujun kain sendiri atau menghela nafas keras..tapi itu dulu, generasi sekarang bukan lagi generasi pendiam macam dulu..kalau dulu pemimpin boleh tersenyum sebab tiada kemajuan pun rakyat tidak tahu macamana mau bersuara..tapi sekarang, generasi seperti inilah yang perlu ada..Saya tidak pro kepada mana2 perjuangan parti..saya cuma pro kepada keperluan kemajuan negeri tercinta kita..

Jangan kerana kita ini sekarang adalah seorang yang menduduki jawatan dalam sesebuah organisasi dengan pantas dan confident mempertahankan situasi yang ada..ok la, kalau kita yakin dengan pemimpin yang kita ada itu sekarang adalah seorang yang boleh memperjuangkan hak rakyat, kenapa pula timbul soal mempertikaikan peranan persatuan yang dibawah naungannya??? apabila suatu persatuan itu gagal berfungsi, maka yang perlu ditanya adalah pemimpin (YB) kerana dia adalah ketua pemimpin di sesebuah kawasan tersebut..jangan lah kita dengan bermegah menyatakan bahawa pemimpin itu tidak dapat turun untuk membersihkan parit yang kotor dan busuk..apakah pemimpin itu seorang yang dungu sehingga itupun mahu rakyat yang jawab..apabila seorang nazir datang ke sesebuah sekolah dan mendapati bahawa kebersihan dan kebajikan aset di sekolah itu tidak betul..apakah tukang kebun yang akan nazir itu tegur???tidak!! mestilah pengetua atau guru besar sebab mereka gagal menjalankan entiti kepimpinan itu..

Oh sahabat2 sekalian, saya bukan Tandek, bukan anak jati KM, tapi saya terpanggil untuk menarik perhatian kita kepada situasi yang berlaku sekarang..pada saya, konsepnya mudah saja..kalau sudah tidak mampu untuk menjadi seorang pemimpin maka, jalan terbaik adalah berundur..beri peluang kepada orang lain..tidak kisahlah pembangkang ka atau kerajaan ka..

Nah, mesti ada yang berkata nanti..adakah kita pasti kalau kita ganti pemimpin sekarang akan menjamin bahawa pemimpin yang berdiri itu seorang yang boleh menjadi pemimpin baik???? hehehehe...memang la tidak pasti. kalau saya mampu untuk melihat diari kehidupan untuk hari esok..maka, rasa mudahlah hidup ini dan mudahlah kita untuk membangunkan negeri tercinta ini..tapi, kalau kita pasti pemimpin yang ada sekarang ini tidak lagi mampu menyumbang kepada rakyat, apa salah kita cuba yang baru pula..sekurang-kurangnya kita mencuba juga..tapi kalau kita rasa pemimpin yang ada ini masi ok, silakan pertahankan dia..

ohh ya, mengenai gambar Dr. Max tu..alkohol ka, makanana apa ka, di mana ka,dengan siapa ka, itu bukan urusan minda saya untuk menilainya...tapi apa yang saya faham, institusi politik malaysia sangat menekankan soal disiplin, apatah lagi apabila seseorang itu merupakan pemimpin yang sentiasa dilihat rakyat..itulah moral yang perlu dijaga...kes khalwat, kes liwat, kes gambar lucah, kes rasuah, kes mengunjungi kelab malam..dan banyak lagi..ini lah yang perlu menjadi batas kawalan kepada seseorang pemimpin..Perdana Menteri kita juga selalu menekankan soal moral dan disiplin seseorang wakil rakyat itu..justeru itu, apabila gambar seumpama ini terpapar di mata rakyat, maka adil la bagi saya kalau ada suara rakyat yang tidak senang dengan apa yang dilihat sebab pemimpin tertinggi bagi seseorang yang digambar itu yang turut memperjuangkan soal moral dan disiplin wakil2 rakyat..

Hehehe..namun, adalah hak orang2 kuat beliau untuk mempertahankan bosnya sebab nanti tiada bisnes bos..tapi kalau itu yang anda fikirkan perjuangan, saya rasa itu adalah agenda peribadi sahaja..kalau tuan bersetuju dengan moral dan disiplin wakil rakyat itu, maka saya rasa rakyat bumi Sabah sedang dalam bahaya sebab mempunyai pemimpin pelapis yang sewaktu dengannya...

SEBAGAI ANAK BUMI SABAH, APA YANG YANG KITA INGIN LIHAT ADALAH SUATU PERUBAHAN..KALAU PERKARA INI DIAMBIL KIRA OLEH PEMIMPIN YANG ADA SEKARANG, MAKA SAYA MAHU BERDOA AGAR PEMIMPIN ITU KEKAL MENYANDANG TUGAS..TAPI KALAU SEBALIKNYA..KITA FIKIR2 LAH APA TANGGUNGJAWAB KITA UNTUK MELIHAT PERUBAHAN ITU...

Little Mike (LM) berkata...

hehe,
bah, kita punya timbalan pengarah bersuara sudah.. welcome to the club dardie... dia baru jadi 'orang KM' setelah kahwin dengan koginawaan dia orang sana salimandut. hehe

Saya setuju dgn tn. Dardie. saya tidak perlu ulas panjang lagi. jangan sampai kita butakan mata dan telinga sehingga sokongan membawa rebah. Beruara satu platform yang membangun. Masakan pokok bergoyang kalau bukan kerana ditiup angin. Masakan rakyat BERSUARA jika tidak...........

Tanpa Nama berkata...

Tida kesah lah apa org kata, saya adalah pengecut..!! tida show nama tpi demi ke baikan saya faham2 la.. pigi jumpa Betsy Steven Elfa Emoi/stacy tu ok la, tapi kasi tinggal km time banjir kerana sebab2 yg tida bole dipakai ok ka bos..? yg cantik betul komen dia konon bukan d pihak dato tu sebenarnya anjig dato ba tu klu tidapun org bodoh yg ingat dipandai.. kalu dato kentut depan dia pun dicakap wangi mau terkeluar suda mata dia pun ok tiada masalah yg pentig projek jalan...!! apa guna MDKM tu bos saya mau tanya? bagai mana dgn jadul punggut sampah suda penuh tida mau angkat? Do tu siapa? adakah jawatan Do sekadar mengiring Dato & Yb? meeting oleh Do tida jalan salah org Tandek ka? kamu yg salahkan org tandek tu bebal bah sebenarnya, walupun ada org bebal di tandek tapi tida semua.. sekarang kerja kami sedarkan Orang2 tandek yg bebal2 tu.. kou tida puas hati ka..? kou ni kalu la org Tandek, lagi sikit macam 'Buang' dlm watak sjn Hassan..

Raja Mogudan berkata...

nah apa hal sdh kamu nie mcm bergaduh sdh pasal yb. datuk maximus?, relax bah kwn2 itu taktik BN (Barisan Najis) bah mencari publisiti kerana PM akan bersara sdh LoL

Little Mike (LM) berkata...

SRIXON,
teda gaduh2 ni... saja bertukar2 pendapat sebagai anak watan tandek. Teda sebab anak tandek sesam bergaduh melulu. Kita gunakan platform yang boleh mencambah idea secara individual... jika patut di tanya, kita tanya. bukan kawan makan kawan. tidak kira apa fahaman politik, kita masih ada keperluan untuk bersuara, iaitu SUARA MEMBANGUN.

Tanpa Nama berkata...

Wah!.. Pasal banjirlah masalah saudara ni yee... Alalalah.. Sdr berckp seolah-olah saudaralah "pemegang jadual perjalanan/ aktiviti datuk".. Alamak tn, minta maaf banyak2. Saudara mengadili kerja seseorg dengan melihat samada badan org itu ada di sana atau tidak saja. bgmana dengan sdr? Time banjir sdr ada di mana???.. Seperti yang saya katakan, Datuk tak semestinya SENTIASA BERADA DI KAWASAN YANG BERMASALAH dan barulah dikatakan pemimpin. Sekarang banyak jentera kerajaan. Bukankah lebih logik untuk mengarahkan semua agensi untuk mengambil peranan dan bukannya MP itu sendiri turun setiap hari memantau banjir!.. Sayang seribu kali sayang, tn hanyalah pemimpin kecik yang hanya pandai berkata kata..tetapi TERLALU KABUR untuk mengetahui tugas seorang MP...

Kenapa harus menggelar org datuk sebagi anjing Datuk? Adakah manusia seperti sdr layak untuk menjadi pemimpin? Bahasa sahaja pun sudah menampakkan "kebodohan"..apatah lagi untuk menjadi pemimpin. hari ini sdr katakan anjing Datuk, tak lama lagi sdr akan katakan lebih teruk. Hari ini sdr cuma katakan melalui perkataan, tak mustahil suatu masa nanti kerana ketaksuban, sdr akan memperlakukan lebih dari perkataan.. sdr bck seperti individu tak bertamadun. tak pernah berfikir secara rasional..Yang jelas, sdr hanya lahir sebagai pemimpin di balik tabir yang hanya menyerang secara bersembunyi!.. Adakah itu yang diperlukan sebagi pemimpin???..

Siapa yang perlu ditanya pasal jadual pungut sampah MDKM?..tanya Datuk juga ka??.Alahai sdr.. daripada mempersalahkan Datuk, sekarang mempersalahkan DO pula. jangan berhujah seolah sdr TAHU SEMUA kerja Datuk dan DO. tanya diri sendiri. Lihat kedudukan keluarga sendiri. Andaikata depan rumah pun rumput tumbuh meliar, jangan dipertanyakan soalan yang menampakkan kebodohan diri sendiri..Jangan sampai gajah gemuk depan mata tak nampak tapi kuman di seberang laut mahu diperjelaskan..jangan..jangan..

Sdr katakan KERJA KAMI SEDARKAN ORANG! Ehhh, amat pelik untuk mengakuinya. Bahasa sdr saja pun sudah menampakkan org yang tak pandai sedar..Macammana timbul mimpi nak sedarkan orang???.. Org Tandek perlu sedarkan individu seperti sdr dan barulah sdr boleh memasang impian untuk menyedarkan orang..

Little Mike (LM) berkata...

tanpa profil 'tataba' vs tanpa nama.. bagi saya, pertama sekali, saya juga tidak bersetuju penggunaan bahasa kasar untuk menggelarkan seseorang sebagaimana yang terhambur dalam sesetengah2 komen. Kalu boleh kita elak pengunaan konotasi yg tidak baik. Tandek/KM belum ada sejarah lagi tindak-tanduk kata-kata ekstrem yang berleluasa. Kalau ada pn, masih terpinggir... Jangan kasi 'aramai' lagi. Sudah2 la. Kritik secara membina dan cara berhemah.

Apa sahaja masalah rakyat, mungkin tidak semuanya Datuk dapat berada di sana. Tapi Datuk Max bertanggungjawab untuk mengetahui semua masalah untuk merekodkan dalam nota harian. Sebab itu teamwork Datuk mesti berperanan.

Soal MDKM, bukan setiap kali MDKM gagal dalam jadual pemungutan sampah, Datuk perlu bertanya. Suara2 mengenai ketidakpuashatian terhadap MDKM sebenarnya berpunca daripada pengabaian MDKM dalam rutin mereka dalam jangka waktu yg agak panjang daripada jadual sebenar... Jika berbulan2 begitu juga, sudah disuarakan kepada MDKM, DO tapi belum mendapat reaksi, kepada Datuk juga report itu harus disampaikan. Peranan Datuk untuk mengingatkan piagam MDKM yg mengandungi ikrar perkhidmatan kepada masyarakat.

Tentang masalah banjir, Datuk Max berperanan dari segi memberikan arahan kepada agensi. Jika agensi bergerak lesu, pasti kerana mereka tidak 'disergah' oleh peranan Datuk. Bukan semua kampung Datuk perlu ada bila banjir (sekalipun keperluannya ada)... jika tidak, hantar jentera penggerak kemanusiaan... Sekurang2nya Datuk atau Teamwork datuk berperanan dari segi ini...

Soal lain, saya tidak sentuh. Soal bersuara hanya keperluan bersuara sahaja, tidak bermaksud mengetengahkan apa bentuk kempimpinan yg kita ada. Kita memberitahu apa idea/pertanyaan yg ada dari golongan yang dipimpin... itu saja. Kalau ini pun dikucar-kacirkan, hak bertanya kita tidak akan sampai ke mana. Kalau rakyat demankan ketelusan kepimpinan, maknanya rakyat tahu mereka mempunyai pemimpin dan sedang dipimpin. Bagaimana reaksi orang politik akan mengambarkan mereka itu memimpin atau tidak.

dardie berkata...

SAUDARA TETABA,

hebat sungguh saudara, dengan melihat tulisan seseorang itu saudara boleh menilai ciri-ciri peribadi seseorang itu..tidak bertamadun la, menampakkan kebodohan la..apakah saudara tetaba sangat confirm yang saudara adalah orang yang bertamadun dalam semua aspek?hehehe..tapi mungkin itu adalah reaksi saudara kepada tulisan blogger2 lain kan..tiapa la tu..

Namun, saya tertarik dengan kenyataan saudara mengenai jadual pengurusan memungut sampah dan kelibat pemimpin semasa kawasannya bermasalah..saudara mengatakan adalah menjadi tanggungjawab jentera2 pemimpin itu untuk memastikan segala urusan d kawasannya berjalan lancar..tapi, soalan saya adalah siapakah yang perlu disalahkan sekiranya jentera2 itu tidak menjalankan fungsi dengan berkesan?? cuba saya fikirkan situasi dimana sebuah syarikat itu gagal berkembang atau maju..ermmmm, saya rasa orang yang akan dipersalahkan dan diajukan persoalan oleh ahli lembaga pengarah adalah manager atau CEO syarikat tersebut sebelum proses pemecatan dilakukan terhadap jentera2 syarikat tersebut..oleh itu, adalah adil bagi saya kalau rakyat atau pemerhati menyalahkan pemimpin itu sekiranya berlaku suatu kegagalan fungsi d kawasannya.Sebelum menyalahkan jentera2 itu maka adalah tidak salah kalau rakyat melihat terus kepada siapa pemimpinnya. Begitu juga kalau kita bercakap soal kemajuan. Tempoh 3 penggal adalah tempoh cukup lama untuk melihat pembuktian kepada manifesto2 yang ditabur..takan kita masih lagi mahu menunding jari kepada jentera2 pemimpin itu lagi berikutan kegagalan menepati manifesto tersebut? jentera2 mereka ka yang merangka manifesto tu? hehehe

Ramai juga blogger2 yang turut mempertahankan pendapat bahawa komen rakyat terhadap pemimpin yang akan menggantikan pemimpin sekarang belum pasti lagi dapat membawa perubahan kepada kawasannya..heheehe, pendapat ini barulah boleh dikatakan dalam golongan yang kurang mencapai tamadun pemikiran. Memang la tiada seorang pun yang pasti tentang itu...tapi, kalau 3 penggal si pemimpin sekarang tidak dapat membawa apa yang diharapkan rakyat? mana yang lebih pasti kejayaannya wahai sahabat? pemimpin sekarang itu suda gagal selama 3 penggal (d mata rakyat)atau pemimpin yang akan menggantikan pula belum pasti..scenarionya mudah saja, kalau saya melalui satu sungai dengan jambatannya telah putus (pasti), saya lebih rela untuk mencuba mencari jalan lain (belum pasti) dengan harapan ada penyelesaiannya..

Walau bagaimanapun, bagi saya adalah alasan baik untuk mengukir senyum dan mengangguk kepala juga sekiranya dalam sedikit tempoh lagi kita dapat mengecapi apa yang kita harap2kan daripada pemimpin2 sekarang ini.Adalah tidak adil untuk menghukum mereka sekiranya mereka betul2 mahu membawa perubahan kepada kawasan mereka dengan telus..TAPI, HARUS DIINGAT JUGA BAHAWA KELEWATAN MEREKA BERBUAT DEMIKIAN AKAN MENANAMKAN SATU AZAM DI HATI RAKYAT YANG SELAMA INI MELETAKKAN KEPERCAYAAN KEPADA MEREKA UNTUK PROSES PEMILIHAN AKAN DATANG...

Oleh itu, saudara2 penulis sekalian, janganlah kita dengan megahnya menyatakan bahawa inilah yang terbaik yang kita ada sekarang..sedangkan negara2 lain yang mempunyai pengalaman politik yang jauh berusia daripada kita turut memperakui situasi ini, apalagi kita..

Saya pasti dalam semua intipati tulisan2 dalam ruangan ini, kita sememangnya inginkan suatu kemajuan dan perubahan. Itu yang saya lihat (tapi tidak tahu la kalau ada yang cuma menyatakan agenda peribadinya).

Maka, akhir kata..PILIHLAH UNTUK MELIHAT KEPADA SUATU PERJUANGAN PERUBAHAN..JANGAN KERANA KITA BERADA DI KELOMPOK LEMAH, MAKA KITA BERUSAHA SEDAYA MAMPU UNTUK MENEGAKKAN BENANG YANG BASAH..SEBAIKNYA MENGANALISA DI MANA TAKAT KITA DAN MENJADIKAN IANYA PLATFORM UNTUK MEMANTULKAN KEMAJUAN DAN HAK RAKYAT.

Junid Bin Gunsalam berkata...

HYE...BLOGGERS SEMUA..TQ KERANA BANYAK SUDAH INPUT YANG ANDA BERIKAN. KITA SATUKAN INPUT INI UNTUK MENJADIKAN KITA ORANG YANG LEBIH BERGUNA. TERUSKAN MEMBERI IDEA DAN KOMEN SEJUK DAN KOMEN PANAS DALAM BLOG SY.APA PUN KOMEN SAUDARA, YANG PASTI SEORANG PEMIMPIN ITU TIDAK SEMPURNA SEADANYA. KITA HARUS SEKALI SEKALA MEMBERI TEGURAN DAN PENDAPAT. TEGURAN DAN PENDAPAT ITU BUKAN BERERTI KITA KONDEM PEMIMPIM ITU TETAPI JAUH DARI LUBUK HATI KITA IALAH INGIN MEMPERBAIKI KEADAAN. SY SANGAT MENGHORMATI DATUK MAX WALAUPUN ADA YANG MENGKRITIK HEBAT. TETAPI LUMRAH AHLI POLITIK. SEORANG AHLI POLITIK MENGALAMI DUA KEADAAN PADA MASA YANG SAMA IAITU DIBENCI DAN DIPUJA ORANG. WALAU PUN KITA BUAT YANG TERBAIK PUN, TAPI YNAG MEMBENCI ITU PUN TETAP ADA. APA LAGI KALU BUAT YANG JAHAT. JADI ITU LUMRAH AHLI POLITIK..HEHEHEHE

Tanpa Nama berkata...

Sdr Dardie, Thanx banyak2.
Sekadar bertanya dgn sdr, apakah gelaran yang sesuai untuk seseorg yang "menganjingkan" seseorang?.. Bukankah mereka yang tidak bertamadun juga boleh masuk dalam kategori ini? Barangkali saya bukan tepat keseluruhannya.. Tapi penilaian saya tak mungkin salah juga kesemuanya. Betul, saya berkata demikian atas respon terhadap seseorg yang kita sendiri saksikan..

Untuk membodohkan seseorg, rasanya dah lunrah alam untuk memperkatakan kebodohan seseorg sekiranya "kebodohan" itu benar2 boleh dikenalpasti.. Dan memang ada kebodohan di sana. saya bukan bijak..saya juga ada kebodohan..Tetapi, sukat2lah bah kebodohan itu. jangan kerana amarah, kebodohan itu yang keluar..sedangkan dalam masa tersebut, kebijaksanaan lah yang harus berperanan..

Soal pemimpin lemah atau hebat boleh diperbincangkan..tetapi sekadar melihat kelemahan tanpa melihat sumbangan dan peranan seolah menjadi manusia yang tidak mahu bersyukur! Kita boleh katakan, kita ada calon lain, kita ada pemimpin lain... Kita boleh cakap sepatutnya begini, sepatunnya begitu..tetapi laihat diri kita sendiri, di mana kedudukan kita? dalam keluarga pun kita goyah, bagaimana berhujah untuk satu keluarga yang lebih besar.. istilah sukat2lah diri sendiri harus lebih ada. Kita perlukan pemimpin yang ulung/ berwibawa..kita perlukan YB yang prihatin, cekap, telus dll..tapi mudah sangatkah mencari pemimpin seperti itu??..last2 kita kembali kepada persoalan asal..kalu kita sendiri tak mampu, sukat2lah diri sendiri. kalu pun mahu menjatuhkan seseorg, lihatlah keupayaan diri sendiri..

Bukan salah memberi pendapat tetapi untuk "menganjingkan" peribadi manusia adalah keterlaluan..

kenapa pembangunan TANDEK/ KM terus menjadi pertikaman. Sekadar membawakan contoh, membangunkan suatu kawasan bukanlah mudah? Lihat saja di Daerah lain..Sebutkan Daerah yang melonjak secara mengejut atas sumbangan si pemimpin..? Sandakan? tawau? keningau?..dll.. Maju ka? kalaupun kita katakan maju, adakah itu sumbangan pemimpin semata-mata?.. Kita harus berpijak di bumi nyata. KM/ Tandek perlu "kekuatan lain" selain pemimpinnya... Sumber asli? Ada?.. Pusat pelancongan, ada?.. org KM/Tandek yang rajin, banyak?..

Ada betulnya pemimpin boleh dipersalahkan sekiranya organisasi/ kilang/ syarikat dll mundur.. tapi sejauh mana kebenarannya?.. Bolehkah dikatakan kegagalan anak-anak remaja kita di KM/ Tandek disebabkan oleh pemimpin dalam keluarga (ibu/bapa). Ah! Tidak.. Ada di antara anak-anak yang telah "memilih" kegagalan..walaupun tidak menyedari. dalam konsep kepimpinan dalam masyarakat, bukankah konsep ini boleh digunakan..? Kerajaan sudah sediakan itu dan ini, adakah rakyat menghargainya..? Jalan di kampung2 kita yang ditar oleh kerajaan pun masih bersemak kerana ketidakpekaan kita di kampung.. Bisnez di bandar dikuasai oleh org pilak/ cina kerana kegagalan kita anak jati bersaing dengan meraka? Adakah ini juga salah pemimpin..

Lihat senario di Pejabat daerak KM yang selalu dipenuhi dengan masyarakat. Apa dorang mau???.. bantuan..bantuan..bantuan.. Tetapi terpikirkah mereka untuk membantu diri sendiri? kalau diri sendiripun tak dibantu, apatah lagi KM secara keseluruhannya.. kalau kita tak bantu KM/ Tandek, kenapa harus menuding jari kepada pemimpin sahaja..

Junid Bin Gunsalam berkata...

HYE TANPA NAMA,
Terima kasih tn terus memberi komen. sy setuju dengan pendapat ko. sama ada maju atau tidak sesuatu kawasan terlalu banyak faktor yang mempengaruhi. sikap masyarakat kita pun perlu diubah juga.

Tataba berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
dardie berkata...

Terima Kasih Saudara/ri Tetaba,

Saya tidak menyatakan bahawa saya mengangguk kepada tindakan orang yang mengeluarkan kata-kata "anjing" itu..tapi, janganlah kalau orang lain kurang erti tamandunnya maka kita pun dengan senang hati juga turut memberikan gelaran2 yang sewaktu dengannya..walaupun kita merasakan itu kena pada tempatnya..bukan kah ada kata-kata teguran lain yang boleh digunakan?? kecualilah kalau memang anda berpegang kepada prinsip api balas api, darah balas darah, atau nyawa balas nyawa..hehehehe..itu hak ko juga la kan.

Hmmm..sememangnya banyak faktor yang mempengaruhi kemajuan dan perubahan sesuatu kawasan itu..maka, blogger2 mengharapkan apabila ada teguran2 daripada pihak pemerhati agar ianya dapat disampaikan kepada yang berkenaan kerana saya berpendapat kalau saudara pemilik blog ini (Kusai Tandek) sebagai Naib Ketua Pemuda PBS N.5 tandek dapat menyampaikan gabungan suara ini kepada siapa yang harus mendengar mungkin ada baiknya nanti..

Memang betul tetaba, tidak semua orang penulis2 yang menghiasi karpet komen2 ini adalah golongan yang boleh berdiri menjadi pemimpin sehinggakan saudara menggunakan istilah kepimpinan/pemimpin dalam keluarga sebagai pengukur..tapi, tidak salah juga untuk memberi pandangan dan teguran kalau dirasakan itu perlu (cuma janganlah keluar perkataan kasar yang hanya mencerminkan keperibadian)..Apakah saudara tetaba cuma mau mengharapkan agar rakyat berdiam saja tanpa memberi reaksi?? kalau itu adalah pandangan saudara, bahaya tu boss...heheehe..

Dalam memberikan komen dan reaksi, saya rasa kita tidak perlu ada kelayakan sehingga perlu menyukat diri..kerana komen adalah komen tanpa mengira kelayakan atau ukuran diri seseorang..

Tetaba, saya pasti saudara pun mempunyai impian seperti saya untuk melihat negeri dan pribumi Sabah tercinta ini mencapai satu tahap yang kita anggap sebagai perubahan..saya secara peribadi tidak kondem 100% tentang apa yang suda dibawa oleh pemimpin kita sekarang..cuma saya seperti rakyat lain masih mahu melihat kawasan2 yang ada di Sabah ini akan terus mendapat perubahan..kalau ini tercapai nanti, saya juga tidak malu untuk menyertai senyuman bangga rakyat yang mengharapkannya..

Ya, mengenai peranan rakyat itu sendiri, saya setuju bahawa mereka perlu bersama-sama menjalankan peranan...cuma, mungkin sebahagian besar mereka sudah merasakan bahawa peranan itu sudah dijalankan...tapi, mungkin saudara boleh memberikan sedikit list peranan rakyat yang saudara maksudkan agar dapat dikongsikan di sini??

seperkara lagi, saya juga bukan anak jati KM/Tandek tapi janganlah kita mahu menggunakan sentimen taraf kemajuan di kawasan lain (keningau, tawau, sandakan dll) sebagai alasan untuk kawasan di tempat saudara tidak mendapat perubahan dan kemajuan..itu adalah perbandingan corak mengalah tu..hehehe..

Saudara, apakah jalan2 tar d kampung2 yang diberikan itu semak kerana orang kampung tidak menjalankan tugas membersihkannya??apakah ini adalh kerja orang kampung sedangkan telah adanya peruntukkan untuk tujuan itu??

Pada pandangan saya, apa yang dimaksudkan oleh suara2 rakyat itu bukanlah pada isu kegagalan moral anak2 remaja kerana saya pasti mereka akur itu berlaku dimana2..tapi, lebih kepada pembangunan prasarana2 yang penting .Soal bersyukur atau tidak, rasanya rakyat suda banyak tahun (3 penggal) bersyukur walau secubit perubahan yang dinikmati. Walau bagaimanapun, akhirnya kita kena terima hakikat bahawa mahu tidak mahu mereka tetap akan bersuara juga...

saudara Tetaba,
Terima kasih kerana sudi membaca dan memberikan komen kepada tulisan2 sebelum ini..mohon maaf sekiranya ada istilah yang kurang enak dibaca.Tiada niat untuk mengacau emosi sesiapa..cuma, sebagai anak kelahiran negeri tercinta ini saya merasa bertanggungjawab berfikiran seperti ini tanpa ada niat untuk menentang sesiapapun..cuma, apa yang kami harapkan adalah kiranya komen2 ini dapat diambil kira memandangkan ianya suara2 rakyat dan pemerhati..Salam Perkenalan.

Tanpa Nama berkata...

Sdr Dardie,
Mungkin amat keterlaluan sekali sekiranya saudara mengambil pendekatan untuk menyamakan respon saya kepada "tidak bernama" sbg satu respon darah balas darah, nyawa balas nyawa...bla.bla.. Saya kira komen saya jelas, bahawasanya..seseorg yang "menganjingkan" seseorg dlm konteks kepimpinan amat tidak baik..dan hanya dikeluarkan oleh mereka yang tidak bertamadun..

Bercakap mengenai KM/ Tandek. benarkah Tandek tiada perubahan??..Mustahil!.. hanya mereka yang tidak menghargai perubahan tersebut yang layak mengatakan demikian.. baru 2-3 bulan lepas kiata sendiri nampak Bus Stop baru KM, KFC baru KM, Pasar malam Baru KM, Projek Mosti KM, Jambatan di KM.. Itu apa? Kecil sangatkah sumbangan tersebut sehingga sdr katakan tidak nampak perubahan?.. wah! Kecik2 pun perubahan jua tu gang!..tapi kalu kita mahu membutakan diri dengan kemudahan infrastruktur itu,sampai bila pun kita tidak akan melihatnya..

Sekadar melihat contoh pembangunan di daerah lain..Saya tidak nampak konsep mengalah yang sdr ketengahkan. Saya bawakan konsep tersebut kerana bandar2 lian di Sabah juga TIDAK MAJU MENDADAK sebagaimana yang sdr mungkin mahu lihat di KM/ Tandek.. Kemajuan itu memang berjalan namun kita sendirilah yang menilainya samada ia laju, sederhana atau lembab.. Apapun jua keadaannya, saya tidak pernah nampak satu pendekatan yang boleh membangunkan sesebuah kawasan dengan rancak TANPA SUMBER MEGA seperti minyak, bahan asli, produk pelancongan dll sebagaimana yang dinikmati oleh kawasan yang diiktiraf sebagai daerah/ bandar industri..

Adakah jalan raya berturap itu tgjawab pemimpin semata mata???.. Sdr katakan ada peruntukan untuk membersihkannya... kalau begitu, tahi kerbau yang bersepah walau busuk mana di dekat rumah kena tunggu pemimpin lah ye.. Rumput meliar di jalan raya yang berhampiran dengan rumah pun kena tunggu kerajaan potong ke? parit tersumbat yang boleh membawa banjir di dekat rumah pun kerajaan kena buat ke?.. Itulah masalahnya bila mentaliti kita hanya berharap kepada kerajaan.. Realistiklah sikit. takkan benda2 yang boleh difikirkan sebegitupun kita masih menganga mulut tunggu pemimpin buat??..

Menutup mulut tukang komen bukan mudah..tapi mengatasi masalah rakyat lagilah sukar. Kita berhak menegur, memberikan idea serta pandangan tetapi untuk sekadar bercakap tanpa tindakan, sama sahaja. Kalau bercakap tapi tak serupa bikin, apalah gunanya ide itu..Bukankah lebih baik sukat2 dulu..

dardie berkata...

saudara Tetaba,

hehee..saya tidak juga pernah menyatakan tahi kerbau yang bersepah itu tugas MP..rumput panjang d depan rumah juga tugas Mp..tapi dalam tulisan yang saudara terbitkan melalui komen di sini, saudara mengatakan bahawa jalanraya yang bertar tetapi semak tidak diambil endah oleh orang kampung...takan lah saudara bersetuju semak di sepanjang jalanraya tu adalah kerja penduduk sedang pihak yang sepatutnya bertanggungjawab hanya goyang kaki tunggu claim...

wow2...saudara berbicara seolah-olah saudara mahu mengatakan bahawa kerja-kerja pembersihan parit tersumbat dan rumput panjang sepanjang jalan tu tugas penduduk...ini lagi tidak realistik..hehehe..ada pihak yang seharusnya bekerja ba to geng..jangan lah ko salahkan penduduk ja..fikir dulu ba.hehee..yang saudara dengan rakusnya mengatakan "itu semua takan tunggu pemimpin yang buat" juga tidak realistik dari segi pemikiran tu geng..memang la tidak tunggu pemimpin buat, tapi kan arahan itu seharusnya disampaikan oleh pemimpin kepada jenteranya..saudara juga yang mengatakan bahawa peranan jentera pemimpin itu penting..

pernahkah rakyat merungut pasal tidak wujudnya KFC selama ini???? bukan itu yang rakyat perlukan geng..pasar malam tu pun suda lama ada tapi syukur la kena upgrade kan..bustop, jambatan...nah inilah prasarana asas yang perlu difokuskan..tapi ianya perlu menyeluruh..kalau tidak rakyat akan bising juga geng..apap lagi kalau suda bertahun2 menunggu janji kononnya suda diluluskan..

ermmm...apakah saudara dalam kata2 saudara juga seorang yang serupa bikin??? ramai orang yang memberikan idea dalam apa saja bukan mereka yang serupa bikin geng..kerana mereka berpendapat pandangan dan idea itu penting untuk perkongsian bersama...kalau saudara berfikir hanya mereka yang serupa bikin saja yang boleh mengelaurkan suara dan pendapat serta teguran, maka saya rasa ruangan ini tidak sesuai untuk saudara...salam blog.

Tanpa Nama berkata...

saya bukan lahir diKM. bukan dari Tandek. Tapi saya suka daerah KOTA MARUDU. Saudara-saudara Bloger sekalian saya dapati juga sayangkan kota marudu kerana itu... komen-komen berkaitan kemajuan/pemimpin diutarakan dalam blog ini.
saya ada 2 perkara;
1. bagi saya Tandek khususnya sama macam daerah lain terus membangun dan dibangunkan. saya rujuk satu segi kemajuan iaitu pendidikan. Tandek juga telah ramai graduan universiti, Doktor pun ada dan yang sedang menuntut lagi banyak, mereka berada di seluruh negeri sabah. Mereka nilah sebenar harapan masa kini dan masa depan untuk memajukan Tandek/KM.
2. Pasal kes Dr.Max ibarat setitik dakwat hitam pada sehelai kertas putih. Kawasan titik hitam itu yang kita nampak padahal warna putih kertas lebih besar kawasannya.
Orang menggunakan sepenuhnya saluran alternatif kerana saluran yang ada tidak cukup atau terbatas sebarannya kepada 'orang' tertentu. Apa agendanya? kebaikan atau sensasi atau apa apa la...kita memang suka membaca dan membincangkan cerita 'panas' seperti ini, sama ada menyokong, mempertahankan,mengkritik, mengambil 'peluang', menyalahkan atau memberi pendapat yang penting nanti kita sama sama berjuang.

Tanpa Nama berkata...

HAHAHAAAAAAA...
untuk Tataba, lucu juga lah ulasan ko kalau KFC itulah antara yang ko anggap 'pembangunan' di KM ini. Maksudnya KFC ini Datuk Max yag punya la ini kan? waaaaahhhhh..
Bagus juga ada KFC ba tapi bikin MUAK juga kalau selalu makan KFC.
Kalau ko ada masa, sekali sekala berjalan2 la ko sana pekan tandek ba. Pekan KM ni boleh cakap ada pembangunan ba, TAPI ko tingu itu PEKAN TANDEK!!!!...

penjejak awan berkata...

Mengata pasal peribadi orang adalah satu sifat yang buruk. pribahasa mengatakan 'kuman di seberang nampak tapi gajah depan mata, tak nampak langsung' Buat apa menghakimi orang lain kalau kita sendiri pun belum tentu baiknya. Kata cikgu saya, sentiasa bawa cermin muka supaya sebelum mengata orang,lihat dulu di cermin. Layakkah untuk mengata atau menilai orang?. Lebih baik kita mencari idea atau rumus secara kolektif untuk meningkatkan taraf KM. Moga2 KM akan berubah wajah....

Tanpa Nama berkata...

saudara Dardie,

Apabila kerajaan bagi kemudahan kepada rakyat (spt jraya)di kampung2, lalu jraya itu kiri kananya bersemak semun, apakah sdr hanya melihat org yang 'dapat claim' itu datang memotongnya??..Sedangkan semak itu semakin bahaya dan mungkin dihuni haiwan liar.. Untuk makluman, kalaupun ada yang bertanggungjawab mereka hanya membersihkan tepi jalan dalam 1-2 meter daripada tepi jalan..habis yang bersemak hampir satu kampung, tgjawab sapa? kalaulah saya pemimpin, saya juga melihat sekuat mana komitmen rakyat terhadap apa yang diberikan.. Kalau jalan raya di kampung pun tak boleh urus, tentu ada something wrong di kwsn tersebut.. Kerajaan tak boleh beri peruntukan sewenang-wenangnya. Pemimpin banyak pkr yang perlu dipertimbangkan.. Lihat sahaja kemudahan lain..balairaya, dewan..Adakah dihargai oleh rakyat??.. Malahan, dewan/ balairaya hampir kosong ketika mesyuarat JKKK.. nah!.. macam mana pemimpin mau bagi kemajuan. Di kampung pun dah tak terurus, macam mana dapat kemajuan.. Kemajuan tandek/ KM juga ada kaitannya dengan kita di peringkat kampung2.. Kalau peruntukan tak masuk, senanglah cakap bukan salah org kampung. Mgkin sdr mahu melihat pduduk sbg "yang menerima" dan pemimpin sebagai "yang memberi'..



Sdr katakan "tapi kan arahan itu seharusnya disampaikan oleh pemimpin kepada jenteranya..". Adakah pemimpin tidak menyampaikan kepada jenteranya?.. Atau sdr mahukan penyampaian maklumat itu disiarkan melalui corong radio oleh si pemimpin supaya semau org tahu dia buat kerja..? barangkali kita kena berada di posisi si pemimpin dan kita akan tahu bahawasanya apa yang sdr katakan itu memang telah dibuat. Pun begitu, sekiranya arahan telah diberikan..siapa plak yang patut disalahkan? pemimpin kepada rakyat sc tak nampak telah mengamanahkan beberapa kemudahan kepada kita di kampung2..apakah kita telah menerima amanah/ tanggungjawab kita terhadap apa yang telah diberikan..? kalau tidak, disanalah masalah bermula. Biasanya kawasan yang maju adalah kawasan di mana PENDUDUKNYA SENDIRI YANG MAHUKAN KEMAJUAN. Soalnya, apakah yang dimaksudkan dengan MAHU tersebut? Sdr kena jawab.. Adakah mahu di atas kertas? Adakah mahu di mulut?..Atau adakah Mahu..semahu mahunya yang didokong oleh lapisan masyarakat di kawasan itu sendiri.

Sdr, Saya tidak katakan bahawa rakyat merungut kn tiada KFC. Pun begitu, saya melihat KFC dari segi positif.. KFC telah membuka peluang pekerjaan (kerja yang lebih baik)di kalangan belia, KFC telah membawa satu kawasan riadah baru kepada masyarakat, merancakkan peluang perniagaan di bangunan/ blok yang sama,KFC menarik org Pitas ke KM..malah status KFC itu sendiri yang adah ummph di Malaysia patut dihargai oleh org KM... Mgkin bagi mereka yang tidak bersetuju, ia kerana mereka hanya melihat KFC itu sebagai makanan..makan dan tidur..

Asas saya adalah mempertahankan pemimpin.. Tiada timbul soal saya bercakap tak serupa bikin. Lagipun, saya bermula dengan komen terhadap individu YANG MENGANJINGKAN MANUSIA.. Kepada mereka yang mempersalahkan pemimpin, merekalah yang sepatutnya bertanya kepada diri sendiri asas yang mereka gunakan. saya ada menyatakan, kalu menegur biar sukat2.. perkataan SUKAT itu sukar sangatkah untuk difahami.? Bah, paling senang..kalu menegur, biar ada BATAS.. saya harap sdr faham. kalau tak mahu yang tak bersukat, teruskan...Sdr katakan memberikan idea itu hak masing2 sebagai satu perkongsian, kan? Apa maksudnya perkongsian seandainya kita menggelar seseorg dengan gelaran yang tak sepatutnya..?

Sdr katakan,

"...kalau saudara berfikir hanya mereka yang serupa bikin saja yang boleh mengelaurkan suara dan pendapat serta teguran, maka saya rasa ruangan ini tidak sesuai untuk saudara"..

Dan saya rasa sdr sudah tersalah konsep. Mungkin saudara menunggu perkataan seperti syaitan, bunuh, yang lucah dll..dan barulah saudara katakan, "ya, baiklah kita sukat2 "

2009 Mac 16 17:51

Tanpa Nama berkata...

Sdr penjejak Awan,

Saya harap sdr memahami konsep peribahasa yang saya kemukakan. Mudah.. Saya bermula dengan penghujahan/ back up saya kepada pemimpin2 rakyat serta penyokong pemimpin yang di "anjingkan" oleh forumer lain.. salahkah saya mempertahankan mereka??..

Apa yang nampak sangat saya menghakimi seseorg?.. kalau saya katakan, sukat2lah ketika menegur, itu maksudnya saya mahu ada kawalan terhadap forumer..terutama sekali ketika memberikan hujah. Soal hujah, pedas manapun tak kisah.. pedas itu biasalah.. Tetapi menggelar seseorg dengan panggilan yang keterlaluan, itulah yang harus dikawal..

Adakah sdr memahami?

Tanpa Nama berkata...

Untuk sdr Tanpa nama,

Mgkin bagi sdr, kemajuan dikaitkan dengan KFC amatlah lucu. Bagi saya, itu langsung tak lucu. Saudara merasa lucu kerana selepas makan, sdr akan kenyang, mengantuk, n tidur lalu kogoruk kepuasan.. Bila kogoruk, memanglah lucu kan? kan? kan?

Tapi bagi saya tidak.. KFC itu lambang peningkatan cara hidup org KM walaupun cuma secubit. Lihat post saya kepada dardie..

Note:

Kalu Mat salleh dari America datang KM, at least dia boleh makan KFC yang berjenama INTERNATIONAL itu.. Taklah KARI (juga international)di kedai mamak sepanjang masa..

dardie berkata...

saudara Tetaba,

Saya bersetuju dengan kenyataan saudara mengenai cara teguran itu..saya juga dalam kenyataan saya tidak pernah mengiyakan cara individu yang "menganjingkan" pemimpin itu..pada saya, itu tidak kena pada moralnya..dan kalau hendak menjawap kepada kenyataan itu juga perlu lah dengan akal waras tanpa menghamburkan istilah yang sewaktu dengannya.Kalau hendak mempertahankan pemimpin pun rasanya tidak perlu juga membalas teguran itu dengan perkataan yang rendah moralnya..
Lagi, kalau isu gelaran "anjing" yang saudara maksudkan agar kita perlu "sukat" itu, ya saya juga turut bersetuju.Tiada komen selanjutnya mengenai itu..

Saudara,
rasanya, rakyat tidak pernah merungut pasal semak yang jauh dari jalanraya tu..sebab itu di luar lingkung prasarana tersebut..
lagi satu, kalau dulu balairaya d kampung2 sentiasa penuh apabila ada apa2 event seperti mesyuarat dll..tapi saya juga turut perasan sejak kebelakangan ini semakin kosong balairaya tesebut..pada saya, mungkin ada diantara mereka yang suda muak dengan agenda pemimpin yang jarang ditepati (mungkin saja) atau ada sebab lain??..kita masing2 tepuk dada tanya selera.

Mengenai pengurusan kemudahan, sepanjang yang saya tahu, rakyat lebih merungut kerana d tempat mereka jalannya masi lagi belum berturap...d kawasan yang sudah berturap itu biasanya rakyat komen apabila pihak tertentu tidak menjalankan kerja2 seperti penyelengaraan jalan atau pembaikan kerosakan..jadi bukan tugas penduduk untuk menampal jalan yang rosak..dan kalau hal ini berlanjutan sehingga 5-6 tahun siapapun akan bersuara..betul ka saudara???

Mungkin saudara tidak faham mengapa saya higlightkan KFC itu...bukan saya kondem kewujudan KFC itu tidak bagus..tapi, dalam perbincangan d karpet ini kita lebih fokus kepada rintihan rakyat yang memerlukan pembaikan jalan..memerlukan bekalan elektrik..memerlukan rangsangan ekonomi setempat..kalau KFC, Supermarket atau mall itu tidak apalah mau dibuat..

tapi, mungkin saudara dalam hujah saudara cuma fokus apa yang ada di tengah pekan tu saja..sedangkan saudara tidak mahu melihat kepada rintihan mereka yang jauh mundur di kampung2 itu dari segi prasarana..

ermm..rasanya cukup lah untuk isu ini..tapi, pada saya suara rakyat itu akan tetap bersuara..dan suara rakyat itu adalah gambaran kepada siapa mereka akan pilih pada pemilihan nanti..pemimpin boleh memberikan banyak jawapan atau alasan mengapa itu dan mengapa ini..tapi, mereka harus sedar bahawa yang akan menentukan kekalnya mereka di kedudukan itu nanti adalah pada undi rakyat..

walau bagaimanapun, saya tetap mengharapkan agar sentiasa akan ada perubahan dan kemajuan..rakyat yang sudah lama mengikuti perkembangan politik setempat ini lebih arif menilainay berbanding saya yang hanya menulis di sini..KITA TUNGGU DAN LIHAT APA REAKSI MEREKA PADA PEMILIHAN AKAN DATANG..SEKIAN.

Junid Bin Gunsalam berkata...

helo tataba, dardie, penjejak awan dan tanpa nama...tq kerana anda berjaya mengupas topik perbincangan ini ke satu tahap yang berkualiti. orang2 seperti kamulah yang diperlukan untuk menjana input dan idea yang bernas. tq juga sy ucapkan terutama kepada TUAN TATABA yang boleh mengongsikan idea kelas minda pertama. ia..melihat kepada pembangunan di KM/tandek..sy berhujah atas faktor sejarah pembangunan awal di bandar2 utama di Malaysia. sebenarnya rancak atau lambat pembangunan sesebuah kawasan itu bukan hanya terletak semata-mata 100% di tangan seorang YB2 yang berkhidmat. terlalu banyak faktor yang mempengaruhi seperti agensi2 lain, pihak swasta, persatuan2, tindak balas pemimpin diperingkat kampung kepada YB2 dan perubahan sikap masyarakat kita.

contohnya, sikap masyarakat kita yang tidak boleh bersatu. masing2 mau mencapai adenga diri sendiri atau agenda keluarga. suka memusuhi orang lain,kepentingan diri sendiri mendahului daripada kepnetingan awam pun boleh mempnegaruhi. contoh 1. sememnangnya di KM banyak sekali projek datang setiap tahun sama ada dari negeri atau persekutuan. maka dengan itu projek ini diagihkan kepada kontraktor bumiputera orang kota marudu juga. apa yang menyedihkan bila mana ada segolongan kecil kontraktor dimana kepentingan peribadi mendahului kepentingan awam. walhal, pejabat daerah sudah memberi taklimat projek pembangunan harus dilaksanakan dengan baik. bila mana segelintir kontraktor (bukan semua lah) yang kepentingan peribadi mendahului, maka berlaku ketirisan dan rakyat yang rugi. adakah masalah ini YB2 juga dipersalahkan 100%?????

kesimpulan yang sy dapat cni ialah, istilah pembangunan itu sebenarnya dipengaruhi banyak hal. hanya setakat menuding jari kepada YB2 semata-mata sy rasa tidak adil. YB2 pun manusia biasa juga sama seperti kita. diorang tau juga yang mana mematikan kerjaya mereka atau tidak. tak kan lah mereka masuk di mulut naga dengan begitu saja. seboleh-bolehnya mereka cuba memuaskan hati semua orang. tapi apakan daya. lumrah alam begitu. Seorang Bapa yang mempunyai 3 orang anak pun tidak mungkin boleh memuaskna kemahuan semua anak-anaknya. Tuhan Yesus yang sempurna pun dikhianati muridnya sendiri kerna tidak puashati. jadi lumrah alam begitu...fikir2kan lah

dardie berkata...

Saudara Junid,

Saya tertarik pada ulasan saudara mengenai agenda peribadi, agenda keluarga serta agihan peruntukan yang banyak sangkut atas sebab berkepentingan tertentu..mungkin pada suatu tahap nilai peruntukan itu adalah besar, tapi pelaksanaannya yang menjadikan nilai itu semakin mengecil atas sebab seperti yang saudara ulaskan..
Inilah yang menjadi masalah..penduduk tidak dapat berbuat apa-apa dalam hal ini saudara..mungkin di peringkat kepimpinan ada penyelesaian terhadap isu ini..Harap2..kerana apabila hal ini sentiasa berlanjutan tanpa menemui jalan penyelesaiannya, maka rakyat merasakan itu adalah kegagalan manifesto2 yang ditabur..walhal mungkin bagi kita yang berbincang disini kita boleh memahami kenapa itu berlaku..

saya setuju bahawa setiap tuan tidak dapat memuaskan hati semua oarng..dan saya berpendapat bahawa apa yang mereka tidak puas mengenai hal ini adalah apabila mereka mendengar nilai suatu peruntukan yang agak besar tapi nilai semasa pelaksanaannya amat tidak berbaloi berbanding apa yang didengar..tapi, bagi segelintir kita memahami keadaan itu..tapi kebanyakan mereka???

Thanks saudara Junid.

BUNG ADI berkata...

pembetulan: saya menulis artikel "Tandek wajar dimajukan" di Sabah Times pada 1989 (masa sy masih budak sekolah) dan bukannya 1997.

Bah, teruskan...."panas tapi jangan bapanas. Bagus jg untuk percambahan idea dan saling berkenalan. orait nopo klu saya...saya suka baca komentar kawan-kawan...

Furen Laoshi berkata...

Kesimpulannya...semua blogger di atas adalah pejuang bangsa sebenarnya. Walaupun..ada yg panas2 dan bikin panas..anggap sajalah percanggahan itu sbg JALAN LAIN KE SYURGA. Matlamat sama tp jalan saja berbeza.Thank you for making my day..

Tanpa Nama berkata...

junid, kenapa kau sekat (padam) komen sy?
kau takut ka orang lain tahu kebenaran yang tidak memihak pada kau?
be gentleman ba kwn...
jgn main padam2 komen orang.

Junid Bin Gunsalam berkata...

hye tanpa nama,

sory lah, sy tiada padam komen ko. ko ni kan...pandai2 saja tuduh-tuduh orang. sedar lah sikit..

Tanpa Nama berkata...

wei3..........
INI YG MENARIK NI.
SDRA JUNID MATI2AN MENGAMPU DR MAX.
SDRA JURIN PLA BRMATI2AN MENGANGKAT DSAI.

ADA APA2 MUSLIHAT KE KWN???

SB, YG SAYA DIFAHAMKN, DULU SDRA JURIN NI BERIYA2 SGT DLM PBS TP BILA TIADA TEMPAT SB DR MAX X YAKIN DGN KEIKHLASAN PERJUANGAN SDRA JURIN, TERPAKSALAH SDRA JURIN MEMBERANIKN DIRI JOIN PKR. YANG PENTING DAPAT JADI CALON BA GENG.
MANATAU RAKYAT SILAP PERHITUNGAN MCM DI SEMENANJUNG.....

APA PN, PERJUANGKAN YG BAIK2 & HAK SAJA LAH SDRA. YG BATHIL TLG JAUHKN DLM SETIAP TINDAKAN..

TQ

Raja Mogudan berkata...

lebih 20 tahun susah PBS berkuasa dalam BN namun Tandek masih juga macam dulu pekan hutan dan gajah putih

Tanpa Nama berkata...

sokong penuh srixon...
dr max bt ini tandek/km jd persinggahan ja ba 2.

musim pilihanraya berkampung lah dia c ni.
selepas pilihanraya, susah sudah cari..

bila rakyat minta tlg sb dia wakil rakyat tempat minta tolong, dia melarikan diri dan buat mcm2 alasan.

lari dari tanggung jawab la tu..

Tanpa Nama berkata...

Saudara ku sebangsa Tuan Junid,
Sebelum saya komen pasal blog ini, saya kasih tahu dululah latar belakang saya ya…. Jangan nanti dicakap satu sen pun tidak layak:
1. Kelayakan Pertama: Orang kawasan tandek, bangsa kimaragang (Bolehlah cakap isu-isu berkaitan Tandek & Kimaragang kan)
2. Kelayakan Kedua: Bukan ahil persatuan kimaragang buat masa ini - lain hari belum tentulah... saya study dulu betul-betul matlamat perjuangan mereka. (kira nutral lah ni buat masa ni).
3. Kelayakan ketiga: Bukan ahil kepada mana-mana parti politik (PBS,UMNO,PKR,DAP dll), (cukup-cukup BEBAS lah untuk bercakap apa-apa isu pun).
4. Kelayakan keempat: Pembayar cukai pendapatan (LHDN-Sabah) yang aktif iaitu 27% pendapatan tahunan. Bukan banyak jugalah, tapi tidak juga sikit (dalam 15K setahun), kalau guna untuk kasih baik itu hentian bas di kampung saya, boleh juga tukar itu Zink dari zaman 1990an lagi. (layak bercakap pasal pembangunan semasalah - ada juga sumbangan walau kecil)
5. Kelayakan kelima: Bukan kontraktor mana-mana kelas. (cukup bebas kerana tidak perlu jaga hati mana-mana pemimpin politik demi dapatkan projek)
6. Kelayakan keenam: Walau pun tidak memiliki PHD atau MASTER macam saudara (Woww!!), tapi memiliki Sarjana Muda Kejuruteraan (bolehlah sikit-sikit membaca, memikir, menilai dan mengomen sikit dengan perkembangan semasa di negara kita, sama ada dari segi politik, pembangunan dan sosialekonomi tempatan)

Bah selasai sudah itu sesi penerangan tentang kelayakan untuk saya mengomen pasal ini blog yang ada berkaitan dengan kawasan tandek (kimaragang)... boleh lah bah kan diizinkan (pleaseeeeee.... tuan)
Ok ya... Sebenarnya sudah lama saya ikuti blog ini dan blog-blog lain yang dihasilkan oleh saudara-saudara kita sebangsa kimaragang di kawasan tandek ini. Punyalah bangga saya, tidak sangka kawasan yang bolehlah dianggap antara daerah yang termundur di Malaysia, mempunyai ramai bijak pandai yang boleh sudah bercakap pasal politik, kemajuan, kemunduran, penindasan, ‘peng angkat-angkatan’ dll
Tapi terus terang saya cakap, kau punya blog kadang-kadang keterlaluanlah. Kadang-kadang macam terlalu mengangkat-angkat sesetengah orang, macam dialah yang terbaik, terbersih, tersuci dan terlayak di dunia ini. Dialah yang paling tidak pernah buat salah, tidak pernah tindas dan tidak pernah membelakangi janji-janji kampen.
Tidak juga saya boleh salahkan kaulah, mungkin kerana jawatan kau sekarang dalam PBS sebagai timbalan ketua pemuda, jadi mana juga boleh memuji pembangkang macam PKR atau DAP atau siapa-siapalah.
Lagi pun kau mungkin mahu kekal lagi dengan jawatan yang dipegang sekarang pada masa hadapan. Mana lah kau mahu memegang itu jawatan satu atau dua panggal sahaja, mana tahu untung-untung satu masa kau kena UPGRADE pegang jawatan lebih tinggi lagi kan.
Selain itu, manalah tahu mungkin kau memiliki lesen kontraktor terbesar di kawasan tandek, jadi kalau mahu projek kenalah pandai puji-puji orang yang boleh tolong kasih lulus itu dan ini kan.
Tapi, boleh kah kau tolong sikit, janganlah bah kasih terlampau nampak sangat mengangkat. Sampai macam kasih salah bangsa sendiri untuk menunjukkan kesetiaan kepada sesetengah orang.
Bagi aku lah, mana bah ada pemimpin-pemimpin politik kita yang betul-betul suci hatinya - berjiwa rakyat konon. Kalau ada diantara mereka yang cakap “jangan bayar elaun YB saya begini banyak, bagi-bagi saja dengan orang-orang kampung” barulah di katakan pemimpin berjiwa rakyat (Kalau kau atau saya jadi YB pun mungkin kita buat benda yang sama kan. Mahu makan bah kawan).
Sebenarnya (Pendapat sayalah) kita bukan mahu pemimpin yang terlalu bersih sebab memang tiada di mana-mana, Cuma kita perlukan adalah pemimpin yang kurang-kurang sikitlah memikirkan kepentingan diri sendiri (Bukan pemimpin yang hanya datang ke gereja jumpa penduduk kampung, keluarkan peruntukan kasih baik surau kampung masa kempen pilihanraya, menyanyi lagu kaamatan masa kempen dll, tapi bilah sudah dipilih... asyik-asyik nampak di TV je).
Jadi tolonglah ya saudara... agak-agaklah bah sikit bila memuji pemimpin-pemimpin kesayang kau tu... nanti orang salah anggap dan mesej sebenarnya untuk blog tu tidak dapat diterima orang... TQ dan minta maaf ya kalau tersalah cakap... aku bukan pandai sangat mengarang, tidak sempat audit lagi ni... engineer (kalau kira-kira dan pantau projek bolehlah)

RZ1978@Tandek.kimaragang

Orang Miskin berkata...

Saya tertarik dengan ulasan pertama little mike,beliau mengulas dua perkara yang sebenarnya ada tiga,ulasan pertam dan kedua,rasa-rasanya tidaklah sangat mengujahkan,kerana murid tahun empat pun boleh buat ulasan sedemikian.Tetapi ulasan beliau yang ketiga merupakan satu penghinaan kepada golongan miskin dengan mengatakan " orang kampung yang miskin ni kadang2 tidak ada masa 'mengadjustkan' akal...".Mungkin beliau seorang yang kaya raya,sehingga lupa tunduk ke bawah,melihat satu kuasa yang besar,satu kuasa yang menentukan pemerintah....mengikut sejarah,kebanyakan pemimpin yang ada hari ini lahir daripada golongan miskin,yang tahu semua kesulitan masyarakat,yang berjuang demi untuk bangsa yang merdeka.Saudara little mike mungkin seorang yang terpelajar....tetapi daripada ulasan yang diberikan,saya berpendapat sebaliknya.Bagi saya,saudara tidak mempunyai satu pemikiran yang positif untuk pembangunan rakyat,sebaliknya saudara mempunyai satu pemikiran kreatif,iaitu mengampu.Saya rasa,saudara kena 'adjustkan' pemikiran anda sebelum 'mengadjustkan' pemikiran golongan miskin seperti kami.