Khamis, September 24, 2009

Lim akui Najib ‘ bukan mudah’ untuk diketepikan sebagai PM

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengakui bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak adalah lebih sukar untuk diketepikan sebagai perdana menteri kerana dia telah membuktikan dirinya sebagai pemimpin politik yang lebih berkesan berbanding Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini. Dalam temu bual dengan akhbar Financial Times of London yang diterbitkan Selasa, Lim, yang sudah mula memikirkan pilihan raya umum akan datang, berkata: "Ada peluang (pembangkang memenangi majoriti kerusi Parlimen) tetapi ia tidak akan mudah. Mungkin ia lebih sukar di bawah Najib berbanding Abdullah. Saya berpendapat Najib dapat melakukan sesuatu dengan lebih baik berbanding Abdullah."
Menurut Bernama laporan, yang ditulis oleh koresponden Singapura, Kevin Brown, berkata komen Lim, yang juga setiausaha agung DAP, adalah berbeza dengan gaya retorik yang agresif Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar telah mencadangkan kerajaan pusat yang diterajui oleh Barisan Nasional (BN) mungkin dipaksa keluar sebelum pilihan raya umum akan datang dengan tindakan 'melompat parti' di kalangan ahli Parlimen. Pakatan Pakyat menguasai 83 daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat dan hanya perlu memang 29 lagi kerusi Parlimen untuk mengambil alih tampuk pemerintahan. Laporan itu menyebut Najib, sejak mengambil alih sebagai perdana menteri April lepas, telah mendekati pengundi dengan merangka dasar untuk semua kumpulan etnik, menentang rasuah, membebaskan banduan politik dan menumpukan sumber ke atas kerusi yang berpotensi untuk dikuasai semula.
Bagi menekankan keseriusan, laporan itu menyebut Najib baru-baru ini mengumumkan inkuiri terhadap skandal projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ). Baru-baru ini, CLSA Asia-Pacific Markets, sebuah firma broker saham dan pelaburan yang bebas berpangkalan di Hong Kong, berkata Najib telah mendapatkan semula 'pegangan' dengan sebilangan dasar dan tindakannya yang menarik dan positif sejak mengambil alih kepimpinan kerajaan. Ia termasuk meliberalisasikan Dasar Ekonomi Baru, memastikan lebih banyak ketelusan, mempercepatkan pemberian projek infrastruktur dan meningkatkan hubungan dengan Singapura bagi menarik pelaburan langsung ke koridor pembangunan selatan di Iskandar Malaysia.
Melabelkan pembaharuan positif dalam bidang ekonomi dan sosial yang dibawa Najib sebagai "Najibnomics", CLSA berkata ia bertujuan merangsangkan ekonomi domestik, menarik pelabur dan kepakaran asing, mengurangkan karenah birokrasi, membanteras jenayah dan rasuah, menekankan peningkatan akauntabiliti dan menggalakkan perpaduan negara menerusi konsep 1Malaysia. Berlandaskan latar belakang dalam bidang ekonomi perindustrian dari Universiti Nottingham, CLSA berkata Najib pantas melaksanakan pelbagai pembaharuan fiskal dan struktur negara.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salmz saudara junid.

entry2 begini harus kau sebutkan sumbernya saudara, jgan main copy-edit-paste saja. kalau ada apa2 fakta yang salah kau yg akan dipertanggungjawabkan. sebagai seorang yang ada master, mesti tau macamana menghargai karya orang lain. sebab masa buat tesis pun begitu, selain yg bukan kita punya idea harus dinyatakan sumbernya..sebagai tanda hormat dan penghargaan atas susah payah pemilik asal idea tersebut. jangan main radu saja urang bilang. orang buli tau juga ba originaliti sesuatu perkara.

walauapaun saya mengucapkan tahniah kerana teknik saudara mengundang banyak komen negatif berjaya untuk menarik pengunjung ke blog anda..namun berhati..hati..

Tanpa Nama berkata...

Salam Sejahtera KT

Saya bersetuju dengan apa yang di katakan oleh Tanpa Nama.... kena saman ko baru tau. Jgn harapkan kita berpendidikan tinggi sehinga mengabaikan perkara-perka remah yang besar balanya Junid. Saya juga bersetuju entri dalam blog ini banyak mengundang respon negatif dari semua orang. Jadi hati-hati dengan apa yang hendak diperkatakan. Saya nak beri pendapat sikit, jangan terlalu sangat sibuk memperkatakan hal2 luar sana sedangkan tempat sendiri ko belakangi, jangan jadi macm orang yang kuman di seberang ko nampak, gajah di depan mata ko tak nampak. Jangan asyik nak perkatakan tentang orang dan tempat lain tapi tempat ko dimandatkan sebagai pemimpin ko tak hirau sikit pun. Ingat, ko pemimpin bagi generasi baru, beri lah teladan yang baik.

Tanpa Nama berkata...

Kekadang kepintaran saudara KT memperlihatkan kebodohan diri sendiri sebagai orang yang terpelajar...Jadi lah seorang pemimpin yang menjadi contoh pada rakyat..ini asyik - asyik n3 yg negatif..haaaaaa!

Junid Bin Gunsalam berkata...

tanpa nama..

sy rasa sy tidak salah menulis entry macam ni. tanpa nama tau. entry sy ini bersifaf nasional. yang kamu ini asyik bantai orang saja apa hal....

kusai berkata...

haha..encik junid awalnya melatah. mustahil ko tidak tahu pasal hak cipta ini..lagipun atas kapasiti sebagai ketua penerangan bla..bla..misti ko tau ini kan. jgn ba cepat menempelak pendapat urang. ko wujudkan blog ini,bukankah untuk membuka gelanggang? di sini lah antaranya tempat utk rakyat kerdil mcm kami tuk menguji saudara dalam segala aspek. klu ingin menjadi ketua pemuda pbs dan bla..bla, harus tahu mensintesis ini semua..ini hanya sebahagian dr mcm2 perkara. buka sedikit ba fikiran saudara tuk menerima pendapat urang..
apa pun minta maaf..sya yg bikin tu entri tanpa nama pertama tu. kenapa nda suda buli taruh tanpa nama suda ahh? ada perasaan lain ka klu nda tau siapa yg menulis?..kami lagi risau ba..segala hak kami nda tau siapa yg bertanggungjawab..klu tau kami tau juga mcmana mau tuntut tu..tapi kami tau la sedikit..pemimpin mcm kamu la pasal segala kebobrokan d km ini..tapi itu suntuh saja ba..bukan ko saja pemimpin sini bandau..
banyak lg yg dulu2..dan ingat banyak lg yg lebih berkelayakan tuk menukar kamu..

kimaragang tulin berkata...

junid..

Abdullah VS Najib siapa lebih baik?

adakah ini penting untuk pihak yang pro pakatan rakyat?

sekarang bukan masa untuk becakap soal abdulah dan najib. tapi masa untuk tukar kerajaan.

abdulah dan najib sama saja. dua-dua BN. jadi orang pakatan ketawala. ngam juga diorang tidak ngam. hahaha

Najib,pairin,musa,abdulah,mahathir dan semua pemimpin Bn sama saja! patut dijatuhkan..

Lim tidak bermaksud bahawa Najib itu baik, perlu disokong , perlu dikekalkan. Lim cuma membuat penilaian kekuatan lawan lama dan baru.

so, orang bodoh saja terperangkap dgn gaya penulisan macam ni.wakkakakaka!!!