Selasa, April 28, 2009

ketua menteri tak bijak

Ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menunjukkan karakter sebenar siapa dirinya di mata umum. Ini menggambarkan Guan Eng seorang ketua negeri yang hentam koromoh saja dalam membuat kenyataan. Jelas sekali beliau bukannya seorang pemimpin yang diperlukan oleh rakyat pulau pinang. Peristiwa ketika Guan Eng mengumumkan kepada awam mengenai gaji dan elaun Mat Sabu, Naib Presiden PAS mengambarkan pemimpin-pemimpin dari pakatan rakyat pimpinan Anwar Ibrahim tidak cukup untuk memimpin negara Malaysia.
kalau cakap dan jual tembirang nombor satu dalam negara...ini juga menunjukkan tiada perhubungan rapat dikalangan parti yang menjadi regu dalam Pakatan Rakyat iaitu PKR, PAS dan DAP yang dikatakan menanti akan berpecah belah tidak lama lagi.

20 ulasan:

akibaragon berkata...

Bos,bagus kau baranti-baranti dulu cerita pulitik luar negiri bah.Kau fokus dulu kampung sendiri.Kasitau kau punya ketua itu Yb Max sama Anita.Talampau banyak kekurangan bah ini kawasan kita ini.Buat apa cakap urang lain punya ketua mantri tidak bijak kalau wakil rakyat dan ahli parlimen kawasan sendiri pun buduh ataupun buat-buat buduh tapi yang pasti kasi buduh rakyat padahal ini rakyat bukan urang buduh dan kini semakin hilang sabar.Kau guna lah kepandaian kau itu tolong urang kampung kau bah buat apa bapa kau hantar kau pigi sikul kalau kau cerita pulitik urang lain sedangkan keperluan urang kampung sendiri kau pandang sebelah mata.Susah lah ini macam.Banyak urang pandai dari Kota Marudu tapi tidak mau tulung bangsa sendiri.Kau gunalah kau punya kedudukan dalam PBS itu,bila lagi...kau takut hilang karaja ka?.Sia hurmat butul bapa kau tiada karaja tapi bulih kasi sikul kamu semua adik baradik sampai jadi duktur2 semua.Tapi apa kamu kasi balas untuk kampung kamu? Sia rasa bapa kau pun sinang ati kalau kau tulung bangsa kau kampung kau.

Junid Bin Gunsalam berkata...

hye aki...

tq dengan komen ko. sy hormat juga semua komen ko. cuma sy dalam penulisan saya ini merupakan penulisan yang global. bukan hanya berbentuk kedaerahan sahaja. sy harap ko faham.

satu lagi, saya bukan takut kerja. tetapi inilah kerja saya untuk menjelaskan isu2 semasa dan depend kerajaan. sy rasa ko yang tidak fungsi dan tugas sy. jadi untuk lain kali, sila selidiki dulu seseorang baru bagi komen. tq

Tanpa Nama berkata...

Sdr katakan..

"Jelas sekali beliau bukannya seorang pemimpin yang diperlukan oleh rakyat pulau pinang"

Apa yang jelas sekali? yang jelasnya adalah..sdr sendiri suka mengambil SATU kesilapan orang menciptakan analisis keseluruhan. Sdr kena hantar mata sdr di Pulau Pinang untuk melihat sendiri.. Guang Eng dah tunjukkan betapa majunya Penang.. Apa plak yang ditunjukkan oleh org kita di KM??..


"kalau cakap dan jual tembirang nombor satu dalam negara..."

Bahasa tu kena bagus sikit sdr.. Buktikan NOMBOR 1 TEMBIRANG itu sebagai asa untuk bercakap.

Tanpa Nama berkata...

"cuma sy dalam penulisan saya ini merupakan penulisan yang global."

Maaf sdr.. Tiada ciri2 penulisan global dalam tulisan sdr. memfitnah dan membuat andaian melulu langsung tiada sifat globalnya.. Maaf. U have to learn more.. Tulisan ini tak lebih dari main bantai saja..

"tetapi inilah kerja saya untuk menjelaskan isu2 semasa dan depend kerajaan."

Sdr bukan menjelaskan isu-isu semasa.. Sdr lebih kepada batu api yang suka mengapi-apikan masyarakat untuk bencikan sesama manusia melalui tuduhan yang tidak berasas..

Junid Bin Gunsalam berkata...

saudara tanpa nama,

saudara harus berpijak dibumi yang nyata sebelum menbuat kenyataan. sedangkan Lim Guan Eng sendiri sudah memohon maaf di ruangan akhbar akibat kesilapan beliau. tapi saudara pla cuba menafikan dan masi menegak kan benang yang basah...tq saudara

Tanpa Nama berkata...

Tompinai memang ko buli ba tompinai panjang akal untuk mau idup ba tu kan... ba atur ja.. tidak buli pai uda ko ni gaman. Ada pro n kontra di sini tapi sabar ja lah.. manusia ni macam2 ba selalu tidak cukup. Yang selalu tidak cukup tu jugalah yang selalu tidak sabar. Mau lihat KM terus berubah jadi intan berlian. Pembangunan sudah nampak tapi kebanyakan pembangunan yang dibawah ke KM tu bukan keperluan yang mendesak ba gaman... Cubalah ko desak CM sabah tu supaya keluarkan bajet khas untuk sukat semua tanah permoghonan org KG yang sekian lama tertunggak n desak lah bah kerajaan supaya buat saliran air n naik taraf mana saliran air yang sudah tidak berfungsi. Kasian org kg ba tiada air di sawah. Tanah rata luas d kawasan tandek boleh jadi jelapang padi juga tapi sayang air tidak cukup sampai di sawah padi. Kalau di sekitar N 5 tandek ini kebanyakan bergantung dengan penanaman padi ba. Org Kg bole jadi senang ba kalau system saliran itu kena bikin. Jab saliran punya bos pun sepatutnya kena hari-hari turun padang ba tengo tu masalah di kg bukan duduk di aircon ja. Yang menyedihkan Syarikat tumbuh macam cendawan buka ladang sawit di kaw kita n jab tanah dan ukur pula bukannya sibuk sukat tanah org kg tapi sibuk kejar sukat / tonggo syarikat2 sawit... Macamana ba kamu org ni gaman.. kASI MATI RAKYAT KAMU ORG NI.. Tdk abis2 cakap politik dan kamu pun org terpelajar mustahil tdk tau apa erti itu politik. cuba ko tengo blog si rozan n ko nilai sendiri ko diketagori gila apa n bodoh apa. Pandai-pandai la gaman.... siou la

Junid Bin Gunsalam berkata...

helo saudara..terima kasih dengan komen saudara...

sy bukannya bodoh sangat. sy pun bersimpati tentang masalah kelewatan penyukatan. tapi kita tidak boleh salah kan 100% pemimpin di kawasan kita. sebenarnya ini merupakan masalah seluruh negeri sabah dan sarawak yang di akibat sistem yang sangat rumit. ini bukan hanya masalah di kota marudu saja. sekarang pun masalah ini sering diperbahaskan di mesyuarat Dewan Undangan Negeri oleh YB2. tapi masalahnya sistem belum lagi dipindah sejak kerajaan british memperkenalkan.

jadi harap2 sistem ini akan menjadi lebih mudah lagi. jan terlalu menyalahkan YB2 kita. semua ini sudah disuarakan di MEsyuarat DUN

akibaragon berkata...

Bah Junid,aki ada baca surat khabar itu hari Daily Express urang putih.Aki ini pandai juga baca English lah sikit2 sabab dulu aki sikul saana Tandik tamat daraja 6 dapat diploma A.B.C.Landoi.S.A.Y.Gampa.Kalau tidak silap si aki,ada itu bos DAP Karambunai datang pigi Tandek jumpa orang kampung Rasak Laut sama Suang Kepoh tanya pasal itu jambatan gantung yang mau putus sudah.(En John Lee DAP Karambunai dpat tahu tentang masalah jambatan gantung ini melalui Blog Suara Anak Marudu).

Naa...diurang bagambar lagi sana jambatan.Kalau sudah begini tatap2 saja org kg bepikir "aikk bagus lagi ini DAP pandai lagi turun pdg tinguk masalah org kg"...Naa...apalah jawapan kau itu nanti untuk defend karajaan dan menjawab isu2 semasa macam kau bilang.

Ada lagi kawan si aki mau pigi saana KL mau jumpa itu PM mau kasi memorandum pasal itu tanah org kg yang talampau lambat kena sukat tapi talampau capat kena rampas bikin tanam kelapa sawit untuk kumpani.Bah...kawan si aki bukan org politik karaja bank saja tapi mau juga tulung rakyat sesuai slogan PM sikarang "Rakyat didahulukan".

Jadi sikarang aki mau tanya,kalau org luar tanya sama kau terutama org2 yang sama sewaktu dengan kau maksud aki yang bos2 basar semua,kalau diurang tanya apa sudah kau buat untuk kg Koromoko....apa lah kau mau jawap.

Itu hari aki pigi saana Tg Batu makan kupang,addeess....itu sikul SK Koromoko pun aki tidak nampak...talampau jauh didalam hutan.Patut sebagai orang asal kg Koromoko dan org ada palajaran ada kedudukan kau tulung2 la ba budak2 sikul saana kasi tampat balajar yang bagus dan cukup kalangkapan.

Waktu aki kicil-kicil aki salalu nyanyi "This is kampung Koromoko, taik mu kuning dimakan buko"...hehehe siou ki..itu lagu time budak2.

akibaragon berkata...

Global vs Glokal....kalu aki tidak silap time aki sikul duuluu,paranah aki dengar ini peribahasa " KUMAN DISEBERANG LAUT BOLEH NAMPAK TAPI GAJAH DIDEPAN MATA,TIDAK NAMPAK".

Ini aki punya penilaian sendirilah siou ki kalau salah.KUMAN disini membawa maksud cerita penulisan global kau la baitu kan? GAJAH pula membawa maksud masalah dan isu-isu semasa yang semakin kritikal di seluruh Sabah amnya dan N5 Tandek khasnya.

Sebagai seorang yang menamakan dirinya KUSAI TANDEK, yang mana lebih penting diketengah dan diperbincang cerita Kuman diseberang laut atau Gajah di N5 Tandek....

Bagus capat2 bertindak sebelum itu Gajah mengganas sampai segala kalasiu pun ikut mengganas kio bos.Osusuai mari ong witilon no babanar oo tongo gajah om kalasiu.

Sayugia diingatkan satu ekor kalasiu sudah datang dari Karambunai.Ondii boh...

Junid Bin Gunsalam berkata...

hye aki..tq dengan komen ko..

aki sudah p di sk koromoko ka...untuk pengetahuan aki, sk koromoko tidak la sedaif yang aki sangka kan...hehehe

Tanpa Nama berkata...

"sedangkan Lim Guan Eng sendiri sudah memohon maaf di ruangan akhbar akibat kesilapan beliau."

Lihat, bagaimana baiknya KM yang sanggup meminta maaf..bukankah ini merupakan satu contoh kebijaksanaan? bagaimana sdr katakan dia tidak bijak?? Sila fikirkan.. Beliau telah kntrol negeri Penang..sedangkan sdr masih tercari-cari kedudukan dalam N.5 tandek sendiri.. Siapa yang sepatutnya boleh mendakwa dia lebih bijak???.. BN tunduk dengan dia dia di penang..tapi Jurin Gunsalam di Tandek pun tidak tunduk kepada sdr..So, siapa lagi bijak???..

Ini permainan psikologi..siapa emosi, dia pasti terseyungkur..siapa sabar pasti dapat keluarkan idea yang bernas..

"tapi saudara pla cuba menafikan dan masi menegak kan benang yang basah..."

Ini bukan soal benang yang basah.. Ini soa; kepimpinan negara/ negeri yang harus dilihat dalam kenteks yang lebih menyeluruh.. Sekiranya kita menilai SATU KESILAPAN pemimpin sebagai KETIDAKBIJAKSANAAN, saya perpadapat sdr juga silap.. Adakah sdr ble mengatakan bahawa pemimpin BN tidak pernah silap??

Tanpa Nama berkata...

Saudara ku sebangsa Tuan Junid,
Sebelum saya komen pasal blog ini, saya kasih tahu dululah latar belakang saya ya…. Jangan nanti dicakap satu sen pun tidak layak:
1. Kelayakan Pertama: Orang kawasan tandek, bangsa kimaragang (Bolehlah cakap isu-isu berkaitan Tandek & Kimaragang kan)
2. Kelayakan Kedua: Bukan ahil persatuan kimaragang buat masa ini - lain hari belum tentulah... saya study dulu betul-betul matlamat perjuangan mereka. (kira nutral lah ni buat masa ni).
3. Kelayakan ketiga: Bukan ahil kepada mana-mana parti politik (PBS,UMNO,PKR,DAP dll), (cukup-cukup BEBAS lah untuk bercakap apa-apa isu pun).
4. Kelayakan keempat: Pembayar cukai pendapatan (LHDN-Sabah) yang aktif iaitu 27% pendapatan tahunan. Bukan banyak jugalah, tapi tidak juga sikit (dalam 15K setahun), kalau guna untuk kasih baik itu hentian bas di kampung saya, boleh juga tukar itu Zink dari zaman 1990an lagi. (layak bercakap pasal pembangunan semasalah - ada juga sumbangan walau kecil)
5. Kelayakan kelima: Bukan kontraktor mana-mana kelas. (cukup bebas kerana tidak perlu jaga hati mana-mana pemimpin politik demi dapatkan projek)
6. Kelayakan keenam: Walau pun tidak memiliki PHD atau MASTER macam saudara (Woww!!), tapi memiliki Sarjana Muda Kejuruteraan (bolehlah sikit-sikit membaca, memikir, menilai dan mengomen sikit dengan perkembangan semasa di negara kita, sama ada dari segi politik, pembangunan dan sosialekonomi tempatan)

Bah selasai sudah itu sesi penerangan tentang kelayakan untuk saya mengomen pasal ini blog yang ada berkaitan dengan kawasan tandek (kimaragang)... boleh lah bah kan diizinkan (pleaseeeeee.... tuan)
Ok ya... Sebenarnya sudah lama saya ikuti blog ini dan blog-blog lain yang dihasilkan oleh saudara-saudara kita sebangsa kimaragang di kawasan tandek ini. Punyalah bangga saya, tidak sangka kawasan yang bolehlah dianggap antara daerah yang termundur di Malaysia, mempunyai ramai bijak pandai yang boleh sudah bercakap pasal politik, kemajuan, kemunduran, penindasan, ‘peng angkat-angkatan’ dll
Tapi terus terang saya cakap, kau punya blog kadang-kadang keterlaluanlah. Kadang-kadang macam terlalu mengangkat-angkat sesetengah orang, macam dialah yang terbaik, terbersih, tersuci dan terlayak di dunia ini. Dialah yang paling tidak pernah buat salah, tidak pernah tindas dan tidak pernah membelakangi janji-janji kampen.
Tidak juga saya boleh salahkan kaulah, mungkin kerana jawatan kau sekarang dalam PBS sebagai timbalan ketua pemuda, jadi mana juga boleh memuji pembangkang macam PKR atau DAP atau siapa-siapalah.
Lagi pun kau mungkin mahu kekal lagi dengan jawatan yang dipegang sekarang pada masa hadapan. Mana lah kau mahu memegang itu jawatan satu atau dua panggal sahaja, mana tahu untung-untung satu masa kau kena UPGRADE pegang jawatan lebih tinggi lagi kan.
Selain itu, manalah tahu mungkin kau memiliki lesen kontraktor terbesar di kawasan tandek, jadi kalau mahu projek kenalah pandai puji-puji orang yang boleh tolong kasih lulus itu dan ini kan.
Tapi, boleh kah kau tolong sikit, janganlah bah kasih terlampau nampak sangat mengangkat. Sampai macam kasih salah bangsa sendiri untuk menunjukkan kesetiaan kepada sesetengah orang.
Bagi aku lah, mana bah ada pemimpin-pemimpin politik kita yang betul-betul suci hatinya - berjiwa rakyat konon. Kalau ada diantara mereka yang cakap “jangan bayar elaun YB saya begini banyak, bagi-bagi saja dengan orang-orang kampung” barulah di katakan pemimpin berjiwa rakyat (Kalau kau atau saya jadi YB pun mungkin kita buat benda yang sama kan. Mahu makan bah kawan).
Sebenarnya (Pendapat sayalah) kita bukan mahu pemimpin yang terlalu bersih sebab memang tiada di mana-mana, Cuma kita perlukan adalah pemimpin yang kurang-kurang sikitlah memikirkan kepentingan diri sendiri (Bukan pemimpin yang hanya datang ke gereja jumpa penduduk kampung, keluarkan peruntukan kasih baik surau kampung masa kempen pilihanraya, menyanyi lagu kaamatan masa kempen dll, tapi bilah sudah dipilih... asyik-asyik nampak di TV je).
Jadi tolonglah ya saudara... agak-agaklah bah sikit bila memuji pemimpin-pemimpin kesayang kau tu... nanti orang salah anggap dan mesej sebenarnya untuk blog tu tidak dapat diterima orang... TQ dan minta maaf ya kalau tersalah cakap... aku bukan pandai sangat mengarang, tidak sempat audit lagi ni... engineer (kalau kira-kira dan pantau projek bolehlah)

RZ1978@Tandek.kimaragang

Junid Bin Gunsalam berkata...

hye tanpa nama,

untuk pengetahuan saudara, blog ini wujud sebagai blog kementerian peneranngan (kan sy kakitangan kementerian ini) yang berfungsi menjelaskan isu dan membantu mempertahankan kerajaan yang ada. ini bukan blog peribadi, tetapi ia diwujudkan oleh kementerian khusus membantu kerajaan. oleh itu, penulisan dlm blog ini juga menjurus kepada global dan bukan bersikap kedaerahaan. dan seharusnya sy merupakan staf di jabatan hal ehwal khas, kementerian penerangan malaysia membantu mempertahankan dan menangkis isu2 yang diwujud oleh blog pembangkang.

oleh itu, sy harap saudara jangan bertindak menuduh secara melulu. siasat dulu. faham...7x

Tanpa Nama berkata...

Saudaraku sebangsa Tuan Junid,
Pening kepala saya hari ini, bertambah pening lepas membaca balasan kau dalam blog kusai tandek ini (yang kau cakap bukan blog peribadi)
Macam-macam persoalan timbul, menyebabkan kepala saya bertambah sakit:-
1. Betul kah ‘blog ini bukan blog peribadi’ tapi blog kementerian penerangan... hairan juga saya, mana mungkin kementerian penerangan tiada blog sendiri jadi terpaksa bertumpang teduh di blog milik pagawainya. ATAU adakah anda yang salah terangkan... mungkin kau anggap oleh kerana kau pegawai penerangan semua blog yang kau buat adalah bagi pihak kementerian penerangan. ATAU sengaja salah terangkan... sepertimana kebanyakan berita-berita semasa sekarang ini yang macam sengaja disalah terangkan bagi mengelirukan rakyat (disampaikan terbalik, dipotong-potong ayat dan diputar belit lah)... kena baca blog kedua-dua pihak baru boleh nilai mana yang betul ikut logiknya!!
2. Betulkah kau punya blog ni bukan untuk menerangkan isu-isu kedaerahan dan sesetengah suku kaum je... macam geli hati saya dengar... bikin keliru saja ‘cakap tidak serupa bikin kadang2 lah’. Sebelum kau cakap macam itu, boleh kah kau tukar dulu tajuk blog ini kepada ‘lelaki Malaysia’ kah atau apa-apalah... ini ‘kusai tandek’... paling-paling orang dusun saja baca sebab mereka je tahu apa maksudnya kusai tandek... lepas itu kau jangan lah bah cerita balik-balik itu Dr.Max punya isu dan kelebihan (dia dikira ada kaitan dengan isu2 tempatan Tandek kan)... nanti orang salah tafsir... ATAU ‘tang-tang-teng’ jangan-jangan kau ini sengaja mahu lari dari kutukan orang ni... dengan mendakwa blog kau ini bukan untuk bersikap kedaerahan je... seingat aku, kau kena hantam habis di blog ini bulan lepas oleh orang-orang tandek kan, cara terbaik lari... declare ini blog bukan peribadi dan menyeluruh-global.
3. Bolehkah saya tanya, kau ini pegawai penerangan di bawah kerajaan Malaysia kah atau pegawai penerangan bagi BN... Mahu kepastian sahaja. Kalau tidak silap kami lah (pemahaman kami sebagai orang kampung), Kerajaan Malaysia adalah sebuah kerajaan negara, tapi BN hanyalah parti yang di pertanggung jawapkan oleh rakyat untuk mentadbir negara pada masa ini. Jadi pegawai kerajaan tidak seharusnya nampak sangat berpihak kepada mana-mana parti. Apa jadi kalau lah konon2 (harap-harap tidak terjadi) kerajaan BN sekarang tumbang. Adakah anda akan berhenti kerja? Sebab pemerintah baru adalah bukan lagi BN? Kau dulu mati-matian lawan parti pembangkang kan.

Oklah... harap persoalan saya ini kau jawapkan, tolonglah terangkan agar kami faham... mana tahu boleh menyembuhkan sakit kapala saya ini... jangan kau marah pula!! Anggap saja latihan cara menjawap pertanyaan2 rakyat di masa hadapan... mana tahu kau ada cita-cita mahu jadi YB... Untung tu jadi YB ni – salah satu daripada cara paling senang dan cepat untuk kaya!! Boleh aku minta sedekah sama kau satu masa nanti... hahahaa

RZ1978@Tandek.kimaragang

BUNG ADI berkata...

Bah, kita orang muda, kita kutiplah pengajaran dari semua yang sedang berlaku. Kita ambil ciri baik pemimpin dalam mana-mana parti. Manalah tahu, antara kita orang-orang muda ini, ditakdirkan jadi pemimpin? Saat itulah nanti, ciri-ciri yang baik amat berguna. Jika tidak, generasi adik-adik kita pula yang hentam kita. Hehehe...

Siou, jarang2 saya berkesempatan ziarah blog "panas" ini. Bagus bah ni blog, ada percambahan fikir. Syabas semua pengomen...

IsOn berkata...

Nunga! Aku no bo mongomen togumu. Olupuw iti tunturu ku manaip. Osukup neti tulu ku ot olupuw i kopurimanan mambaca diti tongo pigagaan dikoo siti diti.

Posiisibaa saabat pogi ot tiun dino boros nu KT ong okon ko waro i ot sumokubang dikau dino.

Soroo no pogi nga waro i tobo sabat2 kabanaran dilo booboroson tongo kinoruangan wokon dilo..

Wowosion 'manarang' ki aman.

Transformasi Kepimpinan berkata...

kalau pulitik mr. aki sanang saja. sya inda tingok apa dia cakap tapi sya mau tingok apa dia buat...

PENYIRAM BENJIN berkata...

Kada rumasang kiowo..nakatod ku noh email kumaa id kementerian Penerangan,Komunikasi dan Kebudayaan.Mongoduat oku banar toboh babanar koh amu iti blog dang kementerian penerangan ot sanganu.Pagaam dang kementerian penerangan dot blog kanu..mongoduat oku banar tu mad ko osusuwaian oku.

Junid Bin Gunsalam berkata...

ok tq...tulun kimaragang

Tanpa Nama berkata...

Junid...

kalau Lim Guan Eng tak bijak, MCA lagi tak bijak. Macamana itu, chua soi lek yang kadapatan melakukan perbuatan sumbang (sex haram)masih boleh jadi pemimpin. tak payahla kau timbak peribadi, sebab pemimpin Bn lagi teruk perangai diorang. nanti kau tertembak balik nanti.