Kes kematian Setiausaha Politik seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teoh Beng Hock pada Khamis lalu telah dipolitikkan pemimpin parti pembangkang untuk mengalihkan perhatian rakyat. TPM, TSMY berkata, tindakan itu bertujuan supaya dakwaan penyalahgunaan wang peruntukan kerajaan negeri oleh tujuh wakil rakyat Selangor yang sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dapat ditenggelamkan. “Inilah dia parti pembangkang. Mereka sendiri sebenarnya tiada pemuafakatan, tetapi mereka boleh ambil tindakan yang pelbagai-bagai yang semuanya untuk memesongkan pandangan kita daripada isu-isu pokok dan semua yang berlaku.
“Hingga kematian Teoh Beng Hock pun dipolitikkan untuk mengalihkan pandangan ke isu pokok iaitu tindakan SPRM terhadap wakil-wakil rakyat daripada pakatan pembangkang yang dikatakan terlibat dalam penyalahgunaan kuasa,” kata beliau. Kalau Pembangkang boleh membuat andaian-andaian yang mengelirukan, kita dalam BN pun boleh membuat andaian yang kematian Teoh dirancang oleh pembangkang agar kes yang disiasat ini tidak mendapat bukti yang kukuh. mana lah tau mendiang Teoh boleh membongkar rashia penyelewengan peruntukan tersebut. sama-sama lah kita renungkan...
4 ulasan:
kau cakap pembangkang mempolitikkan kematian Beng Hock. adakah penulisan saudara dalam blok ini bukan bersifat politik iaitu menyelamatkan kerajaan BN? penulisan saudara bahawa Beng Hock mati angkara kongsi gelap bukan bersifat politik lantas saudara menuduh kerajaan Pakatan terlibat. siapa yang berjuang dalam kematian beng hock?? Kerajaan BN atau Pakatan Rakyat??? Saudara tak ada rasa apa2kah kalau beng hock itu adalah anak, adik, abang, atau keluarga saudara dan diperlakukan sedemikian rupa. Saudara sangat tidak rasional dalam melakukan penulisan ini. saudara hanya tahu memfitnah!
saudaraku sebangsa Junid,
adakah perjuangan menuntut pembelaan atas kematian misteri beng hock dianggap isu politik?
ini kes pembunuhan! siapa2 pun dalam dunia ini akan tertanya-tanya. kematiannya pula adalah sangat mengejutkan dan berlaku di bangunan yang menempatkan pejabat SPRM. rakyat mahukan jawapan atas kehilangan nyawa manusia.
adalah amat menyedihkan apabila saudara menganggap ini isu politik. saudara pula melakukan pelbagai fitnah. saya harap saudara Junid jangan mempolitikkan isu ini kerana ini kes bunuh bukan kemalangan. sama ada dipihak BN mahupun Pakatan, mesti mencari siapa pembunuhnya dan mengheretnya ke muka pengadilan. berhentilah dari melakukan kerja yang keji ini.
saudara ko Tanak tanik dan kimaragang tulin...
kes kematian ini sedang dlm siasatan. kita ada undang2. apa2pun kita mesti ikut lunas undang2. bukan cara berteriak sana sini dan menuduh yang bukan2. Kepimpinan PM pun sudah menubuhkan suruhanjaya siasatan. ini sudah menunjukkan Kepimpinan negara telus dalam hal ini. memanglah pembangkang boleh berkata apa saja. saudara ku, negara kita merdeka dan dibentuk megikut acuan negara kita. buat apa kita ikut style negara luar yang suka membuat perhimpunan haram. biarlah undang2 yang selesaikan. tq
hanya perhimpunan yang haram akan menyelesaikan masalah apabila undang-undang negara sendiri dicabul oleh BN. Badan kehakiman tak telus, polis digunakan untuk menekan rakyat yang lantang, siapa lagi yang percaya pada badan kehakiman sekarang selepas dinodai oleh BN.
Catat Ulasan