Isnin, Jun 22, 2009

Tidak Layakkah pemimpin dari Sabah????

Baru-baru ini Anwar Ibrahim melantik Azmin Ali (Orang KL) sebagai Pengerusi Perhubungan PKR di Sabah menggantikan diri yang meletak jawatan dalam mesyuarat agung khas PKR. Sebelum ini, Anwar mengambil alih jawatan ini daripada Ansari Abdullah dan Dr. Jeffry Kitingan.
Persoalannya, selepas perletakan Anwar sebagai pemimpin PKR di Sabah, kenapa pla dia melantik Azmin Ali yang boleh dikatakan sangat asing di Sabah. 10% kawasan di Sabah pun belum pernah dijejaki oleh Azmin.
Betulkah orang Sabah tiada yang layak memimpin PKR di Sabah?
Dimana letaknya muka Dr. Jeffry Kitingan yang beriya-iya betul menjawat jawatan ini?
Dimana janji Anwar mau orang Sabah jadi pemimpin kelak. Anwar berjanji jika partinya memerintah, seorang Timbalan Perdana Menteri (TPM) di lantik dari Sabah. Nampak gayanya itu satu janji kosong sahaja. Apalagi TPM, Pengerusi Perhubungan pun dilantiknya orang KL. Anwar tidak harap orang sabah pula. sama-sama kita renungkan..

13 ulasan:

SONSOGON berkata...

inda pandai sedar2 diri bah diurang si Jeffry ni.tarang tarangan suda kana kasi budu oleh si Anwar masi lagi menyukung.kalau butul2 mau lawan BN,buat parti baru.apa juga mau takut kalau butul2 ada penyokong.inda pandai sedar diri.

BUNG ADI berkata...

dgn izin, momogunon ku ki?. amu awasi borini a'baca tongo koruang tokow sid tupak.

Iti no koruol ginawo tokow...tulun tupak amu a'rap tulun Borneo...okon ko e' annuar no ugu dilo...NGA arapon nopoh la waro perubahan sompori. DUDUK sama TINGGI...

Ponulis nohhh...

Junid Bin Gunsalam berkata...

sepatutnya carilah orang sabah bah. apa kurangya orang sabah...orang bijak-bijak berlambak sudah disana-sini. azmin apa kelebihan dia?????

Raja Mogudan berkata...

mcm ada tanda2 sdh si Anwar tu mau rujuk balik sama UMNO! demi untuk menindas rakyat di sabah dan sarawak

RumbiaMasolog berkata...

Dari dulu lg ba...mmg mcm tu.. lihat sahaja brapa kerat org sabah yg pigang jawatan tertinggi dlm Kerjaan? Kurang ka yg layak?... bukan setakat itu ja...sperti perkara yg pernah sya utarakan dulu pn...ttg EPW yg diterima org sabah utk bertugas di KL jauh lebih rendah berbanding org s'mananjung yg bkerja di sabah. Dulu alasan utk menggalakkan org sana keja tpt kita memandangkan masa tu mmg kita kekurangan penjawat awam terutamanya Guru, Dr, Eng dll. Tp skrg alasan dorg, sara hidup di KK sgt tinggi...BETUL KAH????.. sya pernah bercerta dgn sorg kerani yg pernah betugas di kk. Dia ckp elaun sahaja rm900++ dan yg paling best di sana ikan + sayur dia fresh n murah...bukan mcm di KL... nahh... tinggi kah sara hidup di sabah??? tidak tau la.. apa yg saya nampak kualiti kerja atra org sana dan org kita rata2nya kita lbi baik...kerja lebih cepat siap, tidak banyak songeh, apa disuruh pasti dibuat, mesra alam dan yg plg best sentiasa menghormati rakan sepejabat. Jadi kenapa kita masih dilihat seperti rakyat kelas kedua ah????...

P/s.... Harap2 Kusai Tandek boleh mengetengahkan hal ini memandangkan Tuan lebih dekat dgn Menteri yg sekali gus ada pengaruh dlm pentadbiran kerjaan...

Rumbiamasolog... MENOLAK SEKERAS-KERASNYA KEPIMPINAN ANUAR IBRAHIM.....

Tanpa Nama berkata...

kamurang ni ha, memang ketara betul main hentam saja bah. Apa yang dihairankan sangat tentang perlantikan c Azmin tu. bukankah itu jawapan kepada persoalan kemelut PKR di Sabah. Kan Ansari dan Dr. Jeffry awal-awal lagi sudah berebut-rebut mau jadi ketua. Jadi c anwar nipun pandai juga bingung bah, last2 dia lantiklah bah c Azmin untuk leraikan kemelut diorang itu. Kan dulu Matahir pun pernah lantik c Gapar Baba jadi Ketua Perhubungan UMNO di Sabah Masa Tun Mustapha dan Tun Sakaran Berebut-rebut jadi Ketua. Jadi Dalam politik, perkara ini biasa. Kamurang tingu bah di Kedah, c Najib lantik juga c Shafie Afdal jadi ketua. Bukankah dia itu orang Sabah. Nah kalau tingu, di Kedah itu pun bukan calang2 juga orangnya. Tapi kenapa Shafie Afdal pula yang dilantik. Ha ini semua Strategi...

Jadi, tidak adillah komentar kamu disini. 1Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

jadi Tn. KT, what is ur comment about this???

Junid Bin Gunsalam berkata...

hye tanpa nama,
anwar sepatutnya memberi peluang kepada pemimpin tempatan sabah. kita bukan lagi di zaman kolonial british yang segala-galanya british yang atur. dibandingkan jefrrey dan azmin, jefry lagi berpengalaman dan tau selok belok politik sabah. azmin ini masi muda dan perlukan didikan lagi..

Tanpa Nama berkata...

Saya tertarik untuk memberikan ulasan blog saudara.
Kalau saudara berasa hairan mengapa azmin dilantik menjadi Ketua Majlis Pimpinan Negeri Sabah padahal dia bukan orang Sabah. Sedangkan Sabah pun ada ramai pemimpin yang brkelayakan.
Saya juga mahu melontarkan soalan yang sama iaitu:-
1. Mengapa Dr. Max masih lagi mengekalkan MP Kota Marudu sedangkan dia bukan org KM dan ramai lg org tempatan yg bpendidikan di KM?????DIA ORANG TAMBUNAN!!
2. Mengapa Anita menjadi ADUN sedangkan dia juga bukan orang asal KM, dia org Kiulu/Menggatal/Inanam...ramai lg org tempatan yg berpendidikan.
3. Kenapa tidak tanya DO, Luvita mengapa dia di KM sedangkan dia org Penampang. Tiadakah yg layak menjadi DO dr KM??
4. Tanya Najib mengapa melantik Shafie Afdal sbg Ketua Perhubungan di Kedah.
5. Tanya Najib mengapa melantik Hishamudin sbg Ketua Perhubungan di Terengganu.
6. Tanya Najib sendiri mengapa melantik dirinya menjadi Ketua Perhubungan Negeri Selangor.
7. Tanya diri anda? Mengapa anda tidak sayang Sabah. Kita teraniaya sebab semua kekayaan kita diangkut ke Semenanjun sedangkan yg kembali adalah sikit.
8. Tanya PBS mana perjuangan mengembalikan hak Sabah pd awal 90an, mana rayuan kita minta royalti minyak 25% dan hak borneosasi.
9. Tanya PBS mengapa tidak berani bersuara mempertahankan hak2 Sabah.
10. Tanya BN mengapa bukan KDM menjadi Ketua Menteri di Sabah, sedangkan KDM suku yg paling majoriti di Sabah.
11. Tanya diri anda, 10tahun akan datang di mana anda?? JANGAN KUAT MENGHENTAM INDIVIDU. DALAM POLITIK HARI INI MENJADI LAWAN, BESOK MUNGKIN MENJADI KAWAN. SAUDARA MASIH MUDA..CARILAH RAMAI KAWAN, BUKAN MUSUH.

Tanpa Nama berkata...

iya betul kata2 c tnpa name.... i vote u 100%...

Tanpa Nama berkata...

Banyak pakai tanpa nama ni. mungkin saudara junid pikir hanya seorang saja yang menulis. aku yang pakai tanpa nama pun tak tau siapa yang tulis ulasan tanpa nama yang lain. nampak sangatla ramai juga orang tandek yang sama buah fikiran pakai nama tanpa nama. bijak-bijak pula itu, aku kagum berbanding orang Bn yang bodoh walaupun ada pendidikan. apalagi yang setakat sekolah menengah baru sokong Bn lebih-lebih. meluat aku dengan perangai diorang.

hidup tanpa nama Pakatan !!!!!!!
Hidup JURIN!!!!!!!!!!!jangan putus asa!!!!!!!!!!!
Hidupla Antony Jangan putus asa!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Dalam politik semuanya boleh terjadi. Kalau yang dulu adalah lawan, sekarang sudah tinggal sebumbung. Kalau yang dulu adalah kawan, sekarang lawan yang hendak disabung. Akhirnya yang diperbodohkan rakyat juga. Yang jadi mangsa rakyat juga. Kalau sebagai rakyat yang bijak kita jangan sokong orang yang macam lalang ini. Kita mahukan pejuang tulen, yang betul-betul berjuang untuk kepentingan rakyat dan bukan kepentingan sendiri.

Tanpa Nama berkata...

tekancing terus si Junid nda tejawab..kakakakaka..