Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau berpuas hati dengan perubahan yang berlaku pada pilihan raya kecil Manik Urai kerana ia menunjukkan usaha-usaha yang dilakukan sepanjang 103 hari beliau menjadi Perdana Menteri mulai diterima rakyat, terutama pengundi Melayu. Katanya walaupun Barisan Nasional (BN) tewas dengan majoriti 65 undi, keputusan itu amat memberangsangkan lebih-lebih lagi ia berlaku di kawasan majoriti Melayu. “Mudah-mudahan sokongan dan kepercayaan rakyat yang kian bertambah ini akan berterusan,” kata Najib yang juga Pengerusi BN kepada wartawan Malaysia di bandar peranginan Mesir di Laut Merah ini untuk menghadiri sidang kemuncak ke-15 Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM).
Pas mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri Manik Urai setelah calonnya Mohd Fauzi Abdullah mengalahkan calon BN Tuan Aziz Tuan Mat dengan majoriti 65 undi setelah memperoleh 5,348 undi berbanding BN, 5,283 undi. “(Keputusan) ini bererti keyakinan rakyat terhadap BN sudah dapat kita pulihkan dan sekiranya kita meneruskan usaha-usaha yang telah dimulakan, saya percaya kedudukan Barisan Nasional akan menjadi lebih mantap lagi
3 ulasan:
ini bukan soal majorit kecil atau besar..istilah disini..> KALAH TETAP KALAH!!ertinya BN masih tidak boleh diterima oleh pengundi Manek Urai..tiada alasan lagi BN/UMNO dengan kekuatan 100%..jentera parti UMNO seluruh negara digerakkan namun akhirnya kecundang.Sudah tentu ada alasan mengapa BN ditolak.Tidak ada apa2 yang perlu dibanggakan oleh BN hanya dengan kekalahan majoriti kecil.
Tq bos,
ia kalah itu tetap kalah. tetapi dalam gerak saraf dan perang saraf jumlah majoriti amat penting dalam mempengaruhi minda rakyat.
kesian BN, kalah malu. media pun gagal membantu BN.
Catat Ulasan