Selasa, Disember 15, 2009

Bangsa Kimaragang

Tahniah kerana baru-baru ini terlancarnya Pertubuhan Kimaragang Malaysia (PKM) pada 13hb Dis 2009 di Dewan Kg. Masolog. Ini menjadikan Suku Kaum Dusun Kimaragang yang majoriti menetap di Daerah Kota Marudu telah mempunyai dua (2) persatuan iaitu Persatuan Kimaragang Sabah Bersatu (PKSB) dan PKM dan satu (1) berstatus Alumni Kimarangang yang masing-masing mempunyai kepala/ketua tersendiri.
tahniah kepada ketiga-tiga pemimpin persatuan ini kerana mempunyai misi untuk menaiktaraf suku Kimaragang. Akan Tetapi secara peribadi, saya lebih suka melihat ketiga-tiga pemimpin persatuan ini boleh duduk satu bumbung persatuan dan bersama-sama menjana idea dan fikiran ke arah membangunkan Bangsa Kimaragang. Di bawah satu bumbung persatuan ini yang ikhlas memperjuangkan Bangsa Kimarangang, orang-orang kuat ini bersama-sama memeras otak dalam menterjemahkan miss dan visi serta hala tuju Bangsa Kimarangang.
Tidak dinafikan dengan kewujudan tiga persatuan ini, wujud satu perkembangan yang tidak sihat ke arah memajukan suku bangsa kita. saya takut-takut nanti ini akan disabotaj oleh pihak2 tertentu. Dan akhirnya matlamat untuk memajukan bangsa kimarangang tersasar jauh dari landasan. siapa yang rugi, pastinya kita bangsa kimarangang juga. Jangan sampai kita menggunakan nama suku kaum kimaragang untuk dijadikan batu loncatan atau demi kepentingan peribadi......

Rabu, November 11, 2009

Exco Pemuda Pusat sesi 2009-2012

Baru-baru ini Parti Bersatu Sabah telah mengadakan Kongres Agung Tahunan pada 7hb-9hb November 2009 yang dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Razak di Magellen Sutera. Kongres kali ini merupakan tahun pemilihan semua jawatan majlis tertinggi pusat, sayap pemuda dan sayap wanita. Majlis Tertinggi masih diterajui YB. Datuk Seri Joseph Pairin Datuk Kitingan, Sayap Pemuda diketuai oleh YB Datuk Jahid Jahim dan Sayap Wanita diketuai oleh Datuk Jamilah Sulaiman.

Saya bersyukur kerana berjaya menyelitkan diri dalam jawatan Exco Pemuda Pusat dimana dalam perebutan jawatan ini terdapat 16 calon yang menawarkan diri diseluruh pelosok negeri Sabah. Setelah pengumuman undi dijalankan, saya mendapat undi ketiga terbanyak iaitu 107 undi. Apa yang membuatkan saya bersyukur, inilah kali pertama saya menawarkan diri untuk bertanding di peringkat pusat dan memenanginya. walaupun ia kelihatan permulaan bagus, saya merasakan perjuangan saya dalam pemuda PBS belum berakhir lagi. saya akan cuba melakukan yang terbaik demi masa depan pemuda.

Berikut Keputusan 5 terbaik calon exco pemuda pusat :

1. Romeo sindih (Ketua Pemuda Tamparuli) = 131 undi
2. Ambrose James (Ketua Pemuda Labuan) = 112 undi
3. Junid@Jonid Bin Gunsalam (Naib Ketua Pemuda Tandek) = 107 undi
4. Melon Yaming (S/u pemuda kedamaian) = 92 undi
5. Marcelus Jeffry (Ketua Pemuda Labuk) = 83 undi

salam perjuangan

Isnin, Oktober 19, 2009

Cuti umum sempena 16 September sebagai Hari Malaysia

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan 16 September sebagai cuti umum Hari Malaysia di seluruh negara mulai tahun depan.Mengumumkannya pada sidang Dewan Rakyat pagi ini, Perdana Menteri berkata pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat adalah satu titik sejarah yang amat penting."Dengan demikian rakyat Malaysia akan merayakan dua hari kebangsaan secara berkembar. Hari Merdeka pada 31 Ogos mengingatkan kita akan perjuangan mencapai kemerdekaan dari penjajahan, yang akan dirayakan dengan pelbagai acara rasmi seperti perarakan dan sebagainya untuk mengingati detik sejarah itu.
"Hari Malaysia pula akan dirayakan dengan acara bersifat mengeratkan perpaduan, persefahaman antara kaum, kejayaan dan pencapaian masyarakat menerusi bidang sukan, sosio-budaya, kesenian dan lain-lain yang akan menyemarakkan semangat 1Malaysia," katanya.Hari Malaysia diraikan setiap tahun untuk memperingati pembentukan Persekutuan Malaysia membaitkan penyertaan Sabah dan Sarawak 16 September 1963.salam perjuangan

Selasa, Oktober 13, 2009

Fahami kontrak sosial, elak ketegangan kaum

Dalam bukunya Du Contract Social (1762), Rousseau menyatakan ?manusia dilahirkan bebas tetapi di mana-mana saja, mereka dibelenggu pelbagai peraturan sosial?. Rousseau lebih menekankan kepada ?hasrat umum?, iaitu penyatuan keseluruhan hasrat individu yang wujud di dalam sesuatu masyarakat. Beliau membezakan antara hasrat umum dan hasrat semua orang. Hasrat umum meneliti kepentingan dan faedah bersama, sedangkan hasrat semua lebih bertumpu kepada kehendak dan faedah peribadi (The Social Contract, terjemahan M Craston, 1968). Baginya institusi seperti Raja, perwakilan rakyat dan birokrasi tidak dapat mengatasi hasrat umum. Piagam Madinah (Sahifah Madinah) yang diasaskan Nabi Muhammad SAW ketika pembentukan negara Islam Madinah adalah dianggap sebagai kontrak sosial dan perlembagaan bertulis yang pertama di dunia. Dalam tamadun Melayu, kontrak sosial dikesan di dalam Sejarah Melayu (Salalatus Salatin) tulisan Tun Seri Lanang (1612) yang menyebut perjanjian antara Sang Sapurba (Raja) dan Demang Lebar Daun (rakyat).

Yang dipersetujui bersama ialah perlunya rakyat patuh kepada Raja selagi Raja berlaku adil. Ungkapan yang dipegang oleh rakyat ialah ?Raja adil Raja disembah, Raja zalim Raja disanggah.? Dalam masyarakat moden hari ini ?semangat? kontrak sosial dimaktubkan di dalam kebanyakan Perlembagaan di dunia. Pernah berlaku dalam sejarah Amerika Syarikat (AS) isu mengenai kedudukan orang kulit hitam di dalam Perlembagaannya. Ketika Perlembagaannya dirunding, orang kulit hitam dianggap sebagai harta yang menjadi milik orang kulit putih. Justeru, dalam kes perhambaan di Amerika Syarikat (kes Dred Scott, 1857) Mahkamah Agung Amerika Syarikat tidak mengiktiraf orang kulit hitam sebagai pihak yang berkontrak ketika Perlembagaan itu dirundingkan. Keputusan berkenaan mencetuskan perang saudara yang akhirnya membawa kepada pindaan Perlembagaan Amerika Syarikat (Abdul Aziz Bari, 2008).

Ketika negara mencapai kemerdekaan, sebuah suruhanjaya bebas dibentuk oleh British pada 8 Mac 1956 bertujuan mengkaji bentuk Perlembagaan untuk Tanah Melayu yang merdeka. Ia dipengerusikan Lord Reid dan dianggotai Ivor Jennings, Sir William McKell, B Malik dan Hakim Abdul Hamid. Suruhanjaya ini bertanggungjawab menggubal Perlembagaan untuk Tanah Melayu berdasarkan demokrasi berparlimen. Umno yang sudah pun wujud ketika itu mengambil berat mengenai proses pembentukan Perlembagaan. MCA dan MIC juga tidak berkecuali. Pada 9 April 1956, Tun Abdul Razak Hussein dilantik oleh Majlis Kerja Tertinggi Umno mempengerusikan Jawatankuasa Siasah. Jawatankuasa ini mengumpul semua memorandum daripada Jawatankuasa Umno Perhubungan Negeri. Di antara isu panas yang diberi perhatian ialah kerakyatan berasaskan prinsip ?jus soli? dan kedudukan bahasa rasmi. Tun Razak turut mempengerusikan Majlis Kebangsaan Perikatan, bertujuan menimbang memorandum daripada Umno, MCA dan MIC. Di antara perkara yang diputus dan dipersetujui majlis berkenaan ialah mengiktiraf orang Melayu sebagai Bumiputera dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan rasmi negara.

Mengenai soal kerakyatan, jawatankuasa berkenaan menolak prinsip ?jus soli? seperti dicadangkan MCA dan MIC. Mereka bersetuju dengan cadangan bahawa mereka yang dilahirkan di Tanah Melayu dan kemudian daripada pengisytiharan kemerdekaan menjadi warga negara Tanah Melayu dengan syarat tertentu. Apa yang diterima bersama oleh pemimpin pelbagai kaum mengenai kontrak sosial itu ialah menghapuskan semangat perkauman yang ekstrem ketika Perlembagaan awal ingin dibentuk, iaitu Perlembagaan Malayan Union 1946 dan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1947. Ketika itu isu perkauman melatari usaha untuk mewujudkan Perlembagaan terbabit. Perkara ini dapat difahami dalam memorandum dan surat yang dihantar kepada Jawatankuasa Perundingan Cheeseman yang bertujuan meneliti Perlembagaan untuk Persekutuan Tanah Melayu 1948.

Jelaslah bahawa perkara mengenai kontrak sosial menjadi keutamaan dalam penggubalan Perlembagaan Persekutuan 1957. Perkara seperti kedudukan Raja-Raja Melayu, agama Islam, bahasa Melayu dan hak istimewa Bumiputera adalah terma yang disebut dan dipersetujui bersama. Perkara ini disentuh di dalam memorandum parti Perikatan kepada Suruhanjaya Reid. Dokumen Political Testament of the Alliance ini akhirnya menjadi sebahagian pertimbangan kepada pembentukan Perlembagaan Persekutuan 1957. Bagaimanapun, apa yang dianggap kontrak sosial di dalam Perlembagaan negara adalah quid pro quo (beri-memberi) yang masih berasaskan kepada kepentingan kaum yang dipersetujui bersama. Elemen kepentingan kaum ini diakui oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj ketika berucap membentangkan cadangan Perlembagaan pada Majlis Perundangan Kebangsaan 10 Julai 1957. Perkara ini jelas dalam pemberian kerakyatan kepada orang bukan Melayu, sementara Perkara 153 adalah berkaitan hak istimewa Melayu, termasuk Bumiputera Sabah dan Sarawak.

Menurut Profesor Khoo Kay Kim, Perkara 153 perlu difahami sebagai kontrak sosial yang mendukung konsep dominasi Melayu atau ?ketuanan Melayu? yang dipersetujui bersama di kalangan pemimpin pelbagai kaum. Begitu pun, seperti juga kebanyakan kontrak atau perjanjian yang wujud, ia boleh dipinda mengikut keadaan dan kesesuaian. Oleh itu, jika benar kontrak sosial yang ada dalam Perlembagaan, khususnya yang berkaitan dengan orang Melayu dianggap tidak relevan, maka adalah baik ia dikaji dan diteliti semula. Namun, segala perubahan itu mestilah dipersetujui bersama dan tidak melenyapkan sejarah, tradisi dan warisan Melayu yang menjadi sebahagian ciri Perlembagaan negara. Selain itu, cadangan beberapa pihak supaya sejarah kontrak sosial diajarkan di sekolah dan institusi pengajian tinggi perlu diberi perhatian sewajarnya.

Isnin, Oktober 12, 2009

BN Menang

Keputusan Pilihanraya

N 31Tan Sri Mohd Isa Samad BN 8013

Zulkifli Mohd Omar PAS 2578

Majoriti 5435

Jumlah Mengundi 11170

Peratus 82%

Undi Rosak 223

Khamis, September 24, 2009

Lim akui Najib ‘ bukan mudah’ untuk diketepikan sebagai PM

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengakui bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak adalah lebih sukar untuk diketepikan sebagai perdana menteri kerana dia telah membuktikan dirinya sebagai pemimpin politik yang lebih berkesan berbanding Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini. Dalam temu bual dengan akhbar Financial Times of London yang diterbitkan Selasa, Lim, yang sudah mula memikirkan pilihan raya umum akan datang, berkata: "Ada peluang (pembangkang memenangi majoriti kerusi Parlimen) tetapi ia tidak akan mudah. Mungkin ia lebih sukar di bawah Najib berbanding Abdullah. Saya berpendapat Najib dapat melakukan sesuatu dengan lebih baik berbanding Abdullah."
Menurut Bernama laporan, yang ditulis oleh koresponden Singapura, Kevin Brown, berkata komen Lim, yang juga setiausaha agung DAP, adalah berbeza dengan gaya retorik yang agresif Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar telah mencadangkan kerajaan pusat yang diterajui oleh Barisan Nasional (BN) mungkin dipaksa keluar sebelum pilihan raya umum akan datang dengan tindakan 'melompat parti' di kalangan ahli Parlimen. Pakatan Pakyat menguasai 83 daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat dan hanya perlu memang 29 lagi kerusi Parlimen untuk mengambil alih tampuk pemerintahan. Laporan itu menyebut Najib, sejak mengambil alih sebagai perdana menteri April lepas, telah mendekati pengundi dengan merangka dasar untuk semua kumpulan etnik, menentang rasuah, membebaskan banduan politik dan menumpukan sumber ke atas kerusi yang berpotensi untuk dikuasai semula.
Bagi menekankan keseriusan, laporan itu menyebut Najib baru-baru ini mengumumkan inkuiri terhadap skandal projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ). Baru-baru ini, CLSA Asia-Pacific Markets, sebuah firma broker saham dan pelaburan yang bebas berpangkalan di Hong Kong, berkata Najib telah mendapatkan semula 'pegangan' dengan sebilangan dasar dan tindakannya yang menarik dan positif sejak mengambil alih kepimpinan kerajaan. Ia termasuk meliberalisasikan Dasar Ekonomi Baru, memastikan lebih banyak ketelusan, mempercepatkan pemberian projek infrastruktur dan meningkatkan hubungan dengan Singapura bagi menarik pelaburan langsung ke koridor pembangunan selatan di Iskandar Malaysia.
Melabelkan pembaharuan positif dalam bidang ekonomi dan sosial yang dibawa Najib sebagai "Najibnomics", CLSA berkata ia bertujuan merangsangkan ekonomi domestik, menarik pelabur dan kepakaran asing, mengurangkan karenah birokrasi, membanteras jenayah dan rasuah, menekankan peningkatan akauntabiliti dan menggalakkan perpaduan negara menerusi konsep 1Malaysia. Berlandaskan latar belakang dalam bidang ekonomi perindustrian dari Universiti Nottingham, CLSA berkata Najib pantas melaksanakan pelbagai pembaharuan fiskal dan struktur negara.

Selasa, September 08, 2009

Tangguh dan tangguh lagi...

HARAPAN banyak pihak dan orang ramai untuk mengikuti perbicaraan sebenar kes dakwaan liwat Anwar Ibrahim terhadap bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan, dalam masa terdekat, tidak kesampaian. Sejak kes tersebut disebut pertama kali Ogos lalu, sampai kini, ia belum dapat dibicarakan antaranya kerana Anwar mengemukakan permohonan demi permohonan untuk penangguhan. Nampaknya motto baru Anwar ialah Tangguh Tetap Tangguh berbeza dengan Lawan Tetap Lawan ketika kempen pilihan raya umum lalu. Terbaru, kes tersebut akan dipanjangkan lagi pada bulan Oktober. Maknanya, sudah dua kali Ramadan dan Aidilfitri terpaksa dilalui oleh Saiful dengan perasaan tertekan menanti kesnya.
Penangguhan perbicaraan kes liwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi gambaran seolah-olah pemimpin pakatan pembangkang itu takut kepada kebenaran. Penganalisis politik, Dr. Chandra Muzaffar yang juga bekas timbalan presiden parti itu ketika dikenali sebagai Parti Keadilan Nasional berkata, tindakan Anwar itu suatu pembaziran kos, waktu dan tenaga manusia di mahkamah. “Saya bukanlah hendak membuat kesimpulan dalam perkara ini. Namun inilah gambaran yang dapat dilihat. “Kenapa hendak tangguh kalau kita tidak salah. Anwar seolah-olah takut pada sesuatu. Takut pada kebenaran yang akan terbongkar dalam perbicaraan,” Chandra berkata, kes berkenaan sangat penting kepada masyarakat apatah lagi ia melibatkan isu moral. “Justeru sebagai seorang pejuang rakyat dan pejuang keadilan kononnya, Anwar perlu memastikan perbicaraan beliau selesai secepat mungkin. “Anwar perlu bersikap adil kepada mahkamah, rakyat dan yang paling penting mangsa atau pengadu dalam kes berkenaan,” jelasnya. Tambah Chandra, mahkamah tidak harus dipersalahkan ekoran penangguhan demi penangguhan yang berlaku.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, sikap pemimpin pembangkang itu yang sering mencari alasan bagi menangguhkan perbicaraan di mahkamah hanya mengundang tanda tanya masyarakat. ‘‘Kesimpulan kita, dia (Anwar) takut kes dia berjalan. Kalau dia tak bersalah, hadapi di mahkamah. Yang buat demonstrasi jalanan apa hal? ‘‘Orang ramai juga akhirnya akan sampai pada kesimpulan, yang berlaku semua ini ialah kerana dia takut dengan kes dia,” katanya di sini semalam.

Jumaat, September 04, 2009

13 Mei boleh berulangkah?

SEJAK kebelakangan ini, hampir setiap hari kita disajikan dengan pelbagai peristiwa yang berlaku dalam negara yang mula menggugat perpaduan dan keharmonian kaum yang dibanggakan selama ini. Senarainya semakin hari semakin panjang yang sekali gus mengundang seribu satu persoalan apakah peristiwa 13 Mei 1969 bakal berulang. Walaupun tahun ini genap 40 tahun tragedi malang itu menimpa negara kita, namun saya pasti masih ramai di kalangan kita yang boleh terbayang-bayang apa yang berlaku pada tarikh keramat tersebut yang sekali gus menjadi titik hitam yang sukar untuk dipadamkan daripada lipatan sejarah negara ini dan ia tidak mustahil berulang jika tidak diambil langkah yang sewajarnya.

Satu demi satu peristiwa yang menyentap perpaduan kaum mula diperagakan untuk tatapan umum oleh pihak-pihak yang jelas mempunyai agenda dan kepentingan peribadi masing-masing. Dalang-dalang ini begitu licik memainkan peranan tanpa kita sedari akan rupa bentuknya dan natijah yang bakal dibawanya bersama. Mahu tidak mahu kita perlu akui bahawa antara punca utama soal perpaduan kaum menjadi bahan perbualan dan perdebatan adalah akibat daripada keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU 12) pada Mac 2008 yang jelas menukar landskap politik tanah air kita. Kesannya cukup mendalam dan meninggalkan implikasi yang sangat besar kepada kita semua.

Akibatnya juga sudah ada pihak yang begitu berani menyuarakan hak dan pelbagai tuntutan yang jelas tidak berasas dan boleh menimbulkan rasa tidak puas hati pihak yang lain. Mereka yang sebelum ini tidak langsung dikenali oleh masyarakat sudah mula menjadi hero dan pejuang golongan tertentu. Mereka muncul umpama cendawan yang tumbuh selepas hujan iaitu selepas PRU 12. Mempersoalkan apa yang sudah termaktub dalam Perlembagaan, mengadakan demonstrasi haram, mencabar pihak berkuasa dengan sengaja, menyebar pelbagai fitnah dan khabar angin yang boleh merobek perpaduan kaum serta meniup api kemarahan terhadap pihak kerajaan telah menjadi intipati dan agenda tetap perjuangan golongan ini.

Satu persoalan yang sukar untuk dirungkai adalah apakah tujuan sebenar golongan ini yang cuba melaga-lagakan rakyat kita yang hidup aman dan damai.
Tidak cukupkah dengan apa yang berlaku pada 13 Mei 1969. Kenapa mereka perlu bermain dengan api. Wajarkah keamanan yang kita nikmati selama ini dikorbankan demi untuk memuaskan hawa nafsu golongan yang mengejar kedudukan, kuasa dan pengaruh semata-mata. Peristiwa bantahan penduduk terhadap pembinaan kuil di Selangor baru-baru ini yang melibatkan perarakan dengan kepala lembu merupakan antara insiden yang sepatutnya tidak berlaku. Ia jelas mengguris hati dan perasaan rakan-rakan kita dari kalangan penganut agama Hindu. Kita percaya penduduk yang membuat bantahan ini tidak sedikitpun berniat untuk menghina agama rakan mereka namun ia jelas telah dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan seterusnya mengambil kesempatan untuk bertindak sedemikian rupa. Akhirnya para penduduk itu secara khususnya dan umat Islam secara amnya dipandang serong kerana dikatakan telah menghina agama lain. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Insiden sedemikian rupa tidak boleh dipandang ringan dan diambil mudah. Ia tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Andai kita leka maka dikhuatiri ia akan menular dengan cepat seperti wabak selesema babi Influenza A (H1N1) yang semakin sukar untuk dibendung kelak. Sudah semestinya kita tidak rela dan sanggup melihat peristiwa 13 Mei berulang kembali.

Justeru, besarlah harapan semua agar pihak berkuasa dapat membawa pihak yang bertanggungjawab ini ke muka pengadilan sekali gus menjernihkan kembali hubungan antara kedua-dua pihak yang terlibat dan seterusnya membersihkan juga nama baik umat Islam secara keseluruhannya. Adalah menjadi tanggungjawab setiap rakyat Malaysia untuk terus memerangi golongan yang sebegini yang cuba mengganggu-gugat keamanan dan kestabilan negara kita. Janganlah esok kita menyesal. Bak kata pepatah, menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya. Malaysia adalah rumah kita. Sebagai penghuni rumah ini kita wajib menjaga dan memelihara keselamatannya dan melindunginya sepanjang masa. Usahlah kita membenarkan anasir-anasir liar ini bermaharajalela dan mengambil kesempatan kerana akhirnya mereka akan merobohkan rumah kita suatu hari nanti. Jelas itulah tujuan dan matlamat utama mereka selama ini.

Rakyat Malaysia seharusnya menghayati konsep 1Malaysia dengan sepenuh jiwa dan raga jika mahu melihat perpaduan dan keharmonian kaum terus subur di bumi bertuah ini. Gagasan ini merupakan ramuan yang cukup lengkap dan sempurna untuk kita jadikan sebagai panduan dan pedoman bagi membina negara dan bangsa yang dicita-citakan. Ingatlah bahawasanya kita wajib mempertahankan kontrak sosial yang telah diwariskan kepada kita oleh generasi terdahulu agar kita dapat membekalkannya dalam keadaan yang sedia ada kepada generasi yang akan datang. Itu adalah tanggungjawab kita bersama.

Jumaat, Ogos 28, 2009

Selepas kuasai ekonomi...

ANDAIAN sebelum ini bahawa kaum Cina hanya berminat untuk menguasai ekonomi sementara kuasa politik akan terus dipegang oleh orang Melayu, nampaknya tidak lagi begitu. Pasca Pilihan Raya Umum Ke-12 membuktikan bahawa banyak pihak kaum Cina sedang mengasak habis-habisan untuk turut sama menguasai politik negara ini. Makin banyak petunjuk ke arah itu termasuk menerusi laporan media tertentu khususnya berbahasa Cina yang mempromosi sentimen sedemikian. Mesej yang boleh dibaca ialah banyak kalangan kaum Cina sudah tidak berpuas hati dengan sekadar menguasai ekonomi?

Persoalannya apakah yang akan berlaku jika kaum Cina juga menguasai politik dan di mana kedudukan Bumiputera nanti? KT lontarkan persoalan ini untuk renungan kita semua lebih-lebih lagi kedudukan Melayu/bumiputera sabah dan sarawak kini makin kritikal. Apa sahaja yang tinggal pada Melayu mahu dirungkai termasuk yang termaktub dalam perlembagaan negara. Realitinya walaupun Melayu menguasai politik tetapi yang lebih berkuasa di negara ini adalah kaum Cina disebabkan penguasaan dalam ekonomi yang amat ketara. Di sebalik banyak rungutan terhadap dasar kerajaan, sebenarnya kaum Cina paling banyak mendapat nikmat. Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilaksanakan sebelum ini hanya memberikan kouta 30 peratus kepada bumiputera tetapi penguasaan 70 peratus terus dinikmati oleh masyarakat usahawan Cina yang sudah membentuk kartel mega, selain berlaku gejala ali baba dan ketirisan dalam 30 peratus kouta bumiputera.

Jika Melayu dibantu dalam bidang perniagaan ia dianggap tongkat tetapi jika syarikat-syarikat Cina diselamatkan oleh kerajaan, ia didiamkan sahaja. Jika banyak usahawan bukan Melayu mendapat bisnes monopoli seperti gula, stesen televisyen satelit, stesen janakuasa bebas dan sebagainya sehingga menjadi kaya raya dan mengalihkan berbilion ringgit ke luar negara, ia juga tidak mengapa. Jika ada usahawan Melayu cuba menceburi bidang penguasaan usahawan Cina seperti membekalkan limau, ia akan diboikot sampai gagal. Namun jika ada usahawan bukan Melayu menguasai bisnes seperti pengedaran produk daging dan ayam halal, yang melibatkan pasaran orang Islam, itu dianggap biasa. Penguasaan Cina dalam syarikat-syarikat swasta dan persendirian selain mengutamakan pekerja kaum itu juga bukan isu. Pada masa yang sama majoriti Melayu di sektor awam makin hebat dipersoalkan malah terus diperlekehkan.

KT bukanlah mahu bersikap rasis. Apa yang disuarakan ini sekadar menyanggah gelombang fitnah, tohmahan dan persepsi liar banyak pihak terhadap usaha meningkatkan pencapaian bumiputera, yang masih jauh ketinggalan berbanding kaum Cina. Begitulah kebijaksanaan banyak pihak kaum Cina berpercaturan. Dalam mereka mengeluh dan merintih, mereka terus kaya dan berkuasa. Kouta untuk bumiputera mahu dihapuskan tetapi 'kouta khas' bukan bumiputera seperti bisnes berkaitan pusat hiburan, arak, judi dan maksiat yang mereka kuasai selama ini, tidak boleh disentuh sama sekali. Pada hari ini, kaum Cina yang merupakan 24 peratus penduduk negara ini menguasai ekonomi. Tradisi dan budaya niaga yang lama terpahat selain dasar kerajaan yang terbuka, membolehkan kaum Cina terus melonjak. Masyarakat Cina mempunyai simpanan wang yang banyak berbanding kaum lain dan itulah antara asas kekuatan ekonomi kaum itu. Sedangkan Melayu yang merupakan kaum majoriti terus keciciran. Bayangkan seketika jika Melayu lenyap kuasa politik?

Khamis, Ogos 13, 2009

Cinta tiga segi Pas-PKR-DAP, siapa yang menangis?

SEKIRANYA ditakdirkan YB Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri adakah beliau akan menghalalkan protes jalanan? Adakah beliau akan membenarkan rakyat memberontak sehingga melumpuhkan ekonomi negara? Sudah pasti bila sahaja beliau meneraju negara ini beliau akan turut menggunakan pendekatan yang sama (seperti kerajaan sekarang) malah mungkin lebih teruk terhadap golongan-golongan pemprotes jalanan. YB Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan seorang yang cetek pemikirannya, bukan seorang pemimpin unggul bukan juga pejuang tulen. Sehingga kini apa yang jelas perjuangan beliau hanyalah bersifat peribadi. YB Datuk Seri Anwar hanya ada satu cita-cita, iaitu untuk menjadi Perdana Menteri. Nafsu serakah menguasai pemikiran beliau, tiada yang lagi penting daripada cita-cita 'suci' tersebut walaupun terpaksa menggadai negara ini dan menjual kaum sendiri.

Pas, parti politik yang berjuang atas landasan Islam (kononnya) pun turut terperangkap dalam permainan jijik YB Datuk Seri Anwar. Pas seolah-olah terpukau, terpana, terpaku dengan kehebatan YB Datuk Seri Anwar menjual 'kelentong' beliau. Pas yang selama ini 'berperang' dengan DAP sanggup pula berganding menjadi satu, menggadai maruahnya untuk berjuang menentang saudara seIslam sendiri. Ternyata dalam cinta tiga segi Pas-PKR-DAP, parti yang paling rugi ialah Pas. Semua tahu matlamat utama Pas adalah untuk menubuhkan sebuah negara Islam. Dan, jika diizinkan Allah mereka ini menang dan dapat menubuhkan kerajaan, apa mungkin DAP akan menurut kemahuan Pas untuk menubuhkan sebuah negara Islam?

Bak kata Karpal Singh, 'Langkah mayat saya dulu'. Betullah kata orang, bila 'bercinta' kentut pun bau wangi. YB Datuk Seri Anwar dalam apa cara sekalipun akan pastikan 'kentut' DAP sentiasa wangi bagi Pas. Pakatan Rakyat bimbingan beliau tidak boleh berpecah, kerana bila berpecah maka berkecailah cita-cita 'suci' menjadi Perdana Menteri. Namun dalam kisah cinta the three beast ini sudah pasti ada pihak yang paling beruntung. Tidak lain, tidak bukan sudah tentunya DAP. Dalam protes jalanan Sabtu, 1 Ogos 2009 lepas, tanpa perlu mengerahkan jenteranya DAP telah berjaya menggerakkan hampir 10,000 macai untuk 'berjuang' bagi kepentingannya. Paling menarik macai-macai DAP ini semuanya orang Pas dan PKR. Sikap Yes Bos Pas inilah yang sebenarnya menjadi kesukaan DAP.

Namun sampai bila? Bak kata pepatah, habis madu sepah dibuang. DAP hanya menunggu masa untuk menghancurkan Pas. Setelah matlamat dan cita-citanya tercapai, Pas akan diludah, diterajang keluar daripada Pakatan Rakyat oleh cintanya DAP. Tapi dalam semua ini, siapa yang benar-benar rugi? Pastilah rakyat yang rugi. salam perjuangan

Rabu, Ogos 12, 2009

Ezam sedia jadi saksi utama

Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ezam Mohd. Nor bersedia tampil sebagai saksi utama kes tuntutan saman Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam usaha membuktikan siri pengkhianatan yang pernah dilakukan oleh Penasihat PKR itu. Katanya, beliau bersedia berbuat demikian kerana mahu bersama-sama dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan lebih banyak lagi tindakan khianat Anwar terutama terhadap orang Melayu.

Sebagai contoh beliau berkata, Anwar pernah menghina Dasar Ekonomi Baru (DEB) bertujuan mendapatkan semaksimum undi kaum Cina serta India dalam satu mesyuarat yang turut dihadirinya. ''Akhirnya saya keluar dari PKR apabila melihat Anwar sanggup menghina DEB iaitu sebuah institusi bagi orang Melayu. Saya tidak sangka dia bertindak sebegini rupa hanya semata-mata untuk mendapatkan undi Cina dan India. ''Memang tidak salah untuk kita mengkritik tetapi apa yang dilakukan oleh Anwar ini sudah sampai ke tahap menghina dan sebagai seorang Islam dan seorang Melayu saya tidak boleh terima apa yang berlaku,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Ahad lalu, Muhyiddin dalam ucapan perasmian Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Sri Gading membidas Anwar sebagai pengkhianat perjuangan Melayu.

Berikutan kenyataan tersebut, Anwar menerusi peguamnya menghantar surat tuntutan ganti rugi sebanyak RM100 juta kepada Muhyiddin dan Utusan Malaysia.
Selain Utusan Malaysia, kenyataan Muhyiddin itu turut disiarkan oleh New Sunday Times dan Berita Harian. Ezam berkata, sepatutnya amalan politik Anwar itu ditolak kerana ia telah menjadi penyebab kepada wujudnya banyak pihak khususnya bukan Melayu yang semakin berani mempertikaikan hak istimewa orang Melayu. ''Anwar sebenarnya telah tersilap menafsir keadilan. Keadilan bukan kesamarataan tetapi keadilan itu ialah meletakkan sesuatu itu pada haknya,'' katanya.

Beliau berkata, satu lagi siri pengkhianatan Anwar adalah terhadap Islam apabila pemimpin pembangkang itu dengan jelas mahu memperkenalkan amalan kesamarataan di dalam PKR. Katanya, amalan tersebut amat bertentangan dengan prinsip politik Rasulullah kerana di dalam Islam tidak ada konsep kesamarataan. ''Rasulullah tidak pernah berkompromi dalam soal ini. Maksudnya dalam apa jua keadaan sekalipun Islam mesti menjadi dominan. Islam wajib diutamakan berbanding perkara-perkara lain,'' katanya. Beliau menambah, dalam prinsip politik Islam, orang bukan Islam yang bernaung di bawah pemerintah Islam tidak akan mendapat hak sama rata sebaliknya akan menerima hak mereka seperti mana dipersetujui.

Dalam pada itu Ezam berkata, kerajaan sedia ada tidak pernah menzalimi rakyat bukan bumiputera sebaliknya mereka memperoleh nikmat yang melimpah ruah jika dibandingkan dengan orang Melayu dan bumiputera. ''Ini merupakan satu fakta dan tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak. Oleh itu, saya amat berharap orang Cina, India dan sebagainya tidak mudah tertipu dengan permainan politik Anwar,'' jelasnya.

Rabu, Ogos 05, 2009

Siapa sebenarnya Nahkoda Demontrasi

KEHADIRAN hanya 5,000 penyokong (20 ribu mengikut laporan oleh portal Malaysiakini) Gerakan Mansuh ISA (GMI) menyertai demonstrasi pada 1 Ogos yang lalu menjelaskan hanya sebilangan kecil sahaja rakyat Malaysia yang tidak mahu mengaku akan kesan positif dan keberkesanan ISA dalam memelihara keamanan negara. Sasaran 100,000 pendemonstrasi seperti yang diuar-uarkan oleh penganjur GMI ternyata jauh menyimpang! Seperti yang diduga majoriti yang terlibat dengan demonstrasi haram ini adalah orang Melayu. Gambaran awal GMI seolah-olah semua kaum dari gabungan lebih 80 NGO akan turun berdemonstrasi, namun terbukti kaum-kaum lain tersebut hanya berehat di rumah bersama keluarga sambil menikmati hidangan tengah hari, sedangkan pada masa yang sama terdapat segelintir Melayu sedang melakukan ‘kerja-kerja bodoh’! Adalah lebih menyedihkan apabila terdapat sumber sah yang menyatakan bahwa sebahagian yang ikut demontrasi itu adalah diupah oleh orang-orang tertentu untuk menjayakan niat jahat mereka.

Golongan Melayu ini juga tidak ubah seperti golongan Melayu “Mat Rempit” yang bodoh, sanggup mempertaruhkan nyawa demi menguji prestasi “mesin bodoh” ciptaan orang lain!
Saya ingin berpesan kepada Haji Hadi Awang, sekiranya beliau bercadang mengerahkan ahli-ahli Pas untuk menyertai apa-apa demonstrasi seterusnya, eloklah beliau berpesan kepada Lim Kit Siang agar sama-sama mengerah ahli-ahli DAP agar turun beramai-ramai. Ia bagi memastikan tidak hanya ahli-ahli Pas merasai ‘nikmat’ meriam air dan gas pemedih mata pasukan FRU, sebaliknya ahli-ahli DAP juga patut menikmati kemeriahan ‘pesta air dan gas’ tersebut.

Namun mungkin apa yang berlaku itulah “keadilan” mengikut tafsiran PR. Askar-askar Melayu berkorban nyawa mempertahankan tanah air sedangkan sesetengah kaum pula hidup senang lenang, itulah keadilan. Anggota polis berkorban nyawa menjaga keselamatan rakyat, malah kadang-kadang dituduh pembunuh oleh PR, sebaliknya ada pemimpin yang membela kongsi gelap, menghentak meja membentak penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam yang merampas minuman keras! Tetapi itulah konsep “keadilan” mereka! Trend terkini, wakil-wakil PR bukan Melayu akan mencetuskan idea penentangan dan orang-orang Melayu pula akan melakukan demonstrasi jalanan! Ini lagilah adil!

Bagaimanapun, sokongan rakyat terhadap “kerja-kerja bodoh” ciptaan pembangkang ini semakin menurun dan apa yang boleh dikatakan kepada Anwar Ibrahim... Sudah sudahlah tu Anwar Ibrahim ooii! salam perjuangan

Selasa, Ogos 04, 2009

Selesaikan di Parlimen, bukan jalanan. Harus difahami bahawa, negara kita dibentuk berdasarkan acuan negara kita.

BANTAHAN keras sesetengah pihak ke atas kewujudan Akta Keselamatan Dalam Negeri atau Internal Security Act (ISA) sehingga sampai kepada tindakan perhimpunan jahat amat dikesalkan oleh sekalian rakyat yang cintakan demokrasi. Saya menggunakan perkataan perhimpunan jahat kerana saya melihat mereka seperti hilang akal. Tanpa perasaan belas kasihan kepada orang ramai yang menggunakan jalan di Kuala Lumpur sehingga menimbulkan kerugian kepada penjaja kecil yang inginkan rezeki. Kerajaan tidak mengganggu peniaga mencari rezeki tetapi perhimpunan jahat yang diketuai oleh pembangkang, khususnya bertindak zalim. Kerajaan selama ini telah memberi masa yang cukup kepada pembangkang untuk membahaskan ISA di dalam Parlimen. Bahkan dalam pilihanraya-pilihanraya umum lalu, rakyat telah memilih cara demokrasi menentukan kerajaan pilihan mereka.

Jika ISA tidak disukai oleh rakyat, maka sudah tentulah mereka sudah lama menolak kerajaan sekarang ini. Apa yang penting, rakyat hidup dalam keadaan aman dan damai. Rakyat rasa terbela kerana kerajaan memang ikhlas bantu rakyat. Namun, tidak semua yang dilakukan kerajaan sempurna. Barangkali ada bantuan tidak sampai kerana masalah-masalah tertentu yang berlaku di peringkat bawahan. Memanglah, sebagai ahli politik, apabila mereka ditangkap di bawah ISA kerana kesalahan daripada tindakan mereka yang barangkali ada unsur jahat, maka peluang mereka untuk berpolitik sudah tersekat. Dan niat jahat mereka akan terbantut dek kerana ISA. Apakah niat jahat mereka tidak sukar untuk dibaca. Mereka gagal menyuarakan pendapat kumpulan mereka di Parlimen!

Bagaimana mereka boleh gagal ialah di sebabkan mereka asyik berbalah soal remeh-temeh di Parlimen. Mereka saling kata-mengata dengan perkataan-perkataan kotor di Parlimen. Parlimen adalah tempat sesuai membincangkan ISA. Bahkan bukan sedikit jumlah ahli Parlimen pembangkang di Parlimen. Tetapi mereka tidak menggunakan Parlimen itu sebaik mungkin untuk membahaskan kecacatan pelaksanaan ISA. Bukankah ISA diwujudkan oleh Parlimen? Maka adalah wajar ia dibincangkan di Parlimen. Bahkan ISA telah dipinda sebanyak lebih 20 kali. Justeru tiada sebab ISA tidak boleh dipinda di Parlimen.

Soalnya sekarang, kenapa pembangkang perlu melakukan satu perhimpunan jahat di jalan-jalan ke atas ISA? Bukankah mereka ahli Parlimen? Kenapa membelakangkan Parlimen? Saya berpendapat ISA boleh dipinda. Tetapi sebelum itu ada eloknya dibincangkan bahagian mana yang perlu dipinda supaya ia akan lebih kemas dan mantap lagi untuk menjaga keamanan negara. Maka Parlimen adalah tempat yang sesuai membahaskannya kerana ISA dilahirkan di Parlimen. ISA bukan akta yang dilahirkan di jalan-jalan. Dan apa yang pasti, pindaan akta bukan boleh dibuat sehari dua. Ia perlukan kajian mendalam, tentang baik dan buruknya. Oleh itu, saya menggesa supaya golongan yang menggesa hapuskan ISA kembalilah semula ke Parlimen untuk membahaskan mana-mana cacat celanya bukannya membawanya ke jalan-jalan sehingga tidak pasal-pasal rakyat yang mengundi mereka jadi susah.

Bahkan juga pasukan keselamatan turut susah hati dan tercabar melihat kejahatan ciptaan mereka. Justeru, saya menyarankan kepada kerajaan supaya diwujudkan satu Suruhanjaya Diraja yang terdiri daripada pakar undang-undang dan wakil-wakil tertentu khusus bagi mencari kecacatan ISA dan menambah baikkan lagi ISA supaya keselamatan dan keamanan negara tidak terjejas dan tergadai. salam perjuangan

Isnin, Julai 27, 2009

Perlukah ISA dimansuhkan? Dimana kebenarannya?

JAKARTA baru-baru ini sekali lagi digegarkan oleh letupan bom. Kali ini ia meragut sembilan nyawa dan mencederakan 50 orang yang tidak berdosa. Bayangkanlah sekiranya insiden yang sama menimpa negara kita, Malaysia. Inilah akibatnya tiada wujud undang-undang yang rapi dan kemas mengenai keganasan.

Namun Malaysia masih bernasib baik kerana kecekapan pihak keselamatan dan perisikan negara yang proaktif menangani isu-isu keganasan dalam negara kita. Di sinilah pentingnya ISA yang masih relevan dalam usaha kerajaan mengekang keganasan dari berlaku. ISA bertindak sebagai langkah pencegahan. Jelas terbukti selama ini ISA walaupun dianggap oleh sesetengah pihak sebagai kejam tetapi tidak dinafikan ia berjasa mengekalkan keamanan negara selama 50 lebih tahun kita merdeka. Bayangkan apabila sebutir bom meletup di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur, mengorbankan banyak nyawa, kemudian beberapa pengganas yang disyaki terlibat ditahan pihak berkuasa. Ia adalah suatu tindakan yang tidak berkesan yang mana akhirnya pihak berkuasa akan disalahkan kerana lembap menangani keganasan dan agensi perisikan akan dipersalahkan kerana gagal mengesan pergerakan pengganas. Inilah senario yang berlaku kepada pihak berkuasa negara-negara malang yang menjadi sasaran pengganas di seluruh dunia.

Sebaliknya pihak berkuasa di Malaysia berjaya menangani isu pengganas dan keganasan dengan begitu berkesan sekali namun tindakan pihak berkuasa langsung tidak mendapat reaksi positif, tidak ada sebarang ucapan terima kasih daripada sekumpulan rakyat yang memang menikmati keamanan tersebut sebaliknya mereka mencemuh kerajaan sebagai kejam dan zalim mempergunakan ISA. Kumpulan inilah yang bercadang menggerakkan satu perhimpunan besar-besaran untuk mendesak kerajaan memansuhkan akta yang dilaung-laungkan oleh mereka sebagai tidak berperikemanusiaan iaitu ISA pada 1 Ogos 2009. Hakikatnya, kumpulan inilah yang sebenarnya kejam, sanggup mengheret rakyat yang tidak bersalah demi memenuhi kepentingan peribadi mereka malah ada pemimpin politik yang cuba menggunakan kesempatan ini untuk menutup masalah peribadi yang sedang dihadapi. Mereka sanggup membakar semangat dan nafsu amarah rakyat dengan memutar belit kenyataan dengan menghambur pernyataan-pernyataan negatif terhadap ISA biarpun realitinya lebih banyak kebaikan hasil dari pelaksanaan ISA!

Sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini semasa demonstrasi jalanan tersebut, pihak kerajaan langsung akan dipersalahkan sebagai bertindak kejam sebaliknya pihak-pihak yang bertanggungjawab mengadakan demonstrasi pula akan dianggap hero. Selalunya yang akan mendapat kecederaan ialah penyokong-penyokong bawahan yang akan bertindak di bawah sedar sebaliknya “hero-hero” mereka pula selamat kerana akan berada di barisan belakang untuk meniupkan api kemarahan orang ramai! Dalam sesuatu demonstrasi tidak mustahil akan berlaku sesuatu yang lebih dahsyat seperti letupan bom kerana keadaan politik negara kini berada dalam suasana yang amat tertekan menyaksikan parti pembangkang semakin terdesak untuk meneruskan sandiwara mereka. Kematian ‘mengejut’ saksi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Teoh Beng Hock mungkinkah satu lagi konspirasi politik pembangkang yang sanggup mengorbankan nyawa?

Kepada seluruh rakyat Malaysia, adakah anda tidak rasa begitu gembira dengan apa yang anda nikmati sekarang? Adakah anda rasa kehidupan anda diselubungi dengan ketidakadilan? Adakah anda rasa disekeliling anda penuh dengan kezaliman? Atau adakah anda rasa sekiranya saban hari jalan raya-jalan raya perlu dipenuhi dengan demonstrasi jalanan barulah wujud keadilan atau Kuala Lumpur sering digegarkan dengan letupan bom barulah wujud keamanan!

Rabu, Julai 22, 2009

Arus Politik Malaysia selepas PIRU ke-12

Saya melihat bahawa selepas pilihan raya (PIRU) umum lalu, wujud satu aliran politik yang cuba membawa negara ini ke arah kancah perpecahan berasaskan kepada ideologi yang pelbagai. Ideologi yang pelbagai ini membangkitkan semangat perkauman yang berbahaya. Realiti terpapar di depan kita ialah Pakatan Rakyat tidak langsung dapat menunjukkan kemampuan untuk mewujudkan gabungan parti politik berasaskan satu ideologi bersama seperti dilakukan BN. Pakatan yang bersifat 'tidur sebantal, mimpi lain-lain' tidak berupaya membawa satu agenda nasional yang dapat mempertahankan perpaduan, kemakmuran, keselamatan dan kestabilan politik negara. Pakatan Rakyat hanyalah satu pakatan rapuh yang tidak memiliki asas ideologi dan agenda sama. Kita bimbang jika rakyat tidak sedar akan hal ini lalu memberikan kepercayaan kepada Pakatan Rakyat sehingga mereka mampu membentuk Kerajaan Pusat, maka bencana akan menimpa negara. Asas kebimbangan saya ialah apabila politik berlainan ideologi mengambil tempat mengikut kelompok dan kaum tertentu, maka ia pasti berakhir dengan pertelingkahan dan konflik ideologi kerana apabila sudah berkuasa, masing-masing akan cuba menegak dan menonjolkan ideologi perjuangan mereka.

Senario ini akan mengheret negeri dalam persekutuan berasaskan ideologi kepartian – mengikut parti yang memerintah. Kerajaan Pusat juga akan menjadi lemah kerana faktor sama. Ketika itu segala bentuk kontrak sosial yang dibina dan diasaskan oleh tokoh pejuang kemerdekaan tanah air akan musnah dan negara akan berada dalam kancah pertelingkahan dan kemelut politik yang mampu mengheret negara kepada anarkisme serta mengundang campur tangan asing. Justeru, sekiranya Pakatan Rakyat tidak memiliki satu ideologi yang jelas mengenai agenda dan aspirasi nasional yang dapat diterima dan dikongsi bersama, maka bagaimana ia mampu membawa dan membina negara ke arah perpaduan, kemakmuran, kesejahteraan dan keselamatan yang terjamin. Ideologi adalah satu konsep yang sukar difahami dan apabila ideologi politik yang berlainan berkonflik, maka ia sangat sukar untuk diharmonikan. Inilah halangan besar yang membelenggu Pakatan Rakyat. DAP masih kekal dengan ideologi sosialisnya. Sosialisme sering berhasrat membawa negara ke arah satu parti yang mengongkong hak-hak asasi.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula dengan ideologi liberalnya. Liberalisme bertujuan memberikan kebebasan tidak terbatas dan ini sangat berbahaya kepada masyarakat majmuk kerana isu sensitif akan sentiasa mengambil tempat. Pas pula dengan ideologi agama memang tidak serasi dengan kedua-dua ideologi politik itu.Jadi di mana titik pertemuan mereka? Mungkinkah titik pertemuan mereka semata-mata berasaskan kebencian terhadap Umno-BN. Pas tidak sepatutnya berada dalam Pakatan Rakyat, tetapi malangnya parti yang dianggap kental dengan ideologi perjuangan Islam itu boleh cair dengan politik licik PKR dan DAP. Yang nyata, ketiga-tiga komponen parti dalam Pakatan Rakyat gagal mengharmonikan ideologi masing-masing. Sebaliknya, BN yang terdiri daripada 14 parti komponen, sudah lama berbuat demikian dengan mengutamakan agenda dan aspirasi nasional.BN berjaya menegakkan politik kebangsaan berasaskan nasionalisme rakyat yang dicetuskan dalam perjuangan kemerdekaan tanah air. Politik kebangsaan mengutamakan kesetiaan kepada negara dengan mengetepikan kepentingan dan ideologi kelompok tertentu, sebaliknya ikatan yang erat terhadap tanah air menjadi kepentingan dan agenda utama

Isnin, Julai 20, 2009

Teoh beng hock mati angkara kongsi gelap DAP???

Lihatlah Kerajaan BN, bersangka baik kepada ahli pembangkang dan menyifatkan kematian Teoh sebagai kematian mengejut dan membiarkan polis menyisat semua ini.Teoh Beng Hock, 30, yang dipanggil ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak pukul 5 petang semalam, dipercayai terjatuh dari tingkat 14 pejabat SPRM Selangor di Plaza Masalam.Siapa Teoh dan mengapa semua ini berlaku kepada dirinya?Inilah kisahnya...Ramai yang tahu Teoh ini adalah setiausaha politik dan pegawai khas kepada Ean Yong Hian Wah salah seorang exco kerajaan negeri, tapi ramai yang tak tahu yang Teo ni dulu pernah menjadi pegawai khas kepada MP Petaling Jaya Utara iaitu Tony Pua.
Yang penting Teo ni dah lama menyakitkan hati pemimpin DAP.Masih ingat lagi pada 25 Mac lepas, Karpal Singh pernah memaki Pemuda UMNO dalam Parlimen dengan ayat "celaka" berikutan dengan kes itu, pemuda umno datang memnuntut penjelasan daripada karpal dan meminta karpal memohon maaf, tapi karpal celaka buat bodoh saje sehinggalah berlaku pertengkaran dan hampir-hampir terjadinya pergaduhan antara pemuda umno dan hero matcha gobinad singh deo.Dikatakan terdapat 2 rakaman video ketika insiden tu berlaku, rakaman video pertama di percayai di rakam oleh salah seorang ahli DAP dari pada ipoh timur dan satu lagi rakaman video di rakam oleh seorang pegawai khas kepada ahli parlimen petaling jaya utara Tony Pua, rakaman video kedua itu kemudiannya di dowload kedalam youtube, orang yang bertanggung jawab merakam video itu ialah Teo yang baru sahaja mati petang tadi, dalam rakaman video tu, memang jelas yang pemuda umno langsung tidak mengusik karpal yang lumpuh separuh badan.
Bila kepimpinan DAP tahu Teo yang mengedarkan klip video tu, maka si Teo ni diberikan amaran oleh berberapa gangster yang di payung oleh Ronnie Liew dan Teo pula di tukar oleh kepimpinan DAP untuk bertugas di SUK dan Pejabat Adun Sri Kembangan supaya Ronnie dan Ean Yong Hian Wah supaya senang untuk memantau pergerakannya.Menurut sumber, Teo kurang berpuas hati dengan cara pentadbiran berberapa adun DAP di selangor, cara Ronnie dan Hian Wah menggunakan kongsi gelap dalam pentadbiran kerajaan dan dengan suka-suka mengunakan peruntukan kewangan kerajaan negeri membiayai kegiatan kwong si gelap tidak di senangi oleh Teo dan memang betul apa yang di laporkan oleh ahli parlimen wangsa maju YB. Wee Choo Keong yang mana ronnie dan Hian wah menggunakan kongsi gelap, dan pejabat Exco telah digunakan sebagai tempat bermesyuarat mereka yang dikatakan mempunyai kaitan dengan peniagaan haram dan aktiviti haram.
Mungkin tidak tahan dengan kerenah kongsi gelap yang selalu turun naik pejabatnya maka Teo mula mengugut Ronnie dan Hian Wah supaya memberhentikan segera kegiatan itu tapi tidak di endahkan oleh dua ekor exco itu. sudah tidak tahan dengan keadaan itu maka Teo dengan beraninya membuat laporan kepada SPRM tentang kegiatan ronnie dan Hian Wah.Bagaimana pula ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San.Selain Ean dan Lau, Teresa Kok (Kinrara), Hannah Yeoh (Subang), Elizabeth Wong (Bukit Lanjan), Dr Cheah Wing Yin (Damansara Utama) and Edward Lee (Bukit Gasing) turut terlibat?Perlu di ingat, fail-fail kes adun-adun yang lain tu telah lama berada dalam simpanan SPRM dan hanya menunggu masa sahaja untuk di bongkar. Mungkin SPRM melihat ini lah masa yang sesuai, maka SPRM pun bertindak.
Kalau diperhatikan betul-betul adun-adun cina yang kantoi tu, mereka ni berkongsi satu majlis perbandaran yang sama, sebagai contoh, Teressa dan Hannah berkongsi sama PBT iaitu Majlis Perbandaran Subang Jaya, Wing Yin, Elizabeth, Edward dan Lau Weng San pula berkongsi Majlis Bandaraya Petaling Jaya.Maka diatas percaturan dan sifat tamak mereka ni yang menjadi mangsa ialah Teo.Perlu di ingat, kesemua ADUN cina di selangor menggunakan kongsi gelap untuk menjaga mereka dan Ah Long pula menjadi banker mereka,Jadi, ADUN-ADUN ini pasti terikat dengan perjanjian bersama dengan Ah Long dan Kongsi Gelap tadi.Satu bala besar akan menimpa ADUN Cina selepas Teoh dipanggil oleh SPRM.Kematian Teoh pasti ada kaitan dengan Kongsi Gelap tadi maka inilah masanya Teoh perlu dihapuskan dari muka bumi ini.Jadi Teoh telah ditolak dari tingkat 14 bangunan tersebut.Kenapa pejabat SPRM pula dijadikan tempat pembunuhan?Mudah sahaja, supaya SPRM boleh dituduh sebagai defenden pertama dan itulah yang menyebabkan Ronnie Liu sekarang ini menyerang SPRM.
Seterusnya menjadikan kerajaan BN sebagai defenden kedua. Perarakan yang dianjurkan oleh puak Cina DAP ini adalah bukti petuduhan mereka kepada orang tidak terlibat.Puak cina celaka ini kononya bijak, namun mereka yang selama ini suka mencipta musuh telah disepak punggung mereka oleh musuh mereka tadi dan pastinya mereka tidak dapat lari dari sebuah kebenaran.Semoga SPRM tabah menyiasat kes ciptaan Cina pembangkang ini dan semoga kebenaran disebalik kematian orang yang mampu membongkarkan ketidaktelusan ADUN Pembangkang selangor akan terungkai.

Pembangkang politikkan kematian Beng Hock-Biarkan siasatan dijalankan terlebih dahulu

Kes kematian Setiausaha Politik seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teoh Beng Hock pada Khamis lalu telah dipolitikkan pemimpin parti pembangkang untuk mengalihkan perhatian rakyat. TPM, TSMY berkata, tindakan itu bertujuan supaya dakwaan penyalahgunaan wang peruntukan kerajaan negeri oleh tujuh wakil rakyat Selangor yang sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dapat ditenggelamkan. “Inilah dia parti pembangkang. Mereka sendiri sebenarnya tiada pemuafakatan, tetapi mereka boleh ambil tindakan yang pelbagai-bagai yang semuanya untuk memesongkan pandangan kita daripada isu-isu pokok dan semua yang berlaku.

“Hingga kematian Teoh Beng Hock pun dipolitikkan untuk mengalihkan pandangan ke isu pokok iaitu tindakan SPRM terhadap wakil-wakil rakyat daripada pakatan pembangkang yang dikatakan terlibat dalam penyalahgunaan kuasa,” kata beliau. Kalau Pembangkang boleh membuat andaian-andaian yang mengelirukan, kita dalam BN pun boleh membuat andaian yang kematian Teoh dirancang oleh pembangkang agar kes yang disiasat ini tidak mendapat bukti yang kukuh. mana lah tau mendiang Teoh boleh membongkar rashia penyelewengan peruntukan tersebut. sama-sama lah kita renungkan...

Jumaat, Julai 17, 2009

"Macam-macam town". Perlukah dalam konteks 1malaysia

DI Kuala Lumpur ada kawasan yang dikenali sebagai China Town seperti di Jalan Petaling. Ada juga Little India sebagaimana di Jalan Brickfields yang akan dinaik taraf sebagai kawasan pelancongan baru serta diperluaskan meliputi beberapa batang jalan lagi. Di Melaka, terdapat konsep menyerupai China Town iaitu di Jonker Walk dan Little India di persimpangan Jalan Bendahara dan Jalan Temenggong. Di Kelang, Jalan Tengku Kelana diisytiharkan sebagai Little India. Banyak lagi kawasan di negara ini yang sudah dilabel dan bakal dimajukan sebagai China Town dan Little India. Apakah ada Malay Town? Selain Pekan Rabu di Alor Setar, Pahang turut memperkenalkan satu lokasi dinamakan Malay Town di Kuantan. Apa yang menjadi persoalan wajarkah diwujudkan China Town, Little India dan Malay Town? Apatah lagi pihak-pihak berkenaan makin ghairah memajukan konsep bandar kecil atau pekan bercirikan identiti kaum. Di satu negeri misalnya, sampai ada dua atau tiga lokasi berkenaan.

Pasti ada yang berpendapat, apa salahnya diwujud dan dikembangkan China Town dan Little India kerana di Amerika Syarikat (AS) dan beberapa negara lain, ia bukan pemandangan yang asing. Tetapi Awang tidak nampak kewajaran sebegitu banyak China Town, Little India mahupun Malay Town di negara ini. Untuk menjadikan AS sebagai perbandingan adalah silap. Ini kerana Malaysia sememangnya telah dikenali dan diisytiharkan sebagai negara pelbagai kaum. Jika sudah mencapai status negara pelbagai kaum, untuk apa perlunya China Town, Little India mahupun Malay Town? Masyarakat Cina dan India di negara ini bukan golongan imigran, mereka adalah warga negara. Lainlah kalau Afrika Town, Arab Town, Bangla Town, Nepal Town dan Vietnam Town diwujudkan oleh komuniti pendatang yang merantau mencari rezeki di negara ini kerana mereka bukannya warga negara. Awang boleh faham dan terima jika terdapat satu dua China Town atau Little India di negara ini bagi tujuan pelancongan atau untuk menampakkan kepada pelancong dari negara China dan India bahawa budaya dan ciri-ciri kedua-dua kaum itu masih ketara di negara ini. Tetapi jika jumlahnya berkembang pesat bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan, maka ia bukan sesuatu yang boleh dibanggakan. Jika itu dibenarkan, ke mana arah kita sebagai bangsa Malaysia melainkan jika kita mahu membatalkan semula rujukan Malaysia sebagai negara pelbagai kaum. kalu macam itu bila lagi wujud DUSUN TOWN???? sama2 kita fikirkan

Rabu, Julai 15, 2009

Bukti rakyat kembali yakin kepada BN

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau berpuas hati dengan perubahan yang berlaku pada pilihan raya kecil Manik Urai kerana ia menunjukkan usaha-usaha yang dilakukan sepanjang 103 hari beliau menjadi Perdana Menteri mulai diterima rakyat, terutama pengundi Melayu. Katanya walaupun Barisan Nasional (BN) tewas dengan majoriti 65 undi, keputusan itu amat memberangsangkan lebih-lebih lagi ia berlaku di kawasan majoriti Melayu. “Mudah-mudahan sokongan dan kepercayaan rakyat yang kian bertambah ini akan berterusan,” kata Najib yang juga Pengerusi BN kepada wartawan Malaysia di bandar peranginan Mesir di Laut Merah ini untuk menghadiri sidang kemuncak ke-15 Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM).

Pas mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri Manik Urai setelah calonnya Mohd Fauzi Abdullah mengalahkan calon BN Tuan Aziz Tuan Mat dengan majoriti 65 undi setelah memperoleh 5,348 undi berbanding BN, 5,283 undi. “(Keputusan) ini bererti keyakinan rakyat terhadap BN sudah dapat kita pulihkan dan sekiranya kita meneruskan usaha-usaha yang telah dimulakan, saya percaya kedudukan Barisan Nasional akan menjadi lebih mantap lagi

Rabu, Julai 08, 2009

PPSMI DIMANSUH..

PUTRAJAYA 8 Julai - Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan.

Keputusan Kabinet itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini hari ini.

Khamis, Julai 02, 2009

Pakatan Rakyat Retak Di Kedah...

DAP Kedah hari ini keluar daripada pakatan pembangkang kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran Pas di negeri ini antara lain termasuk tindakan merobohkan satu-satunya pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya di sini. Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su bagaimanapun menyerahkan keputusan sama ada DAP Kedah kekal dalam pakatan pembangkang kepada pemimpin Pusat parti itu.

“Kami kesal kerana kerajaan negeri gagal dalam memberi keadilan kepada semua masyarakat di negeri ini. “Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata Pas untuk semua, namun mereka gagal menunjukkannya apabila banyak isu tidak diselesaikan dengan baik,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini. Su memberitahu, antara perkara yang gagal ditangani dengan baik oleh kerajaan negeri adalah isu pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya yang dirobohkan hari ini oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS).

“Memang pusat ini didirikan di tanah milik MBAS namun kerajaan negeri ada kuasa untuk menangguhkan kerja-kerja merobohkan tempat ini. “Tempoh sebulan yang diberikan kepada pengusaha di pusat ini untuk mencari kawasan lain tidak mencukupi,” katanya. Sehubungan itu, katanya, DAP berpendapat janji kerajaan negeri untuk berlaku adil kepada semua pihak tidak dilaksanakan. “Banyak isu yang mengguris perasaan rakyat di negeri ini dan isu pusat penyembelihan babi membawa unsur negatif kepada rakyat di sini. “Kami juga tidak puas hati apabila kerajaan negeri tetap berkeras menaikkan kuota 50 peratus kepada pembeli rumah bumiputera di negeri ini,” katanya.

Isnin, Jun 22, 2009

Tidak Layakkah pemimpin dari Sabah????

Baru-baru ini Anwar Ibrahim melantik Azmin Ali (Orang KL) sebagai Pengerusi Perhubungan PKR di Sabah menggantikan diri yang meletak jawatan dalam mesyuarat agung khas PKR. Sebelum ini, Anwar mengambil alih jawatan ini daripada Ansari Abdullah dan Dr. Jeffry Kitingan.
Persoalannya, selepas perletakan Anwar sebagai pemimpin PKR di Sabah, kenapa pla dia melantik Azmin Ali yang boleh dikatakan sangat asing di Sabah. 10% kawasan di Sabah pun belum pernah dijejaki oleh Azmin.
Betulkah orang Sabah tiada yang layak memimpin PKR di Sabah?
Dimana letaknya muka Dr. Jeffry Kitingan yang beriya-iya betul menjawat jawatan ini?
Dimana janji Anwar mau orang Sabah jadi pemimpin kelak. Anwar berjanji jika partinya memerintah, seorang Timbalan Perdana Menteri (TPM) di lantik dari Sabah. Nampak gayanya itu satu janji kosong sahaja. Apalagi TPM, Pengerusi Perhubungan pun dilantiknya orang KL. Anwar tidak harap orang sabah pula. sama-sama kita renungkan..

Jumaat, Jun 19, 2009

Kenapa Pas-DAP boleh, Pas-UMNO tak boleh?

SAYA terpanggil untuk bersama-sama memberi pandangan berhubung pembentukan kerajaan perpaduan antara Pas dan UMNO kerana ia adalah satu titik permulaan yang sangat baik ke arah penyatuan dan pembentukan negara Malaysia yang jitu dan kearah perpaduan yang sejati.

Sebenarnya, titik persamaan utama mereka sudah terlalu jelas dan tak perlu dicari lagi. Ini kerana secara umum semua orang Melayu di Malaysia adalah beragama Islam. Maknanya, mereka menyembah satu Tuhan, Allah SWT, menghadap kiblat yang sama, Baitullah di Mekah, berpegang kepada ajaran kitab yang sama al-Quran dan berpenghulu yang sama, Nabi Muhammad SAW. Jadi, dari segi akidah atau kepercayaan, tidak ada sebab mereka tidak boleh bersatu.
Cuma mereka berpecah kerana ideologi politik. Melayu UMNO dan Melayu Pas. Kenapa harus terjadi begini? Sedangkan hakikatnya, kedua-dua parti memperjuangkan Islam dan dikuasai orang Islam.
Di sinilah perlu wujudnya satu kesedaran yang sangat mudah untuk diperakui di kalangan seluruh umat Islam. UMNO dan Pas hanyalah parti politik, bukannya agama! Agama kita semua hanyalah satu, iaitu Islam. Sehubungan itu, sama ada kita menyertai Pas atau UMNO, kita tetap beragama Islam. Tidak ada hukum Islam yang menyatakan semua orang Islam wajib menyertai atau menyokong parti Pas.

Namun, apa yang berlaku selama ini, orang Pas berpendirian setiap orang Islam mesti menjadi ahli atau penyokong Pas. Kalau tidak, mereka bukan orang Islam. Apakah ertinya semua ini? Adakah orang Pas sudah beranggapan atau mahu menyamakan Pas itu dengan agama? Pas itu Islam dan Islam itu Pas? Kalau begitu, bagaimana dengan orang Islam di luar Malaysia? Adakah mereka juga tidak Islam kerana tidak menjadi ahli atau menyokong Pas? Hakikatnya, orang Islam tetap orang Islam, selagi mereka berpegang dan mengamalkan Rukun Islam. Ia tidak boleh dipertikaikan sama sekali seperti yang dilakukan orang Pas terhadap orang UMNO.
Oleh itu, pemimpin Pas juga tidak harus terburu-buru berprasangka buruk dengan cadangan penubuhan kerajaan perpaduan antara parti itu dan UMNO. Sebagai, umat Islam, mereka perlu memahami tuntutan ukhuwah Islamiah yang memberi keutamaan kepada perpaduan sesama ummah terlebih dahulu dan bukannya mendahulukan orang bukan Islam seperti yang berlaku dalam penubuhan kerajaan pakatan antara Pas dan DAP di Perak selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu.

Dalam hubungan ini, saya ingin bertanya kepada pemimpin Pas, terutama Datuk Nik Aziz Nik Mat satu soalan: "Yang manakah lebih baik, Pas bersatu dengan UMNO yang ahli dan pemimpinnya majoriti orang Melayu beragama Islam atau Pas bersatu dengan DAP yang ahli dan pemimpinnya majoriti orang yang terang-terang menentang status negara Islam dan kepemimpinan Islam di Malaysia?" Apakah DAP betul2 jujur dalam menjalinkan hubungan dengan PAS atau ada agenda tersendiri?

Selasa, Jun 16, 2009

Jika PPSMI di Mansuhkan...? BI wajib lulus SPM langkah kerajaan untuk jaminan penguasaan BI generasi masa hadapan?

TAN Sri Muhyiddin Yassin mengajak rakyat berbincang sama ada Bahasa Inggeris (BI) wajib lulus sebagai syarat lulus SPM. Ini kali pertama kita dengar kerajaan secara tulus bertanya kepada rakyat sebelum membentuk satu dasar perdana yang melibatkan rakyat. Petanda baik bagi kita apabila kerajaan mula memikirkan apakah langkah yang setara dengan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) itu jika dimansuhkan, ia menjamin penguasaan BI generasi masa hadapan. Kepentingan BI tidaklah sama timbangannya dengan Bahasa Malaysia (BM). BM adalah struktur tunjang pembinaan sebuah negara bangsa yang berdaulat. Malah bangsa Melayu itu sendiri akan hilang punca jika salah satu ciri-ciri Melayu iaitu bahasa Melayu, agama Islam dan amalan budaya Melayu itu hilang. Jika salah satu komponen itu hilang maka identiti negara kita kian terhakis.

Dalam hasrat meletakkan BI sebagai wajib lulus untuk lulus SPM, adakah kerajaan benar-benar bersedia untuk pelaksanaannya? Bersedia dalam konteks perancangan strategik yang melibatkan sumber kewangan, tenaga pengajar, kemudahan peralatan, modul yang berkesan serta menyediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran. Kedua, adakah rakyat terbanyak khususnya di luar bandar bersedia menerima cabaran ini? Jawapannya mungkin 'ya' mungkin 'tidak'. Jika begitu keadaannya, kerajaan dan rakyat berada dalam keadaan was-was. Sesuatu dasar yang diputuskan dalam keadaan ragu-ragu dan bercelaru akan timbul masalah besar kemudian hari.

Dalam merancang dasar strategik, kita hendaklah mengelakkan diri daripada memasang perangkap kepada anak bangsa. Kita wajar mampu melihat jauh ke hadapan akan halangan-halangan yang memerangkap anak bangsa kita. Kita amat sedar dengan kemampuan kerajaan yang terbatas, apa akan jadi kepada sebilangan besar pelajar yang gagal SPM nanti kerana gagal menguasai bahasa penjajah itu? BI menjadi penghalang besar anak bangsa kita tidak layak masuk institusi pengajian tinggi (IPT). Tidakkah kita menepuk kepala suatu hari nanti apabila IPT dipenuhi oleh orang lain sedangkan bangsa kita terkial-kial - terperangkap dalam jebak BI yang kita cipta sendiri? Pada waktu itu kita sibuk mencari formula baru sedangkan satu atau dua generasi menjadi mangsa.

Satu Malaysia sedar BI adalah subjek maha penting untuk dipadankan dengan landskap dunia hari ini. Agenda bangsa tidak sehala dan dapat diselesaikan dengan satu jalan.
Dengan itu dicadangkan BI adalah mata pelajaran wajib untuk PMR dan SPM. Malah dalam STPM juga. Bagaimanapun ia bukan syarat wajib lulus bagi SPM. Kedua, BI wajar diterapkan ke dalam jadual waktu pelajar setiap hari bersekolah dengan pelbagai kaedah seperti public speaking, presentation, report writting, debate dan lain-lain di samping modul teras BI. Kelengkapan alat bantuan mengajar dipertingkatkan. Makmal Bahasa diperkembangkan ke sekolah-sekolah seluruh negara dan dilengkapkan dengan alat pandang dengar (audio visual) dan teknologi terbaru. Ketiga, kerajaan menyediakan peruntukan masa tidak kurang empat hingga enam jam sebulan kelas tambahan BI di Makmal Bahasa kepada semua pelajar. Sediakan tenaga pengajar khas dan terlatih di Makmal Bahasa.

Jika persediaan sudah sampai ke peringkat ini dan tiada sebuah sekolah yang tertinggal maka kerajaan bolehlah menimbangkan syarat wajib lulus BI bagi SPM. Tidak ada sebab rakyat menolak sebarang dasar jika rakyat mampu dan tidak menjadi beban fikiran dan halangan untuk kejayaan. Sama-samalah kita merenung ke dalam diri, apakah kekuatan dan kelemahan kita dalam menghadapi cabaran mendatang.

Khamis, Mei 28, 2009

1Malaysia dalam 'bahasa rakyat'

KONSEP 1Malaysia atau Satu Malaysia yang berteraskan 'Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan' jelas menunjukkan betapa kesungguhan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk merealisasikan transformasi yang meletakkan rakyat sebagai keutamaan. Namun begitu konsep ini tidak akan sampai menusuk ke dalam hati dan jiwa setiap rakyat sekiranya konsep ini tidak dapat mereka fahami mengikut cara masing-masing. Terdapat ramai rakyat yang mungkin masih tertanya-tanya dan keliru dengan konsep Satu Malaysia. Rakyat pastinya akan tertanya-tanya dengan gagasan Satu Malaysia, transformasi dan liberalisasi, akhirnya rakyat dapat apa?

Rakyat mesti faham Malaysia merupakan satu-satunya negara yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama tetapi dapat mengekalkan kemakmuran sejak 52 tahun merdeka walaupun diusik oleh segelintir mereka yang mempunyai agenda tersendiri. Kejayaan ini dikecapi hasil daripada usaha pemimpin-pemimpin terdahulu yang menjadikan kemajmukan rakyat sebagai sumber kekuatan untuk kesejahteraan dan perpaduan di kalangan rakyat. Gagasan ini merupakan satu ramuan utama ke arah perpaduan, kebersamaan, kekitaan dan saling tolong-menolong tanpa mengira warna kulit ibarat berteduh di bawah satu rumah dalam sebuah keluarga yang besar.

Walaupun disogok dengan pelbagai tafsiran oleh pihak pembangkang rakyat harus mengakui bahawa kemajmukan yang ditanam sejak sekian lama adalah hakikat yang harus diterima oleh semua tanpa mengira ideologi politik.
Kesungguhan kerajaan terutamanya Perdana Menteri begitu ketara sekali namun jika rakyat tidak memahami, menerima dan merasainya, konsep ini hanya tinggal sebagai konsep sahaja yang hanya difahami oleh pemimpin-pemimpin dan sebahagian daripada kita sahaja. Ternyata bebanan ini amat bergantung kepada Datuk Seri Dr. Rais Yatim atau lebih tepat Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan untuk memikul amanah bagi memastikan setiap warga Malaysia memahaminya.

Adakah cukup sekadar membina laman blog untuk memberi penerangan atau kempen melalui televisyen dan radio? Pastinya rakyat perlu diceritakan konsep ini mengikut 'bahasa rakyat'. Jika hendak memenangi dan memberi kefahaman kepada rakyat, kita perlu menjadi 'rakyat', tinggal, duduk dan bersembang mengikut cara mereka. Jika terdapat segelintir daripada masyarakat yang gemar berbincang di warung-warung kopi, maka dalam memberi penjelasan konsep ini, wakil-wakil kerajaan yang bertanggungjawab perlu bersama-sama orang kampung di sana.

Jika perlu beralih kepada cara lama iaitu menggunakan wayang pacak, wayang kulit, dikir barat, rodak dan boria sebagai wadah untuk mengajak orang kampung berkumpul maka lakukanlah, asalkan mesej dan kefahaman yang jelas tentang konsep Satu Malaysia dapat disampaikan. Jika sukan boleh dijadikan wadah untuk mendekati golongan belia yang berjumlah 12 juta orang untuk menerangkan konsep ini, maka agensi yang berkaitan perlu melaksanakan tanggungjawab dalam memberi kefahaman ini. Jika golongan profesional memerlukan pendekatan yang profesional, maka kerajaan perlu segera mendekati mereka agar tidak ada rakyat membuat tafsiran dan kefahaman sendiri tentang konsep Satu Malaysia.

Ini bukan masanya untuk kita bergegar berdebat membincangkan isu tentang konsep Satu Malaysia tetapi rakyat ternganga-nganga membuat kesimpulan mengikut kefahaman mereka. Waima apa jua yang direncanakan, apa yang rakyat mahukan adalah pemimpin atau lebih tepat lagi wakil rakyat mereka yang sentiasa berada bersama mereka ketika susah dan senang bukannya masa hampir pilihan raya atau jika ada liputan media. Apa yang mereka mahukan jika ada kematian, Yang Berhormat (YB) mereka datang mengunjung, jika ada kenduri YB mereka datang bertandang, jika ada jalan rosak, rumah dipukul ribut, YB datang menghulurkan bantuan dan membuat penyelesaian segera.

Rakyat mahukan pemimpin yang mengota apa yang dikata, cakap serupa bikin dan bikin serupa cakap. Tidak cukup sekadar berkobar-kobar ketika berdebat tetapi longlai ketika berdepan masalah rakyat. Dalam mengharungi proses transformasi ini, rakyat mahukan pemimpin yang bukan sahaja mengetahui dan memahami kesusahan mereka, tetapi pemimpin yang dapat 'merasai' kesakitan mereka. Misalnya apabila lif rosak maka terpaksa mereka memerah keringat dan bertongkat untuk sampai ke rumah masing-masing di tingkat atas, ada pemimpin yang dapat membuat penyelesaian segera. Jika ini dapat dirasai oleh para pemimpin rakyat, pastinya hasrat dan aspirasi kerajaan lebih mudah untuk mereka terima dan fahami. Dekati, fahami, selami dan menjiwai setiap kesusahan rakyat.

Rakyat perlu diberi kefahaman yang jelas kerana konsep Satu Malaysia ini begitu menarik dengan matlamat antaranya setiap rakyat yang berkelayakan dan memerlukan pertolongan akan dibantu oleh kerajaan. Kerajaan juga akan memastikan tidak akan ada mana-mana pihak yang tercicir. Kerjaan mengutamakan setiap warganegara mempunyai hak dan tanggungjawab masing-masing seperti mana yang digariskan oleh Perlembagaan Persekutuan. Namun matlamat murni ini tidak akan tercapai seandainya rakyat tidak dapat menghayati, memahami dan merasai kesungguhan kerajaan untuk meletakkan rakyat di hadapan.

Konsep Satu Malaysia perlu difahami oleh setiap rakyat dengan kefahaman yang betul. Ini kerana dalam konteks masyarakat majmuk, jika fikiran rakyat disogokkan dengan kefahaman yang salah, maka fikiran mereka akan berkecamuk. Natijahnya pilihan rayalah tempat mereka 'mengamuk'. Satu Malaysia perlu sampai ke telinga rakyat dengan satu kefahaman yang jelas dan ikhlas. Jangan jadi seperti mengalunkan lagu kepada si pekak, irama dan melodinya lunak merdu tetapi tidak dapat dinikmati dengan jelas, tetapi jika kena alunannya, si pekak dapat menghayatinya walaupun iramanya perlahan.

Selasa, Mei 26, 2009

Gagasan Satu Malaysia perlu formula BM > 2T

RUPA-RUPANYA setelah 52 tahun merdeka, Malaysia masih belum benar-benar berjaya menyatukan rakyatnya yang pelbagai kaum. Ia menyebabkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terpaksa memperkenalkan gagasan Satu Malaysia. Berbeza dengan Malaysian Malaysia yang cuba 'diperjuangkan' oleh pembangkang, konsep Satu Malaysia bermatlamatkan perpaduan nasional dan bukannya ruang cauvinis membuat tuntutan bukan-bukan. Jika selama ini perpaduan hanya berasaskan konsep toleransi, kini ia dilihat perlu ditingkatkan kepada konsep penerimaan. Maksudnya, rakyat harus menerima hakikat sejarah dan sosiobudaya yang menjadi latar kepada konsep negara bangsa Malaysia.

Namun persoalan paling asas bagi penghayatan konsep penerimaan ini ialah sejauh manakah ketelusan dan ketulusan (2T) semua kaum? Sejauh manakah orang Melayu dapat menerima orang Cina, orang India dan suku pribumi di Semenanjung dan Sabah serta Sarawak, sebagai sebahagian daripada rakyat Malaysia? Sejauh manakah pula kaum dan etnik lain itu mengiktiraf orang Melayu sebagai penduduk asal negara ini? Persoalan-persoalan itu hanya dapat dijawab dengan telus dan tulus jika semua rakyat bertutur dalam bahasa yang sama. Walaupun termaktub dalam Perlembagaan Malaysia bahawa bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan, oleh itu ia menjadi bahasa penyatuan. Tetapi kebanyakan rakyat malah kalangan pemimpin negara sendiri masih tidak menghayatinya.

Masing-masing leka dengan status quo dan bersikap prejudis terhadap kaum lain. Masih ada kepercayaan dalam hati bahawa kelainan akan menimbulkan persaingan "hidup-mati". Justeru, apa yang masih ada perlu dipertahankan. Kelainan gagal menimbulkan minat untuk perkongsian, sebaliknya menebalkan lagi bibit-bibit perkauman. Justeru, faktor Formula BM > 2T iaitu Bahasa Malaysia > Telus dan Tulus, perlu dijadikan akar gagasan Satu Malaysia jika mahu mencapai matlamat perpaduan tulen. Formula ini hanya boleh diuji apabila semua kaum bercakap dalam satu bahasa.

Secara psikologi, jika dua pihak (A dan B) berbual dalam satu bahasa, tiba-tiba pihak ketiga menyampuk dengan bahasa lain yang hanya difahami sama ada oleh A atau B sahaja, maka pasti ada yang terasa. Perasaan kurang senang itu akan menimbulkan prejudis dan boleh membawa kepada kerenggangan dalam hubungan sesama rakyat. Begitulah analogi bagi fungsi bahasa sebagai alat komunikasi bagi mencapai perpaduan. Bagaimana mungkin pelbagai kaum boleh disatukan jika masing-masing masih dibenarkan bercakap dalam bahasa yang saling tidak difahami. Hal ini menyebabkan jurang komunikasi yang membawa kepada kegagalan untuk rakyat menjadi lebih rapat dan bersatu. Bagaimana boleh diukur kefahaman seseorang jika ciri bahasa tidak dikongsi bersama? Kontrak sosial negara menyarankan bahasa yang difahami oleh semua dijadikan sebagai bahasa kebangsaan.

Terbukti ia adalah bahasa Melayu. Malangnya, tidak semua dapat menerimanya walaupun konon berpegang teguh kepada konsep toleransi dan demokrasi. Dalam kalangan orang Melayu sendiri termasuk para pemimpin, masih ada yang tidak yakin dengan martabat yang disepakati bersama itu. Justeru, "Apalah diharap padi seberang." Slogan "Bahasa menunjukkan bangsa" perlulah dihayati dengan setulus-tulusnya. Konsep 'bangsa' pula perlu dilihat secara menyeluruh. Bangsa Malaysia bukannya terhad kepada kaum Melayu sahaja. Ia terdiri daripada kaum Melayu, Cina, India serta pribumi di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Jangan lupa kaum-kaum minoriti lain. Kepelbagaian kaum akan memperlihatkan variasi bahasa yang rencam.

Malaysia sepatutnya cemburu dengan kejayaan Indonesia menggunakan bahasa Indonesia untuk menyatukan ribuan etnik di negara kepulauan itu.
Jika selama ini semua kaum di Malaysia bertoleransi dalam pelbagai perkara, sudah tiba masanya untuk kita menghayati konsep 'penerimaan.' Kita perlu faham bahawa toleransi mengandungi dua semangat iaitu memberi dan menerima. Tidak selamanya sesuatu kaum itu boleh memberi sahaja dan juga tidak selamanya sesuatu kaum itu boleh menerima sahaja.
Sejak 2007, bahasa Melayu diubah menjadi bahasa Malaysia. Pengorbanan 'mematikan' bahasa Melayu supaya ia tidak dilihat milik Melayu sahaja, harus dihargai oleh semua kaum demi mencapai hasrat Satu Malaysia.

Jadi, gunakanlah bahasa Malaysia supaya kita semua telus dan tulus.

Selasa, April 28, 2009

ketua menteri tak bijak

Ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menunjukkan karakter sebenar siapa dirinya di mata umum. Ini menggambarkan Guan Eng seorang ketua negeri yang hentam koromoh saja dalam membuat kenyataan. Jelas sekali beliau bukannya seorang pemimpin yang diperlukan oleh rakyat pulau pinang. Peristiwa ketika Guan Eng mengumumkan kepada awam mengenai gaji dan elaun Mat Sabu, Naib Presiden PAS mengambarkan pemimpin-pemimpin dari pakatan rakyat pimpinan Anwar Ibrahim tidak cukup untuk memimpin negara Malaysia.
kalau cakap dan jual tembirang nombor satu dalam negara...ini juga menunjukkan tiada perhubungan rapat dikalangan parti yang menjadi regu dalam Pakatan Rakyat iaitu PKR, PAS dan DAP yang dikatakan menanti akan berpecah belah tidak lama lagi.

Rabu, April 22, 2009

Pakatan Rakyat Rapuh-

Selepas perang mulut DAP dengan PKR berhubung peletakan jawatan Mohammad Fairus Khairuddin sebagai ADUN Penanti, kini PAS pula berniat menolak parti Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihanraya kecil nanti.Dalam mesyuarat agung PAS Permatang Pauh hujung minggu lalu, semua 115 perwakilan sebulat suara menyokong usul agar PAS bertanding di DUN tersebut, kata yang dipertuanya. Omar Hassan memberitahu Malaysiakini hari ini, usul tersebut telah dimaklumkan kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sehari selepas itu dalam satu pertemuan di Kuala Lumpur.
PAS kawasan menolak sikap PKR yang memaksa Mohammad Fairus - telah melepaskan jawatan exco dan timbalan satu ketua menteri Pulau Pinang - meletakkan ADUN pula sehingga pilihanraya kecil terpaksa diadakan. "Peletakan jawatan macam ini, ada ahli-ahli akar umbi curiga dan ragu-ragu, terutama pengundi atas pagar yang menyokong kita (Pakatan Rakyat). "Dalam organisasi, individu adalah tanggungjawab parti. Masalah berkaitan dengan ADUN, pimpinanlah yang kena selesai masalah dalaman parti," kata Omar. "Beliau (Mohammad Fairus) belum ditentukan kesalahannya, dia boleh duduk di situ (sebagai ADUN). Masalah dalaman, perhubungan parti (PKR) kena selesaikan masalah itu, bukannya (dengan cara) letak jawatan. "Ia boleh menghilangkan keyakinan rakyat dan akar umbi. Oleh itu, tindakan PAS (untuk) bertanding ini, untuk menyelamatkan keadaan."Mohammad Fairus kini dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung salah guna kuasa.

Nasib berbeza antara Eli dan Fairus, Permainan politik Anwar


Ada dua senario berbeza dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR). Satu untung dan satu malang.
Untung jika namanya ialah Elizabeth Wong - bukan sahaja ‘bebas’ daripada sebarang ‘dosa’ malah terus dibela. Malang jika namanya Mohamad Fairus Khairuddin – bukan sahaja berhadapan dengan tekanan pucuk pimpinan sendiri tetapi terpaksa melepaskan semua jawatan ,Timbalan Ketua Menteri dan Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Penanti dan kini berseorangan untuk membersihkan dirinya.
Elizabeth atau panggilan manja diberikan oleh PKR Eli, yang pernah jadi pembantu kepada Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail tidak perlu gundah gulana jika ada badai yang melanda, pembelaan akan tetap datang. Terbaru apabila set gambar baru,empat keping dicantum jadi satu juga semasa tidur, kali ini lengkap berpakaian mula disebarkan sebagai susulan kepada gambar kedua kakinya ‘terbuka’ dan kain ‘terselak’, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim cepat-cepat mempertahankan Exco yang mula tegas hendak meletakkan jawatan tetapi menelan balik ketegasannya itu. Rayuan yang dibuat oleh Khalid ialah sesiapa sahaja yang menyimpan gambar-gambar Eli hendaklah menyerahkannya kepada pihak berkuasa kerana menyimpannyau adalah kesalahan di sisi undang-undang. Hakikatnya yang menjadi bahan bualan, isu Eli ini mengundang percanggahan yang ketara dalam kepimpinan PKR sendiri.
Bagi yang menyokong, walaupun gambar yang tersebar itu dikatakan adalah cerminan kepada kehidupan sosial sebenar Eli yang ‘bebas’ membawa lelaki ke dalam rumahnya hingga boleh merakamkan gambar pelbagai aksi, ia dianggap kehidupan peribadi dan tidak boleh dipersoalkan. Namun bagi yang menentang, ia dianggap sebagai ‘bom jangka’ kepada kepimpinan PKR kerana sedar mungkin banyak lagi rakaman aksi-aksi yang akan disebar selepas ini setelah beliau menerima semula jawatan Exco kerajaan negeri Selangor. Malah Ahli Parlimen PKR kawasan Kulim Bandar Bharu, Zulkifli Nordin secara terbuka mengisyrtiharkan dirinya ‘mufaraqah’ atau memisahkan dirinya daripada keputusan yang dibuat oleh kempinan PKR membenarkan Eli menyertai kerajaan Selangor semula.
Penentangan dalaman PKR terhadap Eli dapat difahami kerana menurut cerita banyak lagi kisah-kisah mengenai Eli yang mereka khuatiri akan mucncul ke permukaan. Ikut cakap-cakap yang tersebar, kebimbangan paling besar ialah isu Eli akan terus menjadi duri dalam daging kepada PKR termasuk desas desus mengenai ‘port’ yang selalu dikunjungi oleh Eli dengan bekas teman lelakinya Helmi Malek di Sentul. Helmi,bekas pembantu seorang Ahli Parlimen PKR di Selangor yang dicari polis untuk bantu siasatan mengenai kes pengedaran gambar pertama dulu itu masih belum muncul sampai hari ini. Lelaki yang sudah beristeri itu dipercayai bersembunyi di sebuah negara jiran selepas heboh tentang pengedaran set gambar pertama dulu. Melihat pada set gambar terbaru yang disiarkan di sebuah laman blog jelas menunjukkan Elizabeth sedang tidor di tempat sama dengan gambar sebelum ini iaitu diatas sofa.
Ada kemungkinan set gambar terbaru ini diambil oleh orang yang sama. Penyebaran set gambar terbaru Eli adalah asas kepada kebimbangan sesetengah kepimpinan PKR mereka akan berhadapan dengan serangan lebih dahsyat mengenai isu moral pemimpin parti itu sendiri kerana selama ini PKR adalah jaguh menuduh orang lain tidak bermoral

Selasa, April 21, 2009

Godaan Anwar pada 16. Sept. 08 (160908)

Menjelang 16 September tahun lalu sewaktu Datuk Seri Anwar Ibrahim bikin gimik nak tawan Putrajaya menerusi pintu belakang berbagai desas desus timbul mengenai nama-nama sebilangan Ahli Parlimen Barisan Nasional yang dikatakan telah ditemui secara sulit oleh Ketua Pembangkang itu. Namun belum ada seorang pun dikalangan mereka yang tampil untuk membuat pendedahan mengenai modus operandi Anwar dalam usaha memujuk mereka menyertai apa yang dikenali sebagai ‘Pelan 16 September’ yang tak menjadi itu. Petang Ahad 19 April, Timbalan Menteri Pelajaran Dr Puad Zarkashi, Ahli Parlimen Batu Pahat yang baru ini memenangi pemilihan jawatan Majlis Tertinggi UMNO menceritakan bagaimana Anwar berusaha memujuknya termasuk mendakwa empat Sultan termasuk Yang di-Pertuan Agong menyokongnya.
Dr Puad menceritakannya pada kira-kira 400 ahli UMNO dari cawangan-cawangan sekitar Hulu Kelang yang hadir dalam perjumpaan sembang petang di Kelab Darul Ehsan, dekat Kuala Lumpur. Katanya beliau mulanya dihubungi menerusi telefon oleh contactman Anwar yakni Dr Rahim Ghaus. Dr Rahim diketahui adalah orang kanan Anwar yang kini menetap di Melbourne, Australia tapi sering berulang alik ke Malaysia. Bekas Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang ini melarikan diri ke luar negara semasa kemuncak reformasi 1998 dan kini berkhidmat dengan sebuah cawangan bank Timur Tengah di bandaraya itu. Menariknya Dr Puad cuba dipancing pada 20 September iaitu empat hari melepasi dateline 16 September. Ini jelas menunjukkan Anwar masih menaruh harapan dan terus cuba nasib sekalipun tarikh asal impiannya itu dah berlalu. Pendedahan Dr Puad di majlis itu ditulis oleh Datuk Fuad Hassan,bekas ahli Dewan Undangan Negeri BN Hulu Kelang dalam laman blognya dialamat: http://www.dakwat-kertas.blogspot.com/
Berikut ialah tulisan penuh Datuk Fuad dibawah tajuk “Rahsia godaan Anwar” Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah meminta beberapa ahli parlimen Barisan Nasional menandatangani surat untuk memberikan persetujuan kepada beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke enam pada 16 September 2009 yang lalu. Surat tersebut ditujukan kepada SPB Yang Di Pertuan Agong. Demikian didedahkan oleh ahli parlimen Batu Pahat yang terpilih sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Puad Zarkashi dalam program Sembang petang “UMNO Dalam cabaran” anjuran UMNO Bahagian Gombak di Dewan Cempaka, Kelab Darul Ehsan petang tadi (19 April 2009) mulai jam 2.45 petang. Menurut Dr. Puad, beliau telah menerima panggilan telepon daripada rakan Anwar Ibrahim, Dr. Abdul Rahim Ghaus, seorang ahli perniagaan pada 20 September jam 2 pagi tahun lalu yang menyatakan beliau ingin berjumpa dan berbincang mengenai pembentukan kerajaan pembangkang yang baru. Dr. Puad bersetuju berjumpa dengan Dr. Abd Rahim yang kemudiannya yang merayu dan menunjukkan surat yang ditujukan kepada SPB Yang di-Pertuan Agong bagi mendapatkan persetujuan melantik DS Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri yang baru menggantikan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi yang dikatakan telah hilang sokongan.
Untuk meyakinkan lagi, Dr. Abdul Rahim telah menelepon Anwar Ibrahim untuk bercakap dan meyakinkan beliau. Menurut Dr. Puad, Anwar Ibrahim telah menyatakan bahawa “ Pak Lah is no longer in command..” Beliau merayu agar Dr. Puad menandatangani surat tersebut tanpa perlu keluar daripada Barisan Nasional. Anwar berjanji akan merahsiakan tandatangan beliau. Ia hanyalah untuk tatapan SPB Yang Di Pertuan Agong, tambahnya lagi. “I need more Malay MPs like you ”, tambah Anwar lagi. “ And we already have enough numbers to form new government ,” kata Anwar cuba meyakinkan lagi. Anwar cuba meyakinkan Dr. Puad dengan menyatakan bahawa empat Sultan telah menyatakan sokongan, termasuk SPB Yang Di Pertuan Agong. Dr. Puad secara fizikalnya terketar-ketar. Beliau hanya baru beberapa bulan menjadi ahli parlimen tiba-tiba menerima ujian yang begini besar. Menurutnya, beliau terketar-ketar kerana takut terpengaruh dan lantas tanpa sedar menandatangani surat tersebut, jelasnya lagi. Beliau cuba menguatkan pendirian dengan bertanya Anwar tentang bagaimana dengan agenda Melayu. Ini kerana beliau bimbang Pakatan Rakyat tidak lagi menjuarai kepentingan bangsa Melayu dan Islam lantaran ingin menjaga perasaan DAP dan pengundi Cina. Menurut Dr. Puad, Anwar menyatakan kepadanya kepentingan bangsa Melayu akan dijaga dan beliau pernah menegur Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim kerana kes tanah di Selangor. Tetapi Kata Dr. Puad, banyak kes di Parlimen seperti serangan terhadap menghalang Murtad / keluar Islam yang ditimbulkan oleh ahli parlimen Bukit Mertajam dari DAP tidakpun dipertahankan oleh ahli-ahli parlimen PAS mahupun PKR. Hanya pemimpin UMNO yang berbuat demikian.
Apa yang diharapkan kepada mereka untuk berbuat demikian, tegasnya lagi. “UMNO yang telah menggubal perlembagaan yang membuat ketetapan dimana keputusan mahkamah syariah tidak boleh dicabar di mahkamah sivil,” tambah Dr. Puad dengan bersemangat. Berbalik kepada perbualan telepon Anwar-Dr.Puad, lantaran debaran yang demikian kuat, Dr. Puad meminta tempoh kepada Anwar untuk beliau menunaikan solat istiqarah bagi mendapatkan petunjuk daripada Allah swt. Beliau menyampaikan berita tersebut kepada isterinya untuk berbuat demikian dan melakukan solat istiqarah mendapatkan restu Allah. Keesokannya beliau menerima telepon lagi daripada Dr. Rahim Ghaus. Dr. Puad menjawab bahawa setelah beliau melakukan istiqarah, beliau telah mendapat mimpi yang menyatakan, “Kalau saya sign surat persetujuan tersebut bermakna saya telah menjual negara..”, kata Puad disambut dengan tepukan gemuruh daripada para hadirin yang hadir. “Kalau saya sign , saya akan dihalau oleh Sultan dari negeri Johor yang merupakan tempat UMNO dinobatkan”, tegas beliau lagi. “Saya memegang jawatan ini bukan untuk diri saya, tetapi untuk bangsa dan agama dan saya berharap saya akan istiqamah dengan perjuangan ini,” tambah Dr. Puad mengakhiri ucapannya dengan soalan-soalan yang bertalu-talu dari hadirin. Anwar mengenali Dr. Puad kerana beliau pernah menjadi tenaga pengajar di Yayasan Anda Akademik pada tahun 80 an dahulu. Beliau seorang yang kuat berpegang kepada prinsip perjuangan agama dan bangsa. Pendekatannya sudah tentu berbeda dengan ahli-ahli parlimen yang lain.
Umum mengetahui bagaimana Anwar telah mengarahkan wakil-wakil rakyat PKR berkejaran ke Taiwan untuk memujuk ahli parlimen BN menandatangai surat persetujuan melantik Anwar sebagai Perdana Menteri ke 6 pada 16 September 2008 yang lalu. Dengan kehendak Allah, Perak yang jatuh ke tangan Barisan Nasional. Hampir 400 ahli UMNO dari cawangan-cawangan Hulu Kelang hadir dalam perjumpaan tersebut

Jumaat, April 03, 2009

DS Najib PM ke-6

Tahniah3x.... DS Najib kerana akhirnya menjadi PM ke-6. Harapan kita dengan kepimpinan baru dan barisan kabinet baru yang ideal dan berkarisma akan membawa negara kita ke satu tahap lagi. Dengan ucapan dan amanat sebagai Presiden baru UMNO, semestinya DS Najib akan membawa perubahan demi kepentingan semua kaum...
Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak selamat mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baru tepat jam 10.10 pagi Jumaat di hadapan Yang di-Pertuan Agong. Majlis mengangkat sumpah yang penuh dengan adat istiadat itu berlangsung dengan disaksikan oleh rakyat seluruh Negara melalui siaran langsung yang disiarkan oleh TV1. Najib yang memulakan karier politik dengan memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri Perdagangan pada umur 25 tahun dan kemudiannya menjadi Menteri Besar Pahang termuda pada usia 29 tahun. Selesai acara mengangkat sumpah majlis diteruskan dengan pengurniaan Darjah Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) yang membawa gelaran Tun kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Darjah Seri Setia Mahkota (SSM) kepada isteri beliau Jeane Abdullah yang juga membwa gelaran Tun. Dengan sempurnanya majlis perlantikan berkenaan, segala desas-desus termasuk berita yang dibuat oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahawa Yang di-Pertuan Agong menolak perlantikan Najib adalah pembohongan semata-mata

Selasa, Mac 24, 2009

Anwar sanggup buat apa saja demi kepentingan diri!!!!

1. Memansuhkan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

"Dasar Ekonomi Baru merupakan satu dasar yang perlu dimansuhkan....Dasar Ekonomi Baru menyukarkan Malaysia untuk menandatangani Perjanjian Perdagangan Bebas dengan Amerika Syarikat"

Ketika berucap di Persatuan Wartawan Asing di Singapura 10 April 2007

Agenda Anwar Ibrahim kini menyokong:
# kepentingan ekonomi Amerika di Malaysia yang akan mengorbankan kepentingan rakyat demi prinsip 'ekonomi terbuka' Amerika
#kepentingan politik Anwar sendiri yang kini terdesak meraih sokongan orang bukan melayu
#kepentingan peribadi kuncu-kuncu rapat Anwar Ibrahim yang mahukan beliau berkuasa semula
Siapa kuncu-kuncu rasuah Anwar Ibrahim?
Anwar Ibrahim adalah salah satu produk DEB sehingga pernah menjadi Timbalan PM & Menteri Kewangan. Ketika itu Anwar berkuasa, rasuah menjadi-jadi dikalangan kroni dan kuncu-kuncunya. Antaranya ialah:
1. KAMARUDDIN JAAFAR (rakan seperjuangan ketika ABIM dan kini Setiausaha Agung PAS) yang merupakan pemegang saham dalam Linear City, Westmont Industries, KL PRT yang kesemuanya bernilai hampir RM12 billion
2. NAZRI ABDULLAH, MOHD NOR MUTALIB dan KHALID AHMAD (kroni tiga sekawan) yang merupakan pemegang saham dalam MRCB Berhad, Fresway Properties Sdn. Bhd, segari Energy Ventures Sdn. Bhd, Port Dickson Power Berhad, ARL Tenaga, IPP Malawa, Sabah dengan projek bernilai hampir RM15 billion
3. WAN HASNI WAN SULAIMAN dan RAHIM GHOUSE (kroni lagi) yang merupakan pemegang saham di Express Rail Link Sdn. Bhd (pengusaha ERL dengan kos projek sebanyak RM23 juta) dan pernah dijanjikan untuk mendapat Putrajaya Intergrated Transport Services
4. Dato' Ibrahim Abdul Rahman (Ayah Anwar Ibrahim) diberi jawatan Pengerusi IOI Berhad, saham di dalam Pengalan Holdings juga telah diberikan 3.8 juta saham Industrial Oxygen Berhad pada tahun 1997. Saham-saham tersebut bernilai RM20 juta
Seharusnya Anwar Ibrahim berpijak dibumi yang nyata...dalam keadaan terdesak mau jadi PM sekarang..barulah macam kelihatan pembela dan pejuang bangsa nombor 1.

Isnin, Mac 23, 2009

Sukarkah pemimpin KadazanDusunMurut (KDM) untuk bersatu

Dewasa ini, kita ada beberapa pemimpin ulung KadazanDusunMurut atau lebih dikenali KDM iaitu Huguan Siou DSP Joseph Pairin Kitingan dan Datuk Dr. Maximus J. Ongkili (BN-PBS), Radin Malleh (Murut-BN-PBS), Tan Sri Bernard Dompok, Dtk Wilfred M. Bumburing (BN-UPKO), Tan Sri Joseph Kurup (BN-PBRS), Datuk Dr. Jeffrry Kitingan (PKR-pembangkang). Hanya sebilangan kecil yang sempat disebut oleh penulis dan mempunyai fahaman politik yang berbeza. Kita harus mencontohi satu ketika dahulu apabila Tun Fuad Stephen Presiden UNKO bersatu dengan G.S Sundang dan OKK Sodomon Pemimpin parti PASOK bersatu perjuangan politik dalam UPKO. Apa yang berlaku hari ini sangat-sangat membimbangkan kelangsungan KDM dalam memartabatkan bangsa. Sudahlah fahaman politik yang berbeza sehingga menyebabkan antara KDM berbalah dan bergaduh serta tuduh menuduh sesama sendiri. Timbul pula isu untuk dalam mempersoalkan identiti KDM di dalam persatuan besar iaitu KDCA, USDA dan yang terbaru KSS.

Impian rakyat Sabah khususnya masyarakat peribumi KDM dari dulu hingga kini ialah melihat semua pemimpin KDM bersatu atas satu wadah iaitu orang KDM menjadi akar umbi yang kuat seumpama tiang seri yang menjadi pasak sebuah rumah bernama SABAH. Bukan satu omong-omong kosong apabila mengharapkan pemimpin KDM berjuang di bawah pertubuhan politik yang berbeza untuk bersatu. Cuma titik koordinat yang tepat perlu dicari. Soalnya adakah pemimpin KDM akan bersatu atas faktor agama, bangsa atau bahasa semata-mata. Misi untuk melihat pemimpin KDM bersatu jangan hanya melihat kepada keuntungan ekonomi dan kuasa semata-mata. Tetapi perlu melihat, apakah peranan yang pemimpin muda setiap parti politik KDM akan mainkan demi kelangsungan orang KDM sebagai penduduk bumiputera majoriti di Sabah.

Cadangan untuk pemimpin KDM bersatu perlu dilihat sebagai titik tolak perjuangan abad baru atau frasa popularnya anjakan paradigma dan bukan sekadar ajakan paradigma. Perkara menggabungkan parti bertunjangkan KDM jika tidak dalam satu parti boleh juga dalam satu gagasan atau sekretariat yang bukan bermotifkan perbezaan politik tetapi untuk KDM semata-mata. Ibarat biar Ahli Parlimen bertekak mempertahankan pendapat di dalam Dewan Parlimen tetapi apabila di meja makan boleh saja makan dan minum bersama tanpa ada sentimen walau sekelumit pun.

Orang KDM sedang berdepan satu suasana yang memerlukan gabungan dan 'campuran' yang sesuai tidak kira dari parti mana mereka berada. Isu globalisasi yang tidak pernah wujud di era 1950-an hingga 1980-an perlu dilihat oleh pimpinan tertinggi PBS, UPKO dan PBRS untuk bersatu dalam satu wadah yang sesuai. Dulu kita boleh berpolitik untuk menjadi jaguh kampung, era ini jika kita gagal merapatkan barisan, nescaya pengaruh asing akan menelan kedaulatan kita sebagai bangsa yang berdaulat dan merdeka. Di kala itu jangan kata hendak duduk semeja berbincang malahan berbalah pun tiada rakyat yang akan peduli. Nasi sudah menjadi bubur. Pemimpin yang terus-terusan bermain politik demi menegakkan fahaman peribadi, kepentingan diri, mengejar jawatan dan pegangan sempit akibat luka lama perlu dilupakan demi memikirkan generasi baru yang disogokkan oleh anasir-anasir luar yang lebih hebat daripada era teknologi maklumat pasca merdeka.

Orang muda hari ini ibarat pelari pecut yang menjadi pembawa baton terakhir, dia mungkin menjadi pemecut yang akan berlari sehabis daya atau akan berlari sambil lewa akibat ketinggalan jauh. Orang muda yang membawa baton terakhir ini perlu diberi peringatan bahawa ada tiga pelari sebelum dirinya sudah bersusah payah membawa baton kepadanya. Ibarat sebuah negara, pemimpin muda perlu terus berlari atau berjuang membawa aspirasi pemimpin sebelum mereka dalam mengisi kemerdekaan dengan cara yang sepatutnya.Pemimpin terdahulu menyatukan seluruh rakyat dengan kemajuan negara dari segi ekonomi dan sosial. Era ini rakyat masih menerima keadaan yang sama namun pemikiran orang muda hari ini agak sukar dijangka. Keadaan ini memerlukan pemimpin muda dari setiap parti bertunjangkan KDM sepenuhnya untuk memimpin generasi kini dengan konsep kepimpinan melalui teladan.

Pemimpin KDM sewajarnya sudah menemui titik koordinat untuk menyatukan perjuangan bangsa dalam era yang begitu berbeza dari kurun ke 20. Pemimpin parti KDM seperti PBS, UPKO dan PBRS perlu mencari jalan untuk menjadikan titik koordinat penyatuan tanpa syarat tidak munasabah termakbul demi kelangsungan bangsa KDM

ARTIKEL SEBELUMNYA