Isnin, Mac 02, 2009

PERJUANGAN PBS-BN MASIH RELEVAN

Kusai Tandek berpendapat bahawa perjuangan PBS dalam BN masih relevan. Ada 2 hujah Kusai Tandek mahu difikirkan secara bersama dan rasional iaitu pertama,adakah parti PBS sudah hilang taring dan tidak lantang lagi menyuarakan hak-hak negeri Sabah. Kedua, ada juga berpendapat bahawa adalah satu malapetaka besar bagi PBS jika masih lagi dalam BN.
Ulasan persoalan pertama : Kusai Tandek berpendapat bahawa perjuangan PBS masih relevan di dalam membela dan menyuarakan hak-hak negeri Sabah. Kita di dalam PBS masih mendukung sejarah perjuangan awal parti. cuma kita menggunakan pendekatan yang berbeza bergantung kepada keadaan dan situasi semasa. kita tidak boleh lagi menggunakan kepada cara lama seperti menggunakan media massa dan media elektronik untuk memberitahu kepada rakyat wadah perjuangan kita. Diawal penubuhan PBS 1986 (Parti Pembangkang di Sabah melawan Parti kerajaaan BERJAYA) dan ketika zaman pembangkang tahun 90-an, wadah perjuangan kita banyak dipaparkan di surat khabar tempatan. Dan ketika itu juga PBS banyak membantah polisi kerajaan. waktu itu umum menganggap PBS pejuang rakyat. Lantang bersuara berbanding sekarang. Adakah ini ciri-ciri Parti yang kita mahukan? walhal, kalau dikaji betul-betul perjuangan seperti itu sememangnya berlaku sebagai sebuah parti pembangkang. Namanya saja parti pembangkang, tugasnya adalah membangkang apa yang disusun atur oleh Kerajaan (Parti Pemerintah). Kenyatannya, semua itu adalah naluri pembangkang. Cuba tanya Anwar Ibrahim bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kewangan, Dr. Jeffrry Kitingan bekas Pengarah Yayasan Sabah dan ADUN PBS dulu, Awang Tengah Awang Amin bekas Pengarah Perhutanan dan bekas Pengerusi PKR Sabah, Datuk Yong Teck Lee bekas Ketua Menteri Sabah dan banyak lagi. Satu ketika dahulu kesemua mereka diatas adalah penyokong kerajaan dan mempunyai jawatan yang baik dalam kerajaan. Waktu itu, mereka tetap berpegang kepada prinsip setia kawan dalam BN. Mereka diam saja dan terus bekerja bersama BN. Bila mana mereka hilang segala-galanya dalam kerajaan, mereka memilih parti pembangkang dan berpura-puralah menjadi pejuang rakyat nombor satu. Hari-hari konon mengeluarkan kenyataan dalam surat khabar membela itu ini demi rakyat. Padahal membela diri sendiri. Tapi waktu mereka bersama-sama dalam kerajaan dulu mereka tidak seperti ini. Ini jelas membuktikan bahawa mereka ini bukanlah pejuang rakyat tetapi pejuang untuk diri sendiri. Dalam pemerhatian saya, ini realiti dan kenyatan yang harus berlaku dalam landskap politik mana-mana negara di dunia. Jadi kita tidak boleh mengukur perjuangan parti itu semata-mata melihat secara langsung dalam media cetak seperti surat khabar dan media elektronik. Parti PBS sekarang, perjuangannya masih relevan. sebagai Parti komponen BN, kita mesti ada semangat setia kawan dalam BN. PBS berjuang membantu rakyat Sabah dengan cara dan kaedah yang baru. Bukannya cakap tembirang dalam suratkhabar, tetapi dengan kuasa dan jawatan yang ada PBS boleh membantu rakyat negeri sabah. Contohnya beberapa Pemimpin PBS mempunyai jawatan yang baik dalam Kabinet Persekutuan dan Kabinet Negeri dan seterusnya ini secara langsung boleh membantu membangun rakyat sabah melalui kementerian yang ada. Lagi satu perjuangan melalui perbincangan dalam meja bulat itu yang amat penting. sebenarnya itulah yang dilakukan oleh PBS ketika ini.
Keduanya, perjuangan PBS dalam BN amat wajar. PBS pernah berjuang bersama Parti Semangat 46 yang dipimpin Tengku Razaliegh Hamzah (S46 dianggap parti popular ketika itu) tetapi akhirnya tidak mencapai apa-apa. Dalam keadaan semasa politik negara sekarang, adakah PBS-Pakatan Rakyat satu keputusan yang baik. Keputusan ini satu malapetaka besar dalam parti PBS boleh berlaku. Umum mengetahui bahawa siapa itu Anwar Ibrahim sebenarnya. Anwar lah yang merancang menjatuhkan kerajaan PBS tahun 1994. Itu adalah sejarah pahit antara PBS-Anwar. Jadi tidak mungkin boleh bersatu. PBS mahu berdikari sendiri? Hal ini perlu diperhalusi dari pelbagai sudut. Sebenarnya sejarah perjuangan PBS banyak dipengaruhi oleh kesilapan pemimpin-pemimpin Sabah satu ketika dulu. Kusai Tandek boleh katakan bahawa apa yang berlaku didalam PBS sekarang disebabkan kesilapan pemimpin besar kita satu ketika dulu. Dulunya kita adalah parti besar di Sabah. Oleh itu kita bebas bersuara apa saja. Banyak orang takut kita. sekarang kita adalah parti kecil saja. Gara-gara kesilapan pemimpin masa lalu kita...dulu parti sabahan boleh hidup sendiri di SABAH. tapi sekarang lain sudah..itulah yang mengubah keadaan. kita tidak boleh tuduh pairin sudah lupa perjuangan asal partinya. dalam keadaan sekarang perjuangan tetap perjuangan. Itu harus diteruskan. Tapi kita menggunakan kaedah lain untuk meneruskan perjuangan. PBS bersama dalam BN adalah satu keputusan yang baik untuk rakyat dan meneruskan agenda pembangunan untuk rakyat. Apa guna hari-hari keluar suara-suara sumbang dalam surat khabar, tetapi itu umpama bunyi tong kosong saja. Bila tong kosong dipukul kedengaran satu kampung. Tapi hakikatnya kosong dan tidak membawa faedah kepada rakyat. Cuma bikin sakit telinga saja. kalau ada yang tinggi darah dan lemah lanjung memang KO. semua itu hanya semata-mata mencari populariti diri sendiri sahaja. Apa yang paling baik ialah macam bunyi tong yang berisi. Dipukul bunyi tidak kedengaran jauh. Tetapi membawa makna yang besar. PBS dalam BN akan bersuara dalam mesyuarat kabinet dan merencanakan aspirasi dan harapan rakyat melalui pembangunan dalam kementerian yang ada. Fikirkan..

11 ulasan:

liposuh berkata...

Salam Perkenalan..

Isu yang menarik perhatian saya..

1. Prinsip setia kawan dalam BN, Mereka diam saja dan terus bekerja bersama BN. Bila mana mereka hilang segala-galanya dalam kerajaan, mereka memilih parti pembangkang dan berpura-puralah menjadi pejuang rakyat nombor satu.

Komen Saya:
Pada pendapat saya, mereka diam kerana dasar yang sudah diterapkan lebih awal lagi dalam diri kita masing-masing iaitu tunduk dan taat pada ketua! Sama seperti Sdra. Junid tunduk dan taat kepada Dr. Max dan kerajaan… Cuba kalau Sdra. Junid tidak ada kepentingan! Mungkin Sdra Junid juga org yang sama di luar itu… Kesimpulanya, bukan soal berada dalam atau di luar tetapi bagaimana memelihara tanggungjawab dan amanah yang RAKYAT berikan kepada BN khususnya! Tempoh 50 Tahun itu sudah cukup lama sebenarnya untuk membawa perubahan! Tetapi apa perubahan pada KM? Kalau lah dikatakan susah benar majukan KM, kenapa tak bagi peluang pada orang lain atau parti lain untuk memerintah? kenapa nak stay saja di atas? bukan itu juga bentuk menjaga kepentingan diri sendiri?

2. Dengan kuasa dan jawatan yang ada PBS boleh membantu rakyat negeri sabah. Contohnya beberapa Pemimpin PBS mempunyai jawatan yang baik dalam Kabinet Persekutuan dan Kabinet Negeri dan seterusnya ini secara langsung boleh membantu membangun rakyat sabah melalui kementerian yang ada.

Komen Saya:
PBS sudah diberi jawatan dan kuasa tetapi setakat sekarang apa yang PBS sudah lakukan untuk negeri SABAH dan KM khususnya? Jika ini saja alasannya, orang lain pun sama.. boleh melakukan perkara yang sama. Persoalannya apa yang dilakukan oleh PBS walaupun mempunyai kuasa dan jawatan untuk KM dan SABAH ba?

3. Sebenarnya sejarah perjuangan PBS banyak dipengaruhi oleh kesilapan pemimpin-pemimpin Sabah satu ketika dulu.

Komen Saya:
Sdra. Junid sudah menyedarinya tetapi kenapa masi berada dalam PBS? atau kenapa orang lama masih dikekalkan? Ideologi dan caranya tetapi sama ba.. Oleh itu buat lah perubahan yang drastik agar PBS masih relevan dan diterima rakyat..

4. PBS bersama dalam BN adalah satu keputusan yang baik untuk rakyat dan meneruskan agenda pembangunan untuk rakyat. Apa guna hari-hari keluar suara-suara sumbang dalam surat khabar, tetapi itu umpama bunyi tong kosong saja. Bila tong kosong dipukul kedengaran satu kampung. Tapi hakikatnya kosong dan tidak membawa faedah kepada rakyat. Cuma bikin sakit telinga saja. kalau ada yang tinggi darah dan lemah lanjung memang KO. semua itu hanya semata-mata mencari populariti diri sendiri sahaja. Apa yang paling baik ialah macam bunyi tong yang berisi. Dipukul bunyi tidak kedengaran jauh. Tetapi membawa makna yang besar. PBS dalam BN akan bersuara dalam mesyuarat kabinet dan merencanakan aspirasi dan harapan rakyat melalui pembangunan dalam kementerian yang ada.

Komen Saya:
Pembangunan apa yang PBS dan BN sudah bawa untuk negeri Sabah dan KM khususnya? Itu bukan pembangunan semata-mata yang diberikan oleh PBS dan BN ba tetapu yang sebenarnya adalah TANGGUNGJAWAB kerajaan dan BN bagi RAKYAT! Tanpa pembangunan yang diberikan maka JATUHLAH kerajaan dan BN! Jadi pembangunan bukan soalnya sekarang ini tetapi TANGGUNGJAWAB dan AMANAH yang rakyat berikan kepada Kerajaan dan BN!

Soal ting kosong atau tak, kalau tin kosong tak berbunyi, maka tak kedengaranlah bunyinya.. Tin berisi jika di ketuk pun, tak ada bunyi yang kuat dan nyaring ba.. Samalah dengan sekarang, tanpa pembangkang, rakyat tak lihat dan tahu pun apa sebenarnya yang akan, sudah dan telah dilakukan oleh BN.. jangan2 semua masuk poket sendiri… Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa, pembangkang lebih melihat kehendak rakyat berbanding dengan BN Cuma mereka tidak berkeupayaan untuk melaksanakan sebab tidak mempunyai kuasa dan jawatan seperti yang ada pada BN. Tetapi BN yang sudah mempunyai kuasa dan jawatan pun tak boleh buat apa2 jugakan..? Jadi fikir2 kan lagi..

Junid Bin Gunsalam berkata...

hye liposuh..
satu perbincangan yang baik dan boleh dipersoalkan. Tapi sy tidak lah memperdebatkan isu ini. sekadar untuk perkongsian kita. sy fikir...istilah ko yang mengatakan pembangkang mempunyai aspirasi untuk rakyat satu hujah yang lebih kepada pandangan peribadi ko..tapi sy tidak ulas lebih lanjut la...

NONG berkata...

Apa pun..bagi saya semoga PBS memainkan peranan lebih besar dalam BN untuk kawasan masing2. Ambil peluang dan kesempatan itu untuk memajukan kawasan masing2 supaya rakyat akan rasa lebih dihargai dan rasa berbaloi kerana memberi sokongan yang tepat..
Tapi kalau berterusan begini, macam bikin 'lamas' ini..:)

RumbiaMasolog berkata...

Saudara...

Kalau tin itu di ibaratkan sebagai negeri atau khususnya daerah KM dan isinya di ibaratkan harapan rakyat maka dapat disimpulakan jika tin itu penuh isinya maknanya segala harapan rakyat telah dipenuhi dan sudah tentulah rakyat tidak akan mengeluh dan berbuat bising, tetapi sebaliknya jika tin itu kosong maka kedengaranlah keluh-kesah, jeritan dan tangisan rakyat yg mengharapkan perubahan dan pembangunan.

Perkara yang amat mudah dilakukan ialah mendengar rintihan rakyat ini. Bukankah YB2 kita telah diperuntukan setiap bulan elaun beribu ringgit khas untuk YB datang ke kampung2 untuk melihat dan mendengar secara langsung keperitan dan rintihan rakyat?... Alasan sibuk sepatutnya tidak ada dalam kamus wakil rakyat atau YB sebab bagaimana YB ini berfungsi jika tidak melihat keperluan rakyat tersebut. Kalau tidak larat dan mampu memikul tanggungjawab sesenang ini bagus bagi kepada mereka yg benar2 berkemampuan. Saya percaya dalam parti PBS sendiri ada banyak calon2 yg boleh diketengahkan untuk memikul tanggungjawap ini.

Dan satu lagi harus saudara sedar golongan generasi baru di KM sekarang adalah golongan yang terpelajar yang memiliki Diploma, Ijazah, Master, PhD malah sudah ada yg bergelar Prof. Golongan ini bukan hanya bercakap kosong kerana mereka sudah bijak untuk menilai mana yang benar2 (100%) memperjuangkan nasib bangsa atau yang hanya memperjuangkan nasib 'bangsa' (kerabat) sendiri sahaja.

Masih belum terlambat saudara memberi 'nasihat' kepada orang2 atasan saudara dalam parti untuk melihat, mendengar dan seterusnya bertindak ke atas rintihan, jeritan dan tangisan rakyat khususnya di Kota Marudu ini...

liposuh berkata...

Salam Sdra Junid,

Merujuk kepada kenyataan atau komen saya seperti berikut: "Samalah dengan sekarang, tanpa pembangkang, rakyat tak lihat dan tahu pun apa sebenarnya yang akan, sudah dan telah dilakukan oleh BN."

Saya tak maksudkan bahawa "pembangkang mempunyai aspirasi untuk rakyat satu hujah yang lebih kepada pandangan peribadi ko(Saya).." ba..

Cuba faham, kalau BN tak boleh mengurus, mentadbir dan melaksanakan dengan baik TANGGUNGJAWAB dan AMANAH rakyat! Bagus sahaja berhenti sahaja ba!

Maksud saya, jika tiada suara-suara yang kedengaran (dalam hal ini pembangkanglah yang selalukan.. siapa lagi?) maka BN dan PBS akan rasa nyaman selalu di PUNCAK!

Bukan bererti yang pembangkang itu mempunyai aspirasi untuk rakyat! Jika ada pun, apa salahnya!

Cuba kita buka minda dengan tidak menyempitkan fokus dan fikiran, setiap orang mempunyai aspirasi sendiri untuk rakyat! Begitu juga dengan Sdra. Junid kan? Kenapa masuk politik @ Naib Pemuda PBS kalau tidak punya aspirasi untuk rakyat atau sebaliknya mempunyai hidden agenda? Cuba rujuk komen2 saya di tajuk artikel Sdra. di PERJALANAN BERLIKU SELAMA 24 TAHUN PARTI PBS - HILANG KUASA DITANGAN LAWAN, KAWAN DAN ADIK SENDIRI, BERTUAH KOTA MARUDU DAPAT YB DATUK DR MAXIMUS dan AKU NAK JADI PEMIMPIN DAN YB UNTUK MAJUKAN KAWASAN SAYA : SATU REALITI ATAU KEPALSUAN?

Jadi disimpulkan cerita ba.. setiap org/pemimpin/parti mempunyai aspirasi untuk rakyat ba.. jadi bukanlah pandangan peribadi saya secara langsung kan.. hehehe.. fikir2kan lah..

P/s: * Dalam soal ini, tak perlu ikut emosi tahu.. kena berfikiran terbuka dan rasional.. itu mungkin kesilapan/teguran kecil saja.. bayangkan ada teguran/kesilapan yang lebih besar lagi?... Jangan gopoh dan gelabah..bah..

akibaragon berkata...

Kau kasitau Dr Max sama si Anita,diorang itu WAKIL @ KULI rakyat,buat kerja untuk rakyat bukan jadi bos rakyat.Terus terang pilihan raya lalu saya tidak pulang mengundi kerana bosan menunggu pembangunan yang tidak sampai2 di Tandek.Ini kali kalau masih lagi si Anita atau Dr Max di kasi calun naahh....bukan saya saja tidak mau mengundi,semua orang kampung pun tidak mau undi..Booosaaannn sudah....

Junid Bin Gunsalam berkata...

hye rumbia masolog..
tq sekali lagi memberi komen yang bernas. iya..di KM memang banyak sudah berijazah. kita tunggu saja. segala sesuatu ada waktunya. kita mesti mengikut arus. setiap pemimpin tidak kekal lama.pemimpin datang dan pergi. buat masa sekarang support pemimpin. kalau waktunya sudah tiba, datang juga rezeki.

Junid Bin Gunsalam berkata...

hye akibaragon..tq kerana bagi komen. untuk menyedarkan pemimpin kita tidak boleh mengambil sikap pasif. tindakan saudara tidak mengundi menidakkan hak saudara sebagai rakyat malaysia. tegur lah pemimpin itu dengan cara yang berhemah...

Junid Bin Gunsalam berkata...

hye liposuh..
memang betul dlm soal ini tidak perlu ikut emosi. kita bebas memberikan pandangan dan pendapat . kalau kita berbeza pendapat bukan bermaksud kita beremosi. sudah ditakdirkan rambut sama hitam hati lain2 bah. hehehe

Little Mike berkata...

PBS RELEVAN tapi semakin MELAWAN WAKTU.. Masa sentiasa sudi memberikn ruang untuk dimanafaatkan tapi orang kita tidak menggunakan kesempatan baik ini untuk mengisinya dengan kerangka kerja yang berinovasi...

Yang baiknya ia masih dilihat antara satu CARA mensasarkan harapan melalui PBS-BN. Jangan sampai tunggu tidak releven...

Suara Anak Tandek sudah kedengaran jelas. TOLONG sampaikan pesan kami kepada Datuk Max dan Anita... Kami bukan MELAWAN MELULU... yang kita cakapkan ini pasal TANDEK dan KM juga..

Tanpa Nama berkata...

pbs masih relevan dlm bn n sbg wadah kepimpinan kadazandusun w pn parti ni mengamalkan dasar parti pelbagai kaum.
walau bagai manapun, pbs perlu lebih KOMITED n SERIUS dlm memperjuangkn nasib rakyat d sabah khasnya. perjuangkn nasib rakyat sabah keseluruhannya di peringkat nasional. jgn ada yb2 yg sibuk menjaga kepentingan diri saja. tidak mau bersuara sebeb takut tidak dicalonkan dlm next election. ini lah masalahnya.
apa salah sekali sekala jd macam c bung mokhtar raden yg sgt berani mengemukakn permasalahan rakyat yg diwakilinya meskipun kdg2 suaranya agak keterlaluan n agak UNEDUCATED tp dpt menyampaikn masalah rakyat dgn jelas.
lagi 1, pbs carilah pemimpin setempat yg benar2 layak (bukan hanya pandai memainkan isu2 tertentu utk kepentingan peribadi. ) mereka ini lebih EMPATI n bkn sekadar SIMPATI dgn masalah2 rakyat setempat.
kalau nanti dia buat jahatpun senang saja PUKUL dia sebab dia ada di situ2 juga. bukan mcm yg lain bila ada masalah, pandai lari pigi PUTRAJAYA!