wahai org Kota Marudu...jadikan istilah PERTANIAN SEBAGAI PERNIAGAAN. saya lihat ini satu2nya cara orang kita boleh maju setapak lagi. kalau bukan diri sendiri yang mengubah kehidupan kita siapa lagi. tak kan kita mengharap orang lain yang mengubah kita. nanti lain yang jadi tu. harapkan pagar, pagar makan padi pla. jadi salah satu cara mengubah masyarakat kita di Tandek ialah jadikan pertanian sebagai perniagaan budaya dalam kehidupan seharian bagi semua lapisan masyarakat. kalau tidak ini lah salah satu penyebab kemunduran kita. saya lihat di kampung2 banyak lagi tanah yang belum dibuka untuk pertanian jangka panjang. paling simple la kita p tanam getah bah....apa salahnya:
1). kita yang sudah bekerja di sektor kerajaan/ swasta pun harus menanam getah/kelapa sawit sebagai side income kita (pendapatan tambahan) pada masa akan datang
2). anak2 muda kita yang bekerja di luar Sabah contohnya di semenanjung Malaysia, Brunei dan Singapura didorong untuk membuka tanah mereka di kampung. jika dapat gaji sikit2 setiap bulan, kirim2 la sikit2 di kampung untuk mengusahakan tanah
kalu pun kita ni paling terkenal pemalas sekali, cuba kita ambil masa daripada 10 jam (waktu siang) ambil lah 30 minit kita mengusahakan tanah. 9 jam 30 minit digunak untuk makan dan tido sahaja. ini kalu raja pemalas lah. daripada 30 minit tu, mungkin dia boleh tanam getah 10 pokok. 1 minggu dapat tanam 70 pokok, satu bulan dapat tanam 280 pokok. kalu 280 pokok itu jadi, dalam masa 5/6 tahun kita dapat menuai hasil sudah sekitar RM2000.00 sebulan. apa lagi kita ini keja lebih masa sikit. pasti untung punya oh..bak kata pepatah, bersusah susah dahulu, bersenang-senang kemudian.
kesimpulan marilah kita jadi pertanian sebagai perniagaan budaya kita....saya fikir anak muda yang bekerja di singapore tidak mungkin mereka bekerja selama-lamanya di singapura. satu hari nanti mereka akhir akan balik di kampung halaman. jadi katakan tahun pertama mereka sudah mengirim duit untuk mengusahakan tanah mereka di kampung, 10 tahun kemudian bila balik di kampung halaman ada sudah kerja menanti mereka; begitu juga dengan pekerja kakitangan kerajaan dan swasta. mereka bukannya kerja selama-lama. bila sudah bersara atau zaman di hari tua mesti terfikit mencari ketenangan di kampung. selain makan duit pencen, boleh juga mereka potong getah untuk mengisi masa lapang. kan sudah biasa keja, tetiba tiada keja selepas pencen mesti boring tu...(itupun kalu ada tanam getah/kelapa sawit)
so kwn2....marilah kita tanam getah......atau...
Senarai Jawatan Menteri dan Timbalan Menteri PN mengikut parti
4 tahun yang lalu
1 ulasan:
Saya setuju butul ini saranan. Tapi kalu nda ada tanah macam?
Catat Ulasan