Selasa, Mac 24, 2009

Anwar sanggup buat apa saja demi kepentingan diri!!!!

1. Memansuhkan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

"Dasar Ekonomi Baru merupakan satu dasar yang perlu dimansuhkan....Dasar Ekonomi Baru menyukarkan Malaysia untuk menandatangani Perjanjian Perdagangan Bebas dengan Amerika Syarikat"

Ketika berucap di Persatuan Wartawan Asing di Singapura 10 April 2007

Agenda Anwar Ibrahim kini menyokong:
# kepentingan ekonomi Amerika di Malaysia yang akan mengorbankan kepentingan rakyat demi prinsip 'ekonomi terbuka' Amerika
#kepentingan politik Anwar sendiri yang kini terdesak meraih sokongan orang bukan melayu
#kepentingan peribadi kuncu-kuncu rapat Anwar Ibrahim yang mahukan beliau berkuasa semula
Siapa kuncu-kuncu rasuah Anwar Ibrahim?
Anwar Ibrahim adalah salah satu produk DEB sehingga pernah menjadi Timbalan PM & Menteri Kewangan. Ketika itu Anwar berkuasa, rasuah menjadi-jadi dikalangan kroni dan kuncu-kuncunya. Antaranya ialah:
1. KAMARUDDIN JAAFAR (rakan seperjuangan ketika ABIM dan kini Setiausaha Agung PAS) yang merupakan pemegang saham dalam Linear City, Westmont Industries, KL PRT yang kesemuanya bernilai hampir RM12 billion
2. NAZRI ABDULLAH, MOHD NOR MUTALIB dan KHALID AHMAD (kroni tiga sekawan) yang merupakan pemegang saham dalam MRCB Berhad, Fresway Properties Sdn. Bhd, segari Energy Ventures Sdn. Bhd, Port Dickson Power Berhad, ARL Tenaga, IPP Malawa, Sabah dengan projek bernilai hampir RM15 billion
3. WAN HASNI WAN SULAIMAN dan RAHIM GHOUSE (kroni lagi) yang merupakan pemegang saham di Express Rail Link Sdn. Bhd (pengusaha ERL dengan kos projek sebanyak RM23 juta) dan pernah dijanjikan untuk mendapat Putrajaya Intergrated Transport Services
4. Dato' Ibrahim Abdul Rahman (Ayah Anwar Ibrahim) diberi jawatan Pengerusi IOI Berhad, saham di dalam Pengalan Holdings juga telah diberikan 3.8 juta saham Industrial Oxygen Berhad pada tahun 1997. Saham-saham tersebut bernilai RM20 juta
Seharusnya Anwar Ibrahim berpijak dibumi yang nyata...dalam keadaan terdesak mau jadi PM sekarang..barulah macam kelihatan pembela dan pejuang bangsa nombor 1.

35 ulasan:

dardie berkata...

Projek IC di Sabah yang merupakan idea Anwar Ibrahim sudah cukup untuk memberikan gambaran bahawa orang seperti dia memang tidak layak untuk menjadi PM ataupun pemimpin sesuatu kawasan..tanpa mengambilkira semua korupsi2 yang dia telah tanamkan dari dulu..porak porandanya masyarakat bumi Sabah pada masa kini adalah hasil daripada kerja projek IC tersebut..setuju atau tidak memang inilah kenyataan...apatah lagi kalau soal korupsi diperkatakan...kalaupun PKR ada rezeki menang nanti pada PRU-13, tetapi saya mahu berdoa agar PMnya bukan Anwar Ibrahim!!!!...

Junid Bin Gunsalam berkata...

hye dardie...

saya setuju pandangan ko...boleh sy bagi gerd A la..

RumbiaMasolog berkata...

Saya mau perubahan... perubahan yg boleh mengangkat kembali maruah Sabah.. TETAPI BUKAN ANUAR IBRAHIM SEBAGAI TUNJANGNYA....

Junid Bin Gunsalam berkata...

hye rumbia masolog..

memang saya setuju pendapat ko...anwar ibrahim tidak boleh diharap..asyik kepentingan peribadi saja..sy pun mau kan perubahan mengangkat martabat sabah. kita mesti yakin DSP Najib lah orangnya yang boleh membantu melakukan perubahan di sabah...

Tanpa Nama berkata...

hati2 kamu yuuu... silap2 masuk panjara kamu inda dapat bayar saman DSAI. peguam dia hebat2 tu.. kalau betul tuduhan2 kamu kpd DSAI, buat laporan polis/SPRM. biar disiasat. jangan pandai menyalak saja macam an***g. sampai sekarang, DSAI x disabitkan pun dgn tuduhan2 liar kamu. kada padadarakan kadi yomogun diri! intuanan oboh...

tulun gana

Junid Bin Gunsalam berkata...

hye tanpa nama...

ko ni ndak gentlemen la..mau komen pun ndak bagitau identiti ko...untuk pengetahuan tanpa nama, anwar juga yang menyebabkan Sabah hilang kuasa autonomi politik gara-gara anwar mastermind dalam menjatuhkan kerajaan PBS pada tahun 1994. ini pun tanpa nama mau membela anwar kah?

Little Mike berkata...

Saya kata Saya tidak mau Malaysia ada PM seperti Anwar. Di mana fakta yang menyebabkan saya kena bayar peguam2 anwar bila saya kata Anwar tidak layak jadi PM? Saya bukan mencarut, mengarut, atau reka cerita sebelum dibuktikan kebenaran. Sya tidak takut untuk mengatakan BUKAN DIA PEMIMPIN SAYA. Jika Anwar Ibrahim tidak bersetuju dengan pendapat saya, SILA SAMAN!

Jika dia mau saman, dia juga boleh kena saman balik sebab sudah beberapa pemimpin dia kondem tidak layak memimpin.

Tanpa nama suka double standard..

Junid Bin Gunsalam berkata...

hye..mike..

tq pada pandangan ko...sy sangat setuju...apapun, harapan kita agar satu hari nanti sabah akan mencapai kegemilangan kembali..tp bukan dari anwar lah

dardie berkata...

woooo...woooo...Tanpa Nama.

Kamu seolah-olah bercakap macam ko suda habis belajar pasal perundangan oh kan..Sepanjang saya membaca buku Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) dan menelitinya, tidak pula saya nampak seksyen yang mengatakan bahawa seseorang itu perlu diambil tindakan secara perundangan kalau menyatakan pendapat bahawa dia boleh disaman..kalau macam tu pendapat saudara tanpa nama, pada saya saudara la yang seperti ****** yang menyalak tanpa tujuan.

Dan kalau betul saudara Tanpa Nama sangat arif mengenai ini, pihak media la yang paling dulu perlu kena saman..hahahaha lucu juga ni..dan saudara perlu faham..ruangan blog ini bukan ruangan mahkamah yang mengeluarkan pandangan dalam bentuk perbicaraan mahkamah..berfikir la dulu beb sebelum menulis tu..

Pasal projek IC, Korupsi, menghilangkan kuasa autonomi...ini semua adalah pandangan blogger..tapi, untuk pengetahuan saudara pasal projek ic ni ada individu yang suda menerbitkan buku yang membahas isu projek ic ni..so, ko suruh la si DSAI ko tu pg saman tu penulis buku tu dulu..kenapa dia tidak buat sejak buku tu diterbitkan...

Saya kasi faham ko la Tanpa Nama...kita ambil contoh polis la..setiap tuduhan adalh dimulai dengan perkataan "disyaki"..disyaki memiliki dadah jenis heroin, disyaki memiliki senjatapi jenis 0.38mm dan banyak lagi contoh lain...dan saudara, bila kami mengeluarkan kenyataan seperti ini, ianya tiada beza juga seperti itu..polis mempunyai alasan untuk berkata mcm tu...kami juga mempunyai sebab untuk mengeluarkan pandangan..

Tapi saya pelik la dengan Tanpa Nama ni..seolah-olah tidak pernah belajar mengenai perkara sekeliling..cuba saudara luangkan masa tengok berita Dunia@1..demonstrasi jalanan tu juga merupakan elemen tuduhan2 kepada siapa mereka tidak puas hati..baca tulisan pada sepanduk2 dan banner2 mereka. Adakah selepas demonstrasi tu semua mereka kena saman sebab mengeluarkan tuduhan-tuduhan..TIDAK saudara..sbb itu adalah pandangan dan ketidakpuasanhati mereka..

Woooo...wooooo...

dardie berkata...

Pada saya,

Kalau kerajaan sekarang ini adalah kerajaan dan parti yang boleh "bounce back" daripada apa reaksi rakyat (memang sudah dimulaipun sejak Pak Lah jadi PM)..ini adalah suatu yang baik. Apatah lagi kalau pemimpin2 bangsa bumi Sabah dapat bersatu lagi memperjuangkan hak2 pribumi, saya tidak melihat mengapa kita perlu mempunyai seorang lagi pemimpin seperti Anwar Ibrahim yang memang sudah jelas "latar depan" dan "latar belakangnya" di mata rakyat..

Salam blog.

SRIXON berkata...

hidup Anwar pasti PRU13 Sabah dan Sarawak akan di TAWAN oleh Pakatan Rakyat dan seterusnya kerajaan Persekutuan akan di perintah oleh PR Amin

SRIXON berkata...

kalau cerita pasal RASUAH manusia mana tdk pernah ambil atau bagi rasuah?, pemimpin BN (Barisan Najis)kah yang bersih?

dardie berkata...

SRIXON,

Saya turut sependapat dengan anda mengenai rasuah...tapi apabila bercakap mengenai mereka yang menjerumuskan Sabah menerima kesan projek IC tu memang suatu yang tidak boleh diterima..kecualilah kalau ko setuju dengan khianat yang dibuat..

Tanpa Nama berkata...

kah kah kah. dardie...dardie. jangan bikin malu urang salimandut ba.cuba kau subuk2 kah,mana ada penulis menggunakan perkataan `disyaki`.apa yang dia tulis adalah satu kenyataan bah.satu tuduhan. satu fakta kes.bukan pandapat itu gaman.melibatkan angka, urang, tempat, masa dan kejadian.yuuu...banyak suda kes bah akhbar kana saman.kau nda baca surat kabar kah.orang boleh saman sabab malu atau difitnah.adesss, jangan kau main2 sama sia tantang law.kau itu baca buku KPJ konon. KPJ tai ayam lah! ptuiii...

tulun gana

dardie berkata...

heehehe..sy rasa Tanpa Nama tidak faham maksud saya menggunakan perkataan disyaki tu..sy tidak cakap penulis2 tu ada guna perkataan disyaki..itu cuma contoh ja gaman..tujuan saya cuma mau memberitahu bahawa pandangan dan komen para penulis itu ada sebab mereka untuk menulis...KPJ tu sebahagian daripada law..kalau tanpa nama men "tuii" kan pengetahuan saya tentang KPJ makna tanpa nama juga main2 pasallaw..hehehe..cakap jangan main2 sama dia pasal law, tapi sendiri men"tuii" kan urg kalau pasal KPJ..maaf, saya bukan urang salimandut..sori yea..

satu lagi, mana fakta kes yang penulis2 buat..suda jadi kes ka tu ko panggil fakta kes..memang ko main2 dengan law..

bah, ko pigi saman la ba tu media dulu kalau ko tau sangat pasal law ni..tapi, saya rasa urg yang tau law ni adalah urg yang tau soal demokrasi...demokrasi itu sebahagiannya adalah mengenai kebebasan bersuara dan berpendapat..heheheee..malas la saya.

Tanpa Nama berkata...

pembetulan!!!
projek IC Palsu bukan DSAI yg bt tp c MAHATHIR BIN MOHAMMAD. dibantu oleh NAZRI AZIZ, N LAKI C NORMALA SHAMSUDDIN TU.
sementara di Sabah pula beberapa org PENGKHIANAT telah terlibat spt DATU AKJAN N beberapa org lg pemimpin BN. Walhal d KM ni pun ada yg terlibat (Kee Rosli Kee Abdul Jalil)
skg ni kmu p check dulu populasi kita KD di Sabah ni. Sekejap lg kita bukan lagi penduduk majoriti sb PTI telah diberikn taraf kewarganegaraan @ PENDUDUK TETAP.
INI YG KITA PERLU WASPADA KWN2!!
sya bukan penyokong DSAI tapi klu benda tak betul mcm tidak sedap pula didengar.

ison berkata...

Haha... mongirak oku nopo mambaca diti tongo booboroson dikoo siti. Madaada oku po biano. Mangajaru sompoori. Ami osodu pialatan 'daalo' dino yoku mogiigintong. Hehe...

Tanpa Nama berkata...

Pembahas daripada Pulau Pinang Mohd Zaidi Mohd Said berkata, Umno melakukan kesilapan "kerana membebaskan Anwar" daripada penjara.

UMNO skali lagi melakukan kesilapan paling besar dlm perhimpunan ini apabila mengatakan umno silap kerna membebaskan anwar?

PERHATIAN, minta pemimpin pakatan membuat laporan polis ke atas pemimpin umno ini atas cubaan menghasut....sptutnya dia ni x bleh kata mcm tu, sbb hukuman yg anwar lakukan itu di isytiharkan tidak bersalah oleh mahkamah, so terbukti lah umno yg melakukan kerja khianat dn menzalim org tanpa hukum periksa....

http://www.malaysiakini.com/news/100984

Tanpa Nama berkata...

WOWWWWW...AMENO BERKUASA MEMENJARAKAN & MENGELUARKAN MUSUH DARI PENJARA... !!!!!!!!


Negara apakah ini???????

segalanya amno yg kontroll termasuk kesultanan...
kuasa dah tiada..
dah mengaku mereka berkuasa memenjarakan orang........

mahkamah tiada kuasa nampaknya...so, fikir2kan la...

Little Mike berkata...

Macam mana pn org bagi pendapat bebas yg bertentangan dengan pembangkang pasti sentiasa 'tidak ngam'.

Mcm ni saja la... Kalau Anwar berjaya juga jadi PM, dia tetap juga PM Malaysia. Bila dia jadi PM, tugas dia membuktikan kewibawaan sebagai perdana menteri dan meyakini rakyat malaysia.

Awal2 lagi kalau bg saya la, bila anwar tidak putus2 bercakap sebagai PM-IN-WAITING... ia sesuatu yang bersifat kemaruk. 'booking' tempat agar yg lain dalam pakatan jangan cuba ambil kerusi PM. Dalam Pakatan seolah2 hanya dialah yg paling layak... Saya lebih selesa dengan beberapa karekter pemimpin dalam PAS daripada Anwar.

Apa sahaja boleh berlaku. Yang penting bagi saya ialah DI SABAH. KEMBALIKAN KUASA POLITIK KEPADA ORANG SABAH. itu sahaja. Bukan UMNO.. Bukan PKR... Kedua-duanya saya TOLAK pegang kuasa politik Sabah.

Junid Bin Gunsalam berkata...

hye..mike

tq dengan pandangan saudara. sebenarnya apa yang berlaku dengan negeri sabah sekarang adalah percaturan pemimpin lama kita..apa yang kita harapkan sekarang ini pemimpin kita dari sabah dapat diberi tempat dalam kabinet malaysia sesuai dengan keperluan negeri sabah contohnya kementerian kerja raya, kementerian pertanian dan kementerian luar bandar. apa yang penting kita bersatu dalam BN dan pada masa yang sama kita bersatu utk mengembalikan kuasa politik ditangan orang sabah. baru lah suara kita kuat...

bagi saya, pemimpin seperti anwar memang tidak boleh diharap kerana kita tau motif anwar semata-mata mau jadi PM saja. motif ini sudah terbengkalai 10 tahun yang lalu. Anwar cuma maukan kuasa dan pangkat saja. contohnya disabah, Dr. jeffry dilucutkan jawatan pengerusi pemandu PKR Sabah dan Sarawak. jawatan ini kemudian di ambil alih oleh si anwar itu sendiri termasuk di semenanjung. ini membuktikan bahawa kerakusan anwar mengajar pangkat dan kuasa.

dalam hal ini, kita harus pilih yang mana satu parti yang harus kita ikut untuk saluran kita bersuara dan menuntut hak2 kita secara aman dan damai tanpa melibatkan demontrasi apatah lagi pertumpahan darah dan kerosakan harta benda.

dardie berkata...

hehehee...Tanpa Nama, nampaknya ko pun sudah mengeluarkan tuduhan juga kan (ko bilang fakta kes)...cuma bezanya tuduhan saya adalah berasaskan buku yang telah diterbitkan itu..sy pun harap ko pun berasaskan sesuatu juga..namun, siapapun mereka yang melakukan dulu mengenai Projek IC tiada bezanya sebab dorang satu haluan pada masa tu..

SRIXON berkata...

kenapa BN (Barisan Najis) tidak berani menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat pemalsuan KP di Sabah?, fikir2lah saudara.

Tanpa Nama berkata...

siapa pun PM kita kena terima juga.
kalau kita tidak terima, kita mau lari pigi mana???
kan Malaysia ni NEGARA KITA....
soal kemaruk kuasa, semua pun kemaruk juga. pelan peralihan kuasa dlm Umno sepatutnya bukan bulan Mac ni. tapi atas dasar kemaruk kuasa, datuk seri najib n co sanggup memaksa pak lah untuk melepaskan jawatan lebih awal dari tarikh asal yg telah dipersetujui dl mesyuarat MT umno.
sekarang, siapa yg KEMARUK KUASA???

Junid Bin Gunsalam berkata...

hye tanpa nama,

tq kerana memberikan pandangan mengikut kata hati saudara..

sebenarnya peralihan kuasa yang berlaku bulan Mac ini bukanlah kemaruk kuasa seperti saudara nyatakan. peralihan kuasa ini penting ke arah menstabilkan negara kita daripada terjerumus ke arah demontrasi jalanan, ketidakstabilan politik, dan pengaruh budaya barat menyusup masuk ke dalam negara kita. lgpun peralihan kuasa ini merupakan tradisi dinegara kita dan sudah terbukti ia memberi manafaat dan faedah kepada negara kita sejak Perdana Menteri Ke-2 lagi. sya haap saudara faham...Istilah KEMARUK KUASA lebih tepat ditujukan kepada si Anwar yang asyik berangan-angan menjadi PM saja....tq

Tanpa Nama berkata...

Saudara Junid,

Saya tak setuju dengan pendapat kamu. Jangan cuba menegakkan benang yang basah. Ingat ni betul2. Kalau kamu katakan bahawa peralihan kuasa keatas Najib alias Najis adalah untuk menstabilkan negara, maka kenapa kamu menafikan yang anwar juga mau jadi pm untuk menstabilkan negara??..tentang alasan peralihan kuasa kerana mahu menstabilkan negara kenapa perlu Najib mau jadi PM? apakah kurangnya dengan Pak Lah untuk mentadbir? Meskipun Pak lah kurang mampu kenapa Najis tu tak bagi pendapat or pandangan yang membina kepada Pak Lah untuk menstabilkan negara sekiranya Najis mau menstabilkan negara? Fikirkan....

Jelas sekali disini Najis seorang yang rakus kuasa. Kerakusan Najis untuk mendapatkan kuasa juga jelas dilihat melalui peralihan kuasa keatasnya adalah lebih awal daripada masa sebenar yang telah ditetapkan.

Pasal kerakusan kuasa Najis yang paling ngam dan bukannya Anwar. Fikir betul2 saudara. Jangan cakap sembarangan. Kenapa anda tak sedar orang yang anda sanjung melakukan kesalahan dan kenapa anda sentiasa sedar orang yang anda tak suka melakukan kesilapan??

Ini bermakna junid yang kamu tak berpijak di bumi yang nyata. Jangan asyik nak membela orang yang anda juga tak pasti keperibadiannya. Betul ka Junid??...fikir baik2 pogi. tapi saya faham juga orang seperti kamu ni tak mau menentang malah sentiasa memuji Najis kerana kamu takut kehilangan karier kamu kan..Oops..jangan cuba menafikan. Saya pasti itu sebab utama.

Saya tanya kau satu soalan junid..Kau mesti jawab..Adakah anda pasti Najib itu baik? tak terlibat dakam pembunuhan? Dapat membela orang Sabah? sedia mendengar dan membantu masalah orang sabah?? Sila jawab saudara...

Junid Bin Gunsalam berkata...

hye tanpa nama...

setiap kita mesti ada prinsip perjuangan...sy bukan menegakkan benang yang basah ini lah kenyataannya..

saudara pla kenapa terlalu memuji si anwar...sedangkan dia cuma maukan pangkat dan kuasa yang sudah terbekanglai sekian lama...

dardie berkata...

ismadi..ismadi..(Tanpa Nama)

Rasanya dulu saya pernah nampak ko sekejap di rumah c lorin majankin..saya sahabat kepada anak beliau (oyos)..hehehe ko rupanya. Salam perkenalan lagi di sini.

Bagus juga ba pandangan ko tu...idea2 ko memburukkan seseorang tu juga nampaknya bagus juga (mungkin). Pandangan dan hujah ko mengenai individu dan parti yang ko pro selama ini juga turut menampakkan cara penulisan seorang yang tamatan master (mungkin PHD suda sekarang)..hehehe..tapi, apapun pada saya, saya lebih suka kembali melihat kepada mereka yang mahu membawa perubahan...isu siapa yang naik jadi PM tu apakah urusan kita???itu urusan Tuhan ba tu..

Tapi kan, setelah setahun berlalu selepas PRU ke-12 yang lepas..sy nda nampak pun parti dan individu yang ko pro selama ini tu telah menunaikan manifesto dorang sama rakyat?? malah d negeri2 yang mereka tawan tu pun rakyat sana masih lagi mengeluh...nah, apakah ada ulasan lagi selepas ini yang mengatakan salah rakyat???, salah bangsa???..apa suda jadi dengan manifesto yang berapi-api tu..apa suda jadi dengan janji2 tu..mana pakar perundangan, mana pakar ekonomi, pakar falsafah, pakar-pakar yang kononnya bercakap akan menggunakan kredibiliti, kepakaran, kelantangan, idea2 baru untuk membawa perubahan..teda pun?

Harimau berkata...

Mr. Junid..
Kadang2 saya menyifatkan tuduhan sdr terhadap pemimpin pembangkang terutamanya Datuk Anwar keterlaluan. Kelihatannya, sdr telah meletakkan teropong rahsia sehingga sdr tau HAMPIR SEMUA motif kepimpinan Datuk Anwar.

I have no komen..but to be a good blogger, saya rasa sdr kena lebih adil dan matang sedikit khususnya bila menyentuh hal peribadi seseorg. God Bless..

Tanpa Nama berkata...

hye sume.... kdg2 sy tingukn agak keterlaluan la kmu2 sume tudu anwar... sdgkan c najib tu pa kurangnya.. terlibat dgn kes pembunuhan model mongolia tp xpula heboh mcm anwar.
okkk
andainya btl2 c anwar ada wat benda tu(meliwat/sodomi) dan c najib pn btl2 ada wat benda tu(telibat dgn kes pmbunuhan)... kira2 mana yg besar btl salah.... lu pikirlah sendiri...
lg 1 BN perintah negara SJK DR MULA... tp d kota marudu mc begitu... xda pa2 perubahan... nak ckp maxs xkeja tp keja jg.. dimana silapnya... kalo p d kl krg ne KK hnya mcm kg sj... btl kata YB kalabakan yang SABAH n SARAWAK d ANAK TIRIKAN OLEH KERAJAAN... WKT PILIHAN RAYA BRU NMPK HUJAN DUIT. kalo pengundi di bawa kulung YB pn ikut p bawa kulung semata mata meraih undi... abis election hilang entah kemana... yang jelas perut makin besar....

Tanpa Nama berkata...

tanpa nama....
saya sokong 100% ulasan ko ni.
paling ideal n betul.
sokong TANPA NAMA.

tabik....

Little Mike (LM) berkata...

tanpa nama... Apa maksud kestabilan? Demonstrasi jalanan?

Tanpa Nama berkata...

senang saja ba tu
yg belum berkuasa memg berabis untk mendapatkan kuasa...
yg sdg berkuasa berabis mengekalkan kuasa (kalau boleh sampai mati dengan kuasa mcm mahathir) orang lain tak boleh, dia seorang sja yg boleh.
ofrang laintak boleh masuk keluar umno, dia seorang boleh keluar masuk(mcm hotel) bila2 saja yg dia mahu walaupun sblm ni dia menghentam n memburuk2kn umno n kerajaan (di bwh pimpinan pak lah)

TANAK TANDIK yang cintakan keadilan untuk semua berkata...

setelah membaca semua tulisan anda semua, maka sebagai seorang HAKIM BESAR MAKHAMAH TINGGI MALAYA, maka dengan ini saya memutuskan ANUAR IBRAHIM tidak bersalah. maka dengan itu, beliau dibebaskan. Tok! tok! tok!. makhamah bersurai.

Alasan HAKIM:

a) Anuar difitnah. semua bukti saling bercanggah.

b) belum dibicarakan, kenapa MATA BENGKAK! LEBAM DIPUKUL! INIkah yang dikatakan Kerajaan Telus. BN yang jahat dan iblis!

c) LIWAT???????????? MAKHAMAH kata tak cukup bukti, palsu. mengapa BN pandai2 buat dakwaan ini!

d) hakim yang lepaskan anwar dari tuduhan secara adil, kenapa dipecat????? apa ini, syaitan saja yang mempunyai perangai begini.



NASIB BAIK ANWAR BUKAN ORANG TANDIK, KALAU TIDAK TEBAKAR SUDAH SEMUA RUMAH DITANDIK ORANG RUSUHAN!!!!!!!!!!!!!!

BN PERTIKAIKAN DEMONSTRASI????????

ADAKAH BN YANG JAHAT MACAM INI, BAGI PELUANG BERUNDING?? POLIS IKUT ARAHAN BN!!!

MENGADU PADA SIAPA???? MAKHAMAH SUDAH DIGADAI MARUAH OLEH BN!!!!


MINTA BANTUAN NEGARA ASING!!!

KATA BN JANGAN CAMPURTANGAN POLITIK MALAYSIA!!!!!!!!!!!!


MENGADU DENGAN RAKYAT!

YA! RAKYAT SATU PERSATU MENJADI PENEGAK KEADILAN YANG TELAH TERNODA!!!


RAKYAT TANIDK, BANGKITLAH DARI LAMUNAN. BUKAN KITA BERJUANG UNTUK ANUAR, TAPI UNTUK SEMUA. UNTUK DIRI KITA, KELUARGA, SAUDARA MARA, SAHABAT, KENALAN, DAN SEMUA ORANG TANPA ADA RASA CURIGA!!!

ANUAR IBRAHIM YANG DERITA!!!KITA SEDIH, MENINGGALKAN GAJI, ELAUN, KEISTIMEWAAN MENJADI PM SEMATA-MATA UNTUK RAKYAT!!!

WAJIB KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA ANUAR KERANA

- MEMBUKA MINDA KEPADA NILAI KASIH SAYANG SESAMA MANUSIA

-BENCI KEPADA PENINDASAN

-BENCI KEPADA PENYELEWENGAN DAN KETAMAKAN

-CINTA KEPADA PERPADUAN YANG JELAS BERBALIK KEPADA KESELAMATAN RAKYAT...


SALAM REFORMASI....BUAT PEJUANG TANDIK, UNTUK RAKYAT TANDIK DAN SEMUA DIMALAYSIA DAN DUNIA...

nur balqis berkata...

Salam...maaf kerana mencampuri urusan saudara.. terbuka ruangan ini tika mencari rujukan assgment dinamika kemahiran..

sekadar luahan hati disebalik kaca mata mahasiswa muda..

saya seorang penuntut matrikulasi, di usia yang terlalu muda..secara jujurnya saya melihat dunia politik tanah air dengan perasaan yang amat sedih..

saudara...fahamkah anda?

kami mahukan pemimpin yang menjadi suri tauladan ummah, kami impikan pemimpin yang berjiwa besar menegak makruf mencegah mungkar..

apakah yang pemimpin kami fikirkan?? adakah pemimpin fikir kami rakyat bodoh yang buta mata dan pekak pendengarannya? apakah pemimpin fikir kami bisa melihat segala kemajuan dan pembangunan sebagai satu kepuasan?

apakah pemimpin fikir projek mega yang berjuta2 menjadi nilaian mata hati kami??? mgkin jwpn ya..pada pemikiran warga emas yang tua, mungkin pemimpin berjaya..

Saudara...

kamilah peneraju pimpinan masa hadapan. kami pendukung agama dan negara bukan hanya pejuang bangsa.. kami impikan masyarakat majmuk yang bangga mempunyai pemimpin yang bijaksana dan siang malamnya hanya memikirkan tentang rakyat yang dibawah amanahnya..

oleh itu saudara...

apa saudara fikir pemimpin impian kami punya masa utk terlibat dgn segala korupsi, mrancang fitnah dan segala2 perkara yg tdk jujur yg brlaku pd pimpinan masa kini??

apa saudara fikir pemimpian impian kami tega utk tinggal dan membina rumah2 yang berjuta2, sedang rakyat di bawah nya belum tentu dpt bertduh dari hujan dan panas..

apa saudara fikir pemimpin impian kami punya masa untuk mnangkap org2 yg mereka khuatiri menggugat kedudukan mereka dan dgn tdk bersalahnya membebaskannya tika musim pilihan raya bermula..

apa saudara fikir pemimpin impian kami tega memisahkan kasih syg seorang ayah pd ank kecilnya yang belum pernah mngenal erti kehidupan, yang belum pernah mengerti dan tdk kn mgerti mgapa ayahnya ditangkap dan dpenjara, yang belum pernah mngerti maksud tangis sendu bonda disebalik jeriji penjara ISA itu??

saudara...apakah pemimpin impian kami bisa tidur lena, dibuai mimpi indah di atas bayangan syurga dunia yn penuh dgn kemewahan dan kelazatan?

dari sejarah negara yang telah kami selusuri..dari kaca mata mahasisiwa muda, dari mata hati seorang rakyat biasa, dari hati suci pencinta negara, dari sucinya kami berbicara....

hilang sudah kepercayaan kami..

hilang sudah keyakinan kami..

perginya kepercayaan kami, perginya keyakinan kami..perginya jauh... jauh menjangkau 52 tahun menjulang negara merdeka..

maaf saudara... bukan kerana lancangnya berbicara, tp kerana tiada langsung sisa keyakinan yg tggal buat pemimpin kini.....

kami bangun mahukan pembaharuan, bersatu dlm msyrkt majmuk yang cintakan keadilan, akan dtg kamilah generasi muda yg bakal memimpin tanah ini..

bersatu setia bersama barisan pimpinan berwajah baru negara, kami rakyat bangun bersama PAKATAN RAKYAT~~