In 2008 already over RM125 billion has been withdrawn from the country by investors weary of a government that has failed to implement a single reform to ensure judicial independence and that continues to use draconian laws such as the ISA to detain its citizens without due process of law." -
Anwar Ibrahim ISA telah wujud sejak berpuluh tahun. Namun mengapa baru hari ini pelabur bimbang dengan kerajaan. Apakah ia kerana ISA atau kerana Anwar Ibrahim? Anwar sudah diketahui mempunyai hubungan rapat dengan US dan Barat. Ini menimbulkan tanda tanya di mana Anwar mendapat jumlah tersebut jika ia tidak terbabit dengan perancangan ini?Kita juga tertanya-tanya apakah pengeluaran pelabur asing ini tidak ada kena mengena dengan membantu usaha Anwar menukar kerajaan?Dalam sejarah politik, hanya ketika rakyat "lapar" sahaja maka pemerintahan akan berubah secara drastik dan luar biasa.Tidak mustahil inilah yang sedang direncanakan oleh Anwar dan para sahabatnya dari Barat.Ini bukan kali pertama Anwar Ibrahim sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan beliau akan berjaya menjadi Perdana Menteri. Sejarah politik Anwar membuktikan beliau sanggup menipu, berbohong dan membiar rakyat terseksa jika itu dapat membantunya menjadi Perdana Menteri.1970-anPada tahun 1970-an beliau mengaturkan satu tunjuk perasaan di Baling sehingga mencetuskan rusuhan. Rusuhan terscetus kerana Anwar mendakwa petani di Baling terlalu miskin sehingga ada yang mati kelaparan. Maka berbondong-bondonglah mahasiswa mengadakan tunjuk perasaan di Universiti Malaya dan mogok lapar di Baling.Huru-hara negara dan kerajaan dibuatnya. Namun sehingga kini tiada seorang saksi atau satu bukti pun menunjukkan ada orang di Baling ketika itu mati kelaparan.1997Pada 1997 sekali lagi Anwar mengambil kesempatan atas masalah ekonomi bagi mencetuskan kemarahan rakyat terhadap kerajaan terutamanya Perdana Menteri, tun Dr. Mahathir.Ketika dilanda krisis matawang, Anwar menyerang polisi kerajaan dari dalam dengan menuduh Dr. Mahathir antara punca masalah ekonomi negara ketika itu. Anwar sedar rakyat yang susah dan marah akan bangkit dijalanan bagi menjatuhkan Perdana Menteri.Jadi sebagai Menteri Kewangan beliau memulakan langkah-langkah menjerut rakyat. Kadar pinjaman Asas (BLR) dan kadar faedah dinaikkan berkali ganda. Beliau juga mengguna pakai pelbagai saranan IMF yang menyusahkan rakyat kerana ia telah berkesan ketika itu menjatuhkan Perdana Menteri Thailand dan Presiden Indonesia.Anwar menghalang usaha membantu syarikat-syarikat bermasalah ketika itu akibat kejatuhan matawang negara. Beliau menggunakan mantera-mantera barat seperti kronisme, nepotisme dan bail-out boleh meruntuhkan ekonomi negara bagi menghalang sebarang usaha pemulihan syarikat-syarikat besar ini.Tujuan Anwar ketika itu ialah mahu melihat syarikat-syarikat ini jatuh dan menyebabkan puluhan ribu rakyat hilang mata pencarian. Jika ini berlaku sudah tentu lagi ramai yang marah kepada kerajaan dan ini akan mempercepatkan proses perubahan kuasa dari Dr. Mahathir kepada beliau.Demikian bagi Anwar, rakyat yang menderita ialah satu kebaikan kepadanya, kerana ini akan mempercepatkan kejatuhan musuh politiknya.Anwar sanggup meletakkan negara ini di bawah telunjuk IMF asalkan beliau berjaya menjadi Perdana Menteri. Nasib baik Dr. Mahathir ketika itu cepat sedar permainan licik Anwar.Justeru jika hari ini pelaburan asing makin berkurangan dan ramai yang keluar, adalah tidak mustahil ini merupakan rancangan kali kedua US untuk menjadikan Anwar sebagai PM setelah gagal pada 1997.Siapakah Anwar yang begitu istimewa kepada US dan Barat akan terus menjadi tanda tanya. Cuma yang kita pasti, Anwar akan melakukan apa sahaja untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia hatta jika perlu "mengorbankan" sebahagian rakyat pun. contohnya, ANwar juga sanggup bergabung dengan DAP yang terang-terangan menentang perlaksanaan sebuah negara Islam di Malaysia..Di mana Anwar yang merupakan seorang Muslim dan juga bekas Pengerusi ABIM malaysia...ternyata Anwar sanggup buat apa saja demi merealisasikan angan-angan mat jenin jadi PM..
wahai sahabat2 ku..renungkan lah demi masa depan bangsa dan negara. ya, memang kerajaan BN ada juga kepincangan dan kelemahannya, akan tetapi jangan jadikan ini penghalang kita untuk menyokong BN. Apa yang penting kita terus memberi teguran dan nasihat bersama secara jujur, ikhlas dan bijak ke arah memperkasakan BN yang sudah memerintah negara lebih 50-an sudah. PR yang baru2 muncul sekarang semata-mata hanya untuk menjayakan agenda politik yang bersifat peribadi dan bukannya bersifat kebangsaan..hidup BN
1 ulasan:
Junid yang bodoh atau mungkin bijak tapi jahat.
1. Semua pemimpin besar BN pun ada hubungan rapat dengan US dan barat. apa masalah ini? tak boleh ke? bodolah kau Junid, kau Nama saja Master Ekonomi tapi jahat macam Najib @Najis.
2. Dibaling, memang itu perjuangan suci untuk membela petani. Salah ka? bodohlah dan tak boleh pakai kau ini. kau sepatutnya harus berjiwa rakyat bukannya kaki pengampu BN!
3. Oi, Junid! kau cakap Anuar pembohong, jadi Mahathir tidak bohong? BN lagi la banyak bohong dalam televisyen. bodoh!
4. Apa yang anuar perjuangkan dalam krisis ekonomi 1997 ialah sikap pemimpin BN yang suka membazir dengan projek2 mega, penyelewengan peruntukan, salah tadbir urus wang rakyat dan banyak lagi. siapa kata Anwar tunduk dengan IMF? kalau berani buka sesi debat dan siarkan di TV. Bangangla kau!
5. Kalau betulla anuar itu jahat, lama suda dia kaya. tapi, satu apa pun dia tiada. bukan Macam BN punya YB, jutawan kedekut.
6. BN pun berbilang agama juga. jadi apa masalah dengan Pakatan Rakyat yang terdiri daripada berbagai agama? salahka? punyala bodoh orang ada master ni[junid]. orang kampung pun boleh pikir logik ooo..
7. kalau betul orang sengsara kerana anuar, kenapa BN kalah semua pilihanraya kecil. kau ni raja pengampu tapi bodoh. sis2 saja ada master ekonomi kalau jadi orang jahat macam iblis. suka memfitnah. kau pi ingat Tuhanla junid. pi kau bertaubat.
8. anuar lebih jauh banyak sumbangan, boleh dipercayai, sanggup berkorban kehilangan pangkat,jawatan dan gaji semata-mata menkritik kerajaan yang menyusahkan rakyat. siapa kau mau kritik dia? fitnah saja kau tahu.
Catat Ulasan