Jumaat, April 03, 2009

DS Najib PM ke-6

Tahniah3x.... DS Najib kerana akhirnya menjadi PM ke-6. Harapan kita dengan kepimpinan baru dan barisan kabinet baru yang ideal dan berkarisma akan membawa negara kita ke satu tahap lagi. Dengan ucapan dan amanat sebagai Presiden baru UMNO, semestinya DS Najib akan membawa perubahan demi kepentingan semua kaum...
Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak selamat mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baru tepat jam 10.10 pagi Jumaat di hadapan Yang di-Pertuan Agong. Majlis mengangkat sumpah yang penuh dengan adat istiadat itu berlangsung dengan disaksikan oleh rakyat seluruh Negara melalui siaran langsung yang disiarkan oleh TV1. Najib yang memulakan karier politik dengan memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri Perdagangan pada umur 25 tahun dan kemudiannya menjadi Menteri Besar Pahang termuda pada usia 29 tahun. Selesai acara mengangkat sumpah majlis diteruskan dengan pengurniaan Darjah Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) yang membawa gelaran Tun kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Darjah Seri Setia Mahkota (SSM) kepada isteri beliau Jeane Abdullah yang juga membwa gelaran Tun. Dengan sempurnanya majlis perlantikan berkenaan, segala desas-desus termasuk berita yang dibuat oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahawa Yang di-Pertuan Agong menolak perlantikan Najib adalah pembohongan semata-mata

2 ulasan:

Transformasi Kepimpinan berkata...

inda paya kasi tahaniah pun dia suda naik bah ... yg panting sikarang buat karaja utk rakyat, indada guna banyak cakap suda zaman ini. Abad ke 21 pintar2 suda manusia.

tanak tandik berkata...

100 hari najib jadi PM di bagi gred "D" oleh rakyat. kakaka!