Selasa, Januari 20, 2009

MAMPUKAH PAKATAN RAKYAT (PR) YANG DITUNJANGI PKR, PAS DAN DAP BERTAHAN LAMA?

Wahai kwn2 yang budiman,
sila komen persoalan ini iaitu mampukah PR boleh bertahan? setelah melalui tsunami politik pada 08 Mac 2008, diwar-warkan bahwa PR mampu menggugat parti kerajaan iaitu BN. pandangan penulis setelah melihat dan meneliti pelbagai isu nasional yang berlaku di 4 negeri yang ditadbir oleh PR iaitu Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Perak pelbagai isu dan krisis kepimpinan yang serius berlaku dalam PR. contohnya di Perak, Menteri Besar Saudara Nizar didatang daripada PAS, tetapi 80% exco negeri daripada DAP. Nizar hanya boneka DAP kerana keputusan kerajaan negeri Perak hanya dicaturkan oleh exco2 DAP. Ini terbukti dengan isu pemberian tanah kekal di Kg. Baru bagi masyarakat Cina dan isu perlantikan Ketua Kampung dan PJKKK. Begitu juga di Selangor dimana pemimpin PKR India dan Pemimpin PKR Melayu terus bergaduh sehingga menyebabkan seorang YB PKR India meletak jawatan dalam kepimpinan PKR negeri. itu hanya segelintir isu besar yang berlaku di dalam kepimpinan PR di Selangor. Di Pulau Pinang pula, tiba2 Guan Eng mengumumkan kerajaan negeri tidak memberikan peruntukan kepada NGO untuk mengadakan perayaan kaum/agama masing2 dengan alasan ia membazirkan wang negeri. ini mendapat reaksi negatif pelbagai rakyat di Penang. Bercanggga pula dengan peringai Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid dengan bangganya mau membeli kereta Toyota Camry kenderaan rasmi negeri yang menelan belanja RM2.3 juta. ini satu tindakan membantu rakyat atau pembaziran yang melampau-lampau...Berdasarkan ruang lingkup isu-isu dan cara pentadbiran PR yang penuh dengan keraguan dan kesangsian, maka penulis meramalkan kerajaan PR tidak boleh pergi jauh. hanya masa dan waktu menunggu perpecahan parti2 yang menganggotai PR. Bagai mana pula komen dan pandangan saudara2 yang dikasihi

11 ulasan:

dinderaman berkata...

Pakatan rakyat adalah satu pakatan yang rapuh. Mereka hanya berpakat untuk menjatuhkan BN. Setelah BN jatuh dan mereka memegang kuasa, mereka mula bertelagah kerana puncanya setiap parti menpunyai falsafah, ideologi perjuangan dan pendekatan yang amat berbeza antara satu sama lain.

MeeT uNcLe sHaH berkata...

Salam Ziarah.

N5 Tandek, saya akui sebagai "kawasan panas" pada PRU MAC 2008 lalu. Saya mengunjungi hampir kesemua kawasan Parlimen/DUN Sabah pada waktu itu, apatah lagi di Tandek.

Saya mengunjungi Tandek kerana calon PKR adalah Saudara Jurin Gunsalam yang merupakan pensyarah saya di Kolej Twintech KK(masa itu, saya masih berada di Sabah Branch) dan kerana "booming" PKR yang hanya bermula sebagai parti "semut"(hanya memenangi 1 kerusi Parlimen pada PRU 2004)

Saya bukan ahli kepada mana-mana parti politik. Tetapi, bagi saya PR memang satu pakatan "Abu Nawas".
Bukan semua calonnya rosak. Tapi, perlu kita ingat kewujudan PKR pada hari ini adalah hasil dari cetusan minda pengkhianat kepada landasan perjuangan BN!!!

Begitu juga dengan konsep yang mereka ketengahkan. Malaysian Malaysia yang kita fahami adalah konsep yang memisahkan Malaysia-Singapura satu masa dahulu. Begitupun, ianya masih diketengahkan sebagai konsep "baru" yang sentiasa dipersoalkan sebagai satu konsep "perpecahan" Malaysian(mungkin perlu disebut Malaysia) dan masih kabur akan tujuan/matlamat konsep itu.

Ianya menjadi semakin ragu-ragu kerana A memberi komen begini, B pula menidakkannya!!!!
Jadi, perlu difikrkan semula apakah PR harus dipilih sebagai parti tunjang negara!!!???
Kalau tidak/ya, terserah kepada persepsi anda. Kita harus bijak menilai persepsi politik atas minda yang merdeka!!!!

"Kebijaksanaan" memilih pemimpin hari ini, tidak semestinya menentukan pembangunan tamadun bangsa yang gemilang hari-hari mendatang!!!

Maaf, jika tulisan ini terlalu panjang/berbelit-belit.
Salam Perkenalan.


http://meetuncleshah.blogspot.com

Junid Bin Gunsalam berkata...

hye, dinderaman
terima kasih kerana melayari blog sy. mari la kita sama2 saling memberi pendapat dan komen dlm blog kita.

ya, sy memang sependapat dengan saudara. memang PR itu bersifat sementara saja. Bukan mcm BN boleh bertahan smpi 50 tahun. PR ini dijadikan batu loncatan para pemimpin PR utk mencari kuasa dan pangkat saja...hehehe

Junid Bin Gunsalam berkata...

hye,
meetuncle shah, tq kerana mengunjugi blog sy. ya, memang Parti politik tidak menentukan ala tuju pembangunan negera. tapi bagi saya, PR masih baru dan pemimpinnya sering bercakaran sesama sendiri menegak benang yang basah. rasa rasa bila mereka memegang kuasa lagi susah. apa yang penting, kita pelihara BN. kita tegur pemimpin yang ada sekarang dengan cara berhemah demi masa depan bangsa dan negara kita.
salam perjuangan

MeeT uNcLe sHaH berkata...

Saudara,
Memang benar, tidak siapa menegur secara berhemh adalah cara paling efektif dalam membetulkan kembali perjuangan BN.

Maaf, jika saya bertanya Saudara Jurin Gunsalam tu siapa kepada kepada anda??

Orang Asli Sabah berkata...

Bertahan lama?..berapa LAMA dikatakan LAMA?..kalau sehingga PRU13 akan datang teda masalah pakatan tu diteruskan, kemenangan 'sederhana' pada PRU12 menaikkan semangat pakatan untuk berusaha mendapatkan kemenangan lebih besar pada PRU13 nanti seterusnya kemenangan mutlak untuk membentuk kerajaan baru...Pergeseran yg. dikatakan berlaku dlm pakatan adalah taktik media massa yg dikuasai oleh BN untuk menggugat kepercayaan rakyat, apa yg berlaku di Perak adalah timbangtara serta tulak ansur antara MB yang dipilih sultan bagi menjaga kepentingan org Malayu dengan wakil2 rakyat yg. dimenangi oleh kaum cina....tidak wujud boneka bha tu gaman, MB Nizar perlu sedar sokongan org cina yang meletakkan beliau sebagai MB sementara sokongan orng Malayu di Perak masih berbelah bagi antara PAS dgn UMNO, jd sebagai 'saguhati' kepada pengundi cina beliau kana la buat sesuatu untuk menunjukkan tanda penghargaan kpd pengundi cina tp tidak sampai menghancurkan kebajikan orang Malayu...Tindakan Lim GUan Eng menghentikan pemberian peruntukan untuk NGO anjurkan keramaian perayaan kaum/agama masing2 disebabkan keadaan semasa yang berlaku iaitu ekonomi Malaysia menuju kearah kegawatan yg. dpercayai lebih buruk darpd yg dialami pd tahun 90an dan lebih lama untuk pulih....takkanla kita berabis berbelanja sdgnkan tanda2 gawat sudah ada...katakanla sekiranya kerajaan negeri PP dikuasai oleh BN, adaka tindakan sama akan dibuat? jika ya, sahlah BN tidak cekap mengurus ekonomi negeri dan membawa kehancuran kepda ekonomi negara....pembelian toyota camry dibuat oleh kerajaan selangor selepas mengambilkira kos penyelenggaran kereta tu, lojikka kereta buatan tempatan kos selenggara lebih tinggi berbanding kereta import? sedangkan CEO proton pernah sakap kos selenggara kereta tempatan (V6)tidakla seperti yg dikatakan, ....bukanka ini menunjukkan ada 'permainan' disebalik kos selenggara V6 yg melambung, mungkin ada pihak yg mendapat keuntungan (sengaja mark-up) dengan selengaraan kereta tu....lagipun kerajaan Terengganu BN pun telah beralih kpd kereta import atas sebab yg sama iaitu kos selenggara yg tinggi.....kita mau berbelanja secara berhemah dikatakan sengaja berbelanja besar...
Dpd

http://www.sabahforum.com/forum/viewtopic.php?f=14&t=8920

Orang Asli Sabah berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Junid Bin Gunsalam berkata...

meetuncle shah,
jumpa lagi dalam blog sy..
jurin gunsalam tu adik saya. beza umur kami cuma satu tahun. tapi kami berlainan ideologi politik. tapi poltitik tetap politik, keluarga tetap keluarga juga lah. hehehehe

Junid Bin Gunsalam berkata...

hye orang asli sabah,
terima kasih denngan pendapat saudara..tetapi saya rasa sebelum kita sukung PR..adalah lebih baik kita kenali dulu siapa itu Anwar..sila baca post sy seterusnya..tq..sy suka berblog dengan saudara

Junid Bin Gunsalam berkata...

hye orang asli..
terima kasih dengan komen dan pendapat saudara..saya suka berblog dengan saudara.. apapun sebelum kita mau sokong P, adalah lebih baik kita kenali dulu siapa Anwar sebenarnya..sila baca post berikut saya..

kimaragang tulin berkata...

hahaa!!! takutka kalau pakatan bertahan lama??nakasajuk tulun PBS?

jangan persoalkan pakatan rakyat. persoalkan dulu kedudukan Bn. Mampukah BN bertahan lama selepas mengalami tamparan hebat dalam PRU-12????? ini sepatutnya kamu bincang.

mampukah PBS bertahan lama dalam Barisan Najis??? menumpang kasih, mokisisian....bahaskan dulu ini. mampukah saudara junid membela nasib orang tandek???? bincangkan dulu isu ini.kakaka!

buduh2 kamu yang mengampu BN.kakaka