Selasa, Mac 03, 2009

Parti DAP dan Dasar Ekonomi Baru (DEB) -

Kusai Tandek memaparkan isu ini berikutan kenyataan Ketua Pembangkang Johor dari Parti DAP Dr Boo Cheng Hau yang mahu status bumiputera disamakan dengan dasar Apartheid di Afrika Selatan yang menindas kaum kulit hitam. Dr Boo menjejaskan status bumiputera dalam DEB sangat tidak relevan.

DAP dan Dasar Ekonomi Baru merupakan pandangan dan perspektif parti DAP terhadap Dasar Ekonomi Baru yang dilancarkan dari 1970-1990. Sungguhpun Dasar Ekonomi Baru 20 tahun telah berlalu dan pencapaiannya ternyata gagal mencapai matlamat Bumiputera 30 % dalam bidang ekonomi , tetapi semangatya masih diteruskan scara tidak rasmi oleh kerajaan Barisan Nasional.

Sejarah penentangan DAP
DAP yang berakar dari PAP di Singapura dan dibentuk pada 1966 mengamalkan prinsip 'Malaysian Malaysia'. Selepas Peristiwa 13 Mei yang dikatakan berpunca dari ketidakpuashatian orang Melayu kerana merempat di tanah air sendiri, maka Tun Abdul Razak selaku Perdana Menteri Malaysia ke-2 bersama-sama dengan 'think tank' telah merangka dan melancarkan Dasar Ekonomi Baru.

Sebagai sebuah parti politik yang baru ditubuhkan, tentulah DAP mahu merebut blok politik yang selama ini dimonopoli oleh MCA dan Gerakan. Tentangan terhadap Dasar Ekonomi Baru ini bukanlah daripada DAP semata-mata tetapi juga daripada MCA dan Gerakan. Namun begitu penentangan MCA dan Gerakan masih lagi dalam kerangka semangat kerjasama dalam Barisan Nasional. Lagipun Dasar Ekonomi Baru dilaksanakan dalam tempoh 30 tahun sahaja untuk mendapatkan 30 % kek ekonomi di Malaysia. Sasaran utama 30 % ini boleh dioperolehi daripada saki-baki syarikat Barat yang melabur di Malaysia dan ekonomi di perkembangkan. Tidak ada ada hasrat sama sekali untuk merampas sama sekali perniagaan dan harta benda yang telah dimiliki oleh penduduk Cina dan India.

Tafsiran berbeza
'Malaysian Malaysia' amat bertentangan sama sekali dengan Dasar Ekonomi Baru. Prinsip Malaysian Malaysia menyatakan pelbagai kaum di Malaysia adalah sama rata dari semua segi , baik politik, ekonomi mahupun sosial. Ini selaras dengan sistem merit di mana tidak ada layanan istimewa dan bantuan kepada mana-mana kaum. Semua kaum mestilah bekerja keras untuk mendapatkan kek ekonomi yang ada di Malaysia. Setiap orang diciptakan sama oleh Tuhan dan terpulanglah kepada mereka untuk berusaha gigih mencari rezeki yang terbentang luas. Juara baru dalam DAP ialah Lim Kit Siang yang merupakan peguam yang handal lahir di Melaka. Kecaman beliau terhadap MCA yang tunduk kepada UMNO menarik hati orang Cina. DAP menjadi parti harapan kepada orang Cina, tidak lagi MCA yang selama ini banyak berjasa kepada mereka.

Perlembagaan Persekutuan banyak memihak kepada orang Melayu dan tidak sama dengan Malayan Union dan Persekutuan Tanah Melayu yang ditubuhkan selepas Perang Dunia II. Malaysia yang dibentuk berasaskan Perlembagaan Persekutuan adalah alat bagi mengekang rempuhan komunis dari utara. British yang bimbang dengan Teori Domino itu telah memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu . Sedangkan pada ketika Tanah Melayu berhadapan dengan zaman komunis 1948-1960.

Pelbagai artikel dalam Perlembagaan Persekutuan membabitkan kedudukan orang Melayu terutama kedudukan raja-raja, hak istimewa orang, bahasa Melayu, agama Islam sebagai agama rasmi , tanah rezab Melayu dan lain-lain. Dasar Ekonomi Baru tidak terdapat dalam perlembagaan dan kerana itu bolehlah dipertikaikan. 30 % ekuiti Bumiputera yang mesti dicapai dalam tempoh 30 tahun juga tidak dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan. Dasar Ekonomi Baru bagaikan 'hadiah' kepada orang Melayu yang terlibat dalam Peristiwa 13 Mei. Sentimen orang Melayu yang tidak puas hati kepada kerajaan dan disalurkan melalui 'tumpah darah' dapat diredakan melalui Dasar Ekonomi Baru.

Kekangan orang Melayu
Orang Melayu yang rata-ratanya pesawah dan petani tinggal di pola petempatan berjajar di kawasan sawah padi seperti di Dataran Kedah , Seberang Perak dan Sungai Manik. Petempatan berjajar di sepanjang terusan dan sungai ini tidak menggalakkan mereka mereka menceburi perniagaan. Begitu juga yang menjadi penoreh getah dan tinggal di pola petempatan berselerak dan berkelompok tidak menjalankan perniagaan besar, kecuali kedai runcit.
Perniagaan dan perdagangan Cina sukar diterobos kerana sistem perniagaan keluarga, sistem monopoli, kongsi gelap , sistem pemasaran dan lain-lain. Dr Amir Baharuddin dari USM menyeranaraikan pelbagai kekangan Bumiputera untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan dan perdagangan.[2] Cara termudah ialah membeli saham dan diserahkan kepada orang Melayu , memiliknegarakan syarikat asing atau agensi kerajaan menjalankan perniagaan . Tetapi pasaran saham tidak selalu melonjak sebaliknya turun naik yang tidak ketentuan. Agensi kerajaan pula tidak mempunyai kemahiran pengurusan syarikat sehingga perniagaan mereka runtuh. Dasar memiliknegara syarikat seperti Guthrie mendatangkan tentangan dari negara British.
Kusai Tandek berpendapat bahawa, DEB ini tidak perlu dipertikaikan lagi. DEB ini memakan masa selama 30 tahun sahaja iaitu dalam tempoh 1970-2010. Ini bermakna kenapa di saat-saat akhir pelaksanaan DEB harus ada mempertikaikan? Selepas 2010, dasar ini akan diperhalusi lagi dari segi pencapaian dan kelemahan, keseimbangan wilayah termasuk Sabah dan Sarawak dan bagaimana dasar baru nanti dapat membantu merapatkan jurang kekayaan diantara golongan bumiputera dan bukan bumiputera.

10 ulasan:

IsOn berkata...

DEB dari 1970-2010. Bagus, bererti tinggal 1 tahun lagi ianya akan berjayalahkan, menyamatarafkan status ekonomi bumiputera dan bukan bumiputera. Harap2 dalam masa setahun ni terbelalah juga nasib kawan2 kita bumiputera bukan melayu yang dianaktirikan selama ini.

Nota: Kusai Tandek, daripada kita sibuk dengan DEB yang ternyata 'belum' berjaya ini, lebih baik kita gotong-royong kasi 'lawa' itu pekan Tandek. Kesian bah pekan kita ni, macam peninggalan perang saja. Sunyi sepi, tidak terurus, dan tahi kerbau di merata2 tempat.

Junid Bin Gunsalam berkata...

hye ison..

ini sekadar pandangan bah..lagipun apa salahnya kita mengambil bahagian sedikit dengan kemajuan teknologi. dulu mana boleh kita bertukar-tukar idea macam ini. jadi sy fikir tiada salahnya kita bertukar-tukar pendapat saja.

sama ada DEB berjaya atau sebaliknya itu tiada a masalah. sebenarnya ini cuma pandangan. sy bukannya pakar ekonomi yang terkemuka. sy fikir mana2 dasar pun tiada yang sempurna betul. yang penting kita di Malaysia hidup dalam keadaan aman damai dan harmoni.

negara Amerika, jepun, britain, peranchis yang dilabelkan negara maju pun banyak juga rakyatnya yang miskin. paling teruk lagi berlaku krisis kemanusian. kesimpulannya, tiada yang perfect. kita buat yang terbaik sekalipun mesti ada yang cakap yang bukan2. tq

Tanpa Nama berkata...

Ehmm..
Mana mungkin kita boleh katakan "sama ada DEB berjaya atau sebaliknya itu tiada masalah". Kita sedang tentang satu perkara yang besar..Yang terus menjadi isu..yang terus menjadi pertikaian.

Junid Bin Gunsalam berkata...

hye tanpa nama,
tq kerana memberi komen..teruskan bagi komen ar...dialu-alukan

Kee Heritage berkata...

Salam
Terima kasih melawat blog saya :)

Tingau berkata...

DEB berjaya ka tidak itu x pntg yg pntg negara kita aman dan damai..x kekacawan mcm d negara2 lain..

Junid Bin Gunsalam berkata...

hye tobilung..

sy sokong pendapat ko. yang penting kita hidup aman damai tanpa ada peperangan macam di palestin..heheheh..

boleh ko bgtau identiti ko ka? bh komen dan padangan org tobilung amat diperlukan. hehehe

Little Mike (LM) berkata...

Apa sahaja dasar jika diimplementasikan dengan niat membangun bangsa dengan ikhlas tanpa campur aduk kepentingan peribadi tentu dapat mengaplikasikan juga norma-norma baik dalam intipati perlaksanaan... Berikan apa sahaja dasar... kalau kondisinya sekadar mainan politik.. tentu orang akan cakap DASAR PETUALANG...

Junid Bin Gunsalam berkata...

Hye..mike

sy setuju betul pendapat ko..

Tanpa Nama berkata...

politiking tidak akan berakhir. kelahirannya juga tidak diketahui secara jelas. mungkin juga sejak peradaban manusia ini bermula. yg perlu kita fikirkan bersama ialah apa, siapa, bila, kenapa, bagaimana, dimana kita KIMARAGANG esok! pekan tandek yg begitu sinonim dgn kita pn begitu2 saja. kecian org2 kita...