Rabu, Ogos 12, 2009

Ezam sedia jadi saksi utama

Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ezam Mohd. Nor bersedia tampil sebagai saksi utama kes tuntutan saman Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam usaha membuktikan siri pengkhianatan yang pernah dilakukan oleh Penasihat PKR itu. Katanya, beliau bersedia berbuat demikian kerana mahu bersama-sama dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan lebih banyak lagi tindakan khianat Anwar terutama terhadap orang Melayu.

Sebagai contoh beliau berkata, Anwar pernah menghina Dasar Ekonomi Baru (DEB) bertujuan mendapatkan semaksimum undi kaum Cina serta India dalam satu mesyuarat yang turut dihadirinya. ''Akhirnya saya keluar dari PKR apabila melihat Anwar sanggup menghina DEB iaitu sebuah institusi bagi orang Melayu. Saya tidak sangka dia bertindak sebegini rupa hanya semata-mata untuk mendapatkan undi Cina dan India. ''Memang tidak salah untuk kita mengkritik tetapi apa yang dilakukan oleh Anwar ini sudah sampai ke tahap menghina dan sebagai seorang Islam dan seorang Melayu saya tidak boleh terima apa yang berlaku,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Ahad lalu, Muhyiddin dalam ucapan perasmian Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Sri Gading membidas Anwar sebagai pengkhianat perjuangan Melayu.

Berikutan kenyataan tersebut, Anwar menerusi peguamnya menghantar surat tuntutan ganti rugi sebanyak RM100 juta kepada Muhyiddin dan Utusan Malaysia.
Selain Utusan Malaysia, kenyataan Muhyiddin itu turut disiarkan oleh New Sunday Times dan Berita Harian. Ezam berkata, sepatutnya amalan politik Anwar itu ditolak kerana ia telah menjadi penyebab kepada wujudnya banyak pihak khususnya bukan Melayu yang semakin berani mempertikaikan hak istimewa orang Melayu. ''Anwar sebenarnya telah tersilap menafsir keadilan. Keadilan bukan kesamarataan tetapi keadilan itu ialah meletakkan sesuatu itu pada haknya,'' katanya.

Beliau berkata, satu lagi siri pengkhianatan Anwar adalah terhadap Islam apabila pemimpin pembangkang itu dengan jelas mahu memperkenalkan amalan kesamarataan di dalam PKR. Katanya, amalan tersebut amat bertentangan dengan prinsip politik Rasulullah kerana di dalam Islam tidak ada konsep kesamarataan. ''Rasulullah tidak pernah berkompromi dalam soal ini. Maksudnya dalam apa jua keadaan sekalipun Islam mesti menjadi dominan. Islam wajib diutamakan berbanding perkara-perkara lain,'' katanya. Beliau menambah, dalam prinsip politik Islam, orang bukan Islam yang bernaung di bawah pemerintah Islam tidak akan mendapat hak sama rata sebaliknya akan menerima hak mereka seperti mana dipersetujui.

Dalam pada itu Ezam berkata, kerajaan sedia ada tidak pernah menzalimi rakyat bukan bumiputera sebaliknya mereka memperoleh nikmat yang melimpah ruah jika dibandingkan dengan orang Melayu dan bumiputera. ''Ini merupakan satu fakta dan tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak. Oleh itu, saya amat berharap orang Cina, India dan sebagainya tidak mudah tertipu dengan permainan politik Anwar,'' jelasnya.

7 ulasan:

penyokong setia ezam berkata...

hidup ezam!!!!

Junid Bin Gunsalam berkata...

tq dengan sokong saudara

Gaaman berkata...

ini la masa yg paling sesuai sekali digunakan semaksimumnya oleh pemimpin Sabah utk mendapatkan perhatian(bagi membangunkan Sabah) dari Putra Jaya.. Tapi AMAT mengecewakan sekali kerana mereka(pemimpin Sabah) terikut-ikut dgn rentak 'dorang'. Turut menyibukkan diri dgn perbalahan 'orang sana'. Putra Jaya SANGAT takut sekiranya 'simpinan tetap' mereka di Sabah bertukar haluan. Oleh itu, 'nilai' sokongan org Sabah dipandang tinggi. Wahai Kusai Tandek(dan geng2), bertindak dan berusaha la utk menggunakan kesempatan ini.

Tanpa Nama berkata...

ezam,ezam,ezam......satu nama yang begitu sinonim dengan parti keadilan rakyat suatu ketika dulu.........tetapi tiba-tiba meletup dengan penyertaan ke dalam parti UMNO yang mana kemasukannya dilengah-lengahkan ( walaupun telah dirancang )bagi mengaburi mata rakyat jelata.Satu nama yang lebih sinonim dengan pengkianatan terhadap rakan seperjuangan setelah diselamatkan suatu ketika dulu.Satu nama yang tiba-tiba mengetahui semua rahsia pergerakan parti melebihi ketuanya sendiri....yang kemudian disiarkan di semua akhbar semua kegiatan lama ketuanya walaupun dengan pengelibatan beliau sendiri.ezam,ezam,ezam......jangan kita jadi seperti ezam

kimaragang tulin berkata...

hahaha

ezam dengan kotak hitam. makin banyak kotak dibuka makin banyak BN kalah dalam pilihanraya kecil..

ezam...satu nama yang merajuk kerana tak dapat jawatan yang diingininya...

tanak tandik berkata...

saudara junid,

Anuar membawa konsep keadilan dan bukan kesamarataan. Ezam melakukan fitnah ke atas Anuar. Nama parti pun PARTI KEADILAN RAKYAT dan bukannya PARTI KESAMARATAAN RAKYAT.


"dalam Islam tidak ada konsep kesamarataan"

artikel saudara berhubung ayat di atas adalah TIDAK BENAR sama sekali. Dalam Islam ada konsep kesamarataan malah menjadi salah satu perjuangan.

cuma,

konsep kesamarataan bukan perjuangan pokok dalam Islam. Kesamarataan hanyalah salah satu cabang perjuangan dan digunakan sekiranya sesuai. sama rata juga adakalanya sesuai dan adakalanya menindas sesetengah golongan.

Nabi Muhammad menjalankan pemerintahan berdasarkan undang2 Islam dan menegakkan konsep keadilan kepada semua pihak termasuklah yang bukan Islam.

"Islam harus Dominan dalam negara Islam dalam keadaan apa sekalipun"

ayat di atas bermaksud dalam apa jua keadaan, undang2 Islam harus dijadikan sebagai dasar untuk menyelesai masalah pemerintahan. ayat itu tidak bermaksud menonjolkan Islam semata-mata untuk kemegahan dan tidak juga bermaksud melakukan diskriminasi ke atas penganut bukan Islam.


"dalam negara Islam, orang bukan Islam tidak akan dapat hak sama rata, tetapi mendapat hak seperti mana yang di persetujui"

ayat diatas bermaksud bahawa KEADILAN adalah hak semua rakyat. orang bukan Islam perlu dihargai dan diberikan hak sepertimana yang dipersetujui oleh mereka. Orang bukan Islam sama sekali tidak akan ditindas dan disisihkan. ayat tersebut bersifat menjaga kebajikan dan keadilan orang Bukan Islam. Adalah tidak adil kalau orang Islam turut dikenakan hukuman hudud, mengharamkan makanan orang bukan Islam sedangkan mereka halal memakannya, dikenakan Zakat sedangkan mereka tidak menganut Islam. Jadi jelas ayat di atas menegaskan bahawa sama sekali orang Bukan Islam tidak di sama ratakan dengan Orang Islam kerana menghormati agama dan kepercayaan orang bukan Islam. Jadi ayat di atas bermaksud mencapai keadilan dalam pemerintahan. dalam sesetengah aspek, jika kesamarataan itu adil maka ia akan digunakan. contohnya, peluang pendidikan, pekerjaan, ekonomi, kesihatan, keselamatan.

kesimpulannya;

konsep keadilan Islam adalah tunjang pemerintahan. keadilan Islam bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya yang betul.

kesamarataan tidak semestinya adil. cth, anak lelaki dan perempuan mendapat hak yang sama rata dalam soal perwarisan harta. sedangkan, anak lelaki sepatutnya mendapat lebih sedikit bahagian kerana bertanggungjawab menanggung nafkah keluarga.

jadi, adakah sama rata itu adil.??


anak lelaki dan perempuan kedua-duanya dapat songkok. sedangkan perempuan tidak pakai songkok???

adakah sama rata itu adil???


fikir-fikirkan....salam semua

tanak tandik berkata...

pembetulan,

adalah tidak adil ORANG BUKAN ISLAM dikenakan hukuman hudud tanpa persetujuan mereka.....[kesilapan menaip]

sila rujuk baris ke 38