Jumaat, Jun 19, 2009

Kenapa Pas-DAP boleh, Pas-UMNO tak boleh?

SAYA terpanggil untuk bersama-sama memberi pandangan berhubung pembentukan kerajaan perpaduan antara Pas dan UMNO kerana ia adalah satu titik permulaan yang sangat baik ke arah penyatuan dan pembentukan negara Malaysia yang jitu dan kearah perpaduan yang sejati.

Sebenarnya, titik persamaan utama mereka sudah terlalu jelas dan tak perlu dicari lagi. Ini kerana secara umum semua orang Melayu di Malaysia adalah beragama Islam. Maknanya, mereka menyembah satu Tuhan, Allah SWT, menghadap kiblat yang sama, Baitullah di Mekah, berpegang kepada ajaran kitab yang sama al-Quran dan berpenghulu yang sama, Nabi Muhammad SAW. Jadi, dari segi akidah atau kepercayaan, tidak ada sebab mereka tidak boleh bersatu.
Cuma mereka berpecah kerana ideologi politik. Melayu UMNO dan Melayu Pas. Kenapa harus terjadi begini? Sedangkan hakikatnya, kedua-dua parti memperjuangkan Islam dan dikuasai orang Islam.
Di sinilah perlu wujudnya satu kesedaran yang sangat mudah untuk diperakui di kalangan seluruh umat Islam. UMNO dan Pas hanyalah parti politik, bukannya agama! Agama kita semua hanyalah satu, iaitu Islam. Sehubungan itu, sama ada kita menyertai Pas atau UMNO, kita tetap beragama Islam. Tidak ada hukum Islam yang menyatakan semua orang Islam wajib menyertai atau menyokong parti Pas.

Namun, apa yang berlaku selama ini, orang Pas berpendirian setiap orang Islam mesti menjadi ahli atau penyokong Pas. Kalau tidak, mereka bukan orang Islam. Apakah ertinya semua ini? Adakah orang Pas sudah beranggapan atau mahu menyamakan Pas itu dengan agama? Pas itu Islam dan Islam itu Pas? Kalau begitu, bagaimana dengan orang Islam di luar Malaysia? Adakah mereka juga tidak Islam kerana tidak menjadi ahli atau menyokong Pas? Hakikatnya, orang Islam tetap orang Islam, selagi mereka berpegang dan mengamalkan Rukun Islam. Ia tidak boleh dipertikaikan sama sekali seperti yang dilakukan orang Pas terhadap orang UMNO.
Oleh itu, pemimpin Pas juga tidak harus terburu-buru berprasangka buruk dengan cadangan penubuhan kerajaan perpaduan antara parti itu dan UMNO. Sebagai, umat Islam, mereka perlu memahami tuntutan ukhuwah Islamiah yang memberi keutamaan kepada perpaduan sesama ummah terlebih dahulu dan bukannya mendahulukan orang bukan Islam seperti yang berlaku dalam penubuhan kerajaan pakatan antara Pas dan DAP di Perak selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu.

Dalam hubungan ini, saya ingin bertanya kepada pemimpin Pas, terutama Datuk Nik Aziz Nik Mat satu soalan: "Yang manakah lebih baik, Pas bersatu dengan UMNO yang ahli dan pemimpinnya majoriti orang Melayu beragama Islam atau Pas bersatu dengan DAP yang ahli dan pemimpinnya majoriti orang yang terang-terang menentang status negara Islam dan kepemimpinan Islam di Malaysia?" Apakah DAP betul2 jujur dalam menjalinkan hubungan dengan PAS atau ada agenda tersendiri?

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Patut2 jangan dulu ko sibuk hal diluar sana ba Kusai Tandek..
Kaji dulu kenapa banyak betul projek di KM ini yang bermasalah.

Junid Bin Gunsalam berkata...

Saudara Tanpa Nama...

Kita harus berpijak dibumi yang nyata. kita dalam dunia global. dunia tanpa sempadan. dalam penulisan saya ini bersifat global. lagipun banyak orang sudah blogger di tempat kita yang mengkhusus berkaitan daerah KM. apa salahnya sy menulis yang lebih umum dan bersifat global dan seterusnya melontarkan idea-idea untuk tatapan diluar sana. ini cuma perbincangan akademik sahaja untuk kawan-kawan yang sudi sahaja. tq

MAWAR BERDURI berkata...

halu jonid?

bagus jugak coretan kau ni...sekurang2nya ko lagi sedar dari pemimpin PAS sendiri yang terang2 memang pun beragama Islam.

teruskan berkarya. salam buat kawan2 d KM.

Aspirasi berkata...

itulah ajaran sesat yang nik aziz buat. bila berkawan dengan syaitan pun boleh... apatah lagi dengan bapak setan... DAP... boleh..

PAS... parti ajaran sesat

IsOn berkata...

PAS bekerjasama dengan DAP kerana politik, PAS tidak beberjasama dengan UMNO pun pasal politik juga. Tidak ada kena-mengena samada DAP tu Islam dan Melayu atau setan dan bapa setan.

Memang PAS dan UMNO dua2 mempunyai ahli yang kebanyakannya orang2 Melayu dan Islam, tetapi kedua-dua parti ini membawa ideologi politik yang berbeza. Pasal itu susah mau berpadu.

Oleh itu menjawab soalan KT, "kenapa PAS-DAP boleh, PAS-UMNO tak boleh?"

Apa nak heran. Dalam politik kan macam2 ada. rankaiannya mengalahkan astro. agama dan bangsa juga dipolitikkan.

inilah uniknya politik di Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

bezanya Pas dan DAP sama-sama pembangkang. Pas dan Umno pula ialah pembangkang dan kerajaan. itu sebab tak boleh bersatu. bukan pasal agama.

Tanpa Nama berkata...

tahu apa sebab Pas tak terima UMNO? UMNO bunuh Mamali, Baling Kedah 1985, Pas dianak tirikan dalam BN 1970-an, Umno main Sentimen Melayu-Melayu, Umno tidak adil kepada kerajaan Pembangkang, Umno rampas kerajaan Perak, Umno tidak demokrasi dalam media, Umno menipu dalam pilihan raya, umno makan duit rakyat, umno semakin tertekan kehilangan undi melayu, umno mahu memperlagakan pakatan rakyat, umno banyak penyakit dalaman parti, politik wang, menguasai badan kehakiman dan badan penguatkuasa.

Tanpa Nama berkata...

untuk mawar berduri...

orang paling layak bercakap pasal agama ialah orang yang arif tentang agama atau ulama. Nik Aziz ialah ulama. kalau Najib yang cakap ugama, masih tidak layak sebab dia bukan jurusan ugama. apalagi berstatus Ulama. jadi sedarkan najib yang masih lagi kabur dengan kes Altantuyanya..minta dia tampil dimakhamah kalau berani.

saudara Aspirasi..

apabezanya Pas berkawan dengan DAP dan UMNO berkawan dengan MCA dan MIC? kamu yang tak paham-paham. balik-balik kamu orang main sentimen agama dan bangsa. kita ni masyarakat majmuk. walaupun berbeza latar belakang, tapi ia bukan halangan untuk berkerjasama. cuma Pas tak terima UMNO kerana dari dulu UMNO tidak pernah berniat baik terhadap Pas.

Junid Bin Gunsalam berkata...

Untuk tatapan Tanpa nama,

saudara mengatakan bahawa UMNO dan PAS memang tidak boleh bersatu. Tau kah saudara bahawa, dalam PAS itu sendiri termasuk presiden dan tim presiden itu sendiri yang melontarkan idea kerajaan perpaduan. kenapa pula saudara katakan sebaliknya

ADY berkata...

Kesimpulannya,
UMNO,PAS,DAP yang BODOH kerana masing2 tamak kuasa dan duit.
Jangan cakap TIDAK, kalau bukan kerana gilakan kuasa, Anwar tidak akan beriya2 mahu sangat jadi PM.

kes altantuya..betulkah Altantuya mati? atau sekadar propaganda Politik pembangkang dan mereka2 yang terlibat?

Junid Bin Gunsalam berkata...

tq ady,
satu buah fikiran yang baik. sy sokong pendapat ko...

Tanpa Nama berkata...

Junid..

awak buta ka? BN yang melontarkan idea kerajaan perpaduan. ko tak baca ka? ada pun kata-kata dari sebilangan ahli pas itu semasa muktamar pas adalah berupa pandangan peribadi bukan pandangan parti. Nik Aziz pun tak sokong. pandangan peribadi itupun adalah hasil daripada tawaran UMNO. Bukan pas yang bagi tawaran. Macamana kau kata kau pegawai penerangan tapi kau sendiri tak paham.?

Saudara ady,
kau ni tau mengatakan bodoh? macamana kau mempersoalkan kematian Altantuya sedangkan pakar perubatan dan unit forensik yang lebih arif dah mengesahkan kematiannya. isu itu pula tengah dibicarakan dimakhamah dan mendapat perhatian dunia. ko ni memang bodohla. satu dunia menyiasat kes ini, tapi kau pula menafikan pembunuhannya. ko ni siapa? paling pakar diduniaka?