Rabu, April 22, 2009

Pakatan Rakyat Rapuh-

Selepas perang mulut DAP dengan PKR berhubung peletakan jawatan Mohammad Fairus Khairuddin sebagai ADUN Penanti, kini PAS pula berniat menolak parti Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihanraya kecil nanti.Dalam mesyuarat agung PAS Permatang Pauh hujung minggu lalu, semua 115 perwakilan sebulat suara menyokong usul agar PAS bertanding di DUN tersebut, kata yang dipertuanya. Omar Hassan memberitahu Malaysiakini hari ini, usul tersebut telah dimaklumkan kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sehari selepas itu dalam satu pertemuan di Kuala Lumpur.
PAS kawasan menolak sikap PKR yang memaksa Mohammad Fairus - telah melepaskan jawatan exco dan timbalan satu ketua menteri Pulau Pinang - meletakkan ADUN pula sehingga pilihanraya kecil terpaksa diadakan. "Peletakan jawatan macam ini, ada ahli-ahli akar umbi curiga dan ragu-ragu, terutama pengundi atas pagar yang menyokong kita (Pakatan Rakyat). "Dalam organisasi, individu adalah tanggungjawab parti. Masalah berkaitan dengan ADUN, pimpinanlah yang kena selesai masalah dalaman parti," kata Omar. "Beliau (Mohammad Fairus) belum ditentukan kesalahannya, dia boleh duduk di situ (sebagai ADUN). Masalah dalaman, perhubungan parti (PKR) kena selesaikan masalah itu, bukannya (dengan cara) letak jawatan. "Ia boleh menghilangkan keyakinan rakyat dan akar umbi. Oleh itu, tindakan PAS (untuk) bertanding ini, untuk menyelamatkan keadaan."Mohammad Fairus kini dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung salah guna kuasa.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Junid

Bn yang rapuh sebenarnya. diakui sendiri oleh PM. sebab itu dia berabis memperbaikinya. pakatan semakin kuat, sebab itu diorang menang besar di semananjung.silap kau cakap itu. konflik dalaman parti semua ada. tapi, yang pasti kelemahan BN menyebabkan mereka kehilangan 2/3 majoriti di Parlimen. Pilihan raya kecil pun Pakatan sapu kecuali sarawak, macamana ko cakap diorang rapuh?