Rabu, Julai 22, 2009

Arus Politik Malaysia selepas PIRU ke-12

Saya melihat bahawa selepas pilihan raya (PIRU) umum lalu, wujud satu aliran politik yang cuba membawa negara ini ke arah kancah perpecahan berasaskan kepada ideologi yang pelbagai. Ideologi yang pelbagai ini membangkitkan semangat perkauman yang berbahaya. Realiti terpapar di depan kita ialah Pakatan Rakyat tidak langsung dapat menunjukkan kemampuan untuk mewujudkan gabungan parti politik berasaskan satu ideologi bersama seperti dilakukan BN. Pakatan yang bersifat 'tidur sebantal, mimpi lain-lain' tidak berupaya membawa satu agenda nasional yang dapat mempertahankan perpaduan, kemakmuran, keselamatan dan kestabilan politik negara. Pakatan Rakyat hanyalah satu pakatan rapuh yang tidak memiliki asas ideologi dan agenda sama. Kita bimbang jika rakyat tidak sedar akan hal ini lalu memberikan kepercayaan kepada Pakatan Rakyat sehingga mereka mampu membentuk Kerajaan Pusat, maka bencana akan menimpa negara. Asas kebimbangan saya ialah apabila politik berlainan ideologi mengambil tempat mengikut kelompok dan kaum tertentu, maka ia pasti berakhir dengan pertelingkahan dan konflik ideologi kerana apabila sudah berkuasa, masing-masing akan cuba menegak dan menonjolkan ideologi perjuangan mereka.

Senario ini akan mengheret negeri dalam persekutuan berasaskan ideologi kepartian – mengikut parti yang memerintah. Kerajaan Pusat juga akan menjadi lemah kerana faktor sama. Ketika itu segala bentuk kontrak sosial yang dibina dan diasaskan oleh tokoh pejuang kemerdekaan tanah air akan musnah dan negara akan berada dalam kancah pertelingkahan dan kemelut politik yang mampu mengheret negara kepada anarkisme serta mengundang campur tangan asing. Justeru, sekiranya Pakatan Rakyat tidak memiliki satu ideologi yang jelas mengenai agenda dan aspirasi nasional yang dapat diterima dan dikongsi bersama, maka bagaimana ia mampu membawa dan membina negara ke arah perpaduan, kemakmuran, kesejahteraan dan keselamatan yang terjamin. Ideologi adalah satu konsep yang sukar difahami dan apabila ideologi politik yang berlainan berkonflik, maka ia sangat sukar untuk diharmonikan. Inilah halangan besar yang membelenggu Pakatan Rakyat. DAP masih kekal dengan ideologi sosialisnya. Sosialisme sering berhasrat membawa negara ke arah satu parti yang mengongkong hak-hak asasi.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula dengan ideologi liberalnya. Liberalisme bertujuan memberikan kebebasan tidak terbatas dan ini sangat berbahaya kepada masyarakat majmuk kerana isu sensitif akan sentiasa mengambil tempat. Pas pula dengan ideologi agama memang tidak serasi dengan kedua-dua ideologi politik itu.Jadi di mana titik pertemuan mereka? Mungkinkah titik pertemuan mereka semata-mata berasaskan kebencian terhadap Umno-BN. Pas tidak sepatutnya berada dalam Pakatan Rakyat, tetapi malangnya parti yang dianggap kental dengan ideologi perjuangan Islam itu boleh cair dengan politik licik PKR dan DAP. Yang nyata, ketiga-tiga komponen parti dalam Pakatan Rakyat gagal mengharmonikan ideologi masing-masing. Sebaliknya, BN yang terdiri daripada 14 parti komponen, sudah lama berbuat demikian dengan mengutamakan agenda dan aspirasi nasional.BN berjaya menegakkan politik kebangsaan berasaskan nasionalisme rakyat yang dicetuskan dalam perjuangan kemerdekaan tanah air. Politik kebangsaan mengutamakan kesetiaan kepada negara dengan mengetepikan kepentingan dan ideologi kelompok tertentu, sebaliknya ikatan yang erat terhadap tanah air menjadi kepentingan dan agenda utama

6 ulasan:

Gaaman berkata...

Ada kebenaran pendapat sdr tentang wujudnya kerapuhan Pakatan Rakyat. Apapun PR kini merupakan alternatif kepada rakyat yang dahagakan pembangunan, khususnya Sabah dan Sarawak. Sampai bilakah kitaorang(Sabah/Sarawak)bertuankan 'dorang'???..Bangun dan bergerak la wahai Kusai Tandek!. Pergunakanlah kesempatan(sdr orang kepercayaan Dtk Max) yang ada utk menyampaikan(tanpa putus-putus)keluhan, rintihan dan harapan rakyat Utara Sabah khasnya dan Sabah amnya.

Junid Bin Gunsalam berkata...

tq gaaman..
Kita harus tahu PR siapa? pas tu saudara tau yang PR ini betul2 membela nasib kita? sekarang pun, macam diorang2 yang bercakaran menegakkan benang yang basah

Gaaman berkata...

fokuskan kepada pemantapan, peningkatan dan penambahbaikan berterusan 'khidmat berkualiti' kusai tandek kepada masyarakat Tandek. Banyakkan waktu bersama mereka(pengundi), dengar dan fahami la rintihan mereka. Dan yg terpenting sekali bertindaklah segera utk sedaya upaya membantu. Usah gumbira melihat percakaran PR, mana la tau itu hanya gimik politik saja.

Junid Bin Gunsalam berkata...

tq gaaman...atas nasihat dan pandangan. hehehe. teruskan memberi komen dan nasihat dalam blog sy

kimaragang tulin berkata...

Barisan Nasional bercakaran.

Buktinya:
1. Khairy Jamaludin and the geng tiada istimewanya dalam BN.Bikin kacau saja!

2. MCA huru hara. Lantas, Chua Jui Meng masuk PKR. hahaha!!!!

3. Anifah aman dan gapur saleh merajuk. hehehe, nampak sangat gila jawatan!!!!

4. MIC pun berperang sesama diorang. kenapa tidak, sami velu tak mau letak jawatan. berebut rebut dan sampai ugut mengugut untuk mendapatkan jawatan.

5. kesian, pemilihan UMNO macam main tarik tali. sangup bom duit demi mdapatkan jawatan. begaduh sesama geng macam kongsi gelap pula. umban-umban kerusi, betumbuk pun ada! hahaha lucula BN!!!!

6. Tengokla apa yang PBS dapat? Musa Aman dah berapa penggal memerintah, tak pandai2 turun. Makan tahilah PBS kalau dapat membela rakyat sabah!!!!!selagi si anjing MUSA AMAN itu diatas jangan diharapla.. piara Pendatang tanpa Izin pula tu. Apa yang PBS boleh lakukan?????

PBS hanya mampu buat jambatan, jalanraya kecil kampung, kalbot, bantuan ikan sadin dan baras sekali sekala.

SAYA cabar DR MAXIMUS BERJUANG UNTUK PERKARA BERIKUT:

1. Kezaliman tahanan ISA, apa tindakan beliau.

2. kes tanah PT yang dirampas oleh beliau di tandik.

3.IC projek yang dijalankan oleh BN.

4.kes Vincent Tan beli hakim untuk jatuhkan Anwar[video korek-korek]

5. Polis celaka memlsukan DNA anwar.

6. Hak sabah menerima 20 peratus royalti. bukan hanya 5 peratus!!

7. kenaikan harga barang akibat dasar BN menaikkan cukai dan menghapuskan subsidi.

8. penipuan media. semua memutarbelitkan fakta. berita politik dalam televisyen adalah kebanyakan penipu!!!!!!penipu!!!!!!!

9. akta buruh sabah yang menindas pekerja dari segi gaji!!!! gaji amat rendah berbanding semananjung!!!

10. Penipuan SPRM, alat untuk Bn membuat penipuan!!!!!!tidak telus!!!

11. Harga padi!!!nyata menindas petani!!!!!!harga padi amat rendah berbanding kenaikan baarang!!!!!

12. banyaklagilah!!!!!!!!!!!!!!!bagi orang yang sayangkan rakyat dan bukan projek untuk membuncitkan perut!!!!


celaka BN!!!!!!!!!!!!

Junid Bin Gunsalam berkata...

kimarangang tulin..

sy tau lah ko ni pembangkang...tahniah dengan perjuangan saudara...teruskan..