Jumaat, Ogos 28, 2009

Selepas kuasai ekonomi...

ANDAIAN sebelum ini bahawa kaum Cina hanya berminat untuk menguasai ekonomi sementara kuasa politik akan terus dipegang oleh orang Melayu, nampaknya tidak lagi begitu. Pasca Pilihan Raya Umum Ke-12 membuktikan bahawa banyak pihak kaum Cina sedang mengasak habis-habisan untuk turut sama menguasai politik negara ini. Makin banyak petunjuk ke arah itu termasuk menerusi laporan media tertentu khususnya berbahasa Cina yang mempromosi sentimen sedemikian. Mesej yang boleh dibaca ialah banyak kalangan kaum Cina sudah tidak berpuas hati dengan sekadar menguasai ekonomi?

Persoalannya apakah yang akan berlaku jika kaum Cina juga menguasai politik dan di mana kedudukan Bumiputera nanti? KT lontarkan persoalan ini untuk renungan kita semua lebih-lebih lagi kedudukan Melayu/bumiputera sabah dan sarawak kini makin kritikal. Apa sahaja yang tinggal pada Melayu mahu dirungkai termasuk yang termaktub dalam perlembagaan negara. Realitinya walaupun Melayu menguasai politik tetapi yang lebih berkuasa di negara ini adalah kaum Cina disebabkan penguasaan dalam ekonomi yang amat ketara. Di sebalik banyak rungutan terhadap dasar kerajaan, sebenarnya kaum Cina paling banyak mendapat nikmat. Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilaksanakan sebelum ini hanya memberikan kouta 30 peratus kepada bumiputera tetapi penguasaan 70 peratus terus dinikmati oleh masyarakat usahawan Cina yang sudah membentuk kartel mega, selain berlaku gejala ali baba dan ketirisan dalam 30 peratus kouta bumiputera.

Jika Melayu dibantu dalam bidang perniagaan ia dianggap tongkat tetapi jika syarikat-syarikat Cina diselamatkan oleh kerajaan, ia didiamkan sahaja. Jika banyak usahawan bukan Melayu mendapat bisnes monopoli seperti gula, stesen televisyen satelit, stesen janakuasa bebas dan sebagainya sehingga menjadi kaya raya dan mengalihkan berbilion ringgit ke luar negara, ia juga tidak mengapa. Jika ada usahawan Melayu cuba menceburi bidang penguasaan usahawan Cina seperti membekalkan limau, ia akan diboikot sampai gagal. Namun jika ada usahawan bukan Melayu menguasai bisnes seperti pengedaran produk daging dan ayam halal, yang melibatkan pasaran orang Islam, itu dianggap biasa. Penguasaan Cina dalam syarikat-syarikat swasta dan persendirian selain mengutamakan pekerja kaum itu juga bukan isu. Pada masa yang sama majoriti Melayu di sektor awam makin hebat dipersoalkan malah terus diperlekehkan.

KT bukanlah mahu bersikap rasis. Apa yang disuarakan ini sekadar menyanggah gelombang fitnah, tohmahan dan persepsi liar banyak pihak terhadap usaha meningkatkan pencapaian bumiputera, yang masih jauh ketinggalan berbanding kaum Cina. Begitulah kebijaksanaan banyak pihak kaum Cina berpercaturan. Dalam mereka mengeluh dan merintih, mereka terus kaya dan berkuasa. Kouta untuk bumiputera mahu dihapuskan tetapi 'kouta khas' bukan bumiputera seperti bisnes berkaitan pusat hiburan, arak, judi dan maksiat yang mereka kuasai selama ini, tidak boleh disentuh sama sekali. Pada hari ini, kaum Cina yang merupakan 24 peratus penduduk negara ini menguasai ekonomi. Tradisi dan budaya niaga yang lama terpahat selain dasar kerajaan yang terbuka, membolehkan kaum Cina terus melonjak. Masyarakat Cina mempunyai simpanan wang yang banyak berbanding kaum lain dan itulah antara asas kekuatan ekonomi kaum itu. Sedangkan Melayu yang merupakan kaum majoriti terus keciciran. Bayangkan seketika jika Melayu lenyap kuasa politik?

19 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

oyu..
koniko membangkang oku dika nga,waro sabat percanggahan sid ginawoku. seandaman ku, ika diti antara umat yg kuat pegangan agama mantad dimisikul e sid tandik. amu ku ailaan makaa la tu olaid kuno amu nosambat ika. pendapat ku oyu, ong intaan no sid ongo kita baru ka lama ka, aso to bo ot peruntukan dot kinoringan ot peratus-peratus kinowosian siti wonuwo. sama rata e kiawi asal saja berusaha waro nopo ganjaran yo. kadang-kadang koni ko terus oirasaan ot kowosian,nga tatap e ko waro sompori. bergantung sid usaha to bo oyu. aso e masalah tongo bangsa dino,asal saja misompuru,nunu nopo ot koturunan nga berjaya. ika tu kira pomimpin dot golongan muda sid morudu makaa,harus dot memromosikan 1 malaysia sebagaimana it asas perjuang dot tuan nu. koniko waro prajudis sid disai2 pogi. solagi waro ino sid ginawo amu ocapai ot gagasan 1 malaysia. moki maap ong waro nosala tongo boros..aiduan ko ki..

Tanpa Nama berkata...

na sikarang baru kau tau ka hehehehe bn kalah lg pr yg lalu... apa kau rasa? oren ka.. adui sedapnya mamanis... itulah cakap mcm bn la yg manang... kau jau di tndek pndai2 ckp itu ini lah pd hal xtau pa2 hehehehe... pa pn bgus2 ja kmu kio... oya lupa lg napa kerajaan tdk tulung org sndiri ar.. dlu sy dpt kptsn pmr 4A. tak la tinggi btl tp sy yakin sy dpt biasiswa kerajaan persekutuan. sekali tidak jg. yg gagal pmr pula dpt. mcmna ne geng.. kmi dua anak c gidang dua2 xdpt. dia dpt 5A tp.. ala ini mcm susala... pd hal bapa sy ketua cwangan pbs sejak pbs di pembangkang lg smpai skarang.. org yg berjasa pn lupa ke.. kalo begini la pbs lupa org bwa.. bgus p parti lain la.. betul2 menyakitkan hati... harap kmu fhm koi.. siow

Junid Bin Gunsalam berkata...

hai..tanpa nama..

itu hal peribadi ko...napa kaitkan pula dengan sy. pasal biasiswa..bukan yang gagal pmr pun dapat biasiswa. napa tidak bantai di kementeriana pelajaran. napa pla PBS yang dituduh. itu bukan tugas PBS atau datuk max luluskan biasiswa. napa pla diorang dipersalahkan...apapun tq dengan pendapat ko

sopong berkata...

Artikel kau ni ah geng...

Geng, itulah pasal kita jangan sebarang cakap mau halau orang2 Cina keluar dari Malaysia macam sesetengah pemimpin yang lain cakap.

Cuba bayangkan kalau semua orang Cina keluar dari Malaysia. Tidak bankrap ka ni Malaysia nanti?

Kenapa salahkan orang2 Cina bila mereka menguasai ekonomi dan sekarang dilihat semakin berkuasa dalam politik?

Patut2 kita bersyukur la sebab bangsa Cina telah mengajar kita yang dinamakan bumiputera ni untuk berusaha dengan gigih berdikari.

Dulu mereka cuma perantau di sini (Malaysia). Mereka sedar siapa diri dan apa nasib hidup mereka. Ingat mereka terus2 jadi kaya ka? Mereka juga sengsara berusaha membina kehidupan mereka di perantauan.

Kini bila mereka berjaya, 'kita' ni pula yang dengki dengan mereka. Patut2 kita contohi usaha gigih mereka untuk berjaya. Ini sudah ada DEB pun masih juga tidak maju2 dan terus salahkan orang2 Cina.

Orang Cina tidak salah bah geng. Salahkan diri sendiri kalau tidak pandai maju2. Tidak perlulah prejudis kepada bangsa lain. Kita berusah saja mengubah nasib kita masing2.

Salahkan pemimpin yang telah menanam sikap dan budaya fikir seperti 'tidak apa', 'kita bumiputera', 'Malaysia ni hak pusaka kita' kepada rakyat, khususnya bumiputera.

Sementara orang2 Cina terus berusaha, kaum bumiputera terus rilek. Apa yang bumiputera expect? Bulan jatuh ke riba? Lupakanlah. Kita hidup dalam dunia tanpa sempadan bah ni geng.

Nota: Lu pikir la sendiri...

Tanpa Nama berkata...

susahlah mau berjaya gagasan 1 malaysia c najib klu org2 di bawa dia berfikiran mcm ni..slow2 topinai.

Gaaman berkata...

Org Cina memang bijak, org Melayu juga apa kurangnya krna mereka ini 'bangsa peliharaan(emas)'. Tetapi yang amat merunsingkan dan merisaukan ialah kedudukan dan tempat 'bumiputera' Sabah khususnya KDM. Kitaorang tersepit diantara kedua-dua golongan tadi.Org Cina x akan anggap KDM sebahagian drp mereka. Begitu juga org Melayu yg menganggap KDM lebih kpd Org Cina(mgkin kerana budaya makan/kepercayaan). Maka dalam bidang apapun, KDM merupakan senarai terakhir!! Seharusnya parti2 Sabah yg brada dlm BN, memperjuangkan hak bumiputra Sabah yg kian terhakis ini..

Diharap pemimpin pelapis spt KT, sedar betapa pemimpin2 awal kemerdekaan Sabah tlh tertipu. Kenapa tertipu??..Sbb semasa pembentukan Malaysia pada 16/09/1963, Malaya bersetuju berkongsi sebiji KEK dgn Singapura, Sabah dan Sarawak secara sama rata(nisbah 1:4). Nisbah ini sepatutnya berubah kpd 1:3 pada tahun 1965 apabila Singapura keluar dr Malaysia. Tetapi hakikatnya bahagian Sabah bukan pula bertambah malah mengecut menjadi 1:14(Sabah dan Sarawak trpaksa - dipaksa menerima pembahagian ini)Kini Sabah/Sarawak bersaing or disamakan dgn Perlis(yg keluasanya lebih kecil drp daerah KM).. mana keadilannya??..

Junid Bin Gunsalam berkata...

hai sopong dan tanpa nama,

artikel sy ni bukan nya prejudis dengan bangsa cina. bukan juga membenci orang cina. artikel kita ini cuma menyedarikan tanggungjawab kita untuk terus berusaha dan bersaing dengan msyrkt cina. kerana mungkin ada diantara kita masih belum sedar dengan keadaan dan senario ini. sy harap kamu faham....

Malaikatsesat@Bentara Sakti berkata...

HELLO KUSAI TANDEK... BOLEH BAGI KOMEN KAH?

Malaikatsesat@Bentara Sakti berkata...

Wah tajuk ini nak komen sikit jugalah.salam semua!
DEB terkandung dalam Rancangan Malaysia ke 2, iaitu tempohnya adalah dari tahun 1971 SEHINGGA tahun 1990. Sudah lama tamat tempohnya tu.. AKA expired sudah.

Matlamat asalnya?
-Mewujudkan perpaduan negara melalui?
-Pengagihan pendapatan dan peluang ekonomi yang SAKSAMA di kalangan semua rakyat Malaysia.Tercapaikah matlamat itu?
1.Orang BN kata "ya tercapai"!
2.Maka orang kampung pun kata "ya".
3.Tapi rakyat yang sudah "educated" nampak realiti sebenar pencapaian DEB ini... lalu golongan ini kata "NO, TIDAK TERCAPAI".

Banyak dasar lain yang telah diperkenalkan selepas tahun 1990 bagi menggantikan dasar DEB. Antaranya ialah..
a)Dasar Pembangunan Nasional - 1991
b)Dasar Wawasan Negara (gabungan DEB dan DPN - 1991
c)Wawasan 2020 - 1991
d)dan macam-macam dasar lagi.
Yang pasti matlamat dan tujuannya masih "membawa dan meneruskan usaha mencapai hasrat yang terkandung dalam DEB terdahulu.APA MAKNANYA INI? GAGAL ATAU BERJAYA?

Ironinya, semua orang politik tahu,bahawa tempoh pelaksanaan DEB telah lama tamat. Malangnya orang Melayu dan Bumiputera masih terkapai-kapai sehingga kini.Di mana silapnya ya? PEMBANGKANG? Pembangkang cuma mampu malihat dari sudut-sudut lesu Dewan Parlimen pada ketika itu, tanpa keupayaan bersuara lantang. BUKAN MACAM ZAMAN SEKARANG NI. SUARA RAKYAT PEMBANGKANG MEMANG JELAS KEDENGARAN DI PARLIMEN!

Malaikatsesat@Bentara Sakti berkata...

Lalu, salah siapa semua itu? BUKAN JUGA SALAH KERAJAAN. SEBABNYA KERAJAAN ITU CUMA CERMINAN RAKYAT. KERANA RAKYAT YANG PILIH ORANG KERAJAAN (POLITIK) MELALUI PROSES PILIHANRAYA.KERAJAAN SUDAH BUAT PERANCANGAN YANG BAGUS (TIP TOP). Malangnya orang politik kerajaan (individu) yang buat onar.
1.Rasuah
2.Pecah amanah
3.Penipuan
4.pembohongan
5.Ali baba
6.kronisme
7.dan macam-macam lagi kelemahan yang bersifat individualistik dan "kronistik".

Akhirnya, Melayu/Bumiputera tetap di takuk yang lama,masalah lama tidak selesai. Rakyat yang miskin tetap miskin dan, ada yang semakin papa. Yang kaya (Masyarakat Cina) tidak terjejas apa-apa pun. Buktinya, siapa 10 orang-orang terkaya di Malaysia?

1-Tan Sri Robert Kuok (RM26.6 bilion)
2-Ananda Krishnan (RM20.1 bilion)
3-Tan Sri Teh Hong Piow (RM8.15 bilion)
4-Tan Sri Lee Shin Cheng - IOI Corporation (RM7.4 bilion).
5-Tan Sri Quek Leng Chan (RM4.5 bilion)
6-Puan Seri Lee Kim Hua (RM3.5 bilion)
7-Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary (RM3.18 bilion),
8-Tan Sri Vincent Tan - Berjaya Group (RM1.79 bilion),
9-Tan Sri Tiong Hiew King (RM1.64 bilion)
10-Tan Sri Azman Hashim - Arab-Malaysian Corp (RM1.42 bilion).

Menyedari akan Melayu/Bumiputera masih lagi jauh tertinggal (walaupun DEB sudah berlalu), menyebabkan orang Melayu kembali trauma. Sedangkan dalam dasar baru demi dasar baru yang diperkenalkan kerajaan (Khasnya era Tun Mahathir) semakin tidak memberi keistimewaan kepada mereka. Lalu, segelintir masyarakat Melayu/Bumiputera cuba mendesak Kerajaan supaya "menghidupkan semula" aura yang terkandung dalam DEB.

Namun tidak kesemua Melayu / Bumiputera yang setuju. Hanya mereka yang ada mentaliti "anak kanggaru" sahaja yang beria-ia menuntut. Ramai juga dari kalangan rakyat Malaysia (melayu/bumiputera) yang sudah punya pemikiran untuk terus mara, maju ke hadapan dan enggan menoleh ke belakang lagi.

Jadi apa yang harus dibuat?
Sebaik-baiknya:
1.Kita didik generasi baru kita supaya mempunyai semangat untuk maju ke hadapan dengan hanya sedikit pertolongan daripada kerajaan.

2.Kita mula melatih dan mengubah mentaliti "pengundi" muda di Malaysia supaya tidak mewarisi mentaliti "pengundi" generasi lama, agar memangkah calon yang benar-benar berwibawa,yang boleh menyuarakan aspirasi rakyat yang diwakilinya di Dewan Rakyat. BUKANNYA SEKADAR MEMANGKAH CALON KERANA PARTI YANG DIWAKILINYA SEMATA-MATA, MAHUPUN HANYA KERANA DIA ITU KRONI KEPADA SIAPA.

3.Kita harus mengubah pandangan yang sebelum ini "terpenjara" dengan keyakinan kononnya "hanya mereka sahaja yang mampu dan boleh, orang lain tidak akan mampu dan boleh". Sedangkan kenyataannya, semua orang boleh jika mereka bijak dan diberi peluang serta ruang secukupnya.

4.Akhir sekali, kita kena terus dan sentiasa bersikap "kritikus", khasnya terhadap dasar-dasar dan tindak-tanduk orang kerajaan. Bukannya menyokong dan mengiakan secara membuta tuli sahaja. DENGAN TUJUAN, kita (sebagai kuasa sebenar yang memilih wakil ke kerajaan) mahu mengambil bahagian sebagai "checker's" and "Balance's" (pengawal dan pengimbang kepada tindak-tanduk wakil rakyat yang kita pilih sendiri) demi mengurangkan kesilapan dan penyelewengan daripada berlaku.

MALANGNYA,TIDAK KESEMUA RAKYAT SEDAR AKAN TANGGUNGJAWAB INI, KHASNYA DI SABAH DAN SARAWAK. RATA-RATANYA MASIH BERMENTALITI “ANGGUK-ANGGUK DAN GELENG-GELENG” .

LANTARAN ITU, JIKA KITA SUDAH PUAS MENCUBA KAEDAH MENGKRITIK DAN MENEGUR, TETAPI,KEADAAN (PENYELEWENGAN DAN KETIRISAN) MASIH TERUS BERLAKU DI KALANGAN ORANG-ORANG POLITIK KERAJAAN, MAKA, ADALAH LEBIH BAIK KITA BERI PELUANG KEPADA PEMIMPIN-PEMIMPIN BARU UNTUK MEMIMPIN NEGERI DAN NEGARA KITA.
ADAKAH KITA DI SABAH DAN SARAWAK INI BERSEDIA MELAKUKANNYA DALAM PRU KE13 NANTI?

Malaikatsesat@Bentara Sakti berkata...

Untuk makluman sahaja...
Bumiputera sabah dan sarawak yang lazimnya sering digandingkan dengan "Melayu" selepas kata hubung "ATAU" itu bukanlah termasuk dalam katagori Melayu, ya.

Demikian juga dengan kaum orang asli di semenanjung dan penan di Sarawak. Mereka tidak termasuk dalam kategori Melayu... mahupun Bumiputera. Kaum-kaum ini lazimnya dikenali sebagai "Orang Asli" sahaja.

Mengapa? Kita kena lihat tafsiran "Melayu" yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia...

Mengikut Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Perkara 160(2):
"orang Melayu" ertinya seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap Bahasa Melayu, menurut adat Melayu, dan-

(a) yang lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau Singapura atau yang lahir sebelum Hari Merdeka dan ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura, atau yang pada Hari Merdeka berdomisil di Persekutuan atau di Singapura; atau
(b) zuriat seseorang yang sedemikian

Itu sebabnya, kita sering mendapati bahawa perkataan Bumiputera atau orang asli itu amat jarang-jarang sekali dibahasakan oleh orang politik BN mahupun Media Arus Perdana dalam setiap pernyataan. Yang ada ialah Melayu-Cina-India sahaja... di mana kita?

Tidak percaya? Tengoklah iklan-iklan 1 Malaysia di TV tu... nilailah sendiri...

Junid Bin Gunsalam berkata...

hai MS,
sy terharu dengan komen dan pandangan saudara. inilah masa kita berfikir macam mana kita memajukan diri kita setapak lagi.

kesempatan ini juga, sy ingin mendedahkan sesuatu keadaan politik orang cina sekarang..didalam pakatan pembangkang, kita tahu ada tiga parti besar iaitu PKR, DAP, PAS..kalau kita lihat hanya PAS yang dominan sebagai parti bumiputera/melayu. DAP pula kita sedia tau yang dikuasai oleh orang CINA dan INDIA. manakala PKR yang ditunjangi orang melayu, daripada 30 lebih kerusi parlimen kita dapati bahawa lebih 20 kerusi parlimen dimenangi orang cina dan india. satu lagi kes yang berlaku di perak satu ketika dulu dimana lebih 80% exco negeri adalah orang cina. begitu juga yang berlaku di pulau pinang. mereka lah yang mnentukan KEK di negeri tersebut.

mesejnya disini, kalau pun Pakatan Pembangkang menang, masalah yang sama yang menghantui golongan bumiputera untuk meningkatkan ekonomi tetap tidak dapat diselesaikan dan lebih akan menjadi teruk lagi pada masa akan datang.

sopong berkata...

Junid, kau cakap tidak prejudis kepada orang2 Cina, tapi mesej dan cara penyampaian mesej dalam artikel dan komen2 kau di sini sangat jelas menunjukkan bahawa kau mahu tanamkan rasa tidak puashati terhadap orang2 Cina dan secara tidak langsung menyalahkan orang2 Cina atas kegagalan orang2 Melayu dan bumiputera lain. Itu bukan prejudiskah nama dia tu?

Malaikatsesat@Bentara Sakti berkata...

Err...
Di mana sudah PBS ???
Di mana sudah PBRS ???
Di Mana sudah PASOK ???
Di mana sudah PBDS ???
Di mana sudah ......parti-parti bumiputera Sabah & Sarawak???

Jawapannya, masih ada. Cuma tidak nampak. Duduk di bawah ketiak BN yang didominasi oleh UMNO-MCA-MIC.

Jika kita bersatu...
Kita akan kuat...
Suara kita akan lebih lantang...
dan harmoni kedengaran...
barulah orang beri sokongan...
Dengan itu, kita dapat menyuarakan kepentingan...
Agar tidak dipinggirkan dan ketinggalan...

Malangnya, BILAKAH PERPADUAN ITU MUNGKIN BOLEH DICAPAI ???
BILAKAH PARTI-PARTI BUMIPUTERA INI AKAN BERSEDIA MELEPASKAN "EGOISM" MASING-MASING ???
BILAKAH MEREKA AKAN MULA SEDAR ???

Kalau begini keadaannya, saya yakin semua parti-parti bumiputera yang masih ada sekarang ini akan berkubur selama-lamanya... seperti yang dialami Parti AKAR Bersatu!

PERLUKAH KITA MENUBUHKAN SATU LAGI PARTI BUMIPUTERA YANG BARU UNTUK MENCAPAI HASRAT INI ???

Malaikatsesat@Bentara Sakti berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Gaaman berkata...

maka itu la sbbnya knpa perlu ada pemimpin yg berani utk meluahkan ketidak puasan hati rakyat Sabah/Sarawak. KT harus dan terpaksa sanggup memikul tggjwp ini. Kalau tdk, usah la bermain politik kalau sekadar tukang angguk saja. Sudah la Sabah ditipu dgn sekadar 1:14 sja(wlpn sepatutnya dpt 1:3), sebuah pulau besar pn diserahkan bulat-bulat TANPA sesen pampasan atau ganti rugi!!..besar betul kemaluan org2 Sabah ni!. Persoalannya ke mana perginya waris pejuang hebat(spt Monsopiad, Sagunting, Donald(Fuad) Stephen, Gunsanad dll) org2 KDM??..

kimaragang tulen berkata...

nunu tabar junid...moki maap oku ong adarakan pongiraraat ku kumaa si BN. okon ko panatik po si pambangkang, nga amu no releven Bn do borjuang kumaa si rakyat, pochuntuon ku nopo iti daton do pomogunan. sabah adarakan kotinggalan do pombangunan.

momoros oku malayu bo,

saya sangat kagum dengan pemikiran MALAIKATSESAT.

segala komen dan buah fikirannya sangat analitik. kalau beginila pemikiran semua orang sabah, nescaya orang sabah maju.

bagus lagi MALAIKATSESAT jadi calon untuk N5 tandek dan P168 kota marudu, walaupun saya tak kenal rupa dia. tapi dia pemimpin yang saya mahu kalau ada di kota marudu.

ok.

artikel ko junid, bersifat prejudis terhadap orang cina. orang cina tidak salah kerana mereka berusaha. yang salah ialah kerajaan gagal mencapai matlamat dasar yang dijalankannya, rakyat juga salah kerana dah tau kerajaan gagal kenapa tak berani tukar. cuba pemimpin lain pula. lepas itu nilaila perubahan yang berlaku.

pepatah mengatakan
" belum cuba belum tahu"

"tak kenal maka tak cinta"

tapi yang menghairankan:

sepatutnya ko junid tak boleh cakap:

"ala pembangkang memerintah pun sama juga, mungkin lebih teruk..."

pemikiran inilah yang akan di warisi oleh generasi kita dikota marudu nanti. sepatutnya sebagai pemimpin ko jangan timbak pembangkang saja. tapi, ajar kepada rakyat supaya memiliki pemikiran seperti

MALAIKATSESET...

saya harap perjuangan kau lebih menjurus kepada usaha meningkatkan pemahaman politik sempit rata2 pengundi kota marudu. supaya orang marudu maju.

TAPI AKU TAU JUNID, KAU MANA MUNGKIN AKAN JADI NEUTRAL. TAK MUNGKIN KAU SANGGUP HILANG JAWATAN, KERJA KAU DAN LAIN2 KEPENTINGAN.

KALAU KAU BETUL PEJUANG TULEN, TINGGALKAN PBS..MASUK PAKATAN RAKYAT. KAU AKAN RUGI WANG, TAPI KAYA DENGAN PERJUANGAN DAN JASA UNTUK RAKYAT.

ANUAR DAH LAKUKAN. KALAU ANUAR TAK LAWAN KEJAHATAN MAHATHIR, DIA DAH LAMA JADI PERDANA MENTERI.

TAPI KERANA RAKYAT,..DIA SANGGUH HILANG SEGALA-GALANYA. PENCEN PUN TAK DAPAT. TAPI DIA SANGAT DI SAYANGI OLEH RAKYAT,..PERJUANGANNYA AKAN TERUS DIKENANGI OLEH RAKYAT KERANA MENJADI PESAING HEBAT MELAWAN KEPINCANGAN KERAJAAN...


SALAM SEMUA...

Junid Bin Gunsalam berkata...

hehehe..tq kimaragang tulen,

mcm mana ko tau anwar melawan matahir demi rakyat. sekarang sudah terbukti segala-gala tindak tanduk anwar semata-mata kepentingan peribadi untuk menjadi perdana menteri sahaja...dulu orang yang dia caci sangggup dia bergabung demi menjadi PM sahaja

kimaragang tulin berkata...

saudara junid,

saya nak tanya juga..macamana kau tau yang Anuar melawan mahathir kerana kepentingan peribadi???

segala bukti dan fakta kau adalah sangat bertentangan dengan fitrah dalam UMNO.

kebanyakan ahli UMNO bersifat PENGAMPU MACAM KAU, semata-mata mahujaga periuk nasi,dapat projek mega, dapat jawatan, supaya dapat lepas dari siasatan dan sebagainya.

tapi Anuar berjuang untuk rakyat atas beberapa fakta yang sangat selari dengan fitrah.

1. Tak perlu lawan Mahathir untuk jadi Perdana Menteri kerana Mahathir telah merestui beliau sebagai penggantinya. tetapi anuar lawan mahathir atas dasar-dasar pentadbiran beliau yang bertentangan dengan kebajikan rakyat.

2. Budaya UMNO, untuk dapat jawatan mesti jadi pak turut.so, anuar bukan pak turut. jadi dia tidak gila jawatan.

3. Anuar sanggup hilang jawatan, diseksa, dipenjara, hilang gaji dan pencen. adakah ini maksud gila jawatan dan kepentingan peribadi?

4. sikap anuar telah bermula sebagai golongan pejuang pelajar melayu dan golongan petani yang agak mundur ketika beliau di UM lagi. so, dia sinonim sebagai pejuang bangsa.

5. beliau membantah projek mega yang membebankan kerajaan dan tidak menjurus kepada kebajikan secara langsung. sedangkan banyak prasarana infrastruktur yang diperlukan oleh rakyat.

6. kebanyakan pejuang bangsa dari negara lain juga mengalami nasib yang sama seperti beliau. so, adakah itu kepentingan peribadi yang dimaksudkan? kepentingan peribadi beliau adalah masuk penjara demi rakyat. manakala kepentingan peribadi Mahathir dan kuncu-kuncu dalam BN pula ialah menjatuhkan beliau supaya segala usaha untuk makan duit rakyat tidak terancam.

jadi mana yang lebih mulia, kepentingan peribadi Anuar atau Mahathr..

Sia-sia saja jadi pegawai penerangan kalau bersifat pengampu...hehe,