SEKIRANYA ditakdirkan YB Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri adakah beliau akan menghalalkan protes jalanan? Adakah beliau akan membenarkan rakyat memberontak sehingga melumpuhkan ekonomi negara? Sudah pasti bila sahaja beliau meneraju negara ini beliau akan turut menggunakan pendekatan yang sama (seperti kerajaan sekarang) malah mungkin lebih teruk terhadap golongan-golongan pemprotes jalanan. YB Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan seorang yang cetek pemikirannya, bukan seorang pemimpin unggul bukan juga pejuang tulen. Sehingga kini apa yang jelas perjuangan beliau hanyalah bersifat peribadi. YB Datuk Seri Anwar hanya ada satu cita-cita, iaitu untuk menjadi Perdana Menteri. Nafsu serakah menguasai pemikiran beliau, tiada yang lagi penting daripada cita-cita 'suci' tersebut walaupun terpaksa menggadai negara ini dan menjual kaum sendiri.
Pas, parti politik yang berjuang atas landasan Islam (kononnya) pun turut terperangkap dalam permainan jijik YB Datuk Seri Anwar. Pas seolah-olah terpukau, terpana, terpaku dengan kehebatan YB Datuk Seri Anwar menjual 'kelentong' beliau. Pas yang selama ini 'berperang' dengan DAP sanggup pula berganding menjadi satu, menggadai maruahnya untuk berjuang menentang saudara seIslam sendiri. Ternyata dalam cinta tiga segi Pas-PKR-DAP, parti yang paling rugi ialah Pas. Semua tahu matlamat utama Pas adalah untuk menubuhkan sebuah negara Islam. Dan, jika diizinkan Allah mereka ini menang dan dapat menubuhkan kerajaan, apa mungkin DAP akan menurut kemahuan Pas untuk menubuhkan sebuah negara Islam?
Bak kata Karpal Singh, 'Langkah mayat saya dulu'. Betullah kata orang, bila 'bercinta' kentut pun bau wangi. YB Datuk Seri Anwar dalam apa cara sekalipun akan pastikan 'kentut' DAP sentiasa wangi bagi Pas. Pakatan Rakyat bimbingan beliau tidak boleh berpecah, kerana bila berpecah maka berkecailah cita-cita 'suci' menjadi Perdana Menteri. Namun dalam kisah cinta the three beast ini sudah pasti ada pihak yang paling beruntung. Tidak lain, tidak bukan sudah tentunya DAP. Dalam protes jalanan Sabtu, 1 Ogos 2009 lepas, tanpa perlu mengerahkan jenteranya DAP telah berjaya menggerakkan hampir 10,000 macai untuk 'berjuang' bagi kepentingannya. Paling menarik macai-macai DAP ini semuanya orang Pas dan PKR. Sikap Yes Bos Pas inilah yang sebenarnya menjadi kesukaan DAP.
Namun sampai bila? Bak kata pepatah, habis madu sepah dibuang. DAP hanya menunggu masa untuk menghancurkan Pas. Setelah matlamat dan cita-citanya tercapai, Pas akan diludah, diterajang keluar daripada Pakatan Rakyat oleh cintanya DAP. Tapi dalam semua ini, siapa yang benar-benar rugi? Pastilah rakyat yang rugi. salam perjuangan
5 ulasan:
Rakyat Sabah dah TERLALU LAMA menangis (diperbodoh, dipermain, dipergunakan, diperalatkan) oleh pemerintah yg sudah berkuasa 46 thn(Sabah/Sarawak) dan 52 thn(Malaya). Ayooo.. pemimpin Sabah jalankan tanggungjawap tuan/puan dan bertindaklah agar warga Malaysia di Sabah tidak TERUS MENANGIS kemiskinan(dlm pelbagai segi). Saya bukan anti BN, cuma hendak menuntut hak sebagai rakyat yg membayar cukai.
Warga KM khasnya dan Sabah amnya sangat mengharapkan dan mengalu-alukan entry KT(dan yg sewaktu dgnnya) ttg perancangan pembangunan di KM dlm tempoh 5,10, 15 or 20 tahun.
pemikiran sesat
rakyat tahu menilai.
setiap parti ada kecenderungan masing-masing. tak salah pas berjuangan untuk agamanya, kerana kita mengamalkan kebebasan beragama. agama lain juga bebas untuk diamalkan dan diperjuangkan oleh penganutnya asalkan saja tidak melakukan diskriminasi.
perjuangan pas juga tidak hanya untuk agama tetapi juga membersihkan kekotoran dalam pemerintahan kerana kekotoran pemerintahan bertentangan dengan ajaran agama.
seperti kata saya:
apa masalahnya pas berkawan dengan DAP dan PKR.
UMNO juga berkawan dengan MIC dan MCA?
soal siapa rugi tak perlu dibahaskan kerana pas sebuah party yang paling lama dalam PR dan berpengalaman. sudah tentu mereka mempunyai pertimbangan yang lebih baik. jadi tak perlu katakan pas rugi.
yang nyatanya, faedah dirasai oleh sabah akibat kekuatan pakatan rakyat. andaikata mereka memerintah pusat, keutuhan persaudaraan pakatan rakyat amat diperlukan. soal pertentangan boleh dipulihkan melalui perundingan.
yang penting semua parti dalam Pakatan berjuang untuk rakyat malaysia daripada terus menangis ditangan BN tarmasuk PBS yang bersekongkol dengan kejahatan UMNO,MCA,MIC.
balik balik timbak anuar. anuar matipun akan timbul tokoh baru..pejuang bangsa tidak akan putus. percayalah.
artikel di atas untuk tatapan umum, khasnya untuk penyokong BN.
khas juga buat junid.
syabas Gaaman..kau semakin matang.
napa tidak se garang dulu lagi si Junid nie mcm tikus sdh -:)
Bukan ndak garang srixon..tapi kita masing2 ada pendapat. sy juga menghormati pendapat kwn2 juga...hehehe. walau macam manapun, sy masih memegang prinsip yang dulu
Catat Ulasan