Isnin, Januari 19, 2009

PAS menang di KT tapi siapa yang untung?????

tahniah kepada PAS sebab menang pada PRK P036 KT...tapi ada ceta pula disebaliknya...ya lah PAS menang, tapi rugi la nanti org2 KT. jan pla selepas menang ndak pandai buat kerja. asyik2 fikir macam mana mau jadi kaya. Selepas ini, kerja mesti dilaksanakan, tunaikan manifesto untuk membasmi kemiskinan dan pembaziran yang dilaung-laungkan dalam kempen di Kuala Terengganu. Semasa PAS perintah Terengganu, berapa ramai orang miskin yang mendapat faedah dan keluar dari belenggu kemiskinan? yang kita takut ini sekarang abdul wahid akan berguru dengan Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim. Kalu Khalid Ibrahim yang lebih mementingkan kereta Camry RM2.35 juta berbanding RM50 kepada setiap kanak-kanak untuk masuk ke Tadika. Bahagikan RM2.35 juta dengan RM50, berapa orang-orang kanak-kanak boleh mendapat faedahnya? 47,000 orang kanak-kanak dinafikan haknya kerana Khalid Ibrahim lebih sukakan Camry.Usah lagi mengambil sikap tidak dapat kerajaan pusat, maka semua kerja tidak boleh dibuat. Gaji sebagai pembangkang pun, kiri dan kanan masuk. Ada kapasiti dan ada autoriti, laksanakan amanah pada rakyat. Jika tidak, kemenangan PAS hanya akan memuaskan hati DAP dan sekutunya yang gembira parti Melayu yang paling kuat menerajui kerajaan sekarang semakin terhakis kuasanya. Mereka suka jika BN diterajui oleh orang-orang bukan Islam, sebagaimana DAP merajai Pakatan Rakyat. lagi kita takut bila mana apa yang berlaku dlm kerajaan PAS di Perak (Nizar Jamaluddin). nama saya menteri besar, tapi keputusan exco negeri dibuat oleh exco2 dari DAP...kecian Saudara Nizar..sudah umum tiada pemilihan jawatan Ketua Kampung dan JKKK, tapi DAP mau juga. Puas hati beri PAS menang di Kuala Terengganu? Sedangkan Karpal masih lagi berdegil dan enggan terima negara Islam. Tunggulah, lambat laun bila sudah jadi macam Pulau Pinang dan Perak, barulah orang Terengganu pula hendak menyesal. last2, rakyat Kuala Terengganu yang rugi. renung2 kan....

1 ulasan:

kimaragang tulin berkata...

PAS Menang, rakyat untungla. persaingan makin sihat dan masing2 akan memberi khidmat terbaik. PAS akan berusaha berbakti kepada rakyat untuk mengekalkan kuasa, dan BN berusaha memulihkan keyakinan raykat melalui khidmat yang lebih baik.

kalau ini pun saudara Junid tak boleh pikir, jangan jadi pegawai penerangan. lebih baik jadi pegawai pengampu kerana kerjanya membodohkan orang tandek saja.