Selasa, Ogos 04, 2009

Selesaikan di Parlimen, bukan jalanan. Harus difahami bahawa, negara kita dibentuk berdasarkan acuan negara kita.

BANTAHAN keras sesetengah pihak ke atas kewujudan Akta Keselamatan Dalam Negeri atau Internal Security Act (ISA) sehingga sampai kepada tindakan perhimpunan jahat amat dikesalkan oleh sekalian rakyat yang cintakan demokrasi. Saya menggunakan perkataan perhimpunan jahat kerana saya melihat mereka seperti hilang akal. Tanpa perasaan belas kasihan kepada orang ramai yang menggunakan jalan di Kuala Lumpur sehingga menimbulkan kerugian kepada penjaja kecil yang inginkan rezeki. Kerajaan tidak mengganggu peniaga mencari rezeki tetapi perhimpunan jahat yang diketuai oleh pembangkang, khususnya bertindak zalim. Kerajaan selama ini telah memberi masa yang cukup kepada pembangkang untuk membahaskan ISA di dalam Parlimen. Bahkan dalam pilihanraya-pilihanraya umum lalu, rakyat telah memilih cara demokrasi menentukan kerajaan pilihan mereka.

Jika ISA tidak disukai oleh rakyat, maka sudah tentulah mereka sudah lama menolak kerajaan sekarang ini. Apa yang penting, rakyat hidup dalam keadaan aman dan damai. Rakyat rasa terbela kerana kerajaan memang ikhlas bantu rakyat. Namun, tidak semua yang dilakukan kerajaan sempurna. Barangkali ada bantuan tidak sampai kerana masalah-masalah tertentu yang berlaku di peringkat bawahan. Memanglah, sebagai ahli politik, apabila mereka ditangkap di bawah ISA kerana kesalahan daripada tindakan mereka yang barangkali ada unsur jahat, maka peluang mereka untuk berpolitik sudah tersekat. Dan niat jahat mereka akan terbantut dek kerana ISA. Apakah niat jahat mereka tidak sukar untuk dibaca. Mereka gagal menyuarakan pendapat kumpulan mereka di Parlimen!

Bagaimana mereka boleh gagal ialah di sebabkan mereka asyik berbalah soal remeh-temeh di Parlimen. Mereka saling kata-mengata dengan perkataan-perkataan kotor di Parlimen. Parlimen adalah tempat sesuai membincangkan ISA. Bahkan bukan sedikit jumlah ahli Parlimen pembangkang di Parlimen. Tetapi mereka tidak menggunakan Parlimen itu sebaik mungkin untuk membahaskan kecacatan pelaksanaan ISA. Bukankah ISA diwujudkan oleh Parlimen? Maka adalah wajar ia dibincangkan di Parlimen. Bahkan ISA telah dipinda sebanyak lebih 20 kali. Justeru tiada sebab ISA tidak boleh dipinda di Parlimen.

Soalnya sekarang, kenapa pembangkang perlu melakukan satu perhimpunan jahat di jalan-jalan ke atas ISA? Bukankah mereka ahli Parlimen? Kenapa membelakangkan Parlimen? Saya berpendapat ISA boleh dipinda. Tetapi sebelum itu ada eloknya dibincangkan bahagian mana yang perlu dipinda supaya ia akan lebih kemas dan mantap lagi untuk menjaga keamanan negara. Maka Parlimen adalah tempat yang sesuai membahaskannya kerana ISA dilahirkan di Parlimen. ISA bukan akta yang dilahirkan di jalan-jalan. Dan apa yang pasti, pindaan akta bukan boleh dibuat sehari dua. Ia perlukan kajian mendalam, tentang baik dan buruknya. Oleh itu, saya menggesa supaya golongan yang menggesa hapuskan ISA kembalilah semula ke Parlimen untuk membahaskan mana-mana cacat celanya bukannya membawanya ke jalan-jalan sehingga tidak pasal-pasal rakyat yang mengundi mereka jadi susah.

Bahkan juga pasukan keselamatan turut susah hati dan tercabar melihat kejahatan ciptaan mereka. Justeru, saya menyarankan kepada kerajaan supaya diwujudkan satu Suruhanjaya Diraja yang terdiri daripada pakar undang-undang dan wakil-wakil tertentu khusus bagi mencari kecacatan ISA dan menambah baikkan lagi ISA supaya keselamatan dan keamanan negara tidak terjejas dan tergadai. salam perjuangan

13 ulasan:

Bayan berkata...

Salam Bro,betullah mesti ikut acuan negara yg termaktub ddlm perlembagaan.Macam kita hendak masak apam balik ada acuannya.Tak kan masak apam balik gunakan acuan gandus.Utk itu LU FIKIRLAH SENDIRI.

Junid Bin Gunsalam berkata...

tq bayan..

kita sepatutnya tidak terikut-ikut budaya barat sy suka demontrasi jalanan

Dee berkata...

Salam Saudara. .

Memang tepat lah parlimen menjdi tmpt rujukan atau pindaan sesuatu akta. .Tapi seperti biasa lah Pemimpin PR terutama Bro Anwar suka membangkitkan sentimen dan emosi rakyat agar kelihatan dirinya nmpk gah bagai satri pejuang bangsa maka pentas demontrasi lah tmptnya.

Anwar sebenarnya ingin menonjolkn diri bhwa dia masih lagi releven sbgai calon PM..Hakikatnya rakyat dah sedar dan sokongan rakyat merosot terhdp Anwar..Krisis politik P.Png ,selngor,perak bnyk membuka pekong dan kegobrokan pemerintahan PR..

Kes liwat Anwar sndiri bnyk memperlihatkan tindak tanduk Anwar sndiri sbgai seorg yg bersalah..Tidak berani menghadapi kenyataan bhwa kes liwatnya akn di bicara kan di makamah, itu kenyataan. Kenapa berdolak dalih.? Minta tangguh kes untuk mengelak?? Kenapa takot? Hakikatnya Anwar takot kerana dia sedar dirinya dipihak yg bersalah. ..

Dee berkata...

PRU pastikan PR bungkus !

Salam Perjuangan !!

Dee berkata...

Salam Saudara

Mohon mencelah. .

P/s:Pembetulan. .

pastikan PRU 13 PR "BUNGKUS" !!
saya ulangi . .PRU 13 PR "BUNGKUS"

Junid Bin Gunsalam berkata...

Tq Dee..itu lah anwar sebenarnay..sejak di UM lg, masuk ABIM kerja dia ketua demontrasi saja...

Sabah Tulin berkata...

Sdr KT,

Tolong ulas sedikit kenapa Kerajaan tidak menggunakan ISA untuk menangkap orang-orang yang mengaku waris kesultanan Sulu menuntut Sabah daripada kerajaan M'sia dan membakar bendera Sabah di Lahad Datu pada bulan April yang lalu.

Gaaman berkata...

memang seronok 'cakap-cakap kadai kopi' ttg ISA ini. Namun harus diingat fokus utama warganegara Malaysia yg tinggal di Sabah(para MP, Senator dan ahli politik) ialah 'memeras otak' utk memujuk, meyakinkan, mendesak ataupun memaksa pemimpin Putra Jaya(dan semestinya PARLIMEN) agar melihat(dengan dua mata bkn sebelah mata ja)dan memberikan perhatian sewajarnya kpd pembangunan Negeri Sabah.. Ayo Kusai Tandek berikan perhatian dan fokus kepada agenda pembangunan Utara Sabah(KM/Tandek)khasnya dan Sabah amnya.

kimaragang tulin berkata...

Untuk Dee and geng,

Kes Anwar sedang dibicarakan di Makhamah so, ko tak ada point untuk katakan dia salah. isu lepas pun anwar menang dimakhamah pasal liwat ni.

sekarang ko cuba ulas isu ini;
a) Najib tidak dibicarakan di makhamah kerana kes altantuya sedangkan anwar membuat laporan.

b) Isu AP Rafidah Aziz; mana hilang beritanya?

c) khir toyo dengan istananya; diam membisu kerajaan?

d) najib beli kapal selam dapat komisyen 450 juta?

e) Musa aman dengan kes projek I/C kepada pelarian filifina di sandakan. beri penempatan di tinosa sandakan. kenapa tidak diambil tindakan?

f) Kes Ali Rustam, disahkan oleh pucuk pimpinan UMNO bersalah. tiada tindakan tegas? masih boleh jadi ketua menteri?

anda katakan banyak krisis di negeri PR. sila buktikan, sebut apa kes saya akan jawab.

jangan hanya tahu mengata tanpa ada isi. kosong.

anwar bukan takut, kalau dia takut dah lama dia berhenti untuk berjuang! dia hanya cuba mengatur strategi untuk mengelak daripada terpedaya oleh pihak yang disalahgunakan oleh kerajaan untuk menghancurkan dia. dia sudah banyak pengalaman pahit ditipu dalam kes perbicaraan di makhamah. DNA dipalsukan, bukti direka, kenyataan fitnah individu2 yang diupah dan dipaksa, hakim dibeli dan dirasuah dan banyak lagi.

kimaragang tulin berkata...

siapa kata sokongan terhadap anwar merosot?

sokongan terhadap anwar meningkat. bukti;

- meningkatnya kerusi PKR dalam parlimen dan DUN dalam PRU-13

- Kejayaan meneruskan tradisi di Permatang Pauh dengan majoriti besar dan meningkat

- kemenangan PR dalam pilihanraya kecil

- bekas ahli BN masuk RKR [chua jui meng, s subramaniam, zahid, dll]

ko ni dee tak bijak langsung. kesian aku tengok kau ni.

kimaragang tulin berkata...

pembetulan

PRU ke 12. bukan ke 13.hehe

kimaragang tulin berkata...

kepada Dee yang bodoh tapi belagak..

-kes ISA berpuluh tahun sudah dibahaskan di perlimen dan DUN. tapi tiada perubahan!

-BN makin rakus menyalahgunakan ISA.

- siapa yang menguasai parlimen? Barisan Nasional.. jadi tak ada gunanya juga kalau pembangkang cakap BN tak ikut, tak nak terima dan menolak mentah-mentah pun ada.

jadi ada pilihan lain?

Demonstrasi adalah jalan untuk menekan kerajaan yang jahat!

siapa ahli demonstrasi? Pembangkang? memanglah kerana pembangkang mahukan keadilan untuk rakyat. siapa pengikut? mestilah rakyat kerana tujuannya untuk rakyat.

1. kenapa ISU kouta Bumiputera di UITM BN pun demonstrasi?

2. Demonstrasi BN juga berlaku di kampung Buah Pala Pulau Pinang.

3. Demonstrasi Bn membantah perlantikan Ahmad Said di terengganu dan memaki hamun sultan.

4. Demonstrasi Bn di selangor membantah Lori hantu.

5. Demonstrasi BN di pulau pinang tentang kononnya Tadika ditutup.

6. Demonstrasi BN mempertahankan sultan perak dimerata tempat terutamanya diperak.

7. Demonstrasi BN pimpinan khairy jamaluddin, menentang pencerobohan Israel ke atas Palasten di hadapan kedutaan amerika.

kenapa ko tak tembak perbuatan demonstrasi BN???????

malaslah aku nak berdiskusi dengan kau deee...

Tanpa Nama berkata...

Saudara Kimaragang tulin.... betul dee sama si junid ni sama saja... kaki bodek (mungkin mahu target jawatan atau dapat projek tu)... hantam satu pihak je... aku bukan cakap Anuar baik (tidak aku dapat buktikan) Tapi BN memang tak baik juga dalam pandangan nutral aku... banyak bukti saya nampak...buat ini-itu akan untungkan sesetengah orang saja (mungkin orang kuatnya sendiri)... Contohnya: tukar bahasa BM ke BI kmdn ke BM lagi...guna duit hasil negara print buku teks baru setiap kali tukar... jutaan juga tu di buang... lancar 1 malaysia... entah berapa bilion lagi duit akan mengalir... semua duit negara... TAPI takpelah, tapi apa kata kau cakap je lah "Junid dan dee" - aku mengangkat ini untuk dapat sesuatu bagi diri kami... kami memang akan sokong kamu... yalah, siapa pandai ambil kesempatan dia lah bah yang untung.... cuma janganlah bah sembunyi2 sama kami, kata nak sampaikan fakta tapi mcm tidak juga.... RZ1978@Tandek.kimaragang