Isnin, Julai 27, 2009

Perlukah ISA dimansuhkan? Dimana kebenarannya?

JAKARTA baru-baru ini sekali lagi digegarkan oleh letupan bom. Kali ini ia meragut sembilan nyawa dan mencederakan 50 orang yang tidak berdosa. Bayangkanlah sekiranya insiden yang sama menimpa negara kita, Malaysia. Inilah akibatnya tiada wujud undang-undang yang rapi dan kemas mengenai keganasan.

Namun Malaysia masih bernasib baik kerana kecekapan pihak keselamatan dan perisikan negara yang proaktif menangani isu-isu keganasan dalam negara kita. Di sinilah pentingnya ISA yang masih relevan dalam usaha kerajaan mengekang keganasan dari berlaku. ISA bertindak sebagai langkah pencegahan. Jelas terbukti selama ini ISA walaupun dianggap oleh sesetengah pihak sebagai kejam tetapi tidak dinafikan ia berjasa mengekalkan keamanan negara selama 50 lebih tahun kita merdeka. Bayangkan apabila sebutir bom meletup di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur, mengorbankan banyak nyawa, kemudian beberapa pengganas yang disyaki terlibat ditahan pihak berkuasa. Ia adalah suatu tindakan yang tidak berkesan yang mana akhirnya pihak berkuasa akan disalahkan kerana lembap menangani keganasan dan agensi perisikan akan dipersalahkan kerana gagal mengesan pergerakan pengganas. Inilah senario yang berlaku kepada pihak berkuasa negara-negara malang yang menjadi sasaran pengganas di seluruh dunia.

Sebaliknya pihak berkuasa di Malaysia berjaya menangani isu pengganas dan keganasan dengan begitu berkesan sekali namun tindakan pihak berkuasa langsung tidak mendapat reaksi positif, tidak ada sebarang ucapan terima kasih daripada sekumpulan rakyat yang memang menikmati keamanan tersebut sebaliknya mereka mencemuh kerajaan sebagai kejam dan zalim mempergunakan ISA. Kumpulan inilah yang bercadang menggerakkan satu perhimpunan besar-besaran untuk mendesak kerajaan memansuhkan akta yang dilaung-laungkan oleh mereka sebagai tidak berperikemanusiaan iaitu ISA pada 1 Ogos 2009. Hakikatnya, kumpulan inilah yang sebenarnya kejam, sanggup mengheret rakyat yang tidak bersalah demi memenuhi kepentingan peribadi mereka malah ada pemimpin politik yang cuba menggunakan kesempatan ini untuk menutup masalah peribadi yang sedang dihadapi. Mereka sanggup membakar semangat dan nafsu amarah rakyat dengan memutar belit kenyataan dengan menghambur pernyataan-pernyataan negatif terhadap ISA biarpun realitinya lebih banyak kebaikan hasil dari pelaksanaan ISA!

Sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini semasa demonstrasi jalanan tersebut, pihak kerajaan langsung akan dipersalahkan sebagai bertindak kejam sebaliknya pihak-pihak yang bertanggungjawab mengadakan demonstrasi pula akan dianggap hero. Selalunya yang akan mendapat kecederaan ialah penyokong-penyokong bawahan yang akan bertindak di bawah sedar sebaliknya “hero-hero” mereka pula selamat kerana akan berada di barisan belakang untuk meniupkan api kemarahan orang ramai! Dalam sesuatu demonstrasi tidak mustahil akan berlaku sesuatu yang lebih dahsyat seperti letupan bom kerana keadaan politik negara kini berada dalam suasana yang amat tertekan menyaksikan parti pembangkang semakin terdesak untuk meneruskan sandiwara mereka. Kematian ‘mengejut’ saksi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Teoh Beng Hock mungkinkah satu lagi konspirasi politik pembangkang yang sanggup mengorbankan nyawa?

Kepada seluruh rakyat Malaysia, adakah anda tidak rasa begitu gembira dengan apa yang anda nikmati sekarang? Adakah anda rasa kehidupan anda diselubungi dengan ketidakadilan? Adakah anda rasa disekeliling anda penuh dengan kezaliman? Atau adakah anda rasa sekiranya saban hari jalan raya-jalan raya perlu dipenuhi dengan demonstrasi jalanan barulah wujud keadilan atau Kuala Lumpur sering digegarkan dengan letupan bom barulah wujud keamanan!

15 ulasan:

Gaaman berkata...

Memang diakui ISA telah berjaya mematahkan pengganas komunis(tujuan asal ISA). Walau bagaimanapun ISA kini nampaknya menyimpang daripada tujuan asal. Kini ISA banyak(+-95%) digunakan oleh Pemerintah sebagai senjata melawan pembangkang(atau pertubuhan yg dianggap menentang kerajaan). Tetapi 'mereka' yg menjadi tali barut/agen 'pemusnah' masyarakat asal/bumiputera Sabah tdk diambil tindakan sewajarnya. Malah hampir setiap minggu pihak mahkamah(di Sabah) menjatuhkan hukuman kerana kesalahan menggunakan ic palsu atau menggunakan identiti orang lain. tapi pihak kerajaan masih mempertikaikan kewujudan ic palsu. Persoalannya kemana perginya ISA??, kenapa tidak digunakan untuk menghancurkan petualang dan pengkhianat negara!. mereka ini lebih berbahaya berbanding komunis..Kusai Tandek, kitaorang sudah terlalu lama menderita la, dipermain-mainkan, diperbodoh-bodohkan.. sampai bila??. Makin lama makin kurang kitaorang ni, sedar-sedar kitaorang menjadi golongan minoriti di negeri sendiri. Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya lagi KT!!

Junid Bin Gunsalam berkata...

Gaaman,
persoalan yang ko utarakan masih boleh diulas. tapi sy menghormati pendapat ko dan tidak perlu la sy komen.

katakan kalau ISA dihapuskan, apa akta cadangan Gaaman. kita tidak mau negara kita macam negara Thailand, Indonesia dan Filipina yang berlaku sana-sini keganasan. kita patut bersyukur kerana kita tinggal du bumi Malaysia yang aman damai. sy rasa itu yang lebih penting daripada sikit rusuhan dan pergaduhan sana-sini. lebih merumitkan kalu ada bom sana bom sini lagi. Tanpa undang2 yang ketat, saya rasa kita akhirnya seperti negara2 yang tidak aman seperti yang saya sebutkan tadi.

Tanpa Nama berkata...

Junid
Anugerah: PENGAMPU NO. 01 DI KOTA MARUDU
Tahun depan kau akan jadi ketua pemuda PBS... banyak projek masuk tu nanti.

Gaaman berkata...

Gaaman percaya sdr junid bukan pengampu, dia hanya menjalankan tugas dan tggjwapnya dgn sebaik mungkin. cubaaann..saja bai tu KT. Teruskan usaha keras anda, timba, belajar dan terus gali ilmu-ilmu dari mentor(mentor terbaik) anda. INGAT 'keikhlasan'(utk berkhidmat kpd rakyat-bkn utk diri sendiri) akan mengekalkan dan melanjutkan KT dlm dunia politik(yg memangpun bergelora).

Junid Bin Gunsalam berkata...

Tq Gaaman..
iya, sy bukannya mengampu. sy cuma melaksanakan tugas dan amanah majikan saya.

Tanpa nama,
tq juga kerna menuduh sy mcm itu. apapun teruskan kerja anda seperti ini demi masa depan yang cerah...

Tanak Tandik berkata...

ISA memang menjadi alat kerajaan BN untuk menakut-nakut dan menzalimi rakyat yang berjuang untuk mendapatkan keadilan. Cuba kita fikir, logikkah ISA membenarkan seseorang ditangkap tanpa dibicarakan? andaikata kita difitnah memiliki bom, dan kita ditangkap tanpa diberi peluang membela diri. bukankah ini satu penindasan, kezaliman yang sangat luar biasa dalam dunia yang bertamadun? ini kerja syaitan!

saya mahu ISA dihapuskan dan mana-mana pihak yang disyaki melakukan kesalahan mesti dibicarakan dimakhamah! kalau salah, jatuh kan hukuman! kalau tak salah mesti dibebaskan. baru adil.

ISA menafikan hak asasi dalam perlembagaan persekutuan yang menyatakan setiap individu yang ditahan mesti diberi peluang membela diri dan mendapatkan khidmat peguam!!

Jadi, jelas ISA digunakan untuk menyekat kekebasan bersuara rakyat! rakyat yang cuba menegur kerajaan untuk kebaikan rakyat ditangkap! BN adalah parti yang sangat tidak optimis,egoistik,parti tauke,jahanamlah BN!!!!!!!!!!!!!!!!

Aku Cinta Malaysia berkata...

BAGAIMANA NEGARA AKAN MENGHADAPI ANCAMAN KEGANASAN MERENTASI SEMPADAN SEKIRANYA ISA DIMANSUHKAN?

* Kerajaan boleh memperkenalkan undang-undang seperti Akta Anti-Keganasan misalannya, yang digubal untuk menangani ancaman keganasan merentasi sempadan secara spesifik. Proses-proses yang sewajarnya perlu dimasukkan dalam akta tersebut bagi menjamin hak individu terpelihara.

Gundohing KM berkata...

tidak perlu dimansuh cuma perlu penambahbaikan....

Junid Bin Gunsalam berkata...

hai gundohing...

sy sokong pendapat ko..ISA tidak perlu dimansuhkan..cuma penambahbaikan saja.....hhhehehe

Dee berkata...

Salam Saudara..

Apa yg berlaku skg ini iaitu keadaan kucar kacir,huru hara demontrasi jalanan adalah hasil dari pembangkang yg mendpt sedikit kuasa. .Selama ini Malaysia aman damai. Dgn bebasnya Anwar dari penjara sesi demontrasi wujud kembali. .Ini lah kerja Pembangkang yg menghasut rakyat membenci krjaan,putar belit fakta memecah belahkan dan melagah laghkn rakyat untuk mendptkan sokongan..Hasilnya seperti skg suasana tidak tenteram, rakyat sesama rakyat bertelingkah,keamanan pn terjejas. .

Rakyat Sabah yg terdiri dari beibilang kaum dan etnik yg hidup aman damai selama ini seharusnya mengambil iktibar dari suasana politik skg. .jgn biarkan PR bertapak di Sabah. Hancur !!

Junid Bin Gunsalam berkata...

tq Dee..sy sokong pandangan ko...huhuhu

kimaragang tulin berkata...

Untuk Saudara DEE DAN JUNID,

Bolehkah anda buktikan bila PR menghancurkan Sabah?

Siapa yang telah hancurkan Sabah kalau bukan Barisan Nasional yang telah menyebabkan kita semua ketinggalan dalam aspek pembangunan. anda yang tidak memandang hal ini dengan rasional. Kalau BN, kita boleh buat banyak isu. tapi PR, tak ada fakta yang kamu boleh kaitkannya dengan kehacuran sabah. anda yang kaki PENGAMPU!!! anda adalah perosak kepada generasi sabah akan datang!!!

Junid Bin Gunsalam berkata...

hai kimaragang tulin,

kita harus faham fakta..anwar yang ko sanjung2 tu bukan sembarangn anwar. anwar lah punca kejatuhan PBS pada tahun 1994. anwar lah ketua strategi pilihanraya di Sabah pada tahun 1994..Bercakap budaya politik wang, politik wang di kota marudu bermula apabila anwar bertanding timbalan presiden UMNO melawan ghaffar baba suatu ketika dahulu..jadi strategik yang sama akan anwar gunakan semata-mata mau mencapai cita-cita peribadi untuk menjadi perdana menteri...

kimaragang tulin berkata...

bercakap pasal isu kejatuhan BN 1994;

1. Anwar atau BN yang merancang? kalau anuar salah ok, tetapi anuar hanya seorang dalam berpuluh-puluh orang yang terlibat?

2. Mahathir merestui atau tidak tindakan tersebut? buktikan yang mahathir melarang tindakan tersebut. malah mahathir merupakan penasihat atasan.

3. kesalahan juga terletak kepada pucuk pimpinan PBS kerana gagal mendidik ahli2 daripada terlibat rasuah.

4. kesalahan juga ditangan yb PBS sendiri kerana tiada prinsip dan kesetiaan.

5. secara kesimpulan BN yang memerintah pusat pada masa itu jahat. bukan anuar sahaja. mana mungkin hanya seorang individu yang dipersalahkan dalam hal ini.


ok junid.

kenapa saya sokong anuar? sebab dia berasal dari rumah kotor dan telah keluar untuk membersihkan diri.

kenapa PBS tak releven?

sebab dia dulu ada prinsip yang bersih, tetapi memilih untuk memasuki rumah yang penuh dengan kekotoran.


kalau kau sedar, sebenarnya kau menyalahkan Bn dalam kejatuhan PBS, tetapi ko sembunyikan kerana korang telah bersekongkol dengan najis tersebut.

kimaragang tulin berkata...

pembetulan kejatuhan PBS 1994...

heheheh