KEHADIRAN hanya 5,000 penyokong (20 ribu mengikut laporan oleh portal Malaysiakini) Gerakan Mansuh ISA (GMI) menyertai demonstrasi pada 1 Ogos yang lalu menjelaskan hanya sebilangan kecil sahaja rakyat Malaysia yang tidak mahu mengaku akan kesan positif dan keberkesanan ISA dalam memelihara keamanan negara. Sasaran 100,000 pendemonstrasi seperti yang diuar-uarkan oleh penganjur GMI ternyata jauh menyimpang! Seperti yang diduga majoriti yang terlibat dengan demonstrasi haram ini adalah orang Melayu. Gambaran awal GMI seolah-olah semua kaum dari gabungan lebih 80 NGO akan turun berdemonstrasi, namun terbukti kaum-kaum lain tersebut hanya berehat di rumah bersama keluarga sambil menikmati hidangan tengah hari, sedangkan pada masa yang sama terdapat segelintir Melayu sedang melakukan ‘kerja-kerja bodoh’! Adalah lebih menyedihkan apabila terdapat sumber sah yang menyatakan bahwa sebahagian yang ikut demontrasi itu adalah diupah oleh orang-orang tertentu untuk menjayakan niat jahat mereka.
Golongan Melayu ini juga tidak ubah seperti golongan Melayu “Mat Rempit” yang bodoh, sanggup mempertaruhkan nyawa demi menguji prestasi “mesin bodoh” ciptaan orang lain!
Saya ingin berpesan kepada Haji Hadi Awang, sekiranya beliau bercadang mengerahkan ahli-ahli Pas untuk menyertai apa-apa demonstrasi seterusnya, eloklah beliau berpesan kepada Lim Kit Siang agar sama-sama mengerah ahli-ahli DAP agar turun beramai-ramai. Ia bagi memastikan tidak hanya ahli-ahli Pas merasai ‘nikmat’ meriam air dan gas pemedih mata pasukan FRU, sebaliknya ahli-ahli DAP juga patut menikmati kemeriahan ‘pesta air dan gas’ tersebut.
Namun mungkin apa yang berlaku itulah “keadilan” mengikut tafsiran PR. Askar-askar Melayu berkorban nyawa mempertahankan tanah air sedangkan sesetengah kaum pula hidup senang lenang, itulah keadilan. Anggota polis berkorban nyawa menjaga keselamatan rakyat, malah kadang-kadang dituduh pembunuh oleh PR, sebaliknya ada pemimpin yang membela kongsi gelap, menghentak meja membentak penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam yang merampas minuman keras! Tetapi itulah konsep “keadilan” mereka! Trend terkini, wakil-wakil PR bukan Melayu akan mencetuskan idea penentangan dan orang-orang Melayu pula akan melakukan demonstrasi jalanan! Ini lagilah adil!
Bagaimanapun, sokongan rakyat terhadap “kerja-kerja bodoh” ciptaan pembangkang ini semakin menurun dan apa yang boleh dikatakan kepada Anwar Ibrahim... Sudah sudahlah tu Anwar Ibrahim ooii! salam perjuangan
9 ulasan:
macam ke'syiok'an pula KT mengulas dan menganalisis rusuhan dan demontrasi yg berlaku di kota raya tu!!. alangkah BAGUS dan WAJARnya para pemimpin(dan bakal pemimpin-pelapis) kitaorang utk melihat dan memperhatikan keadaan(pembangunan) di kawasan masing-masing. Hasil pemerhatian dan analisis(bagaimana memajukan kawasan) nanti bolehlah dipostkan bagi mendapatkan maklumbalas pembaca(pengundi/pembayar cukai).
Salam ziarah. Save Marudu!
Sory sbb ria mengulas topik utama post kamu. Tapi sia tertarik mengulas dgn satu kalimat kamu iaitu
"Anggota polis berkorban nyawa menjaga keselamatan rakyat, malah kadang-kadang dituduh pembunuh oleh PR"
Apa mcm kes kematian Teoh Beng Hock??
Dalam pemerhatian peguam yang hadir terpandang kesan tompokan darah ditangga tingat 14 dan kesan tompakan darah ditingkat 15 pejabat SPRM. Persoalannya mengapa Polis Diraja Malaysia tidak mengambil contoh darah atau kesan darah untuk dijadikan bahan bukti? untuk dianalisa oleh pihak yang berwajib?
Ini menunjukkan Polis Msia smua ditangan bn-amino.SPRM pun dlm genggaman bn-amino.
ISA ka MUSA ka...yang penting akauntabiliti kita mesti di utamakan..jangan pandai cakap sahaja..
ISA ka MUSA ka...yang penting akauntabiliti kita mesti di utamakan..jangan pandai cakap sahaja..
thanks tanpa nama. diorang pengampu BN memang pandai cakap saja. hehehe.
sudah-sudahlah kau junid. apa ada pada kau berbanding anwar. anwar telah banyak berkorban untuk rakyat, berjuang menuntut keadilan untuk rakyat. kalau bukan kerana anwar mempunyai pengaruh untuk menggertak BN, mana mungkin BN sedar kesilapan mereka yang ego dan bongkak macam kau juga.
kerana perjuangan anwar!!
rakyat sabah mendapat manfaat. sekarang sabah dapat banyak peruntukan kerana persaingan politik sihat yang dijelmakan oleh anwar yang tidak mampu di saingi oleh orang lain setakat ini.
kalau pengampu, pengampu juga!
kimaragang tulin,
tq dengan pandagan saudara..sy menghoramti pandangan ko. teruskan...semoga ko berjaya dalam apapun bidang ko ceburi. sy tau, memang kepala ko condong kepada anwar...teruskan....itu hak..sy tiada hak pun maki hamun ko..kita masing2 ada pendapat
saya sokong kau kimaragang tulin. bukan pasal anuar... tapi perkataan kau yang berbunyi "kalau pengampu, pengampu juga!" ayat yang paling syok aku dengar dan tepat sekali kepada 'owner of this blog' (maaf english orang kampung).
DAN, Aku sebenar tak kisah siap jadi PM. Anu-uar kah, Naj-jib kah, Malah si Junid tu pun boleh juga... kita sokong asalkan duit rakyat jangan pakai tidak tentu2... itu je
RZ1978@Tandek.kimaragang
setakat ini saya condong kepada anuar kerana anuar condong kepada rakyat.
tapi, kalau anuar lari dari perjuangan untuk rakyat maka saya akan hentam dia balik.
saya akan sokong sesiapa yang lebih baik. saya tak nafikan anuar pernah membuat jahat ketika dalam BN. tapi itu dalam BN, bukan anuar sekarang ini. mudah-mudahan dia terus insaf dan sedar serta terus berjuangan untuk rakyat.
thanks tanpa nama dan minta maaf kepada saudara junid kerana saya telah menyinggung perasaan saudara. saya harap politik tidak mewujudkan permusuhan.sorry byk2.
Catat Ulasan