Rabu, Februari 04, 2009

Selepas Negeri Perak Siapa??????

Kekalutan dan kemelut politik di Perak sudah mencapai tahap tenat. Selepas SPR mengumumkan pilihanraya kecil tidak perlu diadakan, dua ADUN Changkat Jering dan Behrang kedua-duanya ADUN PKR mengumunkan keluar PKR dan mahu menjadi ADUN bebas. Namun demikian, keputusan mesyuarat exco Perak yang dipengerusikan Menteri Besar Nizar (PAS) mengumunkan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Perak tidak mengiktirafkan kewujudan dua ADUN Bebas. Ini bererti kedua-dua ADUN ini tidak perlu lagi menghadiri mesyuarat Exco perak pada masa akan datang. Keadaan ini menjadikan kerajaan PR menunggu menyembah bumi (gulung tikar secara terhormat). Apa tidaknya kerusi DUN PR hanya tinggal 30, BN kerusi DUN 27, dan BEBAS kerusi DUN 2. Apa akan berlaku jika ADUN bebas ini menyertai BN. sudah tentu jurang perbezaan kerusi DUN hanya 1. Bila keadaan ini berlaku, macam-macam berlaku. Adakah ramalan penulis bahawa Perak mendapat Menteri Besar baru dalam masa terdekat ini menjadi kenyataan?
Ketika ini, muncul pula persoalan kedua iaitu selepas Negeri Perak yang penuh dengan kekalutan politik, negeri mana lagi yang menyusul? adakah Selangor? tunggu dan lihat....

salam perjuangan

6 ulasan:

Rijas berkata...

Politik memang seperti ini, datang dan pergi hanya untuk kepentingan peribadi. Sekiranya budaya ini tidak diubah, kemajuan sukar untuk dicapai. Politik seharusnya digunakan sepenuhnya untuk semua. Maksud saya sungguh2 untuk memberi keutamaan kepada rakyat dan kemajuan sesuatu tempat.

Junid Bin Gunsalam berkata...

hehehe ...itulah namanya politik; politik penuh dengan seni, kelicikan, kebijaksanaan, tahan tukul,pengaruh dan boleh mempengaruhi...kalu tiada ciri2 semua diatas jangan lah cuba ikut2 politik. seorang ahli politik harus bersedia dihina, dicaci, difitnah, dihormati, disegani, disanjung dan sebagainya...hehehehe. ini lah namanya politik

Unknown berkata...

Salam nid,

Tq kerana menghendap blog saya...he..hee. Kedatangan saya ni adalah untuk membalas kunjungan saudara ke blog saya. Akan mengikuti entri2 saudara dari masa ke semasa.

Salam Ceria.

Junid Bin Gunsalam berkata...

tq nil...
bah sekarang kita jadi rakan seblog sdh..bertukar-tukarlah kita pendapat ar..hehehehe

Raja Mogudan berkata...

teruknya politik Malaysia nie mcm cara negara Africa, lama2 huruharalah negara dan tidak heran ramai2 wakil rakyat MP dari BN menyeberang ke PR, semuanya kerana RM

Rijas berkata...

Ia..politik memang mcm tu hehehe..tapi..bergantung juga ba sama tu orang kan. pemimpin yang baik membawa politik yang baik. hehe