Nota : Sebagai Penulis Bebas Kusai Tandek tergerak untuk memaparkan idea ini lantaran dalam keadaan kekalutan politik masa kini dan kegawatan ekonomi global, tetiba banyak pihak terutamanya dari DAP memainkan sentimen dan mempersoalkan hak dan status 'bumiputerisme' di Malaysia. DAP adalah anak atau serpihan kepada PAP di Singapura, selatan Persekutuan Tanah Melayu . Lee Kuan Yew yang tidak setuju dengan cubaan Perikatan-UMNO bertanding dalam pilihan raya di Singapura , telah membuka cawangan PAP di Semenanjung Malaysia. Apabila Singapura berpisah dari Malaysia pada 9 Ogos 1965, pendaftaran parti PAP telah dibatalkan pada 9 September 1965, tahun yang sama. Seperti Parti pimpinan Lee Kuan Yew, PAP, DAP juga membawa idea sekular/sosialis iaitu Malaysian Malaysia menyatakan pelbagai kaum di Malaysia adalah sama rata dari semua segi , baik politik, ekonomi mahupun sosial. Ini selaras dengan sistem merit di mana tidak ada layanan istimewa dan bantuan kepada mana-mana kaum. Semua kaum mestilah bekerja keras untuk mendapatkan kek ekonomi yang ada di Malaysia. Dalam keadaan politik yang kalut, adakah DAP (Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Lim Guan Eng) mahu mengulangi trajedi pahit 1965? Ini satu persoalan yang harus dirungkaikan bersama...Hairan juga, disaat negara tidak stabil pihak ini mengambil kesempatan. kalau pun tidak puashati ini bukan cara yang terbaik untuk menyelesaikan. adalah lebih baik diselesai melalui saluran yang betul iaitu melalui perbincangan empat mata. ini main hentam saja menggunakan media. akhirnya berlaku lagi peristiwa 13 mei kali ke-2.
Apa itu 1965?????
Keputusan pemisahan Singapura dari Malaysia diambil secara perseorangan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ketika beliau di London pada tahun 1965. Ketika itu Tunku Abdul Rahman bercuti selama 53 hari bagi mendapatkan rawatan di sebuah klinik di London. Lee Kuan Yew dan parti PAP pimpinannya enggan bertolak ansur dengan kerajaan Malaysia pimpinan Tunku Abdul Rahman. Lee Kuan Yew sering mendakwa orang Melayu hanya berjumlah 39 % sementara bukan Melayu 51 % dan melayakkan Lee Kuan Yew menjadi Perdana Menteri Malaysia sebagaimana saranan Ramanathan. [perlu petikan]Lee Kuan Yew mempersoalkan orang Melayu sebagai penduduk jati Malaysia, mereka sebenarnya adalah juga pendatang sebagaimana Cina dan India.
Lee Kuan Yew menyalahkan Tunku dalam kegagalan konsep "Malaysian Malay". Tunku dikatakan telah terpengaruh dengan ketuanan Melayu yang diperjuangkan oleh beberapa pelampau Melayu dari 'ultra Malay' dan 'Young Turk'. Sebaliknya, Lee Kuan Yew mewar-warkan konsep "Malaysian Malay" dan mendapat sambutan banyak parti di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, kecuali MCA. Gagasan Lee Kuan Yew meliputi Singapura, Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak. Sebelum 1963, PAP hanya bertanding di Singapura sahaja dan Perikatan bertanding di Semenanjung Malaysia sahaja. Tapi pada 1963, Tan Siew Sin mendesak Perikatan bertanding di Singapura, namun UMNO kalah teruk. Tan Siew Sin merupakan Presiden MCA dan Menteri Kewangan Malaysia ketika itu. Pada 1964, Lee Kuan Yew mengarahkan PAP bertanding dalam pilihan raya kebangsaan di Semenanjung Malaysia bagi menentang MCA. UMNO mahu Perlembagaan Singapura diubah bagi menjamin masa depan orang Melayu. Sedangkan Lee Kuan Yew sebagai pemimpin Singapura yang ada autoriti dalam pentadbiran negeri Singapura enggan berbuat demikian. Sebaliknya Lee Kuan Yew berjanji akan memperbaiki kehidupan orang Melayu melalui peluang pekerjaan, pendidikan dan skim perumahan.
Dalam projek perumahan, perkampungan Melayu di Singapura telah dihapuskan. Akibatnya, beberapa pergaduhan berlaku. Julai 1964, kira-kira 114 persatuan orang Melayu bertemu dengan Othman Wok iaitu Menteri Hal Ehwal Sosial Singapura bagi membincangkan kepincangan orang Melayu Singapura.Tatkala itu, 12,000 orang Melayu mengadakan perarakan di jalan raya Singapura. Akhirnya tercetus rusuhan kaum antara Melayu dengan Cina di Singapura . Lebih 22 orang terbunuh, 200 cedera dan 1130 ditangkap. Bulan Ogos pula, sekali lagi pergaduhan berlaku. 8 terbunuh dan 60 cedera. Kejadian ini meyakinkan Tunku bahawa dengan mengekalkan Singapura dalam Malaysia bakal mengundang rusuhan perkauman yang lebih dashyat lagi.
5 ulasan:
Saudara,
Pernah dengar kata hikmah seorang ahli sejarah?? Mari kita ingatkan mereka!!!
"SESIAPA YANG MELUPAI SEJARAH, MEREKA PASTI AKAN MENGULANGINYA SEMULA"
Kepada mereka yang masih bermain dengan sentimen seperti ini, sejarah Malaysia tidak pernah tertulis dengan DARAH MERAH.
Kalau tidak beringat, DARAH MERAH akan menjadi tinta penulisan satu momen sejarah era moden!!!!
Fikirkan!!!
TQ..MEET UNCLE SHAH..
SY MENGHARGAI KOMEN KO..YA, GENERASI MUDA HARUS TAHU SEJARAH NEGARA KITA...
Kenapa kita harus bermati matian untuk memperjuangkan sejarah lampau yang sekadar menguntungkan pihak2 tertentu sahaja?..Atas kepentingan peribadi politik kita semata-mata?.. memang ada betulnya sejarah lampau..tapi sejarah tetap sejarah! ia tak mungkin memberikan IMPAK YANG SAMA sekiranya diketengahkan pada zaman ini.
Sekadar melihat secara jauh apa yang DAP perjuangkan.. Lihat saja! Sejarah itu dimanipulasikan oleh BUMIPUTERA MELAYU sehingga "membataskan" org Cina dan India malahan BUMIPUTERA SABAHAN yang "tidak sealiran" dengan bumiputera yang dimaksudkan..
Adakah Bumiputera kadazan/dusun termasuk secara TOTAL dalam konsep yang dibawakan oleh Bumiputera Melayu??.. dari segi peluang kerja misalnya, adakah bumiputera Sabah sama tarafnya dengan bumiputera Melayu? Adakah org asli sama dengan bumiputera Melayu?.. Konsep perlindungan terhadap bumiputera memang perlu tetapi sekiranya tiada ketelusan terhadap konsep tersebut, apa yang perlu kita banggakan..
DAP! Kita bersyukur kerana ada ORG BUKAN BUMIPUTERA ini yang lantang untuk membawakan perasaan "org bumiputera" yang tak keluar daripada mulut kaum bumiputera sendri. Mulut DAP memang tak berapa manis tapi bukankah itu sebahagian daripada cara berpolitik di negara kita..? daripada berdiam, bukankah lebih baik keluarkan sedikit isu..
Fahami perasaan DAP dalam Parlimen.. Org Bumiputera Melayu yang mewakili BN sedap2 sahaja mengatakan "BALIKLAH KE NEGERI KAMU".. Apakah maksudnya semua ini??.. Inilah konsep yang mereka (BN Melayu) selalu katakan BIADAP!.. Siapa yang iadap sebenarnya! Konsep KETUANAN MELAYU itulah sebahagian dariapada kebiadapan.. Pantang dijentik, report polis! kalau tak mereport, pasti kutukan! kalau tak kutuk, keluarlah kata2 derhaka, tak faham sejarah dll.. Lagi dasyat, sumbat jak dalam ISA!.. Senag bukan?
Apa org BN Bumiputera Sabahan boleh buat? Nganga mulut!.. Diam saja kan? Atau mereka berjuang tetapi "dengan cara yang selari" dengan konsep BN.. Huh! Saya rasa kita perlu rasional.. Konsep perlindungan dan keistimewaan Bumiputera perlu ada tetapi biarlah dengan aeadilnya... Ini tidak. Bumi sabah tak sama dengan Bumi Sjung.. Plus agama, lagilah jauh. Bumiputera Islam dan Bumiputera tak Islam..memang tak sama hak! Apa BN Bumiputera Sabah buat,? nganga mulut..
Saya rasa, org non bumi dah bertimbang rasa..kalaupun bukan secara total. Kononnya, bumi amat bertimbang rasa..tetapi sejauh mana kukuh timbangannya..Kita perlu keadilan untuk semua.
bagi saya, ringkas saja:
sangat tidak adil kerajaan hanya MENGHILIGHTKAN 3 suku kaum dlm setiap perkara iaitu MELAYU, CINA & INDIA. sepatutnya, MELAYU, CINA, INDIA, KADAZANDUSUN & IBAN. ini baru realsitik n adil dlm konteks malaysia. ini adalah merupakan PEMINGGIRAN TERANCANG oleh puak2 tertentu!!!
KEADILAN UNTUK SEMUA!!!!!!!!!!!!!
SAUDARA JUNID SENDIRI TIDAK DAPAT LARI MENERIMA KEADILAN UNTUK SEMUA!!!!!!!!!!!!!!
HIDUP PAKATAN RAKYAT UNTUK RAKYAT!!!
Catat Ulasan