Selasa, Februari 10, 2009

16 September dicita, 6 Februari dicipta…


Kita mentadbir, Allah jua yang mentakdir…itulah hakikat yang kita perlu dan wajib terima Kita hanya boleh berusaha, tetapi kejayaan atau kegagalannya di luar kemampuan kita. Lain yang dicita-cita, lain pula yang terjadi. Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengidamkan untuk mengambilalih tampuk pemerintahan negara, atau lebih ringkasnya menjadi Perdana Menteri sejak 8 Mac 2008 lagi. Pada tarikh itu, pihak pembangkang mendapat banyak kerusi Parlimen melalui pilihanraya ke-12. Malah, pihak pembangkang juga dapat menumbangkan kerajaan bertahan, Barisan Nasional (BN) di empat buah negeri iaitu Selangor, Perak, Pulau Pinang dan juga Kedah. Anwar telah mewar-warkan 16 September 2008 sebagai tarikh untuk beliau mengambilalih kuasa dengan membuat propaganda akan membeli 31 Ahli Parlimen BN masuk dalam PKR. Tarikh 16 September dipilih kerana tarikh yang sama adalah hari pembentukan negara Malaysia pada tahun 1963. Demikianlah hasrat Anwar - pelbagai janji, isu dan gelagat dipamerkan dan diawar-warkan - semuanya menuju ke puncak kejayaan di Putera Jaya. Tarikh 16 September 2008 telah berlalu dengan sunyi - tiada perarakan untuk meraikan Perdana Menteri yang baru dan tiada apa-apa yang berlaku di pusat pentadbiran negara itu. Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi masih berada di sana menjalankan tugasnya. Begitu juga dengan menteri-menteri yang lain, juga masih macam biasa. Tiba-tiba meletup isu besar di negeri Perak - negeri yang diketuai wakil PAS tetapi dikuasi DAP bergelora. Geloranya membuak hingga ke peringkat pusat! Manakan tidak, seorang Ahli Dewan Undangan Negerinya, Datuk Nasaruddin Hashim (Bota) mengisytiharkan keluar dari UMNO dan menyertai Parti Keadilan Rakyat. Lebar sungguh senyuman Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Nizar Jamaluddin kerana melihat kes lompat parti itu sangat menguntungkan pakatan parti pembangkang di negeri itu. Entah macam mana, sehari kemudiannya, Speaker Dewan Undangan Negeri, V. Sivakumar pula mengumumkan dua orang wakil rakyat PKR iaitu Jamaluddin Mohd. Radzi (Behrang) dan Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering) telah meletakkan jawatan. Tiga jam kemudiannya, kedua-dua orang tokoh kontroversi itu menafikan mereka telah meletakkan jawatan seperti mana dinyatakan oleh Sivakumar yang kononnya beliau menerima surat perletakan jawatan itu pada pukul 5.45 petang 1 Februari lalu. Lagilah terkejut semua orang. Seorang menyertai PKR tetapi dua orang meletak jawatan.sebagai wakil rakyat. Mereka kemudiannya menafikan meletak jawatan, sebaliknya mengumumkan keluar dari PKR. Sehari kemudiannya, timbul pula cerita wakil rakyat DAP iaitu Hee Yit Foong (Jelapang) yang 'hilang'. Malah, pada majlis sambutan Jubli Perak pemerintahan Paduka Seri Sultanpun, beliau tidak kelihatan. Semakin kalut jadinya. Ir. Nizar dan Pengerusi Badan Perhubungan Bn Perak, Datuk Seri Najib Tun Razak kemudiannya silih berganti menghadap Sultan Perak. Nizar menghadap mohon perkenaan Tuanku selepas mengiisytiharkan Dewan Undangan Negeri sedangkan beliau harus mendapat perkenan dahulu sebelum melakukannya. Najib pula menghadap kerana BN sudah mendapat jumlah kerusi yang cukup untuk menubuhkan kerajaan baru setelah ADUN Bota kembali ke pangkuan UMNO manakala Jamaluddin, Mohd. Osman dan Yit Foong mengakui kepada baginda akan menyokong BN. Demikianlah senario sehingga 4 Februari. Nizar yang mengumumkan pembubaran Dewan, bagaimanapun menegaskan beliau masih lagi menjadi Menteri Besar dan akan meneruskan tugas-tugas rasminya termasuk berkaitan dengan sambutan Jubli Perak. Esoknya Najib mengumumkan ADUN Pangkor, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir ssebagai Menteri Besar yang baru dan hari ini, 6 Februari 2009, terciptalah satu lagi sejarah di Perak. Dr. Zambry, 47, mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Perak yang ke-11 Dalam masa kurang daripada seminggu, tanpa war-war, tanpa heboh-heboh dan tanpa pertumbahan darah, malah tercalarpun tiada, Dr. Zambry mengambilalih kepimpinan negeri. UMNO dan BN sudah kembali berkuasa setelah menumbangkan kerajaan BN yang diterajui Datuk Seri Tajol Rosli sebagai Menteri Besar kira-kira 10 bulan lalu. Namun, sehingga semalam, Nizar masih mengisytiharkan dirinya sebagai MB walaupun telah dititahkan Tuanku Sultan bagi beliau dan seluruh pimpinan parti pembangkang meletakkan jawatan masing-masing. Hari ini, Dr. Zambary mengangkat sumpah, tetapi para pembangkang menjadi sampah berdemontrasi di depan istana. Tidak perlu ditanya siapa di sebalik perhimpunan haram ini. Adalah lebih baik kita mengkaji dan meneliti apakah jenis masyarakat yang kita punyai masa ini. Titah perintah Tuanku disanggah, perundangan tidak diendah, peraturan dipandang rendah dan kesan biadap serta derhaka dianggap mudah. Nizar sendiri memohon untuk derhaka kepada Tuanku, apatah lagi para pengikut di jalanan! Lupakah Nizar dan rakan-rakan lain bahawa Sultan Perak pernah menjadi Ketua Hakim Negara? Sebagai Ketua Hakim Negara, pelbagai undang-undang dan peraturan sentiasa berlegar di kepala Tuanku. Tuanku Sultan yang amat mahir mengenai Perlembagaan Negara, tentulah mengetahui dan lebih memahami daripada seorang jurutera yang memohon untuk menderhaka itu. Jikapun Tuanku dilihat sudah lama meninggalkan badan perundangan, sebagai Sultan, Baginda boleh meminta bantuan dan pandangan daripada pakar-pakar yang ada di seluruh negara yang kebanyakannya adalah kenalan dan sahabat-sahabat Baginda sendiri. Tidak boleh dan tidak wajar sesiapapun menolak titah perintah dan keputusan Sultan, waima seseorang itu merasakan berjawatan atau pendidikan yang tinggi. Nizar dan mentornya, dalam kes ini tentulah termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim wajar kembali merujuk kepada Perlembagaan dan perundangan negara kerana apa yang dilakukan oleh Baginda Sultan Perak adalah yang berasaskan dan berpaksikan kepada kedua-dua aspek berkenaan. Pembangkang sebaliknya, lebih gemar merujuk dan mengulangi demonstrasi jalanan. Apabila demonstrasi berlaku, pihak polis pasti mengambil tindakan dan apabila polis bertindak, mereka akan dituduh sebagai alat kerajaan dan BN. Lebih teruk daripada itu, mereka sedang berusaha keras untuk menyemai dan menyematkan rasa benci terhadap poliss dan institusi mereka, PDRM.. Nampaknya, tidak banyak orang, termasuk yang berketurunan Melayu yang tidak menghayati kisah Sikitol dan Mendeliar di negeri Melaka kira-kira 600 tahun nan lalu. Melaka tidak mungkin ditawan jika tidak kerana petualang tempatan sendiri yang membocorkan strategi keselamatan Melaka dan membuka pintu tatkala musuh datang menyerang. Demikianlah kini, bukan orang lain yang merusuh menentang titah perintah dan keputusan Tuanku Sultan. Bukan orang lain juga yang mahu derhaka kepada Tuanku atas sifatnya sebagai raja Melayu. Bukan orang luar atau pendatang yang turut cuba membenci intitusi polis dan kerajaan Melayu yang ada, Kita masih mencari dan menunggu jawapan Anwar Ibrahim, kenapa PutraJaya yang dikejar, Perak pula yang keciciran? Bagi BN Darul Ridzuan, negeri itu tentulah sudah naik tarafnya menjadi Emas dan sebagai sesuatu yang sangat berharga, pasti akan mengawasi dan membelainya bagaiakan menatang minyak yang penuh!
Tarikhh 16 September dicari, tanggal 6 Februari yang menjadi.

9 ulasan:

Unknown berkata...

Salam Nid,

Saya ingin membuat sedikit komen…mungkin agak panjang…
Saya amat kagum dengan hasil-hasil tulisan saudara. Pada saya saudara mempunyai pengetahuan yang arif dan rasanya cukup baik di dalam isu politik semasa. Tahniah untuk saudara.

Namun.....

Terfikir sekali lagi, rasanya lebih bermakna jika tulisan saudara dimanfaatkan kepada isu politik setempat terutama di kota marudu dan kawasaan N5 Tandek khususnya. Mungkin ramai yang gembira dan ingin turut serta memberikan cadangan dan pendapat kepada isu-isu semasa di kawasaan kita. Paling tidak pun, mungkin sedikit sebanyak akan dapat membantu memperbaiki kawasaan kita. Rasanya banyak kepincangan yang berlaku di kawasaan kita dan tanggungjawab tersebut bukan lah boleh dipikul oleh orang perseorangan melainkan atas gabungan semua pihak baik pembangkang mahupun pemerintah.

Sebagai tunjang kepada barisan pemuda N5 Tandek, mungkin hasil-hasil perbincangan melalui alam maya ini boleh saudara bawa ke hadapan di dalam mana-mana mesyuarat bahagian dan mungkin juga boleh dijadikan sebagai sebahagian daripada agenda pemerintah BN untuk memajukan kawasaan Kota Marudu dalam masa 4 tahun ini sebelum pilihanraya sekali lagi.

Pada saya, isu DSAI dan DS Najib ini, kita tidak perlu lah bincangkan secara besar-besaran. Pastinya semua pihak akan cuba menegakkan tali yang basah dan tidak akan berkesudahan. Kita sendiri pun mungkin tidak pasti akan kesahihannya. Misalannya, jika orang menyatakan 5 keburukan DSAI, rasanya ada dikalangan kita yang akan juga menyatakan 5 keburukan DS Najib malah mungkin lebih.

Walaupun kerajaan kita sekarang ini banyak kepincangannya : rasuah, penipuan, kronisme dan lain-lain seperti yang kita biasa lihat di kaca tv, internet dan surat khabar namun saya bersyukur kerana kita masih aman, tidak risau jika pergi kemana-mana. Rakyat masih mampu mencari rezeki untuk menampung kehidupan seharian.

Jauh di lubuk hati, memang ingin kan satu perubahan. Tetapi bagi saya, jika semua sepakat mahukan perubahan, biar lah ia berlaku semasa PILIHAN RAYA.

P/S Yang paling ketara, jalan raya Tandek – Longob sehingga hari ini masih belum siap. Hujan baru-baru ini saya pasti menyebabkan pasir-pasir di jalanraya hanyut. Struktur jalan, tinggal batu yang pastinya tidak bertahan untuk jangkamasa lama. Jika tambah pasir/tanah, pastinya ada pertambahan kos. Kalau di KK, syarikat MICHEAL ENTERPRISE S/B ni bukan calang-calang. Kalau setakat 1 KM, kerja penurapan boleh disiapkan selama 3 hari…tak pa..kasi la 2 minggu. 2 bulan berapa kilometer sudah.?

Mohon maaf ya jika menyinggung perasaan. Semua ini adalah semata-mata kearah kebaikan.

Sekian dan Salam Ceria

Junid Bin Gunsalam berkata...

hye nil..
tq dengan komen dan pendapat saudara. sy bangga dengan saudara yang sy kira boleh memberi pendapat yang bernas.

hehehe..bukannya sy tidak mau menulis berkaitan dengan politik dan keadaan ditempat kita. tetapi penulisan saya ini bergantung kepada isu-isu semasa berlaku dinegara kita. sebabnya, kami semua pegawai JASA harus mempunyai blog sendiri dan harus mengulas isu-isu semasa yang berlegar-legar di bumi malaysia. blog kami juga akan dipantau oleh pihak ibupejabat kementerian.lagi satu, sebagai kakitangan kerajaan under kementerian penerangan, kami harus membantu kerajaan dalam memperjelaskan isu semasa kepada rakyat melalui penulisan blog.

tapi jangan susah nil, lain kali saya akan menulis mengenai daerah kita.

Raja Mogudan berkata...

napa ko sangat benci sama Anwar nie Junid?, jangan2 ko tdk kena gay nie kan? -:)

Tanpa Nama berkata...

Yalah...orang yang memperjuangkan kebaikan tidak seharusnya dibenci dan ditolak. Lainlah kalau si anwar tu berniat buruk. Jangan kita ungkit peristiwa2 lalu beliau yang tidak disahkan benar. Perjuangan Anwar adalah satu perjuangan yang membanggakan. Tidak seharusnya dibenci!!!

Junid Bin Gunsalam berkata...

hye srixon..
kita sama2 tinggal dikota marudu dan sy kenal ko. ko kerja di kebajikan. saya sudah risik ko d sana..
berani kau tuduh macam itu. ya la saya orang tidak bermoral la. dan ko orang baik. terima kasih saja tuduhan saudara.
semua kita punyai prinsip dan asas perjuangan. tidak mungkin prinsip kta berubah dalam sekelip mata. bukan pasal benci anwar..tapi itu hak dan prinsip kita. fahamkan. lagipun, ko pla napa sangat benci dgn najib? jangan2.....tapi sy tidak la tuduh ko bkn2. sy bkn jenis macam ko yang suka menuduh org. tq

Rijas berkata...

Hai Srixon..saya faham dengan perjuangan kamu dan saya tahu kamu mahu buat perubahan tetapi saya ingin buat teguran tentang komen saudara terhadap saudara Junid. Kalau kita membuat komen biarlah ia berasas, berfakta dan bersifat moral. Kita mestilah menghormati orang lain. Saya kenal saudara Junid. Dia seorang yang bermoral dan pastinya tidak layak menerima komen saudara itu. Sesiapapun, jangan buat komen seperti itu. Sorry ya..

Raja Mogudan berkata...

saudara Junid dan Rijas jangan terus panas bah no joke no fun sya nie suka main2 saja, bah bila ko senang2 kita pigi minum2, boring di ofis dan saja kacau2 blog ko bah nie, tulisan saudara amat sya kagumi, keep it up k dan jgn cepat marah2 kalau kena komen yang pedas2, sbb itu lah realitinya kehidupan kita seharian mesti tahan tukul bah tompinai, masa depan saudara cerah bah sbb masih muda dan berwawasan tapi sya sokong saudara dari belakang saja kio -:)

Raja Mogudan berkata...

saya sokong saudara 101% kalau menulis politik pasal daerah KM, rasanya daerah kita nie jauh ketinggalan, siapa lagi kita harap untuk memajukannya kalau bukan mcm kamu yang berpendidikan tinggi, keep it up k tompinai dan senyum2 lah selalu -:)

Junid Bin Gunsalam berkata...

hye srixon..
bah boleh bah kita minum2. sy on saja.