Selasa, September 08, 2009

Tangguh dan tangguh lagi...

HARAPAN banyak pihak dan orang ramai untuk mengikuti perbicaraan sebenar kes dakwaan liwat Anwar Ibrahim terhadap bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan, dalam masa terdekat, tidak kesampaian. Sejak kes tersebut disebut pertama kali Ogos lalu, sampai kini, ia belum dapat dibicarakan antaranya kerana Anwar mengemukakan permohonan demi permohonan untuk penangguhan. Nampaknya motto baru Anwar ialah Tangguh Tetap Tangguh berbeza dengan Lawan Tetap Lawan ketika kempen pilihan raya umum lalu. Terbaru, kes tersebut akan dipanjangkan lagi pada bulan Oktober. Maknanya, sudah dua kali Ramadan dan Aidilfitri terpaksa dilalui oleh Saiful dengan perasaan tertekan menanti kesnya.
Penangguhan perbicaraan kes liwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi gambaran seolah-olah pemimpin pakatan pembangkang itu takut kepada kebenaran. Penganalisis politik, Dr. Chandra Muzaffar yang juga bekas timbalan presiden parti itu ketika dikenali sebagai Parti Keadilan Nasional berkata, tindakan Anwar itu suatu pembaziran kos, waktu dan tenaga manusia di mahkamah. “Saya bukanlah hendak membuat kesimpulan dalam perkara ini. Namun inilah gambaran yang dapat dilihat. “Kenapa hendak tangguh kalau kita tidak salah. Anwar seolah-olah takut pada sesuatu. Takut pada kebenaran yang akan terbongkar dalam perbicaraan,” Chandra berkata, kes berkenaan sangat penting kepada masyarakat apatah lagi ia melibatkan isu moral. “Justeru sebagai seorang pejuang rakyat dan pejuang keadilan kononnya, Anwar perlu memastikan perbicaraan beliau selesai secepat mungkin. “Anwar perlu bersikap adil kepada mahkamah, rakyat dan yang paling penting mangsa atau pengadu dalam kes berkenaan,” jelasnya. Tambah Chandra, mahkamah tidak harus dipersalahkan ekoran penangguhan demi penangguhan yang berlaku.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, sikap pemimpin pembangkang itu yang sering mencari alasan bagi menangguhkan perbicaraan di mahkamah hanya mengundang tanda tanya masyarakat. ‘‘Kesimpulan kita, dia (Anwar) takut kes dia berjalan. Kalau dia tak bersalah, hadapi di mahkamah. Yang buat demonstrasi jalanan apa hal? ‘‘Orang ramai juga akhirnya akan sampai pada kesimpulan, yang berlaku semua ini ialah kerana dia takut dengan kes dia,” katanya di sini semalam.

20 ulasan:

Gaaman berkata...

nampaknya kebanyakan entri KT lebih menghantam/memburuk-burukkan individu tertentu. Ulasan KT tsbt tidak sedikitpun mengubah kedudukan sosio-ekonomi org Sabah. malah menampakkan pandangan sempit penulis. Secara peribadi saya TERTUNGGU2/TERNANTI2 pemimpin/bakal pemimpin Sabah(BN or PR)yg mampu dan sedia memaparkan perancangan jangka pendek/panjang BAGAIMANA memartabatkan(mengembalikan hak) kedudukan org Sabah dalam lanskap dunia politik, ekonomi, pendidikan dan perkhidmatan awam.
Fikir-fikir dan fikirkan wahai KT, bagaimana sdr mengurangkan jurang antara Msia Barat dgn Msia Timur. Bagaimana memastikan kesamarataan dalam pembahagian peruntukan pembangunan antara semenanjung, sabah dan sarawak.

Lihat jurang perbezaan di sana dgn di sini. Pentadbir sekolah2 di 'sana' merungut kerana "komputer" kurang, TAPI kitaorang di Sabah MENANGIS sebab terdapat (msh banyak) bangunan sekolah yg hanya layak dipanggil 'kandang ayam', tidak cukup guru dan serba serbi kekurangan.

Tidakkah KT terfikir utk memuatkan entri ttg kedaifan yg berlaku di Sabah spya peruntukan pembangunan dpt ditambah???!!.

Semut Kecil berkata...

KT..dari mula saya membaca blog kamukan..semua yg sia baca tidak tau kenapa sia rasa negatif saja o..mungkin sebab tahap pemikiran sia tidak setinggi kamu..sebab sia sekolah pun smpai menegah sja,sia cuba untuk fikir positif..tapi x dapat...tpi bila sia bfikir sebagai manusia,boleh juga la sia bagi pandangan...KT seorang yang berpelajaran tinggi..dan anda boleh mjadi contoh untuk anak - anak muda atau genrasi baru..untuk membawa mereka berfikir bagaimana memajukan bangsa kita orang dusun..setanding dengan bangsa yg lain..bukan masukkan n3 untuk menakut-nakutkan mereka..kenapa sia ckp begini..sebab mungkin KT lupa atau terlalai..bahawa blog yg kita create ini..satu dunia akan membaca,mahupun golongan yg kecil,dewasa atau yg tua...disini kita kena berhati-hati dengan n3 kita..Andai kata budak yg berumur belasan tahun..yg terbaca n3 KT..saya boleh bayangkan perasan mereka..
1.Takut untuk hidup di negera sendiri!
2.Takut untuk dewasa!
3.Takut untuk pergi ke dunia luar!

Sebab n3 KT saja sudah menunjukkan atau memberi tahu mereka..oh..ini ka keadaan diluar sana?oh ini ka yg berlaku bila saya dewasa nanti?..terus terang saya katakan..kebnyakan n3 KT yg negatif..memang kita create blog ini..kita bebas berckp..kerna negara kita demostrasi.."YA" saya akui..tpi kenapa tidak pergunakan kebebasan itu sebaik-baiknya dan ambil peluang utnuk membajukan negara kita...KT siou kopio..bukan untuk menghakimi kamu..sia tidak berhak..Tapi sia harap n3 KT yang akan datang bila di baca oleh orang kita sendiri..wah!!! bgus o blog dia bleh jadikan satu Motivasi....!!!

Junid Bin Gunsalam berkata...

saudara semut kecil..kenapa saudara tergaman komen entri blog saya dan mempersalahkan saya dalam penulisan. sedangkan blog lain yang memaparkan entri kartun, muzik, sukan, reakreasi, sejarah hidup, keturunan keluarga saudara tidak bantai seperti saudara membantai sy. ini bererti saudara ada motif tertentu.

tahukah saudara, setiap blog yang kita tengok berbagai-bagai pendekatan dan tajuk penulisan. itulah variasi blog yang ada sekarang. kita harus menghormati hak kebebasan media saudara. tq...

sopong berkata...

Saya terus terang saja, saya seorang yang berkelulusan universiti. Tidak kurang juga dengan kelulusan si KT ni, tapi saya sangat setuju dengan komen si Gaaman dan Semut Kecil...

Tidak salah mengulas isu nasional, tetapi dalam kapasiti saudara KT ni sepatutnya sebagai seorang pemimpin di Tandek khususnya, KT tidak menunjukkan diri sebagai pemimpin yang betul2 menjiwai rakyat Tandek.

Sebagai pemimpin tempatan, belum ada entry KT yang betul2 berjuang untuk rakyat Tandek. Kebanyakannya isu2 nasional dengan pemikiran senget.

Saya melihat KT memang bercita2 besar, tetapi jika KT tidak dapat menyelami dan memenangi hati rakyat Tandek dan Kota Marudu sendiri, saya tidak hairan kalau rakyat menolak pemimpin seperti KT ni.

Kami sekadar mengingatkan saja. Kau jangan lupa KT orang2 Tandek sekarang sudah lebih pintar dari dahulu. Sudah ramai orang2 terpelajar di Tandek.

Terpulanglah kepada KT untuk menilai semua komen kami ni. Kalau KT tidak dapat memenuhi aspirasi rakyat Tandek, Kota Marudu, dan Sabah terlebih dahulu, ramai lagi orang lain yang boleh diangkat menjadi pemimpin selain KT.

IsOn berkata...

Aiyobo aman. Asee karaatan ong solidikonnu ilo tongo nasiat tongo kinoruangn dilo. Hehe...

Semut Kecil berkata...

saudara KT sia tidak bermaksud membantai kamu dan sia hormati pihak media..sia tidak ada motif yg lain..sia sebagai penduduk tandek, kami sebagai penduduk tandek,Tidak ada masa untuk berjaga atau berminat perbicaraan si Anwar Ibrahim, Kuil pembinaan di selangor,Kaum cina semakin kaya atau sebagainya..sia akui kami perlu tau isu semasa yg berada di luar sna..mgkin itu niat Saudara KT..melahirkn n3 tentang isu-isu ini...saudara KT memang prihatin..tapi kan bagus kalau keprihatianan saudara KT pada isu-isu rakyat di tandek...rakyat disana banyak persoalan...
1. kalau skarang dari Kg Gana - pergi pekan mengambil masa 2jam, bilalah boleh pergi pekan dalam masa 40minit?
2.Bilalah dewan Tandek di baik pulih..Supaya 1 hari nanti YB Anita akan mengadakan apa-apa program buat disana saja,x payah di dewan KM?
3.Bilalah kg Talantang dapat jalan yg halus mcm jln raya dari mosolog - pi Tingkalanon?
4.bila lah semua sekolah di Sekolah kwasan Tandek ini mendapat peruntukkan Komputer yg lengkap?
5.Bilalah cikgu-cikgu di Tandek cukup..?
Banyak lagi la...persoalan mereka ini bukan KT yg perlu jawab..Tapi kenapa KT tidak pernah masukkan n3 yang seperti ini...memberi pandangan,dan sharing dgn rakyat agar rakyat tahu anda prihatin dengan keluhan mereka...ok lah saudara KT..si saudari semut kecil mahu undur diri..salah dan silap harap di maafkan, kalau kita berada di tingkat yg paling atas dan ada orang cuba memanggil dan memperkatakan sesuatu dari bawa, Tidak salah kita tundukkan tengkuk kita kebawa,sekadar mendengar apa yg cuba org bawa katakan...manalah tau perkara yang cuba orang bawa sampaikan itu..membawa kesenangan untuk kita kan?

Tanpa Nama berkata...

KT,
saya pun sangat2 setuju dg komen si Gaaman dan c Semut Kecil.

Kalau n3 yang memaparkan kartun, muzik, sukan, reakreasi, sejarah hidup jarang2 membuat kita berfikiran negative. Dan.. siapa tidak mahu bantai kalau n3 menghina keturunan keluarga.

Peace and salam 1marudu dr boboi.

Junid Bin Gunsalam berkata...

hye boboi...

sapa yang menghina keturunan keluarga? tq

Junid Bin Gunsalam berkata...

Saudara Gaman, Ison, Semut kecil dan tanpa nama...tq kerana seringkali memberi komen di blog saya. suka saya jelaskan disini kenapa entri saya bersifat isu nasional.

tn2 dan pn2,

- blog saya ini dipantau oleh majikan saya iaitu Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Setiap pegawai JASA harus menjelaskan isu yang berlegar-legar di negara kita

- Sebagai jabatan penerang isu, saya harus memaparkan isu semasa untuk tatapan umum. dan blog ini merupakan salah satu KPI kami di dalam perkhdmatan jabatan

- Misi JASA ialah membantu menjelaskan isu demi membantu kerajaan. seharusnya, saya akan melaksanakan tugas seperti yang diamanahkan oleh majikan saya. seorang guru KPI utama adalah mendidik anak bangsa. Pegawai JASA pula KPI utama ialah menjelaskan isu didalam membantu kerajaan menjelaskn isu semasa.

- Kalaulah saudara tidak faham peranan dan fungsi jabatan saya, sila layari http://www.jasa.gov.my/

- kalau saudara masih tidak faham, sila berjumpa dengan sy. tq

Semut Kecil berkata...

KUSAI TANDEK
RUANG PENDAPAT BEBAS TANDEK... TUAN2 DAN PUAN2 DI ALU2KAN UNTUK MELAYARI BLOG INI SEBEBAS-BEBASNYA DAN MENGUTARAKAN KOMEN DAN PENDAPAT DENGAN IKHLAS TANPA SEGAN SILU SESUAI DENGAN KEBEBASAN BERSUARA KITA. SECARA PERIBADI SAYA IKHLAS DITEGUR DAN MENEGUR ORANG LAIN SESUAI DENGAN PRINSIP DAN FALSAFAH HIDUP SAYA . FUYOHHH.......PERJALANAN BELUM SELESAI....

Petikan ini saya ambil dari blog saudara KT..dan dari petikan ini saya menilai blog ini dicipta sesuai dengan petikan di atas..rupanya tidak,kalau begitu lebih baik KUSAI TANDEK tukar pigi KUSAI JASA..untuk memudahkan kami lebih berhati-hati dan memahami setiap apa yg saudara KT tulis dalam n3..,kalau kamu mencipta blog ini untuk kegunaan kamu dlm pekerjaan kamu sekarang...bagus kamu padam lah perkataan ini yg ada di blog kamu..

Penglibatan politik, ketika ini beliau memegang jawatan Naib Ketua Pemuda P.B.S N5 Tandek setelah memenangi pemilihan pada mesyuarat agung pemuda pada Jun 2008. Menjadi generasi pemimpin pelapis yang tabah, sederhana dan berpendirian teguh menjadi asas perjuangan beliau.Salam Perjuangan

Sia rasa ini pun buat orang Tandek keliru juga ni...Saudara KT kalau sia tengoh kamu punya profile kan..kamu seorang yg teguh pada pendirian..dan apa saja komen dari kami pun itu tidak akan mengubah siapa kamu...Tapi orang yang akan membaca setiap penulisan kita...tahu menilai baik dan buruknya....Salam Damai.

Junid Bin Gunsalam berkata...

hai semut kecil,,

nama blog seseorang tiada kaitan dengan entri penulisan.

Don MS berkata...

He..he..he..
Pedas-pedas ulasan pengundi Kota Marudu tu Junid... Jangan buang semua! Mungkin boleh difikirkan panjang-panjang.. demi masa depan orang kita ju8ga bah. he..he..

Apapun, saya tidak hairan sangat dengan kes-kes tertangguh ni. Sudah berapa orang Ketua Hakim Negara yang sudah bersara sehingga sekarang? Kes-kes penghakiman yang duuuuullluu... punya pun, ada yang belum selesai. Ada juga Plaintif dan defendan yang sudah KO... tanpa sempat mengetahui keputusan perbicaraannya...

Cuma, kes-kes berprofile tinggi ni saja yang orang kisah sangat. Kalau kes berlaku hari ini... besok, kalau boleh, mahu diselesaikan cepat-cepat. MENGAPA ADA DISKRIMINASI DALAM KES-KES PENGHAKIMAN?
BAGI SAYA, KES PENGHAKIMAN RAKYAT BIASA DENGAN KES PENGHAKIMAN YANG MELIBATKAN ORANG POLITIK ADALAH SAMA... SEPATUTNYA, FIRST COMES FIRST SERVED BAH KAN....???

sopong berkata...

Nampaknya KT keliru dengan diri sendiri.

Tidak pasti berjuang untuk JASA atau sebagai Kusai Tandek sebenar.

Semua orang tertipu. Rupa2nya blog ini hanya untuk memenuhi KPI. Hahaha...

Gaaman berkata...

Ini la cabaran(or kebodohan?!) besar "org kita" - terpaksa berhati-hati tika berkata2, menulis dll krna menjaga hati "dorang". Tapi selama 46 tahun(Malaysia), ada ka 'dorang' pernah menjaga perasaan dan sensitiviti 'org kita'???..

Tanpa Nama berkata...

Saudara Junid,
Mahu tanya kau kerja dengan kerajaan kah atau BN(UMNO)? kalau BN (UMNO) ngamlah blog kau ni berat sebelah... kalau dengan kerajaan Malaysia, kau salah tu... Patut org kerajaan jangan ikut politik sangat... esok kalau tumbang BN(UMNO) yang di amanat jaga kerjaan Malaysia skg.. siapa bos kau...

rz_1978@kimaragang

kimaragang tulin berkata...

ahahaha!

aku pun baru tau, rupanya blog ini dibuat untuk tujuan KPI. mudah-mudahan dapat markah baik. dapatla jawatan lebih tinggi sikit. silap2 dapat jadi calon akan datang.hahha.

saudara JUNID,

seorang pemimpin harus berjuang untuk membela rakyat. bukannya membela pemimpin BN. saudara lebih kepada membela BN daripada rakyat. apa faedahnya saudara mengutuk anuar ke atas kebajikan dan peningkatan taraf hidup orang tandek. bagus lagi kau siarkan berita-berita tentang kedaifan rumah, jalan raya, tali air untuk pengairan padi, kedaifan sesetengah sekolah dipedalaman macam di Gana, Sonsogon, pencemaran sungai dan alam sekitar ditandek, masalah kawasan banjir yang perlu ditangani, kebajikan orang miskin, orang tua, balu ibu tunggal, program peningkatan kesihatan penduduk, program keusahawanan, kebudayaan orang kimaragang yang perlu ditonjolkan, gejala sosial remaja tandek, peningkatan kes rogol dan bunuh, isu-isu pendidikan, bantuan kepada penderita penyakit kronik dan memerlukan rawatan pembedahan, perpaduan, isu cukai pintu, harga padi, isu tanah, isu projek jalan raya yang saya lihat kurang kualiti dan cepat rosak, jalan 10 km tapi buat separuh saja [tak nak cakap sbb sensitif, lagi pun sudah dilaporkan tetapi DO dapat percent macamana?] dan macam-macam isu tandek yang boleh menambah pengetahuan, serta apa yang penting supaya kerajaan memerhati masalah ini dan turun padang untuk melakukan penambahbaikan.

ini, blog kau kebanyakan menghentam pembangkang.


harus diingat junid, rakyat menilai pemimpin daripada penghayatan dan usaha untuk membangunkan mereka.


tapi, blog saudara lebih rela memporbodohkan orang tandek daripada membela mereka!!!

saudara mahu orang tandek menjadi bodoh agar tidak berubah dan menjadi pak turut BN.

kimaragang tulin berkata...

satu lagi junid,

komen Boboi tentang "siapa tidak bantai n3 yang menghina keluara"

bermaksud andaikata [sekiranya] ada n3 yang menghina keluarga siapa tidak akan bantai. bukannya bermaksud bahawa n3 saudara menghina keluarga. ayat tersebut juga merupakan penegasan bahawa semua n3 yang bersifat negatif akan mengalami nasib serupa iaitu dibantai oleh kawan2.

so, sebagai pegawai penerangan kau harus lebih teliti. kalau tidak, orang tidak akan mempercayai saudara.

moki maap oku ong borosku diti koruol do ginawonu ki..kito diti mikokoruang mantad sid sikul po.

iduan ko ki...Junid. koniko rumasang.

Tanpa Nama berkata...

Saudara Junid, hendaklah setiap dari diri kita mengingati bahawa segala yang kita lakukan akan dipertanggungjawabkan oleh tuhan alam semesta. Adakah kita ikhlas terhadap perjuangan bangsa, negara dan agama atau semata-mata atas kepentingan perut kita....? Pemimpin yang baik harus meneliti semua aspek, bukan membiarkan mata hati buta kepada fakta.. Apakah keutamaan kita dalam perjuangan? Pemimpin harus memperjuangkan hak kepada yang dipimpin.. Tanpa mereka kita bukanlah digelar sebagai pemimpin... Saudara amat bercita-cita untuk menjadi saf pimpinan hadapan bukan?.. Nah.. saudara harus bijak menilai... Kadang-kadang pahit bukan bermakna racun.., pahit buleh jadi penawar.. demikianlah apa jua urusan kita seharian... Kedegilan tidak akan membawa apa-apa makna...Semua komen yang diberikan sebelum ini memenag mencabar kelelakian anda sebagai pemimpin BN... tetapi bukan kah begitu yang seharusnya ditempuhi oleh seorang yang berjiwa pemimpin... Saya kira masalah BN sekarang ini dapat dinilai daripada peribadi Saudara...

MINDAGURU berkata...

Sdr..Biasalah lain orang lain pendapatnya tentang sesuatu isu. Spt pepatah melayu mengatakan "lain padang, lain belalang". Walau bagaimanapun teruskan...

Junid Bin Gunsalam berkata...

tq minda guru...