Selasa, Januari 13, 2009

ISU GAZA : WAJAR ATAU TIDAK WAJAR MEMBOIKOT BARANGAN BUATAN AMERIKA SYARIKAT

Tuan2 dan Puan2...
"serangan Isreal semakin berleluasa di Wilayah Gaza, (Palestin), tindakan AS berkecuali dalam pelan gencatan senjata yang diluluskan PBB dan AS sekutu rapat Isreal," Timbul cadangan untuk memboikot barangan buatan Amerika spt coca cola, starbucks, KFC dan colgate. Persoalannya wajar kita memboikot barangan buatan AS ini. Tindakan ini amat dialu-alukan tetapi ia harus diperhalusi dengan jelas tanpa menjejaskan mana2 pihak. Untuk mengupas lanjut isu ini, kita lihat pro dan kontra dibawah:

1). Dari segi kemanusian, memang tindakan Isreal dan AS mencabuli hak keamanan sejagat

2). negara kita Malaysia juga mempunyai barangan yang di Exsport ke luar negara

3). perniagaan francais (Coca cola dan KFC) dinegara kita banyak melibatkan ahli perniagaan Cina dan Melayu di negara kita. Contohnya, Pengerusi KFC Holdings (M) Berhad Tan Sri Datu Muhammad Ali Hashim. kebanyakan perniagaan francais diuruskan oleh rakyat tempatan

4). Tindakan memboikot boleh menjejaskan perniagaan tempatan dan banyak rakyat tempatan kehilangan pekerjaan dan seterusnya meningkat kadar pengangguran di negara kita. mengikut fakta : pekerja tempatan di KFC dan pizza hut 22,000 orang

5). dalam kontek Syarikat Penerbangan MAS dan Air Asia banyak menggunakan alat2 pesawat dari AS

6). keuntungan perniagaan francais di Malaysia bukannya disalurkan di Gaza

secara global, untuk membolehkan sesebuah negara menjadi negara maju ia mesti membuka ekonominya kepada dunia luar. maksudnya, antara negara ada kebergantungan antara satu sama lain untuk memperluaskan pilihan dan kepuasan pengguna. oleh itu, tindakan memboikot haruslah diperhalusi. apa yang harus kita lakukan sekarang ialah kempen membeli barangan buatan Malaysia harus disokong sepenuhnya oleh segenap lapisan masyarakat. jika tidak, selagi adanya permintaan barangan spt coca cola, KFC, Pizza Hut, Burger King, Colgate dan sebagai maka selagi itu penawaran (Jualan) berlaku dinegara kita.

ini cuma pandangan saya...sila komen. tq

1 ulasan:

kimaragang tulin berkata...

kau tak setuju boikot sebab kau paling kuat minum cola, pepsi dan paling rakus makan Pizza dan KFC. ini yang kau tak berani bagi tau. kakakaka!!!!!